Guilin, China- part 1

Tags
Time to leave Guangzhou uhuk uhuk.... tak berasa terasing bercuti di sini sebab orangnya mesra walaupun english sepatah tak faham. Tambahan pulak diaorang suka tengok baby. Kali pertama di sini tak sama dengan kali pertama di Saigon, di GZ makanan halal mudah didapati, semua barang pun murah dan orangnya baik walaupun meludah sesuka hati heheh...

Yang kelakarnya, time nak bertanya arah dengan polis yang berada di bit polis tu. Katalah kat dalam tu ada 3 orang polis, bila kita bersoal-jawab dengan kawan dia yang dah tentulah terkial-kial nak menjawab, yang lagi dua orang tu buat buat pandang ke lain takpun tunduk. Takut kena soal lettewww.... walau bagaimana susah pun depa akan tolong bagi direction tapi dalam bahasa cinalah kak, tu yang nak tergelak tu...selupa ayam sama itik. Tapi selamat je kami di GZ dan sampai juga ke tempat-tempat yang ditujui...terrer tak? yakinilah saya sebagai guide anda..woha!

 Masa ni umur baby almost 3 months

 Dah sampai di Lianjiang Airport, Guilin. Siapalah yang shoot gambar ni ?? kelam

Plan asal nak naik keretapi petang ke Guilin tapi nak jimat masa kami naik China Southern Airlines. Lagipun kalau naik train petang/malam bukan boleh nampak pemandangan, furthermore it will takes 12 hours. Naik kapal terbang cuma 1 jam 10 minit. Lengang je airport ni tak macam Baiyun Airport.

 Tenang. Pemandangan yang mengagumkan dengan bukit batu kapur. Guilin ni terletak di sebelah utara daerah Guangxi. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati kalau kita spend 4,5 hari di Guilin sahaja tapi mungkin bosanlah pulak kalau lama sangat.

Model di bawah dah keletihan lama sangat kena pegang. Kali ni kami stay di Guilin Oasis Inn. Lokasinya strategik berdepan dengan pasar malam cuma....kena request bilik yang ginilah. Kalau bilik standard yang mana bilik airnya lebih tinggi kedudukan daripada lantai bilik ada kemungkinan banjir macam bilik kami yang kedua. It seems like it always happen tapi diaorang akan cakap ok, we check first.. Plus point-nya staff are helpful and friendly. Minta tukar bilik dia tak bagi, apa yang dibuatnya...cleaner akan lap dan alas dengan kain. Sudahnya kami solat atas katil.

Bilik yang ini memang ngam!
 Barangan yang dijual di pasar malam ni kebanyakannya sama je dengan apa yang ada di pasar malam kita so tak beli apa-apa. Aku ada terjumpa orang jual segala jenis jeruk termasuk kaki ayam.



Malamnya kami makan si Endian Restaurant. Restoran cina muslim yang memberikan pengalaman yang tak menarik. Dahlah salah hantar makanan boleh pulak dia berlakon kata aku order benda tu siap tunjuk kat menu. Dia ingat aku lupa? Aku pun tunjuk la menu yang sebenar (kali ni takde gambar) yang aku order baru dia mengaku. Kami pun menunggu sampai ke akhirnya dapur dah senyap tukang masak pun keluar. Akhirnya confirm dia tak buat, minta maaf dan kata besok datang lagi dan order balik yang itu. Banyak cantik! Pangkah yang ini, lusa nanti kami nak cuba restoran lain. Setahu aku ada 7 restoran halal dekat dekat sini tapi aku jumpa 4 saja.

Yang bagusnya, restoran Endian berkembar dengan masjid dan selesa dan..... hidangkan seteko teh cina. Puas hati akak dapat minum teh o dik.

Melancong ke Guangzhou, China - part 4

Tags
Kali ni kami mengulang ke New Asia dan kawasan sekitarnya sebab ada orang terkilan tak beli iphone semalam hehehh....jadi hari ni jalan-jalan shopping gajet sajok.
Kali ni nampak tak aliens should register your accomodation with authorities .....?? alien instead of foreigner.... dari planet manakah agaknya kami ni ek?
Park

 Selain tulisan jawi di luar bangunan ada juga Bahasa Melayu di dalam, yang aku nampak dekat lif. Aku yakin kalau ramai orang Melayu datang ke Guangzhou ni lama kelamaan para peniaga akan boleh berbahasa Melayu. Mungkin sekadar bahasa perniagaan macam di Ho Chi Minh tu. Orang kita kan suka berbelanja....betul tak? Di Guilin pun dah ada yang pandai sikit-sikit.

Kiranya kami sampai awal pagi tu mengejutkan apek dan amoi bangun tidurlah sebab kebanyakan kedai tak buka lagi. Untunglah siapa yang buka awalkan? Kalau nak shopping elok pergi awal pagi, time nak tutup kedai pun okay gak sebab biasanya akan dapat price yang kita hendak cuma kekadang depa bo layan je. Orang dah nak balik ko baru terhegeh hegeh nak tawar, buat dek je salesgirl tu.

Li Pearl River ....kalau nak naik night cruise ada beberapa jeti yang kita boleh gunakan. Kami tak naik pun sebab nak naik yang di Guilin tu. Berdekatan dengan kawasan barangan elektronik ni ada kedai menjual produk halal macam makanan ringan; kacang badam yang paket kecik tu 3= 10 yuan, menyesal tak beli banyak dan ada at least 3 halal restaurant.  Tapi tu lah, saiz hidangannya mak aiiii.... ompek orang pun tak habih makan.

 Kawan aku tu order apakebende yang berbunjut tu...akak tengok dalam tv9 sedappppp je dia makan...-katanya. Order lah kak, nanti teringat-ingat pulak. Aku boleh makan 2 ketul je, husband aku 5 dan dia 5 jugak kot. Lagi setengah pinggan? tinggal. Kalau bergoreng mau jugak tekak aku ni rasanya...ni berkukus, tak lalu akak dik non. Hos tv tu ditaja, kalau tak sedap pun wajib kelihatan AMAT menyelerakan. Puas hati kak? waakakkakaka.....

Then kami ke Haiyin, dapatlah kamera compact yang lama kuidamkan. Dalam kepala nak beli Canon atau Nikon tapi bila ada yang beli Samsung dual lcd akak pun terjebak jugak. Takde bergambar di sini sobab hujan lobek amek.

Malam tu kami ke Xiobei lagi, nakkkkkkk juga makan di Bosphorus malangnya queue panjang lagi. Kalau ramai beratur mungkin sedap bangat ye tak? Lain kalilah kot :(   Tunggu rombongan lain ke Guangzhou shopping sampai pengsan. Di sini kita akan share meja dengan sesiapa sahaja, tak dapek nak ekslusif doh sebab restorannya kecik tapi pelanggan ramai. Tak dapek nak bebughak macam kek kodai mamak, minam teh secawan sembang sampai 3 jam.

Kali ni kami makan di Pizza to Pizza. Jangan risau nasi pun ada. Pizza saiz S sama dengan saiz M di Malaysia. Orang-orang cina dan arab ni dasyat betul bab makan, kalau dia order yang di atas ni tambah dengan salad sorang semangkuk + air lagi.... boleh habis 2 orang makan!

Di luar kawasan restoran, selain peminta sedekah yang kelihatannya semua orang Islam :(( (tak tahulah betul-betul miskin ke tak), ada penjual toys, money changer, kedai produk halal dan penjual manisan ni. Sangat manis okey..... aku beli sekadar nak merasa dan dengan harapan muka aku akan bertambah manis -sila muntah- hahahahah.... Dijual dengan harga rm45 sekilo, beli jugalah sepotong tu ha sebab nak merasa. Diperbuat daripada segala jenis kekacang dan kurma, buah kiwi pun ada. cehhh!!...kecur ayaq lioq! Ada dua orang yang berniaga manisan di sini tapi entah kenapa aku tak tawar lansung main setuju jek.

Masa kami nak turun ke metro, ada sorang makcik lengkap berjubah tersenyum manis berjalan laju ke arah kami. Ingatkan dia nak naik metro jugak rupa-rupanya nak minta sedekah! serba-salah, teringat satu poster di Bali yang menghalang meminta sedekah:

"Kami bukan tidak mahu memberi tetapi kami tidak mahu kamu berterusan di jalanan"

Apa-apapun terpulang kepada diri masing-masing. Kalau kita dah bajet dalam setiap percutian nak derma certain amount kepada sesiapa termasuk anak yatim dan masjid, kalau habis allocation tu tak perlu terkilan lagi. Yang pastinya di Bali memang susah nak jumpa peminta sedekah.

Melancong ke Guangzhou, China - part 3

Tags
Kami breakfast dengan Nestum 3 in 1 saja lepas tu terus jalan. Hotel Guangzhou Minhong  tu cuma 2 stesen je nak sampai ke Guangzhou Railway Station tapi berjalan kaki dari hotel ke Xicun station dalam 8 minit. Agak jauh bagi kaki shopping.

Mereka ni tidur di sini agaknya, tak sejuk ke?

Hari ni misi mencari apa ek?? owh...all about bags. Dari GRS kami ke stesen bas ni..ala ala Puduraya tapi taklah terpengap kat bawah tu. Di sebelahnya ada pusat membeli-belah so dapatlah membeli t-shirt anak-anak jugak. ehh...kata nak cari beg? sebenarnya boleh je kalau nak berjalan kaki dari sini tapi merembes peluh jugaklah kan so lepas singgah di Meibo Sports kami naik teksi ke leather centre. Tak ada apa-apa pun kat Meibo yang terletak sebelah masjid Saad Abi Waqqas tu...macam office supplier barangan sukan je nampak gayanya...best lagi Pertama Complex.

Beratus/ribu kedai kat dalam ni, aku ke sini aje tak dayo nak jengah kesemuanya. Dah set kat kepala nak beli beg tarik so cari yang itu sajalah. Dah survey di KL harganya rm250. Nak beli masa kat Indo dan Vietnam sudahnya kat sini jugak harganya memuaskan hati. Tak payah nak tawar sangat macam kat Saigon tu...barang di sana pun dari China jugak. Yang ultra light tu lagilah murah tapi aku taknak yang berzip. Jom la ke sini kak ooiiiiiiii.....!!!

Then? Cari kain pasang. wallaweiiiii..........beribuuuuuuuu kedai kain, ko sebut aje jenis apa. haha...tipu...kena tulis cina tak main la sebut sebut, tak fahamnya dia. Yang di jalan utama tu tempat jual borong saja, nak yang dijual runcit kena datang sini dan di bangunan sekitarnya. Aku masuk satu bangunan saja dan di lantai atas juga di kebanyakkan kedai cuma ditunjukkan sampel, kain digunting di tempat lain. Aku order 4 pasang tapi lepas sejam dapat 2 pasang jek. Walaupun dia bagi resit masa kita bayar sebelum potong tu.....tulih cino mano den paham. Patutlah bayar sikit je huhuhuu.... Sempatlah aku berbual-bual dengan tauke kedai sementara menunggu staf dia amik kain. Aku ni yang lenguh tangan mendukung my prince baringkan anak atas gulungan kain. wahhhh...suka si mamat tauke kedai dan staf dia. Nak tahu macam mana kami berborak?

Guna google translate kat smartphone dia hahahah.... antara soalannya:
baby berapa bulan?
nak berniaga?
kenapa beli 4 meter? Nak buat baju kurung
dia pun tet tet..baju kurung. Tak tahulah apa yang di-translate dek google, berkerut je dahi dia hahah...

Jangan tak percaya..dalam bangunan ni...

Kedai kain lagi... jom la kak ke sini (racun! racun!) :)))

Seronok tengok suasana perniagaan di Guangzhou ni. Tak kira di pusat jualan kain atau barangan elektronik sentiasa sibuk dengan pergerakan manusia dengan basikal dan troli. Betullah kata Rasulullah, tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China.

Kami sentiasa diberi keutamaan tempat duduk tapi memilih berdiri sebab turun lepas satu atau dua stesen je. Dalam metro, bas, menunggu lampu untuk melintas jalan semua orang guna telefon yang slide tu, yang sleek dan menggoda....takde sapa heran dengan norkiah tekan tekan aku ni ...norkiah torchlight husband aku laaagilah takde sapa pandang hahahah....eh, dia beli iphone5 lah, rm270!

wow! lagi dalam daripada lubang kubur...
ramainyalah orangggggg....

Malam ni kami makan di Narjes restaurant (resto Turki). Nak makan di Bosphorus tapi penuh pulak. Yang kuperhatikan tiada orang perempuan di kesemua 5 restoran di sana. Kami makan pizza dengan nasi, nasib baik order pizza small kalau medium sampai malam esok pun tak habis!

Melancong ke Guangzhou, China - part 2

Tags
Lepas makan kami mencari baju raya anak-anak pulak..wawawiiiiii.........banyaknya bajuuuuuuuuu.....
Kedai pertama yang aku masuk, amoi tu terus cakap one no sell! maksudnya kok nak solai yo den tak jua. Di GZ ni pusat wholesale setiap jenis barang berlainan tempatnya dan satu-satu tempat tu sangat besar. Hampir semua barang ada di GZ, yang tak dijual cuma mak ayah. Kalau nak beli sedikit carilah di sekitar kawasan wholesale tu. Dah cakap omputih dia tak faham ko cakap je melayu...last last guna calculator jugak.
Tulisan jawi di sini, juga ada di pusat elektronik. Mengapakah di Malaysia negara rasminya islam tulisan jawi tak diperkasakan? Tak pandai jawi macamana nak membaca al quran bang?

Selain motor jenis ni takde kapcai dan motor racing di GZ untuk mengurangkan/mengelakkan kes ragut.

Adoiii geram la tengok baju gegirl, beli jugak sehelai untuk anak buah yang hampir sebaya dengan my baby. Nasib baik ada anak saudara dapat jugaklah melepaskan gian. Untunglah si Husna tu....pergi kemana-mana pun teringat nak beli something untuk dia.

Selain bas biasa ada juga bas elektrik. Kalau bas jenis ni kena ikut jalan yang berwayar tu je lah. Bagusnya kurang pencemaran alam. Sistem pengangkutan awam di China sangat efisien, banyak dan menepati masa. Nak pergi sampai ke Beijing naik keretapi pun boleh tapi sanggup ke nak duduk sampai 21 jam? Plan asal aku ke Guilin naik train aje tapi bila ada baby aku think twice, 12 jam tuuu....

Perut dah kenyang tapi nak juga merasa roti ni. Makan masa panas sedaplah, kalau dah sejuk dengan polident sekali tanggal. Guna tepung gandum kot dicampur dengan daun sup dan garam. Makanan halal tak susah nak cari di GZ. Makan je apa yang ada asalkan halal. Aku rasa makanannya semua sedap kat sana. Kami tak loyal dengan 1 kedai je, dari Xinjiang, Uigur, Turki, Arab semua bedal. Asalkan ko tak cerewet benar nak makan macam yang omak ekau masak, semua akan ok. Review yang aku baca di sesetengah blog makanannya tak sedap tapi aku tengok gambarnya macam best jek, di restoran besar lagi. Kami makan di restoran biasa saja yang penting enak. Cuma, kesemua restoran yang kami pergi yang takdak jual minuman kecuali yang dalam botol.

Kalau beli yang ini anak aku boleh pergi ke tadika sendirian berhad hehehee....

Then kami ke Beijing Lu. Ya rabbi......ramainya manusia, di GZ saja entah berapa puluh juta sampai bergesel punggung bila masuk kedai. Dia orang tak heran pun dengan perempuan bertudung sebab kat sana pun ramai muslim tapi sangat suka tengok baby. Ada yang berbisik sambil tunjuk-tunjuk anak aku, ada yang cakap kuat-kuat babyyyyy....... aku senyum je lah. Seronok jugak dengan situasi tu tak macam kat Vietnam dulu, aku yang memboyot disuruh bangun dari kerusi sebab tak beli air daripada dia, hampeh. Apa nak buat, dah kerajaan depa benarkan satu keluarga satu anak saja. Tu yang suka sangat bila ternampak baby, sampai tertoleh-toleh.


Pintu masuk zaman dedulu yang dikekalkan sebagai bahan sejarah. Google lah sendiri ya zaman dinasti apa. Maleh acik.

Tentera sulu? Makcik ni jual mahal sangat

Ramai orang kata sate kambing di GZ sedap sampai termimpi bila balik Malaysia. Memang sedap pun, besar, lembut dan berempah tapi sedap lagi daging kambing yang di restoran. Dijual dengan harga 3 yuan secucuk. Tak tahulah aku kalau local people pun bayar harga tu juga ataupun lebih murah. Tempat pelancongan ni beb. Mamat yang jual kacang sebelah dia pun menjual lebih mahal daripada harga kat Malaysia walhal produce kat sana.

Pernah baca kartun A. Mamud dalam majalah Gila-gila tak? Bila tengok rambut mamat ni teringat kat kartun tu hehehh... putih dan berketul badan dia, kalau buat rambut macam Nuar Jen pasti meletops!
Last sekali kami pergi ke pusat barangan elektronik. Kononnya nak masuk New Asia tapi dah tutup pulak so singgah kat Nam Fang ni, itupun tinggal beberapa booth saja yang masih buka. Membeli barang di awal pagi dan time nak tutup kedai memang best. Rembat mp5 dan psp kat sini.

Dah puas hati dapat apa yang dihajatkan anak-anak kami pun pulang ke hotel. Owhhh time kami pergi ni berlansungnya Guangzhou trade fair so room rates pun berlainan. Berhajat benar nak ke sana...Tan Sri Syed Mokhtar dah pergi tahun 1970an lagi...apakan daya tidak pergi jua. Kali ni jadi tourist le noks bukan traveller so tak bolehlah kakiku melangkah sesuka hati.

Nampak tak tulisan kuning berlampu tu? Dia tulis...
aliens must register with the authority bla bla bla...

alien dia panggil kita, sungguh kurang asam!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free