Cambodia | Bergerak ke Siem Reap dari Phnom Penh



Bergerak ke Siem Reap dari Phnom Penh

Hari kedua aku bergerak ke Siem Reap. Sepatutnya lima tempat yang patut aku lawati semasa di Phnom Penh selain Tuol SlengGenocide Museum dan Choeung Ek Memorial tapi masa tak mengizinkan dan aku mesti bergerak mengikut jadual yang aku buat sendiri. Kalau tak akak jugak yang frust. Riverside boat ride pun terlupa. Ikutkan travelchameleon semua tu sempat dalam satu hari. Masa di PP tu sempatlah aku singgah di sebuah masjid tapi tak bertañya pulak namanya.

Tiket ke SR aku dah beli sesampainya di PP lagi di transport company yang bertentangan dengan stesen bas di tepi sungai tu. Larryta namanya di Sisowath Quay. Sebelum beli tiket di situ aku dah survey dua tempat dan harganya sama, my driver suggest beli kat Laryta sebab wife dia selalu naik mini bus kat situ. Harga tourist USD10 if locals kurang USD1. Dah kita minta tolong orang tempatan kan so dapatlah harga local. Si penjual tu nak bagi dia 1 dollar tu tapi dīa tak nak.

Keesokannya sebelum pukúl 7 aku dah terpacak kat depan office Larryta. Seat numbered tu yang passenger relax je tak berebut. Yang aku tak tahu tiket untuk tourist berlainan hahah…adehhh… suspens aku weh takut kena charge menipu. Masa tiket diperiksa orang tu ada cakap sesuatu tapi aku buat muka kosong takde perasaan, macam orang terpisat-pisat bangun dari tidur. Kalau terjadi kat hangpa buat lagu tu jugak tau, jangan buat muka ngak ngerti pulak, kena beli tiket lain ko nanti. Pandang je dia macam takde perasaan hahaa...

Perjalanan mengambil masa 6 jam dengan mini bus (van). Kalau naik bas lagilah lama mencecah 8 jam. If you choo to board a bus lebih baik naik bas malam. Sleeper bus nya macam best jer. Naik bot pun boleh kalau suka. Naik van ni dengan beg sekali duduk dengan kita. Aku duduk depan berdua...bersyukur sangat. Masa van nak bergerak entah apa yang dicakapkan oleh orang sebelah aku dengan driver tu..sat sat cakap lepas tu tunjuk kat bagpack aku, lepas tu si driver tanya "bag you?" (your bag?) hahaa...gasaklah. Janji faham. Orang sebel;ah aku tu ingat aku ambil beg driver yang sama colour. Selama 6 jam itu jugalah tak bercakap wehhh basi mulut dibuek eh. Diorang tak boleh communicate in english so dendiam ajelah. Kerja aku tidur bangun tangkap gambar tidur bangun tangkap gambar...itu je lah sehingga ke Siem Reap.



Ada juga van yang membawa ayam hidup tapi bukan diletakkan dalam bakul, nampak macam diikat satu persatu kat jaring keras kemudian di hujung van tu ada pula digantung motor dan basikal macam ni.

 Di sepanjang jalan terlihat rumah orang senang dan orang miskin. Bila kita tengok yang susah rasa bersyukur sangat dengan apa yang ada. Selalu sangat mendongak ke atas membandingkan diri dengan orang kaya memang akan rasa kita serba tak ada. Bila pandang ke bawah baru rasa bertuahnya diri lebih-lebih lagi  hidup di Malaysia

Van berhenti dua kali, sekali toilet stop dan sekali lagi makan di Kampung Thom. Aku beli mangga sebiji 2000 riel je tak kuasa nak masuk ke dalam restoran. Dalam masa setengah jam tu sempatlah ke Kampong Thom Market di sebelah. Ada bengkel memproses emas/aksesorilah...menarik! Salon rambut pun sempoi habis.

Mesti rangup dikunyah ni

 Masa lapar ni kan kumbang goreng berlada ni sungguh menggiurkan

 Nak cuci rambut?
 
Seronok tengok bebudak sekolah..happy je muka diorang. Kebanyakan mereka menaiki basikal ke sekolah selain yang berjalan kaki, menaiki motor dan tuk tuk. Lain sikit tuk tuknya jenis yang tak beratap di belakang tu.
 
Kami diturunkan di pejabat syarikat tu yang agak jauh dari stesen bas. Staf tu nak hantar kami ke hotel memasing dengan caj USD4 hoiii tak nak aku. Minah omputeh yang berdua tu pun tak nak. Aku nak angkat beg dah nak berjalan ke luar, tahan je lah mana-mana motor taxi ke tuk tuk ke... tapi dia pujuk balik nak jugak hantar kami. Aku nak bayar usd2 je, rupa-rupanya foreigner tu kena usd2.50 seorang walaupun hostel aku jauh sikit. Tak haggle punnnnn saja buat muka macam dah terer sangat kat negara tu. Kalau bayar 4 dollar memang menyesallah sebab tak jauh mana. Masa dia pulangkan balance duit try lagi tu kelepet usd1 macamlah aku tak nampak.
 
Letak je beg aku terus ke Angkor Artisan tempat pembuatan barangan kraf termasuk ukiran batu. Kat belakang Luxury Concept Hostel je lokasinya. Barangannya menarīk tapi kebanyakannya orang ada ada je membeli di sini.
 
 
Cantiknya bunga kebangsaan kita ni
 
Lapar weh, misi mencari makanan halal pulak.

Aku berjalan di Sivatha Boulevard kemudian ke Siem Reap Art Centre. Tak masuk dalam pun...jenguk jenguk sekejap lepas tu keluar ke arah penjaja. Ada seorang makcik ni dok perati je aku. Aku pun perhati je dia hahaa...nak bertanya penjaja di tepi jalan tu jual makanan halal ke? Setelah beberapa kali berbalas pandangan tu aku pun bertanyalah and as expected dia bercakap bahasa dia...beriya-iya dia explain tapi den sepatah tak faham huhuu.. cuma dia tunjuk kat seorang penjual mi tu tapi aku tak yakin sebab ada patung lelaki berwarna emas. Eh eh makcik tu berkenan kat tudung instant aku lah pulak, senyum senyum pegang pegang tunjuk tunjuk...alahai makcik yang lain tinggal kat hostellah.

Aku berjalan pula ke Old Market. Ada seorang kakak penjuak skaf di bahagian belakang Old Market ni boleh berbahasa Inggeris sikit. Aku minta tunjuk jalan tapi dia hantar aku naik motor sampai ke Cambodian Muslim Restaurant. Terima kasihlah kak, semoga dimurahkan rezeki. Dia gembira berjumpa muslim yang lain katanya. Sebelum tu aku dah check google map tapi ditunjuknya Cambodian Restaurant di Pub Street.
 

Tak susah pun ke restoran halal tu, bila jumpa Angkor Mart di sebelah kiri (Terrace de Elephant sebelah kanan di Sivatha Boulevard tu) ko masuk ke kiri tu sampai jumpa simpang dan ke kiri lagi. Adalah dalam 400m kot dari Angkor Mart tu. Tak terasa penat sebab banyak kedai sepanjang jalan tu.  Produk halal dari Malaysia melambak di convinience store mereka; ada Munchy's, Shoon Fatt dan lain-lain. Bangga ai.
 
Nak makanan yang eksotik tak?
 
 
 
 Cicah sambal kicap sedap kot ni?
 
Massage service in Siem Reap banyak dan sangat murah. Jika di PP aku urut satu badan usd7 di SR urut kaki hanya usd1 untuk 15 minit. If you come during happy hour foot massage is only usd3 for 60 minutes. Berbaloi-baloi!
 
Malamnya berjalan-jalan ke Pub Street yang meriah dengan pelancong barat sama macam di West Street di Guilin. Memang teramat ramai western tourist di Cambodia ni selain orang Jepun. Kebetulan universiti di Jepun tengah semester break. Yang muda belia dah ke luar negara bersendirian. Aku dulu nak pergi pekan Kuala Pilah pun tak lepas huhuu...punyalah dijaga sangat. Sekarang ni baru terlepas, seronok tak hengat! Rasa macam baru dapat kepak. Cuma, agak susah nak berjalan berdua on weekdays sebab anak-anak ada yang bersekolah menengah. Masa mereka kecik dulu di Tahap 1 akulah cikgu besarnya hahaa.. kekadang aku bagi cuti hari Isnin, tak pun hari Jumaat hihihiii...
 
 
Dah namanya pun Pub Street kan ko agak-agaklah apa yang ada di situ. Bolehlah berjalan cuci mata dan poket.
 
Ada beberapa night market di sekitar ni tapi bukanlah yang guna payung pasar tani seperti tempat kita. Elok kemas tersusunnya.

Nanti kita sambung cerita di Angkor Wat pulak ye.

Cambodia | Shopping di Phnom Penh

Eh kak, kata tak minat shopping?

Memanglah tak berapa minat tapi aku mesti pergi melihat juga tempat shopping yang dihebohkan orang terutamanya flea market. Trip kali ini aku memang dah plan nak membeli-belah sikit untuk coach bola anak aku, kawan yang menumpangkan anak balik sekolah selama lima hari tu, fridge magnet untuk aku, tenant aku di rumah yang aku nak jual tu (terjual jugak masa aku di SR alhamdulillah),  hadiah hari guru...bulan Februari dah beli kat obersi cikgu ooiii hahaha... Hadiah kecik aje, thought that counts gituh.

Aku cuma beriya nak ke Phsar Toul Tum Poung atau Russian Market je sebab orang kata barangan di Phnom Penh lebih murah daripada di Siem Reap. Dapatlah t-shirt sehelai 2 dollar. Tak tahulah murah ke tak. Seluar yang macam 'ane' kat India tu usd4. Memula ingatkan skirt tapi bercekak di kaki. Belilah sehelai yang bercorak abstrak. Nanti kala Liza Sinar Harian tu tanya cepat-cepat aku akan jawab, dah habis! saiz ko takde! hahaaa...

Central market @ Phsar Thmey ni aku skip 

Russian Market dikatakan seperti Chatuchak Market di Bangkok. Banyak kedai kecik-kecik, tak sempat nak jengah semua. Geram je tengok baju budak pompuan.

Seorang penjual di Russian Market. Aku rasa souvenir di kedai dia ni agak berpatutan harganya. Beg zip tu di kedai lain ada yang sampai usd8. Punyalah mahal sampai 29 ringgit sebuah! Zip je kot.. zip panjang semata-mata.

Selain dua pasar ni, kalau nak cari vintage item boleh juga ke Boeung Keng Kang Market. Lokasinya di antara St 380 dan St 392, BKK1, Phnom Penh.

Nak memborong boleh dapatkan barang-barang berdekatan Stadium Olimpik.

Nak cari buku di D's Books, Street 178, Sangkat Chey Chum Nas, Khan Daun Penh, Phnom Penh. Buku second hand lebih murah di PP.


Shopping di Phnom Penh ni best jugak eh walaupun untuk diri sendiri dibelikan fm je.....for more info regarding Phnom Penh boleh baca sini.

Cambodia | Nyawa melayang di Choeung Ek Memorial


Nyawa melayang di Choeung Ek Memorial | Choeung Ek Memorial atau dikenali juga The Killing Fields asalnya adalah sebuah ladang buah-buahan dan kubur Cina. Letaknya 17km di selatan Phnom Penh ia merupakan tempat wajib dilawati ketika berada di Phnom Penh.


Kawasan ini digunakan rejim Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot untuk membunuh banduan Tuol Sleng Genocide Museum dan kawasan tahanan lain. Para banduan ini akan dibawa menaiki lori ke sini sebelum dihentak, dipukul, dikelar leher sehingga mati. Semua kekejaman ini berlaku diantara tahun 1975 dan 1979.

Salah seorang survivor menceritakan mereka dibawa ke sini diwaktu malam, rasanya dengan berjalan kaki. Masa berhenti rehat di suatu tempat dia terbau sesuatu yang sangat busuk tapi tak tahu dari mana. Logiknya kalau mereka dan diseksa di 'sekolah tinggi' tu mestilah ini kawasan yang lebih teruk lagi. Dia sempat meloloskan diri tapi terpaksa meninggalkan anaknya yang menangis-nangis yang mana sehingga kini dia tak pernah berjumpa lagi. Adakah ko rasa anak dia masih hidup? Sedihnya bila berada di dalam dilema macam tu.

Masuk ke kawasan ini, walaupun ramai pengunjung suasananya senyap sunyi melayan perasaan masing-masing. Everyone khusyuk mendengar cerita daripada audio guide.

 Di stupa ini terdapat beribu tengkorak yang disusun dalam rak setinggi tujuh tingkat. Beribu rangka manusia dijumpai di dalam beberapa kubur besar di kawasan ini. Dua juta mangsa direkodkan dibunuh dalam tempoh 3 tahun sahaja. Gila!
 
 
Kebanyakan tengkorak mempunyai kesan kecederaan. Mereka dibunuh dengan zalim menggunakan pelbagai alatan tetapi senapang jarang digunakan sebab peluru mahal.

The Killing Field ini mempunyai beberapa checkpoint untuk menurunkan banduan, tempat tahanan, seksaan dan pembunuhan. Bagaimanalah keadaannya di malam hari ye? Adakah terdapat bunyi raungan dan rintihan? ish..seram!
 

 Pokok ini berfungsi sebagai tempat seksaan jugak, disagatnya leher tahanan kat pelepah yang tajam tu.
 
 Sehingga kini tulang-temulang masih boleh dilihat timbul atau dihanyutkan hujan lebat. Berhati-hati bila berjalan ye adik-adik, karang melekat pulak serpihan tulang tu kat kaki ko. Jenazah tetap perlu dihormati.


Tulang dan pakaian yang dijumpai dikumpulkan. Tulang-temulang ini dikumpulkan di atas sebuah kotak kaca yang dipenuhi dengan pakaian mangsa. Komunis memang kejam! 

Apalah dosa budak kecil sehinggakan sampai hati mereka menghempaskannya ke pokok ni.

Gambar ni mengingatkan aku cerita tentang Shamsiah Fakeh.  Anak pertama SF dilahirkan di dalam hutan. Parti Komunis Malaya kan beroperasi dari hutan masa tu. Suatu ketika dua orang ahli PKM ambil anak dia dengan memberitahu SF dan suaminya nak bagi kat orang untuk dijadikan anak angkat. Memula SF percaya tapi lama-kelamaan dia tahu juga yang anaknya dibunuh. Adakah begini cara pembunuhannya bayi dia tu? Nauzubillah... Walau siapa pun dia anaknya tetap tak berdosa, ahli syurga.

Mayat yang dibuang di dalam kolam ni dibiarkan terus bersemadi di sini. Agaknya kalau dikorek entah berapa tan pula yang dapat dikumpulkan.

 Salah satu kuburan besar dimana para penyelidik menjumpai beratus rangka manusia dalam satu lubang. Ada kubur yang khas untuk wanita dan kanak-kanak. Apalah dosa budak-budak tu kan?
 
Terdapat beberapa kawasan yang berlopak besar di sini. Semuanya pernah mengisi mayat manusia yang mati akibat seksaan, kekurangan zat makanan dan penyakit.
 
Speaker digantung di pokok dan lagu dipasang dengan kuat semasa para tahanan diseksa untuk mengelakkan teriakan dan raungan mereka didengari penduduk setempat. Sesiapa yang kepohci nak tahu dan sibuk nak menjoyah siaplah kau! Takkan balik ke rumah lagi dah.
 
Tiket masuk ke sini USD6 dan kita akan diberi audio guide mengikut bahasa yang kita nak. Bahasa Malaysia takdo, bahasa Indonesia, English dan lain-lain ada. Aku ambil yang english, kalau tak faham yang Indo karang tak feel pulak. Seeloknya kita berjalan mengikut turutan nombor untuk lebih memahami cerita. If sensitif pada debu sila pakai mask.
 
Haishhh sedihlah pergi tempat ni. Aku rasa elok juga kita sedekahkan Al Fatihah kepada yang muslim. Manalah tahu kan mereka juga termasuk dalam golongan yang dizalimi di sini. Rejim tu main kaut je sesiapa yang disyaki masa tu. Sesak dada mendengar kisah sedih yang real nih.
 
Lepas ni aku pergi Russian Market pula.

Cambodia | Tuol Sleng Genocide Museum (S-21) in Phnom Penh

Tuol Sleng Genocide Museum (S-21) in Phnom Penh

Cambodia atau Kemboja yang bersempadan dengan Laos, Vietnam dan Thailand ni sebenarnya hanya selamat untuk pelancong bermula tahun 1990. Negara yang dulunya bernama Kampuchea ini dijajah Peranchis sehingga tahun 1953. Selepas Peranchis melepaskan genggamannya banyak kisah duka dan kekejaman peperangan yang mereka hadapi dengan Thailand, Vietnam dan bangsa Khmer sendiri. Hingga kini masih ada periuk api yang tertanam di kawasan tertentu menanti mangsa.
Sebelum tahun 1975 Tuol Sleng adalah sebuah sekolah tinggi sebelum dijadikan tempat siasatan, penyeksaan dan penjara yang dikenali sebagai S-21 oleh Khmer Rouge. Banduan dari pelbagai lapisan masyarakat disiksa untuk mendapatkan maklūmat dan mengaku bersalah walaupun sesetengahnya terpaksa mengaku kerana dah tak tahan dipijak, dipukul, disimpah air garam pada luka, dirantai, ditonggengkan kaki ke atas kepala ke bawah, dihentak dengan senapang, dicabut kuku dan gigi hiiiii..... tak tergambarkan seksaannya. Yang dikira bersalah akan di bunuh di Choeung Ek atau The Killing Fields.

Seramai 17,000 telah ditahan di sini yang mana hanya beberapa orang saja yang dilepaskan atau lepas lari. Tapi yang lepas lari tu siaplah anak binī dia... takkan terlepas punya. Inilah yang paling mengejutkan rakyat Kemboja kerana mereka dibunuh oleh bangsa Khmer sendiri yang mereka sangkakan penyelamat selepas pertelingkahan  yang panjang sebelūm tu. Asal melawan sistem pemerintahan sosialis/komunis Khmer Rouge tu akan ditangkap tak kiralah penyanyi ke, pendidik, cerdik pandai, askar hinggalah rakyat biasa seperti petani dan buruh.

Bangunan lima blok īni sekarang dijadikan muzium sebagai peringatan dan bukti betapa kejam dan menggilanya regim Khmer Rouge yang diketuai Pol Pot suatu ketika dulu. Pemerintahan komunis ini berakhir pada 15 Mac 1992 apabila diambil alih oleh Pemerintahan Transisi PBB.

 Camano nak lari ni??

 Kelas dibuar sekatan dan dijadikan sel. Di situlah segala urusan dibuat. Ada yang 'dihumban' di sini bersama anak bayi mereka. Sesak dada melihat gambar-gambar yang dipamerkan. Rasanya mangsa di bilik ni masih hidup sampai sekarang.

 Kaki diikat di katil dan diseksa sehingga mendapat maklumat atau mengaku. Sehingga kini di sebahagian kelas masih terdapat kesan darah mangsa. Innalillah...sampai hati menyeksa bangsa sendiri.

 Tempat bersukan bebudak sekolah dijadikan tempat seksaan. Kaki diikat ke atas tangan diikat ke belakang lalu kepala direndam dalam air baja yang busuk.

 Orang yang disyaki akan diambil gambar dan diukur badannya. Tengok tu, dia tengah memangku anaknya. Aku sedih betul tengok gambar ni. Biasalah mak mak ni... Kaum wanita 'dimatikan' dengan mengetip puting bauh dadanya

Datanglah sini tengok sendiri gambar-gambarnya
 
Sekadar informasi tambahan, siapakah Pol Pot?

Pol Pot atau Saloth Sar dilahirkan pada 19 Mei 1925 di Kampung Thrum, Kemboja dan menjadi Perdana Menteri Kamboja dari tahun 1976 hingga 1978. Pol Pot merupakan pelajar yang bijak jugalah sehingga dapat menyambung pengajiannya di Peranchis. Sebelum tu kan Peranchis menjajah Kemboja ni so mesti ada give and take di situ agaknyalah...pepandai je aku huhuu..

Masa kat sana dia ni aktif dengan pertubuhan pelajar dan gerakan buruh. Bila tak lulus peperiksaan konolah balik kampung kan...eh, kat universiti Peranchis dulu tak boleh repeat paper ke?

Pol Pot mula aktif setelah ibu negara Kemboja, Phnom Penh jatuh pada tahun 1975. Memula rakyat Kemboja suka, ingatkan rejim ni la penyelamat dari duka nestapa tapi hampeh. Direkodkan seramai 2 juta rakyat Kemboja mati semasa pemerintahan Pol Pot.


Tiket masuk
usd3

Movie time
Morning 10am
Afternoon 3pm
 
Ko rasa berhantu tak sekolah lama ni?

Nanti kita tengok pulak The Killing Fields. 

The older I get ...

Tags
Orang tak tahu apa īmpian hidup kita
 
Orang tak tahu cabaran hidup yang kita hadapi
 

We have different life destiny...

'In nature, you are never alone. <3
󾮜 PowerofPositivity.com'

Melihat Budaya Orang Cambodia

Melihat Budaya Orang Cambodia | Oleh kerana dah selalu ke Indonesia, aku tak sure ke mana nak pergi but definitely Asia Tenggara...konon nak lengkapkan dulu pengembaraan ke negara berdekatan sepadan dengan bajet yang ada. Di samping tu teringin juga nak melihat bagaimana keadaan Malaysia di tahun 1970an dan 80an sama seperti tujuan asal ke Vietnam pertama kali dulu, bukan nak shopping sangat pun.

Sehari sebelum terbang barulah nak book driver tuk tuk walhal dah lama ada nombor dia. Terkejut dia, katanya sebab orang lain seminggu sebelum terbang dah tempah hahaa... trip sendirian berhad memang cenggitu.. dah agak kerap berjalan perasaan bimbang dan takut dah kurang. Aku fikir kalau tak dapat dia sewa tuk tuk orang lain je lah walaupun terpaksa bercakap bahasa ayam dan itik.

Sememangnya hajat telah tercapai untuk melihat keadaan seperti di Malaysia di awal kemajuan dulu. Phnom Penh yang menjadi ibu negara Cambodia berdebu, banyak tuk tuk dan teksi motosikal dan kekurangan teksi. Orang kita panggil negara ni Kemboja atau Kampuchea, nama lamanya. Masa aku mula menaip entry ni aku dah berada di Bangkok, masih batuk dan selsema selepas demam di Siem Reap. Sedih worrr demam sensorang di negara orang.

Sesampainya di Phnom Penh aku dihantar driver ke Camory Backpacker Hostel yang mengadap sungai. Ada kawan suggest Hostel Bubbly tapi last minutes i decided to try Camory sebab dapat review yang baik juga. Then breakfast dengan nasi Lok lak di Halal Restaurant sebab satu hari tu akan penuh dengan visits. Dari hostel tu bergerak ke kanan selepas dua lorong ambil kanan lagi akan terjumpalah restoran ni berdekaan dengan Hotel Indochine. Harganya reasonable. Masa makan tu sempatlah aku berborak dengan seorang businessman ni, semua menteri Malaysia yang terkenal dia tahu. Tak tahulah dia ni penggerak NGO ke apa.

Driver aku ni dulu pernah belajar di Kelantan tapi tak dapat menamatkan pengajian akibat kemiskinan. Adik dia pun pernah belajar di tempat yang sama. Aku tanya kenapa mereka ni belajar jauh sangat sampai ke Malaysia sedangkan hidup susah? Dia kata sebab "nak agama". Mereka minoriti di bumi sendiri. Champa sebenarnya ada sebuah negeri sendiri tapi hilang akibat peperangan.

Dia masih boleh berbahasa Melayu dan jujur orangnya. Harga service dia bermula dari pick up di airport adalah usd20 sehari, sehingga pukul 5 petang. Kalau sampai malam mungkin dalam usd25. Satu tuk tuk boleh memuatkan 4-5 orang. Untunglah kalau hangpa ramai.

 Di belakang istana
 




  Tugu peringatan kebangsaan Cambodia



Apa yang kuperhatikan di Phnom Penh ni penganut Buddha sangat menghormati sami mereka malahan ada sami yang ke kedai untuk membacakan doa. Mereka memandu di sebelah kanan (buat aku confuse sikit), pakaian sekolah pelajar di sini hampir sama dengan kita berbaju putih dan berkain/seluar biru tua. Kainnya dilipat selisih seperti kita memakai kain batik. Eh, ko pernah ke pakai kain batik? Itu cara pemakaian pakaian kebangaan mereka.

Owh...di Kemboja ni mereka menggunakan USD sebagai matawang selain Riel. Duit Riel tu ko takkan jumpa kat mana-mana money changer dalam Malaysia ni, kat border dengan Thailand tu pun tak mahu. Bila guna USD untuk jual beli kita ni rasa agak mahal jugaklah sebab nilai ringgit tengah jatuh. Di Kemboja barangan sepatutnya serba murah berdasarkan taraf hidup mereka tapi sesetengah barang aku rasa quite expensive bila start dengan usd1.

Yang sedihnya melihat golongan gelandangan. Malam tu ada budak minta sedekah so aku bagilah sikit. Sebenarnya aku tak suka memberi kepada yang meminta-minta ni... tapi dah pukul 10 malam, kesian entah dah makan entahkan tidak budak tu. Dalam perjalanan balik ke hostel tu aku ternampak seorang baby yang baru beberapa bulan umurnya tidur lena dengan mak dia di kaki lima. Allahu... sebaknya. Anak kita letak atas tilam dua lapis pun rasa kesian tapi nak letak atas katil takut jatuh. Oleh kerana budak lelaki tadi masih mengekor aku jadi aku nak serahkan jugaklah duit yang sikit tu kepada perempuan tu sendiri. Puas aku mengejutkan dia, letih sangat gamaknya isskkk.... ya Allah kesian sangat dengan anak dia. Aku dok fikir kalau mak dia ke toilet macam mana eh baby tu? Ke manalah bapaknya ya?

Aku berlalu dengan rasa sebak dan sebal kemudian terserempak lagi dengan seorang mak dengan 3 orang anak kecik yang tidur lena di kaki lima jalan. Tak sampai hati nak pandang muka dia sebab aku dah takde duit kecik.

Kekadang aku rasa tak nak keluar malam di tempat orang sebab tak nak terjumpa kisah sedih macam ni tapi kalau duduk dalam bilik je lebih baik dok rumah ye tak?














Cambodia and Thailand | Gambar buat geli geli dulu...

Assalamualaikum.

Dah seminggu tak update blog walaupun ada je tajuk yang bersusun dalam draft. Kali ni my trip covering Cambodia and Thailand. Kemboja belum pernah sampai lagi sebelum ni, Thailand pula kita cover area lain pulaklah.

Oleh kerana tak sure bila nak start dengan keadaan aku sekarang ni, demam di sana membawa batuk dan selesema ke sini...the next two days selepas tiba di rumah sibuk pula dengan acara akuatik MSSMNS anak-anak aku tu sambil berkejar ke KL berjumpa dengan ejen yang menjual rumah aku di Pandan Perdana tu... hari Jumaat dok hospital semalaman menemankan my youngest son (best pulak wad kanak-kanak yang baru di Hospital Tuanku Jaafar), hari Ahad gi kenduri, hari Isnin nak ke KL lagi sign S&P hurghhhh....lotih acik !

Lagipun macam kekurangan mood dengan kematian Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya selepas tidak boleh bersuara lagi barulah ada cerita molek tentang dia di media termasuk RTM dan Astro. Barulah orang tahu bahawasanya beliau bukanlah lebai kampung yang mengaji pondok semata-mata... tinggi pelajarannya, dihormati kawan dan lawan, dikenali dunia luar. Orang yang taksub politik dan tak cukup umur je dok membantai tak sudah sudah. Semasa hidupnya sebagai Menteri Besar Kelantan beliau nak mengucapkan Selamat Hari Raya di radio dan tv pun tak dibenarkan, takut nau lah pihak tertentu. Dulu, kalau adapun cerita beliau di media yang buruk sokmo, yang dah di-edit sehinggakan hilang maksud sebenar. Yang mencaci-celanya sehinggakan cara beliau minum mengikut sunnah pun disamakan dengan cara binatang haram -nampak sangat kau tak belajar agama- bertaubatlah dengan bersungguh kepada Allah, kerana dosa sesama manusia kena manusia tu sendiri mengampunkannya.

Alhamdulillah pemergiannya di permudahkan dan ditangisi. Majlis pengkebumiannya pun mudah dan ringkas menurut islam bukannya adat. Dalam kubur tu soalannya sama jer tak kira pangkat ko botingkek tingkek ataupun gelandangan. Yang berziarah pun tak payah nak berbaju hitam bagai. Semoga Allah mengampungi dosanya jika ada dan dikurniakan syurga firdaus. Amin. iskkk...

Okay back to business!

Aku telah ke Phnom Penh-Siem Reap-ke Aranyaprathet melalui Poi Pet, Lopburi dan Bangkok. Kesemuanya menggunakan public transport dan tinggal di hostel je kali ni. Terputus duit aku dalam trip ni .. gila.

Apa-apapun aku tunjukkan sikit gambar buat geli-geli ... mudah-mudahan awak semua terasa geli-geli jugak nak membaca nanti.

Choeung Ek Memorial (The Killing Fields), Phnom Penh, Cambodia

Tuol Sleng Genocide Museum, Phnom Penh, Cambodia

Dalam perjalanan menuju Siem Reap

 Angkor Wat, Siem Reap, Cambodia

 Bekas perpustakaan di Angkor Wat, Siem Reap, Cambodia

Chatuchak Park, Bangkok, Thailand 

 Sunflower field, Lopburi, Thailand

 Maeklong Market, Samut Songkran, Thailand


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free