Mengukur jalan

Tags
I'm going somewhere membawa si bobot ni sekali and me will spik no english. And no facebook too... (peraturan apakah ini?)
 
buntang mato si ujang ni, hmmm...white balance pun tak betulkan

Anak-anak aku mengirim tak hengat!

Mari tonton sejarah...dan sejarah tidak pernah menipu

Tags
Masih dalam mood mengundi....ala 5 tahun sekali nak sembang pun.

Biasolah kannnn, bulan puasa kita bercerita tentang ekau nak makan apo potang karang? Malam kang semayang kek mesojid mano? Bilo nak ghayo ceghito pasal ghayo, bilo nak mengundi kita pakat-pakat ceghito tentang mengundi pulak. Dah betahun masalah air kek kampung kau sampai nak cebok pun payah, tak yo selosai selosai yo laie... nak pangkah yang itu jugak ko? osah soba ae ekau kan?

Kali ni nak tunjuk video la pulak tapi kita bukan jenis yang ittewwww.... orang yang sebegittewwww kalau ada kes rogol atau cabul di kawasan perumahan dia, pi tangkap dia dulu sebab dia suka tengok video lucah, mungkin dia ketagih nak melucah. Yang pastinya Anwar Ibrahim tak pernah disabitkan rasuah wang dan harta benda; dan kelihatannya juga mempunyai keluarga yang mempraktikkan islam secara keseluruhannya. Kes liwat dia pun tak sangkut.

 Di awal video ko akan nampak polis yang lengkap bersenjata macam nak lawan pengganas Sulu menerjah masuk ke dalam rumah. Tendang pintu beb, tu belum yang masuk masjid dengan berkasut mengejar orang  berdemo. Itulah permulaannya pihak polis 'dibahasakan'. Sebelum peristiwa tersebut orang hormat kepada pak polisi secara amnya.

Kepada adik-adik yang masih menetek  ataupun yang masih pakai spender kartun masa ni di tahun 1998, bawak bertenang, tonton video ni, berfikir dan nilaikan sendiri kenapa dan mengapa Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang kuat hingga sekarang. Beliau jugak mempunyai hubungan yang baik dengan seluruh pemimpin negara Islam.

Hentikanlah mengangguk sahaja dan menelan terus dari utusansex dan berita tv3suku tu. Kata bekas komander yahudi antara kelemahan orang Islam adalah kerana tidak mahu mengkaji. Rajin-rajinlah membaca supaya kita tak ditakut-takutkan oleh orang yang nak hilang kuasa. Kita orang biasa ni tetap akan bekerja macam biasa, kais setiap pagi makan hujung bulan, yang menggelupur orang yang nak disemak harta dan dikorek rahsia. Kita tetap hidup macam biasa.

Lain-lain blog yang menarik tentang politik/sosial dan raja/sultan boleh baca di sini:
http://kingofgoblok.blogspot.com
 http://duniacacamarba.blogspot.com
 http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/04/kenapa-melayu-perlu-undi-pakatan.html
 http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.ae/
 http://tunkushahriman.wordpress.com/2009/11/26/the-johore-military-forces-the-oldest-army-of-malaysia-regulars-in-the-peninsula/
 http://malaysiacrisis.blogspot.ae/
  http://malaysiacrisis.blogspot.ae/

Aku pun tak suka blog yang memaki hamun tak kiralah BN ke PR ke akibat ketaksuban kepada pemimpin.

SELAMAT MENGUNDI!!!! (aku nak minyak turun 7hb Mei 2013. Amin)


Marilah mari...menambah ilmu

Tags




1. Doktor Umum/A doctor in the house- Dr Mahathir Mohamed
Beli yang soft cover ni murah sikit RM60 dan dapat membership discount. Ada kerabat aku yang ahli parti pemerintah di Kedah memey tak berkenanlah kat dia ni tapi aku kata baca ajelah sebagai menambah ilmu. Banyak yang kita boleh ketahui dari 963 mukasurat tentang pengalaman awalnya terjebak dalam politik sehingga pengakhiran jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 walaupun pastinya ada yang kita tak setuju. 

Dia jugak ada mention yang orang politik BN pun tak berani sembarangan dengan Tan Sri Rafidah Aziz heheheh..... aku tengok lipstik merah dia pun dah tahu akak tu laser tapi lasernya bersebab. Dr M pun pernah perli dia dalam sokkabar toksah dok ngongoi bila dah kalah kekekkeek.... ni time kak Pidah kalah kepada kak Zaharah di Perhimpunan Agung UMNO. Dr M jugak ada kata (sindir) nak jadi wakil rakyat yang merangka/luluskan undang-undang tak perlukan pelajaran tinggi. Sebab tu calon PR wajib ada minimum diploma yang sah dan bukannya dari degree mills..

Walaupun Dr M ni banyak jasanya tapi dia jugalah yang kata time Rasulullah dulu takde Gillete sebab tu diaorang bela janggut. Dan pada aku jugak, cara berkempen dia masih dengan cara menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan dalam buku dia tu dia ada tulis pada tahun 1960/70an orang-orang Cina telah memenangkan parti Pas dalam salah satu pilihanraya. Semua orang terkejut pada masa tu. Sekarang, kisah tu berulang bilamana bangsa lain membawa bendera Pas semasa penamaan calon, yang akhirnya menyebabkan ROS (malam sebelum tu) telah memberi keizinan kepada DAP untuk menggunakan lambang roket. hmmmm....... kalau DAP menang dengan lambang bulan 'depa' malu besar beb! Kato kawan den, naik roket poi ko bulan memangkah, tak payah timbang-timbang laie hehehehe.......

Anyway, bagus buku ni. Bacalah secara istiqamah ye. Pueh nak ngabih an.

2. Syed Mokhtar Al Bukhari- a biography
Mengisahkan permulaan hidupnya. Bapa dan datuknya nya yang berhijrah dari negara antah berantah untuk penghidupan yang lebih baik. Kisah dia menjual daging lembu, naik lori jadi supplier beras, diulit kesenangan sampai kereta nak kena tarik. Katanya juga, kita ni kalau nak mula berniaga tak boleh berpisah terus dengan kaum cina sebab mereka mempelopori bidang tu. Dia jugak ditipu dalam kontrak dengan peniaga cina masa mula-mula dulu. Biasalah bila novice, macam aku masa memula jadi landlord yang novice dulu. Sekarang dah cenge.

Iyalah, ini cerita sebelah pihak saja tapi berdasarkan apa yang aku pernah baca mengenai peniaga lain sebelum ni turutannya tetap sama, susah dulu senang kemudian dan bila dah senang kengkawan pun kebanyakan orang-orang yang sekufu jugak. Syed Mokhtar dah ke Canton Fair tahun 70an lagi-ketika muda. Dia jugak ada mention orang yang berketurunan syed ni dulunya biasa diberi jawatan yang baik bukan disebabkan pendidikan yang tinggi sebaliknya dikatakan keturunan nabi hhhmmmmm... Pastinya dia mengatakan tentang orang lain sebab dia tak pernah bekerja dengan orang lain selain bapanya.

3. Mydin Disebalik Tabir
Yang ini tipikal mamaklah yang biasa orang kata berkira dengan duit tapi aku memang dah faham sebab apa. Dari India ke Penang kemudian ke Terengganu, pindah pula ke Kuala Lumpur. Bapanya masih tinggal di apartment 600++ kaki walaupun duit bertimbun. Dalam buku ni kita belajar bagaimana mereka tak akan mengatakan sesuatu barang yang diminta tu TAK ADA dan sentiasa menyediakan note book dalam poket. Bukan notebook yang gen Y faham tu.

4.  Berani Tanpa Segan- Tan Sri Abdullah Ahmad
Orang politik jugak dulu ni. Aku suka tulisannya yang berdasarkan pengalamannya yang luas di dalam dan luar negara. Tentang kebimbangannya dengan sistem pendidikan di Malaysia, english tak dapek, bahaso melayu ontah ke mano.

Dia tak hairan kenapa Pas berkeras tak mahu bekerjasama dengan UMNO sebab dulu Pas dah join UMNO tapi masa tu UMNO kuat, ada masalah di dussshhhhhum-nya....Pas. Kalo ko nak berbaik semula? Mestilah nak berfikir panjang kan? Takpun control delete terus.

5. Secangkir Teh Pengubat Letih- Hasrizal Abd Jamil
Buku pertama ustaz ni yang aku beli bbertajuk Aku Terima Nikahnya. Yang ini pulak tentang pengembaraannya di Turki, sistem hafazan di Turki dan persahabatan yang dijalin semenjak belajar di Jordan.
6. Rindu Bau Pohon Tin- Hasrizal Abd Jamil
Kehidupannya sebagai pelajar di Jordan. Tentang sesetengah ibu bapa yang menghantar anak-anak ke tanah Arab dengan harapan menjadi 'manusia'.

7. Dari Hamparan Shamrock- Hasrizal Abd Jamil
Pengalaman hidupnya semasa menjadi Minister of Religion di Belfast di usia yang masih muda, tentang orang Arab yang suka carik pasal dan prejudis Barat terhadap orang Islam.

Ada lagi 1 buku tentang pemimpin politik yang bijak dan alim tapi aku rasa penulisnya terlalu taksub dan aku tak menghabiskan bacaan. I tak sukerrrr walaupun partinya aku suka.

Buku-buku yang baru dibeli semasa jualan murah di Popular last week. Kesemua ni plus 2 buku latihan PMR baru RM70.60 sajo. Bila tahunlah nak habis membaca buku Warren Buffet tu. Azab aku nak membaca buku omputeh 707 pages.

Aku masih mencari travelog Ust Zaharuddin Abd Rahman dan kalau ada sesiapa yang nak menjual MURAH buku Tan Sri Teh Hong Piaw (sorry kalau silap, bos Public Bank) dan buku Steve Job. Nak yang 2nd hand ke 3rd hand ke...janji murah dan elok.

Tolonglah....

Tags
Tolonglah berkempen cara lain!

Gutter politic slammed! -The Sun apr 11,3013 page 7

Blogger Papagomo nak release (dah keluar pun tapi bukan nuar beraheng) another sex video yg kununnya dilakonkan oleh nuar beraheng tetapi DITOLAK oleh BN components party seperti Penang Gerakan Legal Bereau chief, BN Pulau Tikus coordinator and Pulau Tikus incumbent cum lawyer atas alasan mahukan kempen yg bersih, tidak mahu tersangkut dlm hal perundangan dan mahu memfokuskan kpd masalah rakyat dan rasuah. Ahli komponen yg lain macamana?

Bahaya kalau sex maniac berada dlm masyarakat, ideanya cuma sex dan fitnah. Letih! Dia ni bukan aset tapi liabiliti kpd parti. Kalau nak release jugak make sure gambar colour dan cahaya sekata

 -----------------------ini yang aku pos di mukabuku-----------------------------------------------

Toloooonggggg sekali lagi. Aku ada anak kecil dan remaja. La ni aku tak bagi depa menonton berita (yang dulunya aku suruh hadap) dan baca suratkhabar arus perdana selain education section.

Kalau benar video beliau atau siapa siapa pun diedarkan, technology face replacement boleh digunakan. Aku ada tertengok dalam Malaysia Hari Ini semasa hos tu interview those guys yang menang di Hollywood. Kalau tak silap dia buat part of Ang Lee's film, alaaaa filem baru tu yang hujungnya Pi.

Yang aku hairan sangat :
1) Ada gambar menari berpasangan yang dikatakan TGNA semasa muda - aku YAKIN fitnah

2) Dulu cerita liwat 1 & 2. Dua-dua kes kantoi. Kes pertama 3 kali tukar date sebab kesemua tarikh yang dicanangkan kondo tu tak wujud lagi dan orang yang mendakwa tu matinya ...... dok spital how to sorok? kalau kek rumah buleh la sonyap an yo. Anak tanya liwat tu apa? so macam mana nak jawab? cer kabo...


3) Dah tak liwat video sex pulak. Hoiii!!!! tak boleh fikir benda lain ke wei ??? Yang sebelah sana dok keluarkan fakta bergambar berdasarkan Audit Report dan kronologi kes. Tak boleh counter balik camtu ke?

4) Kenapa orang Melayu banyak jual ubat kuat? Iklan ubat sex bersepah dalam majalah

5) Kenapa orang Melayu kalau buat jahat pun yang tak menguntungkan dunia akhirat? contohnya merogol anak sendiri, meliwat, hisap dadah, meraba, mencuri kat rumah orang, memfitnah, sekarang advance buat video lucah bla..bla.. kalau cina (apa yang dikhabarkan didalam akhbarlah kan) rompak bank, kedai emas, tipu share berjuta-juta ...sekali buat kerja bertahun boleh menyorok tak payah buat kerja macam cerita James Bond 007 tu. Aku bukannya menyokong perbuatan jahat dan berdosa tu tapi kerja penjahat Melayu takde nilai. Adakah sebab ubat kuat yang dijual di pasaran oleh orang Melayu?

6) Kenapa orang Melayu tak boleh memandang dan melihat perbezaan antara kedua-dua pemimpin? Solatnya, penjagaan akhlaknya, menutup auratnya, pergaulannya, makan minumnya.... bukan ke ada someone yang dihormati mengatakan "kalau nak tahu mengenai seseorang itu lihatlah insan disekelilingnya". Orang yang solat subuh berjemaah dan bagi tazkirah subuh kita kata sesat, yang terkinja-kinja, mewarisi harta judi, arak dan riba kita sanjung pulak

7) Kalau video ni hanya ciptaan, ya Allah besarnya fitnah. Jenuh la ko nak mati nanti. Dan kalau video ini benar dengan isterinya, ko apahal nak skodeng apa dia buat dengan bini dia?

8) Kenapa kempen-kempen KOTOR ni orang Melayu yang buat???? MCA/Gerakan/DAP takde pulak idea sengal ni. why? WHY? WHY?????????

Aku mampu mengubah dengan tangan tapi tiada upaya pada 5hb Mei 2013 nanti. Kini aku cuma mampu menbenci dengan hati. Hinanya....itulah selemah-lemah iman.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rTvdvNNiCVI

Face replacement


Get your face




Geng Bas Sekolah ke Aquaria KLCC

Tags







Semester break

Tags
Mu gi mano cuti sekolah hari tu?

Ambo dok di ghumah jah sebab anok bujang ambo kelik. Ambo nok pandang muko dio puas2. Dia balik den pun mulo la masak lasagna dan spagetti sebab 3 orang je dalam rumah ni yang suka western food.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free