Iklan bodoh



Aku lambat upload tentang ini sebab nak menghabiskan entry Guangzhou-Guilin walaupun hati bukan main membengkak dek iklan-iklan sengal pengeluar ubatan herba milik bumiputera. Dah takde idea lain ke bang?

Kalau dengar cara kempen dia dan seorang lagi jantan tu kat tv (pernah tertonton di Wanita Hari Ini sebelum aku terus tutup tv), ya Allah, macam jual ubat kat pasar malam!

woww!1  woww!! memang hebat...
Terus abang saya sentap
errmmm...oh yeah...asyikkk
GILO!
 
Yang si jantan tu muda belia pun nak makan ubat, dah tak power ke???

Malu aku tengok perempuan-perempuan dalam iklan ni? Iklan sebegini yang yang pengarang utusansex banggakan semasa dia 'membantai' Azran Osman Rani hari tu? Katanya lebih kurang, tak kisah pun dengan iklan Air Asia yang kecik tu...iklan ubat herba lagi besar!

Baru sunat dah dapat Datuk....apakah?

Post a Comment

0 Comments