Iklan bodoh

Tags
Aku lambat upload tentang ini sebab nak menghabiskan entry Guangzhou-Guilin walaupun hati bukan main membengkak dek iklan-iklan sengal pengeluar ubatan herba milik bumiputera. Dah takde idea lain ke bang?

Kalau dengar cara kempen dia dan seorang lagi jantan tu kat tv (pernah tertonton di Wanita Hari Ini sebelum aku terus tutup tv), ya Allah, macam jual ubat kat pasar malam!

woww!1  woww!! memang hebat...
Terus abang saya sentap
errmmm...oh yeah...asyikkk
GILO!
 
Yang si jantan tu muda belia pun nak makan ubat, dah tak power ke???

Malu aku tengok perempuan-perempuan dalam iklan ni? Iklan sebegini yang yang pengarang utusansex banggakan semasa dia 'membantai' Azran Osman Rani hari tu? Katanya lebih kurang, tak kisah pun dengan iklan Air Asia yang kecik tu...iklan ubat herba lagi besar!

Baru sunat dah dapat Datuk....apakah?

Solat terawih yang rare

Tags
Mencicit laju tak sompek makmum nak baco apo apo


Assalamualaikum warahmatullah... (kanan)
Assalamualaikum warahmatullah... (kiri)

Yangshuo...let the pictures do the talking

Tags




 ececehhhhh....tak habis habis dok testing iphone 5 dia. You all kalau nak beli gadget check bebetul...brother ni punya wifi not functioning. But he says, telefon ni kalau tahan setahun dua pun dah bagus.

 Baby carrier ni aku rasa namanya mei tai. Kalau terjumpa hari tu nak juga membeli

 Sedapnya kau tidur dikkkk.... musim bunga yang nyaman.





sampai sudah...........

gonna miss China. Nak pegi lagi ! nak pegi lagiiiiii !!!!!

Guilin...let the pictures do the talking

Tags




 Spring in Guilin





suka..suka..sukaaaaa........

Guangzhou...sikit lagi

Tags

 Macam main takraw tapi menggunakan something like bulu tangkis yang ada pemberat. aiseyyy...lupa nak beli untuk the boys

 Yixue Park

 At toys centre

 Kedai makan muslim di Beijing Lu. Kami tak makan di sini cuma bertanya, "ada tempat solat tak?" siap buat gaya solat lagi tau. aiyarkkk...deme tok pahe


 Aku pun tak faham maksudnya... laundry service kah? tapi bila aku tanya dia kata takde servis cuci baju. Oleh sebab travel light aku terpaksa hantar cuci kat apartment berdekatan hotel. mak aiiii.....dia kira per piece! ambikkau...kena 60 ringgit, itupun ada baju yang aku keluarkan semula dari plastik. Patutlah tak ramai yang hantar ke laundry. Di tempat lain yang aku jumpa ikut kilo, hampes.

 Metro

Di New Asia building tempat jualan gajet

Thinking of going to Guangzhou again.......(tompi ontah bilo agak eh)

Guilin, China- part 4

Tags
Jeruk yang tak biasa aku tengok.... kaki ayam pun ada

Lukisan atas batu sungai

Jalan-jalan di West Street kami sekadar membeli sehelai dua t-shirt and of course fridge magnet buat kenangan. Yang paling berharga gambar-gambar yang kami ambil untuk tatapan di masa akan datang. eh, sekarang aku dah mula print gambar lama since trip 2008 tau. Bila difikir semula aku rasa menatap hard copy jugak yang best. Taklah nak print semua cuma cukuplah boleh ditatap bila-bila masa. Aku bimbang teknologi thumbdrive, dvd, external hardrive ni akan diambil-alih oleh yang lebih canggih sebagaimana pupusnya floppy disc dan 3 1/2 inch diskette. haaa....masa tu bila bercerita dengan orang mano bukti ea ekau dah sampai kek situ??? bukan sebab nak membuktikan apa-apa kepada sesiapa pun but maybe after a few years we might see changes at the same location.

Pada aku Yangshuo sangat menarik, dengan lanskap batu kapur yang menakjubkan, cuma gambar-gambar yang aku upload ni dah aku rendahkan resolution tu yang tak berapa cantik. Tambahan pulak kebanyakannya aku guna gambar orang lain.... citarasa, apa yang aku nak tak sama. Kat tempat kita batu kapur ni banyak terdapat di Perak dan boleh jelas dilihat di tepi PLUS highway. Betullah kata St Augustine, "the world is a book and those who do not travel read only a page".

Sesiapa yang bercuti di sini janganlah lepaskan peluang menunggang basikal yang sewanya sekitar 20 yuan sehari...sehari tuuuu. Yang ada bajet lebih ko bergasaklah naik bot pagi petang melawat tempat yang berlainan. Pakej-pakej yang dijual aku rasa agak mahal jugaklah -memang mahal pun- pakej Guilin toYangshuo yang aku ambil ni rm85 seorang, bukan private tour tambahan pulak hotel dan makan kita cari sendiri. Pakej yang sama ni kebanyakannya dijual sekitar 180-240 yuan per pax.

Balik ke bandar Guilin dengan bas dalam 2 jam je rasanya. Anak akak tak menangis ke? Anak aku masa dalam perut lagi dia dah sampai ke Ho Chi Minh 2 kali, Aceh sekali, Surabaya-Malang sekali dan Semarang sekali so ........ alhamdulillah elok je lagipun umurnya baru nak masuk 3 bulan, tak banyak hal. Tapak kaki kiri aku yang sakit ni pun elok je bila berjalan hahahhaha..... tak boleh duduk kat rumah le tu kekdahnya.

Sampai di bus station Guilin aku sepatunya ikut pintu depan tapi pi ikut gate belakang hmmm... jauh jugaklah menapak yang mana sepatutnya aku berjalan dari sebelah kiri hotel. Instead, kami dari Endian Restaurant di hujung pasar malam tu. Takmo singgah situlah, merajuk.

















Guilin, China- part 3

Tags
Inilah biliknya di Cape Hope Hotel. Aku ingatkan takde hot shower rupa-rupanya lambat keluor.

Letihlah kita mama......
Lepas solat dan berehat sekejap terus keluar semula menuju west street. eh, ada yang pandai cakap melayu rupanya. Aku tanya kat mamat yang menjual clip rambut sambil buat demo, how much? shepuluh.. katanya. wahhh terer ko mat. Tanya pulak yang pesen lain terus tak boleh jawab cakap melayu. ngeh. Dia jual klip rambut yang bergetah tu 15 yuan, ingatkan murah dah tapi kat depan orang lain jual 8 yuan aje..ceh!

Pakcik ni melukis menggunakan jari semata-mata


Kesian aku tengok akak ni... mengapalah dia tak pakai sunglass atau penutup muka yang macam dentist pakai tu. Punyalah pedih mata mencincang bawang putih dengan cili merah untuk dibuat jeruk. Demi sesuap nasi....

Kami berjalan sekeliling kawasan tu sampai hujan turun. Kira latihan untuk tawaf di kaabah le tu kot.

Esoknya ... gambar dari bilik hotel




  I tell you.... sangat cantik! boleh sewa basikal sepanjang hari untuk meronda kawasan Yangshuo ni

Kalau teringin nak melawat gua, padi bukit dan lain-lain tempat pelancongan boleh menyewa bot di sini. Ramai je orang menjual pakej kat tepi jalan.

Guilin, China- part 2

Tags
Hotel yang aku duduk tu tak jual bamboo boat package so kita cari kat tempat lain. Sungguh kelakar la berinteraksi kat sini. Dia tak dapat jawab panggil adik, anak buah kat kedai sebelah. Tak boleh jugak call pulak company yang menguruskan trip tu. Sekampung yang datang nak menjawab soklan kita yang berbahasa omputeh ni. Masyarakat peniaga ni kan, walau bagaimanapun dia tetap berusaha menjual product and services sampai berjaya.

Seperti di negara lain jugak, wakil syarikat akan datang ambil kita di hotel untuk dikumpulkan di satu tempat so kita akan melalui beberapa hotel. Gambar yang di atas ni masa bas dah bergerak. Kata tour guide tu government/developer nak majukan kawasan ni tapi owners of the apartment menolak tu yang ada tulisan memprotes. Hangpa pernah tengok tak gambar apartment yang tak bertangga lagi (kat China juga) disebabkan pemaju marah sangat dengan tuan rumah yang tak mahu berpindah? Kejam sungguh!

Kami dah sampai di Yangdi, jeti tempat menaiki bot buluh. Takde maknanya buluh....plastik jah...boh enjin. Turun je daripada bas berderet peniaga menunggu mana tahu kot kot ada rezeki.... ada yang menjual kacang, kalungan bunga segar yang macam cekak rambut tu...

1 bot diisi dengan 4 orang penumpang. Dah akak sorang ni nakkkkk jugak sekali naik bot dengan aku kenalah menunggu nak cukupkan korum. Anak aku melalak nak menetek pun takde yang offer suruh duduk hmmmm....

Pemandangan yang menakjubkan

Bercutilah ke Guilin ni adik kakak....sangat cantik bumi ciptaan Allah ni. Tengoklah benda lain pulak selain kelapa sawit yang banyak kat negara kita.

Akak ko ni tengah testing camera baru yang ada filter huhuhuu....amik gambar sambil duduk yo kali ni. Baby nak menetek jadi aku bungkus dalam nursing cover corak pua kumbu tu. Terima kasihlah kepada yang menghadiahkan kain batik tu. Tak tahu bila nak pakai kain batik lagi jadi aku buat nursing cover, takdelah tersimpan aje dalam almari. Silalah enjoy dengan gambar-gambar ni...




Pihak hotel jual pakej yang ini tapi kami tak minat. 


Kita akan dibawa berapa kilometer ek?? hmm tak sure pulak aku, kemudian pusing balik. Kami nampak ada orang buat outdoor wedding photoshoot kat kawasan lapang yang cantik di tepi sungai tu. Kalau nak melawat ke kampung-kampung kena tambah duit lagi masa atas bas.

Kami naik bas semula untuk ke Yangshuo. Sampai saja di sana perut pun dah lapar.... penuhkanlah dulu. Restoran muslim ni bertentangan dengan stesen bas. Ada sebuah lagi, lokasinya agak jauh, dipermulaan jalan nak masuk ke pekan Yangshuo ni. Yang seronoknya bila kita masuk ke restoran muslim kami akan bagi salam sebab hanya itulah bahasa antarabangsa yang difahami. Bestlah datang sini di musim bunga nyaman je bila berjalan.

Mamat ni tengah menguli la mien. Dohnya dah disiapkan so bila ada yang teringin dia ulilah. Uli... tarik.. hentak ke meja.. tarik tarik lagi... sampai halus macam mi baru direbus. Kalau nak yang bergoreng pun boleh jugak. Sekali hidang saiz mangkuk nasi kat rumah aku..bakpo nak makan eh? Tabik spring buat amoi-amoi di sini yang mampu menghabiskan semangkuk besar la mien.

Tukang masak ni offer babysit sekejap sementara aku makan. Seronok dia. Ada sambal di bawah nombor empat tu selain kicap. Sambalnya sedap sampai kami beli sorang sikit sebelum balik keesokkannya hahahaa... tak ponah dibuek orang sampai menggeleng sambil tersengih tauke kedai ni. wuiiii... nak mintak tu pun satu hal pulak nak bagi faham. Bawa balik rumah 2 kali makan dah habis, nak kena pergi lagi nih.

Ni la west street yang popular tu....bila malam berdengung macam Legian street di Bali tu

Tahu bersos yang nampak sedap tapi tak boleh dimakan
China post. Di malam hari di pasang lampu menyinari kawasan bukit di belakangnya
Adehhhh..... jauh lagi nak menapak der... kembang kempis hidung aku mendukung budak kecik ni. Itulah akibatnya nak bilik hotel berpemandangan menarik kononnnnnnn. Tapi kalau tak larat boleh je naik teksi atau sewa basikal atau sewa buggy yang comel. Saja berjalan nak menengok tempat orang....

hah! lotih acik!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free