Gempa bumi di Maluku Utara



Gempa lagi! Innalillah....(updated)

Indonesia yang berada di lingkaran api pasifik sangat terdedah kepada gempa bumi. Sebab itulah masa aku mahu bermula travel Indonesia menjadi pilihan sebab aku bimbang keindahan yang ada di waktu itu akan dilenyapkan oleh gempa bumi atau letusan gunung berapi dan aku tak dapat melihat lagi alam ciptaan tuhan itu.

Pagi ini jam 9.31 WIB, gempa bumi di Maluku Utara, secara tepatnya utara Laut Maluku iaitu di 158 km timur laut Bitung atau 160 km barat laut Ternate terjadi dengan kedalaman 48km. Dengan kekuatan 7.3 skala Richter, ia pasti menghasilkan goncangan yang kuat sehingga amaran tsunami juga telah dikeluarkan. Namun, kemusnahan dan kematian belum dipastikan lagi jumlahnya.

Hmmm...macam-macam musibah. Berhati-hatilah ya kengkawan yang nak mengembara ke sana. Rabbi yassir wala tuassir.

Post a Comment

0 Comments