A Trip To Thailand | Bangkok, aku dah datang!!

Hello guys! Mari aku update korang dengan cerita trip Bangkok-Kanchanaburi-Pattaya sebelum CPU kat kepala aku ni corrupt.

Dah lama sebenarnya berangan nak bercuti ke Thailand sebab selama ni part of negara Thailand yang pernah aku jejak cumalah Betong. Itupun pasai rumah mak mertua cheq kat utara nun. Lagipun tempat-tempat yang aku ingin ziarah di Indonesia sudah banyak yang berjaya dicapai tinggal lagi kena explore dengan lebih jauh. La ni dok pikir kalau ada sedikit kemampuan nak beransur-ansur ke utara.

Flight aku tengahari dan aku nyaris-nyaris tertinggal kapal terbang because gate no yang ditulis di atas boarding pass aku tak sama dengan yang tertera di screen departure hall. Gilalah depa ni. Dah la announcement tak berapa jelas. Aku dah komplen pun kat AA and berharap ada tindakan pembetulan sebab ini bukan kali pertama aku terkena. So pueh la den belolah mengoja kapa tobang, nasib baik tak tutup pintu lagi. Padahal aku punyalah awal sampai airport.

Yang kelakarnya pulak kali ni entah kenapa la mengantuk tak hengat, sebelum safety demo lagi aku dah terlelap. Tertidur sampai ke Bangkok! Bila aku perasan semua foreigner pegang card masa queue kat imigration counter tu barulah tergagau-gagau aku mencarinya sebab tak ada di meja tulis dekat imigresen tu. Arggghhh sudah.... patah balik, nasib baik ada kat kaunter di sebelah belakang (muka deme tu ketat je). Aku dah fikir dah, kalau disuruh bayar kad tu terpaksa redha ajelah. Teringat aku tentang someone yang kena paw dengan imigresen negara X sebab dia tak ada VOA card tu padahal kad tu free aje. Alhamdulillah selamat bab pertama. Kalau boleh tak mau apa-apa kesulitan di negara ni sebab susah mau kowtim worrr.... ayam sama itik bercakap. Rabbi yassir waala tuassir memang sentiasa di bibir, semoga dipermudahkan segalanya. Berjalan solo ditempat yang tidak menggunakan bahasa inggeris agak mencabar jugalah.


Di DM airport ada surau yang selesa sebelah kanan departure hall.
Gambar di atas ni aku shoot di dalam surau. Ko tengok, di negara yang majoriti penduduknya bukan islam pun percaya dengan sistem takaful.

Tu dia cheq nak habaq hang..... bercuti 4 hari aje tapi macam-macam tempat yang nak ditempuh macamkan naik kereta sendiri. Mujur on the last survey someone beritahu ladang bunga matahari di Lopburi tak dibuka kepada pelawat di luar musim berkembang.

Sejak dari rumah lagi aku dok fikir nak pi hotel dulu ke atau terus ke Chatuchak Market? Akhirnya aku decided terus je ke pasar yang sangat besar sampai 26 seksyen tu. Lotih kalau nak jelajah semua so aku pergi seksyen yang aku dah target je lepas tu baru ke tempat lain. Owh lupa nak bagi tau, dari Don Muang airport aku naik shuttle bus dengan bayaran cuma 30 baht dan turun di Mo Chit bus stop. Sangat murah dan yang menariknya tiketnya pesen lama macam tahun 80an dulu.

Dari bus stop tu boleh je kalau nak berjalan kaki ke Chatuchak Market tapi aku al malas dek kerana membawa bagpack so aku naik MRT dan turun di Kamphengphet yang terletak di tengah pasar. Satu stesen je pun. Kena 16 baht. Di sebelah market tu ada Chatuchak Park yang sangat luas. Setiap kali lalu di MRT kena scan. Nasib baik sekali je kena buka beg. Sistem pengangkutan awam di Bangkok sangat efisien. Ada skytrain, MRT, teksi, teksi motor, tuk tuk... but sometimes motor taxi charge higher than cab. Kepantasan sebagai justifikasi untuk caj memahal kot.





RM20 ni uolllsss... main tunjuk gambar je ha amekkaw


Aku pergi ke seksyen vintage dulu, boleh tahan banyak juga koleksi bags and handbags yang mereka jual. Yang aku nampak the price for designer handbag starts from rm180. Ada jugalah yang berkenan di hati but i believe di tourist spot susah nak dapat value for money. Oleh sebab aku pun tak beriya-iya sangat nakkan bag tu takdelah aku membuang masa tawar menawar. Tak jadi beli karang jadi gaduh pulak. Lagipun budget untuk trip kali ini cuma rm400 untuk hotel, makan dan transport. Ko agak cukup tak? hahah...gigih aku buat bajet ikat perut.

Ada orang kata pulut mangga di Bangkok punyalah sedaaaappp haishhh....dasyat betul komentar orang kita ni hingga aku masukkan dalam list of things to do. Bila terjumpa je di market tu terus beli. Ya Allah gini je bendenya... aduhai aku pun reti buat. Pulut yang dah dikukus tu dihidang bersama sedikit santan dan kacang yang sebesar biji lada then mangga ditenggekkan di atasnya. Overrated betul. Mangga tu memanglah sedap.

Untuk ke hotel aku naik MRT, bas dan motor taxi. Boleh pulak transport yang last tu tergagau gagau mencari. Kalau tak naik motor tu pun boleh... dekat je dari tempat aku turun bas tu tapi first time kan, malam pulak tu naik je lah. Yang sebenarnya pronounciation kita tak sama... eh tapi aku tulis alamat.  Hmmm??

Tuah manusia tiada siapa yang tahu kan? Aku booked dorm di Inn 33 di area Pratunam. Dah lama tak duduk dorm kan... nak lah merasa juga bergaul sebilik dengan foreigner lagipun bajet ciput. Oleh kerana ramai dah check out so the owner upgrade ke single room. Alhamdulillah... walaupun bilik air share tapi bilik tidur ada aircond dan tv. Yang kureng sikit hanyalah tilamnya yang keras lebih keras dari tilam di China dulu. Nayo den menghempas badan huhuu... Reason aku pilih area ni? sebab nak dekat dengan Pratunam Wholesale Centre tapi aku terlepas pandang itinerary yang aku buat semuanya memerlukan aku keluar pagi. Tak sempat pun menjengah ke situ.



ehhh... bila bergabungnya?



Lepas letak bag aku pun berjalan sampai ke Central World shopping mall. Punyalah besar.... Waktu aku ke Bangkok bandar ni tengah hot dengan kempen menjatuhkan Yingluck Shinawatra. Sempatlah aku join semangkuk mendengar kempen politik En Taugsuban tu. Perasaan bimbang tu adalah sikit tapi kumpulan anti government ni berkumpul di satu tempat yang dikhaskan siap berkhemah bagai. Kita toksahlah masuk ke kawasan diorang tu... itu mencari pasal namanya.Wisma putra ada mengeluarkan arahan kalau tak penting tak payah pergi tapi kita dah book semua kan, lagipun lamaaaa dah planning. Oleh kerana bimbang akan mendapat 'nasihat jangan pergi' cuma beberapa orang je yang tahu arah tujuan aku kali ini. Kita selalu dikelilingi oleh pembunuh impian. Aku yakin selamat selagi tak masuk campur urusan mereka. Lagipun Thailand memang terbilang sebagai kawasan pelancongan sudah pasti kerajaannya akan membuat yang terbaik dari segi keselamatan. Korang tahu tak 1st quarter 2014 kedatangan pelancong ke Thailand adalah lebih tinggi berbanding negara kita walaupun mereka menghadapi masalah politik?


Yang kelakarnya masa di depan Central World aku mintak tolong seseorang ambilkan gambar (alaaa orang Malaysia mudah dicam). Boleh dia kata, terkejut saya akak cakap Melayu hahaha.... di negara yang english bukan bahasa perantaraan ko tak payah susah hati tak reti cakap omputeh. Janganlah risau yang bukan bukan nak berziarah ke negara asing.

Central World dah nak tutup pun masa ni dan aku sambung berjalan lagi ke tempat orang berjualan di kaki lima. Hmmm ada juga yang menarik perhatian. 

 Made to order, pilih je nak strap clour apa


To be continued in part 2 - Kanchanaburi







Masjid Kristal revisited

Assalamualaikum.

Banyak yang telah diperkatakan tentang Masjid Kristal yang terletak di kawasan pelancongan, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Selain keindahannya dan disifatkan sebagai masjid pintar yang pertama di Malaysia, masjid kaca yang dirasmikan pada Februari 2008 itu dikatakan hanya memfokuskan kepada pelancongan dan tidak dapat digunakan untuk solat Jumaat kerana tak cukup jemaah. Korang tahu tak solat Jumaat memerlukan minima berapa orang jemaah? Time sekolah rendah dulu dah belajar dah.

Selain daripada itu ada lagilah yang tak enak didengar dan ada diantaranya macam tak masuk akal pulak, macam orang paranoid pun ada... Bagi aku sendiri walaupun ada betulnya tapi dah empat kali aku ke sini. Maknanya aku suka lettewww... selain daripada architecture yang memang awesome masjid ini juga tourist friendly. Sebahagian ruang solat lelaki dibuka untuk pelawat non muslim.
 
Masa program Terengganu International Squid Jigging 2014 hari tu aku ke sini dua kali. Kali kedua bersama seorang photographer from Thailand yang nak merakam gambar suasana di dalam masjid. Menurutnya dia berasa sebak bila melihat seorang pegawai perikanan yang mengiringi kami solat maghrib di atas bot nelayan. Dah dia orang Kuala Terengganu macam mana nak jamak ye tak? Tak cukup syarat. Aku pun ada share gambar nelayan yang solat di bumbung bot.

Aku pun berbesar hatilah menemankan dia ke sana. Tambang teksi dari KT ke Masjid Kristal rm20 sehala, mahal gilos. Dekat jer pung tapi teksi tak bermeter. Katanya dia nak menunggu solat Asar so aku pun solatlah zuhur dulu di sebalik tiang sebab takut gambar aku di-shoot-nya sekali. Hahah...malu den kalau masuk majalah dia. Masa tu baru pukul 2.30 petang, lepas solat aku pun bacalah quran sekejap. Apa yang nak dibuat lagi...aku rasa elok juga pihak masjid letakkan buku-buku yang bersesuaian di situ. Ada jugak pilihan. Mugkin ada pelawat yang terpaksa duduk lama di dalam masjid sementara menunggu kaum kerabat yang melawat Taman Tamadun Islam atau naik river cruise.

Masa dalam teksi banyaklah soalan yang aku kena jawab. Diantara soalan-soalannya:

1) Kenapa pakai hijab?
A - untuk menutup aib. Aurat hanya boleh ditunjukkan kepada kaum keluarga terdekat sahaja.

2) Kenapa pakai telekung bila solat?
A - adehhh aku malu nak jawab sebenarnya sebab lengan baju aku pendek sikit tapi jawab jugaklah. Aku kata kalau aku pakai baju longgar dan labuh, lengan baju sampai pergelangan tangan, tudung menutupi dada, pakai stokin (dah tentulah aku pakai seluar panjang time tu kan) aku dah boleh solat without telekung. Masalahnya sekarang kebanyakan daripada kami ni pakai tudung tapi tak tutup aurat. Dushhhh..! kena muka sendiri. Beritahulah yang benar walaupun pahit kekdahnya.

3) Budak-budak pun kena solat ke?
A- tak wajib tapi kami ajar sikit sikit sejak kecil, kami bawa bersama bila solat, kami tak tutup pintu bilik. Biarlah digasaknya nak panjat badan ke...nak baring kat kaki ke...duduk di pangkuan ke... kalau meraung kami dukunglah asalkan dia tak bertempek dengan najis.

Nabi Muhammad kata kami kena ajar anak solat sejak berusia 7 tahun lagi, kalau umur 10 tahun tak mahu solat jugak baru boleh dipukul di tapak kaki. Tiga tahun tempoh mengajar.

Begitulah di antara question answer nya, ko translate sendiri ngeh ngeh... banyak soalan yang berkaitan hijab ditanyanya. Time balik pun sama... aku rasa macam ustazah pulak. Cuma last tu aku pesan, kalau dia tak berkenan dengan akhlak orang islam blame the muslim not islam.

Cantiknya masjid yang berkapasiti 700 orang ni.

Bahagian hadapan berdekatan ruang solat muslimah. Kalau ada wide angle lens ko jangan tinggalkan kat rumah, senang nak shoot sebab jarak masjid ke pagar agak dekat. Ni aku guna 18-200mm tak boleh nak reverse dah.

Pusat konvensyen bersebelahan Masjid Kristal



Suara muazin pada hari tu kan masyaallah sedapnya. Muda lagi orangnya, memula aku ingatkan guna kaset sebab tak nampak pun orang melaungkan azan. Pihak berautoriti ni pilihlah orang yang bersesuaian untuk jawatan agama seperti imam, bilal, ajk. Tepat orangnya makmurlah masjid. Kalau masjid makmur, makmurlah sesuatu kawasan tu. Itu kata kata orang tua yang masih aku ingat.

Hok ni yang maha nih, khabarnya batu berkilau tu berharga rm15,000


Non muslim tourist dibenarkan masuk dengan menutup aurat di kawasan belakang ruang solat lelaki ini. Inilah yang bagusnya. Janganlah kita terlalu rigid dan jumud, contohilah masjid di negara bukan Islam terutamanya di barat yang membenarkan lawatan ke masjid dan membuka ruang diskusi agama dalam memperkenalkan islam kepada yang bukan islam. Fitrah manusia mesti ada soal jawab, setuju dan tak setuju, mesti ada how, where, when, what, who dalam hati kita. Don't expect orang akan terima agama kita bulat bulat. Di barat semakin ramai orang masuk islam setelah membaca terjemahan al quran. Bila tak faham mereka bertanya.


Kebetulan masa nak balik tu ada NGO buka kaunter penerangan di perkarangan masjid so si jurugambar ni bertanya lagi. Rupa-rupanya mereka pun bersoal jawab juga sebelum solat Asar tadi. Mereka pun menghadiahkan dia al quran terjemahan dan ditandakan bahagian tertentu yang dia berminat nak tahu.

Aku kata kat dia, kalau tak faham boleh email tanya kat orang NGO tu (karang kalau emel kat aku tak boleh nak jawab pulak) tak pun pi tanya imam mana mana masjid di Bangkok nun dan cari al quran terjemahan bahasa dia. Aku pun bagi direction on how to go to masjid di Ratchadewi. Biar betik aku ajar dia jalan di Bangkok wakakakak.....terrer mokcik.


Nota:

Sebelum rombongan kami melawat kawasan ini some of the foreign delegates ada bertanya mengenai pakaian yang sesuai untuk masuk ke masjid. Mereka memang dah pakai seluar panjang pun tapi malangnya ada rakyat Malaysia sendiri tidak peka dengan budaya masyarakat senegara. Takkan nak pakai seluar kontot menayang peha putih melepak gebu mulus tu pergi masjid kot? Nak masuk candi di Indonesia nun pun kena berpakaian sopan.



 

Tebaloi dan world cup berpisah tiada

Bola..bola bola bola...bola..bola...bola bola bola bola..bola..bolaaaa...!!

World cup dah start dah yeop! Takkan nak minum kopi sampai kembung kot? Kalau wife join sekali mengadap tv dapat la merasa cekodok ke kopok lekor ke kan? Ni nak cerita tentang tebaloi, kraker rangup buatan Sarawak yang sodap dimakan begitu sahaja. Kalau berminat boleh beli, kalau nak banyak try tanya diorang untuk order. Hat ni traditionally made, peghasap dengan dapoq kayu.


Tebaloi atau sago cracker setakat yang aku tau hanya dibuat di Sarawak disebabkan oleh banyaknya pokok rumbia di sana. Batang rumbia yang telah dipotong dengan saiz 31-33 inci digolekkan ke sungai dan diikat. Gambarnya kat sini. Kemudian dibawa ke tempat memarut, ditoskan airnya dan dikeringkan untuk dijadikan tepung sagu.

Kilang pembuatan tebaloi secara tradisional ini telah dimulakan operasinya bermula tahun 1990 lagi bermakna orang kampung yang bekerja di sini adalah generasi ketiga. Kilang ini bukanlah milik persendirian tetapi projek FDU Kampung Tutus Hilir dibawah bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan Mukah. Di kawasan ini ada tiga kilang yang menghasilkan tebaloi tetapi cuma yang ini sahaja masih mengekalkan pembuatan secara tradisional. Kilangnya biasa saja almaklum dah lama...katanya tunggu upgrade, proses menunggu dan menunggulah tu. Kalau kat tempat kita ni cepat je dapat bantuan terutama bila nak pilihanraya heheh... ko tak bagi aku pun tak bagi undi, power gituh! Kalau milikan sendiri seperti kilang yang lain semestinya tempat ni berlainan wajah. Staf yang bekerja pun yang itu jerrrr... susah nak mendapatkan orang yang berminat duduk di dapur panas sekarang ni. Hanya yang minat dan sabar saja akan bertahan.

Dalam sehari mereka menggunakan 50kg tepung sagu untuk membuat tebaloi. Bahan-bahan lain adalah gula, kelapa dan telur. Kalau nak buat untuk 2 orang ko agak agaklah sendiri :)) . Kesemua bahan ini digaul dan dibubuh perisa kunyit, milo, pandan atau asli lalu dijadikan pes sebelum dileperkan di atas daun pisang lalu disalai. Bab menyalai ni yang tak tahan nih, paneh. Aku berlegar sekejap pun dan berpeluh siap dengan bau asap. Selepas itu kraker yang separuh siap dan masih lembut ini akan dipotong mengikut saiz tertentu seperti di bawah ini.

Ko tengok adik ni senyummmm je buat kerja, tu yang sedap tu.

Selepas dipotong tebaloi perlu disalai semula sampai masak kemudian dihimpit dengan pemberat untuk meratakannya.



Proses packaging dengan riang gumbira.... hahahaa ramah betul mereka ni

Mereka hanya menggunakan plastik lutsinar biasa sebab tidak dihantar ke pasaraya, tak cukup tenaga kerja nak buat banyak lagi. Stok tebaloi di sini tak pernah lama tersimpan disebabkan permintaan yang tinggi. Memang sedap la wehhh... sodap dikonye konye sambil tengok bola. Oleh kerana masa ke sini perut dah kenyang so aku telah membuat pertimbangan bahawa beli banyak kang takut tak habis tapi akhirnya bercakap dalam hati kenapa tak beli sekotak??? Dahlah murah je beli kat kilang ni rm1 sepeket, di bandar Mukah rm1.50 bila sampai Sibu dah rm2, tu belum lagi yang dah dipakejkan dengan cantik huhuhuuu....

Bila korang melawat Sibu bolehlah datang coastal town ini juga. Ada orang tanya, apa yang ada di Sibu? Mesti ada yang special punyer kalau tak takkan airlines sampai ke sini, ingat sikit ke nak invest duit dan tenaga untuk mendapatkan lesen. Apa ada hal, tambang promo pun baru RM39. Aku ni kalau pi Kolumpo pun habis 50 hengget untuk minyak dan tol.

Ini alamatnya:

Pusat Pemprosesan Tebaloi Tradisional
9, Jalan Tutus Hilir
Kg Tutus Hilir
96400 Mukah
Sarawak

Tel : 084873619 / 013-8210565








My short trip to Sarikei

Penduduk tempatan menyebutnya 'Sarikai'. Tak banyak yang aku ketahui tentang sebuah daerah di Sarawak ni yang sebenarnya menyumbang 80% daripada pengeluaran lada hitam Sarawak. Peratusan yang tinggi itu jugalah yang membolehkan Malaysia menjadi pengeksport lada hitam yang kelima terbesar di dunia. Selain daripada itu nenas, pomelo dan avocado juga banyak ditanam di tanah yang berasid di sini. Setiap kali makan black pepper sauce mesti aku teringatkan negeri Sarawak.

Sejarah Sarikei ni direkodkan sejak kurun ke 19 lagi, di zaman James Brooke dulu. Pada tahun 1856 pekan Sarikei pernah dibakar disebabkan penentangan terhadap kerajaan Brooke. Aku rasa mana-mana rakyat yang bermaruah pun tak mahu tunduk kepada penjajah.

Untuk sampai ke Sarikei boleh menggunakan kereta, bas atau bot. Masa aku pergi hari tu aku bertolak dari Sibu. Nak ke Sibu pulak boleh menggunakan jalan darat dari Kuching umpamanya atau kalau dari Kuala Lumpur boleh naik our World's Best Low Cost Airline or our airline with World's Best Cabin Crew (bangga woiii !). Aku ni bangun awal siap meronda ke bandar Sibu pepagi tu, dengan ulang-alik ke hotel sempat repair sandal lagi kat Central Market Sibu hehee... letih worrrr so dalam van tidurlah. Tapi... sepanjang satu setengah jam perjalanan tu entah berapa kali terjaga sebab jalannya still under repair work, terhentak hentak ko. Penat berjalan adalah jauh lebih baik daripada penat terperap kat hotel.

Pernah terfikir nak merasa tinggal di rumah panjang? This is the authentic one... siap tengkorak segala. Ada juga rumah panjang moden siap langsir sepesen je warnanya. Ada juga yang tingkapnya menggunakan kaca hitam yang sekeping tu dan bertiang tinggi. Enam tahun duduk di Sarawak dulu tak pernah sekalipun aku dibawa melawat ke rumah panjang (long house). Tengok dari jauh pun tak pernah rasanya.

Kali ini aku ke Rumah Nyuka, sebuah penempatan kaum iban di Lubok Lemba, Ulu Sarikei. Orang iban ramai terdapat di Kapit, Tatau dan Selangau. Di utara ramai orang Bisayak atau orang ulu. Longhouse diberi nama mengikut nama tuai rumah. Dari jalan besar ke rumah panjang ni dalam 8km jugaklah, dalam hutan dan ladang. Oleh kerana di Sarawak ada banyak suku kaum jadi rumah mereka pun ada perbezaan bentuk sikit. Lawatan ke sini mengubah terus tanggapan aku tentang rumah panjang. Luarannya nampak tak menarik tapi luas sebenarnya, tu tak termasuk dapur yang bersaingan tapi juga dibuat memanjang seperti rumah utama, yang saiznya sebesar rumah teres setingkat kat semenanjung ni -cuma tak ada bilik- with western toilet! Jangan ko ingat diorang membuang di sungai lagi.

Owh...ada tips ni. Kebiasaannya tetamu yang datang ke rumah panjang akan dijamu tuak. Kita yang muslim ni memanglah tak minum tapi janganlah ko tepis pulak. Cara menolak dengan sopan dan tidak mengecilkan hati tuan rumah adalah dengan menyentuh gelas dan bawa jari tu ke mulut. Senyumlah sket noks. Inshaallah mereka faham.... dah biasa dengan pelawat.


 Bahagian hadapan rumah

Di serambi

Asalnya rumah ini cuma mempunyai 33 keluarga tapi sekarang dah ada 46. Yang tinggal di sini semuanya ada kait mengait. Dah 60 tahun rumah ni wujud. Ia dibina dengan menggunakan kayu ... kayu...alamak lupo dah den tapi kayu yang keras tak dimakan anai-anai tulah. Syok pulak melepak kat anjung ni takdelah panas sangat walaupun tengahari. Duduk pulak atas tikar anyaman sendiri yang halus buatannya. Semasa berbual dengan tuai rumah tu, ada beberapa orang kaum ibu yang baru balik dari ladang. Mereka ni menanam padi huma dan getah selain lada hitam. Padi ditanam hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.

 Buah lada hitam yang baru dituai


For more value, lada hitam diproses menjadi lada putih


Dulu dulu perhubungan di antara kampung/rumah panjang adalah melalui radio shortwave yang ke udara pada masa yang telah ditetapkan- klasik gittewww. Pernah pihak radio kerajaan hendak menamatkan perkhidmatan percuma tu tapi dibantah oleh penduduk kampung sebab bukan semua signal telefon sampai ke sini, bukan semua juga ada handphone dan yang paling penting yang tinggal ramai dah tua, keypad pun dah tak berapa nampak. Cara perhubungan sebegini adalah dengan meminta wakil menghububgi stesen radio kemudian sampaikanlah mesej tu...mak sakit ke, nak buat kenduri ke..nak jemput orang kampung sinun ke sini ke ... dan mereka akan mendapatkan sesiapa yang boleh berbahasa Melayu atau bahasa lain mengikut daerah contohnya Mukah berbahasa Melanau, Sibu bahasa Iban, Kuching Melanau/Bidayuh. Di kampung wireless disebut willies, jadilah asalkan faham. Macam warga emas kek kampung den lah tu important disebut motan, yang motan buek dulu.... hahahaa... Public telephone di sini menggunakan solar power.

Kalau kita perhatikan, tiang di rumah Nyuka ini berbentuk persegi bermakna ia telah dibina setelah kedatangan pedagang Cina. Rumah yang dibina lebih awal bertiang bulat. Di rumah panjang lain tengkorak seperti dalam gambar dah tak ada, dah dikuburkan tapi penghuni di sini masih meneruskan tradisi tu sebagai kenangan dan ingatan kepada kekuatan dan kegagahan leluhur mereka. Ada juga tukang pancung yang masih hidup tapi di rumah panjang daerah lain.




Bangan hiasan di dalam salah sebuah rumah. Anyaman tu hasil seni tangan sendiri.

Hanya sekolah rendah terdapat di kawasan ini. Bila anak-anak mereka naik sekolah menengah terpaksalah di hantar ke bandar dan tinggal di asrama. Mesti rindu kan? Macam aku lah. That's why sistem merit tidak boleh digunakan sepenuhnya, tak adil. Ada rakyat yang mendapat semua kemudahan tetapi ada pula yang ketinggalan dalam banyak hal TAPI... sampai ke universiti anak deme nih. Teruslah anak aku kena ceramah balik tu hahaha... Yang aku fikirkan, mengapa sesetengah sekolah yang kurang murid kat semenanjung ni tak buat macam tu? Kekadang dalam 1 sekolah ada 2 orang murid dan 3 cikgu, tak ke mambazir? Penduduk di pedalaman dan orang asli boleh je berkorban. Sebab politikkah?

Orang kampung kebanyakannya mengusahakan lada hitam tetapi ada juga yang menanam getah. Kerajaan negeri tak memaksa mereka fokus kepada satu jenis tanaman saja sebab getah hasilnya boleh dapat setiap hari walaupun harganya berubah tapi lada hitam yang bernilai tinggi ini hanya dituai setahun sekali. Korang nak tahu satu tan lada hitam berharga rm22,500, lada putih rm32,000 dan creamy rm40,000 phewww... duduk dalam hutan pun boleh beli Storm. Lada putih lebih mahal kerana prosesnya lebih lama. Merendam aje dan ambil masa 2 minggu kemudian dicuci dan dan dibuang kulit. Daun lada boleh digunakan untuk memberhentikan pendarahan. Duduk kampung semua original tak payah pergi farmasi.

Di sini ada juga program homestay yang telah dimulakan semenjak tahun 2010. Semua urusan booking homestay rumah panjang di Sarawak adalah melalui Sarawak Tourism Board atau melalui anak menantu mereka di bandar. Try lah duduk sini pulak kan, inap desa di tempat kita is too mainstream. Aktiviti di homestay seperti jungle trekking, mandi air terjun, persembahan tarian ngajat dan ikut mak pak angkat ke ladang! Tu yang rare. Untuk yang muslim kena bawa bahan mentah sendiri dan ada tempat memasak khas di sebelah rumah panjang ni yang biasa digunakan oleh jabatan kerajaan seperti KEMAS. Janganlah risau sangat bab tu.

Korset tembaga yang berat. Sangat halus buatannya. Gerenti kurus kalau pakai ni sebab ia tak memeri so kalau ko makan banyak harusss semput dan mesti rasa sakit. Lagi satu secara psikologinya kalau tak nak rasa terseksa dengan korset ni lebih baik cepat cepat kuruskan badan.

Di kampung pendalaman sebegini kebiasaanya mereka menggunakan parabola. Apa barang piring astro, parabola ni boleh tengok sampai tv Macau.

Sempat jugalah aku turun ke sungai di depan rumah panjang ni. Damai je berada di kampung, air sungai pun mengalir tenang. Di Sibu ikan yang paling mahal dan sedap ialah ikan emparau yang banyak terdapat di bahagian ulu sungai Batang Balai, Raja dan Pelagus. Harganya? RM900 sekilo!


Baliklah nak ooiii... mak rindu ni...

Aku balik dari trip Sibu ni dah pandai cakap Kenyah, akek telok ikok maknanya .................................... i love you hahhaha.... itupun jenuh menghafal, tak melokek di ingatan.

Berlawan Bantal di Homestay Sungai Chenaam

Bercuti di homestay seronok juga kalau ada banyak aktiviti yang menarik dan diluar kebiasaan. Kali ni kami dibawa ke inap desa Kampung Sungai Chenaam yang diusahakan oleh Koperasi Homestay Sungai Chenaam Nibong Tebal Berhad. Eh, kampung kawan sekelas aku dulu nih...  nak call tapi tetiba teringat dia pernah kata, "dah takde orang kat kampung, mak ayah aku ada kat belakang masjid". Sungguh la ko berkias kan Syem.

Kampung ini mendapat nama selepas seorang anak nelayan yang masih kecil mengadu kat paknya, "pak, chek nak am (pak, saya nak makan)". Si ayah ni pun dek tak sampai hati membiarkan perut anaknya kosong turunlah ke laut dalam hujan tengkujuh tu.... hikssss. Kawasan perkampungan ni lebih kurang macam felda juga tapi rumahnya agak besar dan nampak kukuh daripada rumah asal felda. Harus kubilang rumah asal sebab kalau hang pi felda la ni huiiii payah amek nak jumpo rumah kayu, banglo batu semuo! Kawan yang dari luar negara bagi komen, katanya kat negara dia ada juga program homestay tapi rumah mereka taklah seteratur dan sebesar yang di sini seperti yang dibuat koperasi kita di sini. Dulu kerajaan Pulau Pinang telah memberikan para peserta kampung ni seorang 8000 kaki tanah untuk dibuat penempatan perggghhh untunglah.... Sekarang rumah generasi kedua aje dah mencecah 70 buah. Tu belum lagi ditambah dengan 100 buah rumah pprt. Memang besar sungguhlah kampung ni.

Kami berenam menjadi anak angkat pakcik Said dan makcik Jamiah. Duduk banglo 5 bilik yang dengan 2 daripadanya siap air-cond. Buat kali ketiganya aku seperaduan dengan Emily, si amoi cantik. Punyalah besar rumah, jenuh cat walk nak sampai ke dapur.




 Bilik hat ni ada bilik ayaq sekali


Kami dibawa ke paya bakau yang ditanam oleh volunteers. Alamak! rasa rendah diri pulak tak menyumbang apa-apa kepada negaraku yang tercinta ini. Ramai betul orang yang terlibat dengan kerja sukarela and i think i should start from now tapi kena difikirkan yang mana satu sesuai dengan jiwa. Macam mana nak tahu ye? err... google.

Sebenarnya ada 50 spesis bakau yang ditanam untuk mengelakkan hakisan tanah/laut. Selain itu ia juga berfungsi sebagai tempat pembiakan hasil laut seperti ikan, kerang, udang dan lain-lain disebabkan oleh plankton yang banyak di situ. Hasil laut tu pulak akan menjadi makanan kita atau hidupan laut yang lain. Selain itu daun tu semua akan menghasilkan oksigen yang sangaaaatttt kita perlukan.



Untuk ekosistem yang baik lebih kurang 10-12 jenis pokok bakau ditanam di sini untuk mengukuhkan tanah. Pokok api-api sahaja ada empat jenis. Korang tahu tak yang buah api-api boleh menggantikan kacang? haaa...chek pun baru ja tau.

Batang pokok api-api selain dijadikan kayu api boleh juga diproses untuk menghasilkan kertas berkualiti tinggi. Kayu yang berusia melebihi 30 tahun pula dieksport untuk dijadikan ubat untuk kecantikan. Negara manalah yang mengimport tu ek? Entah entah kita eksport kayu ke sana, depa proses dan pengusaha kosmetik kat Malaysia ni beli bahan tu semula. Macam cerita air mentah yang dijual ke Singapura tu lah.

Yang bagusnya juga bila ada banyak buah api-api ia kan menjadi makanan monyet so takdelah depa kacau tanaman di kampung because food are aplenty. Diantara fungsi lain hasilan bakau ni ialah buah berus yang boleh dibuah bubur caca manakala daunnya boleh mengubati kulit yang terbakar.

Pokok bakau bebuta beracun tetapi akarnya yang telah ditumbuk boleh dibuat ubat untuk menyembuhkan sakit sendi atau gusi. Buah pokok jeruju pula dapat meningkatkan blood circulation dan menyembuhkan bisul.


Disebelah malamnya ada acara perasmian. Yang paling seronok dah tentulah budak-budak ni...mak bagi keluar malam you, mestilah seronok!

Paling best acara berlawan bantal dokek tengair ni hah. Sayangnya tak ramai yang join sebab tak pandai berenang. Boleh tahan dalam untuk orang yang tingginya 152cm hahahhh... tak berani den. Nampak macam senang tapi bila kaki tak mencecah tanah, tak boleh nak support badan susah jugak ooiii. Lebih lebih lagi bila bantal dah basah, dengan beratnya lenguh tangan nak melibas musuh.

Betapa cantiknya pemandangan



amekkawwww !!

Kemudian diadakan acara menangkap itik hahahaha...lintang pukang itik tu berenang. Handal betullah diorang ni.

Uolls kalau datang dalam group yang melebihi 15 orang bolehlah request untuk program macam ni. Best wehhhh ...

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free