Alone, in foreign land



Stepping out from my hotel i bumped into middle easterner, indian, pakistani and so on. Even at one of the counter in the hotel, apart from local people servicing clients, a foreigner being stationed there.

Aku berjalan sepanjang jalan ni melihat sekeliling yang kurang sibuk dengan kenderaannya kerana orang belum habis bekerja lagi agaknya. Ada banyak hotel dari pelbagai gred tapi agak kotor di sepanjang jalan di depan nun. hmmm bilalah orang negara ni nak berubah agaknya? Kalau takde PBT macamanalah agaknya?

Memasuki hotel yang di depan ni pintu dibuka oleh seorang lelaki yang kelihatannya seperti berasal dari Pakistan atau Uzbek. Yang melepak di lobby pun seghoman jugak but the receptionist is a Malay girl. Hotel sederhana, ada parking bay di sebelahnya which is not owned by the hotel yang kurasakan kita bayar per entry. Ok la dok? kalu bayaq per hour lagi mahai. Kat depan sana pun ada tempat parking kereta yang dibayar sekali masuk. Senang la kepada sesiapa yang nak menyewa hotel area sini.

Aku jalan lagi dan aku nampak betapa majunya negara yang aku lawati ini. LRT sebelah hotel dan shopping mall saja, nak masuk north-south highway pun dekat. Shopping mall yang ini berkembar dengan hotel berbintang 4/5 jugak, just opposite hotel yang aku kunjungi tu. Tak berkenan shopping mall yang ini boleh naik LRT ke tempat lain. Kalau LRT tak sampai ke tempat yang nak dituju boleh naik monorail, boleh jugak naik KTM komuter kalau nak berjalan jauh sikit. Kalau teringin nak ke pantai timur pun boleh je naik bas ekspress yang mana stesyennya sangat dekat dengan hotel ni.

Aku terus berjalan, ada beberapa pusat jualan borong di sini. Pasti barangannya banyak yang diimport dari negara China. Pekerja di sini berasal dari Bangladesh, sangat fasih berbahasa tempatan. Berbeza dengan orang yang selalu keluar kat tv tu. Di kedai borong yang lain ada jugak aku nampak orang Indonesia, mereka juga bekerja di kedai menjual handphone. Di kedai-kedai makan pun orang yang berasal dari sana jugak. Mana orang tempatan ek?

Uishhh.... bahaya betullah lalu kat tempat jual kain baju nih, terbeli juga sehelai tudung. Sebenarnya nak banyak helai tapi dok menahan nafsu. Di bahagian luar ada orang berjualan kain pasang dan telekung so dia try dia punya luck,
telekung kak, tengok dulu kak...
takpelah dik, telekung dah banyak

bila aku dah ke depan sikit aku dengar dia cakap kat kawan dia, kalau dah banyak buat apa datang sini? Memang nak kono lado betullah mulut budak tu. Dah la bukan orang tempatan. Pengalaman aku bercuti ke negara dia orang tak pernah pulak kena laser macam tu, manis dan sopan merayu adalah.

Berjalan kaki seorang diri ditengah kesibukan manusia asing bercampur dengan tempatan tidak pula aku terlihat warga Afrika, di malam hari mungkin? Ada jugak yang bermain catur, aktiviti yang sama mereka lakukan di tempat asal mereka. Yang jual buah pun bangsa dia jugak hmmmm....

Betullah, agak efisyen sistem pengangkutan di negara ni. Dengan membayar 1.60 naik monorail sekejappppp je aku dah sampai ke gadget centre. Orang yang datang sini memang tujuannya membeli handphone, computer, camera, lenses and bla bla bla... maybe dalam 80% yang keluar dari sini menjinjit barang. Kat sini para penjualnya dari banyak bangsa jugak seperti India, Pakistan, Myanmar/Nepal (i tak sure), ada yang jadi coolie ada yang jadi tauke.

Selepas mendapat apa yang aku nak aku pun begogeh la naik monorail balik sebab dah jam 9 malam. Sempat pulak singgah beli fidge magnet seperti kebiasaannya bila melancong ke negara orang.

All the landmarks in this big city...nenas, bangunan Sultan Abdul Samad, Petronas Twin Tower, Kl Tower, bunga raya, lrt... all in one.

Baru sampai ya bu, ibu dari Indonesia ya...Jakarta?
woiii...den dari Somban lah!

cisss..!! fridge magnet pun Bangla yang jual!


Post a Comment

2 Comments

  1. hahaha.. dari indonesia bu?

    nnt jgn lupa calling2 me if ogt backpackers punya adventuer. hehehe. nice meeting u at the conference!

    ReplyDelete
  2. hampagas hahahhaa...

    sure jard, i'm chking on the train tix and all the related stuff, a few more. will email u soon

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.