Dataran Lang @ Langkawi

Tags
Walaupun dah beberapa kali ke Langkawi tapi Dataran Lang tak pernah termasuk dalam itinerary. Bila tengok gambar orang lain macam cantik jerr... macam comel jerr...





Kami dapat extend bilik sampai pukul 3 petang so ulang balik la ke tempat shopping (menemankan orang shopping je). I cuma beli magic pan dan coklat sajork. Aku dulu kini dan bukan selamanyalah tak beli pinggan mangkuk ni, tak tahu mana nak simpan. Magic pan tu meme best, bakar lamb chop sekejap je dah masak. Murah pulak tu...RM53!

Flight delay 2 jam, redha je lah.... nasib baik kereta park di airport. Kata kawan aku yang hampir setiap bulan naik premium airlines, bayar tiket mahal ada delay jugak kak long.....

Langkawi Cable Car

Tags
Pernah naik cable car ke Gunung Matchincang? Ada berani?

Rugi woooo kalau tak naik. Dari atas tu kita akan dapat melihat pemandangan Langkawi yang sangat cantik. Selatan Thailand pun boleh nampak kalau cuaca baik. Kalau hujan cable car ni akan dihentikan sementara atas faktor keselamatan.

Sekarang ni harga tiket untuk malaysian cuma rm15 untuk dewasa dan rm10 kanak-kanak. Boleh sangatlah tu. Teringat dulu pernah dinaikkan sampai rm25 kalau tak silap, aku memang tak naiklah, kecewa.


 Air Terjun Telaga Tujuh yang hingga ke saat ini belum larat aku daki. Berjalan naik ke tasik Dayang Bunting tu pun dah sakit koting den dek lamo tak exercise. Inikan pulak nak naik ke telaga tingkat paling atas, tak dayo acik.

 Entah bilalah aku dapat menyeberangi jambatan gantung tu. Dah 3 kali aku frust ni.... kali pertama belum dibuka/rasmi. Kali kedua kami sampai dah petang sangat, jambatan dah tutup. Kali ketiga tutup lagi ... Now still close for maintenance. Sampai bilakah?

 Kami naik ke pelantar teratas. Ada orang tu dalam takut takut sampai jugak ke puncak gunung ni heheh...tak tahan kena perli kot? segar dan bersih udaranya. Yang buat aku berdebar sikit masa kereta kabel tu nak sampai ke stesen dia akan berhenti sekejap sambil berbuai phewwww.......bedoba doba jantung dibuek eh. Sesiapa yang nak pos surat dari atas ni boleh berbuat demikian, cop tu yang mahal untuk dibuat kenangan.

  Kalau ada kapal layar sendiri boleh park kat bawah nun di Telaga Harbour. The Loaf pun ada di sini selain cawangannya di Pantai Cenang. Kalau you boleh berbelanja tanpa bajet bajet macam kami sewalah yatch untuk dinner sambil tengok sunset. Kawan aku kata best sangat! Best lah, bayar pun 3k sekali naik. Dah separuh kos umrah tu.

 Teringat dulu masa kami ke sini abah den tak naik. Pakcik aku pun dah buat statement kalau diberi RM1,000 pun dia takkan naik hahah...muko jo ganeh.

 Oriental village menempatkan kedai cenderamata, cable car, Geopark Hotel. Kalau nak naik motor kecik/kuda/ATV atau diurut kaki pun boleh di sini. Dulu ada orang bela arnab kat sebelah stesen ni tapi hari tu tak nampak la pulak....dah tak ada ke? Ke, aku yang tak nampak?


Kat depan ni dulunya ada ditanam bunga jadi kali ni ingatkan nak suruhlah anakanda buat pos yang sama tapi dah takde.

GBS membuat lawatan sambil belajar di Telaga Harbour

Selepas ni kami buat 'lawatan' ke Idaman Suri dan Kompleks Hj Ismail Group (ada kedai dan hotel sekali) kemudian tapau makanan di pasar malam Kuah.

Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati
Moh tidur di Kampung Tok Senik Langkawi!



Tasik Dayang Bunting, Langkawi - kau memang monyet la monyet!

Tags
Tujuan terakhir kami dengan bot hari ni ke Pulau Dayang Bunting. Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah.

Pulau ini seimbas lalu menyerupai perempuan mengandung yang sedang berbaring. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting. Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak.

Dedulu mana ada GPS jadi pulau-pulau dinamakan mengikut bentuknya supaya nelayan mudah mencari.  Di zaman dahulukala Pulau Langkawi merupa pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam dari ancaman Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Selain itu, kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Pulau Dayang Bunting dan kebanyakan pulau pulau di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri dari batu mendap jenis batu kapur. Oleh kerana batu kapur mudah lulur hawa kebanyakan bukit terbentuk dari kapur menegak.

 Pakcik bot turunkan kami dekat signboard Pulau Dayang Bunting. Banyak monyet kat sini weh..dan mereka sememangnya monyet !! ditariknya diaper bag aku. Kami memang beringat tapi tak sangka pulak pergi balik aku yang jadi mangsa. Tiga kali kena tarik, entah apa yang dia dengki sangat dekat aku...hishhh tak paham den!

 Naik bukit turun bukit baru sampai tasik air tawar tu. Yang tak patutnya cuma di permulaan ni saja ada toilet dan pada masa ni berkunci. Tak tau apa sebabnya, ada orang kat dalam ke apa. Yang malangnya anak aku yang darjah 2 tu ternampak sesuatu.....

Mama, ada orang berak kat pokok tu!
dia kencing je kot (dalam hati berkata apahal pulak kencing kat situ, toilet kan depan ni aje)
iye..dia berak
mana? mana? (apalah pekdah nak tengok orang berak wakakaka)
 tuuuu....

Memang iyelah. Ada orang mencangkung di celah pokok renek. Dari penampilannya aku yakin dia foreign tourist. Tambah meyakinkan lagi kedua-dua tangan dia berpaut pada batang pokok. Sahlah omputeh... kita mana ada berpaut bagai ni...terer mencangkung. Entah apalah yang akan diceritakan kepada kengkawan dia nanti. Kalau diposkan di travel forum? Tak ke sia-sia kempen Visit Malaysia 2014.


 Fish spa...seronok berehat di sini


Kalau nak naik paddle boat pun boleh, rm30 sebot untuk setengah jam


 Cantiknya tempat ni. Aku takde lah nak mencelup kaki, dok sibuk mengkelek anak kecik je. 

Masa sampai beg aku kena tarik dengan si monyet, dslr aku pegang kejap. Di penghujung tangga nak turun ke tasik tu kena sekali lagi. Ada 2 tangga, aku ambil yang sebelah kanan. Ada seekor monyet yang tengah menunggu mangsa di tangga kiri. Dan dan aku nak sampai boleh pulak di tercongok depan aku, hampeh! syuh! syuh!.... takmo dia bergerak. Tercegatlah aku kat situ sebab nak ke depan takut. Sudahnya terpaksa rebahkan badan melintas palang ke tangga kiri macam menari limbo rock. Lega.

Masa nak naik semula aduhai si monyet lain pulak menunggu. Kali ni beg kena tarik lagi waaaaaa....... menjerit aku kat situ. Benci!

Entah apa yang monyet tu berkenan sangat kat beg aku tu haa... Time nak balik pakcik tu tunggu kat hujung jeti nun. Jenuh jugak la menapak tapi best!



Cantiknya pemandangan.... subhanallah


Percutian di Langkawi - helang terbang tinggi

Tags
Allahurabbi....subhanallah
masyaAllah ...

Bot bergerak lagi..kali ni nak bagi helang makan. eh, pakcik ni tak bawa sisa ayamlah pulak, nasib baik ada pemandu bot lain yang  bawa. Bila sisa ayam tu dilempar ke laut berduyun-duyun burung helang turun menyambar. Best! But the downside is, kita merosakkan cara hidup natural burung helang tu.





Frust jugaklah sebab pakcik bot tu tak bawa perut ayam, kami dapat tengok helang tu menyambar dekat bot orang lain. Kalau korang booking bot jangan lupa bertanya tentang ni. Kalau kita bayar selepas turun bot boleh jugak kita potong bayaran tu. Berapa nak potong?

1) harga perut ayam
2) harga kecewa tak dapat tengok helang menyambar di sebelah bot
3) harga kecewa tak dapat mengambil gambar yang lebih baik

Macam bolehlah sangatttt.....

Ada dongengnya tentang pulau ni. Dengar je la kan...tak minat den cito dongeng ni.

Kagum sungguh melihat kejadian alam ni. Kalau dulu kita cuma dapat baca dalam buku sejarah dan geografi, sekarang kita boleh tengok dan rasa sendiri. Maka nikmat apakah lagi yang mahu kamu dustakan?

Island hopping cuma sekitar 3-4 jam. Ada banyak pakej yang berbeza mengikut minat memasing. Sempat lagi kalau nak pergi cuti sekolah ni. Ayatlah sikit bos tu...







Percutian di langkawi - Mandi manda di Pulau Beras Basah

Tags
Seperti yang dijadualkan pagi hari kedua acaranya ialah island hopping. Jetinya sebelah TM Resort berdekatan dengan Awana Porto Malai. TM Resort tu macam dah tak berbela je..sayang betul.

Kami dapat tambang RM25 seorang kira murahlah tu. Owh...lupa nak bagi tau. Kami dua famili sewa kereta Saga BLM RM150 untuk 48 jam. Berbaloi tak? Memang berbaloi berbanding orang lain yang menaikkan harga sempena cuti sekolah ni. Entah apa sebabnya sewa yang 80rm sehari boleh melompat jadi 130rm, motif ko bang? Nak cepat pergi haji?


Tujuan pertama ke Pulau Beras Basah. The boys saja mandi...yang besar tak koso.


Me dengan anak yang darjah 5 sama tinggi. Mudah-mudahan dengan menu roti dan susu setiap hari anak-anak tak renek macam aku.

Syoknya mandi manda di siniiiiii

Synchronize swimming? suka hati ko la jang


Banyaknya ikannnnn

I understood ramai yang skip island hopping disebabkan oleh cost terutama bagi keluarga yang besar, apatah lagi kalau bawa kaum keluarga yang lain. Ada yang nak pergi ada pulak yang tak nak ...rugi miss trip yang ini. Langkawi bukan setakat Haji Ismail Group atau Idaman Suri, ia ada lebih daripada tu....Langkawi sangat cantik! Tu belum lagi pergi Mangrove Tour, masuk gua dan snorkelling di Pulau Payar.

The boys: bila pulak nak ke Pulau Payar? 

Me: start sekolah Januari nanti simpan duit macam hari tu, 3 tahun lagi kita pergi

 giler lambat! haahahah...


Nota:

bila mereka simpan duit sendiri, berjimat belanja sekolah, diorang sayang nak belanjakannya sesuka hati. Bila nak beli coklat yang mahal mahal sikit siap tanya...

mama/ayah bayar ke kita? 
ko lah, duit ko kan banyak
tak payahlah (see...kedekut)

Biar mereka belajar menghargai.




Percutian di Langkawi - The beautiful Pantai Cenang

Tags
Percutian ini adalah yang pertama sejakkk.......lebih dari 5 tahun. Lama tak? Dulu dulu setiap tahun kami akan ke sini. Saja saja bercuti...dok tepi pantai, takde shopping apa pun.

Tiket AA booked since February lagi, jiran kami sefamili pun ikut sekali. Oleh kerana anak-anakku ramai belanja pun pasti besar. Dengan demikian setelah dikira jumlah bulan persekolahan, tolak cuti semester, anak-anak yang bersekolah perlu menyimpan at least 30 sen sehari seorang untuk membayar tiket cable car. hahah...sonang omak ea buek kigho kigho kan? ceghodik amek.

Dah dekat nak pergi anak jiran tu ajak gi island hopping pulak. Memula aku tak nak sebab dah pernah buat aktiviti tu tapi anak dara aku kata, bila kita pergi? kakak tak ingat pun! Memang la tak ingat, masa ko kecik lagi....hahaa... so kenalah jugak masukkan dalam itinerary. Yang ada duit excess 2 orang aje sebab depa memang nak berbelanja sakan kat sana. So, setiap kali dapat duit singgit, dua inggit, lima inggit hadiah daripada seiapa akan disimpan. Kalau belanja pun setakat 50 sen, lenlain paw mak ayah. Yang lagi dua orang duitnya ngam ngam aje so uwan atok pak lang acu semua menjadi bank. Cuculah katakan.

Kami sampai pukul 4.30pm terus sapedek laksa power. Kuahnya memang sedap, mesti cuba. Lerr...tokey nya orang kampung my husband rupanya.

Oleh kerana kami sampai sebelah petang dan takkan dapat enjoy hotel facilities so aku book hotel yang murah sajalah, yang penting ada bilik air di dalam dan aircond. Kalau tidak percutian boleh jadi perkelahian bila panas. Kami sewa family room di Cenang Rest House. Dua tilam single tu best, agak keras macam kat China tu. Akulah yang kena tidur tilam single tu kan, tidur bawah takut baby jatuh katil. Takde hallah, tak menguit pun dedua..lena sampai ke pagi dek lotih. Tilam besar budak besar conquer. Yang tak puas hatinya 3 bantal extra tak bersarung, towel pun tak disiapkan (kena minta la pulak). Kami nak pinjam iron dan jug kettle tapi takde orang kat reception sejak senja tu sampai ke pagi time nak pergi island hopping. Tapi lagi satu yang bagusnya bilik kami menghadap laut.

Memang happening Pantai Cenang time cuti sekolah ni. Anak-anak yang dah besar kami biarkan jalan sendiri asalkan tak berpecah. Enjoy sangatlah tu kan?! Rasa macam dah besar sangat.


If there are happy i'm happy too


 Terlentang kepenatan



Best duduk tepi pantai wehhh!

Owh..makan kat mana? Hari Selasa ada pasar malam di Kedawang, Rabu di pekan Kuah. Kalau selera tinggi boleh je cuba makan di pelbagai restoran local, seafood, Lubnan, Arab, Mexico dan lenlain.

Pantai Cenang memang best!

Percutian GBS di Langkawi

Tags
Halluuuu....!!

Geng Bas Sekolah ke Langkawi kali ni. Percutian yang menyeronokkan tapi agak stress bagi aku. Ko tengoklah sendiri budak ni.




Merajuk, menjerit, bergaduh dengan abang tapi dia pandai bodek maknya. Bila aku kata tahun depan dah tak boleh ikut, tak larat nak melayan kerenahnya dia boleh jawab, "mama cakap je tu...nanti mama bawak kita jugak".

Paling annoyed, masa KUL-LGK tu ada sorang ah chong kat belakang aku tak henti bercakap dengan kuat nak mententeramkan anak dia. haiyaaa...dia cakap selupa macam kat rumah. Takde pulak aku dengar suara anak perempuan dia yang comel tu...asik suara dia aje kemain kuat throughout the journey. Nasib baik sejam, kalau 3 jam memang aku sound la nampak gayanya. Aku rasa anak dia taknak pakai safety belt dan dia dok bagi arahan. Kalau anak dia bising aku tak hairan, biasalah budak-budak...akupun ada anak so dah biasa (tapi anak aku yang 5 tahun well behave masa tu, sangat exited naik kapatebang ;D). Ya rabbi....aku rasa nak suruh dia diam aje. Kita, kalau marah anak di tempat ramai orang selalunya akan mengetap gigi supaya suara tak kuat melahau ...ini tak..adoiiii...tekanan perasaan betul! Maid dia yang duduk baris ABC nak tolong dia tak bagi...aku dok fikir, dah budak sejak subuh sepiee sampai ke malam dengan maid mesti maid tu lebih tahu nak buat macamana ye tak? Tolonglah, tolong...kalau boleh tak nak sekenderaan lagi dengan orang macam ni. Sakit jiwo den.


Kami pergi bercuti ni, setiap seorang ada sumbangan berdikit dikit sejak Febuari. Kita bukan ada emas berkepuk kan anak-anak?? Yang penting happy.

Nantilah ai sambung.

[YES] 2 Flat untuk dijual !

Tags
Orang sibuk dengan Year End Sale aku pun nak terlibat jugak. So...caling you guys yang berminat dan hati tergaru garu nak start or menambah investment in properties. Orang kaya seluruh dunia semua ada banyak properties SEBAB nilainya yang semakin bertambah berbanding kereta yang depreciate in value.

Sebagai perbandingan, kalau you beli kereta kan, kereta tu keluar je dari kedai value dah turun 20% tapi hartanah pulak you beli hari ni dan jual esok pagi (macamlah boleh kat Malaysia ni hikhik...) nilainya boleh naik melebihi 20%. Tak caya? percayalah.

Mak ayah kita yang bekerja kampung pun mampu beli tanah takkan uolls yang bekerja siang sampai ke malam nak menyewa sampai ke tua? Rumah kecik takpe asalkan kita punya betul tak?? Daripada uolls bayaq 7,200 hengget setahun kepada tuan rumah adalah lebih baik bayar housing loan sendiri.

Pilihlah mana yang berkenan ye ...

1) Blok A, tingkat 2, Jalan Perdana 3/2, Pandan Perdana ---RM97,000 (dirunding)
- 2 bilik 1 bilik air, dekat kedai runcit, kedai makan, sebelah bus stop, dekat dengan LRT Pandan Jaya, dekat GMI, sebelah Taman Shamelin, dekat Pandan Lake Club, ada tasik rekreasi dekat situ, dekat sangat nak KL, tenanted.

 Senang nak ke sini ikut MRR2.

FLAT PANDAN PERDANA FOR SALE

 Gambar ni aku google saja...selagi tenant tak keluar dan payment okay aku jarang nak pi sana.

2) Blok 47, tingkat 5, Seksyen 7 Shah Alam ---RM135,000 (dirunding)
- 3 bilik 2 bilik air, dekat i-city/Uitm/Unisel/Jakel, berdekatan sekolah, kedai runcit, surau, jiran yang baik, tenanted.

Rumah yang ini nak dijual bersekali 5 set katil, tilam & almari; juga...set meja makan, peti ais dan mesin basuh. Pinggan mangkuk periuk belanga sekalilah! Sesuai sangat untuk investment. Orang lain sewakan rumah kosong sampai RM1,000 sebulan tapi i tak sampai hati....



Aku dah pernah post tentang rumah ni dulu masa menerima penyewa.

Deposit cuma 10% from the selling price dan kepada sesiapa yang dapat memperkenalkan serious buyer kita bagi upah kat awak. Banyak gak la upah tu....lebih daripada gaji minima, dapat la beli sport rim baru.

Sila hubungi ruggedmom@gmail.com 

Thank you.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free