Kerja kerja kerja!

Tags

sudah rindu mau ke sana lagi, akhirnya ...

Bercuti di homestay?

Tags
Assalamualaikum.

You all pernah tak terfikir nak bercuti di homestay? Di negeri Sembilan ni adalah beberapa homestay yang terkenal seperti Homestay Lonek dan Laman Bangkinang di Batu Kikir, Kg Pelegong di Labu,  Laman Ejo di Seri Menanti, Felda punya tapi tak ingat nama di Jempol. Di area lain i tak sure.

Konsep homestay ni sebenarnya kita duduk dengan tuan rumah. Kalau kita sewa sebuah rumah yang tak bersama tuan rumah itu dah dikira rumah tumpangan. Dengan bayaran tertentu yang dikira perkepala kita akan disediakan tempat tidur, makan dan dibawa menikmati aktiviti menarik yang ada di sesuatu tempat tersebut seperti menoreh getah, persembahan tarian dengan muzik tradisional, aktiviti bersawah, mandi di air terjun dan sebagainya. Kalau kita ni duduk flat/apartment, mak ayah kita pun duduk apartment jugak eloklah kita cuba something different. Merasalah jugak duduk di kampung melihat ayam itik.

Aku tertarik dengan sebuah homestay di Penang tapi selepas dicongak waktu tiba dan nak berangkat, tolak masa meronda lagi.... rasa macam tak berbaloi pulak nak stay kat situ kali ni. Sure, next time nak try tidur di situ sebab ia menjanjikan pengalaman yang berlainan. Anak-anak aku sure suka.

Aku tengah berurusan dengan seorang pengurus homestay ni, kalau nak ambil gambar bila-bila pun boleh tetapi kalau boleh aku nak ambil gambar semasa ada tetamu yang agak ramai, siap dengan penglibatan mereka dalam aktiviti di tempat tersebut. Meriah uollllsss !! Tunggu je lah.

I am taking part in HostelBookers 7 Super Shots

Tags

Many travel bloggers have posted their great photos so ‘I am taking part in HostelBookers 7 Super Shots‘ too... just for fun! Risau jugak kalau tok guru terlihat nanti dibilangnya, ini saja gambar terbaik kau? or gambar begini kau kata terbaik? alamak, jatuh merudumlah semangat aku.

Jenuh aku menggodek dvd, mencari gambar-gambar vacation in Bali tapi tak berjumpa so ini sajalah adanya. Kebanyakan gambar ini diambil di Sabah. Hai orang Sabah, dah sampai ke belum kat tempat-tempat ni? Jom tengok!

A photo that…takes my breath away
An awesome view from my room in Lake Toba, Medan, Indonesia

A photo that…makes me laugh or smile
upssss..!! i can see your torn underwear !
A young man is getting ready to jump into South China Sea in Semporna, Sabah

A photo that…makes me dream

Mount Kinabalu from Kundasang, Sabah
.... of going to New Zealand to see a different backdrop

A photo that…makes me think
"Golden Days"
Can we still backpacking together? Matahari yang hampir terbenam itu melambangkan usia senja yang bakal menjelma.

A photo that…makes my mouth water

Sayap and sate at Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
A must try
A photo that…tells a story
"Breadwinner"
It made me think of how hard some peoples have to work to feed their family :-(

A photo that…I am most proud of (aka my worthy of National Geographic shot) 
 Sunrise in Kudat, Sabah

The 5 other bloggers that i like to nominate are:
http://www.familikuinspirasiku.blogspot.com/
http://travel.nuraina.com/
http://jhazkitaro.blogspot.com/
http://gi-maghi.blogspot.com/
http://azimashaary.blogspot.com/

So, keluarlah dari rumah anda, lihatlah dunia yang terbentang luas. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.



Adakah kita semakin hilang kemaluan?

Tags
Hilang malu sebenarnya hehehheh.....

My youngest son suddenly asked, Lisa tu pakai keypad ke mama? tergolak den.

Hari tu aku gi kedai runcit then aku ternampak seorang bapak orang ni ambil... letak... ambil.... letak. Rupanya dia dok memilih barangan kiriman bininya kuikuikui.... malu kot? atau tak sure nak beli yang wings ke slim ke long ke..... bila aku pandang je dia letak hahahaha..... i loike...

Di zaman purba dulu kalau beli pad kat kampung atuk pekedai tu siap bungkus dengan suratkhabar. Masa kat kedai mamak seksyen 2 Shah Alam pun sama. Punyalah malu nak bawak weiiiii..... ramai student kat situ. Masa kat asrama pun sama. Yang jaga koperasi abang form 5.

Bang, nak pad
Apa....writing pad?
Pad
Note pad?
dalam hati: apo slow bona nih?
Bila dah dapat berdoa supaya tak terserempak dengan brader tu lagi.


Agaknya disebabkan masalah malu ni kemudiannya barangan istimewa tersebut dijual di asrama puteri. Selesai masalah.

Aku teringat penyanyi pojaan hatiku Sheila Majid pernah cakap dia takkan berlakon iklan untuk tuala wanita. Tak kisahlah nak buat iklan tu tapi rasanya tak perlulah terlalu detail seperti mengambil gambar belakang akak Dibah Nor dan Lisa Surihani berkali-kali. Kita pakai kita tahulah. Penerangan lain seperti kelebihan sesuatu produk tu dah bagus dah. Dalam iklan yang Lisa berlakon tu LIMA kali tau shoot tang pungkok our sweetheart. Sensitif la sikit tuan pengarah deme nih.

Tadi keluar lagi iklan tu so si mamat cenonet tanya lagi:
Ayah, Lisa pakai keypad ke?
Tak la dik
Dia pakai pampers ea?
HAHAHAHAHA.........


Iklan deodorant pun sama. Dulu shoot sipi sipi jek la ni hmmmm........

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Iklan 1
U all perasan tak iklan ubat kuat di Kosmo dan Metro? Bukan main lagi si isteri memuji lakinya yang tua ittew semakin 'kuat'. hek elehhhhh..... adakah si pelakon tersebut tahu apa dialog yang bakal keluar bersama dengan gambar mereka? Nasib baik bukan kaum keluarga aku yang jadi modelnya. Patutlah ada datuk rogol cucu.

Iklan 2
Ada satu lagi iklan gambar perempuan bertudung berbadan gempal memakai t-shirt ketat berwarna hijau di akhbar yang sama. Ya rabbi, berlipat-lipat badan dia. Melambak! Malu aku menengoknya. Lepas makan ubat kurus, ada gambar dia yang lebih molek. Janganlah pakai macam tu, mintak diumpat kekdahnya.

Iklan 3
Iklan membesarkan nenen di majalah untuk wanita. Yang jadi modelnya seorang perempuan bertudung singkat ber t-shirt ketat juga. Dah iklan nenen gambar nenenlah yang dibesarkan sampai bersaiz dolly parton, tak padan dengan pinggang kecik. Sah photoshop. Tak agak agak besarnya.

Iklan 4
Gambar yang sekeping lagi si model memegang kotak produk herba untuk 'mengetatkan' dengan lidah terjelir macam perempuan gersang. Kenapa perlu model bertudung ye? Kalau jawapannya dia sekadar bertudung bukannya menutup aurat .... haa betullah tu tapi lain kali ambil je model tak bertudung so tak jadi isu. Memalukan.Tapi kalau model tu tak bertudung pun iklan tu tetap low class.

Soalan aku:
1) Adakah wanita-wanita tersebut tidak tahu iklan/aksi apa yang mereka akan lakukan?
2) Adakah terdapat penerangan mengenai konsep dan gaya tentang iklan tersebut?
3) Syarikat bumiputera boleh buat iklan/bisnes ubat kuat saja ke? benci!

Aku suka iklan 100 Plus Lee Chong Wei = azam! ringkas dan tepat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin juga aku mengetahui bagaimana syarikat-syarikat tertentu memilih duta untuk mewakili produk atau perkhidmatan mereka. Duta yang tepat berpotensi untuk menaikkan nama dan pendapatan syarikat.

Misalnya dulu seorang artis diambil untuk iklan gincu bibir dan sales produk tersebut meletup di pasaran. Tepatlah pemilihannya itu walaupun kena bayar dia berbiru-ribu lemon.

Bagaimana pula untuk menjadi duta yang pengkhususan khidmatnya adalah pakej haji dan umrah? Tak kisah ke berbungkus molek di sini tetapi beraksi ghairah sampai nak terkeluar nasi lemaknya di sana? Ok, dia boleh bagi alasan gambar yang seksa itu telah dirakamkan terlebih dahulu sebelum sign kontrak dengan syarikat pertama. Masihkah beliau sesuai? Confuse.




Iklan yang meloyakan

Tags
Aku percaya ramaiiiii orang yang macam aku yakni tertunggu iklan raya Petronas. Juga, di hari kebangsaan dan perayaan-perayaan kaum lain. Time iklan diarahkan oleh almarhum Yasmin Ahmad dulu nak gi kencing pun kena tunggu scene drama yang membosankan, dah terbalik kot.

Selain daripada Petronas, iklan TNB yang mesin nyok pakai helmet pun best, secukup rasa budaya Malaysia. Ada lagi la yang lain-lain tak ingat dah....nak kena refer kat youtube tapi ada jugak iklan Petronas yang potong stim contohnya yang scene last dia kata, takkan semua iklan nak sedih... lebih kurang gitulah kata mamat tuh.

Bila teringat iklan-iklan tu semua rasa rindu pulak sentuhan idea dan arahan seorang genius. Iklan Murai, Tan Hong Ming, kasih sayang ayah, alaa.... yang bapaknya tak berduit lalu membelikan anaknya kasut murah. Time parti kasut anaknya patah. Lepas tu apalagi? ngamuklah anaknya. isk.... sedihlah iklan tu tapi berkesan. Iklan yang anaknya nak jadi pilot. Kata bos bapaknya, kalau ekau simpan duit sampai tuo pun sayap kapa teghobang pun ekau tak dapek boli. Iklan yang very inspiring.

Mengapa pulak aku nak merepek fasal iklan kali ni? Aku selalu menonton tv di malam hari je bermula dengan berita tv3. Okay, tengok berita tv3 sebab tv aku terima siaran tv3 sajo, faham ek? Cuma dah sibuk nak pilihanraya ni aku malas nak dengar propaganda dan fitnah aku bukak tv setengah jam lewat, jimat letrik. Tak kuasa aku nak dengar adik-beradik bergaduh siap heret mak sekali. Bangang! Seburuk-buruk abang dia (kalaulah betul dia begitu), abang dia tu boleh jadi wali dia kalau nak kahwin nanti, tak kiralah nak kahwin kali yang keberapa pun. Kalau dia sakit nanti abang dia tulah yang boleh diharapkan untuk menjaga dia nanti. Ikhlas atau tidak tu masalah lain yang pastinya itu tanggungjawab berkeluarga. Tu belum kira kalau dia mati nanti siapa nak doakan? Aku...kita? Tak kot. Dah dah jangan nak kobaan den sokong pembangkang pulak, statement tu lagi bangang.

Ada orang tv3 ke baca nih? Seriously aku berusaha untuk tidak terlepas Majalah 3 dan cerekarama yang bagus dengan pelakon yang bagus macam Eman Manan hari tu. Sedey wooo ending nya. Terasa macam aku pulak yang berada dalam diri Sharifah Amani. Dahlah susah nak tengok emang manang sedih ler pulok ceritanya.

Berbalik tentang iklan, korang tengok tak iklan kosmetik Tia Amelia? Aku nak buat dekkkkk aje tapi anak aku yang form 2, standard 4 & 1 tu dok komplen ntah apa apa iklan ni dan yang sewaktu dengannya. Aku pun tumpah boh ajinomoto gak. Depa ada buat 3 jenis iklan aku rasa tapi aku dapat ingat dua ajelah.

1) Pompuan ni nak keluar rumah lalu dimasukkannya tiga buah sunglasses ke dalam handbag. Bila kengkawan dia tegur terus hulur sunglasses tu dan kata Tia Ameliaaaaaa... Motif? muka ko memancar sampai silau ke?

2) Pompuan ni nak keluar rumah dan sumbat jala kecik dalam handbag. Motif? Dia jumpa someone kat restoran bla bla... Tia Ameliaaaaa. Tak faham aku.

Kesimpulannya iklan ni takde kesinambungan.

Aku nak buat dek tapi setiap kali keluar iklan tu anak-anak aku mesti komplen. Sakit hati sungguh !


Tak booking ke?

Tags
Tadi aku terdengar lagu Wali Band. Tetiba teringat kat grup anak muda main muzik di Malioboro, Yogyakarta.

Adakah perlu ke sana lagi? isk..gatalllll je jari-jemari aku nak klik klik.

Bila pulak nak ada penerbangan tambang murah ke Pulau Redang dan Tioman? Yang ada sekarang ni bukan standard akaklah. Kalau ada tambang murah sure makin bertambahlah pengunjung tempatan kat sana. Kos yang tinggi menjadi kekangan utama untuk orang yang mempunyai keluarga besar macam aku. Pergi pulau mana boleh tinggalkan anak-anak.... mereka tulah yang menceriakan suasana. Bab penginapan aku tak kisah sangat, stay kat chalet murah pun ok yang penting dapat berenang dengan nemo. Kalau nak jimat kita bawak je lah khemah yang muat 6 orang tu dari sini. Kalau nak membuang bayar je kat mana-mana chalet. Yang ponting sampai. Jangan pagi esok tidur dalam laut sudah.

Tak kisahlah yang murah itu Air Asia ke.... Tiger ke.... Scoot ke..... or even MAS. MAS can make money with volume what? Pecahkanlah monopoli Berjaya tu for the sake of local tourism.

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Tags
Meh kita cuci mata melihat hotel berbintang lima ni... manalah tau cuti sekolah nanti tak dapat pergi makan angin jauh jauh dekat dengan rumah pun jadilah, asalkan keluar dari rumah sekejap. Kesian anak-anak dan mak anak kan.

Nak ambil gambar bebanyak pun tak sempat sebab ada hal yang nak aku kejar. Lobby yang luas, ruang makan pun besar... dah bayar pun besarrrr kan? Hotel ni walaupun sudah agak lama tapi masih mendapat perhatian pelancong kerana kedudukannya yang strategik di tengah bandar. Lagipun, stesen LRT dan KTM Komuter sangat hampir.

Sekarang ni until June ada pameran Raja Kita di istana lama haaa elok sangatlah tu melepak kat sini dekattttt je dari istana tu.






The ballroom

Sambil makan ada yang menghiburkan. Masa aku tengah beratur nih depa dok nyanyi Dealova. Nak buat lunch date pun boleh kat sini, maybe the chances nak berjaya ngorat tu tinggi sebab dah tentu ko ada duit nak bawak awek makan kat sini kan? hehehehh....

jangan amik nasik bebanyak wehhh rugi tak makan lauk

nyum nyummmm !!! esok je lah kira kalori


Banyak hotel five star di Kuala Lumpur ni tapi aku rasa yang antara menarik disebabkan ada banyak aktiviti yang kita boleh buat selain shopping ialah di The Palace of the Golden Horses dan Sunway Resort Hotel.

Tinggal dua minggu je lagi nak cuti sekolah weh, apo laie?

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2012

Tags

Sememangnya aku looking forward sesuatu perbincangan atau pertemuan yang sebegini to gain info from influential and experienced peoples.
YB Dato' Seri Dr Ng Yen Yen dah sampai, ontah apo yang dikoba ea dokek pintu tu ....teks tertinggal kot

Aku suka tengok pakaian rasmi dia, always baju kebaya berleher cheongsam, representing malaysian culture. Tempat duduk aku tak strategik ler nak amik gambar, nak guna flash pun tak bleh.

Happy moments.... Dr NYY chit chatting with errr... director of so and so. On her left Iman Brotosena-blogger and diver, Windy Ariestanty-blogger, writer and publisher and Shane Dallas-traveller, writer and photographer. Windy was so energetic semasa menyampaikan speech, dengan English pekat Indo dia tu. Gambar-gambar dia cantik guna Iphone je tau. Tengok tu dia mempromosi negara dia sekali indirectly.

Sheila Scarborough- blogging since 2006.
"Believe in and use local blogger who are right under your nose..."
....social media is very powerfull nowadays...
you must have passion, it's not all about money

Gambar malap wehh....using 18-55mm with no flash light, dah la meja aku kedua last. The responce for this conference was overwhelming. Tourism Ministry targetted only 350 participants tapi yang register 420 orang tak termasuk aku yang tak perasan kena register dulu hehhheheh.... 

Alistair Watter- founder and owner TravelBlog.org
"when i got a call from TM they asked wheather i can come to Malaysia for this conference but heyyy.... i'm living here, my apartment just 3 minutes from this place" kuangkuangkuang......

Shane Dallas... i travel using my own savings. I don't make money from my travel blog but i do make money from other thing related to it...

There were Q&A pada setiap session yang empat tu. Walaupun panel/speaker yang awal dah jawab bahawa blogging bukanlah all about money pada asalnya, kena ada effort yang banyak dulu untuk dikenali tapi khenn.... sampai petang ada je soalan macamana nak buat duit dengan blogging neh sampai naik malu pulak aku sebagai malaysian. Ramai jugak foreigner weh kat dalam tu, ada press, ada foreign blogger. Nampak macam kemaruk duit sangat. Bila soalan duit tu muncul tersenyum sinis je diaorang. Nak kata tak faham cakap omputeh yang menyoal tu cakap omputeh, ada yang pesara kerajaan pulak tu. Yang berjawatan auditor accounting pun ado....hmmm bukak je lah blog tu dulu macha....ajar orang macamana nak skip bayar tax opppssss...mesti menderu orang jengah blog hang.

Malam tu ada dinner and awards presentation at Saloma Bistro but since aku ni datang casual sangat segan ler pulok nak join lagipun siapalah aku ni kannn....tak rasa akan mendapat award pun, next year lah uollls vote i okay!


Agaknya depa tak sangka Dr NYY boleh masuk balik after press conference, duduk kat belakang pulak tu. Nasib baik sekejap aje kalau lama mau kejang staf TM yang sederet kat belakang aku nih hihihihi.....

Eh makcik, how come i donno about this conference?
hmm...maybe because u read that not so cheap porn newspaper lah!

Alone, in foreign land

Tags
Stepping out from my hotel i bumped into middle easterner, indian, pakistani and so on. Even at one of the counter in the hotel, apart from local people servicing clients, a foreigner being stationed there.

Aku berjalan sepanjang jalan ni melihat sekeliling yang kurang sibuk dengan kenderaannya kerana orang belum habis bekerja lagi agaknya. Ada banyak hotel dari pelbagai gred tapi agak kotor di sepanjang jalan di depan nun. hmmm bilalah orang negara ni nak berubah agaknya? Kalau takde PBT macamanalah agaknya?

Memasuki hotel yang di depan ni pintu dibuka oleh seorang lelaki yang kelihatannya seperti berasal dari Pakistan atau Uzbek. Yang melepak di lobby pun seghoman jugak but the receptionist is a Malay girl. Hotel sederhana, ada parking bay di sebelahnya which is not owned by the hotel yang kurasakan kita bayar per entry. Ok la dok? kalu bayaq per hour lagi mahai. Kat depan sana pun ada tempat parking kereta yang dibayar sekali masuk. Senang la kepada sesiapa yang nak menyewa hotel area sini.

Aku jalan lagi dan aku nampak betapa majunya negara yang aku lawati ini. LRT sebelah hotel dan shopping mall saja, nak masuk north-south highway pun dekat. Shopping mall yang ini berkembar dengan hotel berbintang 4/5 jugak, just opposite hotel yang aku kunjungi tu. Tak berkenan shopping mall yang ini boleh naik LRT ke tempat lain. Kalau LRT tak sampai ke tempat yang nak dituju boleh naik monorail, boleh jugak naik KTM komuter kalau nak berjalan jauh sikit. Kalau teringin nak ke pantai timur pun boleh je naik bas ekspress yang mana stesyennya sangat dekat dengan hotel ni.

Aku terus berjalan, ada beberapa pusat jualan borong di sini. Pasti barangannya banyak yang diimport dari negara China. Pekerja di sini berasal dari Bangladesh, sangat fasih berbahasa tempatan. Berbeza dengan orang yang selalu keluar kat tv tu. Di kedai borong yang lain ada jugak aku nampak orang Indonesia, mereka juga bekerja di kedai menjual handphone. Di kedai-kedai makan pun orang yang berasal dari sana jugak. Mana orang tempatan ek?

Uishhh.... bahaya betullah lalu kat tempat jual kain baju nih, terbeli juga sehelai tudung. Sebenarnya nak banyak helai tapi dok menahan nafsu. Di bahagian luar ada orang berjualan kain pasang dan telekung so dia try dia punya luck,
telekung kak, tengok dulu kak...
takpelah dik, telekung dah banyak

bila aku dah ke depan sikit aku dengar dia cakap kat kawan dia, kalau dah banyak buat apa datang sini? Memang nak kono lado betullah mulut budak tu. Dah la bukan orang tempatan. Pengalaman aku bercuti ke negara dia orang tak pernah pulak kena laser macam tu, manis dan sopan merayu adalah.

Berjalan kaki seorang diri ditengah kesibukan manusia asing bercampur dengan tempatan tidak pula aku terlihat warga Afrika, di malam hari mungkin? Ada jugak yang bermain catur, aktiviti yang sama mereka lakukan di tempat asal mereka. Yang jual buah pun bangsa dia jugak hmmmm....

Betullah, agak efisyen sistem pengangkutan di negara ni. Dengan membayar 1.60 naik monorail sekejappppp je aku dah sampai ke gadget centre. Orang yang datang sini memang tujuannya membeli handphone, computer, camera, lenses and bla bla bla... maybe dalam 80% yang keluar dari sini menjinjit barang. Kat sini para penjualnya dari banyak bangsa jugak seperti India, Pakistan, Myanmar/Nepal (i tak sure), ada yang jadi coolie ada yang jadi tauke.

Selepas mendapat apa yang aku nak aku pun begogeh la naik monorail balik sebab dah jam 9 malam. Sempat pulak singgah beli fidge magnet seperti kebiasaannya bila melancong ke negara orang.

All the landmarks in this big city...nenas, bangunan Sultan Abdul Samad, Petronas Twin Tower, Kl Tower, bunga raya, lrt... all in one.

Baru sampai ya bu, ibu dari Indonesia ya...Jakarta?
woiii...den dari Somban lah!

cisss..!! fridge magnet pun Bangla yang jual!


Berbakti kepada tanah

Tags
Narrated Anas bin Malik [رضی اللّٰہُ عنہ]: Allah's Messenger [صلی اللہ علیہ وسلم] said, "There is none amongst the Muslims who plants a tree or sows a seed, and then a bird, or a person or an animal eats from it, but it is regarded as a charitable gift from him."


[Sahih Al-Bukhari 40:1071]
 

Aku ni menumpang credit je, yang banyak menanam my husband and some by my jiran yang hanya sekali-sekala mai sini bercuti. Yang aku tanam rasanya cuma pokok puding untuk buat rendang, kunyit, harum sundal malam....nun dalam pasu bawah pokok mangga dan durian tiga batang yang nampaknya elok hidup di musim hujan ni. Pokok lelain banyak yang aku beli tapi bukan aku tanam, aku biar je dalam polybag hahhahaa..... agaknya bertawakal je pokok tu mintak panjang umur dari Allah. Nasib baik ada yang dicintai menanam dapatlah merasa buah nangka, cempedak, rambutan, keledek dan kedondong tu. Buah durian, kena tunggu lagilah nampaknya...belum ada tanda nak berbuah lagi dua batang pokok yang dah besar tu.

Pangkin tu hak kami, ada lagi sebuah jiran punya menjadi tempat lepaking minum teh dan membaca. Sesekali di malam minggu lepak kat garaj jiran yang siap meja segala, potluck.Yang lelaki bolehlah selamba baring bawah pokok rambutan nun. Betapa betulnya hadith tu, diaorang yang penat berkebun dan merumput boleh duduk makan minum sambil makan buah-buahan. Paling koman makan limau dengan asam boi atau keledek rebus sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Plan seterusnya nak cari hammock. Ntah kat mana la nak dibeli.
 
Plant trees, and install water-sources for travelers: Planting trees and other vegetation, particularly that which yields produce such as fruit, vegetables, or grains; which provides shade to the passersby, and oxygen to the environment, is a great ongoing act of charity. Having wells dug, or water-coolers installed on wayfarers' paths is also the most excellent charity.

Beberapa hari ni hujan lebat berangin sampai tumbang dua batang pokok pisang, dapat la aku buat Banana & Carrot Cake semalam. Yang lagi tiga tu dah tunduk, lagaknya seperti telah menemui malam lailatul qadar. Makan pengat pisang ler kita hari ni.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free