Tags
Assalamualaikum dan selamat menyambut 1434H. Semoga kita semua dirahmati dan dilimpahi rezeki di tahun baru ini. Mudah-mudahan dosa kita yang dahulu dan akan datang diampunkan Allah. Amin.

Lama sangat tak update blog ni... yang Vietnam dah tersangkut hik hik... aku pun dah lepas ke Surabaya-Malang-Semarang then ke Kota Kinabalu. Tomorrow nak buat ulangkaji ke Aceh kemudian ke Vietnam semula huiyaiiii.... larat ke aku nak update?

No sambungan yet

Tags
Hari tu laptop aku kong, gambar-gambar yang aku dah save dalam c-drive lebur...lotih acik nak buek semulo. Nantilah acik sambung yo ...

Ho Chi Minh: Mekong River Cruise

Tags

Hari ni ke My Tho untuk menikmati pengalaman Mekong River Cruise. Untuk one day package kita boleh juga pilih ke Cai Be floating market. 
Ko nak tahu, driver bas ni kan bawa 40-60 kmj je sepanjang perjalanan, bilalah nak sampai ni bang? Keluar je dari bandar HCM tak jauh mana pun... aku rasa selepas district 5 dah takde tulisan berbahasa Inggeris. Camno tu?

Kalau masa ke Cu Chi Tunnel kita berhenti di tempat lacquerware factory kali ni kita berhenti minum sekejap. Aku suka konsep restoran di sini kebanyakannya menyediakan hammock untul beristirehat.

1st, kita akan ke Ben Tre Island. Loyar buruk jugak tour guide kami ni, kita layankan aje lah.

Kita dibawa ke coconut candy making factory. Aku ingatkan apalah coconut candy tu rupa-rupanya dodol. Penganan kak. Memula aku ingatkan biskut kelapa yang macam dijual di Melaka tu. Bila aku pandang dodol ni teringat dodol yang dalam plastik aiskrim kat Banda Acheh, terasa keenakkannya sampai sekarang. Kat tempat kita jangan ceritalah, memang sedap.

Dimasukkan ke dalam acuan, potidan bungkus. Ada berbagai perisa. Dalam trip kami ni ada ramai yang rela membeli so let them do the shopping hehehheh...

Ubat kuatkah?


Demo rice paper lagi

Siap ada nombor untuk disewa kot. Tak kuasa lah aku nak kat pulau ni weh siang pun sunyi.

Kemudian kami naik bot lagi ke Phoenix Island untuk lunch. Diberi masa 1 1/2 jam jam di sini so kita boleh naik basikal free meronda keliling kampung dan berehat di bawah pokok ni. Syoknya.... Kepada yang muslim tapaulah makanan sebab selain buah-buahan takde yang halal di sini. Itupun kalau musim buah le... Di pulau ni banyak ditanam buah longan. Si tour guide tu pun menyebut nama-nama buah tu dengan nama Melayu, ramai benarlah orang Malaysia ke sana.



Kemudian sambung lagi pelayaran ke Unicorn Island melawat bee farm. Sikit jelah yang ditunjukkankannya.

"meh bang try pegang". Manisnya maduuuu.... lebah


Lepas tu dibagi testing air teh+madu+limau. Dia nak bagi rasa je sebab tu cawannya comel. Sambil minum tu biasalah, depa jual product. Sekali lagi aku selamat, sebab group yang satu lagi tu rajin membeli hehehh...

Nak bergambar dengan ular?

Part ini yang paling aku suka... row row your boat ! Kena bayar ye

Turun dari bot depa ni dah tunggu. Lembutnya nak dibuat alas kaki.... 5 dollar.

Lepas tu dihidangkan teh lagi beserta buah-buahan di tempat ni sambil mendengar dondang sayang versi Vietnam. Ao dai yang mereka pakai ni cantik-cantik belaka dan jarang. Orang perempuan vietnam tak pakai camisole so sekali pandang rezeki, dua kali pandang? hakhak.. Kebanyakan dari mereka kurus jadinya kalau pakai apa-apa pun nampak molek, belahan ao dai tu pulak tinggi... bahaya oooo boleh nampak kelepets.

Ni dah penghujung dah naik bot semula. Kat sini macam-macam handicrafts dijual termasuk handbags kulit. Setiap penjual tu akan cakap "kulit lembu". Cantik handbags dan murah tu tapi aku was was.


Petangnya kami pindah ke AVA Hotel, lebih dekat dengan BT market dan attractions. Hotel ni ramai Malaysian suka, lebih murah daripada hotel disekelilingnya dan servisnya bagus. Free laundry everyday. Ko bukan nak duduk dalam bilik kak, dok mengulang ke BT tu je lah nanti... jangan nak tipu.


Siap safe deposit box lagi.


Ho Chi Minh: Apa yang kucari di Ben Thanh Market?

Tags
Aku bagi arahan kepada taxi driver untuk dihantar ke Cho Bin Thay, nak pergi yang jauh dululah kononnya tetapi dihantar ke Cho Ben Thanh. Mungkin sebutan aku salah, sepatutnya dibunyikan Cho Bin Tai, ataupun dia ingat orang Malaysia ni takde kelain mesti nak ke Ben Thanh Market lah tu.

Turun je dari teksi terserempak dengan salah seorang photographer tengah skodeng dengan kamera baru dia...euwww ingatkan Leica. Dah lama tak berjumpa, membawa mak andeh shopping di sini rupanya.
Ini di belakang Ben Thanh Market, ramai yang berjualan bunga-bungaan dan buah-buahan. Di bahagian depan pasar ni ada patung kuda dan mengadap stesen bas. Terlalu banyak hotel sederhana dan mahal di sekeliling pasar ni so tak perlu risaulah kalau ke mari. Dipasar ni dan pasar malam ramai yang boleh berbahasa Melayu. Nampak benar orang kita ni kuat berbelanja. Bukan sahaja di pasar ni malahan di Mekah pun para peniaga di sana boleh berbahasa Melayu. Teringat aku kat sorang hamba Allah ni, katanya bini dia berbelanja 20k ringgit masa pergi umrah dulu. phewwww..... banyak tu kat aku. Apa nak susah speaking London cakap Melayu je... asalkan duit tu laku.

Oleh kerana aku fokus untuk membeli kelengkapan raya jadi dapatlah anak-anak aku seorang sehelai baju, mak dan mak mertua aku kubelikan kain. Tak boleh beli berhelai-helai sebab bulan puasa nanti dia beli lagi yang dipilih sendiri. Sangat fokus okay, niat untuk berjalan dan beli baju raya bukan untuk memunggah. Lepas tu mak aku tanya, kenapa ko tak beli banyak? alahaiiii.... den ajak poi dio tak maun.

Kain dan baju kurung di BT yang terkini, ada kedai yang sangat ramai pengunjung sebab stok kain yang banyak dan latest walaupun mahal sikit. Yang aku tak gemar main tarik tangan suruh tengok dulu. Bila ko dah berkenan then tanya harga yang mak datuk mahalnya dari tempat ko, marah pulak dia tu kalau kita tak beli. Aku adalah tanya boxer untuk anak bujang aku yang umur 10 tahun tu, 20rm ko! huiiyaiii... mengalahkan harga kat Parkson. Pasar je tu. Dia orang ni agak kasar dalam melayan pelanggan tak macam kat Pasar Baru Bandung tu, belum bisa bu... sejuk je telinga dengor. Tapikan bila kita pergi ke tempat lain boleh pulak dia panggil balik. Kirim salam yo lah, maleh den nak layan.

Urusniaga dilakukan dalam USD, VND dan MYR. MYR tu ko buat spare je kak. Banyakkan tukar USD dan VND tu guna untuk bayar makanan, teksi, bas, air. Kekadang, kalau kita tanya harga dalam USD depa terus start dengan 1 dollar yang mana kita akan rugi di situ.

Banyak juga kedai di dalam ni yang boleh menjahit suit dalam 1-3 hari dan lebih murah dari KL. Aku nak tempah baju kurung je tapi dress maker tu punyalah sibuk dengan pelanggan Malaysia, dah tak berani ambil tempahan lagi. Nak beli yang dah siap ada dua helai yang berkenan di hati bukan saiz aku huhuhuh.... Yang berbaloi untuk dibeli di sini ialah kain cotton yang berbagai jenis, baju kurung manik, jubah dan beg.


Perhiasan baju/kepala. Kedai ni banyak jual blouse putih dan aksesori.

Malam yang kedua kami mengulang ke pasar malam. Baju kurung manik dia.... halahaiiii..... beratus kalau kat Malaysia. Tiga yang didepan ni diperbuat daripada kain sutera Vietnam, aku tak minat sebab dulu dah pernah popular di tempat kita. Aku mencari baju kurung cotton untuk si anak dara.

Cheap cheap lorrrrr.... kalau nak berniaga tidur 1 malam je di Saigon ni. Pasar malamnya start at 7pm

Kedai souvenir yang ini murah. Hotel-hotel ni berhadapan dengan kedai makan Hajah Basiroh. Bolehlah makan kat sini walaupun tak banyak choice...harga pun murah. Kalau nak ke tempat lain tu jauh sikit kena berjalan. Kalau kita berada di belakang BT market, hotel-hotel  ini adalah di sebelah kanan pasar.

Ho Chi Minh: a trip to Cu Chi Tunnel

Tags
Hari ni kami nak ke Cu Chi Tunnel so ejen tour operator tu mai jemput kat hotel. Semua orang dikumpulnya di situ then sesiapa yang nak ke Mekong River disuruh naik bas yang lain. Perjalanan ke terowong tu mengambil masa dalam sejam jugak la siap berhenti di pusat kraftangan orang cacat ni.

 Ada yang diperbuat dari kulit telur ada dari cangkerang


 Teliti sungguh kerjanya

 They are disable too




 Hasil tangan mereka. Kalau teringin dan berkemampuan belilah otherwise masukkan je derma ikhlas kat dalam kotak yang disediakan.

 Aku tak minat yang ini

Macam kek felda Jolai yo ha

Dah sampai ...... 80k VND untuk masuk ke sini
 Antara senjata yang pernah digunakan

 1st, kita diberi penerangan tentang zaman perang perang Vietnam-Amerika. Mat saleh yang duduk sebelah aku dok membebel "propaganda". Tak taulah dia american ke tak. Macamlah filem-filem dan media diaorang tu tak penuh dengan propaganda. Nampak tak terowong tu berlapis-lapis? Susahnya di zaman tu. Itu semua bukan rekaan, dah tercatat dalam sejarah. Yang direka filem Rambo by Sylvester Stallone tu je.

Sorry, aku kena blur kan muka mamat tu sebab dia tengak korek hidung. oppsss sorry mat, tak sengaja.

 Orang nak masuk aku pun gigih nak try sudahnya tak lepas keluar. argghhhh...!! bikin malu je. Terpaksalah dua orang jejaka tarik guni beras ni keluar. adoiii... malu betul! Akak tak mampu nak tolak badan naik ke atas ngeeeee..... Sempitnya toksah cakap la.

Another terowong
 
 
 Jerangkap samar

 Kena merangkak ko

 Aktiviti mereka kesemuanya di bawah tanah. Bilik penerangan tu pun sama.

 lai lai... sapa mau menembak? minimum 10 bullets. Pada asalnya aku pun nak try jugak tapi bila dah pakai penutup telinga pun dok terperanjat lagi.... lupakan je lah


 Demo membuat rice paper, macam buat kulit popia jugak

 Selipar daripada tayar

 Aku cover sket pungkok mamat tu. Gelap dan rendah terowong ni... most of the time kena membongkok, ada tempat  yang bertangga tinggi, ada tempat yang kena merangkak. Ia satu pengalaman yang mengujakan! Jangan berjarak sangat dengan orang depan sebab kalau orang depan tu senyap je bimbang kita tersalah masuk lorong. Lebih bagus walau kemana-mana bawa small torch light. Aku dok guna flash camera (full auto) untuk suluh tempat ni. Kepada yang mengalami sakit lutut tak digalakkan untuk masuk ke dalam terowong ni.

Bilik sakit di zaman perang. Rasanya di zaman perang tu takde nak bercadar bagai macam ni. Kalau di Indonesia ada volcano crater di sini ada juga bom crater.

Setengah hari di sini okaylah. Kalau nak bawa budak kecik tu okay je kut kecuali masuk ke dalam terowong. Lepas makan di Baba's Kitchen (big portion) dan solat kami ke Ben Thanh Market.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free