WTS Canon EOS 1000D

Daripada digunakan 3 kali setahun je dan dilain masa cuma sebagai back-up lebih wa let go ini camera.

Canon EOS 1000D, comes with:


All in the box:

- digital camera body

- Zoom lens EF-S18-55mm f/3.5-5.6 IS

- Wide strap

- Battery charger

- Battery pack

- Interface cable

- Video cable

- Software

- Manual book

- Phottix battery grip with battery holder for two LP-E5 and holder for six AA batteries

- box



FREE: Camera bag, collapsible rubber lens hood, one LP-E5 battery


**The camera only used for back-up. Female owner.



Price : RM1,300 COD in Seremban. Kindly contact ruggedmom@gmail.com

Tips kenduri kahwin

Tags
Musim cuti akan kembali lagi !!!!

Yang menyunat, yang kena sunat, yang nak kahwin semua nak dibuat dalam masa cuti dua minggu ni. Kata someone, orang Melayu ni asal cuti je nak kenduri sampai kita nak berjalan pun payah. Betul jugak tu kan? tapi wedding photographer suka time cuti nih. Ada betulnya apa yang dia cakap tu..... aku tengok mak mertua aku tu macam berat hati je nak tinggalkan kami kat rumah time gi kenduri, beriya-iya diajaknya kami join sama. Ye lah, sesekali balik kampung kalau boleh dia nak berkelek dengan anak cucu je sepanjang masa. Dia tak leh mengelat sebab dok kat kampung, nanti kenduri kat rumah sendiri orang tak mai pulak. Kalau kenduri rumah sedara tu kami ikutkan jugak, kalau selain dari tu ...... balik aku baring je meluruskan pinggang. Letih woooo naik keto...bukannya naik Alphard. Tapi kalau naik Alpahard aku takmo duduk depan, nak baring kat belakang heheheheh...

Gambar antik- my daughter second from left
Akulah yang pi mencari bunga melur tu sampaikan mak mertuaku tanya kat mana hang dapat bunga ni? hahahh.... dia dok Baling pun tak tau kat mana nak cari. Bunga ni kalau sikit wangi, bila banyak umangaiiii... bedonyut kepalo den.

Time kenduri kahwin selalunya cik kiahlah yang paling sibuk menolong di dapur, buat hantaran dan komen! Kenapa tak buat colour tu, kenapa tak tempah kat orang ni, kenapa tak bersanding, baju tak cantik la, mekap pucat la... bla...bla... komplen banyak-banyak kok bagi duit takpo jugak. Dia nak mekap macam zaman dia dulu kot? Tapi....... orang mulut bising ni la yang selalu memeriahkan acara cuma kalau over sangat tu selalunya pengantin perempuan mengetap gigi jek hahahahha..... mak dia akan pesan, diam je lah toksah layan. Spoil the mood.

Kekadang ada jugak sedara-mara keluarga pengantin yang terlebih suda..., tetangga yang bertungkus lumus menjayakan majlis nak menjenguk bilik pengantin pun tak bagi, nak sorok sangat akhirnya takde sesapa pun menjenguk sampai watammat majlis walhal mak pengantin beriya-iya beli kelengkapan cantik dan mahal dengan alasan, kalau beli yang biasa orang tengok tak molek pulak, lagipun bukan selalu. Hadap le sesama sendiri.... kesian mak pengantin. Orang yang nak tengok tu bukan semestinya dia nak komen, mungkin mencari inspirasi untuk majlis anak mereka pulak nanti. Nak tengok the hottest design in town kekdahnya. Alaaa.....dah jadi kebiasaan cik kiah membuat lawatan ke bilik pengantin ye dok? Asalkan tak bertunggu tangga dalam bilik tu sudah.

Sebelum adik-adik nak kahwin kumpullah duit sendiri ye. Bukan apa, kalau mak ayah jenis berduit dan sporting takpelah boleh mintak apa saja. Kalau mak ayah mempunyai bajet yang kecik sudah pasti dia akan dulukan bab makan kemudian barulah yang lain-lain. Kalau u nak baju macam Lisa Surihani kena ada bajet besar macam dialah. Kalau nak Nurul Syukor mekapkan siapkanlah 2 ribu hengget per session. Pada pendapat akaklah kan, tak bersanding takpe sebab itu cuma adat tapi pengantin mesti vogue dik! Persalinan murah/sederhana tak apa kalau dah itu saja yang kita mampu tapi janganlah bagi pengantin payung cap Jukebox, gila tol! Panas hati pengantin tu. Takde ke payung lain? Yang plain pun takpe.

Bila selalu shoot pengantin ada jugaklah beberapa pengalaman yang boleh dijadikan panduan. Antaranya:

Mas kahwin. Lain negeri lain jumlahnya, ada jugak yang membezakan nilai mas kahwin untuk anak dara dan janda. Ada juga yang meletak nilai berdasarkan keakraban seseorang kerabat tu dengan sultan. Kalau bau-bau cheese cake tinggi mas kahwinnya, bau-bau bacang sederhana, kalau bau-bau stokin kuranglah lagi. Samo yo bondo ea.... bak kata sorang mamat tu hahhhahaha.....ko paham tak?

Di Negeri Sembilan jugak ada duit adat yang perlu ditanggung oleh pihak lelaki tapi aku sangat sokong sesetengah imam/tukang nikah di sesetengah tempat yang yang tidak mahu perkara tersebut diberatkan. Kesian pengantin lelaki weh. Walaupun tak banyak, pada aku hal tu tak perlu lebih-lebih lagi bukan ketua adat yang mencarikan jodoh, apalagi sekiranya majlis tu sekadar menjemput ketua adat seperti menjemput tetamu lain. Ndak ndak lagi kat kawasan yang tak beradat sangat seperti felda dan bandar. Ramai yang kahwin dengan orang luar kawasan. Anak aku sok aku tak mintaklah. Okay, bakal menantu aku dah save duit kat situ.

Duit belanja hangus. Kenapa dipanggil sebegitu? Ko dah bagi duit kat parents si perempuan hilanglah duit tu, tak akan nampak lagi. Rate biasa sekarang ni dalam 8-10 ribu. Ada jugak yang berbelas ribu. Banyak ke? elehhhh.... mak pak dia dah bagi makan, sekolahkan sampai universiti, boleh masak lagi (tak pandai masak boleh belajar kat internet)... nak bagi seploh ribu pun berkira. Pi buat overtime bang, overtime.........
Ye la, rumah pengantin je kat kampung tapi kerja kat Kolumpor atau luar negara.... dan yang nak kahwin tu pun sesetengahnya hebat jugak jawatannya. Terpulang kepada kemampuan masing-masing .....jangan paksa diri ikut artis. Deme tu sejam nyanyi dapat ribu riban, kebanyakkan daripada kita sebulan sekali baru dapat ribu.

Ada sebahagian perempuan sekali tu je lah merasa duit dari suami dia.. entah entah duit pak mertua dia huhu..... TAPI kalau pihak perempuan tak mahu duit belanja hangus tu adalah lebih baik. Ada seorang kawan aku ni ayah dia dulu tak diminta membayar so kat suami dia pun mak pak dia tak mintak. Elok je bahagia murah rezekinya. Itupun kalau mak ayah kita mampulah nak tanggung kesemuanya.

Hantaran. Hantaran orang sekarang wuiiiii...... kat kampung pun dasat. Rasanya tak perlulah bagi sampai berbelas atau berpuluh sebab kita perlu mengeluarkan kos untuk bekasnya jugak samada dibeli atau disewa, masalah logistik lagi. Pihak lelaki kadangkala datang dengan empat buah kereta je, dalam kereta tu pulak termasuk budak kecik, dengan perjalanan yang jauh lagi ....... camana la nak bawak pulang hantaran yang banyak tu....... aku ni bercakap berdasarkan pemerhatianlah ni.

Kenkadang nilai hiasan dan bekas hantaran tu lebih mahal daripada hantaran itu sendiri. Bukanlah nak kena bagi Canon dslr atau ipad atau blekberi tapi sumijelly rasanya kurang sesuai.

Bakal menantu aku sok aku minta sedulang aje dah le ...kesian dia datang ramai-ramai nak bawak hantaran lagi .... boh le segala kunci kereta, kunci rumah, kunci grill, kunci  safe deposit box atas dulang yang satu ittewww... hehehhe...

Kendurinya di mana? Kalau nak buat kat dewan kena booking at least enam bulan lebih awal, setahun pun ada. Kat Seremban ni setahu aku dewan yang molek kat MPS, Kompleks Sukan Paroi dan kat kelab Seremban 3. Di sesetengah kawasan perumahan/taman pun ada disediakan dewan. Booking cecepat, bila tiba cuti sekolah barulah kita tahu ramaiiiiinya anak dara/bujang kat taman kita tu.

Kalau nak buat kat rumah pun boleh. Ada seorang VIP tu pelamin anaknya kat dalam rumah saja tapi majlis itu smoothly run by emcee yang berpengalaman. Tetamu vvip pun makan bawah khemah saja dihiburkan dengan persembahan tarian kanak-kanak dan alunan biola. Rumah dia memang besarlah with a big compound as well. Kalau nak dikirakan dengan tarafnya majlis itu boleh dikirakan majlis yang sederhana sahaja.

Kalau buat kat taman perumahan, beritahu jiran yang berkaitan dan silalah bersihkan kawasan tersebut selepas itu, jangan buat bodo je sebab kita berkongsi kawasan dengan orang lain. Dahlah jiran kita tidak merungut khemah kita menggunakan laluan mereka dua tiga hari tu, mereka jugak kadang-kala lebih bersusah-payah daripada tuan rumah. Thank them. Mereka bukan nak hadiah yang dibeli masa hornymoon pun.......... buat cekodok dengan teh o panas pun orang suka. Panggil je makan reramai tanda terima kasih. Jangan bila majlis dah selamat menegur pun tidak. Kita pasti akan ada majlis lain selepas itu, kenduri kahwin anak yang lain, kenduri nak gi Mekah, kenduri bertunang, kenduri mati, kenduri kahwin lain oppssss.....selepas bini sekarang matilah. Belum tentu kita sentiasa mampu ber'catering'.

Pelamin. Yang kengkawan rekemen pun boleh. If possible mintak dia drafkan and keep the copy atau save no yang ada dalam sample gambar. Tengok-tengoklah kot kot kerusinya kotor mintak dia lap/cat semula. Ada juga pengusaha andaman yang mengecat semula pelaminnya (pelamin kotak tu) setiap kali mendapat tempahan. Kita yang menggunakannya pun macam dapat barang baru. Ada pulak yang letak mini chandelier yang dah tinggal satu je lampunya adehhhh....

Catering. Bila kita gi kenduri rumah orang dan makanannya sedap ler pulok simpan no caterer tu. Kekadang tuan rumah hire tukang masak freelance yang berpengalaman dan meletops air tangannya.

Warna tema. Seeloknya pakaian pengantin tidak sama warna dengan ahli keluarga barulah stands out.

Bab dj. Kalau akulah kan, kalau ada orang nak sponsor dj aku alu-alukan tapi aku nak tahu siapa dia. Lebih baik orang yang sponsor tu bagi duit, aku pilih dj sendiri. Aku ada berkenan kat beberapa dj yang beretika dan tahu protokol walaupun dalam majlis biasa di kampung.

Ada tu yang dok promote anak dia menang satu pertandingan nyanyian sepanjang majlis, oooalahaiiii... Ada pulak yang tak reti nak berhentikan lagu time solat. Speaker pulak dengan volume paling kuat terlalu hampir dengan khemah tetamu. Nak berbual dengan orang sebelah pun tak boleh. Pada akulah lebih molek rasanya kalau bunyian dari speaker sederhana saja, asalkan orang tahu itu majlis perkahwinan bukan majlis orang mati. Melainkan majlis tu kat dewan besar yang sistem bunyiannya kat pentas nun.

Kenduri kahwin ni biasanya menjadi medan pertemuan saudara jauh dan dekat. Kalau bunyi speaker dah kuek bona nak bercakap pun macam kojo kek kilang papan, kono menjorit! Adik aku kahwin hari tu pun gini jugak, pangkah lah dj tu lepas ni. Aku dah bilang tak mau karaoke, mau lagu nasyid kontemporari, sentap pulak dia kat aku ...eh mak aku dah suruh aku in-charge kan? sekejap je dia pasang lagu nasyid tu, takde stok kot tapi dah bagi tau awal-awal... dipasangnya lagu entah bila punya zaman. Apo nak buek, abah den punyo bajet heheheh... Kalau lagu sedap macam tarakucha tarakucha cha cha takpe la jugak...... Cer pasang lagu nuar jen ke yuna ke silla majed ker hoojan ker...... ahkak tak marahlah takde lagu nasyid tu.

Cenderahati perkahwinan. Maaflah, aku tak faham untuk apa set sudu garfu yang kecik tu? unless it s real silver....... Lebih baik bagi sesuatu yang berguna dan praktikal. Rasanya hadiah tu biarlah yang boleh dimakan/digunakan/sayang untuk dibuang. Takpun bagi telur ayam rebus je...kita pun boleh mintak bebanyak boleh buat sambal telur untuk makan malam nanti hehehheh... siang hari dah makan sedap kan kat kenduri.

Pakaian pengantin. Tolonglah jangan percaya bulat-bulat baju dah ada...tengah jahit manik...baju kat tailor... ada sorang pengantin aku ginilah janjinya, seminggu sebelum kahwin dia gi lah nengok setelah beberapa kali follow-up dengan telefon, baju takde !!! anak tuan kedai yang bersuara manja ittew memang pandai berjanji, aku pun pernah terkena gak bab lain. Apalagi menangis merataplah bakal ratu sehari. Kononnya booking yang dekat senang si tukang andam nak berulang ke kedai in case ada tertinggal barang akhirnya pi sewa kat KL jugak. Yang sorang lagi pulak tempah baju lain bila time kenduri baju lain yang sampai, nak buat camana lagik pakai je lah walaupun hati bengkek jek. Dahlah badan dia bukan saiz standard, kesian kat dia...haiyooo.... kalau hati dah bengkak terpancar kat muka.

Pergi fitting bila mak andam panggil sebab berat badan mungkin berubah, saiz badan pun mungkin tersalah ukur. Kindly ensure baju yang u tempah dan yang dah siap depan mata adalah sama. Kalau mak andam benarkan, bawa baju tu balik. If u bayar lebih untuk baju baru pastikan baju tersebut memang baru sebab u bayar extra.

Kalau mak andam izinkan u bayar baki ansur-ansur like bayar baki selepas majlis selesai ko jangan ansur-ansur lari pulak, nanti jadi macam kenalan aku si mak andam ittew... selepas naik bosan mengutip hutang sampai setahun ditempeknya muka pengantin dengan segala details kat wall mukabukunya. Haru!

Kasut. Saiz kasut pengantin dengan yang biasa kita pakai mungkin tak sama.

Gambar kahwin - Lelaki kekadang tak berapa kisah bab ni suruh keluar duit pun payah tapi bila dah siap eh hensem jugak i dalam gambar ni..  Reserve duit untuk yang ini dik, kalau bapak yang punya bajet mungkin dia akan kata adik ko kan baru beli kamera minggu lepas? Adik ko mungkin tengah memahamkan buku manual lagik. Majlis kahwin kita bukan time untuk test gadjet baru.

Kita kahwin sekali je dik, laki kita mungkin empat kali. Baju kahwin dipakai sekali, gambar kahwin nak ditatap sampai mati.

Jangan terus percaya percakapan negatif. Dalam industri perkahwinan yang sengit persaingannya ni ada sesetengah orang yang bermulut puaka dengan memfitnah atau memburukkan pengamal industri yang lain so berhati-hatilah. Jangan terus percaya cakap dia, mungkin dia dengki atau sakit hati atau ada dendam kesumat.

Bomoh hujan/bomoh lalat. Asalkan dia tak melakukan perkara syirik, cubalah.

Aturcara. Berbincang dengan keluarga mengenai aturcara, biar majlis kita sempurna di mata tetamu. Nak dapat 100% sempurna tu mungkin susah sikit terutamanya jika majlis tu semua kita buat sendiri tetapi kita boleh meminimumkan kesilapan. Kadangkala ramai yang 'pandai' time kenduri ni, kita dah set bersanding pukul 12 tengahari dia memandai-mandai bagi tau photographer acara bersanding tu pukul 2 petang, nasib baik dibuat confirmation semula. Sapo nak menunggu sampai pukul 2 petang zaman ni.... banyak kenduri lain tetamu nak attend.

Ada pulak tu bila nampak pengantin lelaki sampai je dah kepoh suruh pengantin perempuan keluar walhal kompang belum berbunyi lagi. Pengantin lelaki baru nak mengganti baju dan touch-up muka dia. Tak molek orang tengok macam dah tak sabar sangat.

Itu je buat masa ini kalau ada lagi aku tambah lenkali. 

Belanja kenduri biar berpada, kena ingat jugak lepas kahwin nak dok mana? Haa...sewa rumah akak?Rumah akak perlukan dua bulan deposit dik plus plus hahahahah..!!.





Yang patut ditiru

Tags
Assalamualaikum.

Dulu aku pernah buat entry pasai cendol Leman Dawi yang letaknya di Sg Gadut on the way nak ke Rembau. Meriah ko kat situ.... kalau ko datang senyap macam pencuri pun tuan dia mesti nampak and greet u loudly, yang mana aku tak berapa berkenan.

Pada asalnya dia berniaga kat tepi jalan di area Senawang tu jugak tapi bila jalan tu dibesarkan perniagaannya yang bergerak dengan Luton van tu terpaksa berpindah. Dah rezeki dia, dia ambil alih satu kawasan R&R yang boleh dibuat kandang kambing, maksud aku terbiar.

Sekarang ni bisnesnya bertambah maju. Selain rasa cendolnya yang sedap, mulutnya yang ramah, sikap murah hatinya susah nak dilawan dek pengusaha lain. Ko bayangkan, kita order cendol semangkuk and makan kat situ. Bila nak tambah amik je kat atas meja tu for FREE. Bila nak balik boleh pulak tapau air barli for FREE.

Aku tak pernah buat 'lawatan' mengejut ke tandasnya tapi aku yakin tandasnya bersih dan ada tabung duit kat situ. Bagi le seikhlasnya untuk kegunaan bersama. Mereka yang bersihkan tandas tu bukannya PBT.

And yang terbaiknya............. yang ini:


Gambar ni aku kopipes gambar enche Remy

Ko gasak le buat business discussion kat situ dari zohor sampai asar, makan sampai buntang mata pun takpa, kemudahan nak bersolat ada.

Semoga perniagaannya bertambah maju lagi selepas ini. Amin.

Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

Tags
Assalamualaikum.

Belum ada tempat baru balik balik ke situ jugak, ke tempat shopping yang itu jugak, dah cik kiah nak gi shopping sajo kekdahnya...kita layankan je lah ikut kehendak deme. Nak ku tepek gambar takut bosan lak so tunggulah trip yang akan datang yek insyaallah.

Oleh kerana next month cuti sekolah dua minggu i nak suggest you all bawak family ke Terengganu. Negeri ini sangatlah bertuahnya dilimpahi Allah dengan berbagai sumber alam dan pulau-pulau yang sangat cantik. Kalau tak nak gi pulau boleh jer melawat Taman Tamadun Islam, ada replika 20 buah masjid yang terkenal di dunia , ada river cruise jugak. Selain daripada tu ada kilang batik, Pasar Payang, Istana Maziah, muzium (tapi aku tak minat), Masjid Kristal.... masjid-masjid lain pun gah jugak. Aku kalau gi Terengganu siang malam makan kopok lekor.

Kalau nak gi pulau sebelah pantai timur kena gi antara bulan Mac-Okt sebab waktu lain kebiasaannya resort tutup sebab cuaca kurang baik, tak selamat untuk bot-bot kecil. I tell u, mandi kat sini seolah-olah mandi dalam akuarium yang penuh ikan, best! Cuma masa tu kami tak ke Pulau Perhentian Besar. Selain tu ada Pulau Tenggol, Lang Tengah, Redang, setakat yang aku taulah tapi rasanya kalau nak ke Tenggol dan Lang Tengah kena ikut pakej. Minimum 3h 2m rm280 seorang. Hari tu aku ada gak survey harga melancong ke Pulau Tioman, tambang bot kami anak beranak je dah melebihi tambang kapal terbang kami ke Medan tahun lepas. Tambang bot SEHALA ke Tioman rm35 seorang manakala ke Redang rm50. Harga itu membuatkan aku ingin ke Indonesia lagi anak-beranak. Pergi Singapore dari Johor Bahru pun baru 5 ringgit naik bas.

Untuk ke sini kena naik bot dari Kuala Besut, ada slow boat 90 mins, fast boat 60 min kot. Naik bot kecik merentas laut ni suspens jugak. Resort pun berbagai, mahai murah.... kalau nak yang happening kat Long Beach, naik bot boleh nak merentas hutan pun boleh. Kami ikut hutan siap terserempak dengan biawak mak datuk besarrrrr !

Yang ini pun gambar lama dengan kamera filem yang bawak gi UK dulu tapi tak ingat print kat mana, sangat cun colour gambar ni kalau tengok yang original. Warnanya naik.







Dulu kami stay dua malam di sini. Cuma ada beberapa pelancong lokal je waktu tu lenlain semua westerners. Resort ini pada waktu itupun dah semakin terhakis. Beberapa tahun sebelum tu kawasan pantai depan resort lebih luas lagi.

Airnya sangat jernih sampaikan aku pun berendam dengan anak-anak sejak lepas breakfast, naik kejap tengahari then sambung balik sampai senja. Ya rabiiii..... seronok sangat! Macam dalam akuarium.

Pantai/pulau yang cantik kat Malaysia ni selalunya penuh dengan pelancong asing so kalau pergi dengan keluarga eloklah make a reservations nanti kang jadi macam satu couple tu tidur bawah hut sajork. Hotel penuh beb masa tu.

Pergilah kengkawan, memang berbaloi!!

Kembara London ... jom! jom! Part 9 last one bebeh

Tags
Hari ni pi Oxford dengan Along. Merasalah aku keluar dari kota London. Nak gi lagi jauh pitih takdok haishhhh.... kami gi melawat kawan dia kat St Claire College. Best je gi tempat orang, boleh jalan kaki jek masuk ke sana. Takde pulak aku nampak pak guard macam di sini, kat area lain kot. Yang pastinya kami lalu sebelah kubur lama masa berjalan kaki kesana.

 Sejukkkk.... pakai baju berlapis-lapis

Bilik kawan Along kecik je just enuf untuk sorang. Cantiknya pemandangan........ its autumn. Masyaallah! Kalaulah diberi peluang sekali lagi ke sana aku teringin nak gi musim luruh atau musim bunga. Paling tidak pun musim panas. Musim sejuk taklah kot melainkan dapat pergi free hehehehh.... free pun nak demand ke? Musim sejuk ni cepat gelap kedai pun cepat je tutup. Mati kutu weh duduk lelama dalam rumah kat tempat orang.

Sebelum 'teman serumah' kami di London tu pulang ke tanahair depa pi Paris dan aku tahu last minute. Cousin aku confirm tak pergilah sebab baby-nya tersangatlah tiny, takut tak tahan sejuk. Kalau dibagi tau awal bolehlah jugak aku join hmmm....takdak rezeki gamaknya. Kalau pergi pun belum tentu best gi dengan depa ye dok? Depa pun gi balik hari jek, aiyooo mana syiok. Masa tu aku dengar kat France nun tak banyak guna English so aku tak beranilah nak gi sensorang ke sana. Kalau pergi berdua panjang jugak akal. Lain kali jelah ek, kalau ado joki.

Esoknya .......

Aku gi Sansburry lagi memberi coklat segala untuk dibawa pulang, kali ni di Ladbroke Grove. Yang aku dah beli earlier dah dibawa pulang oleh sedara aku hari tu. owhhh....menariknya la packaging segala macam makanan kat sini tapi kena berhati-hati sebab banyak yang tak halal. Yang bagusnya di negara maju labelnya detail.

Petang my cousin and husband gi airport menjemput another group so i offer myself untuk menjadi babysitter. Very experience nanny, tak rugi kalau bayar 700 ringgit per task. Kesian kat dia asik dok ghumah jah.

Nov 2nd...

uikkksss pergi warehouse lagi nyah!

Then kami berpindah ke Indurrah Apartment. Hangpa pi tengok sendirilah camana rupanya dan harganya. Apartment yang disewa ni tiga bilik tapi since kita perlukan dua bilik diorang kunci lagi satu nilik tu. Luas dan selesa, di Marble Arch and walking distance to Oxford Street.

The best part is masa kat lif kami terserempak dengan DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis. Yang paling tak best aku tak dapat pun bersalam dengan dia sebab dok menjaga pintu lif dengan bags kami tu :( .... nice and sweet tak sombong pun, cousin aku dapat le bersalam dengan dia. Dengarnya apartment tu milik keluarga mereka. Pakcik yang jadi reception kat situ pun kalau cakap Melayu slang Peghelih, kalau cakap omputih bunyi orang kampung London lah.

Esoknya ......... wah lagi dua hari mau pulang sedihnya.... bilalah dapat ke London lagi. Hari ni ke Bloomsberry, High Holborn, Soho, Chinatown, Trocadero, Shaftesbury Avenue, Picadilly Circus...... bergasaklah jalan sampai penat, capai apa yang patut. Beli sport shoes Adidas saiz kecik untuk anak aku 8 pound.

Nov 4th.......last kopek esok dah nak balik

Pi Church Street di Edgware Road then ke Liverpool Street. Actually nak ke Wembley dan Camden Town tapi tak jadi. Hari ni banyak jugak beli barang antaranya blazer Burbery dan Laury Ashley, jeans dan barang Queen Anne. Blazer tu entah berapa kali jelah aku pakai selebihnya tersadai dalam almari. Very good quality sayang nak hand over kat orang. Barang Queen Anne pun la ni dok bawah katil hahahha.... guna produk Tupperware lagi senang tak pecah.

5hb Novermber 2002........

Pulanglah kita (sedara 5 beranak yang sampai 1hb tu dengan i) ke tanahairku yang terchenta. Sekejap betul diorang ke sana, jalan pun dekat-dekat jek. Aku rasa macam rugi je berhabis berbelas ribu setakat berjalan sekitar situ je. The husband, dulupun pernah belajar di UK, ada satu hari tu dalam keadaan aku letih litak kembali ke rumah dia kata, orang London pun tak sampai kek tompek yang kau poi ni  hahahhahh..... akak memang kuat berjalan kalau kat tempat orang.

hah! last day pun sempat berjalan lagi

Sampai kat KLIA puan kastam tahan suruh aku bayar. Aku pun dengan muka letih 13 jam duduk dalam kapal terbang di hari pertama puasa tu bukak purse tunjuk kat dia,


"Puan, tinggal 10 pound je" hahahahha..... memang tinggal banyak tu pun. Yang penting den dah sampai London!

Kembara London ... jom! jom! Part 8

Tags
Hari ni 27 Okt beli bus pass untuk seminggu terus gbp8.50, memang tak nak duduk rumah lansung kekdahnya.

Esoknya keluar dengan my cousin and anaknya Along. Cadangnya nak ke Harrods tapi tak jumpa pulak kikikiii... camanalah boleh tak jumpa. Along belajar kat Bristol di masa tertentu je ke London, tu yang tak berapa sure arah ke Harrods. But i managed to get there.... apa yang takde kat shopping mall Al Fayed tu ek?

Kami dok repeat ke Disney lagik....... and Barker too. Masuklah jugak La Senza, H&M dan lain-lain, selagi ada kedailah. Sex shop je tak masuk heheheh.... banyak kat sana, ada jual buku, accessories, dildo, vcd, coklat bentuk anu pun ado...kombang tokak den.

Rugi pulak rasanya takde proper planning, kalau tak boleh pergi Windsor Castle, Legoland dan banyak tempat lagi. Apa nak dikata....... first timer selalu macam tu. Kalau pandai macam sekarang ni sampai tak cukup masa pulak dek berjalan.

Bab makan tok sah risau banyak je kedai Arab kat sana. Restoran Malaysia pun ada, yang kami pergi beberapa kali tu aku rasanya dekat dengan Malaysia Hall. Selain daripada tu Mawar Rest. Time aku berjalan sensorang kebiasaannya i had my lunch a bit late, makan pizza se-slice dua, 1 pound per slice, jimat. Kiranya aku ni semedang makan di luar jah, malam baru lekat di rumah. Ada sekali tu masa aku menunggu bas sensorang dekat Mawar rest someone of indian descent looks like pakcik kayo tanya, are u malaysian? Senang betul nak kenal orang Malaysia nih.

Kembara London ... jom! jom! Part 7

Tags
October 26th...Sunday

Pergi beli barang kat Sainsburry je kot.


October 27th ...Monday

Aku rasa hari ni sedara aku tu balik. Oleh kerana dia kurang berjalan - apolah poi tompek orang tak mau berjalan - diangkutnya sekali segala coklat dan brans yang aku beli tu.

Do you like my car? tanya datin kat belakang tu. Smart kan pakai trench coat dengan boots.

I tak buat concert okay... bergambar kat luar je

Trafalgar Square.... kalau berjalan sensorang yang tak best nya part nak bergambar. Sama ada ko kena mintak tolong orang atau pasang tripod, leceh tolll. Aku? pacak tripod

River Thames and Big Ben. Naik cruise ni pun best jugak tapi masa kami naik tu kena duduk kat dalam maybe sebab hujan renyai

London Eye ... 10 pound kot tiketnya tapi best la dapat tengok kota metropolitan London dari atas. Komen orang yang pernah lama merantau di eropah, London Eye ni laku antaranya sebab pemandangan London itu sendiri yang banyak park, castle dan century old buildings. Ye lah kot.

Kembara London ... jom! jom! Part 6

Tags
Hari ni 25hb Oktober.......

Hari ni mengukur jalan lagi kat Oxford Street, masuk Disney Store dan Mothercare. Aku beli kasut baby yang kain baldu lembut berbulu gambar rimau tu. Beli je kat Disney Store barangnya made in China jugak. China kan world's factory, apa ko nak bagi tau je orang kat China nun pandailah nak dibuatnya. Bukan setakat kain baju handbag yang ribu riban tu pun depa yang produce. Amoi pun depa export sampai poning kepalo ketua wanita MCA.


My cousin beli stroller Mothercare 100 pound untuk baby nya yang 3 bulan itu. Lepas dapat tahu harga stroller barulah wife si mamat tu bukak mata. Kita tak gebang pun sekadar menjawab soalan dia saja, eh cantik, besar... berapa ni? hahhaha...kan dah... dia pun beli yang Mothercare juga tapi harga 15 pound saja, yang jenis macam payung tu. Kat tempat kita paling murah boleh dapat yang brand biasa tu 50 ringgit masa sale kat Jusco. Gaun gegirl yang elok kualitinya tu cuma 10 pound time sale. Ya Allah, rasa untungnyalah orang yang kerja kat London nih.

Hangpa tengok, betapa tingginya nilai duit kat sana sebab tu lah bila kita dok sibuk heboh tentang brain drain kat sini malaysians kat overseas tetap tak mo balik. Duduk sana tak payah sibuk nak beli kereta kerana public transport efficient, kalau dia tulis sampai 5.10pm time tu lah bas tu sampai. Smart car yang kecik dua seater tu 4k pound je kat sana. Gile best!

Ron 97 naik lagi!

Tags
Berita menarik kan?

Aku takde la sengaja nak mengisi minyak hijau tu melain 'ter' sekali sebab tak perasan. Ada orang kata ko ni isi minyak kuning pun sibuk nak komplen? Nak je kita cakap kat dia nak tak den jontik telingo kau? Minyak ni apa-apa kaler pun naik harga barang-barang lain pasti naik. Tu belum lagi barang-barang lain yang naik harga secara senyap. Contohnya 3 bulan lepas Milo 400gm rm6.95, start 2 bulan yang lalu harganya rm7.30. Sardin tin sederhana yang biasanya rm3.80 dah rm3.95. Berapa sen dah naik tu? Belum lagi susu pekat manis yang dah takde berharga rm1.95.... semua rm2.30 keatas.



Kat negara maju kerja Mc Donald pun boleh beli motor besar tau!
Meh buat perbandingan berdasarkan imej diatas untuk sekeluarga 6/7 orang yang kesemua anaknya belajar tak kiralah di kolej atau sekolah. Semua dalam ringgit tau!

1) Bil purata:
    Telekom (setengah hari anak tinggal kat rumah so mesti ada telefon berintenet)                         100
    Bil air (jangan mandi lelama sangat anak ooiii.....)                                                                                  25
    Bil letrik (takde air cond, kalau takde orang tutup la lampu tu nak...)                                                     65
    IWK                                                                                                                                                     8
    H/p ayah (buat miss call jek                                                                                                                 30
    H/p mak (mak nak check anak pi sekolah tak, pintu kunci tak?)                                                           67
                                                                                                                                                         -------
                                                                                                                                                             295

2) Petrol                                                                                                                                                300

3) Diapers masuk kat barang dapurlah ye                                                                                                  -

4) Duit belanja harian, yuran sekolah dan van pergi sahaja (sebulan)                                                        890

5)  Tunjuk gambar kondo tapi sewa rm300 je...tak logik, paling koman                                                  450
      (rumah teres setingkat kat Pandan Perdana rm750 ye sewanya)

6)  Breakfast kat rumah, lunch dapat kupon, malam wifey masak w/p penat keje                                    465

7) Bayar ansuran kereta... ni kira cap proton lah                                                                                    450

8) Barang dapur (barang kering aje ye) pada 25hb setiap bulan                                                              360
    Barang dapur selepas 2 minggu (dapur kecik so kena beli dua kali-no storage)                                   100
                       
                                                                                                                                                      --------
                                                                                                                                                          3,015
                                                                                                                                                       +    295
                                                                                                                                                     ---------
                                                                                                                                                          3,310

9) Ayah! cikgu suruh bayar motivasi, buku, derma, bla..bla                                                     fill in the blank

10) Cukai pintu, cukai tanah, maintenance, astro, klinik, mak ayah, takaful,                             fill in the blank
      tuition, swimming, kelas memanah, tae kwan do, makan di luar,
      hutang dengan Sen Heng ke... Court Maut ke...macam-macam lagi
      yang tak disedari

Aku tau bil letrik tu sikit, jiran aku yang tak guna aircond pun bil letrik sampai total bills tu sebab anaknya tak tidur malam time sem break ni dok main game dan bertenet memanjang dan kipas pasang 24 hours.

Ini anggaran belanja keperluan yang dah dijimat dan disukat sehingga terpaksa melepaskan kemahuan. Sure ada keluarga sederhana yang berbelanja lebih tinggi sebab tu terpaksa laki bini bekerja meninggalkan anak bersekolah rendah berdikari di rumah. Dah kerja sorang tak cukup, nak buat macam mana ye tak? berkorban apa saja le jawabnya...... Nak berhemat gimana lagi?

Jiran aku masa kat Shah Alam dulu dia tinggalkan anak dia umur 2 tahun sensorang kat rumah. Pukul 10 dia balik jenguk, tengahari pun sama sampailah abang kakaknya balik dari sekolah. Ko boleh buat gitu? Berani? Maknya kerja kerani je...berapa ratus sangatlah gajinya dengan anak empat orang yang nak ditanggung pada masa tu. Bapaknya pun kerja biasa-biasa je. Tak mampu nak bayar baby sitter. When i became a mother aku boleh merasakan perasaan bimbang dan sedih akak tu kerana terpaksa berbuat demikian.

So, bila ada musibah yang kita dengar di tv seperti kanak-kanak kena culik/bunuh bila pergi kedai/bermain/time mak ayah takde janganlah cepat sangat nak bagi komen negatif kepada mak ayah dia. Kehidupan kita tak sama. Ada orang kaya, ada orang senang tapi ada yang susah dan terlalu susah.

Tapi orang Malaysia baik baik belaka, menerima dengan redha walaupun harga minyak terus naik.

Cerita gay

Tags
Esok pagi (hari ni actually) Mingguan Malaysia akan mengeluarkan cerita tentang gay dan biseksual lagi, ko percaya tak?

Senang betul kerja diaorang, olah je cerita tu setiap minggu sampai jelak lepas tu tambah ruangan gosip dan jual, walla!

Kembara London ... jom! jom! Part 5

Tags
Hari ni our 'kepala' attend course kita semua pergi merambulah. Tempat yang dituju Madame Tusaud. Tiketnya gbp16.95 kot. Berjalan dengan OKB ni takdenya nak naik tube ke bas ke ..... naik teksi sesajor. Bas yang kita naik pun yang HOHO tuu... oooo baru kuiingat 15 pound tiket bas nih. Rasa rugi lak naik bas nih sebab aku dah singgah banyak tempat sendirian sebelum ni.
cessss nyesal tak peluk dia

Aku ni kalau berjalan memang laju tapi kali ni terpaksa jalan, pandang belakang. Jalan lagi, pandang belakang. Memang bersantai betullah deme tu dalam sejuk dingin tu. Hari-hari yang sebelum ni aku berjalan jauuuuhhhh sensorang. Sesiapa yang pernah ke Oxford Street, aku berjalan dari sebelum Marble Arch tu sampai ke hujung sampai bangunan tinggi (Citibank kot) yang saujana mata memandang, lepas tu masuklah lorong sana lorong sini. Jumpa bas naik bas, guna daily ticket yang aku beli kat kedai India tu. Map bawak tapi biasalah ..... plan ke lain sampainya ke lain. Tapi tak kisahlah kan, semua tempat baru..... kita explore je lah.

Marble Arch ... opposite nya ada Cumberland Hotel, sure mahal coz stategically located

Aku jalan kaki dari sini sampai hujung nun lepas tu sambung lagi ke kiri kanan naik bas turun bas

Buckingham Palace. Ada satu hari kami pergi tu tengok askar tukar shift, sangat menarik!

Madame Tusaud - macam real semua patung tu menunjukkan betapa hebatnya kreativiti orang yang menghasilkannya. Tak macam patung si fulan yang super kaya ber ehem ehem dengan tunangnya tu... takdo ghoman lansung! Takde ghoper satu hal yang bayar berjuta dollar untuk patung orang yang dah jadi ex tu satu hal lagi. Aku dok terfikir kat mana la dia nak letak patung tu? atau, dah kena bakor?

Emel mengarut

Tags
Sapalah yang suka spam nih... kebanyakkan produknya untuk lelaki tapi yang menghantar emel tu ada pompuan jugak. Paling tak boleh blah seluar dalam ajaib hahahahahha..... jadi apo gak eh kalau pakai tu?

Kembara London ... jom! jom! Part 4

Tags
23hb Oktober 2002

Percutian ni ada macam-macam rasa, ada banyak manis dan kelat masam sikit. Pahit dan tawar takde. Ye la kan dah ramai orang banyaklah ragamnya. Bukan kita saja orang lain yang kita tak kenal pun ada dok serumah.

Seperti yang telah kuberitahu in previous entry, di London ni sepatutnya rumah itu untuk kami sahaja selama tiga minggu. So, sekampunglah diajaknya dek 'kepala' kitorang. Hari ini tibalah segerabak lagi (3 adults 1 kid) dari KL. Gerabak yang ini banyak duit, baru jadi OKB.

Kat rumah tu ada dua dining table, satu di dining hall dan satu lagi next to the kitchen, kecik sikit. Meja yang kat dining hall tu ada banyak buku dan kertas di atasnya- berselerak so kerja-kerja mengunyah dibuat di dapur sahaja. Remember couple yang ada anak kecik tu? and the one yang kupanggil PATI? haaa...barang yang berselerak tu hakmilik the first couple, yang sorang lagi tu okay je kemas bersusun... dah berams balik Malaysia baru kami tahu dia punya. Inconsiderate betullah kan?

My other sedara tu sampai pagi so biasalah kita sembang gelak-gelak kat dapur tapi i beleive takdelah dengar sampai ke dalam bilik. Bilik bertutup rapat, pintu dapur pun tutup jugak. Cuma anak buah kami ni melaung macam rumah dia sendiri memanggil maknya dari tingkat atas sebab kat toilet takde paip air. haa...ko, kat lantai pun takde saluran air.... dah omputeh tu main lap sajok. Kami ni pandailah nak boh air dalam bekas. Budak-budak khennnn......

Tengah sedap makan sambil menyembang maka turunlah si makcik lecturer nih berjalan menghentak kaki sambil menghempas kabinet dapur. Stunned. Kita bukan budak kecik, body language orang kita boleh baca tapi kami ajak jugalah dia breakfast bersama. Takkan dia nak pulak.... apa la ko nih.

Lepas group yang ini pulang ada satu group sedara lagi datang tapi tak direkodkankan pulak, kena tanya imigresen kalau nak tahu. Orang yang yang kita baru kenal tu pun ntah bila pulangnya cuma PATI tu pulang sekali dengan sedara kami yang bawak budak tu. Hangin je lah husband sedara aku tu, si PATI datang berdua saja dengan bininya tapi beli glassware punyalah banyak sampai terlebih berat daripada 20kg. Masa check-in luggage deme tu pergi as a group tapi bila staf tu suruh bayar for extra weight dia buat bodoh je ...nak harap sedara aku bayar. Hangin la kawan tu. Ko bayangkan, sedara aku tu dapat free 80kg tambah dia punya limit 40kg boleh terlebih lagi. Sedara aku beli handbag dengan baju sikit je. Kalau aku la kan, aku angkat je barang-barang aku.... ko bayarlah sendiri... ada aku kisah? Tak kuasa nak bergaduh dengan orang.

Aku tak sure malam ni atau malam esoknya si mamat yang first itu mula berkias mengatakan yang rumah tersebut adalah milik majikannya. Berulang-ulang dia cakap. Adakah maksudnya, rumah ni company aku punya, camana lak ko boleh duduk sini free? staff je boleh tau tak? Gitu le gamaknya dalam hati dia, ishhh.... buruk sangka betul aku ni kan? Hati jahat apanya kalau malam esok pun dia dok ulang benda yang sama. Biras aku nih bengkek la.... iye la lelaki mesti ego, pangkat besor lak tu. Berkali jugak dia ulang i datang sini bukan merempat. Mamat tu tak faham jugak. Kita (my biras la.... aku apa yang ada?) pun tak mau la show off dengan pangkat, apalah yang ada dengan pangkat dunia ni. Nabi yang dapat tengok syurga neraka tu pun tak sombong. Tidak jugak beliau menunjukkan surat rasmi from that man's company. Kata biras aku lepas kali kedua 'disuruh keluar' tu, kalau aku bagi tau bos dia kang naya budak ni. Si mamat tu tak tahu biras aku ni berkuasa untuk sign cek untuk company dia. haaaa...... jangan pandang orang sebelah mata. Alaaa....... dua bulan je duduk obersi la melayu... bukan dua tahun, itupun nak kerek. Setiap kali aku nampak company tu kat federal highway mesti aku teringat kat mamat tu laki bini. syuh syuhhh! takmo ingat kat dia.

Lepas menjamu selera pagi tu kami ukur jalan di Oxford Street dan warehouse semula. Wowww!! seronoknya berbelanja !

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free