Melaka River Cruise

Kempen mempromosikan 12 sub sektor pelancongan negeri Melaka merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Melaka untuk menarik kedatangan pelancong untuk menginap lebih lama di negeri penuh bersejarah itu. Ini bukan sahaja dapat menjana peluang perniagaan dalam industri pelancongan malah memastikan ia menjadi penjana pendapatan utama dalam ekonomi negeri, seterusnya menawarkan lebih banyak peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.



Pernah menjadi sebuah pusat perdagangan yang masyhur di Asia suatu ketika dahulu, Melaka cuba mengekalkan kehebatan itu di dalam bidang pelancongan pula. Makan angin dengan Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka adalah suatu aktiviti yang mesti dibuat oleh para pelancong yang ke sini. Bermula dengan sebuah bot kayu pada tahun 1985, kini sungai ini dilalui oleh 40 bot pelancong setelah diambil alih oleh Kerajaan Melaka pada tahun 2005.


Ini adalah kali kedua aku naik river cruise. Kali pertama di waktu pagi tetapi kali ini dimalam hari. Pada pendapat aku menyusuri sungai di petang hari lebih menarik sebab dapat melihat rekabentuk bangunan baru dan lama beserta lukisan di dinding ketika matahari semakin condong ke barat. Selain itu, di waktu petang juga ramai orang berehat sambil minum di kafe-kafe sepanjang sungai. Hahhh rasa macam di Italy pulak.

Kapten bot kami perempuan. Perempuan memang hebat! Jangan ko cuba nak menafikan. Tour guide pula seorang yang sangat berpengalaman dalam industri pelancongan negeri Melaka iaitu Encik Bernard Kenneth Goonting yang berdarah kacukan Belanda, Inggeris, Cina, India dan Portugis. Osah banyak eh. Berusia 56 tahun, beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pergaulan bersama pelancong tempatan dan asing sehingga mampu memberi kata ucap selamat (greetings) dalam 60 bahasa. Adehhh...aku belajar cakap omputeh dari tadika pun tak pandai pandai lagi. Kalau ada orang sponsor aku duduk UK selama 6 bulan di tempat yang takde Melayu kan best? Balik nanti confirm aku bercakap macam Mr Bean hahaa..


Sambil bergerak di permukaan sungai tu beliau bercerita tentang sejarah Melaka dan nama tempat-tempat yang kami lalui seperti Kampung Morten. Cantik kampung tu. Ala...kita lalu je mana mana kampung di Melaka ni, boleh dikatakan kesemuanya kelihatan cantik. Kawasan rumah kemas, bersih. Rumah juga cantik bercat. Masih banyak rumah yang dikekalkan rekabentuk asal sekurang-kurangnya di bahagian depan.


Usaha mencantikkan sungai ini telah dilakukan semenjak 8 tahun yang lalu dan usaha memberi pendidikan tentang kebersihan sungai masih berterusan hingga kini. Kejayaan industri pelancongan sangat penting bagi negeri Melaka kerana negeri ini mempunyai sumber asli yang terhad. Bak kata orang tanah sekangkang kucing. Memandu kereta jauh sikit dah masuk ke negeri lain. Pandai pandai je aku ubah perumpamaan karang marah pula Karam Singh Walia. Mana dia eh? Dah lama tak nampak.

babaiiiii...


Kami turun di Hard Rock Cafe sebelum meneruskan lawatan ke Jonker Street yang famous tu. Satu perkara yang menarik di Melaka ni, kebanyakan tempat pelancongan mengenakan caj/tiket masuk yang tidak terlalu tinggi, biasanya RM10 seorang. Tujuannya supaya lebih ramai pelancong dapat merasai sendiri pengalaman menyusuri Sungai Melaka dan menikmati pemandangan yang indah. Mereka mahu repeat customer.

Diatas kegigihan mereka untuk mempromosikan Melaka River Cruise ini, tidak hairanlah produk pelancongan yang ini merupakan yang terlaris pada tahun 2013. Terlajak laris gittewww !


p/s Bermalam di  hotel di Melaka akan dikenakan caj warisan sebanyak RM2 bagi setiap bilik.

Hidangan Istimewa Baba Nyonya di Melaka Nyonya Village

Tags

Semasa pemerintahan dinasti Ming bermulalah pergerakan keluar para pedagang Cina ke Tanah Melayu. Mereka membawa barangan seperti tembikar dan rempah untuk diniagakan di sini. Mereka singgah agak lama di 'Malaqa' untuk menunggu perubahan angin monsoon supaya dapat pulang dengan selamat ke tanah besar China.


Perasaan sunyi berjauhan dengan keluarga menyebabkan mereka berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Aku ada ceritakannya di sini. Di zaman tu mana ada whatapps dan skype, sure sangat sedih dan rindu berjauhan daripada keluarga tercinta. Pedagang dari daerah Fujian yang telah berkahwin ini kemudiannya dipanggil Baba manakala isterinya pula Nyonya. Mereka juga digelar cina peranakan. Perkahwinan diantara dua bangsa berlainan negara ini membuatkan budaya masing-masing mempengaruhi antara satu sama lain di dalam kehidupan berkeluarga. Dari segi percakapan, pakaian dan makanan mereka banyak dipengaruhi oleh bangsa Melayu.

Aku tak pasti sama ada restoran masakan Nyonya ada atau tidak di Seremban tetapi kesempatan untuk merasai hidangan istimewa Baba Nyonya di Melaka Nyonya Village terkenang-kenang hingga kini. Terima kasih banyak-banyak kepada Santai Travel dan Tourism Melaka. Dengan hiasan dalaman yang menarik pasti membuatkan orang yang lalu lalang teruja untuk menjamu selera di sini. Dengan menggunakan tagline Malaysia's next tourism frontier, mereka bersungguh-sungguh menjaga kualiti makanan dan persembahan.
 
Menarik kan?

Persembahan tarian mengiringi pelanggan yang menjamu selera. Cantik cantik baju kebayanya korang...

Nampak tak alamat kat belakang tu? 

Punyalah banyak makanan yang dihidang sampai tak tahu mana yang nak dicapai dahulu. Semua sedap! Seeloknya kita datang beramai-ramai supaya dapat mencuba berbagai jenis makanan di sini. Makanan Nyonya adalah gabungan bahan masakan Cina dan rempah-ratus Melayu yang menghasilkan makanan yang beraroma, pedas dan berherba.


Makanan asli Nyonya termasuk laksa, otak-otak, ayam buah keluak, bak chang, cendol, ayam kapitan dan sebagainya.

Dapurya pun aku terjah hahahaa...

Kepada yang ingin mencuba boleh pergi ke...

Melaka Nyonya Village
178, Jalan Parameswara
75000 Melaka
Malaysia.
Tel : 606 2831178
Faks : 606 2831176
Emel : info@babanyonyamelaka.com
website : www.babanyonyamelaka.com

Lawatan ke Straits Chinese Jewellery Museum di Melaka

Tags

Melaka adalah sebuah bandaraya bersejarah dan telah wujud sejak 700 tahun dahulu. Sudah pastinya bahan yang berkaitan dengan sejarah mesti termasuk dalam agenda lawatan ke Melaka. Kalau tidak sia-sialah kedatangan anda the UNESCO Heritage Site ini.



Kaum Baba dan Nyonya atau dikenali juga dengan gelaran Cina Peranakan (straits chinese) dikatakan telah mula berkembang di Melaka semenjak 600 tahun yang lalu. Seperti yang ramai daripada kita tahu orang Cina tanah besar telah datang ke Tanah Melayu khasnya Melaka di zaman kegemilangannya dahulu untuk bekerja dan berdagang. Sebahagian daripada mereka telah berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Pada waktu itu Bahasa Melayu menjadi lingua franca penghubung pelbagai bangsa.

Cina-cina dari tanah besar China ini telah berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Yang lelakinya kemudian dipanggil Baba manakala isterinya, Nyonya. Selain menggunakan bahasa campuran Hokkien dan Melayu, makanan mereka juga kuat dipengaruhi oleh masakan Melayu tetapi mengamalkan cara hidup dan agama nenek moyang mereka. Yang dibuang hanyalah tocang yang diamalkan sejak zaman Manchu.  Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan bahasa baba Melaka dan Pulau Pinang. Bagi Nyonya pula mereka berkebaya dan memakai kain batik seperti wanita Melayu di zaman itu. Macam kita jugaklah kan, makan pizza tapi boh rendang sebagai toppings hahaaaa....dah lidah Melayu nak buat macam mana?

Kegigihan mereka untuk memperbaiki hidup dan menjadi kaya tidak dapat dinafikan. Buktinya, mereka menguasai ekonomi negara kita walaupun jumlahnya mengikut bancian tahun 2010 hanyalah 23% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Kita pun kalau migrate ke negara orang bukan main gigih lagi nak hidup maklumlah tak ada saudara-mara nak meminta tolong. Kalau tak percaya cuba tanya orang yang pernah belajar di luar negara, bukan main berjimat lagi takut keputusan duit.

Mereka datang dengan kapal wap, ada yang benar benar mendapat kerja tetapi ada juga yang ditipu pemiutang. Kisah kaum pendatang ini pernah aku baca di dalam beberapa buku diantaranya My Story, Interlok dan Chan Wing. Pekerjaan awal mereka sebagai penarik lanca, budak suruhan, bekerja di pelabuhan dan pengangkat tong najis.

Lawatan ke Straits Chinese Jewellery Museum yang juga dikenali sebagai Baba Nyonya Heritage Museum telah mengungkap sebuah sejarah yang tersimpan turun temurun. Jika sebelum ini aku cuma tahu tentang kebaya Nyonya kini perabot dan perhiasan mereka juga dapat dilihat. Tak sangka, almari baju pun ado hok jate betino. Ianya boleh dikesan melalui ukiran yang terdapat di almari tersebut.


Cantikkan guide tu berkebaya Nyonya. Melihat beliau membuatkan aku confident semula nak berkebaya hahaahaa...(feeling cun). Rumah baba dan nyonya biasanya panjang ke belakang. Yang berderet di Melaka ni kebanyakannya orang senang dan dimiliki oleh generasi keempat atau kelima.

Kesemuanya buatan tangan sebab itu setiap satunya unik dan ekslusif


Perhiasan Cina Peranakan ini sangat cantik dan berseni memperlihatkan sejarah dan budaya yang melingkarinya. Barangan perhiasan diri tidak dapat berjauhan dari kaum wanita biar apa pun bangsanya. Bagi Cina Peranakan rekabentuk barangan perhiasan mereka banyak menerima pengaruh Melayu, Cina dan Indo-Eropah. Ia menjadi pelengkap gaya Nyonya selain menggambarkan status hidup mereka. Pereka dan tukangnya pula hanya yang pakar dari China, India dan Ceylon. Pengantin perempuannya lengkap berbling bling dari kepala hingga ke kaki. Kiranya time makan kena ambil lauk yang jauh uollsss...kena tarik lengan baju nak tunjuk kemilaunya.




Pakaian nyonya pula kebaya yang disulam tangan dengan cantik dan halus malah korset juga bersulam. Sebab itulah mereka berkebaya jarang, nak tunjuk sulaman di korset rupanya...

Yang ini almari untuk perempuan kot sebab ada motif bunga-bungaan

Perabot keluarga Baba dan Nyonya yang unik dan berseni ini selain berfungsi selayaknya ia juga merupakan lambang status si pemilik. Kesemua perabot yang dipamerkan di sini adalah yang antik yang asli. Rekabentuknya dipengaruhi oleh citarasa dinasti Qing dan Eropah. Rumah cina peranakan dihias dengan teliti dan mewah.


Betapa mewahnya tuan rumah generasi terdahulu sampaikan pemegang tudung saji pun diperbuat daripada emas. Yang biru di belakang tu kasut yang hanya muat sekiranya kaki si perempuan dibalut ketat semenjak kecil.

Guide sedang mendemonstrasikan cara menghisap candu. Kekurangan gambar ini ialah si penghisap tak lalok

Pada kurun ke-18 dan 19 rakyat China mengalami masalah ketagihan candu yang teruk. Oleh kerana itu mereka telah berhijrah beramai-ramai ke luar negara termasuk ke Tanah Melayu untuk mengelakkannya. Malangnya ia masalah itu dibawa pula ke sini. Di Indonesia, kebanyakan Cina Peranakan ini berada di Semarang tetapi mereka telah berasimilasi dengan budaya tempatan. Korang pergilah melawat Indonesia, lihat perhati dan dengar perbualan kaum Cina di sana. Kesemua mereka berbahasa Indonesia tak kira dengan girlfriend ke...dengan keluarga ke.... Perhatikan juga semangat bangsa Indonesia dalam satu satu isu, berbezakan dengan kita? Walaupun kekadang isunya remeh sangat. Ambil yang baik sudah.


Muzium ini terletak berhampiran Jonker's Walk yang terkenal tu. Bila ke sini nanti sila lihat sepuas hati, jangan terkejar-kejar. Merakam gambar adalah dilarang sama sekali, cctv merata. Aku lainlah, special guest hahaa... (sila muntah sekarang).

Di sini juga kita boleh mengadakan majlis sambutan hari lahir, makan tengahari, makan malam, perkahwinan, ulangtahun perkahwinan, seminar, pelancaran produk dan sebagainya. Majlis yang tidak terlalu besarlah tetapi pastinya diingati.

For enquiries and reservations kindly contact the followings:

Straits Chinese Jewellery Museum
108, Jalan Tun Tan Cheng Lock
75200 Melaka
Malaysia
Tel : 606 2819763
Fax: 606 2816099
E-mail: scjewellerymuseum@gmail.com

Waktu lawatan harian
10am to 5pm (Monday to Thursday)
10am to 6pm ( Friday to Sunday)
(open on all public holidays unless notified by the management)



Mengingati kisah peperangan di Pulau Pinang

Peperangan pasti membawa kepada kemusnahan harta benda dan jiwa. Kehidupan yang sedia susah akan menjadi semakin parah diakibatkannya. Anak kehilangan tempat mengadu, isteri kehilangan tempat bergantung hidup, ibu bapa kehilangan anak yang dikasihi sepenuh jiwa. Kalau apa yang terdapat di dalam buku sejarah tidak mudah dihadam hati, bukti nyata adalah seperti apa yang berlaku di Palestin dan Syria ketika ini. Yang beruntung hanya tauke senjata api.


Namun begitu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya seperti kisah Perang Dunia Pertama yang berlaku di Pulau Pinang seratus tahun dahulu. Pada tarikh 28hb Oktober 1914 kapal Rusia, Zhemchug dan kapal Perachis, Mousquet, telah dibom oleh kapal Jerman, SMS Emden di Pelabuhan Pulau Pinang pada pukul 4.30 pagi. Hakikatnya Zhemchug masih berada di perairan Pulau Pinang sehingga kini.

Peristiwa tragik ini telah membawa kepada kemusnahan jiwa yang besar dimana 88 orang tentera Rusia dan 47 orang tentera Peranchis telah meninggal dunia. 12 daripada mereka yang gugur disemadikan di Western Road Cemetery dan Pulau Jerejak. Manakala 121 dan 36 tentera kedua-dua belah pihak yang cedera di diselamatkan oleh nelayan Pulau Pinang. Bantuan kemanusiaan inilah yang telah memulakan perhubungan baik diantara Malaysia, Rusia serta Peranchis sebelum terjalinnya hubungan rasmi yang dimeterai kemudiannya.

Untuk mengingati kisah peperangan di Pulau Pinang itu, pihak Kedutaan Rusia akan mengadakan Majlis Penghormatan Ulangtahun ke-100 Peperangan Pulau Pinang (100th year Commemoration of the Battle of Penang) di Tanah Perkuburan Western Road, Jelutong pada 28 Oktober ini. Majlis seperti ini jarang-jarang kita temui. Oleh itu anda dijemput hadir untuk melihat sendiri upacara tersebut.



Nota : Nak pergi majlis sedih kan kak, janganlah ko pakai baju merah bling bling pulak ye.

Kuala Lumpur International Tattoo 2014

Tags

Perarakan pancaragam angkatan bersenjata Kuala Lumpur International Tattoo 2014 telah berlansung dengan jayanya di Stadium Merdeka pada 10-12 Oktober yang lalu. Ia merupakan salah satu acara yang penting dalam kalender pelancongan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Acara ini adalah anjuran bersama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia manakala Radio Televisyen Malaysia TV2 sebagai penyiar utama. 15 buah pancaragam termasuk empat dari Malaysia telah membuat persembahan yang menarik dan menghiburkan pada ketiga-tiga hari tersebut.

Tatu atau "tattoo" sebenarnya telah dimulakan oleh pasukan tentera Belanda pada kurun ke-17. Frasa asalnya ialah doe den tap toe (turn off the tap). Dalam filem-filem Hollywood kan kita biasa tengok mereka ni aktiviti malamnya di kelab, berhibur dan minum arak sehingga mabuk. Macam takdo kojo lain khennn? Drummers atau trumpeters akan dihantar ke bandar yang dikawal oleh tentera tersebut pada setiap 9.30 malam untuk mengingatkan para tentera supaya pulang ke berek. Drummer ini akan melakukan kerjanya sehingga waktu perintah berkurung bermula jam 10 malam. Ishh awalnya kena kurung hihihiiii..

Dulunya tattoo hanya muzik tentera tetapi sekarang telah berkembang menjadi berbentuk teater dan persembahan muzik. Teringat aku di zaman kecil comel cute dulu...abah kami pasti tak missed membawa kami tiga beradik (ketika itu) ke sambutan hari tentera yang semestinya ada persembahan tattoo. Cepatnya masa berlalu....dah nak jadi warga emas dah aku ni.



Pasukan bagpipe ATM

Jujurnya inilah kali pertama aku ke Stadium Merdeka yang penuh sejarah ini. Trip yang dianjurkan oleh Fons ini membolehkan aku menjejakkan kaki di sini. Kalau nak diharapkan housemate aku bawa ke acara sebegini kirim salam yo lah hahahaaa... Pergi dengan Fons special, dapat duduk di grand stand tapi aku tak duduk lansung pun...kalau aku duduk situ sebesar kuman je lah askar askar ni dalam gambar. Guna kit lens je kali ni. Adik-adik yang cantik manis tu kalau belum berjodoh lagi lain kali pergi tengok tattoo ye but please make sure duduk kat grand stand hehehhe... yang area vip lah. Ramaiiii bakal-bakal jodoh berpangkat kapten di sini. Nasib baik akak dah kahwin muahahaaaa... Ko pilih yang tak boroilah, yang boroi selalunya dah berpunya. Mereka memang sengaja diboroikan supaya jatuh 'harga'.

 Paparan peristiwa bersejarah yang berlaku di Malaysia

Persembahan dimulakan pada pukul 6 petang dengan nyanyian, tarian dan persembahan akrobatik. Kemudian Army Red Warrior mengelilingi stadium dalam satu barisan motosikal. Hebatnya mereka ni boleh naik sebuah motor sampai 7 orang. Dan, yang lebih hebat lagi wirawatinya 'melayang' dengan motor scrambler Kawasaki merentasi pentas dan wira-wira yang berbaring. Mesti panjang doa ko masa berbaring tu kan bang? hahahhaa...


Penyanyi pujaan hatiku- Ning Baizura. Album dia yang kedua if i'm not mistaken dianggap killer album dan aku masih hafal lagu-lagunya sehingga sekarang.

 Dalam hujan pun stadium penuh you

Dengan pas khas dapatlah aku merayau ke mana aku suka di dalam bangunan ni. Barisan tentera yang berpakaian seragam lama ni sedang menunggu kedatangan vip dan vvip iaitu besan Dato' K - Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein beserta isteri.


Persembahan dihentikan selama 15 minit untuk bersolat maghrib. Tetiba aku ternampak askar ini solat di 'guard room' kat belakang tu. Kau berkatilah kehidupannya, tabahkanlah hatinya ketika bertugas dan murahkanlah rezekinya ya Allah. Bertuah mak ayahnya.

 Tim gimnastik Fearless Hawk daripada Tentera Udara Di Raja Malaysia. Sebulan saja berlatih dengarnya.

Persembahan pembukaan dari pasukan ATM ni memang fantastik! Rugi pulak tak menghayatinya betul betul. So energetic!

Sejak di pintu masuk lagi Pasukan TNI Bhineka Eka Bhakti dari Indonesia dah gempak. Show mereka pun sangat bagus dengan lagu lagu rancak dan persembahan yang bertenaga. Belum pernah lagi aku nampak drummer kita memukul drum atau gendang dalam keadaan terbalik macam tu.

 Joe Wings boleh gigit gitar, mereka gigit drum. Ko mampoooo? Dah tentu dihadiahkan tepukan gemuruh oleh penonton

 Yang ini pasukan Royal New Zealand Air Force Band. Masa ni tengah buat aksi orang asli Maori.

Persembahan Myanmar Army Drum Band Squad pun bagus. Nasib baik ada skrin besar tu dapatlah melihat formation yang dilakukan mereka.

 Yang paling HOT pastilah dari Thailand, ada penari berkemban gittewww.. Nyanyian dan tarian mereka memang bagus pun...seronok tengok. Yang tak tahannya jejans dok bagi komen lucah kat sebelah aku. Lepuk kang!

Persembahan dari Angkatan Tentera Malaysia lengkap dengan pesilat dan karate/tae kwan do. Bunyi muziknya kuat dan padu. Untuk show di stadium sebesar ini, paling kurang pun memerlukan 50 orang pemuzik yang menggunakan instrumen yang bersesuaian. Kalau tak kena gaya lomau jo bunyi muziknya.



Untung duduk di grand stand (walaupun aku berdiri dari mula lagi) sebab semua pasukan yang beraksi akan menghadap kita. Dah tentulah vip pun kat sini kan. Gambar ni betul betul di ruang vip. Akak pulis yang menjaga kawasan ni punyalah strict, payah betul nak mencelah kat sini. Tu lah bagus ambil perempuan bekerja, tak mengelat hahaaa...nampak aje dia bila aku menebeng kat sini.

 Dah meletop letop bunga api bermakna acara dah nak tamat

Pasukan The Band of Parachut Regiment dari United Kingdom pun mengagumkan dengan lagu tema James Bond, Diamonds are Forever dengan suara yang merdu. Mereka sangat British dalam persembahan pancaragam dan perarakan. Mereka juga sangat tradisional berbanding pasukan lain yang sentiasa mencuba perkara baru.

Korean Navy Band pun apa kurangnya dengan alunan seruling yang meremangkan bulu roma.

Senarai penuh band yang terlibat dalam Kuala Lumpur International Tattoo 2014 ialah:

 Brunei
Pancaragam Angkatan Bersenjata Brunei

Indonesia
The TNI "Bhineka Eka Bhakti" Drum Band

Myanmar
Myanmar Army Drum Band Squad

New Zealand
Royal New Zealand Air Force Band

Singapore
The Singapore Armed Forces Central Band, Silent Precision Drill Squad of the Singapore Armed Forces Military Command and the Singapore Armed Forces Music and Drama Company

South Africa
South African National Ceremonial

Republic of Korea
Korean Navy Band

Thailand
Royal Thai Armed Forces Band

Turkey
Turkish Armed Forces Army Band

United Arab Emirates
UAE Armed Forces Band

United Kingdom
The Band of the Parachute Regiment

Malaysia
Tentera Darat Malaysia- Red Army Warrior (Wira Merah)
Tentera Laut Diraja Malaysia- The Silent Drill (Kawad Senyap)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TimGimnastik TUDM
Polis Diraja Malaysia- Central Band (Band Pusat)

Inilah acara tattoo yang terbesar semenjak dimulakan pada tahun 2007. Persona angkatan bersenjata yang segak bergaya dan berdisiplin ketat jarang dibayangkan boleh membuat persembahan kesenian dan kreatif. Susah sebenarnya nak melihat tentera membuat persembahan untuk umum kerana pasukan pancaragam ini hanya membuat persembahan di upacara negeri, majlis penutup kursus ketenteraan, sewaktu menyambut kedatangan tetamu antarabangsa dan upacara yang berkaitan dengan setiap kedutaan sahaja.

Untunglah siapa yang pergi...kan? Thank you Fons Tmns .




5 things to do in Malacca @ Melaka

Tags

Many people have wish to travel. Be it for a long journey or just a weekend get away. For those who have a luxury in time, the journey is more relaxing without having to pre-plan the trip. No rush, just go with the flow. But to some others the opportunity come the other way around.



For those who do not know where to go or what to do for a short break, I'm telling you this. Come down to the south of Malaysia to see a state with rich historical site, Melaka Bandaraya Bersejarah.

5 things to di in Malacca@Melaka:

1) Melaka Heritage Trail
Synonymous with the name Melaka Bandaraya Bersejarah the heritage trails is a must! Top in your list. Being colonized by the Dutch, Portuguese, Japanese and British, this small state in southern part of Malaysia hold many human history. The history of strength in fighting the conqueror and culture of the superior. Visit the church, the St Paul Hill, Dutch Cemetery, Fort A Famosa, Independence Memorial Building. All in on place.


2) Melaka River Cruise
Another nice excursion in Melaka is a river cruise by night. For one who still can't afford river cruising on a gondola in Italy, this perhaps could compensate it.

For eight years countless effort on beautifying and educating peoples about the cleanliness by the Melaka state government, particularly to whom living nearby the river bank , it has shown a fruitful results and emerged as the most sellable tourism product for a few years.

Since I've boarded the cruise in the day time too, i would prefer the late afternoon one. Seeing the old building, the graffiti, and peoples sitting in the cafes are much more interesting to me.


3) Jonker's Walk
This famous weekly night market only open on Friday and Saturday. Located in Jalan Hang Jebat (Chinatown), it also informally named as antiques street where it is worldly known as one of the best places to hunt and bargain for antiques.

Look for Dr Ho Eng Hui (the real doctor) who can pummel his index finger into a coconut. Or, you can just have a drink with friends at one of many cafes that has sprouted on this street.

Because of it is centrally located, Jonker's Walk is very easy to get to if you are staying in Melaka.


4) Taming Sari Tower
Witness the historical Melaka from a height of 80 metres! This 110m tower with 66 passenger capacity starts operating since 2008. The 7 minutes ride offers you a spectacular and panoramic view of Melaka UNESCO World Heritage City, Pulau Besar and the Straits of Melaka.


5) Baba Nyonya Heritage Museum
I have visited this museum of a strait- born chinese family, a story of eight generations. Privately owned by the late Baba Chan Cheng Siew's (1865-1919) family, the vision is to revive Malaysia’s Peranakan identity and heritage. Here I got to know that in the old days the Chinese bought their jade from Burma and not from Guangzhou or Beijing (why are we buying jade in Beijing? musykil den).




Please ensure to book in advance to avoid disappointment.

Nos. 48 & 50 Jalan Tun Tan Cheng Lock 

75200 Melaka, Malaysia
Tel: +606-283 1273


6) BONUS - Eat! Eat! EAT! hahahaa....you'll be spoilt for choices. Try these local dishes...

1. Asam pedas ikan. A must eat while in Melaka.


source nisayachiru.blogspot.com


2. Kuih keria Haji Jalil at Limbongan. The kuih keria looks like doughnut but it's made of sweet potato, deep-fried and coated with crispy, sugary crust. Ouch! it's quite sometimes I didn't bake this kuih.

source http://jming88.blogspot.com

3. Nasi gunting Hj Awal at Melaka wet market.


source here

4. Mi Hassan Bodoh at Tengkera. I guess the word 'bodoh' (stupid) is because the fried noodles doesn't have any vegetables. Only the noodles and 'chilli paste'. Don't worry, you won't be stupid after eating it hahahaaa...

5. Roti canai kepala ikan Awang di Bukit Beruang


p/s In couple of years ahead Melaka will have their own Outlet Centre for tourists to do more SHOPPING - more reasons to visit Melaka :)))).


Melaka is only 2 hours drive from Kuala Lumpur, see you this weekend!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free