Keunikan Rumah Bugis di Pontian

Masyarakat majmuk di negara ini membawa bersama seni dan budaya masing-masing. Tidak ketinggalan seni binaan rumah yang dicipta atau dihasilkan berdasar sesuatu peristiwa atau cara hidup sesuatu masyarakat itu di tempat asalnya.



Begitu juga dengan kaum Bugis yang berasal dari negara seberang yang telah lama bertapak di Malaysia ini. Asalnya kedatangan mereka adalah untuk membantu mengusir penjajah suatu ketika dahulu. Tanah Melayu kan dijajah selama beratus tahun, bermula dengan Portugis, Belanda dan kemudian Inggeris. Memandangkan kehidupan di Malaysia lebih baik tambahan pula ramai yang berkahwin dengan orang Melayu peribumi maka ramailah daripada mereka menetap beranak-pinak di sini. Ramai orang bugis yang menetap di Johor walaupun ada juga yang bertebaran ke negeri lain mencari rezeki. 

Peluang melawat dan melihat sendiri keunikan rumah bugis yang sangat cantik dan unik adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Dengan kos pengubahsuaian yang mencecah 2.3 juta ringgit ko bayangkanlah betapa gahnya rumah ini. Menggunakan kayu belian yang keras, ia juga tidak menggunakan paku. Main pasak aje.

Rumah milik keluarga Hajah Induk Chichuk binti Daeng Haddadek dan Abd Hadi bin Haji Ambok Ingtang di Kg Sungai Kuali, Pontian, Johor.

Rumah bugis dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:
1. Rakkeang, bahagian paling atas. Dahulunya dijadikan loteng tempat menyimpan padi. Di rumah Hajah Induk dijadikan tempat 'lepaking' sambil ngeteh (pandai je aku :)) . Kalau rumah aku ni kan, akan kujadikan mini library di sini.

2. Ale bola, bahagian tengah rumah. Kita tinggal di sini.
3. Awa bola, bahagian bawah rumah antara lantai dan tanah. Pada masa dahulu rumah bugis dibina tinggi untuk mengelakkan gangguan binatang dan serangga berbisa.


 Almari lama yang masih baik di rakkeang



Banyak betul perabut kayu jati.

wahhh sedapnya korang makan kuih raya

Dipamirkan juga salasilah keluarga ini bersama gambar datuk nenek dan moyang keturunan mereka. Rajin betul buat family tree.

Dapur rumah ini diperbuat daripada batu di bahagian bawah seperti kebanyakan rumah kampung yang lain di zaman ini. Kalau dah dapurnya luas dan selesa siap bilik takdo makno nak naik ke atas rumah lagi dah. Macam rumah mak aku jugak... tak koso den.

Nota: berdekatan rumah ini ada gerai menjual mi udang yang sedap.


Agro Pelancongan di Ladang Nanas Pontian, Johor



Banyak yang usaha telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya Tourism Malaysia dalam memperkenalkan Malaysia kemata dunia. Usaha yang berterusan ini mencakupi pelbagai aspek pelancongan seperti agro, ekologi, makanan, pendidikan, perubatan dan membeli-belah. Agro pelancongan disifatkan sebagai langkah ke hadapan dalam usaha memperkenalkan kemajuan di sektor pertanian negara kepada pelancong dan pelabur asing.
 
Seperti yang lain, agro pelancongan ada peminatnya yang tersendiri terutamanya kepada yang meminati bidang pertanian, makanan dan kajian tumbuhan. Dengan itu pihak yang berkenaan telah merancang untuk memberi peluang kepada para pelancong untuk merasai pengalaman melawat ladang nanas di Pontian Johor.

Secara tidak rasmi terdapat 80 spesis nanas yang ditanam di ladang ini yang merupakan 1/3 daripada keseluruhan spesis yang ada di dunia. Huiiii banyak tu….kalau kita nak pergi cari setiap jenis nanas di semua negara jenuh jugaklah kan? Nak senang, mai ja sini. 


Ladang milik kerajaan di Alor Bukit, Pekan Nanas, Pontian, ini juga dijadikan tempat untuk membuat kajian baja dan penyakit yang menjangkiti nanas. Luasnya sejauh mata memandang, 300 ekar! Ladang ini akan dipromosikan sebagai Johor Pineapple Park bila tiba masanya nanti. Uollss je yang tahu ni tau…


Tempoh penanaman nanas ni kebiasaannya mengambil masa selama setahun empat bulan tetapi dengan penggunaan peransang pertumbuhan tempohnya di pendekkan kepada 10 bulan sahaja. Oleh itu lebih pengeluaran dalam masa yang singkat. Penggunaan peransang pertumbuhan juga membantu supaya nanas dapat membesar dengan sekata.

 
Sebiji nanas sebenarnya terbentuk daripada beratus-ratus biji nenas yang lain. Yang aku boleh kaitkan macam mata belalang, mata compound. Daripada satu pokok menghasilkan tiga jenis benih angin, tangkai dan tanah. Setiap kelopak ada tunas akar. Ada banyak cara untuk menanam nanas tetapi yang paling mudah adalah dengan menanam ‘jambulnya’. 
 
Bahan peransang perlu dimasukkan ke bahagian ini supaya nanas membesar dengan sekata, sonang nak dituai takdolah kocik bosa kocik bosa saiz eh

Sleeping beauty or puteri tergelincir?


Kebanyakan nanas yang terdapat di pasaran adalah dari jenis Mooris, N36 dan Josa Pine. Sekarang promosi giat dijalankan untuk memperkenalkan jenis MD2 kerana ia lebih manis dan rangup. Memang betul pun, aku dah rasa. Kiranya kalau buat jamuan/kenduri harusssss habis nanas ni masuk ke dalam perut. Tetapi, seperti durian aku lebih suka makan nanas dalam bentuk asal. Kalau dah jadi acar ke...air ke... kurang minat.

Spesis Selangor green pula dikatakan boleh membantu mengubati batu karang.


Sesebuah negara tidak akan stabil ekonomi, politik dan sosialnya jika sektor pertaniannya diabai kerana ia merupakan bidang penting dalam menjamin kelansungan kehidupan rakyat. Iyolah, dah kalau nak makan pun mengharap orang menjual kepada kita macam mana? Bagaimana kalau negara pengeluar tu dilanda wabak penyakit atau kemarau ke di sana..banjir ke..

Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau pernah meminta kita memperkasakan bidang pertanian tapi ramai yang pandang lekeh saranannya. Macam tak kelasssss gittewww.... maklumlah orang sibuk bercerita dunia sains dan teknologi khennn... sedangkan di Amerika sana petaninya ramai yang jutawan. Petani di sini pun. Aku tahulah, dulu aku kerja di bank. Jadi penternak dan peladang pun boleh jadi pakcik kayo.


















A very short trip to Singapore | Sultan Mosque

Alang kepalang dah sampai Johor Bahru terus sel sel otak berhubung mencadangkan ke Singapura pula. Otak aku memang tak reti dok diam bab berjalan nih. Kali pertama aku ke Singapura adalah pada tahun 1982, masa tu baru 3 beradik bersama mak abah dan arwah atuk.

Lepas ketemu kawan lama yang kukenal since 1990 malam sebelumnya aku bermalam di Ghazrin Budget Hotel berdekatan Terminal Larkin. Kata tuan hotel tempat simpan beg dibuka jam 7.30 pagi so aku pun berlengahlah tapi sebenarnya jam 7am dah beroperasi. Ada kerugian masa di situ.

Aku naik bas Singapore-Johor Bahru Express yang bersilih-ganti setiap 20 minit. Tambangnya RM3.30 tapi dari Singapore murah pulak SGD2.50 je (ko janganlah convert...). Kenapakah?? Bas bergerak pukul 8 suku pukul 10 baru sampai Queen Street. Itupun aku pergi hari Jumaat kalau hari Sabtu entah ler... Ini satu pengalaman baru bagi aku, turun bas then jalan lelaju ikut crowd dalam 150m naik atas cop passport, turun bawah naik bas semula kemudian ulang proses tu di imigresen Singapore pula. Time balik tertinggal bas sebab turun salah tangga hahaaa...nasib baik simpan tiket, kalau tak kenalah bayar lagi. Masa turun bas angkat segala our belongings sebab kita mungkin tak naik bas yang sama macam kes aku tu. Mungkin juga kita akan tertinggal bas if ada issue dengan imigresen ke..kastam ke...

First aku berjalan ke arah Bugis Street. Ceria warna bangunan di sini. Hujan dah mula renyai so terus aku berjalan towards Sultan Mosque at Muscat Street. Malang nasib den sesampai di Landmark shopping mall hujan punyolah lobek, dekat sejam jugalah tersadai di tangga bangunan. I always make an effort to visit a mosque when i am abroad terutamanya di negara bukan Islam. Lain perasaannya. Rasa macam terlihat bendera Malaysia berkibar megah di negara orang gituh. Rasa bangga, sayu, seronok, bersyukur semua bercampur baur.

Ini gambar belakang Bugis Village. Bahagian belakang pun elok terjaga.



Masjid Sultan mula dibina pada tahun 1826 tetapi yang ada sekarang dikatakan telah dibina semula dan siap pada tahun 1928 dihiasi permaidani hadiah daripada putera raja Arab Saudi. Aku suka senibinanya. Tingkapnya pun masih yang lama.



Ramai pelancong asing melawat masjid ni. Mungkin juga disebabkan lokasinya yang terletak di bersebelahan Malay Heritage Centre dimana tersergamnya Istana Kampong Gelam selain saling berhubung dengan Bussorah, Kandahar, Baghdad dan Arab Street tempat orang membeli-belah. Di bulan Ramadhan kawasan ni memang happening habis!

Aku perhatikan ramai pelancong Jepun pada waktu ni. Mungkin di waktu lain pun mereka yang paling ramai berkunjung sebab tu ada buku yang menerangkan tentang keindahan Islam dan kehidupan umatnya.



Ruang untuk non muslim melawat agak terhad di kawasan berpagar tu aje tak seperti Masjid Kristal di Terengganu yang menyediakan ruang lebih panjang dari hujung kiri ke kanan jadi tak adalah para pelawat ni masuk ke kawasan larangan. Puas jugalah pakcik tu minta mereka beredar. Ada juga yang masuk dengan memakai skirt dan berseluar pendek sahaja. Dah tentu kes terlepas pandang tu. Pada hari Jumaat sesi lawatan sebelah petang adalah pada pukul 2.30pm.

 Yang pakai tudung putih tu jurubahasa Jepun.

  Gembira je orang yang baru lepas solat Jumaat

Silap aku ialah tidak masuk ke dalam masjid sebelum solat Jumaat. Masa dialunkan bacaan al-quran setengah jam sebelum waktu solat sepatutnya dah masuk hmmm....silap silap. Sebenarnya aku rasa segan walhal di ruang solat wanita kat atas tu dipasangkan tirai untuk mengasingkan ruang solat lelaki dan wanita (in case jemaah melimpah ruah).

Bertentangan dengan masjid ni Adalah Bussorah Street. Aku terjumpa mainan yang diperbuat daripada tin penutup botol dan bulu ayam macam di Guangzhou dulu (dimainkan dengan melambung macam bola takraw), batu seremban, gasing dan beberapa permainan zaman aku kecik dulu. Nostalgia sungguh.

 Ini bukan kedai yang aku sebut tu tapi aku sukakan tingkap yang masih dikekalkan keasliannya.

Ini bahagian belakang Masjid Sultan. Ada beberapa kedai makan di sini. Try murtabaknya, segenggam daging diorang letak.

Trishaw in metropolitan Singapore?? Tak sangka...





Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free