Sunset in Kota Kinabalu



Satu pemandangan yang sungguh indah.








Pasar Filipina penamat lawatan




Selepas keluar dari homestay kami naik ke sebuah kelab golf untuk bergambar dan kemudian ke tanah tinggi di seberang jalan pula. Inilah kali pertama kami ke sana, nak tahu juga bagaimana pemandangan Gunung Kinabalu dari resort tersebut.


Terdapat sebuah resort yang besar di sini, Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa. Dari sini ketinggiannya kelihatan sama dengan Gunūng Kinabalu tetapi agak jauh kedudukannya. Kiranya kalau kita mengambil gambar tak puas hatilah, kocik bona gunung tu. Jika ada rezeki lain kali kami tetap akan bermalam di Mesilou. Aku dah survey homestay yang lebih tinggi, biar lebih sejuk sampai berasap mulut hahaa... Nak ber-winter sonata belum mampu.

 Seorang pekerja ladang sedang memunggah hasil pertanian untuk diniagakan di Pasar Kundasang

Kelab Golf di Mesilou. Subhanallah.


Pemandangan dari Homestay Bensin. Kami buat photo stop di sini setelah turun dari Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa

Hantu kom kom pun ada dalam van aku ni hahahaa….macam macam hal budak-budak ni. Gambar riang ria tidaklah bermakna semuanya terlalu mudah. Ada juga masa suara menjadi tinggi, ada maso jari bergarit nak mengotip hahaa...soba jo lah den.

Dalam perjalanan turun singgah sebentar di Pasar Nabalu membeli cenderahati untuk anak buah gegirl yang seorang.

Kami singgah solat di Masjid Likas.Cantik masjid ni.


 Di pintu masuk

 
 Di ruang tengah. Mungkin waktu solat Jumaat dan Hari Raya ruang ini turut penuh

 Ruang solat utama. 

Sakit pulak mata aku bila melihat pelancong mengambil gambar sambil terkinja-kinja dan berpeluk di dalam rumah Allah ni. Aku rasa setiap tour guide atau tour leader patut memberitahu adab etika ketika berada di rumah ibadat orang lain. Yang lebih malangnya semua mata hanya melihat dengan perasaan jengkel tanpa mampu menegur (termasuk aku). Aku pergi temple takde pulak terlonjat-loncat depan berhala diorang.
 
 Berfoto sebentar di Signal Hill.

Sesampai sahaja di bandar Kota Kinabalu kami terus makan tengahari di gerai yang berdekatan Philipines Market, dekat laut. Ada orang tu nak sangat makan ikan bakar kan, amekaww kena RM90! Anak-anak pakat gelak jer. Dahlah nasi diletak di atas pinggan plastik beralas plastik juga. Di sini mereka membasuh meja dengan air sabun bercampur limau dan serai. Serai yang dah dititik tu dihentak hentak ke meja mungkin bertujuan untuk menghalau lalat. Bagus cara ni.

 Nasib baik tak ada yang nak makan udang, kalau tak... nanges! hahaha...Dulu kan aku pernah makan kerang sepiring dan sotong seekor kena RM43.
 


Akak ni berniaga kuih cucur jawa di pasar basah. Kuih cucur dia lembut dan secukup rasa, murah pulak tu ...empat singgit. Aku pernah try buat kuih ni tapi tak menjadi, tak kerinting pun tepinya...leper macam dada dot dot dot.

Eh lupa nak bagi tau, kalau nak rasa roti canai yang garing dan lembut di Kundasang boleh makan di Restoran Razika di pekan Kundasang tu.


Berehat sebentar menunggu yang lain membeli-belah di pasar kraftangan. Bila melepak di sini mesti ada saja orang yang datang berjualan terutama si penjual handphone. Original katanya...tak nak aku, white balance kameranya tak balance.

Kemudian menghantar seorang Cik Kiah ni ke kedai Jamilah di Sinsuran. Biarkan dia mencuci mata dan shopping jewellery di situ. Aku tak berasa nak membeli apa-apa…yang dibeli dulu pun dok tersimpan dalam almari. Kemudian sebagai penamat lawatan sebelum naik van singgah sebentar ke Pasar Filipina membeli-belah barangan kering. Dapatlah aku membeli ikan bilis kopek yang sangat murah. Dah lama sangat tak membeli ikan bilis putih siap berkopek tu semenjak harganya RM45 sekilo. Macam hargo omeh! 

Tamat sudah percutian kali ini. Everyone happy dan nak datang lagi. Itulah aku dah kata dulu, Sabah is the world's theme park!



Canopy Walkway at Poring Hot Springs




Hari semakin petang, anak-anak dah gelisah nak mandi-manda di Poring Hot Springs. Masa pertama kali mereka ke sini dulu ialah pada tahun 2008, dah lama sangat. Yang tiga orang tu masih bersekolah rendah lagi.




Sebelum mandi-manda kami emak bapaknya beriya-iya nak naik jambatan gantung yang setinggi 40m (setinggi bangunan 8 tingkat), yang tertinggi di Malaysia, dan sepanjang 175m. Jauhnya dari pintu masuk utama lebih kurang 800++m. Dekat jer tu hohooo…sebelum mendaki ke Canopy Walkway at Poring Hotsprings kena bayar tiket lagi. Janganlah ko kelentong takde kamera sebab kat atas nanti ada lagi satu guard post, yang mengelat bayar tiket kena bayar juga di sini. Kalau tak sia-sia je lah ko mencungap-cungap sampai ke jambatan gantung tu. Yang ada masalah jantung, darah tinggi dan ada height phobia dilarang naik ke sini.

Dari tempat jualan tiket nak naik ke Canopy Walkway kena mendaki dalam 30 minit jugaklah. Jangan paksa diri sangat rileks rileks sudah. Bila penat berhenti sekejap ambil nyawa nafas. Sangat syiok tau naik jambatan gantung tertinggi di Malaysia ni, berbuai-buai phewwww...hahahaa. Very interesting!





Tak teringat lansung nak mengambil gambar memandang ke bawah

Jambatan gantung in kan, akan membuat jantung berdebar-debar sebab ia berayun bila orang depan mendajal. Sabar je lah aku dengan anak bujang aku tu. Yang seorang lagi tu penakut. Dahlah tinggi atas langit, bila bergoyang-goyang tu kusssss semangat! Hahahaa…..



Hanya enam orang sahaja dibenarkan melaluinya pada satu-satu masa dan terdapat empat canopy walkways yang kita perlu lalui. Sangat seronok!



Selepas itu kami turun semula semula ke hot springs. Anak-anakku fokusnya hanya satu, nak bermain water slide tetapi malangnya kawasan tersebut telah ditutup pukul empat petang. Kesian budak-budak tu. Nasib baik memang ada tertulis kalau tidak saya nak argue dengan penjaga tu, katanya satu parent. Apo nak buek takdo joki. Jika diuruskan pihak yang mengira untung rugi perniagaan agaknya sampai ke malam pun beroperasi di waktu cuti persekolahan yang panjang ni.



Hendak tak hendak terpaksalah mereka mandi di kolam mandi yang biasa itu jer. Kalau nak yang private pun ada tapi tak pasti kena bayar ke tidak. Kolam air panas untuk merendam kaki tu penuh dengan pengunjung. Almaklumlah cuti sekolah.





Ketagihlah tu dah lama sangat tak pergi training, sibuk dengan bolasepak U12 aje


Canopy walkways ini termasuk di dalam Kinabalu Park. Satu perkara yang aku perasan, susah untuk melihat sampah bertaburan di taman-taman Kinabalu. Para pelancong terutama dari negara lain sangat menghargai keindahan flora dan fauna kita. Bila melihat orang luar lebih sayang dengan taman kita hati jadi geram bila rakyat tempatan sendiri yang membuang sampah merata-rata. Sayangilah alam kita! Think of our future generations.

Mari tengok video rakaman Murphy Ng ni


Canopy Walkways is definitely great tourists attraction in Sabah!

Fish Spa at Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti


Fish Spa at Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti. Inilah tempat yang anak-anak nak sangat pergi, bermain dengan ikan! Ini diantara attractions in Sabah yang paling best.

Sistem tagal atau "bombon" memang telah lama diamalkan di Sabah malah diatas keberkesanannya didalam penjagaan alam sekitar dan perikanan dan jumlahnya akan ditambah dari semasa ke semasa. Ia adalah satu konsep pemuliharaan sumber perikanan di sungai melalui pembabitan penduduk sesebuah kampung. Tagal itu sendiri bermaksud larangan menangkap ikan di kawasan sungai yang ditetapkan oleh ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi tempoh tertentu.

Sistem Tagal Sungai Moroli Kg. Luanti Baru, Ranau bermula pada 12 Oktober 2002 dan menjadi sistem tagal antara yang terbaik di Sabah sehingga menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Alam Sekitar Sabah 2005 bagi kategori Projek Mesra Alam Sekitar Terbaik dan Anugerah GEG River Care 2006 terbaik bagi kategori komuniti daripada Global Environment Centre. Sungai Moroli diwartakan untuk Sistem Tagal sejauh tiga kilometer. Kini ia telah menjadi tarikan pelancongan yang sangat menarik kerana ikan tidak dibela di dalam sangkar. Ia lepas bebas hidup di sungai secara natural. Sememangnya negeri Sabah mempromosi produk pelancongan alam yang sungguh mengagumkan.

Selepas melawat Kinabalu War Memorial di Kundasang kami terus ke sini. Jauhnya kira-kira 40km dari Kundasang dan 20km dari pekan Ranau. Kalau naik bas dari bandar Kota Kinabalu boleh tekan loceng bila dah nampak Sabah Tea farm tapi kena berjalan kaki sikit ke dalam. Nak camping di sini pun boleh. Chalet comel yang dibina di tepi sungai tu pun mungkin dah boleh digunakan agaknya.

Banyak perubahan berlaku kepada Sungai Moroli Sejak sistem ini diperkenalkan, bukan sahaja sungai terpelihara daripada pencemaran tetapi juga hidupan sungai seperti ikan terus hidup bebas. Terdapat hampir 20 jenis ikan sungai terdapat di Sungai Moroli antaranya ikan lampan, serawi, kelah, sembilang dan ikan keli. Ikan pelian (kelah) iaitu spesis ikan yang semakin pupus dan dipercayai sukar dijinakkan. Sebenarnya bukan mudah untuk memulakan sistem ini kerana ia mendapat bantahan daripada sesetengah penduduk kampung. Jabatan Perikanan Daerah Ranau dan Kota Kinabalu telah banyak memberi dorongan dan sokongan untuk projek ini dengan mengadakan ceramah serta dialog bersama penduduk setempat. Nak berubah kepada sesuatu yang baik memang mencabar tambahan pula orang kampung tidak boleh lagi sesuka hati menbuat aktiviti mencemar sungai dalam tempoh tertentu.
Sebelum masuk ke kawasan tagal kita kena membeli tiket dulu di kedai dekat simpang tu. Jumlah tiket akan menentukan berapa bungkus makanan ikan yang bakal kita beli. Part ni memang tak syok sebab dulu boleh je kita beli seberapa banyak yang kita mahu. Kamera pun kena caj, pandai betul buat duit.

Kalau tak silap sekali masuk ke sungai jumlah pelawat tidak boleh melebihi 25 orang. Harga tiket dewasa RM5 untuk 15 minit. Nak mandi pun boleh tetapi harga tiket berlainan. Tempoh 15 minit tu sangatlah sekejap, tak puas melihat ikan bermain geli geli di kaki. Yang paling seronok melihat kegembiraan yang terpancar di muka anak-anak. Priceless!

 Warning: Jangan angkat ikan! Gayat ikan tu uolsss



Di mana lagi nak dapat peluang sebegini, tak banyak tempat. Kat Santuari Kelah di Tasik Kenyir adalah tapi yang ini paling mudah diakses. Kalau nak ikan ni datang ke tangan ko genggam palet ikan tu nanti mesti berebut-rebut ikan mengerumun. Menciut-ciut bunyinya. Ya Allah sangat seronok!!

 Takut..!


Ternganga-nganga mulut memasing menunggu habuan

Jambatan gantung yang ini kurang mendebarkan

Tagal ini letaknya hanya bersebelahan ladang teh organik Sabah Tea. Jangan lupa ke sini ya, sila book tiket kapal terbang sekarang untuk percutian di bulan Mac nanti.

Lawatan ke ladang teh organik Sabah Tea



Ladang teh ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika di sebuah kawasan berketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Ianya  satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan sebahagian kecil yang terdapat di seluruh dunia. 

Lawatan ke ladang teh organik Sabah Tea telah membuka minda dan memberi gambaran yang lebih jelas kepada kita bagaimana daun teh dipetik dan diproses sebelum berada di pasaran. Di ladang ini kita ditawarkan pakej educational-tour yang dicaj mengikut kepala.

Ladang yang dimulakan pada tahun 1976 ini terbentang luas dan nyaman. Restoran juga disediakan kepada pelawat yang teringin menjamu selera. Kekadang kita bukan lapar pun cuma saja nak duduk minum sambil menikmati pemandangan. Suasana ini mengingatkan aku dengan ladang kopi di Bali. Dah beberapa kali ke sana kesemua pengusaha ladang menawarkan lawatan percuma termasuk minum 6 jenis kopi dan teh tetapi kenalah membeli di kedai mereka selepas itu.



Rupa-rupanya ada juga daun teh tiruan

Merupakan sejenis teh yang segar, semula jadi serta harum hasil daripada tanah yang subur gunung Kinabalu dan bebas dari penggunaan pestisid dan pewarna tiruan. - See more at: http://my.mustaffa.org/ladang-teh-sabah#sthash.YBXjYBxE.dpuf
Elok juga kalau kita memilih pakej 2 hari 1 malam yang menawarkan lawatan ke ladang dan kilang teh, latihan asas kemahiran berdikari di hutan, diajar mengenali sungai dan cara untuk menyeberangi sungai dengan selamat serta latihan berhalangan. 

Ada yang memberikan komen ladang ini tidak secantik dan terancang seperti ladang teh Cameron Highland. Lagipun di CH lawatan adalah percuma tapi aku rasa pakej 2 hari 1 malam tu memang menariklah. Aktiviti macam ni memang aku suka cuma belum tiba masa yang sesuai.

Aku pernah terfikir untuk bermalam di ladang ini tak kiralah tinggal di banglo atau rumah panjang tapi ladang ni tak sejuk...tak boleh feeling pergi oversea gituh. Mulut pun tak keluar asap.

 Ini rumah panjang moden. Satu bilik yang dilengkapi tilam tebal dan kelambu boleh menempatkan tiga orang sekali gus tetapi bilik airnya di luar. 




Bagaimana nak ke sini dengan pengangkutan awam?

Ambil bas dari Terminal Bas Bandaraya-Utara di Kota Kinabalu dan turun di pekan Ranau. Tambangnya kira-kira RM15 seorang sehala. Lepas tu kena naik teksi.

Kalau nak terus naik teksi boleh juga, sila naik dari Padang Merdeka. Tambangnya lebih kurang RM160 seteksi. Kalau naik dari hotel lagi mahal.
If you are not joining a tour group, take a bus from the Terminal Bas Bandaraya-Utara (City Bus Terminal-North) for around RM15.00 per person (the bus stops at Ranau town). You can also take a taxi from the station near Merdeka Field for approximately RM160 per taxi. Fares may range around RM300 if departing from your hotel. Note that all fares cited are one way. - See more at: http://www.sabahtourism.com/destination/sabah-tea-garden#sthash.Pxm44THD.dpuf


If you are not joining a tour group, take a bus from the Terminal Bas Bandaraya-Utara (City Bus Terminal-North) for around RM15.00 per person (the bus stops at Ranau town). You can also take a taxi from the station near Merdeka Field for approximately RM160 per taxi. Fares may range around RM300 if departing from your hotel. Note that all fares cited are one way. - See more at: http://www.sabahtourism.com/destination/sabah-tea-garden#sthash.Pxm44THD.dpuf
Sabah Tea Garden
Km17 Jalan Ranau/Sandakan
Kg Nalapak
89309 Ranau
+6088-440 882

Nota : Sabah Tea Garden letaknya bersebelahan dengan Tagal Sg Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free