Euro 2012: Germany's training ground

Tags








WOWWW.... patutlah dah ke semi final!

Jerejak lagi

Tags
Assalamualaikum.

Tak habis lagi cerita Jerejak Rainforest Resort nih... ini pun hanya sebahagian gambar. Kita tengok bilik standard ye.
Kettle, tv pun ada cuma phone line out masa tu
with big bathroom

 Kami makan di tempat berangin ni sambil memantau anak-anak di kolam renang

 Adult pool

 Kids pool

 Yang ada bendera warna-warni tu kids room, boleh main psp

Aku suka resort ni... mungkin akan ke sini lagi tapi lambat lagi la kot.



Jerejak Rainforest Resort @ Penang

Tags
Mari kita sambung kisah di Penang nih... sorry la lambat, akak gi Saigon -nanti kita story mory- balik dari sana ada pulak beberapa aktiviti yang kena attend ditambah dengan badan aku ni yang rasa semacam je sejak balik dari sana. Jenuh la anak-anak aku take turn mengurut belakang sampai ke hari ni, selalunya tak macam gini pun sampai aku kata kat my hubby ada termakan benda-benda yang tak halal ke? ishhhh....nauzubillah, atau nak kena check bp ke? eiiii.....mintak dijauhkan segala penyakit.

Dari Pulau Pinang nak ke pulau yang lain tapi dekat ya amat cuma jetinya tak setentang dengan resort.


10 minit je dah sampai

Seronok juga di sini, kalau setakat nak take a short break okay juga, ada banyak outdoor activities yang boleh dibuat disini. Waktu berlepas ferinya berjadual ya dan kita boleh ulang-alik ke sini sesuka hati, yang penting jangan terlepas last ferry. Kalau nak dijemput di waktu yang lewat pun boleh juga kena buat special arrangement with a special price :-)

 Bilik kami di belakang bilik yang ini. Bilik standard saja.... kalau nak bilik executive and superior di atas bukit, kena naik buggy.

 Boleh sewa basikal meronda sekitar resort ni atau melawat tempat-tempat yang jauh sikit tapi eloklah  pergi berkawan sebab agak sunyi.

 Tempat lepaking between rooms

 Morning views

Nak memancing pun boleh with min 3 hours

 Depan tu je pun Queensbay Mall

Di belakang bilik macam-macam ado .......


 Reception yang tak tahu dimana receptionist-nya di tengah malam ni. Masa kami bercuti di sini ada 9 orang student dari Bandung tengah buat practical, waduh waduh.... ke Penang juga harus ngomong Indo buk. Aku rasa macam tak cukup staff je resort ni tapi servis ok la. Agak kelam kabut jugalah masa check-in dengan guest yang tertinggal purse, yang tak boleh debit card...

Yang paling gempakkkk .......
 the buggy!! hahhahah.... no plat kat depan JPR2 belakang JPR3 heheh. Dapat jugak naik akhirnya melawat bilik-bilik di atas bukit. Kat atas sana ada lagi satu pool dan spa.

 Dekat sangat dengan seberang sana. Nampa tak yang putih tu? haaa.... itulah obor-obor. Tak boleh mandi air laut di sini selain kotor penuh dengan obor-obor.


 Ini cafe, terang dan jelas depa sokong Germany, semua staf pakai t-shirt Germany

Semasa si bapak dok menunggu anak-anak di kolam renang aku terpaksa melayan seorang budak ni naik basikal. Asalnya dia nak cycle sendiri tapi basikal untuk budak takde pulak, so akulah yang jadi mangsanya carry dia..adehhh! Konon nak pergi jauh tapi selepas je bangunan di bawah ni jalan dah makin sunyi siap ada monyet makkkkkk..... jom patah balik! Kalau reramai takde hal punya boleh melawat prison lama.

Ada satu group tu depa gi trekking dengan guide. Kat dalam hutan ni jambatan gantung. Selain daripada tu boleh juga bermain panah, ATV pun ada. Semuanya starts at 9am. Cuba check website depa nak tahu aktiviti lain.
Dekat bebenor wehhhh



Cuti-cuti Malaysia...Penang

Tags
Cuti sekolah wehhh geng bas sekolah pun nak pergi bercuti jugak. Oleh kerana kami pun dah lima bulan tak balik Kedah so we decided untuk ke Pulau Pinang, menyelam sambil minum air. Seronok anak-anak bila diberitahu akan ke Pulau Pinang - Unesco World Cultural Heritage City.

Jambatan hasil idea Dr Mahathir Mohamed, terpanjang di Asia Tenggara

Inilah sekolah ayah dulu ..... ayahnya membuka bicara bercerita zaman tok kaduk.

Tempat tujuan pertama ke Bukit Bendera. Dari jam 6.30 pagi my husband drive kita bagi dia berehat kat atas bukit ni. Kalau terus ke penginapan sure tertidur. Rupa-rupanya seumur hidup dia tak pernah naik Bukit Bendera walaupun dulu pernah bersekolah di sana. Untunglah kan aku ajak.

Parking tak jauh mana tapi perlu turun naik tangga. Parking fee rm4 

Tembok tu dah laaaama sangat dibina. Hebat betul tenaga orang dahulu kala kan? Entah berapa ramai pulak yang dah terkorban

 Ini coach terbaru, laju sangat tak syok. Aku suka yang aku pernah naik tahun 1987 dulu yang second version, puas memandang sekeliling.

Anak dara aku dah sama besar dengan maknya so kena tambah lagi 1 dewasa+ 2 kanak-kanak. Orang ramai macam semut dan kebanyakannya turut sama membawa geng bas sekolah. Bagusnya, counter service pantas.

 Laluan menegak, mencungap kereta aku kalau dipaksa naik sebegini tinggi. Massa naik bukit ni kami dapat berdiri di tengah so takde apa sangat yang dapat dilihat.

Tren berhenti sekejap saja untuk menaik dan menurunkan penumpang. Lagi cepat servisnya lagi ramai manusia yang boleh diangkut lagi banyaklah untungnya. Tren berhenti jugak di stesen di pertengahan jalan untuk menaik/menurunkan pekerja dan penduduk yang tinggal di kawasan perbukitan tu. Uikkk... tak tukar lagi agong depa nih.

Tuuuuu dia Pulau Pinang! Tak sejuk pun kat atas ni.

 Mahal melambung landed property di sini. Di zaman sekarang ni cuma orang kaya je dapat duduk celah hutan, yang biasa biasa duduklah berhimpit tengah kawasan lapang. Sungguh! Banyak bungalow di celah rimbunan pepohon nan hijau di sini. Kagum aku. Gigihnya mereka mencari duit.

 Bukan sejak 4 tahun kebelakangan ni jer orang kita keluar dari sini seperti yang digembar-gemburkan di media, laaaama dah. Aku setuju sangatlah kalau foreigners cuma boleh membeli hartanah yang berharga melebihi 1 juta ringgit di Malaysia sebab selain kekurangan kawasan untuk dimajukan sebagai kediaman (property developer nak untung lebih pun iye jugak) mereka ini juga penyumbang kepada kenaikan harga rumah. Syarat yang ada sekarang foreigners hanya boleh membeli hartanah yang berharga melebihi rm500,000 which is equivalent to 156,000 usd, celah gigi diorang je tu.

 Monyet jinak

 eiii geliiiii...!!

Ada yang bijak mencari rezeki dengan menjual belalang

 Ada yang memberi servis fotografi bersama ular. Ko berani? Aku tak hingin

I guess this is a new product, an Owl Museum
 Only adult has to pay rm10 each children under 12 y/o free tapi aku rasa macam tak berbaloi pulak, mungkin aku tak berminat kot sekadar membuat lawatan kanak-kanak sekolah.

 Boleh belikan untuk birthday CT tahun depan nih, lagi besar dari Chopard yang dulu



 Kesemuanya bermotifkan burung hantu

Kids area

 Burng hantu yang ini jugak lawa

 Prayer time....... wahh bos macam pegawai JKR sedang membuat lawatan tapak. Aku nampak perempuan Arab tu solat tak tutup kaki...mazhab lain boleh ek?

Nak turun dah ...

 Kek Lok Si Temple. Rasanya masa zaman sekolah dulu ada pergi Tokong Ular

Kami singgah makan minum di kawasan Pemandangan Indah, boleh naik lagi ke atas sana sebenarnya. Sekarang ni musim buah-buahan terutama durian tapi aku tak beranilah nak membeli 'durian branded ni'. Kat banner tu ditulis durian branded, aku ingatkan handbag LV je barang branded.

Sebagai peminat durian tegar aku dah merasa banyak jenis durian. Orang kata durian di Penang (yang banyak ditanam dari Balik Pulau) sangat sedap. Tak tahulah kan, lain orang lain tekaknya. Aku rasa antara perkara-perkara yang membuatkan harga durian tersebut begitu tinggi selain rasanya ialah cara marketing dan kedudukan pokok durian tersebut di lereng bukit dan di tepi jalan. Tuan pokok kena upah orang pasang jala atau ikat tali pada setiap buah durian supaya tak masuk ke dalam gaung. Kan kos tu? Pernah jugak aku merasa durian yang sangat montok hanya seuulas dalam seruang tapi boleh makan dua ulas je, kenyang. Tak syok.


Then kami ke pasar malam di Pondok Upeh, jalan menghala ke MRSM Balik Pulau. Best jugak pasar malam ni aku siap beli tudung dua helai. Aku beli syria yang berharga 10 hengget je senang nak lempar dalam washing machine. Tak pernah aku dapat harga tu. Aku siap sms sorang kawan bagi tau dia tudung brand PH dia 20 ringgit je kat sini. Dia balas, tipuuuuuuuuuuu huaaaa......... hahhahahah.....goma amek den.

Lepas tu kami check-in kat rumah pakcik yang dari dulu tak pernah keluar dari kuarters guru di sana. Ko bayangkanlah dia dah duduk situ masa my hubby sekolah menengah.

mama kata duduk hotel ada swimming pool?
hotel la ni, hotel bajet... ada kolah je

bersambung .......... akak nak poi kojo nih, bawak orang shopping raya. Nak ikut? Boleh join trip hujung tahun.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free