Bandung, Indonesia | Kota Kuliner dan Belanja

Bandung, Indonesia | Kota Kuliner dan Belanja | Last day di Bandung.. alaaa sekejapnya. Banyak lagi tempat belum pergi ni.



Oleh kerana aku tiada pengikut kali ni tak dapatlah aku makan tahu Lembang yang enak tu. Tauhu putih, lembut bergoreng tu sedap dimakan begitu sahaja. Paling menyesal tak beli tempe goreng banyak banyaaakkkk. Kalau tak kan mesti muka aku cekang macam Dr Khir Toyo. Ah menyesal!

Aku cuma ada sekitar 4 jam untuk shopping di  Kota Kuliner dan Belanja so sebelum Pasar Baru Trade Centre buka aku jadi YB melawat kawasan. Aku masuk satu kedai menjual kerepek termasuk tempe goreng yang masih panas. Dia bilang beli kak...halal. Ada lima kali rasaya dia ulang beli kak...halal. Aku pun bercakap sendiri ko ni apahal?? Rupa-rupanya orang kita ni bukan main concern lagi bab halal haram makanan (duit riba tak geli pulak haishhh). Ko nak makan tempe goreng tepung je Cik Jah... kalau waswas toksah beli. Aku pun tak mahu termakan makanan yang haram tapi kalau ubi rebus di Chu Chi Tunnel tu pun ko nak tanya halal ke ni? adushhh.... keprihatinan kita jangan sampai membuat orang irritate. Di kedai kek terkenal tu pun sama, kalau dah ditulis "ada rum" faham faham je lah. Kalau kita tak tahu maksud rum pun soalan kita sepatutnya, rum itu apa? instead of halal ke ni? Ini pendapat dua posen aku.

Apa apa pun tempe goreng dan pisang salai memang sedap. Kalau awak ke Bandung jangan teragak-agak membeli, sangat sedap sebagai kudapan.


Geram betul tengok tempe tu rasa nak beli bawa balik je

Dalam blogpost trip Bandung yang dulu aku pernah post gambar orang berjualan rambut palsu di kaki lima. Kali ni di kedai yang ada jual topeng sekali. Aku berkenan rambut Alleycats tapi harganya 175k rupiah la pulak hmmm....Aku tak tawar pun sebab dok fikir nak beli tak...nak beli tak...sampai ke sudah hehee..


Pergi bandung dengan bajet RM500 all in memang menyakitkan jiwa. Dengan bajet seciput itu nak cover kos accomodation, meal, transport, guide, shopping...stress gue! hahaa.. Itu bajet ikat nafsu namanya. Namun begitu semua yang aku target nak beli berjaya dibeli malahan yang tak ada dalam list pun dibeli juga. Susah wor nak berjimat di Bandung ni sebab semuanya murah. Skirt rm15.. blouse rm15... shawl rm4.50, telekung travel yang tak jarang rm15, t-shirt budak lelaki yang biasanya dijual di butik kanak-kanak boleh dapat dengan harga rm10-15 je... Naik juling mata. Paling best dapat beli kasut toddler siap stokin. Kain pasang tak beli sebab aku rasa dah mahal sikit lagipun lepas Bandung aku ke Ho Chi Minh dengan cik kiah. Di sana lagi berbaloi beli kain.

Di Pasar Baru ada juga kedai yang menjual kot pendek sahaja. Cantik cantik dik ooiii...kalau kerja office lagi mau jugak aku beli. Jubah putih, telekung...rambang mata.


Masa kat dalam PB tu kan aku terdengar dua lelaki berbual. Mereka ni datang bersama rombongan cik kiah.

Lelaki a : ko nak tahu, akak X tu dah habis 15 juta rupiah
Lelaki b : hah?! biar betul, baru pukul 12 ni

hahaaa.... begitulah hebatnya kisah shopping orang Malaysia. Ko bila pulak nak pergi Bandung?

Flight 3.45pm, pukul 1.30 aku masih berada di kedai dvd. Halal ke dvd haram di Bandung ni (eh?). Dengan kedai besar dan permanent ko tanya je cerita apa yang ko nak tapi tak semua kualitinya bagus. Aku akan redha je lah kalau kena rampas. Setakat post ni keluar sekali pun aku belum tengok dvd yang aku beli hahaa... tamak je lebih.

Sampai di airport, timbang beg 9kg! alamakkkk !




Selamat Hari Rayaaa...!!!

Tags
Dam dam dum bunyi mercun !

Hai seronoklah nak beraya dah. Maafkan silap dan salah aku ya. Yang kenal tu meh la datang rumah tapi jangan datang dengan skirt sendat, nanti susah ko nan duduk atas tikar. Aku masih kampung style lagi...bersimpuh bersila jer.

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.



Bandung, Indonesia | Industri kulit di Sukaregang, Garut


Bandung, Indonesia | Industri kulit di Sukaregang, Garut | Balik dari Gunung Papandayan tu check out lalu naik angkot ke pusat industri kulit di Sukaregang, Garut. Aku suka naik public transport cuma belum berkesempatan naik kereta kuda sebab banyak tempat yang nak dituju tetapi masa tak cukup. Bukan sahaja di Garut ada kereta kuda, di kota besar Bandung tu pun ada. Murah kot for local people.




Kagum aku dengan adik ni...sungguh bergaya dia mengawal kuda. I wish...i wish cuti hujung tahun nanti dapatlah menghantar anak aku berlajar menunggang kuda. Itupun jika kosnya masih di dalam kemampuan. Banyak benar yang nak dipelajari x 4 orang serentak boleh luruh bulu kaki bapaknya.



Ya Allah banyak betul jaket dan handbags di Sukaregang ni.... sepanjang jalan! Kalau nak yang mengikut citarasa sebaiknya kita tempah hari pertama sampai dan ambil hari ketiga. Aku ada bertanya seorang pakcik pembuat barangan kulit ni fasal nak tempah handbag malangnya stok kulitnya tak cukup untuk sebuah handbag so tak dapeklah. Next time kot. Kata pakcik tu syarikat dia supply handbags ke factory outlet di Bandung.

Aku tak beli yang dah siap sebab kebanyakannya besar gedabak. Nak sumbat diapers paket yang 15 keping tu pun muat, nak buat beg sekolah penuh dengan buku teks pun boleh, nak seludup baby pun boleh hahaaa... Adalah kriteria yang kita dah tetapkan...nak saiz begini, nak tali yang begitu, boleh sangkut di bahu, boleh sling...nak colour ni...eh pompuan kan?



Proses memotong. Dalam jahitan fungsi tukang potong adalah sangat penting. Barangan kulit dari Garut ni dieksport sampai ke eropah nun. Rajin mereka ni berniaga.

Satu yang aku tak faham pakaian sesetengah daripada mereka ni. Aku ada nampak budak sekolah dasar pakai baju putih, ber-skirt pendek paras lutut dan bertudung! Yang pakai kain sekolah paras betis tu satu hal jugak, yang pakai seluar dan skirt takat lutut je ni... tak faham sungguh. Muslimkah mereka? Mazhab apa? Di Indonesia ni kekadang agak susah nak meneka agama mereka sebab menggunakan nama Indonesia tambahan pula suku kaumnya banyak. Dengan rakyat yang seramai 250,000 juta, bayangkanlah betapa banyak perbezaan budaya dan bahasa.
 
Haihh....best pulak Garut ni.

Time nak balik ke kota Bandung kononnya tak nak naik bas yang pendek hari tu, sempit. Naik bas panjang konon... baru setengah jam bas rosak pulak...kena tunggu bas gantian. Cancel terus program ke FO malam tu.
 
 

Keindahan Gunung Papandayan di Garut

Salam sejahtera semua!

Hari ni 12 Mei I melakukan aktiviti yang paling menarik di Garut, mendaki gunung untuk menikmati keindahan Gunung Papandayan, gunung berapi aktif yang terletak di Garut, Bandung. Sejak empat tahun yang lalu berhajat ke sini kini baru ada rezeki. Rezeki ayam bolehlah nampak di kaki ye tak?


 
Petang semasa sampai di Cipanas sibuklah aku mencari pakej ke sana tapi tak ada sebab hari Isnin. Kalau weekends memang ada so boleh share transport. Ikhtiar terakhir kena naik motor dan harga sewanya pulak lebih mahal dari tiket flight aku ke Bandung. Kecewa den, tu belum termasuk tiket masuk dan kos servis guide lagi. Ah! Lain kalilah nampaknya. 😢
 
Malamnya datang seorang pakcik ni sembang-sembang di lobby. Aku rasa dia dah tahu aku nak ke Gunung Papandayan so dia offer naik motor 250k rupiah dan katanya guide dalam 100k rupiah, boleh tawar harga katanya. Yang harga dia pulak dapat dikuranglan 20k rupiah aje. Terima ajelah dah itu aje pilihan yang ada.
 
6.25 pagi kami bertolak. Perjalanan ambil masa sejam setengah lebih kurang. Tak jauh mana pun …. 20km je tapi jalannya hmmmm…. Pemandangan menakjubkan dengan padi sawah dan padi bukit. Ada juga yang ditanam di lot-lot kecil tepi jalan macam di Bali. Suhu di sini agak sejuk.
 
Sampai di Cisirupan, ambil guide di rumahnya then naik motor lagi 7km naik keatas. Jalannya huiyaiiii….bergegar badan, tak payah beli mesin gegar punggung yang diiklankan kat tv tu lagi 😄. 7km baru sampai ke parking lot, nak tengok kawah gunung berapi kena naik lagi 2300 meter. Parking lot tu pulak dah ke bawah sebab yang dulu dah rosak akibat letusan tahun 2002. Kalau yang lama tu kita kena berjalan dalam 10 minit je untuk sampai ke kawah.


Tanduk rusa


Ada 10 kawah besar yang aktif di atas gunung, campsite pun ada. Antara kawah-kawah tu Kawah Belaganama, Kawah Seeng, Kawah Pengantin, Kawah Gas, Kawah Danau, Kawah Es, Kawah Manuk, Kawah Racun, Kawah Emas. Dalam banyak-banyak ni Kawah Emas yang paling besar dan Kawah Danau yang terbaru hasil letusan 2002. 
 
Air sungai yang terhasil dari gunung ni ada empat warna bemula dengan warna perang, hijau, putih dan jernih. Gunung Papandayan ni pula tingginya 2622m dan aku berjaya naik sampai kawah baru yang setinggi 2300m! So unbelievable! Baru je aku bercerita yang aku ni tak pernah naik gunung. 

Nak ke puncak jalannya agak landai berbatu bersesuaianlah untuk pendaki amatur macam aku ni tetapi perjalanan turun agak bahaya jugak.  Aku sendiri pun dua kali jatuh, sekali sempat tahan dengan tangan (sakit ok) sekali lagi terduduk sebab batunya bergerak. Guide den pun jatuh inikan pulak den. Jalan ni berkeadaan natural yang mana kalau hujan lebat jalannya akan beralih ke lain. Sangat hebat perasaan bila dah berjaya mendaki gunung walaupun taklah setinggi mana. Okaylah tu kan sebagai permulaan. Takrif kejayaan kitakan tak sama. Pada akulah, walaupun lebih jauh jaraknya nak ke atas tapi lutut taklah terseksa macam turun 1.2km ke Kawah Domas di Gunung Tangkuban Perahu dulu. Trekking di Kinabalu Park pun aku rasa lutut dan betis ni seksa gak.
 
Di waktu pagi tu berkabus tebal so tak nampak apa yang ada di bawah gunung, bila dah pukul 11.30 pagi barulah nampak daerah Garut. Kalau nak bermalam di campsite perlu menggunakan khidmat guide juga dan jalannya di sebelah kanan selepas kawanan kawah tu. Masa berjalan naik kami bersekali dengan seorang pakcik yang mengangkut dua buntil baja di bahunya. Kebun dia ko nak tahu di mana? nun di sebalik gunung. Gigih betul dia.... haishh kesian pulak. Teringat seorang Indonesian di kampung aku, katanya pada mak, kalau di sini susah susah pun boleh dapat rm100 sehari kak.. kalau di kampung saya rm15 aja. Lubuk duit sebenanya negara kita.

Enjoy gambars yang tak seberapa ni ya…!


Menderu-deru asap keluar dengan bau sulfurnya. Kalau tiba-tiba meletus without warning jadi sate lah aku.

Masyaallah masyaallah masyaallah subhanallah

 Bersauna sat

Sulfur







Kawah baru akibat letusan tahun 2002 



Berdekatan dengan car park ada sebuah kolam air panas untuk mandi-manda. Surau pun disediakan.

Tak sangka aku dah sampai ke atas Gunung Papandayan!

Melancong ke Bandung lagi

Assalamualaikum. Sihat readers semua?


Baru ni iolls sempat la melancong ke Bandung lagi. Dah dua tahun tak ke sana…rindu pulak tapi unintentionally actually.

Adalah seorang perempuan ni tahun lepas beriya-iya dia bilang mahu melancong ke Bandung sekeluarga dan suruh aku belikan tiket, siap ajak aku sekali kunun minta tolong tunjukkan jalan, sampai ke petang tak di confirm-kannya. Yang aku ni pulak seronoklah nak beramai-ramai ke Bandung, beli tiket dulu sebab nak dapatkan value for money alih alih dia tak jadi grrrrr…..nasib baik tiket murah dan nasib baik juga gi Bandung panjang akal aku ke sini. Kalau dia plan ke tempat-tempat yang aku tak minat sakit juga hati. Yang paling nasib baiknya aku tak dahulukan duit beli tiket diorang. Lesson learnt.


Aku sampai malam and for sure nak hotel termurahlah sebab dah nak tidur je pun. So this time aku cari tempat baring yang lain- Unique Guest House 1. Bilik sempit tapi ok…katil queen, tilam empuk, flat screen tv, meja kecil, kerusi and breakfast. Bilik ayaq di luar tapi kat sebelah je. Malam yang ketiga aku tidur sini lagi dan bayar cuma 70 ribu rupiah ! 😊😈


Eh lupa nak cerita, dalam flight aku duduk sensorang. Kat belakang aku ada tiga jantan yang berborak macam kat kedai kopi, gelak tak hengat. Aku agak mereka ni rombongan parti politik (tahu pun masa queue kat imigresen). Yang seorang tu mungkin pernah bekerja dengan badan beruniform. Haaa….tajam telinga aku ni 😉. Agak-agaklah kalau nak berborak pun….sekali tu kan masa nak take off, senyap sunyi kat belakang. Aku intai kat tepi, lelaki yang bekas kerja ehem ehem tu  pandang ke arah lain wakakkaaa….kecut perut lettewwww….ingatkan berani. Lamaaa…baru berbunyi balik kikikiiii….menghabiskan bacaan surah ke bang?


Lepas tu aku keluar balik untuk makan. Masa dalam teksi sebelum tu aku nampak banyak banner tulis SWIKE. Apekebendenye nih? Aku berjalanlah dari satu stall ke satu stall akhirnya nampak gambar ni..



huahuahuaaaaaaa….patutlah bila aku terjenguk-jenguk orang yang mata sepet pandang je kat aku hahahhaa…. Kalau aku main order je mesti kruk krak kruk krak tulang katak dalam mulut aku 😝. Arnab pun den tak lalu nak makan inikan pulak katak.


Lepas tu jalan lagi sampai jumpa bebek goreng (ya Allah teringinnya) tapi rupanya macam tak bergoreng je…sejuk, bulu-bulu halus itik tu pun ada lagi. Tak jadi makan terus balik dan nak jadi malangnya stall yang jual nasi goreng depan guest house tu pun dah bungkus. Tu lah memilih sangat. Lapar jugaklah perut ni….dalam flight dah la tak dapat makan roasted chicken.


Masa aku meronda di jalan besar tu terus nampak signboard pesantren dan Hotel Trio. Laaa……dekat je dengan hotel By Moritz yang aku selalu stay dulu. Tu yang buat aku book Unique GH untuk malam ketiga nanti sebab sangat dekat dengan Pasar Baru. Aku dah plan nak beli telekung travel, swimming suit, shawl, dvd. Dvd ni memang rajin dibeli sebab sangat murah walaupun kekadang selepas beberapa bulan baru ditonton dan kali ni kamera akan di boh dalam beg jek takut jugak kena perhati dengan tauke kedai. Pandangan dia fuhhh! Seram mak.


Hari kedua aku ke pasar kaget depan Gedung Sate. Memang dah tahu kena naik angkot St Hall-Dago dan dengarnya kena turun di traffic light lepas tu berjalan kaki. Konon takmo jalan kaki so aku cuba cari angkot lain, naik yang tulis SD Serang yang dikatakan lalu depan Gedung Sate. Hah amik kau! Angkot yang ini pun kena berjalan kaki dah la jauh sikit nak naiknya tapi tak menyesal……walaupun jenuh jugaklah berjalan …….sambil jalan sambil shopping, puas hati aku. Nak ke Gedung Sate jalan macetnya pulak…setengah jam pertama baru satu kilometer. Sebabnya hanyalah ada pemberian ais krim percuma brand apa entah, promosi produk baru kot. Gilalah…punya sesak sebab nak makan ais krim free, sama je macam orang kat sini, nak dapat burger telur free sanggup beratur panjang. Kok dapek bigmek takpo lah jugak..


Rupa-rupanya pasar pagi yang di depan Gedung Sate tu dah tak ada, para penjual bertebaran di sepanjang jalan. Leceh sikit la…nak tengok jalan belah sini sat pi belah sana pulak. Selesai beli baju untuk aku dan 2 anak plus seorang anak buah gegirl. Baju budak perempuan banyaknyalah haiiiii…untung anak buah aku. Macam nak beli semua yang berkenan untuk dia. Anak aku boys, pesen yang itu itu jo lah yang ado..kemeja dengan t-shirt. For girl gaun team bola lah, skirt ropol lah, gaun cottonlah…itu baru aku, kalau mak bapak dia datang sendiri harus beli luggage maximum kg. Di sini banyak dijual branded reject item so baju kanak-kanak ada banyak design. Puas hatilah membeli-belah pakaian yang harganya berpuluh ringgit sehelai di tempat kita kat sini dalam rm10-12 aje. Baju anak-anak yang besar cadangnya nak beli di FO.





Bermacam benda dijual di sini sahaja tu belum ke FO dan Pasar Baru lagi, how to stick to RM500 budget including all? Sangat seksa menahan rasa okay... macam kasut tu RM18 sahaja, skirt rm15, blouse rm15... eh, ada sesiapa nak pergi Bandung tak? jom!!

Sebelum aku datang aku dah buat itinerary sendiri macam ni:


Day 1- check-in, meronda dekat-dekat

Day 2- pasar kaget, Garut- tempah beg/jaket kulit

Day 3- Gunung Papandayan, balik kota Bandung, malam FO

Day 4- Pasar Baru, check out


Since I came alone so aku guna public transport ajelah. Nak sampai ke Garut ni kalau dari GS kena naik angkot Ledeng-Cicaheum, kemudian naik bas di terminal Cicaheum sampai Terminal Guntur di Garut, lepas tu naik angkot lain then aku turun kat satu roundabout tu, akhirnya naik angkot no 4 warna coklat ke resort air panas di Cipanas. Aku tak terfikir pun nak ke Cipanas tapi bila sampai Garut di petang Ahad tu suasana macam sepi je so ada seorang mbak ni cadangkan ke Cipanas. Jalan ke Garut tak berapa elok, yang di Cipanas lagilah teruk. I think pejabat tourism Indonesia kena fikirkan sesuatu. Itu belum dikira macetnya lagi nak sampai ke Garut. Sayang tempat pelancongan yang bagus tak diselia dengan baik.
 
Di Indonesia ni bukan sahaja orang boleh naik bas ya... tapi kali ni takdelah

 Terminal Guntur di Garut. Kalau tak pasti nak ke mana, naik bas apa, angkot yang mana... buka mulut dan bertanya. Ramai je orang orang yang baik baik di sekeliling kita

Aku stay di Hotel Antralina. Ada banyak resort di sini. Kalau sesaja nak mandi air panas tanpa bermalam pun boleh. Bilik yang aku duduk ni ermmm…tak best tapi bolehlah sebab lepas subuh esoknya dah nak ke Gunung Papandayan. Breakfast takde, towel free dan dia bagi satu flask. Kalau korang datang sini cari resort yang ada private pool, ada yang boleh stay sampai 12 orang dalam satu chalet. Air panas you. Ada banyak resort di sini kiranya kalau datang di non peak season boleh walk in aje. Dalam bilik aku pun air panas dari gunung jugak.

 Sebahagian daripada hotel-hotel kecil di Cipanas

Gigih mencari rezeki. Suka aku tengok diorang ni berniaga, apa apa saja boleh dijual

Kolam air panas yang dibuka untuk public

Menekad songket di Kompleks Nur Zahirah

Pada suatu masa dulu aku pernah shoot malay wedding di Kuala Terengganu. Aku perhatikan ahli keluarga pengantin perempuan semuanya berkain samping dengan corak penuh dan cantik serta pelbagai warna. Kalau pakai baju Melayu purple kain samping pun sedondon. Nampak meriah dan mewah.

Di Kompleks Nur Zahirah terdapat galeri songket yang menunjukkan hasilan kain songket untuk kegunaan khas dan umum. Juga, benang dan peralatan yang digunakan untuk menekad songket. Cara pembuatannya pun ditunjukkan satu persatu. Selain songket Terengganu terdapat juga tenunan dari negara Asia yang lain seperti Indonesia dan Filipina to educate people regarding the difference of songket.


Benang songket berwarna metalik diimport dari Hong Kong. Corak songket pula kebiasaannya bermotifkan tampuk manggis atau buah cermai. Menurut pegawai yang bertugas, songket dari luar negara hujungnya akan terlipat. Yang murah harganya pula diperbuat daripada polyster cotton manakala yang mahal daripada benang sutera. Untuk menyiapkan corak penuh akan mengambil masa selama tiga bulan. Wah, lama tu.



Kalau songkket asli Terengganu hanya boleh disiapkan dalam masa tiga bulan, lima helai songket India boleh disiapkan dalam masa satu hari sahaja. Berbezakan kualitinya?

Menurut Encik Hafsin Abd Aziz, seorang pengeluar songket terkenal di Terengganu, harga songket bermula dari RM400 hingga RM23,000 sehelai ! wuiiii.... Songket telah ada pasaran di New York, London dan Jepun. Di negara Eropah ianya digunakan dalam upholstery dan hiasan dinding. Ia laris dijual di Jepun kerana mereka sukakan kehalusan seni tetapi tiada permintaan di Asia Barat. Kebanyakan songket ini dijual semasa pameran di luar negara. Duduk je kat kampung kan tapi pamerannya... bisnesnya sampai overseas. Boleh rujuk di sini ya www.hasilsongket.com

Kata Encik Hafsin lagi, kalau beli songket di bengkel dia harganya lain, bila dah sampai ke kedai lain pula harganya. So korang, carilah dia di rumah ya, boleh bertanya alamat dari Kompleks Nur Zahirah.  

Kain batik pun ada dijual. Omputih suka buat pareo.

Hello... saya panda eh beruang comel. Buat doorgift untuk birthday party bagus ni.

Adik ni tiada pengalaman lansung menekad songket pada awalnya tetapi kerajinan dan kesungguhan untuk belajar telah membuatkan dia salah seorang pekerja mahir di sini. Sungguhlah kena sabar membuat kerja seni ni. Kalau aku lah kan, bila tersangkut je benang tu mulah kusut fikiran. Ini bercakap berdasarkan pengalaman belajar menjahit dulu. Runsing den.

Untuk ke kompleks yang telah diilhamkan oleh Permaisuri Nur Zahirah ini kita boleh menaiki river cruise dari Jeti To' Ku Paloh di Taman Tamadun Islam. Kalau nak naik kereta pun boleh juga.

huh...kaya kaya blake oghe Tganu nih.

Jungle trekking di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Ramai orang yang kukenali berkata Port Dickson tu tak ada apa apa selain mandi laut. Betul ke? Sebenarnya ada beberapa tempat menarik, yang semulajadi ada di sana. Diantaranya adalah aktiviti selam skuba (scuba diving) dan jungle trekking di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang menempatkan Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rachado Lighthouse.

Kawasan ini adalah dibawah pentadbiran negeri Melaka tetapi dipromosikan sebagai salah satu tempat pelancongan di Negeri Sembilan. Terletak kat sempadan begitulah jadinya. Lokasinya betul betul sebelah Ilham Resort Port Dickson. Aku cuba mendapatkan sedikit info dari forestry department tapi poning kepalo den membaco eh, macam guna google translate :D

Hutan ini telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal pada tahun 1921 dengan nama Hutan Simpanan Cape Rachado. Walau bagaimanapun pada tahun 1969 pewartaan sebahagiannya telah ditarik balik untuk kegunaan awam. Pada tahun 1971 pula 607,000 meter persegi telah digazetkan sebagai santuari hidupan liar yang dikawal selia oleh PERHILITAN (forestry and wildlife protection department). Hutan ini merupakan kawasan persinggahan burung hijrah setiap tahun dan Malaysian Nature Society aktif mempromosikan konservasi hutan ini.

Untuk masuk ke sini pendaftaran dan bayaran RM1.00 dikenakan. Kami tak terus ke rumah api tu tetapi meredah hutan sejauh err... lebih 1 km jugaklah naik turun bukit. Penat tapi seronok pergi beramai-ramai. Untuk aku yang tak biasa masuk hutan ni sungguhlah berbaik sangka ingatkan keseluruhan jalannya bertar hahaa... 




Orang tua tua kata jangan cakap besar bila masuk hutan. Juga, jangan suka suki ambil apa apa dari hutan. Betullah nasihat tu kan sebab hutan tu bukan kediaman kita, masuk rumah orang takkan nak main ambil saja mana yang berkenan di hati; tapi nasihat yang tak boleh blah kalau nak masuk hutan kena cakap, assalamualaikum tokkkk cucu tumpang lalu... hahahha.... bak kata seorang ustaz tu,

datuk tu siapa? setan?
abih tu ko cucu setan? hahahha...

Kalau kita orang islam ada cara yang islamik, mulakan dengan Bismillah dan bacaan ayat Kursi lalu bertawakal. As simple as that. Sila bawa air ya... haus bila peluh banyak keluar.

Yang pertama kami temui adalah telaga Belanda yang digunakan sebagai sumber air bersih di waktu itu. Dah sobun dah perigi ni. Ada juga beberapa peralatan besi yang kami jumpai di dalam hutan tu.


Kemudian kami berjalan lagi hingga ke pantai nak menjejak tapak kaki Hang Tuah. Gigih tuuu

 Pulau Masjid

 Inilah yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah

Inilah yang dikatakan perigi keramat yang menjadi kawasan pemujaan. Puja nombor ekor kot. Syirik..syirik ..

Akhirnya sampailah kami ke tempat yang dituju iaitu Rumah Api Tanjung Tuan. Rumah api ini dikatakan yang tertua di Malaysia dan wujud semenjak kurun ke 16 lagi sewaktu penjajahan Portugis. Kemudian ianya diserahkan kepada Belanda seterusnya kepada Inggeris. Ramai betul yang menjajah tanahair kita ni. Dan, aku tak berapa percaya mereka datang menjual rempah.
 




Masa aku datang ni jerebu tebal tapi air laut di bawah tu sangat jernih. Cantik sangat! Di Port Dickson pun ada corals uollssss tapi taklah sehebat yang di Pulau Tioman tu.

Rumah api yang ada sekarang berbentuk bulat setinggi 24 meter dibina pada tahun 1863. Bangunan tambahan yang siap pada tahun 1990 digunakan untuk meletak radar MEASAT bagi tujuan komunikasi dan memantau keadaan trafik di Selat Melaka yang sangat sibuk itu.

Sebagai panduan tambahan, anda memerlukan 2-3 jam untuk jungle trekking dan sampai ke rumah api. Itu dah termasuk ko pancit dan sibuk bergambar.

 

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free