Grieve

Tags
Tell our children not to throw anything into the ocean (or river too).





Gifted people

Tags
Kat fesbuk friends aku ada sorang illustrator yang hebat. Talent dia dalam melukis ni aku tokleh challenge lah. Client dia pun pelbagai dari individu sampai syarikat besar.

Kat angpow packet ni takde pun nama dia tapi trademark dia tu kita kenal. Sama macam Lat, lukisan kartun dia tu mengingatkan orang kepada Malaysia.


Kalau nak tengok yang lain-lain boleh jenguk emilayusof.com

Jalan-jalan, makan-makan

Tags
Biasa datang Seremban tak? haaa...ni nak rekomen makan kat Mama One Stop Bakery & Cafe dokek Kg Sentosa. Orang sini kekadang sobut kampung Mah Fah. Kiranya simpang ke kafe ni bertentangan dengan simpang ke stadium Paroi. Selain donuts and pastries ada juga laksa dan nasi lemak.

Dulunya cuma kedai kek biasa, kecik je tapi sikalang haa...manyak busat dan ramaiiiii orang time minum petang. Donutnya padat tapi lembut ish ishh....baru pekena pagi tadi. Donut almond ada, nestum, oreo, biasa...kek, karipap, egg tarts, cream puff.... Hari Ahad tutup yer



Berdekatan cafe ni ada juga kedai makan yang lain. Cendol, rojak, nasi ayam dan macam-macamlah tapi sesiapa yang dah merasa cendol bus stand Kuala Pilah pasti akan buat comparison. Nak buat macam mana...dah memang sedap.

Dan yang pentingnya area sini adalah kampung tanpa wayar, siap ada homestay di depannya. Jangan ko minum secawan tapi duduk sampai petang sudahlah, mentang-mentang free wifi.

donut donut donut donut donut......

Ulu Yam di Liverpool

Tags
Dapat dahhhh..............!


471 pages, bacalah dengan istiqamah heheh.... gaya penceritaannya memang menarik. Bagus untuk memotivasikan diri sendiri. Salute dengan cara si penulis buat marketing di fb.

Dijual di MPH dengan harga RM19.90 -berbaloi-baloi ! Kalau dijual kat Popular laaagi berbaloi, terus dapat diskaun. Collect points ni lecehlah.

Mari mari baca buku

Tags
Di kala berduit, ada 3 perkara aku tak berkira ...
1) beli buku
2) makan
3) travel

(dan kesemua ini membuatkan kembali tak berduit)

Membeli buku sangat best, membaca pulak bila ada masa sengganglah tapi kalau buku sangat menarik masa lapang tu boleh je diadakan. Bukan nak poyo bagi tau aku ni suka baca buku...dah memang suka membaca. Itu sebab tv yang dah umur dewasa tu aku tak heran. Bak kata anak jiran aku, kita tengok tv aunty ni makin kecik. Amboiiiiiiiiii........ mentang-mentang tv lcd ko besar panggung wayang. Majalah hiburan aku baca gak dari kulit ke kulit tapi orang punyalah (takpun kedai punya :-))) . Tapi dah jarang sangat baca majalah hiburan sebab di internet lagi terang, takde tapis-tapis kekadang naik seram pulak membaca tulisan manusia di zaman fitnah ni, zaman di mana tangan lebih laju dari otak.

Orang yang suka membaca ni hidup dia tak bosan, dok sensorang pun tak jadi hal tambah pulak ada internet nih. This time nak mewar-warkan buku-buku yang dah dibaca dan dah beli tapi bacanya belum lagi. Ada buku yang sangat best sampai meresap dalam hati tapi ada jugak yang tak lekat. Baru je baca bulan lepas tapi hampir tak boleh recall isinya. Mengapa eh?

Okay we start with :
1) From poor migrant to millionaire - Chan Wing 1873-1947
    by Chan King Nui
    - nowadays aku suka baca buku biografi orang terkenal. In this case, standard migrant attitude. Kita pi tempat orang kerja keras hantar duit ke kampung seperti apa yang dibuat oleh Indonesian, Bangladeshis, Pakistani dan lain-lain di negara kita. Paling sedih, untuk dia sampai di Tanah Melayu mak dia terpaksa menjual adik keciknya yang baru beberapa bulan supaya dia sampai di sini tanpa hutang. Kalau you dah jadi mak, you tahulah bagaimana perasaannya....membaca pun sedih hiksss. Yang datang berhutang tu azab sangat bila sampai di sini. Bacalah, betapa gigihnya dia berdikit menyimpan duit. Istana negara yang lama tu bekas rumah dialah. Investment dia dulu dalam sebuah bank sebanyak usd10k sekarang bernilai 50mil usd WOWWW ! Kisah klasik datang naik tongkang balik naik kapal terbang.

2) Kid Chan's- guide to the business of photography
    by Kid Chan
    - this famous photographer also known as celebrity photographer. Cerita dia mengingatkan aku tentang satu ayat quran tu yang mengatakan "apa yang kita suka mungkin tidak baik untuk kita sedangkan apa yang kita tidak suka mungkin adalah lebih baik buat kita. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui". Lagi satu, "maka nikmat apa lagikah yang hendak kamu dustakan?" Sorry, tak ingat ayat dari surah mana. Aku memang hopeless.

Dia tidak minat wedding photography sebenarnya tapi job itulah yang dia banyak dapat. 

3) Aku Melayu di Kota Inggeris
    by Muhaimin Sulam
    - cerita pengembaraan di England semasa membuat PhD

4) Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman
    by (Prof) Muhamad Kamil Ibrahim
    - buku ni dah lama di pasaran cuma aku je yang tak jumpa (atau tak ambik pot). Ditulis dari hati sebab tu dicetak sampai sebelas kali. Aku suka pandangan dia, keinsafan dia dan dia tak malu mengakui kekurangan dia. Selalunya orang yang baru balik dari mengerjakan haji cerita yang baik-baik je kan? tapi aku skeptikal sebenarnya...dah namanya manusia, takkanlah segalanya elok belaka. Dah tu berjuta pulak manusia dalam satu masa di satu tempat tak ke macam-macam hal terjadi. Suka jugak aku dengan pandangan dia tentang penilaian manusia bila seseorang tu pulang dari haji. Kalau nak tengok semua orang lebih baik dari sebelum ke Mekah, alim ulama pulak macam mana?

5)  Bersyukur Saat Diuji
    by (Prof) Mund Kamil Ibrahim
    - aku sudah jatuh cinta dengan tulisannya. Dia pun ada blog Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan.

6) Panduan Memborong di Vietnam
     by Muhammad Nizar Jamaludin
    - aku rasa ilmu aku bertambah 1% je kot bila baca buku ni sebab apa yang ditulis tu semua aku dah tahu. Bukannya dia cerita semua benda pun, ko kena ikut trip dialah gamaknya. But for 1st timer membantulah jugak. Buku yang sebelum ni Panduan Memborong di Guangzhou aku baca dalam beberapa jam aje sebab dah nak ke Guangzhou masa tu cuma info yang ada dalam buku tu aku pun dah ada (gigih researh). Buku tu meyakinkan aku aku untuk ke negara yang hampir kesemua rakyatnya tak boleh berbahasa Inggeris. Lagipun, dia memberi satu perspektif yang berbeza berbanding pengalaman orang lain yang pernah ke sana.


7) Bahaya Terapi Pengganti Hormon- wanita menjadi bahan ujian HRT
   by CAP
   - tak baca lagi

8) The Presentation Secret of Steve Jobs
    by Carmin Gallo
    - boleh agaklah kan apa isinya? kocik tulisan ea... aku beli online murah je rm10 tapi postage rm7

9) Tip Menjadikan Anak Rajin Beribadah
    by Najamuddin Muhammad
    - belum baca

10) Hotel Tales (Edisi Bahasa Malaysia)
    by Hanley Chew
    - aku suka buku begini...cerita orang travel dan pengalaman menginap di hotel. Kalau boleh bacalah english version, yang BM ni ada sesetengah ayat macam guna google translate jek, bencik.

11) Berapa Harga Segulung Ijazah- Inspirasi buat bakal mahasiswa
    by Dr Kamariah Kamaruddin
    - dah lama beli tapi belum watammat lagi. Universiti berfungsi untuk mengasuh peribadi, membentuk manusiawi. Teringat kata-kata seorang professor di PTA meeting sekolah anak aku dulu, lulusan universiti harus berupaya untuk switch course. Maksudnya dengan ilmu yang ada siswazah tersebut boleh bekerja dalam bidang-bidang lain. Dah banyak berlaku pun....tengok je lah pengacara tv3, ada lulusan marine biology, economics, bussiness....tak semestinya mass comm.

12) Taubat Seorang Pelacur
    by Alang-Alang Timur
    - buku ni pun baru baca sikit-sikit. Aku flip thru macam best juga tapi cover tak menarik betullah

Tadi terjumpa buku The Choice by Ahmad Deedat, buku tentang perbandingan agama Islam dan Kristian tapi aku rasa macam berat sikit isinya untuk aku ni yang baru nak belajar agama. Ada lagi buku yang nak dibeli terutamanya buku Jangan Berhenti Berlari oleh Zaharuddin Abd Rahman dan Ulu Yam di Liverpool by Nazali Noor (insyaallah best). Masuk bajet bulan depanlah.




My Supermak on a working holiday

Tags
Assalamualaikum.

Hari tu mak kita nak pergi kerja jauh. Dia tinggalkan kita dengan ayah, abang-abang dan kakak. Mak pandang dan cium kita banyak kali. Mak kita tinggalkan sehelai t-shirt dia yang belum dibasuh. Kata mak, mata bapa nabi Yusuf yang buta akibat menangis rindukan baginda celik semula selepas mencium baju nabi Yusuf. Jadi mak kita harap kalau kita rindu dekat mak kita, kita ciumlah baju mak kita yang dah melekat peluh tu. Baju mak kita tak busuk, dia selalu spray perfume sikit selepas mandi.

Selepas siap packing baju mak pesan kat semua orang satu persatu :

Kepada abang Azmin
Bangteh nanti duduk kat rumah umi sekejap ye...lepas tukar baju dan makan buat homework, lepas tu tidur.

Kepada abang Ali
Ko jangan tak mengaji pulak

Kepada abang Adam
Ko belajar....minggu depan nak exam UPKK. Jangan buli adik!

Kepada kakak
Jangan buang masa, PMR sekali aje

Ayah kita pun kena...
Bang, nanti masukkan diapers 4 keping, baju 3 pasang, napkin baby sehelai, towel, bedak+sikat+minyak angin+losyen. Bagi bubur frozen satu bekas setiap hari, biar dia makan bubur waktu tengahari, petang baru makan Cerelac. Hantar pukul 7.30 pagi ambil pukul 5.00-5.30 petang. Tak payah mandikanlah pepagi tu takut tak sempat.

Hari Selasa kakak tuition kat Teacher A 8.00 - 9.30 malam, Rabu kat Teacher B 8.15-10.15, Jumaat kat Teacher A 8.00-9.30 malam. Ali dan Adam ada swimming hari Rabu dan Jumaat tapi kalau tak sempat tak payah pergilah. Ali tak mengaji hari Jumaat.

Kalau Arif menangis cuba tunjukkan baju saya tu kat dia then bagi dia pegang.

Banyaknya mak kita pesan kat ayah....entah ingat entahkan tidak :-))))

Mak kita call tauke van pulak
Syam, akak nak tumpangkan anak-anak balik lepas KAFA untuk 3 hari

Mak kita call driver van pula sebab takut tauke van lupa nak pesan kat driver dia
Devi, nanti anak saya tumpang 3 hari tau. Nanti saya bayar sekali dengan bil bulan Oktober minggu depan

Tak habis lagi...mak kita call uwan pulak
Mak, kak long nak poi Cherating ni...omak jangan ambik budak 2 orang tu...minggu dopan dio nak pekso (mak kata kena pesan sebab uwan dan atuk suka bawa abang-abang kita balik kampung).

Mak kita buatkan kek coklat untuk abang dan kakak makan petang sebelum dinner.

hmmmm itulah mak kita. Masa kat Cherating dia call lagi tanya abang kita, ko dah solat ke belum? dah makan? ko pergi mengaji tak? ko belajar tak? ko gosok gigi tak? bla bla... badan dia aje jauh...suara dia dekat aje. Nasib baik tak memotir dalam telefon tu. Macam remote control pulak mak kita ni.

Tapi dulukan kita pernah nampak ayah kita packing baju. Lepas makan, mak kita hantar ke stesen bas, lepas tu dia cakap...oktengsbai. Senang aje ayah kita.


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free