Me ke Nepal

One day I went to Nepal. I went alone. I saw many signboards written in Nepali languange.

Saya melihat ada restoran Nepal juga. Kedai menjual beg, kedai runcit, pengiriman wang disediakan khas untuk warga Nepal. Eh, orang menjual sirih pun ada. Patutlah merah merah di lantai. Selain orang Nepal saya juga melihat Bangladesh, Vietnam, Indonesia, Filipina di Nepal ini. Bangsa lain saya tak pasti. Mungkin kalau saya bekerja di Jabatan Imigresen saya lebih mudah mengenalpasti mereka.

Selepas selesai semua kerja saya pun balik ke Seremban.  Selamat tinggal Nepal.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sungguh berasa seperti di Nepal semasa di Foch Avenue.

Bertemu pendekar di Ladang Alam Warisan


Bertemu pendekar di Ladang Alam Warisan | Mesti korang tak sangka lansung akan bertemu sekumpulan manusia yang cuba mengekalkan cara berpakaian orang melayu puluhan atau ratusan tahun yang lalu kan? 


Memikirkan yang kehidupan manusia yang bergerak laju mengejar kemodenan telah mencetuskan ilham kepada seorang anak muda, Encik Akmal Dahalan, untuk mewujudkan satu perkampungan yang mengimbas kembali kehidupan masyarakat Melayu islam suatu masa dahulu. Bertemakan dari alam kepada alam, bertujuan untuk mengingatkan umat melayu tentang asal usul, kekuatan dan jatidiri mereka bertunjangkan agama islam.

Pada mulanya mereka hanya membela ayam. Kemudian idea berkembang dengan memperkenalkan permainan gasing, seterusnya pencak silat. Idea mencurah-curah datangnya tetapi bak kata tuan tanah, tengoklah kalau ada modal tambahan.

 Photo credit: Rahim Rahmad

Macam mana nak ke sini? Sonang yo jang sebab sekarang ni dah ada signboard. Yang pertama ko akan nampak di Kampung Ulu Bendul, yang kedua dekat simpang nak ke tempat ni. Dari Seremban nak ke Seri Menanti ada 2 simpang. Yang pertama ko akan jumpa yang bertentangan dengan Restoran Warisan (di sebelah kiri) dan ada pintu gerbang di sebelah kanan. Jangan ikut situ, kalau tak biasa kok sosek baghek. Jalan lagi ke depan arah Kuala Pilah ada simpang ke Kampung Tengah. Perjalanan sekitar 25 minit dari Seremban.

Once you dah masuk simpang tu perhatikan jalan/lorong ke Masjid Kampung Tengah. Masuk kat situ. Aku pun tak sangka ada tempat yang awesome di kampung aku sendiri. Nasib baiklah Tourism Negeri Sembilan memperkenalkannya. Tu lahkan asyik pergi tempat orang je... permata di belakang rumah sendiri pun tak nampak.

Belum nampak ladangnya lagi dah berkata dalam hati bestnya tempat ni. Jiwa kekampungan aku memanglah suka kawasan hijau. Eco-tourism sesuai dengan jiwa walaupun suka juga kota kosmopolitan tu. Kedua-duanya ada tarikan tersendiri. Kat bandar ada lrt kek kampung den ni bas pun tak ado weii.... Bas persiaran aje keluar masuk.

Best gilerrrr !

Bunga apakah ini? Wangi baunya

Balairong alam warisan. Aktiviti bermain gasing, bersilat dilakukan di sini tapi kali ini ada pelamin untuk dua pasang pengantin. Of course tradisional sepenuhnya.

The archer's house, the discussion place

Pagi tu selain gubahan hantaran dibuat juga pertandingan lukisan kanak-kanak. Wahhh adik tu.... aku pun masih simpan lagi baju kebaya songket warna merah macam tu. Ahkak dedulu masa besar adik tu masuk pertandingan ratu kebaya nak habaq hang ...
Cuba tengok, apa yang dilukis itulah gambaran yang ada di dalam kepalanya tentang Ladang Alam Warisan

Yang rare ...

Beburung ni macam duduk dalam chalet, kemas bersih dan tersusun.



Tak pernah ku jumpa wehh

Yang ini lagi rare!

Di sebelah petang diadakan acara sukaneka dan sukan rakyat termasuk pertunjukan memanah berkuda. Yang mencabar, memacakkan bendera di tiang. Hebat betul diorang nih ... boleh dipanjatnya tiang lurus tinggi tu. Paling seronok pertandingan bolasepak dan tarik tali. Emo akak tu team dia kalah kwangkwangkwang...

Cehhh! guna pemain import!

Buaian ini dibina mengadap ladang lembu, kambing, ostrich 

Buai tinggi tinggi
Sampai cucur atap
 Belum tumbuh gigi
Dah pandai baca kitab

Begitulah indahnya pantun/gurindam orang lama, tak payah guna keyboard pun nak menciptaya, sekadar berdasarkan observation dan doa

Built in rostrum, kalau buat program senang nak bagi taklimat. Macam orang dulu-dulu dalam filem Hang Tuah kat tv tuuuu mana ada mikrofon bagai.

Keluasan sebenar ladang ni adalah 21 ekar. Sekarang ia berada di stage 3, once completed in stage 4 akan ada sawah padi nun di depan sana.

Hari tu aku plan nak meronda dari hujung ke hujung tapi tak larat sebab panas berbahang masa tu. Tak berhenti badan ni berpeluh. Tak mengapalah, lain kali aje. InshaAllah aku akan bawa geng bas sekolah ke sini on our way balik kampung nanti.... maybe in fortnight. Ladang ni open to all, anytime. Cuma kalau kita nak buat program kenalah berurusan dengan tuan tanah.

 En Akmal sedang memberikan taklimat tentang Alam Warisan kepada pelajar asing

Ini bunga durian. Kalau korang plan nak camping kat sini ko agak-agak la time durian gugur hehehe ... barulah 2 in 1

 Tahu tak buah apa ni? Ini adalah belimbing buluh yang mana sekiranya dicampurkan ke dalam masak lemak daging salai atau ikan sembilang salai perggghhhh.... tak tekato an doh sodap ea

Payung. Memula aku ingatkan jus buah

Camp site. Masa kami datang tu ada 1 kumpulan yang dah seminggu berkhemah di sini. Di sebelah belakang sana ada anak sungai. Ada cadangan untuk membina chalet tapi kata En Akmal buat masa ni beliau berpendapat chalet tak bersesuaian dengan konsep ladang. Mungkin di masa akan datang?

Tak boleh tahan brother JPAM nih, nak merasa melambung bola jugak. Seronok tau tengok semua ahli keluarga pemilik, staf dan volunteer memakai pakaian melayu lama.

 Main bola pun dengan kain pelikat. Bebudak ni main bola tak agak-agak... macamkan lawan Team Malaysia. Tak kesian lansung kat orang tua.

 Lawan budak darjah 5 pun kalah ke bang? adehhhhh

 Pinggan mangkuk bermotif lama

ala ala tomeyyy

Acara memanjat dah selesai... akak sibuk ke lainlah tadi

Para penari dari Riau, Indonesia. Kita kan serumpun.

hahaahha..... photographer terpaksa adjust ketinggian diri

Yang duduk sekitar Seremban/Kuala Pilah bolehlah hantar anak belajar memanah dan berkuda di sini. Di Ladang Alam Warisan kita akan diajar cara memanah tradisional.Yang diajar di sekolah tu biasanya untuk acara sukan. Mana-mana pun baik sebenarnya. Mengikut catatan sejarah, seorang pemanah berkuda Muslim ketika zaman pertengahan perlu melepaskan 3 sehingga 5 anak panah ketika menunggang dengan kelajuan maksimum. Jarak memanah pula adalah antara 5 hingga 30 meter dari musuh.

Rasulullah pun ada menyuruh kita mengajar anak berenang, memanah dan menunggang kuda. Kesemua latihan ini untuk melatih kita fokuskan mata, tenaga dan otak serta kesabaran dan skil dalam mengendalikan binatang.  Kalau binatang yang tak berakal kita mampu kawal, skill itu juga kita boleh apply kepada manusia.
 
Berenang begheh doh 4 orang, tinggal 2 aktiviti ni je lagi. InshaAllah akan hantar anak-anak belajar menunggang kuda di sini bila tiba masanya. Untuk memanah pulak, aku nak hantar depa belajar kat orang lain dulu sebelum further di sini. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami sekeluarga. Nak belajar perlukan duit dik, doakan kami murah rezeki dan masa ya friends. Kami juga sentiasa mendoakan orang yang berbuat baik kepada kami.


 
Yang akan mengajar menunggang kuda ni Romanian. Tak tahulah kita akan bercakap omputeh ko... nismilan ko ... cakap bahaso dio. Bagus jugak kalau bercakap bahasa dia, 2 in 1, bayar 1 percuma 1. Bahasa bukan masalah utamalah. Ko tengok pemain bola dunia tu sesetengahnya bukan boleh berbahasa Inggeris pun tapi faham je apa coach dia cakap.



Kumpulan Dendang Anak yang superbbbb ! Sangat hebat liriknya, muziknya. Kali ni digabungkan kumpulan KL dan Riau. Aku ada rakam nyanyian depa nih tapi kalau korang nak tengok segera boleh cari di youtube. Kepada yang berminat untuk menjemput mereka menyerikan majlis bolehlah berhubung dengan Encik Ahmad Zaini Mohd Mokhtar di gieeka@dendanganak.com. Alamat mereka di Desa Pandan, KL.


 Jaafar Onn sebagai pengacara majlis. Alif ba ta. Back to basic.

 
 Ya Allah sodap amek peganan cair ni. Orang dulu-dulu kalau nak test merasa dodol cair ni tak perlukan sudu, just guna daun kelapa. Masa cair gini ramailah yang menolong tapi bila dah pekat dan liat hmmm... tinggal yang gagah perkasa je lah. Kekadang terpaksa mak mak menggagahkan diri sebab yang lain dah mengaku kalah.

Pelamin tradisional untuk dua pasang pengantin keesokan harinya. Siap ada joget lambak lagi, Waris penyayi Rembau Most Wanted dan Gadis Jelebu pun ado!

Okay kawan-kawan, pegawai-pegawai kerajaan, cikgu cikgi semua lepas ni bolehlah bawa kaum kerabat, staffs, anak murid mai sini pulak ye.

Meh aku bagi alamat Ladang Alam Warisan ni:

Jalan Masjid, Kampung Tengah
Seri Menanti
71550 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Tel/faks: +603 88931116 
Koordinat N: 2.778076, W: 101.804338

Nak bercakap dengan siapa?
Izham 013 7471647
Nasrul 019 3885763
Ina      019 9710644
Imran  019 9810644

www.ladangalamwarisan.my
fb: www.facebook.com/ladangalamwarisan






Ingin membeli rumah di Seremban?

Sekarang ni ramai golongan muda dah mempunyai kesedaran tentang perlunya membeli rumah di kala masih aktif bekerja. Terima kasih kepada sistem hebahan yang meluas melalui akhbar, seminar dan internet.

Tapi ...... kalau dilihat harga rumah di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang ko rasa mampu ke nak membayarnya kalau starting salary rm2,000 sebulan? Flat yang sekangkang kucing di Setapak yang dulunya <20k bandar="" berkemampuan="" br="" dah="" dalam="" di="" diberi="" dikatakan="" johor="" laaaaa....="" malaysia="" mati="" melayu="" membeli="" miskin="" orang="" paling="" price="" pun="" rm130k="" rumah="" sampai="" sebab="" tag="" tidak="" utama.="">

Well.... walau macam mana pun sesaknya kita to make ends meet, usahakanlah membeli rumah sebab kita bekerja pertamanya untuk makan. Kedua, kediaman. Harga rokok sekarang RM12 sekotak, kenapa ko nak hisap jugakkkkk?? Lepuk kang... Pendatang dari seberang pun boleh beli tanah dan buat banglo lagi tau!

Kerajaan Negeri Sembilan memang menggalakkan orang-orang yang bekerja di Kuala Lumpur untuk membeli hartanah di Seremban. Dok Somban kojo KL. Bas SKS-KL tu 120 kali sehari berulang alik ke KL. Ada yang direct ke Damansara, Jalan Semarak, KLCC selain yang pick-up di Puduraya dan Central Market. Dedulu kalau aku nak balik Seremban hari Sabtu aku akan tunggu di bangunan MARA yang sebelah Pertama Complex tu. Kalau tak jem sejam dah sampai. Komuter pun ado tapi mak aihhh lombap la pulak sejam setengah baru sampai bukannya ada traffic jam pun.

Banyak taman perumahan baru di Seremban ni. Diantaranya yang aku ingatlah kan Seremban 2 dan sekitarnya, Seremban 3, Taman Bandar Senawang, Sendayan, area Gadong, dan Sikamat. Kalau nak kat Nilai/Labu pun ada.

Highway Lekas merentasi kawasan Sikamat. Taman Bandar Senawang bandar terancang dan tak berapa jauh dari tol Senawang tapi of course ko kena keluar sebelum bebudak sekolah merajai jalan raya. Dari segi harga rumah-rumah di sini masih lagi murah berbanding KL. Rumah 2 tingkat di sini sekarang dijual sekitar 400k berbanding KL dah sampai 700k. Murah-murah pun kalau nak beli rumah yang berharga 400k tu income pun kena banyaklah juga...... dan bayaran bulanannya ko faham sendirilah. Laku je rumah-rumah kat sini aku tengok, kaya kaya belaka orang sekarang gamaknya. Tu yang buat aku rendah diri tu.

Yang buat akak terperanjat sangat bila menerima pamplet di bawah nih..... maju dah Seremban dik, rumah setingkat pun dah 325k! Sebesar rumah yang aku duduk ni je pun. Apalah nasib anak-anak aku 10 tahun lagi ...... kena ke atas langitlah agaknya aku nanti kalau nak ziarah deme.




Berkawad di Bandar Tentera Darat Port Dickson

Kiriiiii kiri kanan kiriiiiii..... Kiriiiii kiri kanan kiriiiiii.....

Begitulah bunyinya bebudak berlatih kawad di sekolah. Kali ni aku sempatlah menonton sekejap graduate latihan ketenteraan di Bandar Tentera Darat, Port Dickson tapi takde pulak dengar macam tu. Sayup-sayup aje suara orang menjerit memberi arahan.

Seramai 2,415 Perajurit Muda (2,249 Lelaki dan 166 Wanita) berjaya menamatkan Latihan Asas Perajurit Muda setelah 6 bulan mengharungi cabaran latihan yang bermula pada 2 September 2013 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Aku pernah solat maghrib di masjid kem ni kira-kira 2 tahun lepas. Kebetulan masa tu perajurit wanita pun ada. Muka diorang..... mak aiiii punyalah coklat! Yang bertudung tu bulattttt aje bentuknya kat muka hehehheh.... tapi cuba ko tengok beberapa bulan selepas tamat latihan, terserlah wajah Kak Ton mereka. Bab rambut tu tak dapeklah nak ditolong dah nama pun askar.

6 bulan latihan hmmm... ko rasa lama tak? Teringat perbualan aku dengan polis yang meronda ke bank tempat aku bekerja dulu.

Aku : Encik nampak muda lagi... baru kerja ke?
Polis : Ye kak
Aku : Berapa lama kena berkursus nak jadi polis ni?
Polis : 6 bulan kak
Aku : Owhhh kejap je la ek?
Polis : Kejap kak? Saya rasa macam 6 tahun!

Memang patut pun rasa macam 6 tahun sebab pukul 4 pagi dah bangun.











Askar dan bekas askar ni punyalah bangga dengan uniform dio sampaikan seluar tu dah bekapang dek tesimpan lamo pun tak maun de doh bawak motong, tapi kita ni yang tak tahu hujung pangkal sejarahnya suka suki je buat t-shirt ketatlah, seluar pendek lah dan kain belah sampai punggunglah hmmmm.... Aku belum pernah jumpa baju kurung celoreng je lagi.

Muzium tentera darat juga terletak di sekitar kawasan ini. Aku belum pernah masuk lagi tapi anak-anak kalau dia nak ikut rombongan sekolah kami setuju aje. Biarlah mereka tengok sejarah dan rutin hidup tentera ni di sana, aku dah menghadapinya real life. Best tau duduk kat kem dulu. Askar kita ni jauh lebih baik kehidupannya daripada yang di Cambodia tu. Tentera macam satu kerajaan yang lain di dalam sesebuah negara. Mereka ada sekolah, hospital, klinik, kedai, pinjaman perumahan, pencen, universiti dan lain-lain.

Kalau nak ke Muzium Tentera, ko jangan lajak drive sampai ke roundabout tu pulak. Ada simpang ke kanan sebelum tu. Jaraknya dari Seremban cuma 25 minit pemanduan dengan kadar tol RM3.20 sekali lalu. Dari muzium ni nak ke pantai atau pasar malam hari Sabtu tak jauh mana. Kiranya kalau di luar negara aku akan berjalan kaki sahajalah tetapi disebabkan i'm blessed with a car di tanah tumpah darahku, jadi aku drive-lah.

Dulu kan, ada pakej bermalam di berek dan mengikuti aktiviti kem tapi sekarang dah dihentikan. Ada pihak lain ambil alih kununnya nak diperbaiki dan ditambah niliai tapi entah bilalah hendak dibuat kemunculan semula. Aku rasa ia satu program yang sangat bagus, bukan semua orang dibenarkan masuk ke dalam kem dan tak semua yang sangat berkeinginan menjadi askar diberi peluang. Agaknya kalau kena bangun pukul 4 pagi dan buat semua latihan macam pelatih perajurit buat tu mau pukul 8 malam dah pengsan aku ni. Takdo dah nak update blog pukul 1 pagi.

Sekiranya ada banyak persoalan tentang tentera ni contohnya macam mana kelayakan nak jadi pegawai tentera.... atau macamana pemilihan pegawai kadet ke UPNM ke .... boleh refer http://army.mod.gov.my/ .

Kalau berminatkan abang sojar ekau poi yo lah kek PD tu, hari-hari ado. Cari yang muda-mudalah, yang boroi mungkin laki orang :-)





Malaysia Tourism and Information Centre, Kuala Lumpur (MATIC)

Selalunya aku bercerita tentang tempat-tempat pelancongan aje kan but this time around nak story morry tentang tempat untuk mendapat informasi yang tepat regarding Malaysia tourism. Sudah semestinyalah Tourism Malaysia yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

How to get there?
Sonang amek. Kalau naik kereta dari arah Ampang kena lalu Jalan Ampang lah melepasi KLCC. Bila nampak Saloma Bistro maknanya dah sampailah tu. Boleh parking di Cocoa Boutique di sebelahnya. Di depan MATIC ni letaknya Renaissance and Maya Hotel.

Kalau naik LRT boleh turun di stesen Dang Wangi. Keluar dari situ jalan ke kiri sampai jumpa monorel Bukit Nenas, melintas jalan dan berjalan ke kiri lagi dalam 5 minit. In total ko kena exercise kaki dalam 10 minit sahaja. Alternatif lain, boleh turun di stesen KLCC tapi aku rasa Dang Wangi lebih dekat.


Di sini kita boleh mendapat berbagai informasi mengenai pelancongan di Malaysia. Selain daripada tu terdapat juga mini amphiteathre, auditorium, kedai menjual cenderamata, money changer, travel agent, ATM dan kafe.

Di depan premis ini juga adalah salah satu tempat untuk menaiki bas Hop On Hop Off.

Gambar di atas ni aku shoot dengan kamera kompak Samsung DV150 jek. Sekarang dah malas nak mengusung dslr ke sana sini kalau tak berapa perlu. Yang lebih penting adalah orang di belakang kamera tu betul tak? Guna kamera murah pun keluar gak gambar ni dalam MHI (kepoh betul hihihiii .... jakun jap). Selain faktor keselamatan, beratnya dan kekadang susah gak time berurusan di toilet. Kalau yang moden dan bersih berkilat macam toilet Matic ni takpe juga.

Selain toilet di Matic, toilet lain yang bersih yang aku pernah tinggalkan kenangan ialah di pejabat Tourism Malaysia Sabah di Kota Kinabalu, siap ada orkid dua kuntum lagi atas tangki airnya. Kelas gittewww!


Inilah cocoa boutique. Masa aku sampai tu penuh dengan tourist dari Chennai/Tiruchapalli/sewaktu dengannya. Aktiviti wajib kot kalau kita ambil pakej dari local travel agents. Maybe requirement dari pihak kerajaan. Begitulah juga kalau kita ambil pakej pelancongan di luar negara...wajib singgah di kedai-kedai gomen dan kedai ekslusif. Pakej aku je tak buat macam tu unless ada yang request. Tak koser mokcik.

Saloma Bistro ni best. Selain lokasinya yang sangat strategik, nilai nostalgianya tak boleh diketepikan. Bangunan asal MATIC dan yang ini dibina pada tahun 1935 masih utuh sehingga ke hari ini. Banyak gambar seniman dan seniwati diabadikan di dinding bangunan ini sampaikan terpacul dari mulut fuiiyooo... seksinya dia masa muda! Ruang terbuka yang berangin membuatkan ko tak sedar dah duduk berejam kat situ padahal minum kopi secawan je.

Moh la jalan-jalan mencari informasi di sini. Aku pun akan membawa Gang Bas Sekolah tak lama lagi sambil menyusur menyinggah ke beberapa tempat di sepanjang jalan tu.

Kasut kasut kasut di Malaysia International Shoe Festival

Banyak usaha yang gomen dan pihak swasta buat untuk menarik pelancong ke Malaysia antaranya dengan mengadakan jualan murah dan pelbagai festival. Berjaya jugaklah usaha depa tu kan sampai Malaysia menjadi negara keempat yang terbaik untuk shopping.

Aku ingat lagi masa Dr Ng Yen Yen merasmikan salah satu Malaysian Shoe Festival, tergedik-gedik sangat nak pergi menyibuk sekali. Tapi bila memikirkan lautan manusia tak pernah aku menjengah festival tu atau yang sewaktu dengannya.... dok kat rumah lagi baik. Tapi kali ni kena pulak timing-nya time aku menghantar anak balik ke asrama, so apalagi? sambil menyelam minum airlah kita.

Masa aku sampai tu sekitar 10.30 pagi masih awal, lengang aje. Aku ingatkan melautlah luasnya macam pesta buku...nan hado. Nawaitu memang nak membeli sama ada Hush Puppies atau Lewre tapi takdo lah pulak kak..... Aku memang suka HP sebab selesa dan tahan lama. Pernah dulu time muda remaja aku dengan kawan pergi jualan gudang kat Subang Jaya. Ramainya manusia..... Jangan haraplah nak beratur memasingkan? Berasak-asak sebab nak kasut murah dan berkualiti. Itulah jualan murah kasut yang paling best aku pernah pergi. So aku gambarkan sebegitulah keadaannya.

  Twin tower of selipar


Yang di bawah ni konsep out of the box. Memang kreatif tapi sumpah aku takkan pakai, sesuai untuk Lady Gaga nampak gayanya ni. Sorry designer, aku lupa nak shoot nama korang. Most of it designed by students.


 Paling aku berkenan kasut Nelissa Hilman. Semua kasut dia aku berkenan selain Tiamo.

Yang paling gah being displayed tak lain tak bukan our Jimmy Choo. Dipamer dalam kotak kaca siap dengan chandelier lagi. Ingat lagi masa kat London dulu, ada satu charity shop tu jual second hand item yang kebanyakannya designer stuff. Sepasang kasut Jimmy Choo dijual dengan harga 100gbp which is rm600 masa tu. Jauh murah berbanding yang baru tapi ............. bukan standard acik tu doh. Mokcik standard jualan murah kat Jusco jek.


Bling bling by Zang Toi. Menggunakan swarovski crystal, jangan ko heran dengan harganya. Dah berzaman tak pakai high heels wehhhh masih mampukan tumit tinggi itu menampung berat aku?Sekarang ni aku pakai yang senang dibawa berlari aje.
Aku tapau 2 pasang leather shoes, jadi ler.... dah lama kasut tak berganti

To be frank, aku rasa belum sesuai je dinamakan festival. Sport shoes maker macam Adidas, Nike, Reebok takde (kecewa). Dah namanya festival sepatutnya berjalan sampai nak pengsan, sampai mengeluh huiii tak laratlah! Tak gittewww? Aku 2 jam je dah selesai di sini. Tahun depan kena ada lebih banyak booth and brands supaya lebih terasa kemeriahannya tapi booth tempat aku beli kasut ni memang meriah sungguh!


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free