Cuti 4 hari, jom check-in at Sentosa Villa !

Cuti 4 hari, jom check-in at Sentosa Villa ! | Cuti empat hari minggu ni tak tahu kemana nak dituju? Meh akak nak suggest satu tempat yang dekat rumah orang tapi macam secluded sangat, Sentosa Villa di Taiping! Di kaki Maxwell Hill aje.



Sentosa Villa is ideally located in the heart of Taiping – Lake Garden, and 15 minutes walk to the Maxwell Hill, make this accommodation become the right place to get tranquility and see the beauty of this natural garden view cottages.

Aku nak buat hotel review sikit tapi tak boleh nak bagi review tentang food sebab kami pepagi dah keluar tak sempat merasa tapi i tell u tempat ni memang aman damai. Bila bangun bagi tu rasa fresh dengan bauan rumput, bunga, kehijauan pokok-pokok, embun....bunyi air bukit...

Biliknya pun bertema. Kami berempat duduk bilik besar di tingkat bawah. Ada yang dapat bilik dengan katil bertiang tu (poster bed), cantik giler!





Kami dapat bilik yang luas dan selesa untuk berempat. Lain bilik lain temanya. Yang dapat katil bertiang tu bolehlah ulang kesini lagi...romantik habis!

Ada kolam ikan yang diairi dengan air dari Bukit Larut/Maxwell Hill. Besar-besar ikannya.


Wifi hanya di lobi, cafe dan common area ni. Aiseh...


Heavy downpour tak boleh nak kemana so aku aku guna timer untuk buat self photoshoot. Tak boleh tunjuk kat korang kang muntah pulak hahaa..
 

Tapi... apa lagi Taiping's attractions?

Banyak der... sebahagiannya aku dah blogkan pun. Gigih buat cepat-cepat sebelum cuti empat hari ni.
Taiping zoo and night Safari...sila baca di sini
Mee Ketam di Jeti Kelip-Kelip Kg Dew...sila baca di sini

Selain daripada tu ada banyak lagi tempat menarik yang hanya walking distance dari Sentosa Villa.

Tempat Menarik                            Jarak dari resort
Maxwell Hill                                    0.1km
Maxwell Hill (Private Trail)            0.4km
Burmese Pool                                   0.2km
Taiping War Cemetery                     0.3km
Taiping Lake Garden                       0.5km
Taiping Zoo & Night Safari             0.5km
Museum of Perak                             1.0km
Prison Gallery                                  1.0km
Kota Ngah Ibrahim                          0.9km
Matang Mangrove Forest                11km 
Charcoal Factory                             11km
 
Tak payah nak berkereta sangat di Taiping sebab pemandangannya sangat indah dengan pokok-pokok yang segar menghijau dan sejuk mata memandang kerana mendapat taburan hujan paling tinggi di Malaysia. Kalau pokok yang berbunga purple tu tengah berkembang di Taiping Lake Garden tu perghhh...kemain lawa jadi background gambar. 
 
Kilang arang tu termasuk sekali sebab ada golongan yang berminat ke sana but since it is a private property kenalah bagi salam dulu kat tuan kilang. Jangan main serbu masuk je. Kilang yang sebelah kedai mee ketam tu tak bagi masuk diatas faktor keselamatan tapi ada je kilang-kilang yang lain benarkan di sekitar situ.
 
Kalau tak puas melancong di Taiping apa kata sambung explore Gua Tempurung dan bergambar FREE di mural yang banyak di Ipoh tu? Lajak terus ke Pulau Pangkor pun bagus. Makan mee udang di Kuala Sepetang pun enak juga.
 
Hang nak pi tak?
 
Ini alamatnya...
 
Sentosa Villa
Jalan 8, Taman Sentosa
34000 Taiping, Perak, Malaysia
Tel : + 605 – 805 1000 / + 6013 – 593 1000
Faks : + 605 – 805 1001
Emel : sentosavilla@live.com

 

Mee Ketam Sedap di Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew

Mee Ketam Sedap di Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew | Makan mee ketam juga akhirnya !

 
Hari tu aku ada bagi tau kan yang aku ni tak pandai makan ketam. Sejak aku berkahwin ni pun rasanya cuma dua kali je aku masak ketam. Dah tukang masak tak suka makan anak-anak pun jaranglah merasanya di rumah.
 
Masa trip Discover Perak anjuran bersama Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak kami dibawa makan mee ketam di Jeti Kelip-kelip Kampung Dew. Banyak tempat makan yang best di Perak ni... kena duduk seminggu baru puas makan.

 
Dimana Kampung Dew tu?
 
Ini koordinatnya : Latitude 4.8285705, Longitude 100.7048554. Dekat Taiping.
 
Lokasinya hanya sejam setengah dari Lapangan terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Kalau berkereta kenalah ikut PLUS highway. Jalan lama aku tak tahu ye.
 
Yang naik keretapi tu kena turun di Stesen Keretapi Taiping. 10 minit je berkereta ke jeti tu.

Yang turun di Stesen Bas Kamunting (di Taiping) pula akan mengambil masa 20 minit berkereta.


Kuala Sepetang dah famous dengan mee udang sekarang orang cari mee ketam pulak. Selain mee ketam ada juga hidangan lain. Bayangkan makan petang di tepi sungai hmmm..... terbaik!


 
Halahai susahnya nak makan isi ketam. Rasanya sedap tapi payah nau... itu sebab aku lebih suka ikan, sotong dan udang. Peminat ketam mesti terliur tengok mee ketam ni.

Tang mana yang sedap sangat tu eh? Kuahnyalah.


Pengalaman Terbaru Menaiki Teksi di Kuala Lumpur

Pengalaman Terbaru Menaiki Teksi di Kuala Lumpur | Teksi merupakan pengangkutan awam yang penting di Malaysia. Biarpun pengangkutan awam seperti LRT lebih efisien namun  kawasan liputannya masih belum meluas, ada yang masih jauh dari tempat yang hendak dituju tu.



Baru-baru ni aku nak ke Memorial Tunku Abdul Rahman. Aku ni pulak tak bertanya kengkawan, rupanya boleh berjalan kaki dari stesen komuter Bank Negara. Tak terfikir pulak nak turun kat situ. Sekarang ni selalu turun di KL Sentral aje. Kalau dulu rajin memecut kereta ke KL, semenjak rajin berjalan kaki di negara orang aku buat di negara sendiri pula walaupun ya rabbi paneh eh! Cair mekap den.

Aku tunggu di hentian LRT Pasar Seni sebab bas turunkan di situ. Di depan Geo Hotel tu ada je teksi yang menunggu pelanggan. Memula tak kuasa nak bertanya sebab dulu mereka ni nak RM15 upah ke Mid Valley Megamall walhal dengan meter cuma RM6. Nak cepat pergi haji agaknya. Bila nampak teksi yang lalu tak kosong kita pun bertanyalah minta dihantar ke memorial tu.

Taxi driver tu kata, "tak tahu tempat ni". Biar betik? Takpelah, kita tunggu teksi lain.

Teksi kedua, "saya tak tahulah".

Teksi ketiga, "saya tak tahu. Kalau awak tahu saya boleh bawakan". Owh gitew. Aku pernah tengok dokumentari di United Kingdom sana, bakal pemandu teksi akan diberi latihan selama beberapa minggu mengenali dan memahami jalan. Bukan kita, penumpang, yang akan menunjuk jalan.

Teksi keempat, "oh saya tahu tu...dulu saya kerja kat Parlimen, selalu minum kat kawasan situ".

Macam ok. Memula aku nak dok dendiam aje tapi ramahlah pulak pakcik tu. Meter start dengan RM3.00 dan sangatlah pantas meningkat.Takdelah pulak tertera plus gst kat sebelah meter tu.

Dia bawa jalan yang lalu kat parlimen nun. Macam confident je pakcik tu. Nak tahu kemana dia hantar? Ke Memorial Tun Abdul Razak!

Aku kata salah. Reaction dia.... saya tak pastilah kat mana...grrrr... Lepas dia bertanya dengan guard di situ maka kami pun meneruskan perjalanan. Kat area situlah jugak punnnn.... Aku dah nampak sebelah kanan tu tapi dia pi bawa ke Memorial Tun Hussein Onn di sebelah.

"Salah ni pakcik". Dah dua kali salah. Nasib baik sebelah aje.

Sesampai di tempat tujuan meter tambang menunjukkan RM17.50. Dari Central Market sampai situ RM17.50??

Aku minta kurang sebab dia dah pergi salah tempat, tu belum dikira sekali tu dia kena pusing dua round sebab tak jumpa pintu masuk dan meter tetap on. Ko tahu apa dia jawab?

"Nasib baik saya nak hantar". Kuangajaq.


Nota:

Hello SPAD, MOTAC dan pihak berkuasa lain. Tolong uruskan pemandu teksi di bawah hidung anda. Train them. Berhentilah buat kempen tampal-tampal sticker kat teksi tu...buat menyemak pandangan je... Penguatkuasaanlah pulak. Mereka yang tak semenggah ni lah yang merosakkan reputasi pemandu teksi yang lain dan nama Malaysia. Ndak ndak pulak time #myFest2015 ni. Dah ramai yang komplen, google je lah.

Beberapa tahun dulu ada seorang pemandu teksi ni nak hantar kawan aku yang datang bercuti balik ke hotel di Jalan Masjid India (dari Bukit Bintang) dengan upah RM40. Disebabkan kaki dia sakit so dia empat beranak naik jugalah, aku dan yang lelain naik lrt. Gerrrrammmm je hati.




 

Discover Perak : Ipoh Heritage and Mural Art Trail

 
Discover Perak | Ipoh Heritage and Mural Art Trail

Ipoh ialah ibu negeri Perak yang merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia. Ia bandar pentadbiran yang kedua penting pada kurun ke-19 disebabkan penemuan bijih timah yang begitu banyak di negeri tersebut. Berada kira-kira 200km dari Kuala Lumpur, ia menjadi ibu negeri pada tahun 1937 menggantikan Taiping dan kekal hingga ke hari ini.



Penempatan awal di Ipoh bermula awal 1800 dan berkembang sepanjang Sungai Kinta. Penduduk Melayu yang awal meneroka Ipoh tinggal di Kampung Ipoh dan Kampung Paloh sebelum membesar dan membuka Kampung Pari dan Kampung Jawa. Tahun 1890an melihat kedatangan imigran China secara beramai-ramai semasa kehangatan industri timah di Ipoh.

Ada beberapa nama lain yang digelarkan kepada bandar ini seperti Bandar Bijih Timah, Bandar Jutawan, dipanggil Paloh oleh masyarakat Cina tempatan (lerrr filem Paloh tu pasai Ipoh ka?) merujuk kepada pam gergasi yang digunakan dalam pengekstrakan bijih timah dan Bandar Bougainvillae yang merujuk kepada bunga tersebut yang menjadi simbol negeri.

Pada tahun 1970an harga bijih timah menjunam maka berakhirlah kegemilangan Lembah Kinta sebagai pusat kegiatan ekonomi yang maju. Beberapa tahun lepas seseorang pernah memberitahu bahawa bapanya masih menerima pencen daripada kerajaan British yang dibayar dalam British Pound diatas khidmatnya bekerja di lombong bijih timah dahulu. Terjaga jugalah kebajikan mereka ni ye.


Ipoh Heritage Trails
Bandar Ipoh terbahagi kepada dua bahagian. Bandar lama Ipoh yang letaknya di sebelah barat memerlukan masa dua hingga tiga jam untuk dilawati sambil berjalan kaki. Kebanyakan hotel di sini juga menyediakan basikal untuk disewa.

Dua peta lingkaran sejarah Ipoh telah diterbitkan dengan setiap satunya meliputi 24 tarikan. Tempat bermula biasanya dari Stesen Keretapi Ipoh yang direka oleh arkitek kerajaan AB Hubback menunjukkan neo classical style. Bangunan ini telah siap pada tahun 1917. Town Hall dan Pejabat Pos yang berada berdekatan Ipoh Railway Station juga direka oleh arkitek yang sama.

Ada banyak tarikan di Ipoh diantaranya Kellie's Castle, Gua Tempurung, Gaharu Tea Valley, Kuala Sepetang dan Lost World of Tambun. Bangunan lama yang menarik dan telah dibina semenjak pendudukan British di Malaya pula seperti Bangunan Majlis Perbandaran, Stesen Keretapi Ipoh yang juga digelar Taj Mahal of Malaysia dan Bangunan Mahkamah yang berdekatan diantara satu sama lain.

Butik kot dalam ni.  




Allahyarham Yasmin Ahmad suka menjadikan Ipoh sebagai latar iklan atau filem yang diarahkannya. Ipoh mempunyai tarikan baru dan lama yang sangat menarik bila diterjemahkan ke dalam hasil seni. Bangunan lamanya sangat indah dijadikan latar photoshoot tapi Ipoh ni macam Seremban jugak lomau bilo sonjo heheh ... Cuma, dalam 20-40km radius dari Ipoh ada beberapa tarikan pelancongan yang menarik untuk dilakukan seisi keluarga atau dengan kengkawan.


Apa lagi yang diingati orang tentang Ipoh?

White coffee !! (Hotel Casuarina@Meru menjadikan Ipoh White Coffee sebagai welcoming drinks).


Lagi??

Satu hal yang menjadi trend sekarang ialah Mural Art Trail. Di Ipoh, lukisan dindingnya juga dilukis oleh pelukis yang sama seperti street art di Pulau Pinang. Talent dari Malaysia takde eh? Strategi kot. Mural selalunya menggambarkan keprihatinan, harapan, nilai dan kenangan sesuatu komuniti dimana mural tersebut dilukis. Ia berbeza daripada lukisan lain dari segi tujuan.

Lukisan mural yang baik memberitahu sesuatu dengan cara yang difahami semua dan menyeronokkan tentang komuniti tersebut seperti inilah kami, inilah apa yang kami fikirkan, inilah permulaan kami dan inilah yang kami mahukan.

 Lukisan dinding yang menggambarkan suasana perlombongan suatu masa dulu. Love this pic!

Ingat lagi plastik air ikat tepi ni?


Oleh sebab time kami pergi tu hujan sangat lebat kami hanya sempat 'memburu' tiga buah lukisan sahaja. Agak kecewa di situ. I tell u, gambar kat lombong bijih timah tu sangat awesome! Dah keluar dalam Kosmo pun.

Kisah Ipoh banyak tersimpan di pekan lama. Banyak rahsia tersimpan for you to discover.



Haiwan membuas di Taiping Night Safari

Haiwan membuas di Taiping Night Safari | Zoo Taiping dan Night Safari merupakan organisasi berdaya maju yang menitikberatkan kebajikan haiwan serta memastikan kepuasan hati pengunjung. Pembangunannya dibuat secara terancang agar fungsi sebagai zoo yang maju dapat dilaksanakan bagi memenuhi lima objektif utama iaitu pendidikan, konservasi, rekreasi, kajian dan latihan.

Zoo Taiping dan Night Safari dibangunkan diatas tanah seluas 36 ekar dan memiliki 1800 ekor haiwan dan 150 lain-lain spesis. Sebenarnya zoo ini bukanlah yang pertama dibina di Malaysia sebab Johor dah buat dulu tapi yang kat Johor tu milik sultan. Zoo Taiping ni merupakan zoo awam yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1961 dengan perasmiannya pada 1964. Zoo negara pula tahun 1963 baru mula dibina.

Nama asal zoo ini ialah Taman Megastua Sultan Idris Shah. Lama betul tak dengan perkataan mergastua. Taiping Night Safari dibuka pada tahun 2003 juga merupakan yang pertama di Malaysia dan ketiga di dunia. Kalau yang kat Guangzhou tu confirm tutup jadi yang kedualah kita selepas Singapore.  Banyak yang pertama di Taiping ni... first lake garden, first 'budget hotel' (penjara), keretapi yang pertama...

Keluasan asal zoo ini ialah 5 ekar sahaja. Bila binatang bertambah keluasannya pun ditambah juga, kalau tak karang stress lah binatang tu berhimpit-himpit macam duduk rumah kongsi. Keluasan zoo bertambah menjadi, 24 ekar, 34 dan kini 36. Inilah satu-satunya zoo di bahagian utara semenanjung Malaysia.

Pengunjung Night Safari memang ramai. Sejak 11 tahun yang lalu dah 1,095 juta orang datang melawat haiwan-haiwan di sini. Yang hebatnya, zoo ini mampu menjana pendapatan sendiri. Pendapatan melebihi perbelanjaan gituh. Jika sesuatu produk itu dijaga dan sentiasa dikemaskini dengan baik mesti orang pun suka. Lagipun harga tiketnya sangat berpatutan... sangat berpadanan dengan apa yang dipamerkan. Pihak pengurusan zoo Taiping takde buat pertunjukan binatang sebab nak menjaga kebajikan haiwan-haiwan tu. Oh, frust sikit di situ. Syok apa tengok animal show?

Di malam hari bukan semua binatang aktif ye. Dah malam der... time membuat tahik mata. Yang hyper-active je dok berjaga macam harimau, singa, memerang, zirafah dan buaya. Buaya? Buaya memang aktif memalam heheh..

Sorry, gambar tak berapa molek.



 
Guide tu kata harimau jantan pemalas, dia buat hal dia je. Takde dikisahnya nak mencari makan ke hapa... rimau betinalah yang sibuk ke hulu ke hilir. Perempuan sekarang pun ramai yang macam tu bekerja dari celik mata hingga tutup mata, itu pun ada yang expect layanan yang lemah gemalai ishhh... penat sampai ke tulang woiii...! itu sebab perempuan sekarang pun dah macam rimau heheh... cuba cari balik video tuttttt tu.






Melawat Night Safari ni seeloknya secara berjalan kaki dan senyap barulah kita dapat mendengar dengan jelas bunyi binatang tu. Kitorang hari tu nak cepat jadi naik tram. Alah kalau disuruh berjalan kaki pun takpe... masa aku mengandung 7 bulan dulu satu zoo Melaka tu aku berjalan melayan Geng Bas Sekolah. Hazab betul! Dah macam peti ais bergerak.


Panduan ke Zoo / Night Safari:

Dengan Keretapi (uii best!)
Pengunjung yang menaiki keretapi dari utara atau selatan perlu turun di Stesen Keretapi Taiping kemudian menaiki teksi ke sini.

Dengan Bas
Pengunjung yang menggunakan perkhidmatan bas perlu turun di Stesen Bas Kamunting kemudian menaiki teksi ke sini. Eh, bas loncat takde ke? Kena 2 teksilah aku, satu teksi tak muat.

Dengan Kereta
Pemandu dari arah utara yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS highway) boleh keluar di Plaza Tol Kamunting manakala dari arah selatan boleh keluar di Plaza Tol Changkat Jering. Sila ikut penunjuk arah ke Night Safari. Ko berdoalah semoga penunjuk arah tu tak penuh bertampal dengan iklan Along.


Waktu Lawatan

Zoo Taiping
Dibuka setiap hari termasuk hari Ahad dan Cuti Umum
8.30 pagi - 6.00 petang

Night Safari
Dibuka setiap malam termasuk hari Ahad dan Cuti Am
8.00 malam - 11.00 malam

Waktu Binatang Diberi Makan
8.15 malam - 10 malam


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI
Jalan Taman Tasik Taiping
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 8086577
Faks: 05 8066025
www.zootaiping.gov.my






 

Eksplorasi Gua Tempurung

Eksplorasi Gua Tempurung | Gua Tempurung di Gopeng, Perak, berada kira-kira 24km di selatan Ipoh. Terowong guanya yang sepanjang 1.9km merupakan antara yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Terdapat juga sungai mengalir di bawahnya.

 
Gua Tempurung sangat popular di kalangan mereka yang aktif mendaki dan meneroka gua. Untuk kemudahan para pengunjung sistem lampu dan ruang pejalan kaki disediakan (sehingga Stage 2) dengan selamat dan selesa. Di sini juga kita dapat melihat stalagtit dan stalagmit seperti yang kita selalu baca dalam buku geografi dulu.


Walaupun gua batu kapur yang ini tidaklah sebesar Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak tetapi usianya yang dikatakan sekitar 10,000 tahun mampu menonjolkan keindahannya yang tersendiri hasil tindakbalas angin, air, tanah dan batu kapur. Gua yang bermula dari timur ke barat ini tidak sukar untuk dieksplorasi oleh golongan amatur seperti aku. Nasib baik banyak lemak, bolehlah jadi bahan bakar memanjat tangga sebanyak 641 mata tu. Macam unta pulak guna lemak hahaa...
 
 
 
Gua Tempurung The Wonderous Cave
 
Terdapat empat jenis tour yang ditawarkan di sini iaitu :
 
Tour 1
Golden Flowston (dry tour). Yang ini paling senang dan hanya mengambil masa kira-kira 40 minit. Tak gunakan servis Cave Ranger pun tak apa sebab takkan tersesat punya.
 
 
Tour 2
Top of the World (dry tour). Yang ini lebih bagus sebab mampu membakar lemak dengan lebih banyak hehee... basah kuyup baju dik oiii... Masa yang diambil sekitar 1 jam 45 minit melintasi Golden Flowston tadi. Ada satu tempat tu kan sejuk berangin jer... kat situ je lah, tempat lain tu biasalah suasana gua.
 

Tour 2 sampai setakat ni aje. Nak ke buat Tour 3 & 4 perlukan guide kerana lebih mencabar laluannya.

Tour 3
Top of the World and Short River Adventure (wet tour). Yang ni kena bawa baju extra. Elok juga bawa torchlight sendiri. Perjalanan dalam 1.2km dari pintu masuk gua melintasi yang dua di atas tadi lalu ke sungai. This type of tour perlukan guide ye. Bahaya kot nak turun kat sungai tu but more exiting and challenging.
 

 
Tour 4
Grand Tour (wet tour). A challenging and strenuous tour for about 3 hours and 30 minutes. with Cave Ranger. A complete journey for about 1.9km until the end of the cave. 
 
***Kepada sesiapa yang nak melakukan wet tour ni sila bawa sport shoes, mineral water, torch light dan extra clothes.






 
Kami dibawa hingga ke Top of the World aje, 500m jauhnya dengan menaiki 641 anak tangga Phewwww...! tapi seronok!! Basah lencun baju kitorang tapi puas hati. Terasa dapat satu lagi achievement selepas berjaya mendaki Gunung Papandayan tahun lepas. Ya Allah betapa cantiknya dalam gua tu... dahlah kena bayar sikit je untuk melihat ciptaan tuhan. Cuma RM15 dah termasuk GST hehehh..
 
Buka mata seluasnya dan anda akan nampak imej seperti dolphin, obor-obor, harimau, Zorro dan sebagainya. Lagi kreatif otak kita macam-macamlah boleh kita bayangkan daripada garisan dan bentuk dalam gua tu.

 
Kepada yang raso tak dayo nak naik tangga yang beratus tu boleh aje buat aktiviti lain seperti flying fox, paintball, camping and archery. All in one lah kat sini. Oppsss...lupa nak cakap, nasi lemak yang dihidangkan sangat sedap okeh. 
 

Poyo je muka si Azim ni hahaa..

 
 And please, don't vandalize it. Boleh??

 
Siapa yang patut dihubungi untuk Eksplorasi Gua Tempurung?
 
APT Konsortium Sdn Bhd
Pusat Pelancongan Gua Tempurung
31600 Gopeng, Perak
Tel : Zuliana +6017 5271926
        Shahril +60125549830
        Tun Jubina +6011 24046930
 
 
 
Eksplorasi Gua Tempurung adalah sebahagian daripada program Discover Perak yang dianjurkan bersama Tourism Perak dan Gaya Travel Magazine dalam mempromosikan tempat-tempat menarik di Perak. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan diatas jemputan menyertai program ini.







10 Perkara Menarik Yang Mesti Dilakukan di Pulau Pangkor



10 Perkara Menarik Yang Mesti Dilakukan di Pulau Pangkor | Malaysia is blessed with plentiful sandy white beaches. Walaupun kebanyakan pantai dan laut yang indah terdapat di pantai timur semenanjung Malaysia dan Sabah, Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor mempunyai keistimewaan tersendiri.



Pulau Pangkor, Perak, adalah lebih dekat kedudukannya dari Kuala Lumpur. Malah ia hanya 10 minit perjalanan bot jika dinaiki dari jeti Marina Island. Kalau naik dari jeti Lumut pun taklah sampai setengah jam. Hanya bot menjadi penghubung ke pulau ini.                                                                                                                                                                                                                                                


Betul ke Pulau Pangkor menarik?

Ia istimewa dan menarik dengan caranya yang tersendiri. Unik kepada yang menghargainya. Ada beberapa sebab istimewa yang menarik kita ke Pulau Pangkor, aku ringkaskan dulu ya. Nak tulis pepanjang belum ada time, research dan packing tak siap lagi.

1) Yang pertama mestilah sebab suasana tepi laut yang mendamaikan.
Orang bekerja selalu rasa stress terutamanya yang terpaksa menghadap traffic jam pagi dan petang. Keluar office pukul 5 pun pukul 7 baru sampai rumah. Gila tak stress? Aku dah merasainya. Sesekali bawalah diri berehat di tepi laut mendengar debur ombak memecah pantai.

Kata kengkawan, pantai Teluk Nipah ni lah yang paling cantik. Tak rugi berehat di sini sambil menunggu sunset. Kalau ada anak kecik biar diorang bermain pasir untuk meransang saraf otak. Biar digasaknya bermandi pasir terloncat-loncat mencergaskan otot, biar terjerit-jerit kat tepi laut tu takde siapa nak marah pun. Biarkan saraf-saraf otaknya berhubung, boleh dapat cgpa lebih daripada 3.85 bila besar nanti.


 
2) Dapat bermesra dengan burung hornbill.
Lokasi burung hornbill berkumpul di petang hari ialah di Sunset View Chalet berdekatan Nipah Village Guesthouse. Menurut kata pemilik chalet paling banyak burung dia lihat serentak ialah 60 ekor. Tak sangka di Perak (Pulau Pangkor) ada banyak burung hornbill ni. Bukan kat Sarawak je ada ya.
 
On weekdays beburung ni banyak di depan chalet dia tapi during weekends banyak di pantai sebab ramai yang bagi makanan. Bolehlah bagi donation sikit kat dia sebab dia dah sediakan pisang untuk menarik burung tu turun. Happiness is priceless ye tak?


 Model saya enveeus.com

3) Dapat melihat cara pemprosesan ikan bilis.
Pulau Pangkor terkenal dengan hasilan lautnya seperti ikan bilis dan sotong kering. Sate ikan yang kering dan basah bagaikan trademark PP. Asal pergi PP je adalah orang yang nak mengirim.

Paling aku suka dapat melihat orang menjemur ikan bilis seperti gambar di bawah. Kawasan pemprosesan ikan banyak terdapat di Sungai Pinang Kecil.



4) Industri air gamat di Teluk Gedung.
Terdapat dua atau tiga keluarga yang mengusahakan pembuatan air gamat untuk perubatan di sini.


5) Pemprosesan ikan buntal hiasan di Teluk Gedung.
Pernah tengok ikan buntal hiasan tak? Nak mengawet ikan isi perutnya perlu dibuang dulu. Yang aku musykil selama ni kenapa dah dibuang isi perutnya ikan tu masih kembung lagi?

Kekdahnyer.... ikan yang dah dibersihkan tu dimasukkan belon lalu dikeringkan. Jika belon tu kecut sekalipun kulit ikan dah kering so ikan tu tetap akan 'membuntal' hahaa... Harganya bermula daripada RM20 seekor.


6) Melihat proses pembuatan kapal ikan.
Ada 3 jenis kapal untuk 3 jenis tangkapan dibuat di sini iaitu kapal bawal, bilis dan kembong. Kapal jenis A, B dan C untuk jarak dan kedalaman yang berbeza. Kalau ada duit sejuta setengah bolehlah tempah satu.

Lokasi: Sungai Pinang Kecil


 
7) Merasai Laksa Pangkor
Mee untuk Laksa Pangkor diproses sendiri menggunakan tepung gandum. Kuahnya pula dua jenis iaitu kuah lemak bersantan atau yang macam sup tu dan dimakan dengan sambal.

Selain daripada itu, makanan lain yang enak dimakan pepetang ialah cucur ikan kembung dan cucur ikan bilis basah.


8) Craving for seafood? Look no other than Nipah Deli !
Nipah Deli specializing in steamboat and noodle at Gerai Penjaja Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Mereka juga bagus dalam penyediaan pes dan sos.

Berbagai jenis makanan laut yang dihidangkan kepada kami tapi aku tak ambil ketam sebab tak reti makan. Tak tahu nak appreciate kesedapan ketam tu actually.


Pinjam gambar http://enveeus.com/
 
 
9) Tempat berehat yang selesa di Nipah Village Guesthouse.
alaaa.... best nya tempat ni. NVG cuma ada 8 buah 'rumah' dengan 2, 3 dan 6 bilik. Walaupun yang jenis A hut tu kecil tapi cozy siap dengan aircond. Duduk dekat pantai haruslah ada aircond dik ooiii... Kata nak berehat kan? Tak kuasa ai berpanas-panas neh kalau bawa bebudak.
 
NVG mendapat pujian ramai dan pengiktirafan dari Tripadvisor diatas dua sebab, keselesaan dan hospitality. Bisnes saja saja dah menjadi bisnes yang serius sebab ramai yang suka. Hanya 100m dari pantai, lepas mandi laut boleh berendam dalam kolam renang pulak. Tapi, tak berapa dalamlah hok dewasa tuh... safety first katanya heheh..  
 


Oleh sebab guesthouse ini tak boleh nak accomodate ramai orang, jika datang sekumpulan besar boleh juga menginap di Kejora Garden Resort di Pasir Bogak, Pulau Pangkor. Baru diambil alih, penambah baikan sedang dilakukan. Bolehlah duduk situ... biliknya banyak, air cond pun ada. Gerai makan dibuat style food court selain kafe resort.


10) Shopping makanan laut !
Tak perlu explanation kot? heheh...



Cuti hujung minggu ni berehat di Pangkor pulak eh?



Lawatan ke Pulau pangkor adalah sebahagian daripada program Discover Perak yang dianjurkan bersama Tourism Perak dan Gaya Travel Magazine dalam mempromosikan tempat-tempat menarik di Perak. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan diatas jemputan menyertai program ini.

 

Cara Santai ke Maeklong Railway Market

Cara Santai ke Maeklong Railway Market @ Taladromhub | Banyak cara untuk kita mengenali budaya serta cara hidup sesuatu bangsa, salah satunya ialah dengan melawat pasar basah mereka. Di situ kita dapat mengetahui apa makanan yang popular atau menjadi ruji sesuatu kaum.

 

Di Bangkok ada beberapa pasar basah dan pasar malam yang menarik. Mereka ada pasar Chatuchak yang terbesar di dunia dan 'Umbrella Market' atau Maeklong Market yang terkenal di dunia. Terletak kira-kira 70km dari kota kosmopolitan Bangkok anda akan dapat melihat sendiri pasar yang berada di atas railway track!

Hanya sejam perjalanan dari Bangkok kita akan diperlihatkan suasana yang sangat menarik bila para penjual di pasar tersebut mengalihkan barangan dan menutup payung 8 kali sehari sewaktu keretapi melaluinya. Ia berada di daerah Samut Songkhram dan jalan ke sini adalah sama untuk ke Damnoen Saduak Floating Market. Syok wehhh rugi tak tengok. Dengar cerita orang tak best, kena tengok sendiri baru AUMMMM....

Aku biasa ler nak naik keretapi jugak walaupun hari tu juga nak nalik KL dah. Naik van dari Bangkok pantas sangat so i choose Cara Santai ke Maeklong Market. Dari de Talak Hostel tu aku kena naik MRT Queeen Sikirit ke Silom then tukar naik BTS skytrain ke stesen Wongwian Yai.

Keluar dari skytrain tu ko kena berjalan kaki di atas jejantas yang maha panjang. Rasanya inilah jejantas terpanjang yang aku lalu setakat ini. Terbakar lemak di badan. Jalan sampai ke hujung hingga nampak signboard Wongwian Yai dan turun tangga kat situ terus ke kanan. Jalan ke depan sikit dan belok kiri dan jaaaaaalannn lagi heheh... tak seswai sangat untuk yang sakit lutut.

Stesen komuter (bukan yang macam KTM punya tu yer) tersorok sket. Aku naik train pukul 7.40, lain-lain time aku tak sure. Maka bergeraklah train tersebut selama lebih kurang 45 minit untuk sampai ke stesen Mahachai. Oh ya, di Thailand para sami dilayan istimewa. Di railway station yang besar seperti di Hua Lamphong ada kerusi khas untuk mereka. Di dalam keretapi pun ada seksyen yang khas juga. Kalau sesaja nak duduk dengan diorang boleh tak ek? Kalau boleh berbahasa Siam boleh interview sekali.

Train berhenti sekejap di sini sebab berselisih dengan train yang lagi satu. Kasi can dia jalan dululah
 

 Di stesen Mahacai yang letaknya di dalam pasar

 Yang ni pun lalu di atas pasar juga

Sebelum ke sini aku dah buat research tetapi al kisahnya kajian aku tu setengah masak je, tak lengkap. Aku pun naik feri ke seberang sungai dengan bayaran 3b. 3 posen uolllsss.... payah dah nak jumpa bayaran sen sen kat tanahairku yang terchenta. Bot menyeberangi sungai Sarawak kat Kuching nun je yang masih murah, 5 posen.




Bila dah sampai seberang sana, aku dah tak tahu ke mana nak dituju. Si manis yang boleh bercakap Inggeris sikit sikit dalam feri tadi tumpangkan aku naik motor ke sebuah stesen keretapi tapi katanya train ke Maeklong pukul 12. Lambat lagi tu... aku kena berada di airport pukul 4. Dia bawa aku naik feri ke seberang sana semula dan hantar ke van yang menuju ke Maeklong Market.

Sambil berjalan tu kami berboraklah sikit-sikit. Kesian pulak aku menengoknya bersusah payah nak menerangkan dalam English. I speak english little. I afraid to travel. You brave katanya. Ya Allah baiknya... siap bayarkan tambang aku. Aku masukkan duit dalam handbag dia pun dia pulangkan balik. Itulah kan, sentiasa yakin janji Allah buat baik akan dibalas baik walaupun tak semestinya orang yang kita buat baik tu akan membalas kebaikan kita. Mesti ada yang lain. Oleh sebab itu selalulah bersangka baik dan berbuat baik. Hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa mencari musuh dan mencaci maki orang. Sekian ceramah ustazah.

Maeklong railway Station. Di stesen ini ada orang berjualan souvenir. Air kelapa tu 25b sebiji.

Aku sampai just in time. Sempatlah melihat para penjual tu fold and unfold their umbrella. Sempat tengok diorang tarik barangan dari landasan. Sempat ditegur kerana dekat sangat dengan landasan. Pelancong yang exited kannn... kalau boleh nak gambar yang paling dekat dengan keretapi yang lalu sampai cecah hidung gituh.

Bermacam jenis barangan basah yang dijual di pasar ni. Yang paling menarik perhatian aku katak dan belacan. Belacan di pamerkan secara menggunung dalam bekas tak seperti kita di sini yang dibentuk empat segi memanjang. Belacan pun ada banyak kategori dengan harga yang berlainan. Mengikut kuantiti udanglah agaknya. Katak salai tu gulai podeh mo bacang sodap kut hahaa... makan dengan nasi paneh umangaiii.... hahah...



Gambar belacan yang tinggi menggunung to corrupt pulak

 Ikan pekasam

 Katak basah

 Katak salai

Keretapi nak mai dah, semua pakat mengalihkan barang dan melipat khemah.


 Nampak tray sayur tu?

 Betapa dekatnya kan? Aku ni pun dok berhimpit dengan pelancong lain. Semua nak dapatkan the best spot.

 Kepada yang berhajat nak pergi tu ini jadualnya. Aku dapat tengok yang 10.20am

Aku explore kawasan sekitar tu ajelah. Rasa belum puas tapi kalau nak tunggu train lalu sekali lagi tertinggal flight la aku karang. I wish I'll be in Thailand again soon. I wish...

Cepatnya masa berlalu... nak balik dah, tak sempat nak cucuk cuci muka kat Thailand ni.


 
Amazing THAILAND !!







Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free