Mendulang emas di laman rumah? Beruntungnya....

Tags

Entry kali ni orang perempuan mesti suka, selepas habis membaca blogpost yang ini mungkin akan berkata kalaulah kat kampung aku.....aku yang tak berapa minat barangan kemas pun terasa alangkah bagusnya kalau di belakang dapur aku ada berkilo-kilo emas tulen.




Sebelum terlupa lagi, asal nama Terengganu ni ada banyak versi. Yang biasa orang ceritakan mereka menyebut sinar atau pelangi itu sebagai ganu. Jadi bila sunrise mereka akan berkata terang dah ganu. Lama kelamaan it became shorter, Terengganu. Begitulah ceritanya.... Aku rasa ramai yang tak tahu cerita ni tapi kalau disebut Terengganu otomatik otak akan teringat minyak dan Pasar Payang. Betul tak? 

Kali ni aku memandu bot membawa (kononnya) para pengamal media dari TV Al Hijrah, Bernama TV, myNewshub, Santai Travel dan lain-lain ke Kg Jenang, Marang, Terengganu sebagai salah satu acara sempena program Sahabat Media-Terengganu Kesenian dan Kebudayaan. Senang je bawa bot ni...kelajuan bot masa ni dalam 4 knot. Boleh tahan lajulah.

Memandu bot sama macam memandu kereta. Ghimeh amek den pakai life vest ni...

 Adakah aku telah terkeluar dari bot?

Sesampainya kami di sana kami disambut dengan paluan gendang dan silat oleh orang kampung sebelum diraikan dalam jamuan kecil-kecilan. Makanan yang disediakan orang kampung susah nak jumpa yang tak sedap. Mungkin disebabkan mereka menyediakannya dari hati untuk meraikan tetamu yang membawa rahmat. Betul, tetamu yang baik membawa rahmat jadi kalau ada orang datang ke rumah semasa kita sedang makan minum ajak dia makan sekali. Jangan ko lari menyorok bawa pinggan pulak rugi...rugi.....


Korang yang muda belia pernah terbaca kisah melombong emas di Rusila tak? Rusila tu di daerah Marang kawasan Tuan Guru Haji Hadi. Punyalah banyak emas kat situ sampai runtuh tanah kena korek. Kawasan tak bertuan yang dilombong hasil buminya yang bernilai tinggi kemudian diwartakan hak kerajaan. Sempatlah mereka mengumpul harta beribu-ribu ringgit dalam sekejapan sahaja.

Walaupun cerita Rusila gegak gempita hebatnya, kampung Jenang juga di daerah Marang pun apa kurangnya. Paling syok boleh mendulang emas di laman rumah sahaja. Haa??? Mesti orang Kuala Pilah frust sebab semurah-murah emas di Kuala Pilah kena beli, yang di Kampung Jenang boleh kuis dengan jari je ibaratnya. Punyalah banyak dalam tanah kampung mereka.

Kalau dulu aku terlihat dalam sebuah majalah gambar rumah seseorang digali disekelilingnya, kali ni aku tengok sendiri lubang-lubang yang mengeluarkan emas. Bertuahnya..........

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jenang, Rasid Abdul Ghani , mereka hanya perlu menggali beberapa kaki sebelum menemui emas 10! Emas yang ini terlalu lembut, ia harus dicampurkan dengan logam lain untuk mengukuhkannya.. Bila aku tanya kenapa tak gali lagi? Saya tak ada masa katanya. Adohaiiii.....masa tu terfikir kalaulah husband aku orang kampung ni harus sakit tangkuk aku menanggung kalungan emas. Kalau pergi kenduri pun bolehlah ambil lauk yang jauh dahulu sebab nak tarik lengan baju sampai ke siku hahaa.. Kata Encik Rasid lagi bila musim cuti sekolah rumah dia penuh dengan adik-beradik mendulang emas.


Emas sebanyak ini pun dah bernilai RM200+

Menurut Encik Rasid, mereka tak hairan kalau orang datang meminang anak dara mereka dengan membawa emas tapi berbesar hati kalau diberi mesin mendulang hahahaaa....dengar tu uollsss. Bakal pak mertua korang dah bagi tips nih.

Sebelum beredar aku berseloroh, bagi la kami sovenir tanah seorang sekampit hahaha....seloroh yang penuh harapan ;-)

Okaylah emas dah jumpa, puas hati den. Lain kali kalau dijemput ke Terengganu lagi aku nak request jumpa Ustaz Azhar Idrus dan Eman Manan (pojaan hatiku) pula. Itupun produk Terengganu yang bagus, sama seperti Nicol Anne David yang sinonim dengan Pulau Piang. Boleh tak Tourism Terengganu? ^---^

Resepi cookie sedap daripada Double Tree

Tahun ni cookie yang paling sedap aku nikmati adalah daripada Double Tree by Hilton, Johor Bahru. Beribu-ribu tania kepada chef yang hebat di hotel itu. Ini baru hotel 4 bintang, ada yang self proclaimed hotel 4 bintang tapi makanannya biasa biasa je.



Oleh kerana enak bangat aku nak share di sini resepi cookie sedap daripada Double Tree. Bahan-bahannya aku tahu tapi cara membuatnya I guess macam baking cookie lain yang berkacang juga.

The ingredients:

Tepung gandum
Susu
Telur ayam
Chocolate chips
Walnuts
Butter
Sugar
Brown sugar
Rolled oats
Garam
Baking soda
Lemon juice concentrate
Vanilla extract
Cinnamon

Aku rasa caranya macam biasa kita pukul butter dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Telur tu ko cebokkan dulu...jangan malas, nanti dengan taik ayam masuk sekali dalam doh. Lepas tu baru masukkan bahan-bahan lain. Bentukkan bulat leper saiz tapak tangan dan bakar. Senang kan?

This delicious cookie is their way of saying welcome to Double Tree by Hilton.


Tips Melancong Untuk Para Ibu

Aku selalu mendapat soalan ni.... kak, anak ko ramai, macam mana akak boleh selalu melancong?



Husband kan ada.......

Itulah yang selalu aku jawab hahaaa....kenapa ko tak ajar husband ko masak?;DDD

Sebelum tu aku nak clarify yang aku ni bukanlah semuanya melancong dengan duit sendiri. Banyak lokasi di Malaysia ni yang aku dapat pergi kerana dijemput orang. Ada yang kata aku ni beruntung sebab selalu dijemput tapi fikirkan juga, bagi aku yang fokus kepada blog pelancongan dan pengembaraan aku jarang buat story untuk hal lain seperti food review, product review seperti mekap and so on. dan aku juga tak mampu nak attend events seperti yang korang pergi tu disebabkan kekangan masa dan jarak. Den bukannya duduk dokek Kolumpo. Jadi apa yang korang dapat aku tak dapat begitulah juga sebaliknya. Alhamdulillah...bersilaturrahim itu membuka peluang yang lain.

Kali ni aku nak share tips melancong untuk para ibu. Bukannya nak menunjuk pandai cuma nak bagi tahu apa yang aku buat sekarang. Kalau puan-puan atau tuan-tuan di luar sana ada cara yang lebih baik silalah share di sini. Semua orang boleh baca untuk kebaikan bersama.

Aku nak tulis nī pun sebab ada orang bagi alasan tak nak berjalan sebab :

Lecehlah nak berjalan sebab anak kecil lagi...

Penatlah, aku packing aku jugak unpacking...

Nantilah budak-budak besar sikit..

Aku setuju memang leceh tapi seronok! itulah kenangan yang kita nak bawa bila tua nanti. Percayalah cakap aku. Kalau ke pantai seronok bawak budak, bia deh memokak ke pantai tu hahaha....poning kepalo den terjoghit joghit kek ghumah ni ha. Bawalah mereka masa kecil ni, bila dah besar nanti nak pergi kenduri sebelah rumah pun bersungkit. Aku bawa anak sekecil tiga bulan ke China dan sepuluh tahun yang lalu pernah juga ke Langkawi masa umur anak 56 hari + 2 other kids. Boleh jer.

Pernah dulu aku balik kerja dah tengah malam, anak-anak di kampung dan husband pula balik kampung lagi satu. Masa minum tengah malam tu sensorang di rumah menitik air mata aku. Masa tu aku fikir suatu hari nanti bila suami dah tak ada, anak-anak pulak semua dah bekerja sunyinya hidup iskkkk... rumah aku ni dah biasa bising sebab tu kengkawan anak aku rajin datang sini.

Okaylah mari aku berikan Tips Melancong Untuk Para Ibu tak kisahlah nak pergi sendiri ke atau sekeluarga. Ambil mana yang sesuai untuk diri sendiri.

1) Jangan lupakan tugas hakiki sebagai ibu. Sebelum aku pergi aku akan masakkan sesuatu sama ada sambal ikan bilis dengan tempe ke...sambal sreng ke... kek ke ... untuk mereka makan sementara ayahnya balik. Nasi dah kupesan pada husband supaya dijerang sebelum pergi kerja. French fries, nuggets dan telur ayam sentiasa ada walaupun selalunya dibeli sebulan sekali je. Buatlah apa yang anak kita suka. Kalau rajin sejukbekukan lauk yang siap dimasak dalam bekas kecil supaya mereka boleh panaskan satu bekas untuk sekali makan. Kalau dengar anak aku makan mi Maggi time aku tak ada janganlah pula mengata aku macam-macam ya...ada seorang anak aku tu dia memang menunggu je maknya tak ada sebab nak kenduri Maggi. If mak in the house tak merasa.

Begitu juga kalau kita melancong sekeluarga, di tempat yang agak susah mendapat makanan halal bawalah cereal 3 in 1 tu dan sambal  goreng atau apa-apa je lah. Yang rajin boleh masak nasi atau bubur untuk dimakan dengan sambal buat alas perut. Kalau boleh makan yang berat sikit di waktu pagi. Yang tak bolehnya....janganlah korang masak bubur dalam jug kettle. Semasa daftar kita dah bagi passport Malaysia ya ibu ibu....malu!

Sambal sreng yang mengalami pengubahsuaian resipi. Kata Chef Wan memasak itu seni. Sebotol ni bolehlah tahan dalam tiga hari kalau yang seorang itu masih berada di asrama.

Anak aku ada 5 pasang baju sekolah setiap seorang jadi aku dah seterika kesemuanya termasuk baju kerja husband seperti selalu. Tak ada masalah bab tu. Kepada yang tak ada masa nak menyiapkannya sendiri you can privatized it ke laundry hahaa... yang penting semuanya ready sebelum pergi.

2) Kerja packing dan unpacking memanglah penat tapi lebih baik kita yang uruskan semua. Minta anak-anak pilih baju dia sendiri. Kalau kita minta kekasih hati buatkan bimbang spender pun tak jumpa nanti hahaaa...tu belum lagi ko nak cari benda sekecil thumb drive. Aku rela uruskan sendiri. Aku akan susun mengikut hari atau acara contohnya yang nak dipakai pada hari terakhir letaknya di bawah sekali.

3) Apa sahaja pekerjaan yang baik akan mendapat pahala. Oleh itu janganlah kita sengaja memilih tidur di mix dorm pulak ye. Bercampur sebilik dengan adik-beradik lelaki perempuan pun tak boleh inikan pula orang lain. Dah terang lagikan bersuluh.

4) Ada orang suka berjalan mengikut hati di sesuatu tempat. Bagi aku pula yang biasanya bercuti 4 hari 3 malam di tempat baru segalanya aku pre-plan untuk mengoptimakan masa dan memudahkan orang yang ditinggalkan. Aku dah book hotel untuk hari pertama sebab telah membuat kesilapan semasa ke Yogyakarta dulu huhuuu...jauh akak berjalan dik hikssss

Dari nama hotel, kemana tujuan pada hari tersebut, nombor telefon embassy (contohnya) aku rekodkan dan buat satu salinan untuk orang yang tinggal. Kalau ada apa-apa masalah they will roughly know where I'm.

Kalau kita mengikut pakej yang diuruskan oleh orang sekampung sekalipun silalah AMBIL TAHU flight apa, pukul berapa, nombor baru untuk dihubungi, kalau boleh nombor kawan dia sekali, menginap di mana bla..bla... Kalau yang pergi tu golongan veteran, ajarkan mereka menggunakan telefon. Juga, ajarkan mereka menggunakan tandas duduk dengan bidet jika mereka tidak biasa. Jangan sampai basuh punggung dalam bath tub pulak uwekkkkkk..!!!

5)  Lakukan sedikit research walaupun kita melancong dengan pakej. Sekurang-kurangnya kita tahu what to expect. Mungkin juga kita nak tambah aturcara berdasarkan pengalaman kawan kita.

6) Jika pergi dengan suami jangan biarkan dia pegang semua duit. Pertama, bimbang dicopet. Kedua, kalau kita terpisah nangis woooo kalau sesen pun tak ado. Kalau ke eropah tu peganglah dalam 50 euro ke sebagai persediaan.

7) Ambil business card hotel terutama jika negara tersebut tidak menggunakan English sebagai bahasa pengantar. Walaupun jika tahu tempat yang nak dituju sebutan kita dan mereka mungkin berbeza. Ini pengalaman aku di Vietnam dan China.

8) Paling penting, penunjuk arah kiblat. Di handphone canggih korang mesti ada kan? aku pakai 3310 jadi kenalah bawa kompas kiblat tu. Kalau sejadah korang tebal boleh bawa sarung bantal buat alas dahi. Sekarang aku bawa telekung travel yang dibeli di Bandung sebab walaupun nipis tetapi tak jarang dan tak panas. Murah banget pulak tu. Paling mudah pakai baju muslimah terus- solat friendly.

9) Jangan shopping sampai lupa ko kena reserve duit untuk bayar airport tax (di Indonesia). Simpan juga duit kot kot beg ko terlebih berat. Sapo nak nolong? Orang lain pun terlajak shopping juga. Aku dulu bila kastam Malaysia suruh bayar tax, aku tunjuk purse dan kata saya ada 10 pound saja puan huhuhuuuu.... miskin betul masa tu. Pengalaman itu mematangkan manusia.

10) Sesetengah negara memerlukan visa, berikan masa yang cukup untuk apply dan siap kerana tempohnya berbeza mengikut negara. Di asia tenggara Myanmar masih menguatkuasakan penggunaan visa ini. Sila lawati website mereka untuk keterangan lanjut.

11)  Ambil travel takaful. Kalau tambang pergi masa kita hidup ni RM200 je, tambang balik 'siap berbungkus' mencecah RM20 ribu dari Vietnam. Aiyooo hidup susah mati lagi susah. Kawan aku ada bentangkan di sini part 1 dan 2. Walaupun dia speaking London korang mesti boleh faham punyer.

12) Akhir sekali berdoalah yang baik-baik.  Mudah-mudahan yang pergi dan yang tinggal selamat.  Semoga perjalanan melihat bumi Allah dipermudahkan dan kita mendapat manfaat daripadanya.


Menggarau ikan di Sungai Berang

Pernah dengar menggarau ikan?


Penangkapan ikan secara tradisional inī masih dilakukan oleh penduduk kampung secara beramai-ramai di Kuala Berang ketika air sungai cetek. Aku tak pastilah sama ada menggarau ikan di Terengganu sama dengan mengoca di Negeri Sembilan sebab tak ponah poie nengok.
 


Bagaimana mereka melakukannya?

Untuk meggarau ikan, pancang buluh dipasang melintangi sungai yang cetek dan sedikit memanjang di tebing sungai. Kemudian pukat dipasang untuk memerangkap ikan.




Selepas pukat siap dipasang, kami beramai-ramai memegañg bahagian atas pukat sambil kaki memijak di hujung yang satu lagi. Tuĵuannya adalah supaya ikan ikan tak terlepas. Lebih kurang 300 meter di hulu sungai, sekumpulan lelaki berjalan sambil memukul air sungai dengan buluh untuk menghalau ikan supaya mudik ke hilir. Biasanya ikan tak melawan arus jadi mereka akan mengikut je lah ke mana arah kengkawan dia pergi. Penat kalau melawan arus ni weh...banyak guna tenaga.

Akibat diganggu, ikan-ikan ini akan berenang menjauhi lelaki-lelaki tersebut lalu terperangkap di dalam pukat. Penting untuk kita memastikan yang pukat tersebut berkeadaan baik iaitu tidak koyak kerana jika seekor ikan dapat melepasi halangan tersebut maka ikan-ikan lain akan menjejakinya. Pantangnya pula, ketika ikan-ikan itu dihalau kita yang menunggu ni kena berdiam diri.

Malangnya pukat kami koyak sebab sungai agak dalam dan berarus deras. Apa-apapun pengalaman in sangat mengujakan buat kami. Terima kasih kepada Tourism Terengganu dan Santai Travel kerana memasukkan aktiviti ini di dalam program di Kuala Berang. Menggarau ikan dan berkayak memang terbaik!

Agaknya ikan tu pun kasihan kat kami jadi adalah beberapa ekor yang sengaja menyerah diri. Selfie dulu untuk dijadikan bahan bukti hahaa...



Kembara Kraf Selangor 2014 - part 2

Tags

Mari kita sambung kisah lawatan kami ke tempat pengeluaran hasil kraf yang unik di Selangor. Aku sangat suka berkongsi perkara sebegini sebab aku yakin ramai lagi yang tak tahu bahawa industri kecil dan sederhana ini mendatangkan pulangan yang besar walaupun ada di antara syarikat ini tidak mempunyai website.

D'or Rue Pewter, Batu Caves

Perniagaan piuter D'or Rue telah dimulakan pada tahun 1994 dengan berinspirasikan masyarakat majmuk Malaysia dan sejarah panjang negara ini. Setiap satu design yang dicipta melambangkan apa yang ada di negara bertuah ini seperti wau, tengkolok, bunga raya, tepak sirih dan pelbagai lagi yang dibentuk dengan halus dan berseni.

D'or Rue specialize in print casting for fashion accessories and corporate gifts,  tetapi mereka juga mengeluarkan kraf fabrik. Mempunyai pengalaman berniaga selama 20 tahun, mereka juga mengadakan kelas latihan, membuat dan memasarkan produk yang telah siap. Menurut Puan Hanizah Zainudin sistem latihan mereka telah diamugerahkan Kategori A oleh Kementerian Sumber Manusia. Mereka juga boleh mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap I, II dam III bagi program logam, dan jahitan. Diatas rasa tanggungjawab dan ingin maju bersama-sama mereka mengadakan kelas latihan secara percuma kepada usahawan lama yang ada lesen dan kedai.

Campuran timah dimasukkan ke dalam acuan yang berputar lalu dibiarkan selama beberapa minit.
Sesungguhnya aku ingatkan dah tak ada bijih timah lagi di Malaysia ni sebab selalu keluar berita 'lombong tinggal' tapi masih banyak lagi rupanya. Seratus tahun dulu beribu orang dari tanah besar China datang melombong di Tanah Melayu. Masa tu aku rasa tak perlu lesen lot. Kaya raya dah mereka ni di Malaya.

Kemudian campuran timah yang telah membeku ini dikeringkan beberapa ketika.

Pin dipasang satu-persatu oleh tenaga mahir di sini. Sakit pinggang kojo ni wehhh...selepas ini ia dicuci sebelum disadur untuk menguatkannya.  

Cangkuk handbag. Biasa aku nampak makcik kayo guna benda ni.



Harga piuter berbeza mengikut design dan peratusan timah yang digunakan. Di sini sekitar 60-80% timah di dalam produk mereka manakala di syarikat tersohor yang lagi satu ittewwww kandungan timahnya sehingga 99%, sebab tu lah harganya pun mahal.


Jika ingīn menempah apa-apa produk dengan design baru jumlah minima 300-500 diperlukan. Masa yang akan diambil untuk menyiapkannya sekitar 2 minggu ke sebulan. Manakala tempahan ekslusif perlu mengambil kira upah untuk rekaan design baru dan acuan selain keuntungan dari tempahan yang sedikit itu. Ia juga boleh dipakejkan dengan kotak yang cantik.

Selain daripada itu mereka juga mengadakan khidmat sulaman dan hard press.

Untuk menjadi rakan niaga mereka modal yang diperlukan hanya RM1,000 sahaja. Mereka akan membekalkan barangan dan kita menjualnya dengan keuntungan sehingga 50%. Bisnes paling mudah adalah mencuci aksesori dengan membeli ubat pencuci berharga RM15 sebotol.

wakakkaaaa....ko tengok baby tu....poning kepalo eh omak asik buek kojo yo

D'Rue juga bekerjasama dengan MK Land Berhad untuk melatih orang asli membuat kraf untuk pihak mereka. Selain memberikan kemahiran ia boleh menambah pendapatan orang asli tersebut.

Jika dulu memakai aksesori yang elegan hanya gaya golongan kaya, kini D'or Rue memastikan semua golongan masyarakat mampu memilikinya.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

D'or Rue Sdn Bhd
43 & 43M, 45 & 45M, Jalan SBC 1
Tamna Sri Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor
Tel : 03 61841667/62
Faks : 03 61841799
Emel : dorrue@gmail.com


Hassan Besi Enterprise, Gombak
Keris, yang merupakan senjata tradisi pahlawan Melayu semakin hilang ditelan zaman. Namun, Pak Hassan merupakan seorang pandai besi dalam pembuatan senjata-senjata Melayu yang terdiri daripada keris, parang, pedang, tombak, pisau dan sebagainya, masih mempertahankan industri ini agar tidak hilang tradisi senjata Melayu yang sememangnya terkenal di mata dunia.      


Campuran logam dipanaskan dengan suhu tertentu kemudian diketuk lalu dipanaskan lagi. Jika terlebih panas ia akan membentuk sesuatu yang dipanggil tahi besi.


Bermula dengan membuat parang secara-kecilan di kampung kini Pak Hassan sudah terkenal di kalangan vip kerana rajin menyertai pameran yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Gambar diatas adalah sebilah keris yang dipanggil Pendekar Gombak yang indah berukir. Mengikut cerita orang tua tua, orang yang mengamalkan ilmū kebal pun akan kalah dengan tembaga. Betul ke ada orang kebal?


Yang comel kiut miut di atas dipanggol Tumbuk Lada. Saiznya sebesar kredit kad saja. Dulunya dibawa kaum wanita bila keluar rumah dengan memegangnya di dalam selendang. Perempuan dedulu berpakaian sopan tidaklah seperti yan digambarkan dalam Puteri Gunng Ledang yang berkemban sokmo. Logiknya kalau dah duduk celah hutan (kampung) takkanlah nak berkemban...habihlah bintat badan digigit dek nyamuk. Nyamuk pun geram, belum lelaki durjana lagi. Yang berkemban tu dah teradaptasi dengan filem Hollywood.

Manakala yang satu lagi tu kerambit kecil yang diletakkan di sanggul. Menjual kerambit secara terbuka bahaya oooo...boleh kena saman/penjara. Bahayanya kerambit ni kerana ia digunakan untuk memutuskan tendon. Bagus perempuan dulu dulu sentiasa beringat. Kita ni kalau tertinggal handphone macam nak hilang nyawa hahaaa...


Begini cara memegangnya...hanya hujung jari yang dimasukkan supaya mudah bertindak
Untuk pengetahuan anda semua, kerambit telah dipatenkan oleh orang Amerika. Sayangkan, harta kita tapi si Amerika juga nak mengaku hak dia. Takkanlah semua benda kita nak patenkan sedangkan ia sesuatu yang biasa bagi kita. Sama kisahnya dengan Tongkat Ali yan jadi tongkat milik Amerika. Kalau orang lain ni mesti dah berdemonstrasi.
Di sana ejaannya tetap sama tapi slang 'kerembet'. Ngeh. Ia dipasangkan di but komando US. Selain US tentera Swiss turut menggunakannya. The best part is, yang mengajar mereka cara-cara menggunakan kerambit ni ialah seorang guru silat Melayu yang terkenal. Malaysia boleh!! Bangga uollsssss..

Ini yang dinamakan tahi besi tadi. Ada orang percaya ia boleh mematahkan sihir. Pada pendapat aku, boleh saja kalau nak berikhtiar asalkan jangan meletakkan kepercayaan seratus peratus nanti mensyirikkan Allah pulak. Syirik adalah salah satu dosa besar yang tidak diampunkan Allah.

Mai pilih! mai pilihhhh!

Ada senjata yang diperbuat dari kayu kemuning hitam yang ditakuti haiwan. Hanya orang asli sahaja yang dikatakan boleh membawanya keluar dari hutan. Lemang besi pun ada, juga milik orang asli.

Korang biasa tak sebut, 'aku seligi ko kang...'. Seligi adalah lembing. Sekarang baru aku faham maksudnya...aku tikam ko kang! Hahaa...edu-trip sungguh.


Umur Pak Hassan dah 64 tahun. Usahanya untuk menjaga dan meneruskan warisan Melayu kini dibantu anaknya. Nampak tak nombor telefon dia tu? 012-6446144... pandai-pandai koranglah ye nak buat apa..
     

 Program Kembara Kraf Selangor adalah anjuran majalah Gaya Travel dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Unit Pelancongan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang bertujuan untuk mempromosikaan produk-produk kraf di negeri Selangor. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran program ini.

Kembara Kraf Selangor 2014 - part 1

Tags

Assalamualaikum.


Thank you for still being my readers. I believe you will get some knowledge here especially about travel. Walaupun fokus blog ni tentang pelancongan dan pengembaraan sama ada di dalam atau di luar Malaysia industri kraf yang turut berkait dengan pelancongan tempatan juga perlu diketengahkan.



Trip Kembara Kraf Selangor 2014 kali ini adalah anjuran bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor dan Gaya Travel Magazine. Aku anggap program kali ini sebagai edu-trip sebab banyak perkara baru yang dipelajari. Di musim cuti persekolahan ini kalau anda menghadiri majlis di Selangor mungkin boleh singgah ke tempat-tempat berikut untuk menempah produk tertentu dengan harga yang lebih murah daripada yang dijual di pasaran. Jangan tak tahu, produk keluaran syarikat kecil ini mempunyai pelanggan dari kalangan VIP dan pasaran luar negara sejauh Amerika Syarikat! Hebak mung!


 Perasmian program dilancarkan oleh Yang Dipertua MBPJ, Dato' Alinah

Pantas akak blogkan kali ni sebab waktu cuti sekolah ni akak ada ramai assistant, ai jadi supervisor saja.

Perabot Taman D'Reebu
Perusahaan perabot taman ini telah dimulakan pada tahun 2002 di Sungai Buloh, Selangor. Produk keluaran mereka ialah chalet desa, kabin, pondok, wakaf, buaian, pergola dan replika rumah. Kayu yang digunakan pula adalah dari jenis meranti, balau, cengal dan pine. Menurut Encik Alias Desa, pemilik D'reebu, sehingga kini mereka masih tiada saingan. Hah apa lagi usahawan di luar sana?

Pada tahun 2015 kabin untuk lori buatan mereka akan masuk ke pasaran Amerika Syarikat. Kalau dah orang sana tempah sudah pasti kerana mereka menjaga kualiti dengan ketat. Tetapi, pelanggan yang ini hanya mahu menggunakan kayu pine dari dalam negara mereka sendiri. Tak kisahlah kan janji made in Malaysia. Bangga kita.


 Chalet desa ini boleh disiapkan dalam masa dua hari tetapi pengeringan kayu mengambil masa yang lama bergantung kepada jenisnya.


Meh nak bagi tahu sifat-sifat kayu...

Retak, rekah, sompek, sungkap, leding, lengkung, kecut, kembang, lubang, selumbar, kasar, mata kayu, tona tidak sekata, perbezaan usia kayu, perbezaan jenis kayu. Buta kayu adalah termasuk dalam kategori lain ya :-)

Kalau uols tempah di D'reebu Sdn Bhd ini kalian akan diberi diskaun diantara 15-20% hohooo...banyak juga tu. Kayu yang terbaik adalah dari jenis cengal kerana ia mempunyai kandungan minyak yang lebih tinggi dan boleh tahan sehingga 30 tahun. Perabot kayu meranti mula rosak bila berumur 3-4 tahun, pine selepas lima tahun dan balau selepas 10 tahun justeru itu harganya turut berbeza mengikut jenis kayu yang digunakan, saiz dan design. Kalau tempah mengikut design sendiri pun boleh, dah design eksklusif harganya pun aku agak eksklusiflah juga. Apa ada hal ye tak?

Produk D'reebu menggunakan ciri ketukangan Melayu dan Cina. Nak membuat sesuatu produk tu tak lama tetapi proses pengeringan kayu yang mengambil masa. Contohnya, kayu meranti yang mempunyai sedikit sahaja minyak (sebab tu anak-anai suka) boleh dikeringkan di dalam oven manakala kayu yang lebih berminyak dikeringkan secara semulajadi sehingga berbulan-bulan. Kandungan minyak di dalam pokok balau pula kurang daripada cengal sebab tu para pekerja hanya dibenarkan memotong cengal selama tiga hari berturut-turut kerana ia akan menjejaskan kesihatan mereka. Kesihatan pekerja kenalah dijaga kalau tak nanti bos jugak yang kena bayar duit ubat. Oleh kerana dah 12 tahun berniaga perabot mereka mudah mengecam jenis kayu kecuali meranti kerana ia mempunyai sub-spesis yang banyak.


 Kalau nak yang berukir begini pun boleh juga

 Replika rumah - pemainan orang kaya

Replika rumah biasanya ditempah oleh peminat barangan kayu tetapi mereka tiada tanah untuk membina rumah kayu. Golongan yang kedua ialah peminat replika rumah kayu dan golongan ketiga ialah orang yang memang mahu membina rumah kayu dan menjadikan replika tersebut untuk mengembangkan idea pembinaan rumah.

Rumah kayu sebenar biasanya mempunyai ruang yang luas dan hanya mempunyai dua bilik. Rumah dijadikan tempat berkumpul dan hanya anak-anak perempuan bersama ibu bapa sahaja yang tinggal di dalam rumah manakala anak lelaki tinggal di dalam chalet yang dibina di luar rumah. Mereka hanya masuk ke dalam untuk makan, solat dan aktiviti bersama keluarga. Kalau aku kan, aku tak bagilah anak bujang den tu duduk berasingan kang ontah kemano pulak poi merempit tetengah malam. Zaman sekarang ni kena ada rasa cemburu yang lebih terhadap anak-anak ni.

 Kabin dua tingkat yang dijadikan pejabat. Kabin boleh ditempah setingkat atau dua tingkat.


Perabot taman keluaran D'reebu menjadi aksesori pelengkap bagi menyerlahkan nilai estetika dan keindahan sesebuah taman dan laman. Ketika ini mereka mempunyai 40 pekerja mahir dan dibantu oleh 20 orang pekerja sokongan dengan hasil jualan sekitar RM600 ribu sebulan. Mereka boleh menghantar tempahan ke mana sahaja yang anda mahukan sama ada ke alamat sendiri...atau rumah mak... atau ke rumah dot dot dot...

Nak diskaun tak? Kalau rasa nak tempah atau beli yang dah siap silalah ke:

D'reebu Sdn Bhd
Lot 428-A, Merbau Sempak
Batu 18, Jalan Kuala Selangor
47000 Kuala Selangor.
Tel : 012 3297778 (sms sahaja)
Faks : +603 60382320
Emel : dreebu@yahoo.com
Website : www.dreebu.com
GPS : 3.22223, 101.510104

Lokasinya tak jauh dari Cendol Bakar.


Ramadas Pottery Factory

Next, kami ke kilang membuat pasu pula di Kuala Selangor juga.

Encik Ramadass merupakan seorang adi guru dalam industri pembuatan tembikar. Beliau yang telah lama dalam industri ini kini telah mengembangkan lagi kilangnya, malahan pembeli tembikar Ramadass ini bukan sahaja dari kalangan warga tempatan, tetapi pelancong dari luar negara turut sama mendapatkannya. Produk yang selalu dihasilkan adalah pasu, tabung, bekas kemenyan, periuk tanah, patung sembahyang dan barangan perhiasan rumah. Harga produk bergantung kepada saiz, jenis dan kesukaran pembuatannya


Alat khas digunakan untuk menetapkan ketebalan pasu

Alatan tradisional untuk membuat pasu

Masa dulu, di zaman sebelum adanya mesin untuk membuat pasu tayar digunakan seperti gambar diatas. Tanah liat diletak di bahagian tengah lalu tayar dipusingkan melawan arah jam. Bila dah terbentuk pasu atau apa-apa sahaja yang diinginkan benang digunakan untuk memotong. Benang tersebut pula perlu ditarik mengikut arah jam. Pasu perlu dijemur selama empat jam kemudian dibersihkan lalu dikeringkan lagi selama empat hari sebelum dibakar.


Pada tahun 1950an terdapat lebih daripada 100 orang pengusaha pasu tanah dan buyung namun kini hanya lima orang yang masih membuatnya di Kuala Selangor. Selain terpaksa bersaing dengan periuk aluminium, sebahagian daripada mereka juga tiada pewaris yang mahu menyambung kerja berlumur lumpur ini.

Berlainan dengan Encik Ramadas, pada tahun 2012 beliau telah mengambil alih perusahaan ini setelah sekian lama membantu bapanya dan beruntung anak beliau juga turut berminat di dalam bidang ini. Menggunakan campuran ballclay, pasir dan air, bahan-bahan ini diadun di dalam alat khas sebelum dibentuk. Ballclay digunakan kerana ia boleh menghasilkan pasu yang kuat dan tahan lama.

Produk utama keluaran kilang Ramadas Pottery ialah pasu yang di belakang dia tu...nampak tak yang bulat tu? Selalu kelihatan di akhbar bila melaporkan berita perayaan Ponggal. Ia digunakan untuk menyimpan susu dan memasak nasi. Pasu tanah liat bagus sebab suhu panas akan tahan lebih lama. Tak perlu microwave okay.


Batu untuk bertungku

Selain pasu dan peralatan sembahyang masyarakat India, Ramadas Pottery menerima tempahan produk lain seperti batu tungku ini. Ia digunakan bagi wanita selepas bersalin untuk mengecutkan peranakan. Confuse aku bila 'lelaki-lelaki tersebut' pun turut membeli batu tungku ni jugak? Apa yang korang nak tuam? kihkihkihh... Ada orang yang menjalankan bisnes penjagaan kesihatan menjualnya pada harga RM58 sebiji way more expensive than harga yang diberikan oleh Encik Ramadas. Tempahan minima 100 biji kalau korang nak harga RM10 sebiji.

Mungkin perniagaan barangan berasaskan tanah liat ini akan lebih berkembang maju sekiranya produknya lebih beraneka. Maklumlah manusia sukakan alternatif. Selera masyarakat asia dan eropah berbeza malah pemilihan warna di negara-negara asia lebih ceria.

Untuk tempahan sila berurusan dengan pemiliknya di :

Ramadas Pottery Factory
Lot 2269, Jalan Keretapi Lama
Batu 12, Jalan Kelang
45000 Kuala Selangor
Tel : 03 32891054
H/P : 012 3586304


To be continued in part 2....


Program Kembara Kraf Selangor adalah anjuran majalah Gaya Travel dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Unit Pelancongan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang bertujuan untuk mempromosikaan produk-produk kraf di negeri Selangor. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran program ini.











Panduan Berkayak di Sungai Berang

Tags
Assalamualaikum.

Ke Terengganu lagi! Sesungguhnya aku masih belum bosan ke negeri bertuah ini. Bertuahnya negeri ini disebabkan hasil bumi yang melimpah-ruah, setiap daerahnya mempunyai tarikan yang tersendiri. Malah ada diantara pulau-pulaunya yang termasuk dalam 'a must see' kepada pelancong dunia. Jika pulau-pulaunya yang indah tidak dapat dikunjungi di bulan Oktober hingga Februari akibat angin monsun, mereka mempunyai produk pelancongan lain yang boleh dilawati sepanjang tahun. Tak boleh pergi pulau kerana ombak besar mereka bawa pula Monsoon Cup ke Terengganu. Bijok...bijok...

Kali ini aku berpeluang mengikuti trip media anjuran Santai Travel dan Tourism Terengganu yang membuat promosi pelancongan kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Berang. Kuala Berang adalah sebuah mukim yang terbesar di Hulu Terengganu dan dikatakan penempatan terawal manusia di negeri Terengganu berdasarkan artifak yang dijumpai di gua sekitar Tasik Kenyir. Ia juga merupakan pintu masuk ke Tasik Kenyir.

Selepas menggarau ikan kami dibawa berkayak di Sungi Berang pula. Ini adalah pengalaman kedua yang sangat menyeronokkan! Kali pertama berkayak dulu selepas SPM di Teluk Batik. Masa tu gatai nak try so aku dengan classmate-Shahiful- berkayak di laut. Ya rabbi....takutnya masa tu...dahlah dua dua takde experience, guide takde pulak tu. Orang yang menyewakan kayak pun nun kat pantai. Terjerit jerit nak naik ke darat haha....kenangan betul. Kalau abah den tau mati den.

Kali ini dapat berkayak di Kuala Berang yang letaknya lebih kurang sejam dari Kuala Terengganu. Kami bermula di Kampung Lenjang. Sebelum berkayak kami diminta pairing dengan sesiapa yang berkenan di hati dan warm-up selama 10 minit. Penting untuk mendengar arahan daripada yang pakar dalam bidang ni. Di dalam program ini kami diiringi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai langkah berjaga-jaga sebab ramai tu....

Siapa partner aku? haaa...jeng jeng jeng....akibat pengalaman lalu, aku memilih untuk berkayak dengan yang gagah perkasa. Bertuah aku dapat berkayak dengan Encik Zulfa, pegawai pelancongan Terengganu. Dia expert. Sambil berkayak boleh interview terus. Tips pun dibaginya.

Masa dengar "kita akan berkayak selama 2 jam setengah" oh maiiii...boleh ke? Lama tu...tapi keinginan tinggi melangit. Acara beginilah best daripada shopping kain batik pinggan mangkuk periuk belanga bagai di Pasar Payang tu. Bukan hanya berkayak dengan kawan-kawan je, anak-beranak lagi seronok (wait for next year insyaallah). Yang penting ciri-ciri keselamatan kita utamakan, jangan lokek mengupah at least dua orang guide.

Bas tak boleh masuk sampai ke dalam so kena menapak dalam 100m


Gambar-gambar yang cantik di bawah ini diambil oleh Digital Dome Photography.

 


Masa kita lalu di kawasan macam di atas ni kan subhanallah...cantiknya tak tergambarkan dengan kata-kata. Sunyi, tenang, kami tak berkayuh pun, ikut je arus tu. Melalui kawasan redup berpokok ni sama macam lalu satu kawasan di Ampang. Jalan apa entah namanya di area rumah orang kaya dan kedutaan tu.


Ni gambar kayak aku tersangkut dekat pokok, nyaris nak terbalik habis dah. Nasib baik partner di belakang sempat berpaut pada kayu. Walau bagaimanapun terpaksa juga turun ke dalam sungai yang separas pinggang untuk membuang air yang dah penuh di dalam kayak. Nampak orang yang di dalam sungai tu? Aku lebih rendah daripada dia so maknanya air tu sampai mana kalau aku tak berpijak atas kayu? Ya Allah berdebar-debar betul sebab arus deras. Guide kami yang tolong melepaskan kayak dari polok. Itulah pentingnya pengiring dan penunjuk arah. Masa ni terfikir kalaulah aku bawa juga kamera dslr aku tu habislah....innalillah jawabnya.

Hari semalamnya hujan jadi arus agak deras walaupun di kebanyakan tempat tak dalam. Tengok je lah gambar di atas ni...melintang pokok. Nak mengelak ke kiri kanan tu agak mencabar sampai ramai juga yang terbalik. Walaupun kayak terbalik kepuasan dari aktiviti lasak sebegini tak boleh nak cakap. Serius, korang kena cuba.

Mungkin dengan keadaan cuaca sekarang tak berapa sesuai nak membuat sebarang aktiviti di sungai tapi aku perturunkan jugalah panduan berkayak yang diberikan oleh beberapa orang yang mahir dalam berkayak ni :

1) Orang yang mampu berkayuh dengan lebih kuat atau yang pandai berkayak sila duduk di belakang sebab anda akan menjadi jurumudi.

2) Sekiranya kita hendak membelok ke kanan, kayuh di sebelah kiri

3) Sekiranya kita hendak mengelak halangan seperti tunggul mati di sebelah kanan, dengan PANTAS kena berkayuh di sebelah kanan juga sebab ko nak ke kiri. Bila dah selari dengan tunggul tu balas balik ke kiri. Alaa...macam memandu kereta jugalah.

4) Perhatikan permukaan air. Kalau tak licin dibawahnya mesti ada sesuatu seperti pokok atau tūnggul kayu

5) Sebagai amatur elok kita gunakan paddle yang sama arah lekuknya tapi aku dah try dua-dua. Bukan sengaja nak gunakan pun yang satu jenis lagi tu tapi tertukar semasa berhenti rehat.

6) Kita bukan nak race kannn.... so kayuh dengan relaks. Enjoy the scenary. Sangat cantik dan mendamaikan. Subhanallah.

7) Kalau terlanggar sesuatu sama ada kayu yang tidak merbahaya atau kayak orang lain biarkan saja. JANGAN COMEH!

8) Chances untuk terbalik tu ada tapi life vest yang kita pakai tu mampu untuk mengapungkan kita. Pilih life vest yang sempurna sama ada berklip atau berzip dan mempunyai tali berklip yang panjang yang boleh disilangkan di celah kelengkang kita.

9) Buat beberapa stop kalau penat. Buang air yang bertakung dalam kayak.

10) Pakai sandal, mungkin kita terpaksa masuk ke sungai

11) Bawa kamera yang boleh digunakan di dalam air sebab no 8. Kalau nak mengambil gambar menggunakan handphone dalam air ada caranya. Masukkan handphone tersebut ke dalam kondom dan ikat.

"Tak blur ke nanti?"
"You cucilah dulu..."
"Ooo...."

Kihkihkih.....tak sangka pulak aku kondom ada kegunaan lain kikikiiiii....siapalah nak kumangsakan nanti? Hmmmm....terbayang-bayang je muka orang tu beli kondom kat 7E hahaaa.... takpun kebas je lah yang disediakan hotel.

Kalau berminat nak mencuba sila hubungi pegawai di bawah:

Encik Ashaari Saleh
Pejabat Daerah Hulu Terengganu
Tel : 09-6811244 sambungan 3005 (jangan telefon hari Jumaat ya)

Tempat bermula : Kampung Lenjang atau Kampung Pengkalan Ajal
Tempoh : 2 1/2 jam atau 5 jam
Sewa sebuah kayak : RM40
Upah seorang guide : RM50

Selepas berkayak boleh makan dan menginap di Kampung Buluh.

Aku harap apa yang disampaikan ni akan membuka minat korang untuk mencuba sesuatu yang berlainan. Malaysia ni indah, kita je yang tak habis mencari dan mengekploitasikan keindahan itu.

Jom visit Malaysia!

Jawapan kepada blogpost Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong

Tags

Bukan main lagi blogpost www.muizmisri.com hari tu ek? Ni akak nak memberi jawapan kepada blogpost Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong. Tulisan sendeng tu jawapan aku. Dijawab dengan tenang selepas beberapa bulan. Hari tu bukan main berapi lagi adik-adik yang belum berkahwin (aku rasa lah) memberi response. Orang yang dah berkahwin mungkin boleh memberi pendapat yang lebih aummmm sebab dia sudah melalui pengalaman berkeluarga yang melibatkan emosi.

Orang suka berjalan ni cool je tau. Ehem. Jemput baca ya...

Ada betul ke dengan fakta dibawah?

Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong.

Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya. Soalnya sekarang, seronokkah berkahwin dengan si dia yang ketagih melancong?

Walaupun kami menggalakkan anda bercuti, berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek yang gila melancong.


1. Dia tidak kisah dengan penampilan
Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah, dia selesa dengan baju kelawar 3 tahun dulu yang koyak di ketiak. Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak bersikat disembunyikan di sebalik anak tudung. ebanyakan wanita sebegini hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.


Ni jawapan/komen aku:


Wah sedapnya mengata...pengalaman sendiri ke encik?


Masa anak dara dulu memanglah mekap up-to-date, ikut trend. Kekadang warna merah lebam  sampai bos kata macam perempuan kabaret kihkihkih... (mohon terasa my old friend). Bila dah 'laku' ni kita ikut saranan Nabi iaitu berhias hanya untuk suami. Ke pejabat mekap ala kadar asalkan looks presentable sudahlah. Bila keluar negara tetiba kita akan naik pangkat menjadi duta kecil Malaysia jadi kami tak mahu dilihat selekeh walaupun hanya memakai jeans dan t-shirt. Koranglah suka pakai baju yang tak bergosok tu.


Sebelum travel aku dah gosok semua pakaian so takdelah baju berkedut kedut macam muka orang berumur seratus tahun. Pernahlah empat hari tak sikat rambut sebab sikat tertinggal. Tak kuasa nak beli. Sikat dengan jari jerrr macam iklan kat tv tu. And, aku pakai perfume ok sebab akan berjalan sampai lotih litak dek berjalan seharian. Karang muntah pulak orang yang duduk sebelah aku. Perfume saiz kecik tu sentiasa dibawa. Kalau habis boleh refill di Bandung, 10k rupiah aje.


Pernah husband aku kata, "patutlah mama ko dapat selalu berjalan, leher baju dah kembang pun dipakai lagi". Kembang je kot? hahah.... sekarang aku tak pakai dah, dah buat balut buah nangka. Berdesing telinga ai :D



Aku pakai baju kelawar memalam je sebab husband pernah sound anak dara kami, "itu baju tidur nak ooiii.." . Di siang hari aku pakai elok elok dalam rumah macam orang nak pergi clubbing hahaa..

2. Dia Tidak Romantik

Mahukan isteri romantik yang tidur di lengan anda sewaktu bersama-sama menonton TV? Elakkan awek kaki melancong. Rata-ratanya kurang feminin, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon Korea. Jika mereka mahukan apa-apa, mereka akan berterus-terang. Tidak pujuk rayu, tiada madah berhelah. Tetapi layanannya kepada anda adalah seperti layanan tokei Cina di kedai hardware. Jika dia dilanda kesedihan, dia tidak perlukan anda. Dia sudah biasa berdikari. Dan dia tidak perlukan kata-kata manja dan lembut dari anda. Kalau dia keluar rumah dengan kereta tanpa izin anda, jangan terkejut. Si dia sudah biasa mengembara tanpa merujuk sesiapapun.

Ya, aku tak suka berkias, cakap je straight to the point dengan adab kan senang. Lambatlah nak faham berkias-kias bagai nih. Penipu je cerita Korea tu...dalam keretapi pun boleh bergaduh sakan sambil kita berdiri di tengah. Muka pun fake kena siang dek doktor. Tempat duduk yang kami suka berlainan so macam mana nak romantik tidur di lengan? 

Izin, aku dah minta in advance. Even masa baru kahwin 17 tahun dulu aku dah minta izin untuk menjamu ahli keluarga aku makan kalau mereka datang bertamu. Sikit sikit nak minta izin aiyoooo...letihlah. Ingat, islam itu indah dan mudah tapi jangan dipermudah-mudahkan. 

Walaupun kami independent we still need someone to talk to. Kalau korang si suami buat dek je...tak ambil tahu perasaan kami, penat lelah kami, nanti kami tinggalkan kamu. Bila bersedih mengadu kepada Allah adalah lebih baik. Mengadu kat manusia ni belum tentu masalah akan hilang. Apa apa pun two ways communication is a must. 

Pernah aku panggil husband dengan lembut seperti yang dinasihatkan ustazah dalam tv tu, 

"baangggg..." 

Ko nak tahu apa dia balas? "haa nak mengono lah tu!". Cehhh! Dia ingat aku nak suruh dia buat kerja rumah. Aiseyyy malaslah nak romantik. Walaupun aku tak romantik, aku hidangkan nasi dia, teman dia makan...


3. Egonya Melangit

Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan. Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apa pun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.

Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?

haha... yang ni kira egois ke? Aku tak suka orang yang lambat membuat keputusan. Kalau mintak izin pagi ni tapi lagi dua malam baru nak tanya: pergi dengan siapa? berapa hari? naik apa? adehhh letihlah weh. Itu baru soal selidik belum approval lagi...berapa lama nak tunggu deyyy? Terlepaslah tambang murah kalau macam ni. That is why kena minta izin in advance

Suami perlu merujuk kepada kami si traveller sebab apa? sebab... kami wanita ni multi-tasking. Kami banyak pengalaman. Kami boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Sambil memasak washing machine bergerak sekali. Sambil tengok tv kain selesai dilipat, diseterika. Sambil menyapu boleh siapkan anak. Sambil update blog boleh suapkan anak. Walaupun kami bekerja seperti anda tetapi kami boleh memasak, basuh baju, bayar bil, ulang alik hantar/ambil anak di sekolah/pusat tuisyen/padang bola, swimming pool dan lain-lain. Bila nak melancong kami boleh uruskan segala-galanya dari book tiket, hotel, transportation, route, itinenary, lawatan, makan bla...bla... Korang mampu? Bila kami di perantauan hari hari call atau mesej anak bertanyakan aktiviti seharian. Susuk badan je hilang dari pandangan tapi suara tetapppp boleh didengar dalam rumah. Ko ada? 

Pernah dulu masa trip Yogyakarta-Solo, aku minta orang rumah baca itinerary yang aku dah sediakan dengan harapan dia boleh back-up kalau kertas tu atau handphone hilang. Sangat detail dengan apa, dimana, kenapa, bagaimana, siapa... penat worrr buat research bersengkang mata sampai rupa pun macam panda. Dia baca sambil lalu je. Aku pun cakap, "kalau saya ada plan nak jual awak ni awak pun tak sedar agaknya..". Sentap mokcik. 

Sebab itulah kami perlu dirujuk. Di mana-mana organisasi pun urusan penting akan dirujuk kepada orang yang lebih pakar dan berpengalaman. Kami si traveller adalah pakar tersebut.


4. Belanja Tinggi

Ya, dia mungkin tidak kisah dengan make-up MAC atau beg Prada. Tetapi jangan pula anda sangka yang anda dapat berjimat. Jika hadiah ulangtahun pasangan lain cuma beg tangan baru beratus ringgit, bersedia untuk menghabiskan berbelas ribu untuk si kaki travel.

Setahun sebelum ulang tahun, dia akan mengingatkan anda tarikh ulangtahun dan sudah mula membelek buku pelancongan Lonely Planet. Sewaktu anda kusut memikirkan bil yang perlu dibayar, dia pula hanya sibuk merancang aktiviti di destinasi lawatannya kelak.

Dan kalau ramai isteri sudah teruja dengan pakej membeli belah di Langkawi, dia hanya menguap bila anda katakan yang cuti hujung tahun ini destinasinya di Pekan Kuah.

Sumpah! shopping di Pekan Kuah bosan giler hahaaa.. tak mencabar lansung. Aku travel bajet je sensorang... tak minta duit sesiapa pun. Apalah salahnya bawa wife melancong setahun sekali? Wife sendiri kan..bukan wife orang lain. 

Sometimes aku cari duit celah almari ke... bawah rubber mat kereta ke.. untuk bawa anak-anak berjalan. Kegembiraan anak-anak kegembiraan ku jua. Biar makan di gerai tepi jalan asalkan anak dapat stay di hotel yang ada swimming pool. Betul tak ibu ibu bapak bapak? Minat melancong perlu diperturunkan kepada anak-anak supaya mereka boleh belajar tentang budaya, kepelbagaian ragam manusia dan menghargai alam. 

Nak tunggu orang bawa travel entah bila masanya, lebih baik aku plan sendiri sambil menunggu rezeki jatuh dari langit. Kalau ada orang invite kita ikut je lah jika ada kelapangan masa, boleh buat modal update blog ni sambil sama-sama berkempen untuk Visit Malaysia 2014 dan Malaysia Year of Festival 2015. Itu kalau orang invite lah, bolehlah semuanya ditanggung beres. Kalau berjalan diatas tanggungan sendiri "antarkan saya ke losmen aja pak" gittewww... Belanja tinggi ke? 


5. Anda Membosankannya

Makan malam di restoran angkasa Menara Kuala Lumpur hebat? Fikir sekali lagi. Untuk si kaki travel yang sudah membuat terjunan bungee jumping di New Zealand, menawan ombak di pantai Sydney dan menaiki belon panas di Istanbul, tiada apa yang hebatnya dengan makan malam di menara atas bukit. Jika anda anak bendang yang sudah biasa makan nasi 3 kali sehari, anda akan membuatnya bosan. Lidahnya sudah mengenal roti Perancis, sushi Jepun dan kopi Arabica. Jadi makan nasi lemak sotong di rumah sambil bermain X-Box di hujung minggu memang tidak cocok dengan jiwanya. Dia suka bebas di luar, bukan dipenjara di rumah.

Aku belum berani buat bungee jumping lagi. Setakat ni baru try repelling, mendaki gunung dan berkayak aje. 

Aku memang tak makan nasi pepagi dan aku tak hidangkan suami serta anak-anak nasi pepagi kecuali weekends. If you love them don't overfeed them. Rakyat Malaysia mempunyai masalah obesiti yang paling tinggi di Asia. Buat apa nak makan nasi? bukannya bekerja di bendang atau buat bangunan. Dahlah duduk dalam aircond dari pagi sampai ke malam. Bebudak sekarang pun dah pandai, kalau dihidang nasi setiap hari dia kan tanya...selain nasi takde ke? 

Kopi Arabica kan sedap? Oh ya, bajet untuk makan di restoran tersebut lebih baik bagi aku guna untuk ground arrangement di mana-mana tempat aku nak pergi nanti. 



6. Dia ramai kenalan lelaki

Apabila anda ambil keputusan berkahwin dengan awek kaki melancong, bersedialah untuk membuang rasa cemburu. Dia mesra dengan semua. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bertahun di jalanan menyebabkannya petah berbicara. Dia juga ada ramai kenalan lelaki yang bersama-sama mengembara dengannya. Hobinya itu cinta pertamanya. Dan anda cinta keduanya. Jadi jangan halang dia untuk berjumpa atau bercakap dengan sesiapapun tentang cinta pertamanya itu. Jadi pendam sahaja rasa sakit hati anda itu.

Aku mudah mesra dengan semua orang so tak perlu cemburu. Kalau aku diam sokmo there maybe something wrong somewhere. Dengan senyuman dan sapaan tak pasal pasal ko akan dapat info berguna nanti. Rugi ke untung?

7. Bersedia untuk ditinggalkan

Jika syarikat anda jatuh bankrap atau kereta anda rosak sewaktu tarikh kembaranya hampir tiba, nasib anda bakal semakin parah. Dan hati anda bakal patah. Si dia yang suka travel takkan mengorbankan apa yang telah dirancangnya. Jika anda berkahwin dengan dengannya, bersedialah untuk melepaskan si dia pergi bercuti seorang diri. Si dia tidak perlukan anda. Dan si dia tidak menunggu sesiapapun. Baginya anda tidak ubah seperti beg bagasinya sahaja — jika hilang, masih boleh diganti semula. Beg ‘bagasi baru’ yang bakal dicarinya nanti mungkin lebih baik.

Amboiiii.... kereta rosak hantarlah ke bengkel takkan nak suruh aku repair kot? Takkan nak cancel trip pulak selepas setahun mengumpul maklumat, search sana google sini...call orang tu...tanya orang ni... nak batalkan? 

Saya perlukan dia tapi saya tak mahu menunggu sesiapapun. Zaman 'over protective' dah berlalu. Ya, dia terpaksa bersedia untuk ditinggalkan... sekejap.


Apa kata anda? Beranikah anda kahwini awek si kaki travel?

Kahwin je lah apa yang nak dirisaukan? Berdua itu lebih baik. Apa yang nak ditakutkan dengan kami yang ada serba sedikit pengalaman ke negara asing? haishhh kecik benarlah jiwa ko ni. Kalau tak nak rasa tertekan jom ikut melancong sekali. 

Dan kamu suami, kalu tak nak ikut atau tak suka melancong janganlah larang kami nak berjalan dengan kengkawan. Kamipun perlu rehat dan refresh. Kami rindu zaman kami anak dara, ke sana ke mari tanpa perlu memikirkan perkara lain. Doakan kami selamat diperantauan sudah memadai (eh, tolong top-up duit sekali hahah..)

....nasib baik suami saya sangat memahami...alhamdulillah.



Sumber: Malaysia Backpackers Club









Dinner with the Russians

Tags

Mari kita sambūng kisah pertemuan aku dengan sebahagian orang Rusia di sini. Di sini tu di Penang lah, bukan dalam filem James Bond hahahaaa..

Untuk mengenali budaya orang Rusia ni kita kenalah bergaul bersama mereka. Talk like them, live like them. Takkan sempat punya kita nak mengetahui berbagai rencam budaya mereka kalau setakat berjumpa sekali dua. Yang paling bagus dapat ke negara Rusia sendiri dan dapat melawat, berbual, makan bersama mereka tapi kos nak ke sana dan tinggal seminggu dua uiiii....kono part time motong gotah nampak gayanya. Paling bagus kalau kita dapat berada di sana sehingga boleh hafal jalan jalan di sana...di mana letaknya kedai makanan halal, di mana lorong yang ada jualan murah...

Untuk menghargai tetamū yang hadir di majlis 100th Years Commemoration of the Battle of Penang di Western Road Cemetery sebelum itu, satu majlis makan malam diadakan di Eastern & Oriental Hotel, Penang. Ini hotel lama tapi sangat ekslusif hiasan dalamannya. Last aku ke sini ialah pada tahun 1996 dulu sebelum renovation. Korang tahu tak, masa kapal Rusia kena serang tu boleh pulak kaptennya berehat di sini?..ish ish ishhhh....boleh menimbulkan fitnah sungguh.

Seperti majlis di siang hari, majlis malam ini juga ringkas dan padat. Aku suka program dinner with the Russians ni..takde nak menunggu vip sampai kelat mata. Hidangannya pun western style juga...takkan nak jamu nasi kot?


Pingat yang dianugerahkan kepada Mr Teoh Seng Lee


 Penganugerahan pingat kepda Mr Teoh Seng Lee

Selepas ucapan ringkas Her Excellency Lyudmila Giorgievna Vorobyeva, Duta Besar Rusia ke Malaysia, giliran YB Lim Guan Eng pula menyampaikan ucapan. Selepas itu Mr Teoh Seng Lee, konsul Rusia di Pulau Pinang dianugerahkan pingat sempena mengenang jasa beliau dalam hubungan Rusia-Malaysia selama 22 tahun. Mr Teoh telah menceritakan secara ringkas bagaimana beliau mula terlibat dengan orang Rusia...semuanya bermula dari cerita bapanya. Menarik!

 YB Lim Guan Eng dihadiahkan barang kemas buatan Rusia jenama Moisekin

Polina, me, Diyana Sofia, Paris Nurashikin. Pernah tengok Ms Polina tak? cuba cari di youtube. Aku nampak katik sangat sebab diorang pakai high heels ya..(tapi diorang memang tinggi daripada aku)
 
Anugerah tersebut hanyalah yang kedua di Malaysia. Penerima pertama adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Anugerah macam ni baru rare, yang setahun sampai beratus orang dapat tu dah tak berapa hairan...oppssss

Ramai juga jemputan mereka. Destination Malaysia/TM Info-Media adaah PR agency yang sama-sama bertanggungjawab menjayakan kedua-dua majlis ini. Kalau dah foreign dignitaries ada ko rasa spy ada tak? hahaa...James Bond sangat kan?

Orang Rusia dan vodka seperti isi dengan kuku, dah jadi minuman harian mereka. Juga, yang dikaitkan dengan negara sejuk tersebut adalah caviar, sejenis makanan yang diperbuat daripada telur ikan. Dulunya caviar ni hanya mampu dinikmati oleh bangsawan dan orang kaya saja tapi sekarang dah banyak dijual di pasaran. Namun begitu rasanya yang dikatakan unik membuatkan aku menahan diri daripada mencuba. ishhh...bila dah balik rasa rugi pulak tak mencubanya.

Caviar diperbuat daripada telur ikan betina beluga sturgeon yang biasanya mendiami Caspian Sea dan Black Sea Basin dengan nilai pasaran USD7,000 ke 10,000 sekilogram. Oleh kerana ikan tu mengalami masalah kepupusan walaupun selera manusia tetap sama, kajian dilakukan dan sekarang yang banyak terdapat di pasaran berasal daripada telur ikan salmon dan American paddlefish. Ia dihidangkan sejuk ya.

Caviar is served on small traditional Russian pancakes called blini to enhance the flavor

Selepas majlis penganugerahan selesai, kami makan-makan, minum-minum, borak-borak, bertukar business card, ambil gambar, selfie....tetapi di satu sudut ballroom....

pssttt.... kami berbisik sesama sendiri....kita gi mamak nak? muahahahaa....typical Malaysian sangat kan?? Muka mamak jugak nak dihadap. Teruslah kami ke Nasi Kandar Beratur di sebelah masjid Kapitan Keling tu.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free