Dolphin in Penang?

Percaya tak? Wajib ko percaya kat aku ndak ndak lagi time cuti sekolah ni. Pulau Pinang bukan hanya ada Lim Guan Eng you know?

Sebelum ni pernah juga dengar ikan lumba lumba terdapat di Rompin, Pahang dan Sarawak. Rupa-rupanya di Pulau Pinang pun ada...sejak 2012 lagi orang dah nampak, aku je yang ketinggalan keretapi (tutup muka-malu). Memula dulu orang nampak berhampiran jambatan kedua tapi mamalia ni bukannya berenang setempat aje... kat kawasan Pulau Aman/Pulau Gedung pun ada.

Salah satu spesis yang ada di Malaysia ialah Long Snouted Spinner Dolphin atau nama sainsnya Stenella Longirostra. Sifat-sifat mamalia ni berdarah panas dan melahirkan anak. Ikan besar ini akan menjaga anaknya dengan berenang berdekatan sehingga mampu berdikari. Mamalia ini juga sangat cergas dan istimewa sampaikan pakaian renang diciptakan seiras kulit ikan lumba lumba kerana geseran dengan air sangat minimum. Owh itu mestilah yang harganya ratusan kalau tak ribu riban. Canggihnya teknologi sehinggakan full suit swimming attire yang dilarang penggunaannya dalam tournament sekarang ni adalah disebabkan keupayaannya membantu perenang untuk berenang macam ikan. Atlet Australia kot yang pakai dulu tu. Sistem sonarnya pulak digunakan di dalam penciptaan kapal selam.

Hah! Tak perlu ke Bali lagi dah nak tengok dolphin, dokek kampung sendiri pun ado. Tetapi, tentulah di setiap tempat ada keistimewaannya yang tertentu.



So sorry, takde gambar yang lebih molek daripada ini sebab tak tahu nak predict mereka akan muncul di  mana. Semua gambar yang aku ambil cuma memperlihatkan bahagian badan dan ekor tang muncung tak dapek.

Dolphin ni selalu berjemaah, main berkumpulan. Tu yang kalau tersangkut dalam jala sekali beberapa ekor. Ikan lumba lumba ni bernafas di permukaan air, kalau dia sentiasa tenggelam contohnya dalam jala, ia akan menemui malaikat maut. Makanan mereka ialah ikan kecil dan sotong.

Kebiasaannya mereka berhijrah disebabkan perubahan suhu air dan sumber makanan. Memang sesuai la ko ke sini ikan, orang kat Malaysia ni sampai kena kencing manis dek banyaknya makanan. Mereka boleh berenang sehingga 70km sejam, biasa muncul sewaktu air pasang, panjangnya 2-4 meter dan boleh melonjakkan badan di permukaan air setinggi 1-2 meter. Hebat kan?

Macam mana nak tengok dolphin ni kak? (ko nak tanya khennn...?)

Pulau Pinang dikelilingi pulau-pulau kecil seperti yang terkenal tu...Pulau Jerejak. Kalau nak ke Pulau Aman boleh naik bot di Jeti Batu Musang. Dari highway PLUS susur keluar ke Bukit Tambun, Pulau Pinang. Dari Stadium Batu Kawan di Seberang Perai ko ikut je signboard arah ke Jeti Batu Musang/Batu Kawan.

Tambang bot ke Pulau Aman cuma RM6 seorang tapi kalau nak meronda keliling pulau Aman dan Pulau Gedung kena sewa bot untuk 12 orang tu dengan kadar RM150 sebot. Speciality Pulau Aman ialah mee udang sedap dan belacan Pulau Aman yang famous tu. Rugi tak cuba.

Jom cuti cuti Malaysia!!







Memandikan Gajah di Kenyir Elephant Village


Selama ni aku hanya tahu Kuala Gandah je ada gajah, rupa-rupanya Terengganu pun takmo kalah. Gajah yang ada dalam hutan tu lainlah... Sebagai negeri yang banyak bergantung kepada pelancongan selain hasil minyak dan gas, kerajaan negeri sentiasa memikirkan produk baru yang berkaitan dengan eco-tourism.

Pelancongan alam ni lebih panjang hayatnya selagi dijaga dan dipromosi dengan baik.  Tengok sajalah Sabah dan Sarawak. Mana ada shopping mall yang terlajak besar (eh?). Mereka tak ada bangunan tertinggi pun….takde akuarium terbesar dan sebagainya tetapi pelancong luar menggelarkan Sabah sebagai The World’s Theme Park. Tak bangga gitu?

Sebenarnya Kenyir Elephant Village ni belum dibuka kepada umum pada waktu kami melawat. Ini adalah projek kerajaan negeri Terengganu yang dimulakan pada tahun 2012 diatas tanah seluas 256 hektar untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri bertuah ni. Dengarnya kamilah orang yang pertama dilihat gajah selain daripada jurulatihnya sebelum dibuka kepada umum pada 9hb Mei 2014. Tu yang anak gajah newborn macam jakun sikit, menonong je langgar orang hehehh…kelam kabut aku lari takut kena sondol. Sekarang ni ada 7 ekor gajah dan bila siap sepenuhnya nanti akan ada 30 ekor. wuiii banyak tu! Tak payahlah tunggu sampai dah ada 30 ekor baru nak pi sana, sekaranglah time cuti sekolah ni.

Aku rasa chief coach yang train the biggest mammal on earth ni orang Thailand, anak-anak buah dia orang kita sebab Thailand ada banyak pengalaman perihal gajah ni. Aku rasa ini satu rahmat sebab masa di Kanchanaburi hari tu frust jugaklah tak dapat ke tempat pertunjukan gajah…aku gi solo jek, tempat tu pulak jauh. Nak berani pun biarlah berpada ye tak?



Group tv dari Chile ni memang dah biasa dengan binatang. Si Alfredo kata dia ada bela macam-macam binatang kat rumah dia. Takde sesiapa pun yang argue kemenangan diorang untuk video terbaik hari tu, hasil kerja professional. Cuba cari Terengganu International Squid Jingging/mencandat sotong Terengganu/vmy2014/sjttg di youtube.

Kalau boleh aku tak nak tengok gajah-gajah ni dirantai. Ko pernah terfikir tak kenapa gajah yang besar di sarkas atau zoo tak lari walaupun rantai di kaki mereka kecik aje? Sebabnya adalah kerana fikiran mereka telah dirantai sejak sekian lama. Dari kecik kakinya di rantai so dia ingat sampai besar bahawa dia tak boleh lari padahal sekali rentap pun boleh putus rantai besi tu.

Macam tulah jugak kita. Jangan biarkan fikiran ‘dirantai’. Nak buat apa-apa pun takut.

Mandi manda bersama ikan di Santuari Kelah @ Tasik Kenyir

Berjumpa lagi!

Masa dapat itinerary tu kan tak sangka pulak ada kawasan ikan kelah yang banyak di Terengganu ni...ingatkan ka Sabah aje ada. Hohohooo…. Ada kenangan pahit manis di sini. Kelakar pun iye. Hanya orang yang mengalami dan menonton je akan faham hahahhaha…. Nanti chek ceghita nooo


Santuari Kelah ini dibuka dari bulan Mac hingga Oktober setiap tahun dan terletak kira-kira 45 minit perjalanan bot dari jeti Pengkalan Gawi. Kenapa dibuka time tu aje ek? Kena angin monsun jugak ke? Kawasan ini telah digazetkan sebagai kawasan perlindungan dan pembiakan ikan kelah supaya is tidak pupus. Aktiviti memancing apalagi mengebom ikan adalah dilarang keras untuk mengekalkan populasi dan habitat asalnya.

Agak mencabar juga nak sampai ke Sungai Petang yang banyak ikan kelah tu. Actually bukan ikan kelah saja yang ada ikan lain juga ada yang namanya wa pu che tau. Ada dua tempat berkumpulnya ikan-ikan ni tapi malangnya aku cuma ke satu tempat je sebab orang yang mengiring kami tu kata sama je dengan yang di sana, kat sini boleh mandi. Dan aku hingga kini penuh penyesalan percaya cakap orang. Selalunya aku tak mau percaya, aku mesti nak pergi jugak. Motif aku mudah percaya kali ni? Isk…

Naik tangga, meniti titi, melalui denai dan batuan baru sampai. Biasalah tu kan, barang baik memang mencabar nak dapatkannya.

Nak sampai ke tempat pertama ni pun aku dah terjatuh sekali. Mujur lutut tak terkena bucu batu, dah sipi sipi dah. Haishh… kalau tak naya la orang yang kena memapah aku. Aku rasa tak sesuai kalau nak bawa anak kecil yang berumur 2 atau 3 tahun kecuali ko sanggup nak dukung  sepanjang masa. Yang berumur 5 tahun pun belum tentu nak berjalan sampai tempat ikan tu tapi apa yang akan dilihat sangatlah berbaloi dengan penat lelah kita tu. Mana-mana resort yang ada di Tasik Kenyir ni ada menyediakan pakej melihat dan mandi manda dengan ikan kelah. Air kat sini arghhh….. best giler!!
Butterfly di sini sangat visitor friendly. Banyak dan cantik! Rasa bertuahnya dan bersyukur sangat  diberi nikmat melihat alam yang indah ni.

Kalau korang dah sampai Tasik Kenyir tapi tak ke sini amatlah rugi. Kepuasan maksima apabila dapat berenang bersama dengan ikan dan menangkapnya tanpa jala. Belungguk dopan mato...osah banyak ea. Paling tidak pun rendam kaki dalam air dan biarkan ikan tu menggigit gigit manja. Alaa...ikan tu takde gigi pun.
 

Pokok karang
 



 wohooooo!!!




Agak mencabar nak ke sini dengan naik tongkangnya…haa ni yang nak bagi tau tu. Masa balik kami ni pi naik beramai-ramai, tak perasan overload. Kesian tau bangla tu kena tarik kitorang tapi ko mungkin tak merasalah naik tongkang special ni sebab lepas ni kena naik jambatan gantung (nampak tak yang sebelah atas which is still under constructions). Bila sampai di tengah sungai tongkang mula senget sebelah sebab tak balance. Kami pun comeh la wehhh…gilo kau… dalam air tu. Tapi masa memula aku tak perasan walaupun rasa kaki basah sebab dok melangut ke atas amik gambar. Kemudian ada yang menjerit lets move over there! Kami pun pi lah sebelah sana pulak, apalagi? Sengetlah pulak sebelah situ. Semua orang panik. Sepatutnya sebahagian jelah yang beralihkan? Berkali-kali kitorang beralih. Aku ni yang tak nak mandi dengan ikan tadi pun terendam sampai pinggang. Basah spender kitorang weh. Dalam pada senget tu sebelah tangan memasing angkat ke langit nak selamatkan kamera hahahh…. Gamaknya memasing fikir biar tuan mati jangan kamera yang mati kikikiii…. Tapi bangla tu relax je...kelakar kot tengok ada yang menangis hahah...

Peserta yang sedang menunggu giliran di belakang terpempanlah tak boleh nak buat apa-apa. Nak tolong tak tahu macamana. Terlopong memasing. Dalam tongkang kami tu ada seorang lifeguard, yang dua lagi dah naik bersama peserta sebelumnya tapi bila kami menjerit yang berdua tu pun kelam kabut berpatah balik. Ada juga seorang peserta yang berenang kearah kami. Tapi lama kelamaan yang masih menunggu giliran kat belakang tu boleh gelak jahat pulak….hampeh tol! Disebabkan terperanjat punya pasal takde seorang pun yang rakam video. Hukaloh rugi betul.

Bila time yang lain pulak naik, tongkang tu lengang je dan orang di dalamnya keras kejang hahaha….baca doa kot kuikuikuiiii… Kita yang nak tenggelam dia pulak yang takut.

 Terengganu.. Negeri Cantik, Budaya Menarik. Banyak lagi yang belum diterokai.

Rainforest World Music Festival is BACK !



 RWMF 2014
 
RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL THE BORNEO MYSTICAL MUSIC ADVENTURE

In June 2014, the city of Kuching will resonate once again with the entrancing sounds of the sape. Yes! the Rainforest World Music Festival is here again and it will not be what it is today without the sape, the boat-shaped lute that has become the symbol of the Rainforest World Music Festival.

Music from the lutongs, jatong utangs and the haunting nose flute, traditional and highly valued gongs from the Bisayah community who come from the North of Sarawak will be heard. Complementing these will be old folk tunes from the different indigenous communities in Sarawak which have been improvised with a contemporary stamp on it but without losing the mystique and simple beauty of the way of life in Borneo. Moving from mystical Borneo to the North-Eastern & Southern regions of Peninsula Malaysia, we will experience a wonderful crafted insight to musical traditions of that region such as the ‘shadow play’ and ‘zapin’ a specific dance style accompanied by the gambus, oud, violin and traditional drums.

From here we move to an award winning band from neighbouring Singapore with traditional Chinese music taken from different regions of China, layered with the mixed cultural heritage of Singapore and coloured with contemporary touches. Then there is music from the Minangkabau people of Sumatra with its mystical Highland music with the influence of the Islamic religion and the more contemporary leanings of the coastal regions.

All these you will hear alongside music from across the globe. – a knock out, spine-tingling band from Mali/Burkino Faso. There will also be new dimensions of meditative music, full of mystic. From Japan, Min'yō, the traditional folk music reflecting everyday life – working songs, religious songs, children songs, songs of birth, death, weddings. From New Zealand, listen to the Taonga pūoro, the traditional instruments of the Maori people which brings echos of Mother Earth and stories from the ancestors. Mysterious Ukrainian folk melodies, witchy voices, compelling percussion and a mix of old and new sounds.– wild and primitive, Jagwa Music with its stories of urban survival, misfortunes of daily life and voodoo. From Spain, music from the txalarparta with lyrics in the mysterious Basque language, gorgeous voices and percussion from France. Then there are songs, dances, rituals and drums from the region of Kerala in South India sung in a dialect from an archaic past.

If you are into foot tapping old-time roots dance music, there will be an award winning band from Prince Edward Island with music that is fresh air, wholesome sunshine and happy smiley dance tunes. Then there is salsa music and a mix of latina vocals, sweet sweet brass and African rhythms which makes sitting down impossible as they bring to Borneo the groove right off the streets of Santiago de Cuba. You will listen to traditional songs of England layered with tongue-in-cheek rock-based energy and dance grooves. The lyrics are, in true British tradition, dead-pan witty and shameless. Then there is tarantella music from Southern Italy - compelling, irresistible and passionate and Celtic music from Wales with elegant dances and mad jigs.

A thousand harmonies seemingly at odds and yet in unison, a world apart but here, one world, together…… a real adventure in Borneo!.

Every year, thousands and thousands of music lovers travel across the globe for that annual pilgrimage to Sarawak on the island of Borneo. The event has found its home in Santubong, a 45 minute drive from Kuching, the capital city of Sarawak. It has once again been voted among the top 25 international festivals for the 5th consecutive year by Songlines, a renowned world music magazine. Nearer home, the festival has been awarded the BrandLaureate Country Branding Award 2012-2013 by the Asia Pacific Brands Foundation for its efforts in bringing the country to the international stage. This annual event, now in its 17th year, is organized by the Sarawak Tourism Board and is a 3 day celebration of music workshops and action-packed stage shows. The event this year will be held from the 20 to 22 June 2014.

Under the imposing shadow of Mount Santubong, and in the midst of a virgin rainforest at the edge of the South China Sea, the Rainforest World Music Festival is a unique festival that brings together on the same stage renowned world musicians from all continents and indigenous musicians from the interiors of the mythical island of Borneo.

The kinship and spirit among music makers and music lovers alike as they celebrate one another in the cradle of Mother Nature is unique to the green haven where thousand-year old trees reign.  An annual communion whose spirit is as timeless as the intricate ecosystem that celebrates the diversity of life. This year, concurrent with workshops, there will be shows beginning in the afternoon at 2 pm in the theatre stage, making it a total of 3 stages throughout the festival days. For festival-goers who wish to interact with the musicians and experience the music and dance of the different cultures up close, the workshops will continue at the same time at various ‘houses’ at the venue.  The nights are five-hour concerts that take place on a main stage and smaller “Tree Stage” that carries on past midnight.

Nighttime concerts are held on a stage built by the lake, under the open sky and in an informal ambiance, sitting on the grass lawns and dancing to entrancing world beats. The festival then culminates in a huge finale on the final night, where all performers are invited to play onstage as one.

Lineup for 2014 has been confirmed. On the Theatre stage in the afternoon, will be Talago Buni from Indonesia, Horomona Horo from New Zealand, Ding Yi Music Company from Singapore, Stephan Micus from Germany, Lan E Tuyang from Sarawak, and Ryuz from Japan.

On the main Jungle stage and Tree stage for the night performance will be  Bisaya Gong Orchestra from Sarawak, Kalakan (Spain), Son Yambu (UK/Cuba), Karinthalakoottam (India), Blackbeard’s Tea Party (England), Dakha Brakha (Ukraine), Yayasan Warisan Johore Zapin Group (Malaysia), Jamie Smith’s Mabon (Wales), Canzoniere Grecanico Salentino (Italy), Nading Rhapsody (Sarawak),  Debademba (Burkina Faso/Ivory Coast/France), Geng Wak Long (Malaysia), La Cor De La Plana (France), Bedok Ensemble (Sarawak), Gordie Mackeeman & his Rhythm Boys (Canada), and Jagwa Music (Tanzania).

The Borneo World Music Expo (BWME) will be again to integrate with the Rainforest World Music Festival (RWMF). After the inauguration last year, the event had shown potential resulting in some of the bands showcased being brought for tours in Europe and the United States. This event will bring together professionals from the international music scene who will converge in Sarawak just before the festival to share ideas. This music expo will integrate a trade fair, musical showcases, conferences, exhibitions and networking sessions which would promote culture and music. It is specifically designed to expose Asian and ethnic musicians to the international music scene. The 2nd Borneo World Music Expo will be held from 16 to 18 June 2014.

Sarawak - The Land of Adventure

Sarawak is a place for history, mystery, romance and exotic adventures, the land of the fabled white Rajahs, the Hornbills and the Orang Utans. Its rainforest houses the world's richest and most diverse ecosystem. The ancient virgin forest is also home to 27 ethnic groups with their own distinct languages, culture and lifestyle. Their ancient cultures may differ but they have one thing in common, their warmth and hospitality.

Arrive in Sarawak and you step into adventure. Opt for a morning stroll in the national park near your hotel, trek through pristine jungle featuring breathtaking landscapes and the world's longest rainforest-canopy walk or spend days exploring the world's most extensive cave system. Visit caves that were inhabited 40,000 years ago, learn how Indian and Chinese merchants traded for Sarawak's exotica centuries before the first Europeans came here, with tales of princes and pirates, of headhunters and explorers. Or simply relax on our beaches on the South China Sea, scuba dive off dramatic reefs or just enjoy a round of golf on one of our excellent courses. Sarawak has something for everyone and all are welcome.

What to expect at the Rainforest World Music Festival

Apart from the music, there will also be a smorgasbord of delectable delights at the Food and Village Mart set against the talismanic Orang Ulu and Iban longhouses which encircle the venue for the whole duration of the festival.  Take back with you a variety of arts and craft, event memorabilia as well as CD and recordings of the performing artistes. There will be a showcase of the culture of Sarawak for you to experience and to bring back wonderful memories.
Music is not all about sound; it is an art-form, and with it comes culture, diversity, creativity, talent, and spellbinding performances.  The Rainforest World Music Festival is a not-to-be-missed occasion in the heart of the Borneo Jungle. This is where people regardless of their ethnicity, cultural backgrounds and music interests come together for three magical days for a fun filled, wholesome festival experience with a country fair atmosphere amidst lush greenery. Come experience a truly memorable musical extravaganza amidst the lush green paradise that is the mythical land of Sarawak.   We bid you, "Selamat Datai"! (Welcome!)
More updates on the Rainforest World Music Festival 2014 are available online at www.rwmf.net.

# # # # # # #
Entry Tickets to RWMF:
PRE-SALE promo ticket offers online or through ticketing agencies as listed at www.rwmf.net until 19 June. After the promo period, regular-priced tickets will be offered at RM130 adult p/day and RM340 3-day pass (above 12 years). Children tickets (3-12 years old) are RM60 p/day and RM160 for a 3-day pass. 
Tips for an enjoyable Rainforest World Music Festival experience:

·         Be there early. There are usually long queues at the gate for tickets or access to the venue due to ticket verification and other security measures.
·         Please do not bring non-permitted items (knives, sharp items) as they will be confiscated
·         No food & drink and animals are allowed to be brought inside the venue.
·         Food, beverage, CDs, souvenirs and crafts will be on sale at the event. All items are sold on CASH Terms except where indicated and there is no ATM machine at the venue so please prepare accordingly.
·         Limited car-parking facilities are available near the festival site. However, to avoid any inconvenience, you are encouraged to catch the shuttle buses which will operate at regular intervals during the event.
·         You can bring your own lawn chairs or mats.
·         Bring along a desire to be at one with nature and a yearning to celebrate and unite with kindred spirits from around the globe.

Photo Download:



Issued by:

Corporate Communications Unit
SARAWAK TOURISM BOARD
T  : +6 082 423600
F  : +6 082 416700
E  : gustino@sarawaktourism.com

Date : May 12, 2014





Taman-Taman di Tasik Kenyir



Lawatan ke Tasik Kenyir adalah satu bonus super best! Dah lama sangat nak ke sini tapi ada-ada saja halangan. Al maklum akak bukan driver…. Jadi susah la sikit nak buat keputusan. Kalau yang naik kapatobang sonanglah, suruh dia amik cuti je….yang lain-lain dari booking hotel, flight tickets, kain baju, itinerary dan segala mak nenek aku yang uruskan. Gila kuasa gituh.

Kami naik bot di Jeti Utama Pengkalan Gawi. Oppsss sebelum tu singgah sebentar di pejabat Ketengah menjengah ikan di akuarium. Pejabat utama Ketengah pulak keseluruhannya diperbuat daripada kayu. Syok la kerja kat sini, atas bukit udara pun bersih.

Sebenarnya sangat banyak tempat yang menarik di Malaysia ni, salah satunya Tasik Kenyir iaitu tasik buatan manusia seluas 38 ekar yang terbesar di Asia Tenggara. Menaiki bot ke pulau-pulau dan resort di sini suatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila. Orang asli pun ada kat sini tapi semua dah berbaju…tak eksotik dah hihihiii.... Selain tinggal resort, kita juga boleh menyewa boat house di sini.

Tasik kenyir dinamakan sempena Sungai Kenyir iaitu salah satu daripada banyak sungai di Terengganu yang menampung air bila Jenagor Dam dibuka. Kawasan hutan dara berbukit yang terdapat di Tasik Kenyir dikatakan berusia berjuta tahun. Dengan siapnya Sultan Mahmud Hydro-electric power station  pada tahun 1985 paras air meningkat menyebabkan gunung dan bukit tenggelam menjadi pulau-pulau kecil. Pernah tengok tak ada satu rancangan tv yang menemuramah bekas orang kampung di situ? Mereka semua dipindahkan ke sebuah kampung tersusun.

Tasik Kenyir adalah syurga bagi pencinta alam yang ingin melihat hidupan air tawar, meredah hutan, mendaki gunung, peminat burung, mengkaji tumbuh-tumbuhan atau sesiapa sahaja yang memerlukan rehat di hujung minggu. Namanya gah dengan air terjun seperti Air Terjun Lasir, Saok dan Tembat, gua misteri, himpunan pulau dan sebagainya.

Kami dibawa ke beberapa buah pulau khas untuk penanaman sesuatu jenis tumbuhan. Ada 340 pulau di sini tetapi bukan semuanya pokok yang ditanam dan berpenghuni. Ada banyak batang pokok yang tercacak di tengah tasik tapi sebenarnya suatu pemandangan yang mengasyikkan. Yang hairannya tu macamana jurumudi bot boleh ingat laluan tu walau di waktu malam.. Kita ni atas jalan raya yag ada signboard pun boleh terlajak. Naik bot memang syiok okay…. Lebih syok bila shoot video letak kamera hampir dengan permukaan air. Bila tengok balik video tu ermm macam best jerrr….macam cun jerrr…

Taman Tropika
Taman ini letaknya 11km daripaga jeti Pengkalan Gawi. Ia dijadikan tempat untuk eko-pelancongan, kajian dan pembangunan berbagai buahan tropika, buahan liar dan buahan eksotik dan spesis buah-buahan yang hampir pupus.

Sesampai je kat sini kami dijamu dengan Jus Ceri Terengganu. Haaa...kena mai Tganu baru dapat merasa. Ada lagi satu yang special, buah magic. Pegawai tu kata lepas kita makan buah ni makanan masam yang masuk dalam mulut kita akan menjadi manis. Aku try sebijik, tak manis pung! Muka aku je yang manis ahakss!


Taman Herba
Terletak di Pulau Sah Kecil yang cuma 10 minit boat ride dari jeti PG menghimpunkan lebih daripada 200 jenis herba tradisional termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Mas Cotek dan lain-lain yang mempunyai nilai perubatan. Sayangnya Amerika dah patenkan Tongkat Ali. Kenapakah kita tak buat dulu?

Taman Orkid
Pokok-pokok orkid ditanam di tiga pulau:

a)      Pulau Belit untuk orkid hybrid
b)      Pulau Hilir Selimbar untuk orkid dari tujuh negara diantaranya Thailand, Laos dan Kemboja
c)       Pulau Hulu Selimbar untuk spesis dari Malaysia

Keseluruhannya terdapat 30,000 jenis tumbuhan di ketiga-tiga pulau ini. Macam mana diorang kira tu ek? 

  Nah, untuk peminat orkid.









Lunch kami disediakan oleh Petang Island Resort. Tonggek pungkok nak sampai atas. Bila dah sampai atas barulah aku nampak ada buggy yang menjemput kat jeti. Cisssss……!

Harus aku datang sini semula. Eh korang, Festival Kenyir dari 29 April sampai 29 Mei 2014 nanti. Moh poie !


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free