Melihat Seni Kaligrafi di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam

Masa aku duduk di Shah Alam dulu tempat lepak yang paling hot ialah Kompleks Shah Alam. Hahaa..itu aje yang ada dan paling dekat dengan rumah, boleh berjalan kaki. Kemudian barulah naik Plaza Massalam dan lain-lain tapi aku tak boleh nak pergi sebab takde transport. Motor kapcai office ada tapi tak berani nak bawa jejauh takut kena tahan dengan polis. Side mirror takde, cukai jalan takde, lesen pun tak ado hahaa...tapi adalah sekali bawa jauh sket sampai Pantai Dalam huhu.. shhh abah den tak tahu tu.

Sekarang macam-macam ada di sana. Selain istana Sultan Selangor yang kita tak boleh suka suki masuk, Kompleks Taman Seni Islam merupakan suatu tempat untuk kita belajar tentang kaligrafi dan pembuatan Al Quran kitab junjungan.

Ada galeri, penulisan al quran, seni khat dan pengajian. MasyaAllah banyak perkara baru aku lihat di sini.


Yayasan Restu atau Restu Foundation yang memiliki Kompleks Taman Seni Islam ditubuhkan diatas kesedaran bahawa peri pentingnya mengekalkan kesenian Islam. Mereka juga mengembangkan kesenian Islam ke negara-negara di Asia Tenggara dan beberapa bahagian lain di dunia dengan cara menghebah dan mengajarkan teknik pembuatannya kepada dunia.

Yayasan Restu telah menghasilkan enam buah quran yang disalin sepenuhnya dan diwarnakan selain produk-produk lain yang berkaitan. Nak mewarna bukan senang beb, ada 7 lapisan yang menggambarkan 7 ayat didalam surah Al Fatihah. Semua corak dan warna mempunyai maksud tersendiri yang berkaitan dengan negeri dan negara Malaysia seperti bunga, bangunan lama dan batu bersurat Terengganu. Kertas pula diimport dari Jerman.

Menurut sejarahnya Al Quran mula disalin di zaman Khalifah Abu Bakar kerana setelah 70 orang sahabat Rasulullah syahid di medan perang. MasyaAllah besar betul jasa khalifah ni. Tanpa arahan dia teraba-rabalah kita dalam kegelapan lagi agaknya. Al Quran yang asal dikatakan kini berada di Tashkent, Uzbekistan.



Setiap bulan Syaaban replika jubah Nabi Adam akan dipamerkan. Kemetot betul kita ni berbanding manusia di zaman nabi-nabi dulu. 



Ruang utama galeri.


Replika pedang. Yang asli disimpan di negara-negara tertentu.

Di dalam kompleks ini dibina satu ruang yang menggambarkan rumah Rasulullah SAW. Ada yang terasa sebak di sini. Betapa kecilnya rumah Rasulullah, betapa sederhananya baginda. Walaupun iserinya kaya tetapi tidak sedikitpun baginda baginda bermegah dengan kekayaan harta dunia. Orang tertarik dengan Islam kerana akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW tapi kita?





Seronok melihat seni kaligrafi di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam.


Tahu tak apa maksud khat?

Khat bermaksud seni tulisan. Terdapat beberapa jenis khat yang digunakan di sini seperti:1) Khat Nasakh
2) Khat Thuluth
3) Khat Riqah
4) Khat Kufi
5) Khat Farisi
 
Bagaimana dengan persediaan sebelum menulis khat?

Untuk menulis tulisan khat batang pokok resam digunakan. Saiznya pula mengikut saiz jari kita. Kita pilih-pilihlah mana saiz kayu yang sedap dipegang ya. Hujung kayu resam dipotong serong sepanjang dua inci dan diasah dengan kertas pasir untuk melicinkannya. 10 inci batang resam mampu menulis sehingga 30 juzuk Al Quran. Benang sutera pula digunakan sebagai bekas dakwat. Para penulis khat memerlukan latihan selama dua tahun sebelum mahir sepenuhnya.


Kertas akan dilakar dengan pensil terlebih dahulu diikuti dengan dakwat hitam.

Ini pula bahagian untuk melekapkan emas tulen. Waduh waduhhh boleh sakit pinggang menghadap benda ni. Kerjanya mesti berhati-hati. Emas yang berlebihan akan dikumpul dan digunakan semula.

 

 

Sangat besar tanggungjawab orang yang menulis dan memeriksa naskah al quran. Tak boleh ada kesilapan lansung.


Oleh kerana staf di sini mampu menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi maka adalah beberapa orang yang dipancing negara lain. Biasalah tu kan, dimana-mana syarikat pun berlaku fenomena pekerja berhijrah. Nak nak pulak yang demand tinggi tapi pekerja berkemahiran tertentu tak ramai.



Tekun. Poning kepalo cikgu mengajar kitorang... kejap kejap panggil hahaa... Nak menulis mengikut lakaran pensil dengan badan sekali bergerak hihiii..

Ko rasa patut tak si penulis khat ni dihantar ke kelas j-Qaf atau KAFA? hahaha...




 Setiap hari Isnin dan Jumaat diadakan pengajian Al-Quran bersanad setiap pagi di sini.


Kepada yang berminat untuk menghadiri pengajian di Yayasan Restu bolehlah hubungi mereka di nombor 03 55119001/2/3 atau fb: facebook.com/keluarga ribatul-quran.

Pengajian yang ditawarkan ialah:
1) Kelas Bahasa Arab
2) Pengajian Al Quran
3) Kelas Tahfiz Al Quran
4) Kelas Tafsir Al Quran
5) Kaedah Pengajian Iqra dan Tajwid










Kalau berminat dengan ayat Al Quran sebegini boleh membuat tempahan dengan pihak galeri.

Nilai quran tulisan tangan bersaiz begini dijual pada harga RM25,000 dengan 12 lapisan warna dan ianya memang ada pelanggan tetap dari golongan kaya dan bangsawan. Mereka ni datang kekadang mengejut aje dan terus kata, i nak yang ni.. haa itu pun... yang tu bungkus dua! Duit berkepuk.

Jangan pula ada yang berprasangka buruk dengan mengatakan agama dijual lah atau apa apa saja sebab di mana-mana negara dalam dunia tetap akan ada beberapa golongan masyarakat. Yang sangat kaya, yang kaya, sederhana, miskin dan fakir. Sudah pasti hiasan dinding ini hanya mampu dimiliki golongan kaya dan super kaya. Kita kita ni beli quran biasa pun dah cukup. Yang penting dibaca dan diamalkan. Tak perlu jealous dengan kemampuan orang lain.

Kompleks Taman Seni Islam Selangor merupakan pusat pengembangan seni Islam yang dijadikan sebagai pusat penjanaan berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran. Ianya beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad jam 09.30 pagi - 05.30 petang. Hari Isnin tak buka ya, karang frust pulak. Alamat lengkapnya ialah:


Kompleks Taman Seni Islam 
No. 2A Pesiaran Damai, 
Seksyen 10
40100 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5511 9001/2/3
Faks: (+603) 5512 3788
Email: admin@restu-art.com

Ada projek infaq al quran juga di sini, diletakkan di ground floor rasanya. Ambil je lah beberapa pun dan masukkan duit ke dalam tabung yang disediakan. Nasib kami baik sebab 'cikgu' khat belum balik lagi jadi dapatlah minta tolong depa tuliskan nama kami di al quran tu. Hulurlah sket, dua tahun diorang nak mahirkan diri.

 

Kuala Lumpur Photography Festival 2014

Tags

Semenjak 18 tahun yang lalu PCP Publications tidak pernah gagal untuk mengadakan The Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) yang merupakan acara travel dan fotografi terhangat di Malaysia dan mungkin juga di Asia Tenggara.



Memandangkan pengembaraan dan fotografi saling berkait, setiap tahun kedua-dua kumpulan ini akan datang untuk mendengar seminar daripada the industry leaders, membuat networking, mencuba produk baru dan memenangi hadiah menarik dalam pertandingan yang diadakan. Malah sejak 2012 sebuah seksyen khas untuk peminat fotogafi telah diadakan. Seksyen ini dinamakan Free Independent Travel Exchange.

Program baru sering diperkenalkan malah untuk menambah nilai acara ini KLPF Photo-creator of the Year Award diperkenalkan.


Ini adalah kali pertama aku menghadiri festival fotografi yang besar begini. Ada banyak gambar dipamerkan kepada pengunjung dengan tema tertentu. Terlalu banyak yang menarik yang membuatkan diri ini terasa buruknya gambar aku... ishh..

Kalau dah traveller pun terlibat sama semestinya banyak gambar luar negara juga dipertontonkan. Sangat cantik okeh! Nak tengok gambar kena spend masa lelama which aku tak berkemampuan waktu itu sebab nak jemput anak balik pukul 12 tengahari. Iolls pergi masa opening hari Jumaat, berkejar-kejar nak balik nasib baik ada hamba Allah sudi tumpangkan sampai Seremban. Nasib baik juga dia hantar sampai tempat parking kereta dibuatnya dicicirkan aku tepi highway, nanges!

Barangan fotografi terbaru turut diberi cuba kepada penggemarnya. Ada banyak brand tapi Canon kat mana..? Canon kat mana..??

Pada hari kedua dan ketiga diadakan banyak photography talk oleh mereka yang terbaik dan terkenal di dalam bidang ini seperti:

Shamshahrin Samsudin...a newswire photographer- How we create the photo
Aqmal Hadee Shapee "Morpheuse"- How to create a compelling black and white potrait
Kong Yuk Loong- Writing my travel diary through photography
Dev Lee- Conceptual photography
Amril Izan- Construction of a landscape image- A complete workflow from capture to upload
Ibrahim Haji Ngah Ahmad- Photography and activism, how it can be collaborating
Alex Ng- Documentary photography
dan ramai lagi.

Each speaker hanya diberi masa setengah jam. Mana cukup 30 minit dahlah tajuk dan penceramahnya hebat-hebat belaka. Mengikut pengalaman ada banyak pertanyaan daripada orang yang tak tahu apa-apa macam aku. Kena mendengar sahajalah nampaknya...mulut kasi diam.


Pertunjukan membuat kraftangan dari orang asli suku Mah Meri

I want to go to Thailand....again!

Booth Tourism Thailand paling happening siap dengan demontrasi melukis di payung. Aku suka muzik iringan penari ni, rasa macam nak menari sekali pulak heheh.. 'Orang tersebut' tak reply lagi kat mana nak dapat cd lagu ni.

Bang ! bang!

Yang aku nak puji majlis anjuran syarikat cina ni, majlisnya sangat ringkas, padat dan props untuk upacara pelancaran majlis cheapo aje. Yang penting maksud tercapai. Walaupun ada vip (jurugambar tersohor dari luar negara) mereka makan nasi lemak/bihun/kueh dalam bekas polisterin di bilik yang sama dengan kami. Okaylah orang cina memang pandai cari duit dan jimat duit. Eh, ada orang tapau kueh la muahahaha...

Kuala Lumpur Photography Festival/FITE is organised by PCP Publications – the publisher for photography and travel magazines – Photo Creator, Advanced Images, Fotografika, Travelmate and Travelution. Diantara majalah keluaran mereka ialah Fotografika (Bahasa Melayu), Travelution, Advance Images Photography dan yang lain-lain tu berbahasa cina. Tak tau den tajuk ea.


See you in KLPF October 9-11 2015  !

Mencari yang vintage di Amcorp Mall Flea Market

Sesiapa yang membesar di tahun 80an dan 90an mesti ada kenangan dengan lagu-lagu rock kapak dan balada yang menjadi trend pada masa tu. Komposer seperti Saari Amri, Fauzi Marzuki, Baiduri, LY, M. Nasir (masih hot sampai sekarang) were the most sought after, berebut-rebut penyanyi nakkan lagu mereka.



Tahun 1987-1989 tu aku masih di girls school lagi... memang layanlah jugaklah lagu jiwang dan rock nih hahaa.. Bila masuk asrama tak layan dah sebab takdo radio. Nak tengok tv pun berebut. Aku rasa sampai sekarang pun lagu-lagu 90an masih boleh diterima ramai. Sebab apa eh? Lagunya kah..liriknya kah...atau penyanyinya kah?

Kepada yang merindui lagu-lagu lama tapi kaset dah tak tahu nak pasang dimana (sebab audio system yang baru takde pemain kaset lagi) bolehlah ke pergi Amcorp Mall every weekend. Cuba cari brothers yang jual cd, dia ada baaanyakkkkk cd lagu. Lupa pulak aku nak cari cd killer album Ella USA. Gilalah album tu meletup habis! Ada juga yang menjual piring hitam. Perghh banyak betul koleksi dia, dia sorang je yang menjual benda tu. Eh adik-adik, pernah nampak kaset tak? Floppy disc? Tak tau?? Akak ni dari zaman batu dik hahaa..

Flea market atau pasar karat di AM ni telah dimulakan sejak tahun 1998 diinspirasikan dari Portobello Market di London. Walaupun pasar yang dibuka setiap hujung minggu ni dah lama beroperasi hanya tahun lepas baru aku ke sini. Senang je nak ke sini naik lrt turun di A&W yang besar tu. Bangunan AM boleh juga dilihat dari federal highway, tak jauh dari Menara TM.

Pihak pengurusan tak terlalu ketat dengan undang-undang. Setahu aku mereka tak ada membuat kontrak jangka panjang pun dengan penjual pasar karat ni supaya dapat lebih ramai penjual di sini. Marketing strategy tu, lagi ramai penjual dan produk lagilah ramai bakal pembeli yang akan datang. Dulu aku pelik jugak ada flea market di tempat orang kaya-kaya di Petaling Jaya ni.




hihii...kuang ajau sangat budak nih :-D

Ada berbagai barangan yang didagangkan seperti tulisan khat, buku, pakaian, kasut, barangan kulit dan sebagainya. Aku cuma membeli fridge magnet je sebagai kenangan. Best kata-kata motivasi di FM tu, hanya seorang sahaja penjualnya.

InsyaAllah aku akan ke sini lagi untuk mencari yang vintage di Amcorp Mall Flea Market.




Kembara Kraf Selangor 2014 - part 3

Kita sambung lagi eksplorasi produk kraf di negeri Selangor. Sesungguhnya tanpa lawatan terancang sebegini banyak industri kecil dan sederhana tidak diketahui umum. Masa trip ke homestay Pulau Pinang tahun lepas kami dibekalkan dengan biskut cip coklat yang super sedap. Hasilan negeri Selangor juga.



Kami ke Creative Cottage di Amcorp Mall, Petaling Jaya, untuk berjumpa dengan seorang pengusaha yang mempromosikan kraf sebagai aktiviti keluarga. Mereka juga mengajar folk art, menstensil, mengecat seramik, fabrik dan kaca selain dekorasi kek. Peralatan untuk menghasilkan kraf tersebut juga turut dijual.

Bermula semenjak tahun 2002, mereka masih aktif mengajar individu yang berminat sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.

Zahir Yusof
Creative Cottage
Lot 352, Level 3 Amcorp Mall
18, Jalan Persiaran barat
46050 Petaling Jaya
Selangor
Tel/faks : 03 7955 5909
E-mel : info@creativecottageonline.com



 
sumber di sini

Dah tulis buku dah pun dianya..


Seterusnya melawat pembuat batik ekslusif Alana Ilham. Superb idea mereka ni!


Alana Ilham
No.10, Talan Kosas 2/10,
Taman Kosas,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan
Tel :  +603 4285 5655

Banyak dah kilang mencanting batik yang aku pergi, selain Noor Arfa Batik yang famous dengan design meletops tu ada juga yang mengusahakannya secara kecil-kecilan tapi menghasilkan pulangan yang besar-besaran. Mereka berjualan secara online!

Salah satunya adalah Alana Ilham di Ampang. Beroperasi di rumah dua tingkat je you tapi dieksport ke luar negara. Mereka telah berniaga sejak 3 tahun yang lalu menggunakan teknik tradisi dengan rekaan moden. Cuba ko tengok kat website AI hmmm...sangat cantik design mereka. Moden, aku suka. Menurut bosnya untuk pasaran Amerika Syarikat rekaan yang diminati adalah separuh tradisional. Mereka juga ada tukang jahit sendiri so kalau nak tempah boleh bagi ukuran saja.

Selain batik AI juga menjual baju kurung moden dan baju melayu.


Kaftan AI cantik-cantik belaka.

Sunris-emily memegang corak batik yang memenangi Piala Seri Endon 2013. Cemana eh nak dapat idea hebat camni?

Selain kain pasang dan baju siap, cekak rambut, brooch, rantai pun boleh dijadikan aksesori menarik dari kain batik. Yang ni boleh dipanggil produk hiliran ke?


Alana Ilham a batik soiree.



Program Kembara Kraf Selangor adalah anjuran majalah Gaya Travel dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Unit Pelancongan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang bertujuan untuk mempromosikaan produk-produk kraf di negeri Selangor. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran program ini.

Harga Baju Tak Masuk Akal di Warehouse SALE!!

Hallo hallo halloooo...!!

Bila kali terakhir awak semua shopping kain baju seluar dengan harga RM5 dengan kualiti barangan KLCC? Cer kabo bila? Aku last sekali dapat Harga Tak Masuk Akal di warehouse SALE tahun 1998 dulu. Haa dah lama giler. Ingat sangat aku tahun tu sebab baru je beranak badan pun macam kena pam. Then officemate ajak pergi Metrojaya Ampang yang nak close shop after office hour. Gigih aku drive dari Nilai nak perabih duit kat situ sampai sakit dada anak tak menyusu hihii...tak puas hati punya fasal selang beberapa hari pergi dengan bos pulak.

Ni cek nak bagi tau, nak mewar-warkan kepada yang belum tahu bahawasanya kat KL ada tempat menjual barangan di atas yang SUPER MURAH (macam tak percaya ai) di Niichi Warehouse Sales, Taman Shamelin Perkasa.

Macam mana aku yang dok Seremban ni boleh tau pulak?

Haa...hari tu aku ada iklankan Flat Mampu Milik Untuk Dijual di Pandan Perdana kan, so semalam aku pergilah sana sebab ada prospek yang nak tengok. Lepas tu seperti biasa seperti YB kawasan aku mesti drive sekitar kawasan kilang di Shamelin tu. Dulu dah beberapa kali ada sales di situ so dengan penuh harapan dah drive jejauh nak jugalah masuk memana warehouse yang buat sale hehee..

Ya Allah, bila ternampak price starts from RM5 terus tersangkut sampai 2 1/2 jam kat situ. Typical lady sangat khennn... Ini betul-betul punya jualan murah, baju semua yang elok belaka. Ko tahulah kan Niichi punya kualiti. Ada empat brands yang dijual iaitu Niichi, dressingPaula, Kitschen dan Marry Merry.

Untuk orang bersaiz standard lagilah senang semua boleh pakai. Kalau macam aku ni memula ukur bahu, lepas tu ukur tempat yang ada budak dulu tu... kalau dua-dua lepas aku masukkan sebelah tangan sampai habis (kat sini kekadang failed!). Kalau semua ok baru ambil hahaa... ingat mak orang macam ai senang ke nak beli baju? Makan hati tau tengok baju Misz Nina yang ketat dulu tu hahaa.. uishh baju tu pun dalam RM30 je, takde yang RM50 pun kat situ.

Ada blouse ada dress tapi seluar tak banyak. Untuk lelaki pun tak banyak sangat, seluar dan kemeja. Murah, beli je lah boleh buat gi kerja. Kalau tak berkenan juga encik suami boleh duduk kat sofa sambil jaga anak. Kalau tak ikut lagi bagus takdelah paksa paksa orang balik cepat hihii... Ruang dua tingkat tu penuh dengan baju baju bajuuuuu...kasut dan sedikit accessories. Pakaian di sini akan selalu ditambah yang baru. Dah nak raya cina ni cheongsam pun ada.

So, kepada adik kakak yang selama ni dok mengulang ke kedai bundle - ai faham kos tinggi duk KL, tak hina pun beli kat situ - meh lah sesekali beli yang baru pula. Mana nak cari blouse japanese cotton yang nipis dan lembut tu dengan harga 10 hengget! Pakailah je lah inner. Kepada korang yang selalu pergi event yang perlukan banyak baju atau nak travel dengan bergaya atau, dah bosan giler tengok officemate or housemate pakai baju yang sama je... silalah share kat fb ko page aku ni. Nak cakap segan, biar dia baca sendiri hahahaa...

Ini alamatnya:

Niichi Warehouse Sales
Lot 62, Jalan 8/91
Taman Shamelin Perkasa
Kuala Lumpur

Tempat tu boleh diakses dari beberapa jalan seperti Pandan Jaya tapi aku cuma tahu nak direct korang dari MRR2 je. Kalau dari KL ko kena buat U-turn selepas Pandan Indah tu. Kalau ikut MRR2 dari arah Sungai Besi masuk simpang kiri selepas bangunan yang ada Safari Water Park (yang atas bumbung) dulu tu. Rasanya ada pasaraya Econsave kat situ. Lepas tu belok kanan, habis je rumah teres dan nampak kedai belok kiri, jalan terus sehingga selepas SegiFresh di sebelah kanan kemudian belok kanan. Haa..lepas tu mata pandang kiri aje eh. Faham eh? Happy shopping!!







Hotel-Hotel Baru di Malaysia

Assalamualaikum.

Ketibaan pelancong yang semakin meningkat saban tahun ke Malaysia telah menyebabkan bertambahnya penawaran penginapan dalam pelbagai kelas. Bagi yang berkemampuan tinggi hotel butik dan yang berbintang empat dan lima menjadi pilihan utama. Bagi yang berbajet sederhana hotel tiga atau dua bintang sudah memadai asalkan selamat dan bersih.



Selain daripada itu pilihan hotel juga bergantung kepada minat pelancong itu sendiri. Sekiranya mereka kaki shopping hotel di tengah bandar atau sekurang-kurangnya mudah mendapatkan pengangkutan awam seperti LRT, monorel serta teksi lebih diminati. Bagi aku sendiri, sekiranya ke tempat yang baru yang belum pernah aku jejaki, hotel yang menjadi pilihan adalah yang menjadi laluan pengangkutan awam dan mudah mendapatkan makanan halal.

Tahun 2014 telah banyak memberi peluang aku menginap di hotel dan homestay. Kali ini aku nak share pengalaman dan gambar hotel-hotel baru di Malaysia yang berumur kurang dari dua tahun.


Best Western Hotel, Petaling Jaya
No. 1, Jalan 13/1 Section 13
Petaling Jaya, 46100, MY
Phone: +603 7610 2222
Fax: +603 7610 2200

Masa aku menginap di sini Hotel Best Western, Petaling Jaya baru jo menoteh, baru 21 hari masih dalam pantang lagi...signage pun belum naik. Aku rasa bilik aku ni pun belum pernah menerima tetamu lagi.

Dari segi hiasan, ringkas dan moden. Katil besar tapi ruang dalamnya agak sempit (untuk bilik yang inilah) hinggakan masa aku solat amoi tu melangkah je atas sejadah. Adehhh... redha je lah sebab dia tak faham. Kalau kita nak bilik dikemas sila maklumkan kat pintu.

Yang bagusnya hotel ni dikelilingi shopping mall yang baru dan lama seperti Jaya 33 . Nak makan pun senang. Hanya 10 minit pemanduan ke Mid Valley Megamall dan lebih kurang 30 minit ke Subang Airport.




Sunrise seen from my room. Love this moment.


The Glow by Zinc
Tel: +60 4 226 0084 
Fax: +60 4 226 8155
www.glowbyzinc.com/penang


Hotel baru yang cozy. The bright attitude of Pop Art, the beauty of the everyday!

Hiasan bilik kontemporari dengan tilam bantal yang sungguh sedap untuk melelapkan mata. Bilik yang agak luas dengan wifi sepantas kilat dan stabil. Bilik famili quad SANGAT SELESA dengan keluasan 35sqm. Kalau ko jenis yang suka mengambil syampu dan sabun mandi hotel, kat sini kena bayar ye sebab besar gedabak saiznya, saiz botol yang kat rumah kita tu.

Kedudukan The Glow by Zinc hanya 10-15 minit berjalan kaki atau berkereta ke pusat membeli-belah dan makan dan hanya 2km ke Georgetown UNESCO Heritage Site. Dari segi keselamatan pula setiap tetamu akan diberikan kad akses yang hanya boleh digunakan di tingkat yang berkenaan sahaja.

Yang tak bagusnya parking space limited. Walau bagaimanapun kita boleh park kereta di tepi-tepi jalan berdekatan hotel. Yang di belakang hotel tu kena tanya reception staff.


 Biliknya luas dan selesa, internet laju tapi katil kecil seperti saiz normal yang di rumah tu. Jadi katil tu hanya mampu memuatkan seorang je...kalau berdua mungkin salah seorang akan terjun ke lantai hehee..

 Lukisan dinding hasil kerja pelukis dari Kuala Lumpur dan sahabatnya. Kalau tak silap dengar galeri mereka di Seputeh.

  
Dining hall yang menarik. There are a meeting room that can comfortable accomodate 20 guests and is ideal for small private meetings, lunch or dinner parties and small product launch events.


Traders Hotel
  Persiaran Puteri Selatan
 Puteri Harbour
 79000 Nusajaya
 Johor Darul Takzim, Malaysia
Tel : (60 7) 560 8888
Faks : (60 7) 560 8999
http://www.shangri-la.com/johor/traders


Traders Hotel, Puteri Harbour, Johor, merupakan hotel berjenama antarabangsa yang pertama di Nusajaya yang sangat strategik lokasinya menghadap laut. Ia juga berhampiran dengan pusat pentadbiran Kota Iskandar, Legoland Malaysia Resort dan Puteri Harbour Family Theme Park yang ada Lat's Place, Sanrio Hello Kitty Town yang pernah aku blogkan dulu.

Hotel 4 bintang ini menawarkan 283 bilik dan suite kepada pelancong dan businessman.

Satu perkara yang anda takkan menyesal di sini ialah makanannya. Marvellous!



 
Eco tree Hotel, Melaka Raya
1, Jalan Melaka Raya 9,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka, Malaysia.
Telephone:+606 - 292 1888
Fax:+606 - 281 9991
E-mail::reservation@ecotreehotel.com
Bukan main lagi model hot fauziaryaan.com bersantai

360 degree Sky Deck and Pool Bar with a panoramic view of the city skyline and the famous Straits of Melaka where you can relax and enjoy the sunrise or sunset.

Bilik ni best, macam SOHO


The Settlement Hotel
Ujong Pasir
75050 Melaka
Tel : +606 292-1133
Faks : +606 292-4700
reservation@thesettlementhotel.com

The Settlement Hotel ialah hotel 5 bintang yang menawarkan 45 buah bilik dan 4 Villa. Ruang hadapan dihiasi dengan Sultan Bed yang berusia 350 tahun dan tiles antik yang dibawa dari masjid Palembang di Sumatera.

Tetamu yang baru tiba akan disambut mesra lalu dibawa ke ruang makan untuk menikmati teh Inggeris sementara urusan pendaftaran masuk dilakukan oleh staf terbabit. Kemudian tetamu akan diiringi ke bilik masing-masing oleh Settlement Ambassador.
 
Main entrance of The Settlement Hotel


Zaman sekarang ni kalau nak duduk rumah kayu, makan ubi rebus kena stay di hotel yang banyak bintang. Nampaknya mereka lebih menghargai dan nampak bahawa yang lama itu 'boleh dijual'.




Restoran mesti cuba di Pulau Pinang

Sebagaimana Vietnam yang terkenal dengan kopi aisnya yang sedap, Bandung dengan kek bakarnya, Malaysia ni terlebih banyak lagi makanan yang sedap disebabkan kepelbagaian etnik. Nak yang podeh poi Negeri Sembilan, hok manih di Kelantan, nak kari kari kariiiii pi lah Pulau Pinang.

Ni mokcik nak suggest awak try restoran di bawah kalu pi Penang.


BBQ dinner romantik di The Ridge-Teja by the sea
Tel : 019 4581996
fb : The Ridge-Teja by the sea 

The Ridge-Teja by the sea terletak bersebelahan Jeti Batu Musang yang nak ke Pulau Aman, hanya beberapa minit dari Jambatan Sultan Abdul Halim. Pulau Aman terkenal dengan homestay, mi udang sedap dan melihat dolphin di laut. Ikan lumba-lumba di Penang habaq hang!

Restoran ini menawarkan seafood grill and steam boat yang jujur aku cakap sup dan sosnya sedap. Kami datang beramai-ramai takdelah romantik, bebughak yo kojo... Datanglah sebelum senja menjelma untuk melihat matahari terbenam yang cantik. Jangan risau, ruang solat yang luas dan selesa disediakan di tingkat bawah, tangganya pun di dalam restoran ni aje. Di tempat solat pun boleh nampak sunset.

Pihak The Ridge-Teja by the sea juga menyediakan khidmat catering untuk 800 orang. Kalau nak lagi ramai kena tanya depa la tapi tempat memang luas. Live band pun ada katanya...hari-hari tertentu je kot.



CMR Chinese Muslim Restoran
2A-G-18 Quarter Mile
Solok Mayang Pasir
Bayan Baru
11950 Pulau Pinang
(Di antara masjid Bayan Baru dan Hotel Sri Malaysia)
Tel : +604-6386158
Dibuka setiap hari

Dulu agak susah untuk menikmati makanan Cina yang halal. Kalau ada pun di hotel ternama yang tentunya will break your pocket. Ingat lagi di penghujung tahun 1990an dulu dua orang lecturer belanja makan tengahari di sebuah restoran cina muslim di seksyen 9, Shah Alam. Selepas beberapa tahun restoran tu pun dah tutup, mungkin berpindah ke lokasi lain.

Kini restoran yang menghidangkan makanan cina yang halal tumbuh bak cendawan selepas hujan, sama banyaknya dengan restoran Arab. Untuk penggemar makanan cina di Pulau Pinang, CMR China Muslim Restoran yang merupakan restoran cina muslim halal yang pertama di Pulau Pinang mampu untuk memuaskan nafsu makan anda. Pihak restoran ini mahu mengekalkan resipi dan tatacara penyediaan makanan secara tradisi dengan membawa chef muslim dari negara China. Ko kena cuba kambing kat sini, itu memang kepakaran orang cina di China. Teringat makanan enak di Guilin dan Guangzhou dulu... cuma lamien tak ada... kena makan kat Hangzhou lah nanti. Ada sesiapa nak join ke Hangzhou-Shanghai?

Restoran ini dibuka setiap hari tak kiro paneh ko hujan ko... termasuklah cuti umum.


 Hidangan belum lengkap. Di meja kami kesemuanya perempuan jadi makanan tak habis, untunglah orang yang menumpang hehe..

Tips nak puas makan : pilih meja yang bukan semua lelaki. Kalau duduk sama dengan mereka tak ada harapan la...


Hameediyah Restaurant
156 & 164A, Lebuh Campbell
10200 George Town
Pulau Pinang

Kunjungan ke Pulau Pinang ibarat tidak lengkap tanpa membeli jeruk dan makan nasi kandar. Sebelum ini aku dah mencuba makanan di Restoran Kapitan, Line Clear dan Pelita Nasi Kandar jadi kali ini ke Hameediyah Restaurant pula. Letaknya di Lebuh Campbell di antara lokasi pencarian street art yang sangat popular di Pulau Pinang.

Nasi kandar ialah nasi berlauk yang dijual dengan mengandar di bahu. Sekaki kayu yang agak panjang digunakan untuk menyangkut dua buah bakul makanan di hadapan dan belakang. Para peniaga makanan ini akan berjalan dari satu kampung ke kampung yang lain dan di mana-mana sahaja tempat yang ramai orang. Ala.. ko tengok je cerita P. Ramlee kat tv tu.

Kehidupan dan taraf hidup manusia berubah selari dengan kemajuan zaman. Kini nasi kandar terdapat di restoran-resoran besar dan terkenal. Dimana ada mamak di situ ada nasi kandar, termasuk Singapura.


Hidangan nasi kandar di Hameediyah Restaurant, Lebuh Campbell, bersaiz besar. Nasinya tu boleh dimakan dua atau tiga orang. Saiz ayamnya pun umangaiii...nek moyang godang!

Kedua-dua restoran Hameediyah berselang dengan tiga buah kedai lain di jalan yang sama. Jenis lauknya memang banyak sayang aku tak dapat nak upload gambar sebab entah ke mana lesapnya isk.. Yang paling menarik perhatian aku di restoran ini, 'lif' yang digunakan untuk mengangkut makanan ke tingkat atas.

Gambar yang di atas tu di restoran baru, di restoran lama dah masuk kategori antik kerana digunakan semenjak restoran ini dibuka pada tahun 1907 lagi. Mesin manual tu yang tahan lama. Mereka sangat menjaga kepantasan menghidang, tergesa-gesa aku ambil gambar ni sebab mereka tak mahu pelanggan tertunggu-tunggu. Tiga minit je kot?




Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free