NS meriah minggu ini!

Tags
Assalamualaikum.

Dah plan nak kemana-mana minggu ni? haaaa.... kek Nismilan minggu ni kemain highuk pinguk doh  dek pelbagai program bermula hari ini. Moh la poiiieee.... duduk kat rumah pun nak buat apa? Kesian anak-anak, bawalah mereka berjalan-jalan. Dahlah sekolah dari pagi hingga ke petang, it's worth it if we spend quality time with them. Marilah kita mencipta kenangan bersama mereka....


International Sand Challenge 2014 di Port Dickson
Lokasi : Pantai Cahaya
Tarikh : 28 Feb - 2 Mac 2014
Port Dickson akan bergegar dengan acara hebat yang memasuki edisi ketiga bermula hari ini hingga 2 Mac 2014. Acara ini juga mendapat penyertaan daripada peserta luar negara seperti Thailand, India, Singapura dan Brunei.

Dalam pada itu, acara ini buat julung kalinya diadakan di tepi pantai dan merupakan keunikan dalam penganjuran acara Port Dickdon International Sand Challenge 2014. Kali ini ia akan disertai oleh 400 buah kenderaan pacuan empat roda daripada pelbagai kelab di seluruh negara, 400 tu beb! Naik 200 daripada yang diadakan pada tahun 2012. wahhh mesti best tu!

Dalam pada itu, acara ini akan diserikan lagi dengan pelbagai acara lasak yang lain seperti PD 4x4 Challenge, PD Night Challenge, ATV, pameran Kelab Radio Amatur, Jualan Barangan Pacuan Empat Roda dan pameran daripada agensi Kerajaan serta pihak swasta.

This is an ENDURANCE EVENT and does not offer you the usual 4x4 challenges like jungle bashing, river crossing, rock climbing or getting stuck in deep mud up to your nose. Competitors are given 8 hours to complete about 20 special stages. Kat mana lagi orang biasa biasa macam kita ni nak tengok Sand Challenge nih.... paling dekat pun kat Dubai atau Rajashtan. Tambang kapal terbang je pun dah dekat 5000 hengget, hotel lagi.... Dubai tu dik.

Pertandingan akan dimulakan di Pantai Cahaya selepas perarakan di bandar Port Dickson.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Tun hairudin Abu Bakar (tiga dari kiri) menunjukkan piala yang bakal dimenangi.


Sambutan Hari Tentera Darat ke 81
Lokasi : PUSASDA dan Pantai Saujana
Tarikh : 1 - 2 Mac 2014

Yang ini pun best gak. Sila cari lokasi PUSASDA di google map :-)


Tempatan Fest 5.0
Lokasi : Kompleks Belia dan Sukan Paroi
Tarikh : 1 - 2 Mac 2014


Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2014
Lokasi : Bekas Tapak Kem Paroi
Tarikh : 28 Feb - 2 Mac 2014
Jom boli pokok!

 

Cerita banyak pun takde makna, moh kito poiiii...!!

Labu sayong

Tags
 Assalamualaikum.

Hari tu kan masa kami di Kuala Kangsar sempatlah singgah sekejap di tempat pembuatan labu sayong. Aku memang pernah melihat proses pembuatan pasu Sarawak tapi the rest of us terutamanya yang berasal dari luar negara tu mungkin tak pernah. Kami singgah di sebuah rumah yang bertentangan dengan Homestay Mr Os.

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal Tuk Kaluk,- ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.  

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. (sumber: google)

Antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar adalah di Padang Rengas.
Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai cara-cara pembuatan yang mempunyai tiga teknik. Namun sekarang ramai yang menggunakan teknik acuan kerana is lebih pantas dan tidak memerlukan ramai pekerja.


Nak tahu proses pembuatan sesebuah labu sayong?

Mula-mula tanah yang sesuai iaitu tanah biasa,tanah pasir dan tanah liat perlu diambil. I bet sekarang ni some of these producers beli je kat kedai. Kemudian tanah ini dijemur di bawah terik matahari selama dua ke tiga hari untuk mengeringkannya. Bila dah kering kena tumbuk pula sebelum diayak untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur. Bila dah diayak, bahan tanah liat ni akan menjadi halus macam tepung. Alaaa.... macam buat kek jugak, kena ayak dulu. Kalau nak kek lagi halus dan gebu ayak dua tiga kali.

Lepas tu barulah kita mulakan proses membancuh yang mana tanah dan air dicampur. Sukatannya kena betul, kalau tak karang melepek tak boleh dibentuk. Takpun jadi keras sangat. Kemudian diuli untuk membuang angin. Sama je macam buat donat. eh tetiba ....


Kemudian labu-labu ini dibentuk. Proses ini adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Skil yang hebat diperlukan di sini untuk menghasilkan labu yang unik. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas mesin yang berpusing. Lingkaran tanah dipicit untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.


 Penggunaan acuan untuk untuk mempercepatka proses dan standardize bentuk dan saiznya.



Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.



Proses membakar ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan. (sumber)

Siap untul dijual!
Labu sayong yang dijual di sini lebih murah sebab ia belum sampai kepada orang tengah lagi.

Begitulah prosesnya ......... macam susah yo kan? Apa kata kita beli aje? kikikikii....



Strawberry garden in Genting Highlands

Tags
Selepas enjoy di Transformer Expo hari tu, kami singgah ke ladang konsep Genting Strawberry Leisure Farm. Pengusaha ladang ini menawarkan pengalaman melawat dan makan free buah strawberry. Kalaulah manis macam ciku haishhhh -iyolah..den orang kampung ..
  
Semasa kami sampai tu buah strawberry tu taklah banyak di setiap pokok mungkin dah dipetik. Kami sampai pun dah petang tapi dibenarkan petik sendiri yang mana berkenan tu yang bagusnya. Kalau nak rasa yang agak manis kenalah pilih yang masak ranum, merah terang warnanya. Buah ni boleh dicampurkan ke dalam hidangan salad, dibuat jus, ais krim, jem atau dikeringkan. Yang kering tu memang sedap, rasanya masam manis.




Strawberry bukan sahaja sedap tapi berkhasiat.  Strawberries tinggi khasiat vitamin C selain bertindak sebagai anti oksida yang dikatakan boleh mencegah kanser. Selain daripada tu ia juga kaya dengan vitamin k, potassium dan lain-lain.

Yang ini versi Valentine's Day. Nasiblah korang yang nak celebrate sangat tu, harga bunga ros dan strawberry akan naik berganda daripada harga kangkung.

Selain daripada tu terdapat juga ladang lavender di sini. Sayangnya kawasan bunga dipagar... kalau tak, bolehlah aku ber-selfie di sini sambil propa makan angin di Holland hahah...

ishhh...geram !

Kalau lebah menghisap madu sahaja kenapa pulak kita tak boleh makan lebah? cer jawab..

Selepas puas melawat kawasan ladang ibarat pegawai FAMA kami pun mengisi perut di kafe. Hampir kesemuanya makanan dan minumannya berkaitan dengan stroberi. Sedap juga air stroberi tu... fresh dan pekat macam yang dijual di Indonesia. Selain daripada tu ada juga disediakan servis berfoto dengan ular sawa dan burung kakak tua. Berani bergambar sambil dililit ular? I? kirim salam yolah. Kalau diupah pun tak hingin.

Selain itu ada juga sayuran yang ditanam di sini seperti kobis dan cendawan. Mestilah ada yang kita beli dan bawak balik kannnn.... takkan tak membeli lansung.

Semasa kita nak keluar dari ladang ni kita akan melalui kawasan membeli-belah sayuran dan souvenir. Ada yang jual baju, getah rambut, fridge magnet, lukisan potret, jeruk dan sebagainya. Harga souvenir pastilah lebih rendah dari yang di resort kat atas nun. Ofkoslah kan?

Di mana lokasinya?

1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, Genting Highlands.


30th Anniversary Transformers Expo Malaysia 2014

Tags
Ada peminat Transformers takkkk??

Bermula dari 31 Januari hingga 16 Februari 2014 diadakan ekspo Transformers di Arena of Stars, Resort World Genting. Still got time babeh.

Ekspo ini dianjurkan oleh Target Exposition Sdn Bhd dengan kerjasama Hasbro, Inc., Resorts World Genting dan disokong oleh Tourism Malaysia sempena Visit Malaysia Year 2014.

Kepada peminat tegar jangan lepaskan peluang ini...tinggal 4 hari sahaja lagi untuk bergambar dengan Optimus Prime dan Bumblebee yang tingginya 23 kaki. Tu belum lagi permainan interaktif untuk kanak-kanak, bergambar dengan transformers yang boleh bergerak di indoor theme park, mengetahui sejarah transformers semenjak 1984 lagi, pengalaman di 3D Tunnel, menonton movie 3D dan membeli-belah barangan transformers. oiiii... banyaknyaaa ! Kalau ada terlepas mana-mana koleksi bolehlah cari di sini.


These collections are from a single collector only. Ini baru peminat sebenar. Ada beribu lagi yang dipamerkan daripada beberapa orang fans transformers. Di ruang pameran ni anda akan dilayan oleh beberapa collector barangan transformers sendiri.






bapak besau! Nampak tak skrin putih kat belakang tu? Bila kita bergambar di sini, dalam gambar yang dicetak nanti akan ada karakter trasformer sekali sebab dipasang sensor di lantai tu.


hah! tangan dia terkeluar


Jom ! jommm!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free