Saigon lagi derrrrr

Tags
 Ramai orang minat shopping di Ho Chi Minh kan? Yang belum berkesempatan tu mesti dah pasang angan-angan. Ada orang lakinya tak bagi pergi sendiri kena ada guide. Tak kisahlah tu yang penting cik puan dan tuan di dalam gambar ni sangat gumbira penghabih duit beli kain baju. 

 Kain diaorang ni main lipat dan banyak yang bidang sebesar 60 inci so kalau kita nak buat baju kurung dia akan bagi 3.5m saja. Kedai rapat-rapat, kalau nak beli kat kedai A jangan jeling kedai B sebelum selesai memilih di kedai A nanti kena sound. Si amoi tu suka betul mengusik sorang budak lelaki dalam group aku sebab dia tembam. Biasalah orang Malaysia terlebih makan, vietnamese jarang-jarang jumpa yang gemuk.

Mereka kutempatkan di Tan Hoa Ngoc dan aku di AVA, jauh sikit but still behind Ben Thanh market. Silaplah bagi depa dok sini takde service basuh baju cuma yang bagusnya terletak di sebelah kedai makan muslim Champa yang juga menjual pakaian dan tudung. Kami mengulang makan di sini ajelah, Hjh Basiroh untuk breakfast. Sebelah Hjh Basiroh pun ada kedai makan baru tapi harga sembelih leher punya, sekutu VN Halal. Orang sini makan macam-macam siput, yang cengkerangnya cantik-cantik tu...erkkk kat kedai halal pun ada, halal ek? Tak tergamak den nak makan.
 hahahaa..... aku ingatkan aku dulu tak dapat naik sebab gomok rupanya dia pun tak lepas, kena angkat dek bapaknya. 

 Merasai pengalaman masuk terowong vietcong. Kita lalu sekejap je mereka dulu hidup dalam ni sampai 20 tahun. Lagipun terowong yang dibuka untuk pelancong ni dah dibesarkan saiznya untuk accomodate saiz westerner dan pelancong-pelancong obes. Dah dibesarkan pun rasa sempit susah nak bernyawa, kalaulah terpaksa tinggal dalam ni nauzubillah. Semua orang bertepuk tangan bila brother baju biru tu berjaya melepasi cabaran hehehehh..... meleleh-leleh peluhnya bila sampai ke atas semula. huiii ingat senang ke nak membongkok kalau kita tinggi dengan perut yang besar.

Then ke War Remnant Museum. Untuk gambar-gambar lain sila baca entry aku sebelum ni.
 Vietnam War - adakah Amerika pemenangnya?

 Tiger Cage untuk menyeksa orang-orang yang melawan tauke. Dulu takde C4 jadi diseksalah dalam kurungan yang bersaiz harimau, terpaksalah mencangkung sepanjang masa. Dalam satu kurungan tu bukan mencangkung sensorang ye kena share dengan banduan lain, kejam sungguh. Tempat potong kepala pun ada.

Kenangan pahit di sini, lens cap aku hilang pulak dahhhhh.... aku rasa semua lens aku dah pakai cap tiruan sekarang ni.

  I tell u, bau kueh yang makcik ni jual punyalah harum macam bahulu. Aku suka yang kecik tu, yang leper macam waffle garing sangat. Lokasinya dekat Saigon Square.

 Dikala anak tuan puan leka bermain ipad, iphone dan psp anak orang ni terpaksa mengikut emaknya berniaga. Ada 3 orang di bawah tu.Yang dalam gambar tu bukan mak dia.

Suka sangat dengan corak kain-kain ni tapi malangnya 4 pasang kain dan baju kurung manik tu orang kirim :(
Ole-ole untuk keluarga: T-shirt dan set baju baby, boxer untuk anak bujang, beg Crumpler, seluar renang, pelampung budak, t-shirt vietnam, bola, hammock. Boxer tu murah je RM5 sehelai, lepas tawar menawar aku ingatkan rm5 tu untuk setepek 3 helai heheh...anyway saiz yang besar sikit kat Reject Shop harganya RM16 sehelai. Kualiti dan design boxer tu lebih baik daripada yang aku beli di Surabaya. Bola tak bagus, baru main beberapa kali dah hilang colour la ni dah terkopek-kopek. Hammock tu sampai la tak bergantung lagi hmmmm....bukan main mengirim lagi lah orang rumah aku tu kan.

Tamat sudah ke oversea tahun 2012 ...........

Banda Aceh 2012

Tags
Assalamualaikum.
Tahun 2012  teman ke Aceh lagi. Tempat yang dituju sama saja malah berkurangan sebab tetamu nak pergi tempat yang penting bersesuaian dengan tujuan mereka ke sana. Juga yang berbeza adalah tempat tinggal kami. Di Banda Aceh aku tempatkan mereka di Hotel Medan dan aku....biasalah, hotel yang dulu cuma on the first night aku menyewa bilik yang ada aircond sebab yang lain-lain penuh sempena cuti Maal Hijrah.

 Kapal PLTD Apung dah ada pembaharuan datang kali ni. Sebesar-besar kapal ni cuma seorang saja yang dikatakan selamat sebab dia tidur dalam bilik semasa tsunami melanda. Masa aku datang sebelum ni kawasan ni kurang menarik tetapi nampak original. Kapal ni dulunya ditampung dengan konkrit so ada gap antara lantai kapal dan tanah. Sekarang seluruh kawasan dah di tar, ada pelantar mengelilingi kapal dan jejambat untuk mendapatkan pemandangan yang lebih baik. Menara tu pun baru dibina.

Masa kami sampai dah hampir Asar so sebelum azan lagi penjaga kawasan dah minta pengunjung keluar sebab area ni nak tutup sebentar sempena solat. Aku tak pasti bagus/betul/sesuai dibuat begitu sebab bagi yang musafir kami boleh menjamak solat dan sememangnya kami dah solat pun.

Masuk ke sini percuma tapi seperti tempat-tempat lain di Indonesia bayar parking tak miss. 


 Yang ini pun baru dibina

Esoknya kami ke Pulau Weh. Untuk kesekian kalinya aku tak dapat booking Yulias's Inn. Kalau dulu kami sampai dah malam kali ni penuh sebab cuti panjang so kengkawan ku letakkan di Iboih Inn bersebelahan Yulia. Okay jugaklah dok bungalow bertiang tinggi sorang satu, air panas pun ada. Aku tak dapat stay sini atas sebab yang sama cuma O'ong saja kosong.

Turun saja dari van kita boleh berjalan ke penginapan tetapi memandangkan ada warga emas aku minta pihak resort pick up dekat jeti. Sebenarnya servis ni memang ada pun dan percuma untuk penyewa. Oh ya, masa ni kapal lambat tak sesuailah kalau kita nak naik kerna sangaaaattttt lambat sebab dia tak berlabuh di Pelabuhan Balohan atas sebab dinaiktaraf.
Sekejap je naik speed bot tapi kalau berjalan kaki dalam 250m jugaklah

Sebelum check in kami ke pantai Sumur Tiga dulu ambil angin. Aku tak turunlah sobab tanggo ea togak, menggige koting den nanti.


Di Iboih Inn, boleh snorkelling kat depan ni je. Kalau nak dive ada 3 tempat iaitu di Gapang milik dutchman, Rubiah Tirta Divers dan Stefan Sea Sport (Pak Tua). Pak Tua ni cina Klang, ada satu di Perhentian Island pun dia punya. Kalau tak silap dia caj 400k rupiah untuk orang yang takde lesen termasuk equipment.

 Ini di O'Ong. Mula-mula aku nak sewa chalet semi-d tu. Lepas masuk weeeee.......tak berkenan den sebab pintu depan belakang main selak macam tu je, dahlah aku tidur sorang. Langsir pulak takde hohohoooo....takut den. Kok kono skodeng ko, lanun datang ko tak ko nayo.


Lagi satu masalah bilik air kat luar, KOTOR dan dari pintu belakang kami dua-dua penyewa kena share titi ni. Dah le gelap tak berlampu, kalau terjatuh pagi esok la baru orang datang tolong. Masa pregnant ni aku pasti akan bangun terkucil jadi masalah besar di situ. Penyelesaiannya bayar lebih dan pindah bilik, dok bungalow tapi kena tunggu penyewa tu check-out pukul 5. Towel tak dibagi, selimut takde dan sadisnya memalam takde orang kat office atas tu. Gile ahh! Cuma yang boleh dibagi kredit ialah resort di sini walaupun family run dan kecik semuanya menggunakan tilam spring.

 Dok sorang diri cepatlah tidur dan cepatlah terjaga. Apa nak buat terkebil-kebil menunggu siang. Pukul 7 pagi kami dah check out sebab nak mengejar feri, mujur ada feri tambahan di musim cuti ni.


Di depan nun Pulau Rubiah. Tahun lepas ada regatta jadi banyaklah perahu layar yang berlabuh.

Selain masjid Lampuuk masjid Baitulrahman wajib kita pergi kalau ke Banda Aceh. Dua kali kami solat di sini, seronok sebab ramai jemaahnya.

Moh le ke Aceh!

Lewat lewat liwat

Tags
Sejak minggu lepas hati aku berkata-kata, pilihanraya kali ni takde orang kena liwat ke? hahahah

Rupa-rupanya Mingguan Malaysia mendengar suara hati aku dan keluarlah cerita tu semalam. CONFIRM pilihanrayo dah dokek bona. Sokkabar yang satu ni kan membazir je kalau dibeli (aku tak suruh...anak aku la tu nak baca gosip murahan). Semalam aku dah sound dia kalau kita beli newspaper ni dan dia untung dia akan reka baanyakkkk lagi cerita merapu dan fitnah. Biar duit company ni habis bayar saman yang berjuta-juta tu, kita tak rugi apa-apapun. Baca berita/gosip kat internet sudah!

Balik balik cerita liwat dan video seks, kemaruk seks benar nampaknya depa nih. Cerita bekas bendahari parti ittewwww kena saman kat UK nun oleh  para pelabur sebab menipu takde pulak keluar. Orang tersebut dah dua kali sangkut kes menipu ni. Sekali dulu masa pilihanraya yang sebelum ni, dia order barang untuk parti berjuta-juta rm nilainya tapi dia menang kes tu sebab takde black and white. Yang merana vendor dan supplier, bungkus. Susah boto nak pecayo dengan orang politik nih.

Korang rasa kalaulah ditakdirkan kerajaan sekarang bertukar tangan selepas PRU13 ni, siapalah yang nak menggunakan/melayan syarikat ni ek? Macam hampeh! Dengan menyumbat propaganda sampai page 6, penyokong PR dah tentulah tak sokong dia, orang umno yang mahu berfikir pun dah meluat dengan taktik 90an tu (sampai 4 kali der...bodos) , golongan atas pagar macam aku ni laaagiiilah tak koso...

Lebih baik ko dengar lagu Rembau Most Wanted- cer cari kat youtube, terbaik!

Semarang

Tags
Masa kami sampai di Semarang ada juga hajat di hati nak menyambung kembara ke Karimunjawa tapi malangnya hari tak kena. Maksudnya tiada perkhidmatan feri pada hari-hari yang tertentu. Ada hari ferinya ke sana saja ada pulak hari ke Semarang saja so sesiapa yang nak ke pulau tu plan elok elok. Elok jugak tak dapat pergi tu sebab aku takkan dapat dive, snorkelling pun belum tentu. Dari Semarang kalau nak ke Yogyakarta tak jauh mana boleh naik bas.

Pepagi hari menemankan Jard mengepos poskad. Mesti best kan terima poskad dari sesiapa yang sedang bercuti. Aku sendiri dah lama tak terima surat/poskad kecuali surat lawyer, maintenance company, cukai tanah, cukai pintu bla..bla...yang sewaktu dengannya.

Masjid Agung Semarang. Tak solat pun di sini sebab masih pagi lagipun aku mencari 'masjid nabi' sebenarnya. Bos mesej lagi dari Malaysia, pergilah masjid yang orang kata macam masjid nabi tu ... petang tu mesej lagi tanya pergi ke tak? wah wah wahhhh...

Inilah masjidnya- Masjid Agung Jawa Tengah

Payungnya akan dibuka waktu solat Jumaat dan sekiranya ada upacara di sini
Kagum aku dengan masji ni

Aku suka dengan open concept begini dan tak berkarpet

Kemudian kami ke Lawang Sewu yang bermaksud seribu pintu. LS, kediaman gabenor dan ada 1 muzium boleh berjalan kaki je dari hostel Imam Bonjol. Ia dibina di zaman Belanda sebelum diambilalih oleh tentera Jepun dan kemudian dapat dek Belanda semula. Masa zaman Jepun basement dibuat penjara. Kami tak turun ke basement yang dikatakan berhantu sebab kami tak ambil guide. eiii...tak berani akak!

Cuma blok B dibuka untuk lawatan pada waktu ni. Depa kata ada repair work di blok lain. Di bawah blok A ada terowong yang menyambungkan ke kawasan tertentu di Semarang. Sangat menarik bangunan ni. Memandangkan teknologi tahun 1904 yang tidaklah sebaik sekarang bangunan ni masih utuh dan tak runtuh macam stadium kita.

Kalau bergambar kat tengah-tengah pintu ni seolah-olah reflection cermin, sangat menarik.

Akak malu :p

Better to the hell than to be colonized again

Tingkat paling atas. Ada tangga ke loteng, kalau tak mengandung sure aku panjat.


Mereka ditaja oleh Apple

Esoknya free and easy, takde apa nak buat kami ke Pasar Johar membeli ole-ole sikit untuk askar yang tinggal then buat facial mengabihkan maso dan duit sebab flight 5pm. Bila balik ke hostel time makan maggi tak perasan yang tauke dok tengok dari cctv bilik dia.
 Dan dan tu dia keluar tanya, ibu sudah kehabisan uang ya?
eh ngakkkk...bukan begitu
habis mengapa makan instant noodle?
hahha...prihatin sungguh dengan mak buyung ni! yang sebenarnya maggi tu aku bawa dari sini kengkonon nak makan bila lapar tapi banyak pulak benda makan lain yang kami beli so takkan nak bawa balik semua sekali? aku taram sebungkus Jard sebungkus lagi. Lagi 3 bungkus tinggal je kat sana.

Bandar Udara Internasional Ahmad Yani, Semarang. Airport ni kecik je tapi ramai jugak passenger ke KL yang sama-sama dengan kami. Aku rasalah kan, sesiapa yang berhajat ke Semarang eloklah pergi segera sebab syarikat penerbangan biasanya akan menutup laluan yang kurang menarik pelanggan, senang cite tak untung. Kesimpulan yang boleh dibuat untuk trip Surabaya-Malang-Semarang ni, kos private transport di Surabaya adalah mahal.

Masa beratur kat imigresen ada orang tanya beg aku tu tak berat ke? yelah kan kat depan buncit kat belakang ada beban 9kg lagi (berat sebab bawak baju tebal untuk Bromo). Takde hal lah tu... ada lagi 2 trip lepas ni.


Surabaya-Semarang

Tags
Dengan tiket berharga 110k rupiah yang kami beli pada hari pertama menjejak kaki di Surabaya, kami meneruskan perjalanan ke Semarang. Perjalanan mengambil masa 4 1/2 jam dengan berkipas dalam keretapi ni. Yang aircond fully booked. Train yang lain ada tapi lebih mahal dan tak setaraf dengan budget kitorang.
Sepanjang perjalanan ni nampaknya tebu dan tanaman lain banyak yang dah dituai. Nak tidur pun mata tak mahu lelap. Couple yang seat sebelah aku asik beromen jek, baru kahwin agaknya. Nak ku ambil gambarnya obvious sangat pulak. Yang aku hairan orang depan ni tak panas ke tak buka tingkap?

Yang menjemput kami di stesen keretapi Tawang adalah emak kepada tauke hostel. Si emak kata hostel tu anak dia yang punya, biasalah cina ada banyak bisnes.

Dalam meronda-ronda tu aku perasan rumah di sini berpagar tinggi ditambah lagi dengan kawat berduri atau kaca yang dipecahkan. Sebelum ni ada nampak juga di negeri lain tapi tak terkeluar pulak soalan. Rupa-rupanya tahun 1978 dulu ada rusuhan kaum. Semasa pemerintahan Presiden Suharto orang cina tak boleh menyambut upacara, semasa Presiden Gusdur memerintah baru dibenarkan. Sekarang mereka dah mula menggunakan nama cina tapi walaupun menggunakan nama indonesia dan berbahasa indonesia bangsa cina tetap bangsa yang maju di sana. Di Semarang lagilah jelas perbezaan status ekonomi dengan penduduk pribumi. Di sini pemandunya lebih berhemah, tau nak berhenti di lampu merah, takde nak hon bertalu-talu.

 Yang kat kiri ni lah mak tauke. Firstly dia bawa kami ke Gereja Blenduk yang masa tu masih terang. Dia suruh jugak kami masuk so kami pun jengahlah tapi orang kat sana kata udah tutup buk so tak dapatlah kami masuk. Then dia bawa ke klenteng (tokong) yang kat atas ni. Inilah first time aku masuk ke dalam temple. Aku pernah ambil gambar perkahwinan pasangan bukan islam tapi dibuat di dewan.

Beriya-iyalah nyonya tu suruh aku round sekeliling tokong tu tapi aku segan. Orang-orang yang di dalam tokong ni pulak takdelah melihat kami dengan muka pelik, dah biasa dengan pelancong agaknya. Si nyonya jugak suruh kami sembahyang/berdoa macam orang lain tu hohohooo....tak dapek doh. Mungkin dia tak faham.
 Replika kapal Cheng Ho depan klenteng tapi dalam movie cina lain rupa kapal cina lama.
 Apa yang kau fikirkan?
 Kemudian kami dibawa ke Semawis night market di Pechinan area (chinatown). Tak ada apa sangat kat sini. Yang menjual makanan halal pun tak ramai. Aku makan bubur nasi yang mak ajinya dibubuh berasingan, poning kepalo den. Yang sedap sikit pisang lenyek bakar. Kreatif pakcik tu.

 Kami check-in di Hostel Imam Bonjol yang mana setakat beberapa hari ni adalah penginapan yang paling murah dan paling selesa. Enak bangat tilamnya- tilam spring siap ada aircond lagi. Highly recommended kepada yang berbajet ciput. Kalau nak stay hotel pun ada dekat-dekat sini.

 Common area sangat luas and we got free breakfast as well. 1st floor ni saja ada berbelas bilik dengan 4 bilik air yang luas, ada cctv. Bapak luas bangunan ni, depan dan belakang masih ada space kalau nak renovate sampai habis. Ground floor ada convenience store, di sebelah kiri ada bakery dan di sebelah kanan ada restoran western food Steak and Shake, murah noksss....kami makan sorang 2 set hahaha....macam bela hantu raya. Yang buat malunya pulak waiter tu tak clearkan set yang pertama sebelum hantar set kedua hehe...macam kebuluran sangat. Owner hostel -Arianto- helpful dan ramah.

arghhhh....best nya tidur kat sini selepas beberapa malam atas tilam foam.



Berkelana ke Malang mencari pesantren

Tags
Malam kedua kami tidur di Hotel Paviljoen (bunyinya pavilion) yang kami booked on the very first day sebab takut penuh. Hotel ni dibina semasa zaman Belanda lagi and no wifi. Untuk malam ketiga kononnya nak berpindah ke Sparkling Backpackers tapi dah penuh pulak so dok diam-diam kat sini. 

Aktiviti malam ni panggil tukang urut mai hotel. Perghhh.... terbaiklah makcik tu, pandai dia mencari urat belakang aku yang sakit tu.

Di depan hotel ni ada beberapa gerai makan yang beroperasi di malam hari. On the 1st night di sini kami makan bebek goreng, punyalah sedap dan lembut tapi ngam ngam tinggal 2 ketul je, nasi pun akak tu beli kat gerai lain. Kat Surabaya ni aku minum air teh tak masuk angin pulak badan aku ni, heran. Tapi bab kebersihan kiranya kalau kat Malaysia ni aku takkan jejak gerai yang sebegitu. Macamanalah tak kotor, sisa makanan tak kira nasi ke tulang ke kertas tisu ke semuanya disapu ke bawah.
Lokasinya Jl Genteng Besar


Hari ni kami berpisah haluan, Jard ke Trowulan melawat candi kuno sambil ketemu ehem ehem dia kot :-) Aku pulak nak ke Malang melawat pesantren yang famous tu. Dua-dua naik public transport, adventure betul hahaa... Ko bayangkan dari 8.30 pagi kami keluar 10 malam baru sampai ke hotel semula itupun dapat pergi 1 tempat je.

Bila kita susah atau lapar biasanya otak akan menjadi lebih kreatif cuma yang membataskannya hanyalah perasaan malu. Aku kagum dengan kegigihan orang Indo mencari rezeki. Cara begini jauh lebih baik daripada menyanyi tak tentu hala lepas tu minta duit masa kereta berhenti kat traffic light yang biasa kita lihat semasa di Bandung.

Dari hotel kami naik bas dengan tambang 4k rupiah ke stesen bas antarabandar. Dah lupa pulak namanya (Probolinggo kah?) tapi rasa jauh jugaklah. Kalau naik teksi banyak jugak kena bayar. Then naik bas ke Malang dalam 2 jam. Masa aku sampai kat stesen bas tu bas dah nak bergerak dan penuh tapi dia boleh lagi sumbat aku sorang dan dibaginya aku duduk satu seat atas tangga. Tempat konduktorlah tu. Ada seorang penumpang lagi duduk sebelah driver, atas enjin hahahhaa..... teringat aku di zaman dulu masa naik bas SKS ke Seremban. Tak nak beratur lama punya pasal sanggup buat muka kesian kat drebar bas, dapat duduk kat tangga pun takpe walaupun bayar tambang full. Kekadang duduk kat enjin tu (ada seat macam kerusi malas yang ada getah panjang tu). Kenangan betul....memang muka sardinlah den ni.

Seat kat tangga tu walaupun berkusyen standard tapi tak berapa selesa sebab kaki terjuntai lagipun bahaya. Kalau eksiden sah aku dengan driver kena dulu. Nasib baiklah di pertengahan jalan ada orang turun. Yang bengongnya penumpang kat sini hisap rokok dalam bas aircond, rasa nak lepuk je.

Bila sampai Terminal Arjosari di Malang kena naik mikrolet (angkot) ke Terminal Gadang pulak. Mikrolet ni selagi tak penuh dia tak jalan. Penuh pulak dikira sampai ko berhimpit dan kat pintu ditambah bangku kayu supaya penumpang duduk kat situ. Yang hampeh dalam panas berkuap tu ada pakcik selamba badak hisap rokok. Lomeh den! Sepatutnya tambang 5k je dia tekan sampai 7k. Dari TG naik bis yang tulis Malang-Turen-Dampit dan turun di Gedok atau Pasar Turen. Aku turun di Pasar Turen sebab konduktor bilang turun di situ. Bila turun je dari bas berkerumun tuan ojek sampaikan aku tak boleh bergerak. Nak tak nak aku naik jugaklah ojek mamat neh yang aku yakin mahal cajnya- 15k ke pesantren tu. Tak pernah aku naik motor dengan jejaka lain selain my roomate. Bang, dia tak hensem.

Sampailah sudah ketempat yang nak dituju......... Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri 'Asali Fadlaailir Rahmah (bos siap mesej suruh gak aku pergi sini, macamlah dokek bona). Yang sebenarnya dia terkilan tak dapat pergi.
 Pintu masuknya. Gambar diambil dari dalam kawasan pesantren. Kat luar tu ada gerai menjual jajan dan buah-buahan segar yang aku rasa dari kawasan Batu.


 Bangunan ni belum siap sepenuhnya. Dibina oleh pelajar/bekas pelajar dengan berdikit-dikit. Ada banyak ruang di dalamnya siap kolam mandi pria dan wanita. Bangunan ni unik, kalau rumah sendiri aku takkan design begini, takut sebab banyak sangat bilik.

Depan motor tu pintu masuknya



 Ada warning yang berbunyi:
1) Ini pondok pesantren bukan tempat rekreasi. Muslim mohon berbusana muslim
2) Ini pondok pesantren bukan tempat wisata. Bagi pria dan wanita dimohon tidak bergandingan apalagi untuk bermesraan di semua tempat.
 
Aku rasa perkara ni sangat basic. Macam kita masuk masjidlah, kenalah tutup aurat. Kat rumah Allah pun tak takut apa nak jadilah dengan masyarakat muslim sekarang ni. Bab bergandingan tu kat masjid KLCC pun ramai buat gitu.

 Tempat lepaking yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Kenapa kat tempat kita nak kecoh bila Kelantan/Terengganu asingkan cashier lelaki dan pompuan? Kat Jepun pun ada buat macam tu. Sekarang KTM komuter pun dah ikut walaupun ada gak yang tak reti bahasa.

Di dalam pintu tu ada beberapa akuarium dengan ikan yang besar yang menghala ke toilet lelaki. Ada juga tangga ke tingkat atas. Apa yang ada di atas sana wo puche tau.

Aku ke sini memang tutup aurat dah tapi disebabkan aku berselipar aku lupa nak bawak stokin. Masa aku nak solat zohor aku try nak pinjam telekung sorang makcik ni tapi dia tak bagi sebab katanya dia ikut rombongan. Takpelah. Then aku try kat sorang makcik lagi, dia pun tak bagi. Ya Allah....marah dan sedih okay. Aku blah dari ruang solat tu nak sejukkan hati. Lepas beberapa minit aku datang balik and try my luck again kat orang muda baya aku jugak, kali ni berjaya. Mudah-mudahan si fulan tersebut dibalas segala kebaikannya. Takkanlah ketua rombongan nak tinggalkan orang yang sedang bersolat makcik ooiii...

Aku keluar time Asar. Wahhh....kali ni lagi suspens sebab takde transport nak keluar. Aku teragak-agak nak tumpang bas persiaran lokal sebab penuh. Dalam tercangak-cangak tu aku ringankan mulut bertanya, nasib baik brother jaga parking tu boleh hantarkan. 5k je sampai Gedok. Naik ojek sambil bersembang. Macam-macam soalan ditanyanya aku, dari mana tahu tentang pesantren sampailah tanya asal mana? Bila aku bilang orang Malaysia terus dia kata, "saya mikirin ibu orang sini...." hahaha....terus tanya aku kenal Ella ke tak ayolahaiiiii..... bayang ella pun aku tak pernah nampak.

Berulanglah kembali kerja bertukar-tukar angkot tapi kosnya lebih murah cuma 3k seiap kali. Kali ni kononnya nak balik ke Surabaya naik train tapi dahlah sampai stesen time senja tiket habis pulak adoiiiii.... bila dah malam hati mula cuak. Naik mikrolet yang lain pulak ke Terminal Arjosari. Bila sampai di stesen bas yang di Surabaya tu cuma 1 bas je yang lalu dekat hotel (katanyalah). Dahlah menunggu atas bas sampai sejam bergerak pulak slow motion. Yolah tu lalu dekat hotel, jauh menapak derrrrr.... kena menyeberang jalan, lalu rumah orang (kawasan yang macam kat Jogja tu), lalu bawah bangunan yang tak siap dan gelap (nasib baik ada orang kat gerai makan bawah tu), melintas jalan lagi baru sampai hotel. Perut pun dah lapar tapi gerai bebek akak semalam dah bungkus, meleleh air liur den teringat bebek muda tu.

Badan sangat letih ...........zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free