Surabaya - Mount Bromo

Tags
Lama betullah aku tak update blog sampaikan beberapa bulan lepas Youne tanya, "apo kono dengan blog ekau?". Ni tengah rajinlah ni tu yang dapat sambung balik cerita Vietnam- cerita basi. Yang sebenarnya masa aku balik dari Ho Chi Minh aku tengah 'mabuk'. Ye...aku loya dan aku tak boleh nak mengadap laptop nih. Everytime aku scroll je kepala aku pening. Memula ingatkan sebab aku makan mi pho daging setiap hari masa kat HCM-aku memang tak boleh banyak makan daging. Lepas buat medical check-up confirm ada orang dalam perut, cancel trip Jakarta aku 6hb depan. Rasa macam nak pergi jugak sebab 2 hari 1 malam je tapi pantang Melayu tak lepas lagi pantang Cina pun tak selesai jugak, sabar je lah.

Trip ke Surabaya hujung bulan September ni sepatutnya bersama dengan my roomate tapi ada hal lain pulak so dia terpaksa cancel nasib baik cik Jard nak ikut, ada gak kawan.

 Sampai je di Juanda Airport driver dah menunggu. Dia bawa kami round bandar Surabaya sebelum singgah makan di restoran D'Cost. restoran ni terkenal dengan harganya yang berpatutan. Di Bandung pun ada. Kami teragak-agak sebenarnya nak makan di mana tapi memandangkan aku pregnant waktu ni so aku decide makan nasi kalau tak belakang aku mesti sakit masuk angin. hahha....bukannya perut yang sakit. Dan aku perlu makan nasi on time. Mengada.

Selepas mengisi perut kami ke House of Sempoerna, tempat produksi rokok. Dari tingkat atas kita boleh melihat dengan jelas pekerja kilang tengah memproses rokok dengan pantas. Setiap orang mesti menggulung sekurang-kurangnya 400 batang rokok per jam. Kalah mesin weh! Tapi tak boleh ambil gambar. Aku tekan jugaklah shutter tu aisehh...berbunyi pulak so staf yang menjaga bahagian atas tu siap check kamera aku.

 Di Indonesia ni budak kecik pun hisap rokok. Korang ada tengok tak video budak umur 2 tahun yang ketagih hisap rokok tu? gila!

 Kotak mancis yang pelbagai yang berinovasi sejak mula-mula diperkenalkan. Kalau tak silap rokok Sempoerna ni dah diambil-alih oleh Philip Morris.

 Toilet pun dihias dengan pembalut kotak mancis.

 Seingat akulah, tahun 80an dan 90an dulu uwan aku pakai macam ni lah, berkebaya dan berkain batik di rumah.

Apahal pulak pakcik tu tunjuk kat aku? suruh ke belakang kot
Di kedua-dua belah muzium ni ada tempat tinggal anak pengusaha rokok ni tapi sekarang dah dijadikan kafe yang disebelah kanan nun. Pihak muzium juga ada menyediakan bas pelancong untuk pusing-pusing bandar siap dengan tour guide tapi aku rasa kalau driver ko dah bawa meronda tak perlulah naik bas tu lagi...buang masa je.

Perjalanan di teruskan menuju ke Gunung Bromo. Dah tak ingatlah berapa jam sampai atas gunung tu tapi yang pastinya aku dah terlelap tapi dua kali terjaga bila tayar van termasuk ke dalam lubang dalam gelap pekat tu. Pada waktu tu aku akur dengan nasihat supir kami yang first tu tak bagi aku ikut ke Penanjakan naik jip sebab jalannya teruk. "kamu hamil, ngak usah ke Penanjakan sana. Nanti kalo ada kecemasan susah". Frust okey...... tak rezeki, kena mengulanglah nampaknya.

 Kami nginep di Hotel Yoschi- ambil yang standard room je, kena IDR370k sebab peak season katanya. Kat bilik ni takde air panas, kalau nak jugak mandi air panas kena mandi di bilik air luar. Tapi tak koso la den nak mandi kek luar nun.... aku tadah air dalam kolah dan mandi sepantas yang mungkin. Sojukkkkkkkk

Masa tidur malam tu pun pakai baju berlapis siap snow cap, stokin dan balut dengan cadar sekali hahahha....
Jard, pukul 3 atau 4 pagi dah chow ke Penanjakan nak tengok sunrise. Jelous nya tengok gambar dia. Kalau nak ke sana ambil air sembahyang siap-siap. Oleh kerana Jard sorang je nak pergi so aku mintak pihak hotel 'sumbatkan' dia dengan trip orang lain so tercapailah hajat dia dan dia tak perlu bayar banyak. 5 orang passenger ko dalam jip kecik tu. Balik tu dia kata nasib baik aku tak ikut sebab jalannya teruk kekadang berlaga kepala dengan bumbung.

 Masa kami sampai malam tu cafe ni dah tutup tapi aku punyalah teringin nak makan kentang kat sini. Depa claim 'the best potato dishes in 20 years'

Kalau ikut schedule kita akan breakfast selepas trip ke Penanjakan dan Mt Bromo. 

Yoschi termasuk dalam hotel bajet. Kalau nak hotel yang boleh nampak Mt Bromo yang aku ingat Bromo Permai dan Lava View tapi siap duitlah. Kalau pergi dengan famili sangguplah aku membayar ke situ.

Ho Chi Minh: Meronda lagi sebelum pulang

Tags
Orang Vietnam suka minum style gini. Kopi vietnam memang sedap, Kapal Api tak boleh lawanlah. Aku yang tak minum kopi susu pun boleh jadi ketagih. Makanan yang famous adalah 'pho'. Kalau teringin boleh cari yang halal. Roti gulung pun banyak dijual tapi aiyakkkkk.....digulung dengan daging khinzir (entah entah anjing erkkkk)

 Letih jugak berjalan tapi berbaloi dengan pengalaman yang akan kita dapat. Daripada bersupir all the way lebih baik jalan kaki, dekat je pun. Ini cathederal yang sentiasa masuk dalam list Ho Chi Minh's attractions. Penjajah datang bersama agamanya sekali.

 Saigon's pos office sebelah cathederal

Di dalamnya

  Tempat jualan souvenir di kiri kanan pintu masuk

 love it! love it! Beli jugak konon nak bagi orang tapi terasa sayang pulak. First aku jumpa benda ni kat Yogyakarta awal Januari tahun lepas

 Park di tengah bandar- sungguh mendamaikan

 Nampak tak coach tu? Tangan dia takde sebelah tau. Kat belakang stadium ni ada deretan kedai menjual alatan sukan, banyak yang imitation. huyaii...macam ayam dengan itik nak membeli barang, main tekan calculator jek. Yang menariknya di sebelah stadium ni pulak ada kedai Adidas yang original.

 Water Puppet Show. Kami tak jejak.

 Lawa ok! Dimana-mana negara miskin pun tetap ada yang kaya malah super kaya pun ado....



Ho Chi Minh: a visit to War Remnant Museum

Tags
Pagi esoknya kami naik bas ke Cho Bin Thay tempat jualan barangan secara borong. Aku berkenan la kat satu helmet budak, bila tanya harga kat tauke tu boleh dia jawab, NO SELL! Osah keminih ea diaorang ni. Balik dari pasar ni kena kencing dengan drebar teksi Vinasun. Dibawanya kami ikut jalan tepi sungai yang jauh tu walhal masa ke sana sekejap je dah sampai naik bas ikut jalan biasa.


 Walaupun tarikan utama kebanyakan kita ke Saigon ni adalah shopping shopping dan shopping kain baju .... janganlah lepaskan peluang untuk melawat muzium yang istimewa ni. Istimewa kerana ia memaparkan kekejaman tentera Amerika di zaman perang Vietnam dulu. Kalau tengok filem Hollywood depa je lah yang menang padahal the truth is the opposite. Baca juga keratan akhbar yang disertakan yang pernah disiarkan di serata dunia. Murah je tiket masuknya 15k vnd.

 Mangsa agen orange


 Sedihhhh sangat tengok gambar yang tengah tu. Kalau korang dah jadi mak orang you'll feel the same.

Janin cacat yang diawet

Seronok ek dapat bom orang? Askar-askar Amerika yang pergi berperang tak kiralah di mana-mana pun termasuk Iraq pada akhirnya kebanyakan mereka terpaksa meminta bantuan kerajaan/NGO untuk terus hidup. Tak caya bacalah sokkabar/internet.

Aku pun tak pernah teringin nak jejak muzium kalau ke mana-mana except Muzium Tsunami di Aceh dan teringin jugak nak ke Lovre Museum di Peranchis. But i can assure you a visit to this War Museum is really worth it.

Ada banyak lagi gambar tapi tak koso den nak upload bebanyak, kena lawat muzium tu untuk dapat feel. Masa kami pergi on weekdays tu orang tak berapa ramai itupun kebanyakannya western tourists. Bukan nak tipu tetapi lelaki perempuan mesti merah mata. Untuk Americans, lebih bagus kalau mereka melawat muzium ni sebelum ke Chu Chi Tunnel supaya depa tak tengok video kat sana sambil gelak-gelak dan mengomel itu propaganda Vietnam.
Anak askar dia pun dilahirkan cacat. Askar ni menang kes mahkamah tapi akhirnya dia bunuh diri.

Keluar dari sini aku rasa dah pukul 3 petang, lapar yang amat. Lepas tapau makanan untuk kengkawan aku keluar balik, menapak mencari sesuatu yang menarik. Cik kak tak nak ikut, "dah lotih dah haa..." kato dio. Aku bila sampai rumah baru rasa letih.







Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free