Kembara Yogyakarta-Solo...Day 5 bergerak ke Solo

Tags
Bye bye Yogyakarta !

Kekadang orang kata poie hanimum laiii......takdo makno ea doh hanimum kalau sorang tercicir kek belakang hahahahha.... ni pasal nak amik gambar tu yang aku ada kat belakang kalau tak bos la behind sebab dia jalan lambat. Dalam lorong-lorong ni bercampur antara rumah persendirian, rumah yang dibuat homestay, hotel sederhana. Di bahagian luar laaagiiii la banyak hotel, yang bagus pun ada macam Ramayana. Kalau nak yang bangun pagi terus melompat ke dalam shopping mall stay kat Ibis.

Kali ni kami keluar ikut lorong lain terus ke Jln Pasar Kembang and 100m ke stasiun kereta api Yogyakarta. Kami mau ke Surakarta buk.

Ringkas je stesen keretapi ni tak payah jejantas bagai. Nampak tak tangga tu?  Kat situ je kita melintas. Aku suka style gini, definitely tak menggunakan tax payers money dengan banyaknya lagipun user friendly. Pernah dulu time pregnant 7 bulan kena naik jejantas KTM komuter nak ke sebelah sinun sebab laluan aku di sebelah sinun... azab betul. Pengguna keretapi di indo jauhhhh lebih ramai.

Dengan harga yang sama dengan Utar Losmen, kita checked-in kat Chakra Homestay. Agak jauh dari Stasiun Solobalapan tapi dekat dengan Masjid Ageng dan Pasar Klewer. Sekitarnya adalah kawasan wisata batik. Kiranya kalau nak membeli batik exclusive design ko rayaulah sekitar hotel ni.... masuk satu lorong ke satu lorong. Nak yang biasa boleh cari kat Pasar Klewer.

Sebahagian daripada rumah ni dah dibina semenjak 200 ratus tahun dulu. Jadi jangan terperanjat la rumah muslim tapi ada patung jugak, mungkin milik nenek moyang mereka dulu dan disimpan sebagai kenangan. haaa........tengoklah sendiri..... terbaik! tapi dapat handuk tarzan jugak hehehhe... tak kisahlah tu sebab kita memang ada bawak sendiri punya.


Bilik kami di tingkat atas


Balik dari berjalan malam tu kami lepak makan jajan kat atas sana. Best betul...... very inspiring tempat ni. Teringat dulu dulu time aku pergi course, faci tanya nak bukak bisnes apa? Aku terfikir satu je, nak buka small hotel and manage it. Selegho bukan main tajam hahahhaha...... orang lain nak bukak butik, bukak kedai komputer ....... but i did mention small hotel, hometstay pun termasuk la tu. Kalaulah ada modal hmmmm ...........

Luas kawasan ni dalam 1 ekar kot...ada berpuluh bilik di sini luas dan selesa. Sebelah kiri rumah tuan tanah, yang di depan tu tempat latihan menari. Tak sempat nak tengok.

Free breakfast coffee/tea with toast bread tapi yang kat Jogja tu lagi sedap siap potongan buah. Somemore, di sana bila-bila boleh sendiri buat kopi/teh.

Bilik anak tuan tanah. Barang antik ko......kalau dijual rumah ni entah berapa trilliar harganya


Kalaulah bawak anak memang aku berendam sekali nih. Kalau ada rezeki ke Solo lagi insyaallah akan stay di sini lagi, orang lain bolehlah gi Novotel.

aduhhhh.........nyamannya kat sini............

Kembara Yogyakarta-Solo...Day 4 Gunung Merapi

Tags
Jauh berjalan hari ni. Dalam perjalanan ke gunung berapi aktif ni kami melalui beberapa lagi candi tapi tak singgah. Kat Bali tahun lepas puas dah aku keluar masuk pura so kali ni yang penting-penting je lah.

Kesan letusan Merapi masih lagi boleh dilihat. Sesiapa nak pasir boleh angkut sendiri free of charge. Semasa tragedi tu penduduk kampung yang tinggal berbatu-batu dari gunung merapi pun diwajibkan berpindah sebab kadar oksigen dalam udara terlalu rendah.

Ni baru di bahagian kaki walaupun dah naik atas gunung. Dari sini kita boleh berjalan kaki atau sewa ojeg 20k seorang atau sewa motorcross min 50k sejam kot. Kalau pergi lagi jauh kena bayar lebih le.

Pasir dan batu hasil letusan 2010

Tapak rumah Mbah Marijan yang sudah musnah. Dia meninggal dunia selepas solat Maghrib.

Batu-batu gunung yang dulunya pijar...... disebelah kiri pun antara laluan lahar panas jugak dan pokok-pokok di sana masih togel lagi tak tumbuh dah daunnya.

Ko bayangkan dalamnya laluan lahar ni, macamana nak hidup time tu? Semoga mereka yang telah pergi dirahmati Allah.

Sebagai iktibar dan pedoman kepada yang masih hidup. Semasa letusan pertama 37 orang mati, letusan kedua 200 orang terkorban. Jauh tu nak turun ke bawah.

Kalau ko jalan kaki sampai ke Kampung Kinahrejo ni boleh tonggek pungkok. Tinggi der....... aku tak berani bawak motor tempat tinggi tegak macam ni sebab dulu aku pernah jatuh motor masa balik dari kelas swimming di ITM Shah Alam. Kemain tegak bukit belakang tu... nasib baik ada sorang mamat tu tolong. Allah je yang boleh balas jasa dia, muka dia pun aku dah tak ingat. Kalau dia baca ni, terima kasih la ye... dulu akak naik motor buruk kaler hijau. Jasamu tetap dikenang.

Bila kita tengok gambar-gambar yang telah dirakam terbayang hari pembalasan nanti... begitulah agaknya ye. Dvd pun ada dijual tapi mahal le pulok.

Masa turun pulak melorot ke drebar hahahhah..... bos jerit weiii pegang la besi belakang tu! hahahahha....kenangan betul.

Kembara Yogyakarta-Solo...Day 4 Candi Borobudur

Tags
Masa ke Dieng Plateau tu hari gelap pekat tak berapa nampak jalannya. Bila dah siang ni macam-macam boleh nampak tapi aku kalah bila nasi masuk dalam perut. Apo laie?.......zzzzzzzzzzzzzzzz

waahhhhhh....... tinggi tu....ada bran? Tiket dah bayar 150k sorang boleh tak boleh kena bagi boleh jugak la. Senang je, time panjat tangga tu jangan dongak ke atas, ko naik je satu persatu sambil sebut Allah Allah Allah Allah ........... kira berzikir le

Tengok tu pakai baju merah kuning dari jauh pun nampak. Di candi ni semua orang akan diberikan kain batik untuk dipakai. Penjual t-shirt dan souvenir pulak akan hambat ko dari turun kereta sampai ke dalam nun tapi dia orang tak panjat candi tu sekali. Kiranya para penjual di Tangkuban Perahu lagi hebat ler.... diikutnya ko sampai kawah Upas dan kawah Domas yang letaknya 1.2km berjalan kaki ke bawah.

Tingkat demi tingkat

Ada patung di dalam loceng tu. Di bahagian lain banyak kepala patung yang hilang samada dicuri ataupun patah semasa gempa bumi. Candi Borobudur ni ditemui oleh Stamford Raffles yang membeli Singapura daripada kerajaan Johor dulu. Setelah kedatangan Islam ke nusantara candi ini dan yang lain-lain tinggal terbiar dilitupi semak samun dan debu gunung berapi. Berpuluh tahun jugaklah projek pembersihan and repair works dilakukan dan sekarang dah menjadi one of the world heritage site.


Tercapailah sudah hasratku ke Borobudur yang tercatat dalam buku teks sekolah tahun 80/90an dulu. 

Dengan tiket berharga 150k rupiah seorang poket akan terasa ringan kalau pergi anak-beranak so alternatifnya boleh sewa hotel Manohara dan amik gambar dari kafenya. Jadi ler daripada tak pergi lansung.


Kalau rasa tak sanggup jugak nak memanjat tangga tu ko biarkan je geng lain meneroka, ko tunggu je deme sambil berurut macam driver aku ni.




Kembara Yogyakarta-Solo...Day 4 Dieng Plateau

Tags
Dari kawasan rendah yang panas kami bergerak jam 3 pagi ke tanah tinggi melihat kebun kentang dan kawah gunung berapi.

Indonesia ni dilimpahi rahmat dengan berbagai hasil bumi sama seperti Malaysia. Bezanya kepulauan Indo agak tidak stabil kerana berada di lingkaran api pasifik. Tengok kat atas tu.......menderu-deru gas keluar sampai boleh menjana industri. Serius, kuat betul bunyinya. Sejuk dan berangin kat sini, kata orang sebelah malam suhunya sangat rendah.



Kawah Sekidang

Kawah yang menggelegak dan berbau sulfur. Kami sampai sekitar 6 pagi di sini dan belum ada yang berniaga lagi. Tempat ni tak dimajukan sangat sebagi kawasan pelancongan sedangkan persekitarannya unik. Tak macam Tangkuban Perahu tu, sesiapa yang tak pergi rasa terkilan sangat.

Gigih kami meredah semak samun mendaki bukit di pagi hari tu untuk mendapatkan view yang awesome di bawah .......

Inilah telaga warna..... kekadang air yang di tasik sebelah sana tu kelihatan biru yang mungkin disebabkan perubahan jumlah plakton. Kalau tak sanggup naik atas bukit ni boleh ikut entrance yang disebelah bawah tapi of course takkan dapat gambar sebegini ye dok?

Dieng Plateau Theathre

Kemudian ke ladang kentang pulak. Di Dieng ni hampir semua petani bertanam kentang, yang putih atau merah dan mereka bertani sampai ke atas puncak gunung nun. Gigih betul.

Penduduk Dieng majoritinya Islam tetapi masih boleh dilihat candi kuno yang masih dipelihara sebagai tarikan pelancongan. Banyak betul masjid kat sini ...... mudah-mudahan jemaahnya pun ramai. Yang bagusnya orang pompuan kat sini berbungkus sampai ke kaki. Yang lelaki pun sama berselimut kain pelikat. Sejukkkk......

Anak-anak yang lahir di sini rambutnya fesyen dread lock, rare. Tapi agak susah nak dilihat sebab kepala bertutup dengan topi sepanjang masa dek sojuk bonar. Kalau yang sekolah pulak rambutnya dah lurus sebab dah digunting.
Besar-besar jugak rumah depa ni, homestay pun ada di sini. Kalau nak duduk sini kena cari yang ada hot shower lah.

Indahnya ........... dengan gunung yang diliputi kabus


Turun dari Dieng kami makan di pekan apa ntah namanya 
erkkkk..... tak selera den, siap dengan kepala ayam sekali. Termasuk la taik telinga ayam tu agaknya hehehehh....

Makan sayur je kak.... kocik bona pinggan ea... Kalau kita boh lauk ja dalam pinggan ni. Sayur hijau tu sedap, sayur tauhu tu pun sedap sampai bos suruh aku buat. Nanti nantilah kalau terjumpa resipinya... nama lauk tu pun dah lupa.

Kembara Yogyakarta-Solo...Day 3 Part 2

Tags
Kalau ke Indonesia dalam fikiran aku ni mesti nak gi massage dan facial. This time nak gunting rambut sekali kononnya. Dekat tempat tinggal aku tu ada la aku nampak sebuah tempat massage, Monggo namanya. Monggo maksudnya sila.

Coklat Monggo pun ada ..... coklat Indo dengan resipi Brazil. Memula nak ke kilangnya tapi lepas aku try rasa hmmmm...... aku yakin anak-anak aku won't like it so lupakan sajalah.

Malam tu bos malas nak keluar, letih berpanas seharian so aku pergilah merayau sensorang. Rugilah ooiii pergi negara orang tak maksimakan kepenatan tu. Masuk Monggo, kecik je rupanya tempat urut tu...... bule dah amik semua tempat. Urut tapak kaki boleh urut badan pun boleh tapi ............. no privacy. Takmo lah aku...... lelaki pun ada kat dalam tu. Never mind kita cari tempat lain. Salon yang ada kat area situ pun campur laki pompuan open lak tempat tu...... ternganga je pintunya. Takmo gak.
 
Jalan lagi arah selatan, ahhaaaa........ aku nampak Eda Salon kat satu lorong tapi lorong tu tak berapa terang. Memang betul pun ada salon tapi mbak tu kata tukang pangkasnya udah pulang so dia suggest aku pergi yang belah dalam sket, apa ke namanya. Aku ni pun dah dia bilang tak jauh takdelah aku klip sandal aku tu. Jalan punya jalan.............. jeng jeng jengggggg....!!!!
 
Memula aku nampak 2 orang lelaki muda tengah bersembang sambil minum air, tanya kat dia tapi dia tak sure. Tanya pulak kat 2 orang awek bermini skirt, owhhh di sana mbak. Jalan sikit lagi tapi aku perasan semua orang pandang aku yang berjalan sambil mendongak mencari signboard, cumanya aku tak perasan mengapa. Aku jalan berlenggang je tak bawak beg dan kamera. Then aku nampak seorang lelaki 40an duduk dengan dua orang perempuan muda-garang je pandang kat aku.
 
Tempat tu bersih tapi agak gelap, sama jugak macam lorong yang lain kawasan tu adalah kawasan perkampungan di bandar, masjid kecik pun ada dekat-dekat situ (di lorong yang lain). Bila aku berjalan aku perasan mata mata yang memandang kehairanan.... ngapain dong? kata aku dalam hati. Kemudian aku nampak perempuan 40an yang berbadan besar dan berbaju sleevless ketat, ternampak pulak lelaki dan perempuan kat depan pintu rumah KEMUDIAN aku ternampak tulisan 'Rumah Family' terusssss aku teringat Saritem di Bandung!.
 
Makkkkkk!!! Terus aku patah balik, nak jalan lelaju pun tak boleh pasal sandal aku tak berklip- dah nak sampai kat pintu keluar baru aku berani berhenti betulkan sandal aku tu.
 
Sampai kat bilik mencungap-cungap.
 
Awat?
Termasuk tempat jual 'ayam'!
 

Kembara Yogyakarta-Solo...Day 3 Part 1

Hari ni plan asalnya ke Kota Gede yang ada silver works tu but then teringat pulak Candi Prambanan, candi hindu kuno yang dibina pada kurun ke-9. Oleh kerana kita tak ada perancangan nak membeli barangan perak so terus je lah ke Prambanan.

Semasa berjalan kaki ke Malioboro St ternampak pakcik ni tengah membuat gitar, 600k rupiah sebuah. Kalau ditawar sure boleh kurang lagi ni.


Perjalanan ke Prambanan taklah jauh mana..... dalam 17km menghala ke Solo dan kita akan melalui banyak tempat seperti muzium biologi/geologi, Taman Pintar, Taman Gembira Loka (zoo) dan airport. Kalau bawak anak-anak bolehlah menyinggah ke Taman Pintar ni. Dekat je, setempat dengan Vredeburg, Pasar Beringharjo.


Nampak tak apa yang ada atas kepala mamat tu? Dikhabarkan besi tu untuk menghilang sakit kepala. Kena tanya kat Aidid Muaddib nih hahahha..... silap haribulan aku yang kena lahar. Yang kat depan muka dia tu bus stop untuk bas Trans Jogja. Tiketnya beli kat dalam halte tu macam prepaid card tapi dia tak bagi kat kita. Hebatnya ada staf yang mempersilakan naik dan sorang lagi kat dalam bas memberitahu nama satu-satu stesen. Kalau nak turun kat mana-mana bagi tau je depa, mereka bermuka manis dan sungguh berbudi bahasa tapi drebar bas ada yang macam drebar mas mini wilayah. Yang muda-muda sure tak tahu BMW tu.


Yang dua orang tu tengah beraksi siap dengan tong duit di lampu merah. Bukan kita je yang tak senang dengan mereka ni Indonesian sendiri pun complaint seperti yang aku baca dalam koran. Ada ke buat show yang entah apa-apa lepas tu mintak duit kat kita? Orang lain tak tahulah tapi aku tak suka dipaksa untuk membayar sesuatu yang aku tak suka walaupun perkataan yang digunakan adalah sumbangan ikhlas. Pada akulah kan nak bersedekah pun biarlah kena pada penerimanya supaya mereka tak terus meminta sedekah. Bagi kat budak-budak yang menjual suratkhabar dan jajan lagi bagus. Ataupun yang mengayuh beca tanpa membelit. Atau orang yang kelihatan susah tapi tak meminta. Just my 2 cents. Ehh suka ati ler.... duit korang.


Masjid yang terletak di luar Prambanan Temple. Jogja-Solo majoriti penduduknya muslim jadi tempat solat tak menjadi masalah walaupun dalam kawasan candi atau shopping complex. Setakat pengalaman yang sedikit ke Indo ni belum lagi kena solat kat tempat parking di basement shopping complex atau di atas puncak mall yang takde orang.

Dapat local rates yeayyyy!!!! Nyaris terkantoi. Kalau nak beli tiket pakej dengan Ratu Boko pun boleh.


Candi Prambanan ni terletak di atas bukit sikit tapi kemudian mendatar je lah kecuali u all nak naik ke candi tu, itupun tak banyak mana tangganya.

Tips: kalau nak melawat candi pakailah baju yang kaler terang barulah timbul dalam gambar nanti. Kalau pakai yang colour kelabu taik anjing ke hitam ke tenggolamlah ekau jang.


Diantara kuil yang telah runtuh semasa gempa bumi. Kalau dah berkurun dibina entah berapa kali pulaklah gempa bumi dah berlaku sampaikan loceng kuil ni pun jatuh ke tanah. Kat depan nun Peace Park dan di dalam kehijauan tu ada musolla. Nyaman je berjalan-jalan di kawasan hijau tu.

Kalau kita pergi beramai-ramai dan ada antaranya refuse untuk pergi melawat candi ni try to explain yang kita ni nak tengok warisan sejarah dunia. Dengan takde kren dan backhoe bagai bangunan sehebat ni boleh dibangunkan menggunakan 100% tenaga manusia. Halus dan teguh pulak buatannya tu, hanya gods act ke boleh merosakkannya. Betapa manusia pada waktu itu sanggup berhabisan tenaga dan berkorban untuk tuhannya. Cuba bandingkan dengan kehebatan manusia zaman ni siap dengan lukisan arkitek la, engineer la, kelulusan PBT la, nak kontraktor kelas A la, segala jabatan yang pantau la... kelulusan itu ini lagi, bila hujan lebat je bocor. Macam rumah den ni ha. Tu belum lagi bumbung stadium runtuh.


Kawasan candi Prambanan ni luas beratus ekar, terdapat jugak candi-candi lain dalam area ni. Kalau tak larat nak berjalan boleh naik tram. Wa malas nak turun main snap dari atas tram jah. Yang kat atas ni Candi Sewu.

Pada hari-hari tertentu ada persembahan Ramayana Ballet di sini. Kepada yang berminat dengan fotografi gambar sunset sangat cantik di sini tapi i tak koser lah time senja bertunggu tangga kat candi ni.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free