Sudah selamat pulang.....

Tags
waduh waduh waduhhhhh.............. capek!

Kemano ekau jang?

Tags
Ese .......... travel lite, eat lite, drive lite

Tajuk duit boleh?

Tags
Sejak zaman perzaman dan sangat jelas berlaku perkara-perkara ini:

Barangan atau perkhidmatan yang baik seringkali mahal harganya.

Barangan atau perkhidmatan yang baik kalau anda terjumpa yang murah sudah nasib baik.

Barangan atau perkhidmatan yang murah tak semestinya tak baik. 

Barangan atau perkhidmatan yang murah kalau tak berkualiti dah nasiblah, siapa pilih yang murah sedangkan ko mampu pilih yang mahal dan baik?

Kalau barangan atau perkhidmatan yang ko rasa mahal sedangkan memang dah murah, cuba ko bandingkan dengan yang sewaktu dengannya. Kemut.

Harga sesuatu barangan atau perkhidmatan yang mahal tu bersebab kalau murah pun bersebab jugak walaupun tak semestinya sebab-sebab itu tak baik. Ehh...paham tak?

Nothing comes free beb. Nak kencing pun kena bayar 2 kupang.

Ilmuan Islam- Al Razi 865-923M

Tags
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi dikenali sebagai Razes di dunia barat. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah. Beliau telah memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, alkhemi dan falsafah yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains.

Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfurik yang digunakan secara meluas bagi kejuruteraan kimia. Beliau juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya dan kegunaannya dalam perubatan.

Adakah kita mempunyai pilihan?

Tags
Sejak aku pindah ke Somban ni teksi di sini dan daerah lain tak menggunakan meter. Ramai yang mencadangkan kepada pihak tertentu tapi drebar teksi pulak menolak. Jadinya sejak sekian lama pihak pemerintah mengikutlah rayuan si pemandu teksi dan kita ni pengguna terbanyak jadi pembayar setialah. Nak buek macamano kan? Nanti deme kata banyak na cito naik la bas.

Semenjak beberapa bulan ni teksi Seremban dan menggunakan meter tapiiiii.......... boleh kojol tau dalam teksi tu bila tengok tambang naik mencanak-canak. Ada sekali tu aku panggil teksi ni nak amik kete aku kat workshop. Wuiiii.... baru sampai kat kubur Hj Md Said tu dah kena 11 hengget! That taxi driver kata tambang naik setiap 27 seconds, nak suruh aku masuk kubur cepat-cepat gamaknya. Selalunyalah 11 ringgit sampai Seremban. Itupun dah mahal sangat dah tu.

Hari tu aku naik teksi lagi dari KTM komuter. Person in-charge tu kata rm10, aku mintak kurang dia tak bagi tapi dalam teksi drebar tu suruh aku bayar rm9 je. Meter on tapi nilainya meningkat setiap 10 saat, kalau berenti setiap 20 saat. Dekat nombor besar tu ada nombor kecik pulak tapi nilainya kurang, aku suspek itu harga tambang sebenar. Gila ahh! Kena lenyek memanjang kita si pengguna nih.

Persatuan tu kata harga tambang perlu naik sebab dah lama tak naik-naik, orang nun kata harga minyak naik sebab harga minyak dunia naik (bila harga turun tak turun pulak harga minyak yang dah beberapa kali naik), menteri tu kata kenaikan harga barangan tertentu adalah berpatutan.... kalau dah kiri kanan depan belakang semua naik harga sedangkan gaji naik rm25/50/60 je setahun  masih dikira berpatutankah?

Last weekend aku pi pasar tani, ikan yang paling murah ialah ikan sardin yang harganya 10 ringgit sekilo. Awal tahun lepas masih sekitar rm5 lagi. Memang ikan sardin sodap kalau dimakan maso paneh cicah kicap mo lado tapi takkan nak makan hari-hari?

Kita? naik angin.

Updates

Tags
Alhamdulillah at 20:20 semalam dah ada orang bayar booking flat.

Kelakar sarawaknya bah. Kelak kamek jumpa kitak ya!

Ohh my tenants

Aku rasa lepas ni aku masukkan satu lagi clause dalam rental aggreement yang sebijik macam syarat post graduate nak masuk KPLI.

Bunyinya lebih kurang macam ni :
"para penyewa DILARANG SAMA SEKALI untuk berkahwin dalam tempoh perjanjian ini. Sekiranya tetap berlaku penyewa akan dikenakan penalti sebanyak tuttttttt.........."

Sebabnya:
Bila tenants share 2,3 orang dan sorang kahwin yang dua lagi akan pindah sebab setiap seorang terpaksa bayar lebih. Yang harunya akulah kena buat kerja lagi. Baru je rasa hilang penat turun naik tangga dan baru jugak rasa gembira dapat tenant yang bagus yang tidak membuatkan my blood go upstairs dah nak buat iklan baru.

Ada sesapa nak sewa flat kat seksyen 8 Shah Alam bulan April nanti? Email me ya!

Ilmuan Islam- Al Battani 850-929M

Tags
Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa tigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik.

Beliau putera Arab dan pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trogonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual kontangen.

Confirmed trip

Tags
Tahun ni cuma ada beberapa trip yang confirmed, tak habis sebelah tangan pun.... ada yang with my roomate ada juga bawak orang.

Gembira sangat sebab akan ke Bali lagi tahun ni, same place with different itineraries. Bawak 'datuk datin' ko...... aku nak tengok sendiri apa yang nak dicapainya nanti. Masa gi Turki dulu ada yang selamba berhabis 50k hengget, trip ke Afrika Selatan lagilah, beli berlian. Kalau aku ikut mau terkulat-kulat  memandang............ acik tak mampu dik. Dapat keluar Malaysia pun dah bersyukur sangat.

Actually deme ni dah biasa ke mana-mana guna khidmat TA tapi ada jugak yang tak nak join sebab katanya harga yang aku bagi tinggi sket (dia compare dengan 1 company tu). Lepas aku belek dari atas ke bawah itinerary tak sama....... dah tentulah aku punya lebih banyak tempat lawatan dan tempat shopping, tengok dolphin dan mandi-manda ditambah bawa tempah kasut dengan handbags lagik. Tempat shopping yang biasa TA bawak ke Pasar Sukawati tapi aku tambah lagi sebab ada yang nak berjualan. Kiranya 3rd day tu hari shopping sedunialah! Biarlah depa shopping sampai beg beranak-pinak.

Satu lagi, kalau aku jadi tour leader ada special sket, free photographer. ahaaaa....... ada TA buat gitu? Sample gambar ada banyak dalam blog ni so takde mahallah. Itupun kalau buat early confirmation.

pssssttt........ aku dah beli beg baru, tak tahulah berapa liter punya.

Budak hitam masuk asrama

Tags
Lima budak hitam
Bergurau tiap saat
Satu kena hantar asrama
Tinggal lagi empat..... uhuk uhuk...

Aduhaiiiii sedih gilos.

Kami mak ayah berdua ni mengakulah terkilan tidak menghantar yang anak sulung ke sekolah agama menyambung apa yang telah dipelajarinya since standard 1. Terasa sangat rugi, rugi kepada si anak dan rugi jugak kami ni mak bapaknya. Entah kenapa don't know exactly apa yang membuat kami membuat keputusan yang silap menghantar dia ke sekolah menengah biasa. Mungkin rasa tak yakin berjauhan.

Pada masa tu sekadar memohon sekolah agama kerajaan yang dekat-dekat sahaja sebab result UPSR kurang memberansangkan tapi bila tak dapat kami hantar ke SMK. Ehh... dapat tawaran ke satu sekolah agama tapi mula-mula tak diberi tinggal di asrama so tak sanggup la eden nak menghantar jauh-jauh buto tu setiap hari. Memang tak salah ke SMK tapi hajat kami mahukan pendidikan agama dan akademik yang seimbang. Kelas aliran agama di SMK (cuma ditambah bahasa arab) tak banyak membantu sekiranya persekitaran kehidupan dan pembelajaran tidak ke arah itu.

Jadi kami membuat keputusan all the heros akan dihantar ke SA tak kira jauh ataupun dekat. Sebelum UPSR lagi aku dah survey banyak sekolah. Nak dihantar yang kat NS ni saingannya sangat sengit kalau tak dapat 5A UPSR dan min 4A 4B UPKK dan lulus interview jangan mimpilah. Ada satu sekolah agama swasta tu wuuiiiiii rm525 sebulan!!! Kalau anak sorang dengan gaji ribu riban boleh ler..... So akupun call maahad tahfiz yang di Pasir Mas dan Kota Bharu nun. Hairannya telefon sekolah tu engage ataupun tak berangkat kecuali ada satu sekolah tu. Tak berjodoh ke situ gamaknya.

Nak hantar ke SA/ST kena tengok jugak sekolah tu. Oleh kerana high demand sekarang ni sesiapa sahaja yang berkemampuan atau ada pelabur yang sanggup boleh buka ST. Ni bukan aku yang cakap ye..... seseorang yang pernah belajar dan masih terlibat dengan sekolah jenis tu yang bagi tau. Bimbang anak kita jadi bahan ujikaji je. Sekolah-sekolah yang baru aku tak yakin sangat.

So kami decided try apply sekolah kat Kedah ni.... berdoa siang malam ko.

Ujian untuk 3rd batch pukul 9 pagi jam 8 kami dah tiba, seminggu sebelum dipanggil mendaftar. Alhamdulillah

Entah apa yang ditulis aku pun lupa nak tanya tapi yang pasti kena jawab dengan tulisan jawi. Nasib baik tak disuruhnya mak ayah sekali jawab soalan. Kalau tak kantoilah banyak yang salah eja hehehehhe.... Lepas tu ujian bacaan al-quran pulak. Segalanya dipermudahkan Allah, syukur.

Kepada mak bapak nasihat dua kupang dari aku, kalau anak masih mengaji quran dan dia nak amik exam penting macam UPSR jangan diberhentikan kelas mengaji tu dengan alasan nak gi tuition melainkan tuan-tuan dan puan-puan boleh mengajar sendiri dia mengaji. Ramai yang buat macam tu tapi tak kemana jugak.... takde maknanya. Solution mudahnya hantar ia mengaji lebih awal. Macam abang dengan kakaknya khatam quran darjah 5, Adam darjah 3 sebab dia start awal, darjah 2 kalau tak silap. Walaupun dah khatam setiap hari lepas maghrib kena mengaji jugak, biar sikit satu dua mukasurat asalkan istiqamah.

Hari pendaftaran......... form 1 lebih kurang 450 orang, yang berjubah tu pelajar tahfiz sains.

Nak masuk tahfiz sains di mana-mana sekolah pun minimum kena dapat 4A 1B dan boleh membaca al quran dengan baik dan mampu menghafaz sekurang-kurangnya lima baris ayat dalam masa setengah jam.

Dengarnya dekat 800 orang apply nak belajar kat sini tapi pihak sekolah tak mampu sediakan tempat. Abang tak dapat masuk tahfiz sains kerana kurang kelayakan tapi dia still kena hafaz beberapa surah jugak nanti. Pelajar tahfiz sains ni cutinya berlainan dan yuran kemasukkannya dan bulanannya lebih banyak. Yuran abang rm210 sebulan. Inilah bakal-bakal professional yang hufaz quran. Doakan kejayaan buat depa semua.

sedih worrrrr...............12 tahun kita bela tiba-tiba kena serah untung nasib kat orang lain hiksssss
Adik kecik dia boleh pesan, abang jangan nangis tau! Makin nangislah abang dia. Aku lagilah .......

Ko belajar bang, mama tahu ko boleh buat. Nama ko tu maksudnya bertuah dan cerdik, ingat saja-saja ke bubuh nama tu?

Selesai yang di atas kembali ke Seremban 
Mak bapak yang sama-sama nak masuk sekolah hehehheheh....

Tahun ni register lagi sorang ke tahun 1. Di sekolah ni setiap hari ada hafazan mula-mula surah pendek bila sampai darkah 5, 6 kena hafaz antaranya surah Yasin, Mulk, Sajadah, Waqiah. Aku dulu kat sekolah menengah baru belajar menghafaz surah-surah pendek. Tak pastilah pulak program j-qaf ada buat hafazan ke tidak. Itu sebab aku kata rugi bila tak sambung ke sekolah agama tapi kena bayor le setiap bulan, yurannya kurang sikit dari sekolah ABIM. Takpelah kan, dalam kubur nanti kita akan disoal sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya. Sekolah ni pun cemerlang UPSR tahun lepas. Even Maahad Muhammadi shares kedudukan yang sama dengan KGV dalam SPM 2010 tapi orang tak tahu sebab bukan sekolah gomen.

Ada parents yang yang menghantar anak mereka ke sekolah sebegini sampai darjah empat je sebab mengharapkan anak-anak mereka akan dapat ke sekolah berasrama penuh lepas UPSR (pelajar SAR dan sekolah swasta tak boleh masuk ke boarding school). Dulu akupun fikir macam tu jugak tapi bila difikirkan sedalam-dalamnya .... biarlah, MRSM pun terima pelajar-pelajar ni. Lagipun jika berpeluang ke Maahad atau tahfiz sains adalah lebih baik.

Belajar agama bukan sekadar nak jadi ustaz atau tok lebai. Yang dapat 20A SPM dulu tu pun ketiga-tiganya keluaran sekolah agama/tahfiz and all of them pergi ke medical line. Ust Zaharudin Abd Rahman pun dari sekolah agama tapi sekarang menjadi penasihat syariah kepada bank. Kena buat kira-kira dan pandai omputeh gak tu.

Mudah-mudahan mereka menjadi seperti yang diharapkan. Amin.


Ilmuan Islam- jabir Ibn Hayyan 750-803M

Tags
Dikenali sebagai Bapa Ilmu Kimia Dunia. Beliau yang nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil menempatkan dirinya sebagai ilmuan terkemuka. Dia mengamalkan bidang perubatan dan kimia di Kufah (sekarang Iraq) sekitar tahun 776M.

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada 100 risalah yang telah diabadikan hingga kini. Terdapat 22 risalah yang antaranya yang berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia. Beliaulah yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen didunia alkimia.

Beautiful gathering

Tags
Assalamualaikum.

Recently i attended majlis bacaan yasin dan tahlil merangkap launching photogallery my friend. Syok la jumpa photogs lain because sudah lama ngak ketemu. Deme semua tu rajin la berjumpa ... dah aku ni pompuan berjumpa kalau ada urusan je lah.

Actually dah beberapa kali nak ke sana tapi segan pulak karang disyaki mencuri rahsia kerajaan pulok ye dok? Semakin maju dah dia but still humble.

Lepas solat mahgrib tu tuan tanah hulur surah yasin kat semua orang. Bila sampai kat aku, aku bilang takpe.... dah hafal. ngeh. Takde maknanya.... hafal 2 mukasurat jer... lepas tu bawak keluar yasin dari dalam keghopai hehehheh.....

Sendiri buat tak sedor

Tags
Wa manyak letih ini hali.... 1.10 pagi kelmarin sampai dari Kedah tengahari balik Kolo Pilah pulak sobab atuk ea dah manggei ambik muktan dongan manggih ni haa.... malamnya balik sini, hari ni sedari pagi dok menjahit name tag, pi sekolah, iron baju, siapkan buku bla bla bla.... kerja-kerja gosok baju tu patutnya dah lama siap tapi tukang jahit name tag tu lambat benar disiapkannya. This time aku hantar kain samping sekali boh nama, kalau hilang jugak tak tahulah nak cakap apa lagi.

Ujang den sorang takdo haaaa.... hikkssss

Lebih seminggu tak bukak mukabuku membuak-buak rasa rindu di dada ececehhh.... ramai yang dok update cerita dividen ASB. Aku takde apa yang nak diupdate keluar lagi adalah. Domam laki den tahun ni. Tahun depan lagilah domam paneh.

Ada seseorang cerita yang dia ditipu oleh seseorang, beribu-ribulah friends nya mengetahui.... aku takdela komen, macam biasa, baca sudeh. Yang beribu-ribulah friends nya tak ketahui ialah dia pun lebih kurang tu jugaklah. Dua kali lima kenalah tu buku dengan ruas. Mengadu domba, berpura-pura, manja mengada lagak si polan yang la famous di ireland itew, mereka-reka cerita, memburukkan orang lain........... apa yang dia tak buat. Oppssss ada lagi .... mengencing, membelit duit, ajak kita jadi pengelentong sama..... tak koso den doh.

Berdoa supaya Allah membalas kezaliman terhadap dia kununnnnnnnn


Motip aku emo lak ni? hishhhh tahun baru dah ni

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free