Menekad songket di Kompleks Nur Zahirah



Pada suatu masa dulu aku pernah shoot malay wedding di Kuala Terengganu. Aku perhatikan ahli keluarga pengantin perempuan semuanya berkain samping dengan corak penuh dan cantik serta pelbagai warna. Kalau pakai baju Melayu purple kain samping pun sedondon. Nampak meriah dan mewah.

Di Kompleks Nur Zahirah terdapat galeri songket yang menunjukkan hasilan kain songket untuk kegunaan khas dan umum. Juga, benang dan peralatan yang digunakan untuk menekad songket. Cara pembuatannya pun ditunjukkan satu persatu. Selain songket Terengganu terdapat juga tenunan dari negara Asia yang lain seperti Indonesia dan Filipina to educate people regarding the difference of songket.


Benang songket berwarna metalik diimport dari Hong Kong. Corak songket pula kebiasaannya bermotifkan tampuk manggis atau buah cermai. Menurut pegawai yang bertugas, songket dari luar negara hujungnya akan terlipat. Yang murah harganya pula diperbuat daripada polyster cotton manakala yang mahal daripada benang sutera. Untuk menyiapkan corak penuh akan mengambil masa selama tiga bulan. Wah, lama tu.



Kalau songkket asli Terengganu hanya boleh disiapkan dalam masa tiga bulan, lima helai songket India boleh disiapkan dalam masa satu hari sahaja. Berbezakan kualitinya?

Menurut Encik Hafsin Abd Aziz, seorang pengeluar songket terkenal di Terengganu, harga songket bermula dari RM400 hingga RM23,000 sehelai ! wuiiii.... Songket telah ada pasaran di New York, London dan Jepun. Di negara Eropah ianya digunakan dalam upholstery dan hiasan dinding. Ia laris dijual di Jepun kerana mereka sukakan kehalusan seni tetapi tiada permintaan di Asia Barat. Kebanyakan songket ini dijual semasa pameran di luar negara. Duduk je kat kampung kan tapi pamerannya... bisnesnya sampai overseas. Boleh rujuk di sini ya www.hasilsongket.com

Kata Encik Hafsin lagi, kalau beli songket di bengkel dia harganya lain, bila dah sampai ke kedai lain pula harganya. So korang, carilah dia di rumah ya, boleh bertanya alamat dari Kompleks Nur Zahirah.  

Kain batik pun ada dijual. Omputih suka buat pareo.

Hello... saya panda eh beruang comel. Buat doorgift untuk birthday party bagus ni.

Adik ni tiada pengalaman lansung menekad songket pada awalnya tetapi kerajinan dan kesungguhan untuk belajar telah membuatkan dia salah seorang pekerja mahir di sini. Sungguhlah kena sabar membuat kerja seni ni. Kalau aku lah kan, bila tersangkut je benang tu mulah kusut fikiran. Ini bercakap berdasarkan pengalaman belajar menjahit dulu. Runsing den.

Untuk ke kompleks yang telah diilhamkan oleh Permaisuri Nur Zahirah ini kita boleh menaiki river cruise dari Jeti To' Ku Paloh di Taman Tamadun Islam. Kalau nak naik kereta pun boleh juga.

huh...kaya kaya blake oghe Tganu nih.

Post a Comment

0 Comments