Cuti-cuti Malaysia...Penang



Cuti sekolah wehhh geng bas sekolah pun nak pergi bercuti jugak. Oleh kerana kami pun dah lima bulan tak balik Kedah so we decided untuk ke Pulau Pinang, menyelam sambil minum air. Seronok anak-anak bila diberitahu akan ke Pulau Pinang - Unesco World Cultural Heritage City.

Jambatan hasil idea Dr Mahathir Mohamed, terpanjang di Asia Tenggara

Inilah sekolah ayah dulu ..... ayahnya membuka bicara bercerita zaman tok kaduk.

Tempat tujuan pertama ke Bukit Bendera. Dari jam 6.30 pagi my husband drive kita bagi dia berehat kat atas bukit ni. Kalau terus ke penginapan sure tertidur. Rupa-rupanya seumur hidup dia tak pernah naik Bukit Bendera walaupun dulu pernah bersekolah di sana. Untunglah kan aku ajak.

Parking tak jauh mana tapi perlu turun naik tangga. Parking fee rm4 

Tembok tu dah laaaama sangat dibina. Hebat betul tenaga orang dahulu kala kan? Entah berapa ramai pulak yang dah terkorban

 Ini coach terbaru, laju sangat tak syok. Aku suka yang aku pernah naik tahun 1987 dulu yang second version, puas memandang sekeliling.

Anak dara aku dah sama besar dengan maknya so kena tambah lagi 1 dewasa+ 2 kanak-kanak. Orang ramai macam semut dan kebanyakannya turut sama membawa geng bas sekolah. Bagusnya, counter service pantas.

 Laluan menegak, mencungap kereta aku kalau dipaksa naik sebegini tinggi. Massa naik bukit ni kami dapat berdiri di tengah so takde apa sangat yang dapat dilihat.

Tren berhenti sekejap saja untuk menaik dan menurunkan penumpang. Lagi cepat servisnya lagi ramai manusia yang boleh diangkut lagi banyaklah untungnya. Tren berhenti jugak di stesen di pertengahan jalan untuk menaik/menurunkan pekerja dan penduduk yang tinggal di kawasan perbukitan tu. Uikkk... tak tukar lagi agong depa nih.

Tuuuuu dia Pulau Pinang! Tak sejuk pun kat atas ni.

 Mahal melambung landed property di sini. Di zaman sekarang ni cuma orang kaya je dapat duduk celah hutan, yang biasa biasa duduklah berhimpit tengah kawasan lapang. Sungguh! Banyak bungalow di celah rimbunan pepohon nan hijau di sini. Kagum aku. Gigihnya mereka mencari duit.

 Bukan sejak 4 tahun kebelakangan ni jer orang kita keluar dari sini seperti yang digembar-gemburkan di media, laaaama dah. Aku setuju sangatlah kalau foreigners cuma boleh membeli hartanah yang berharga melebihi 1 juta ringgit di Malaysia sebab selain kekurangan kawasan untuk dimajukan sebagai kediaman (property developer nak untung lebih pun iye jugak) mereka ini juga penyumbang kepada kenaikan harga rumah. Syarat yang ada sekarang foreigners hanya boleh membeli hartanah yang berharga melebihi rm500,000 which is equivalent to 156,000 usd, celah gigi diorang je tu.

 Monyet jinak

 eiii geliiiii...!!

Ada yang bijak mencari rezeki dengan menjual belalang

 Ada yang memberi servis fotografi bersama ular. Ko berani? Aku tak hingin

I guess this is a new product, an Owl Museum
 Only adult has to pay rm10 each children under 12 y/o free tapi aku rasa macam tak berbaloi pulak, mungkin aku tak berminat kot sekadar membuat lawatan kanak-kanak sekolah.

 Boleh belikan untuk birthday CT tahun depan nih, lagi besar dari Chopard yang dulu



 Kesemuanya bermotifkan burung hantu

Kids area

 Burng hantu yang ini jugak lawa

 Prayer time....... wahh bos macam pegawai JKR sedang membuat lawatan tapak. Aku nampak perempuan Arab tu solat tak tutup kaki...mazhab lain boleh ek?

Nak turun dah ...

 Kek Lok Si Temple. Rasanya masa zaman sekolah dulu ada pergi Tokong Ular

Kami singgah makan minum di kawasan Pemandangan Indah, boleh naik lagi ke atas sana sebenarnya. Sekarang ni musim buah-buahan terutama durian tapi aku tak beranilah nak membeli 'durian branded ni'. Kat banner tu ditulis durian branded, aku ingatkan handbag LV je barang branded.

Sebagai peminat durian tegar aku dah merasa banyak jenis durian. Orang kata durian di Penang (yang banyak ditanam dari Balik Pulau) sangat sedap. Tak tahulah kan, lain orang lain tekaknya. Aku rasa antara perkara-perkara yang membuatkan harga durian tersebut begitu tinggi selain rasanya ialah cara marketing dan kedudukan pokok durian tersebut di lereng bukit dan di tepi jalan. Tuan pokok kena upah orang pasang jala atau ikat tali pada setiap buah durian supaya tak masuk ke dalam gaung. Kan kos tu? Pernah jugak aku merasa durian yang sangat montok hanya seuulas dalam seruang tapi boleh makan dua ulas je, kenyang. Tak syok.


Then kami ke pasar malam di Pondok Upeh, jalan menghala ke MRSM Balik Pulau. Best jugak pasar malam ni aku siap beli tudung dua helai. Aku beli syria yang berharga 10 hengget je senang nak lempar dalam washing machine. Tak pernah aku dapat harga tu. Aku siap sms sorang kawan bagi tau dia tudung brand PH dia 20 ringgit je kat sini. Dia balas, tipuuuuuuuuuuu huaaaa......... hahhahahah.....goma amek den.

Lepas tu kami check-in kat rumah pakcik yang dari dulu tak pernah keluar dari kuarters guru di sana. Ko bayangkanlah dia dah duduk situ masa my hubby sekolah menengah.

mama kata duduk hotel ada swimming pool?
hotel la ni, hotel bajet... ada kolah je

bersambung .......... akak nak poi kojo nih, bawak orang shopping raya. Nak ikut? Boleh join trip hujung tahun.

Post a Comment

0 Comments