April 29, 2011

Sapa punya kerja ni?

Aku suka berjalan-jalan dan aku juga suka ambil gambar. Kalau aku meronda sorang-sorang then tiba-tiba rasa nak memerut haruslah aku bawa kamera aku tu masuk bilik kecik sekali kannnn.... masa nilah aku rasa, alamak! Kalau toilet duduk boleh tahan lagi, boleh sangkut ke strap ke bahu.

Aku tak faham betullah dengan orang yang design dan buat toilet ni, susah sangat ke nak buat tandas yang baik design, quality and user friendly? Takkan sampai ratus ribu kot? Melainkan di tempat-tempat terkenal dan highway PLUS tandas awam selalunya teruk. Kat klinik dan hospital pun sama jugak macam mana tu?  

1) Ada tu toilet seat tak ada...... bukan satu tapi 4 dari lima. Tak ada paip getah............. aku faham alasannya tak mau lantai basah dan kotor tapi sekurang-kurangnya pasanglah bidet.

2) Kalau ada paip pulak penyangkutnya dah tercabut. Ohhh.... gelilah nak ambil kat atas lantai. Kalau penyangkut takde dah tentu kerja-kerja pemasangan tak mantap sebab bukan berat pun benda tu...... dan takde sesiapa pun nak bergayut kat penyangkut kecik tu.

3) Tak boleh flushhhhhh...... tali dah putus

4) Takde air nak membersih diri. Aduhaiii.......kena tahan lagi

5) Takde tempat letak barang. Dah la lantai basah, kat mana nak letak beg? seksa betul

6) Tempat sangkut seluar pun takde..... benda ni berguna, kalau takde tempat letak barang kat belakang, boleh sangkut kamera (hohohoooo...... bukan yg plastik tu.......berair mata nanti!)

7) Ensel pintu pun takde....... tiru Beijing ek? open concept


Yang ni kat pusat pelancongan, tak kuasa la aku nak ambil gambar dalam toilet

Sambil-sambil mengelamun sambil menunggu anak berurusan kat bilik kecik tu cuba pandang sekeliling......... shoddy sungguh kerjanya. Aku rasa pemberi kontrak kena check ikut progress kerja (sepatutnya kan?) dan selepas enam bulan tempat-tempat tersebut disiapkan . Suruh dia buat balik atau repair dengan bersungguh-sungguh. Kita bayar tau nak masuk tempat-tempat ni....... kalau pun masuk free tapi dibuat dengan tax payers money, betul tak?

April 25, 2011

Site visit kedai buku

Bila ke JJ aku suka masuk MPH ataupun Popular.... kalau tak membeli pun saja-saja baca majalah hiburan free. Alaa... dalam majalah hiburan tu a few pages yang kat depan tu je artis ngetop yang lain-lain kadang-kadang aku tak kenal. Ye la kan aku ni bukannya budak 20an lagi.... budak lanjut usia dah ni. Search, Ella, Sheila Majid, Ning, Raihan ..... umur-umur gitu kenallah.

Kat Malaysia ni buku berbungkus, bukan main payah nak baca. Biasalah kan….. mestilah kita nak baca sikit-sikit gaya bahasa penulis tu. Nak buat pelaburan takkan main rembat je. Dulu-dulu dah terkena, bila baca jadi bosan, sudahnya buku tu tersimpan buat pekasam. Tu penulis terkenal tu......... siap ada session motivasi kat tv. Novel dia okay tapi ada sesetengah buku bisa buat aku menguap. Hard disk aku kan kecik, version lama pulak tu jadi saraf neuron tak banyak agaknya sebab kurang digunakan. Atau....... dulu aku tak minum Anmum yang macam Wardina cakap tu?

Last week aku ada ternampak a few books yang menarik kat MPH tapi dok bercongak-congak nak beli kat sini ke nak tunggu KLIBF? beli kat sini ke nak tunggu KLIBF? beli kat sini ke nak tunggu KLIBF? Macam best je buku-buku tu semua....... i decided to wait for pesta buku...... manalah tau ada kelapangan boleh pergi. Kalau poket lapang tak payah pergi, lain kali pun boleh beli. Aku dah berkenan sangat kat buku-buku ni selain yang aku jumpa kat Pustaka Mukmin Jln TAR hari tu:

1) Does my head look big in this? by Randa Abdel-Fattah

2) Madness Aboard - by Yvonne Lee

3) Rojak by Amir Muhammad

Buku Yvonne Lee 'Gila-gila di langit biru' aku dah baca, hillarious! Kisah pengalaman dia as an air-stewardess. Sebab tu la bila pramugari AA yang last aku naik hari tu tak menolong colleague dia aku takde nak mengomel apa-apa kat my hubby ....... maybe tengah train staff baru.

Hangpa tau apa pak guard MPH tu buat? Dia tunggu la kat mana aku berdiri duduk hujung rak buku tu. Aku ke rak sini dia pun berdiri kat sini........ saja aku test pindah rak lain dia pun ikut jugak. Soheh la tu dia ingat aku nak copy cat buku. Aku rasa staff yang suruh sebab nampak macam berisyarat mata sebelum tu. Aiyaaa..... aku pegang buku tu pun tak, setakat salin nama author dan tajuk buku. Ahhh..... aku bukan suka beli kat MPH pun... dapat points aje, kalau tak cukup 300 dalam masa 6 bulan burn! Baik aku beli kat Popular terus dapat 10% discounts, sometimes sampai 15-20% lagik. Dah la guna membership card budak sekolah..... manyak untung worrr...  Tak payah nak kumpul-kumpul, aku bukan rajin nak menunggu.

To MPH, elehhh.... kedai lain pun ada.

April 21, 2011

Window shopping

Ada seorang hamba Allah ni dah berbuih mulut aku dari dulu lagi suruh dia beli rumah. Aku bilang kalau tak nak duduk pun tak apa, sewakan dulu...... kalau taknak duduk jugak bila tua nanti juallah. Aku taulah mak dia ada wariskan tanah tapi rumahnya belum wujud lagi....... umur pulak tak menyusut. Aku jugak tau dia bukannya orang yang tak berduit, hidupnya sederhana, mampu kalau nak beli rumah yang harganya dibawah 100k.

Hari tu dia bercerita value rumah yang dekat hospital KP dah naik sampai 123k (KP bukan kat Bangsar ye.... slow nak naik regenya). Masa aku suruh dia beli dulu dalam 80k harga developer. Aku pun mulalah tot tet tot tetttttt kat dia. Lama dah aku bagi tau dia buat dekkkk je. Harga dah naik bagi tau aku buat apa? Sampaikan ada sekali tu aku dok ngumpat dia dalam hati (dah takde siapa-siapa nak ngumpat dengan aku) sampai terpercik cili yang aku dok tumbuk. Aku kalau ngumpat sambil memasak mesti kena percik minyak panas la.... kena cili la....... terhiris dengan pisau la....... Allah nak bagi aku sedar gamaknya. Yang aku annoyed sangat tu almost everytime dia gi buat site visit dia sms aku then aku bagi la my opinion regarding that particular area, the good and bad tapi tak jugak nampak hasilnya. Lepas tu cakap hari tu dah tengok rumah yang ini dan yang itu tapi kakaknya tak suka. Sapo yang duduk ni....... mu ke kakak mu? Yang dok bagi tau aku mengapa pulak? Bikin aku jealous jer...



Suddenly last Sunday she came to my house and ajak i jalan-jalan tengok rumah. Huiii......... mestilah wa suker! Dah 3 tahun tak buat keje window shopping ni dik. Aku rasa 6 buah rumah kot kita tengok - yang sub-sale and auction. Tapi aku bagi tau la since dia keje gomen and the process might take longer time she better apply bank loan dulu then baru convert sebab rumah lelong cuma diberi 90 to 120 days untuk settle. Again, i gave my opinion yang tak seberapa as a guide. Aku bagi direct je, kalau nak beli toksah dok ikut selera orang sangat, sampai ke sudah la tak berumah.



Rumah yang ini nak dilelong. Aku cakap sama dia kalau rasa-rasa yang tinggal kat situ tuan rumah jangan nak tanya bukan-bukan, tengok dari luar sudah. Rumah nak kena lelong sangat sensitif oooo...... tuan rumah mesti sedih, silap-silap kang kena tengking. Aku tak suka area ni, serabut je kat mata aku.

Yang ini diiklankan nak dijual tapi dah ada pembeli



Yang kat atas ni nak dilelong jugak, orang sebelah kata tuan dia tak pernah duduk sini, kiranya kalau amik jadi rumah barulah ni. Both of us like the house and the surrounding area. Bersih dan ada sekolah yang hampir siap nearby. Oh ya, hamba Allah ni tak nak kawasan orang-orang pencen, sunyi katanya. Meh duduk sekali dengan aku meh, meriah sampai tengah malam. Kerja rumah pun sentiasa ada kalau nak buat.
Dia bawa aku tengok satu rumah tu, dia dah 4 kali tengok. Berkenan sungguh la tu......... Aku agak jiran pun naik heran dah 4 kali buat site visit tak jugak beli lagi. Seller letak 123k tak mau kurang dah, market price. Yang minah ni kata kalau orang tu turunkan sampai 90k terus jadi. Gilo apo.......?


Soalan : Kenapa kalau mata kita kena cili lepas tu kita kemam garam within 10 seconds rasa pedas pijar tu hilang? Tell me please .........

April 14, 2011

Port Dickson lagi

Terkejut gak bila husband nak bawak anak sekali gi PD, selalunya elehh PD.....

anak-anak punyalah exited kunun-kunun nak mandi laut........ tak dapek la jang, kita jalan-jalan tepi laut jek. Sebelum tu aku join mengambil gambar pengantin dulu ............. smart seyy pakai uniform.


........ anak-anak dengan bapak anak pi cari ketam

bagus pergi tempat-tempat macam ni boleh kenalkan budak-budak dengan apa-apa jelah yang ada kat tepi laut masa air surut so that they'll get a clear picture of what their science teacher is talking about. Time air surut ni macam ada bau ashem kat sini

naya anak ketam kena masuk dalam botol

the 4 boys

Cantik sungguh time sunset nih. Kami dok melepak kat area pasar malam tu

kesian ketam tu...... aku minta the boys keluarkan balik ketam-ketam tu. Kesian kat mak ketam. Nak dibawa balik nak buat apa bukannya ada isi nak dimasak


This is the 2nd time kita singgah masjid RAMD ni, dekat je dengan pantai. Dah makin luas dan selesa. Anak aku kata hitamnya muka askar pompuan tu mama..... hehehe...... apa taknya, kena jemur tengah panas. Askar baru tengah training, semayang pun pakai baju melayu/kurung lengkap.

Ko nak jadi askar? Tak nak

Lepas ni acara wajib pergi pasar malam pulak lepas tu dah tentu acara makan-makan kat tepi pantai. Anak aku nak rangka ayam, fuhhh........4 hengget ko! baik beli ayam 2 ketul dah tentu dapat isi, bapak mahal.

Aku suka aje pergi tepi pantai walaupun aku tak suka mandi laut. Dah la kulit aku makin lebam kena jemur atas motor kat Bali hari tu kalau mandi laut karang terus kelam. Tapi ......... nak mandi laut jugaklah di tempat yang jauh sikitlah kot, di negeri antah berantah, yang air lautnya jernih macam air paip tu.



April 13, 2011

Yang kuidamkan

Apakah?.........


Yeayyy!! ............ Interlok! Tq friend, just got it.


Buku yang dikecoh-kecohkan ni cetakan pertamanya in 1971 then 1973 (aku pun tak lahir lagi time tu). The 2nd edition in 1996, takde siapa yang bising pun dulu-dulu. Orang dulu tak membaca ek? ke.... tak sensitif? atau deme membaca keseluruhannya, faham apa yang nak disampaikan, ambil iktibar mana-mana yang patut dan tak mahu keuntungan politik?

Buku ni sampai siap dah berbalut kemas, aiyyooooooo...... lap u lah!

April 12, 2011

Majlis besoko bebudak TKS

Lama tak jumpa old friends masa lower form dulu. Walaupun kampung asal sama tapi hampir semua menetap di KL....... kat bandar wehh aku je masih tak mau keluar kampung..... isk isk. Kat Somban takde tol, highway pun dekat rumah jek.
Ni tuan kedai Secret Aires, Selayang yang menaja. Budak kedai kek tu mesti tak pernah dengar bahasa istana ni agaknya. Bersoko dalam kamus oxford diertikan sebagai melepak bersuka-ria ........ coklat moist ko.... habis hancur diet 2 hari aku.

siap walnut........ perghhh

meja penuh dengan makanan so kita duduk bawah je lah melahap durian

dah kenyang pi duduk kat depan pulak bersembang sambil buka barang dagangan. Kedai ni penuh dengan handbags, ntah tak tau aku website nya...... kalau nak tengok pi kat depan stadium Selayang, dekat-dekat dengan Al Ikhlas sports shop.

clutch ada dijual di sini, cantik bangat! Ada sikit lagi, yang atas tu dah kena rembat

Kalau nak beli/tempah tudung klik kat sini. Nak tempah sedondon untuk kenduri ke ... ke pejabat ke... nak buat design macam mana bagi tau aje. Kalau ada kain sendiri pun boleh tempah.




Rambang mata wehhhh

Cikgu ada, insurance agent ada, tukang jahit tudung ada, cosmetic dealer ada, pakar kek ada, home manager ada, business woman ada, duktur pun adaaaaa...... tapi doktor ni takda pesakit, dia yang sakit hati student uni yang masuk remedial class tak bawak pen & kertas huhuhu........ aku kata kat dia suruh budak tu ambil degree online uni Colombo je lah, senang tak payah belajar tak perlu exam tau tau dapat ijazah.

mak-mak sapa ni weiii? terdiam anak tengok peel mak. Baru sikit je ni

Next one bila.......... july? oct? nov? ramai benar nak beranak



April 11, 2011

Our new books

Lepas majlis besoko mo kengkawan semalam aku gigih mencari rumah Puan Rozana kat Kajang. She advertised her children books for sale at a rock bottom price! Gilos murah.

Sesiapa yang rajin beli novel/buku will understand it s expensive to have a reading pleasure here....... buku kanak-kanak pun belas ringgit. Kalau rumah dekat dengan library okay lagi, kalau jauh hmmm........ boleh berkubur minat yang mak bapak semai. Buku-buku PTS Publication she sells at rm5, karnaDya rm4  and others rm2 each. Ada buku Alfred Hitchcock jugak tapi anak aku tak minat. Aku dulu suka AH serta siri Nancy Drew dan Hardy Boys but in Malay version.

Buku hard cover kat belakang tu pun dijual 5 ringgit sebuah. Acik suke!

Anak-anak dia dah besar dan perlukan different type of books so dia jual/bagi kepada orang yang mahu memanfaatkannya. Anak pompuan aku sukalah baca novel yang lelaki aku tengok baca komik aje. Bolehlah tu...... janji membaca sikit-sikit.

Buku depan yang hard cover jugak diberi percuma plus buku doa, children recipe book and 3 dvds. Banyak untung berbisnes dengan dia, kami dapat buku dia dapat pahala insyaallah.

Kak, kalau nak jual yang lain bagi tau ye!

.


April 7, 2011

Tips Hartanah 10 - Bank loan dan lain-lain

wahhh.... aku lupalah ada satu lagi dalam draft yang tak siap. Very very sorry...........

It's best kalau kita boleh check dengan bank our eligibility terutama kalau nak beli rumah lelong because bank yang auction property hanya bagi 90-120 days to settle the payment. Check dulu iklan lelong tu. Kalau nak agak-agak berapa u kena bayar instalment pun boleh jugak kat loan calculator. Google je yeop.

Bank loan datang sekali dengan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT/MRTA). Kita boleh bayar cash yang ini (lebih baik) atau masukkan sekali dalam loan - yang dah tentu kena interest. Dulu-dulu rumah yang berharga lebih daripada 100k ringgit tak diwajibkan ambil mrtt ni but now semua dah wajib maybe sebab harga rumah pun makin tinggi dan mungkin juga ada masalah lain. Ada jugak aku dengar bank accept our family takaful as mrtt, mestilah terms and conditions apply.

Loan tenure.......... yang aku perhatikan kalau non-bumi loan depa selalunya 15-20 years sahaja unless depa memang golongan yang tak mampu. Weiiii.......... tak mampu-tak mampu pun tukang kebun India kat sekolah aku dulu ada dua rumah tau, ko ado? Gaji dia selepas berpuluh tahun kerja alahai sikitnya, potong duit rumah yang first (dapat la cover sikit dengan duit sewa), bayar sewa rumah yang dia duduk, makan, sekolah anak, insurance........ tapi dia tak hisap rokok dan tak berbini lebih (sedar diri). Yang pasti dia rajin ambil upah cat rumah, potong rumput..... to make ends meet. Aku pernah pergi rumah dia, ada satu bilik khas untuk sembahyang dan bersih ya amat rumah dia.

Ada orang bagi nasihat kalau untuk rumah sendiri yang kita nak duduk jangan buat pinjaman perumahan lama sangat, bila kita pencen hutang rumah wajib pencen jugak atau dah pencen awal. Rumah tu takde value kepada orang lain, jadi liability pulak kalau kena bayar masa pendapatan dah putus atau duit pencen tinggal separuh. Kalau rumah yang kita buat investment okay je......... tapi bayar cepat lagi bagus. I'm just sharing the info, aku pun sangat tak bagus fasal financial management aku. Dah defisit dah ni.

When we bought our 1st house yang aku ingat nak senang dapat loan aje sebab gaji kecik masa tu. Ada la kawan kat UMBC -then Sime Bank then RHB- so dapat 80% loan. Aku dah cerita dah kot. Mengagau cari duit. Tu yang sentimental sangat rumah ni. 20% from 65k thats a lot man. Tak masuk duit lawyer, masukkan api air lagi tu. Lawyer bank tu pulak bila bank bertukar nama ke Sime Bank dia charge kita orang apa ntah, alasannya sebab bank bertukar nama. Boleh ke camtu? Masa tu aku budak kecik lagi..... 22 tahun aku terpaksa terima tapi sampai sekarang aku masih tak percaya. Bukan aku yang suruh dia tukar nama kenapa aku pulak yang kena bayar? Si apek penjual tu pulak bila proses jual-beli lama sangat dia hire lawyer lain untuk apa ekk?........ chase lawyer aku/aku/bank aku kot yang pada akhirnya kami kena bayar lagi 800 pulak. Hmmmm.... sejarah pahit tapi satu pengalaman yang baik. Confirm takde salah kat side kami dua org.

 Proses jual-beli rumah kat Malaysia ni sangatlah lambat tak kiralah beli lelong ke sub-sale kena mau setahun jugak baru settle keseluruhan proses. Kekadang lawyer sini kata docs A tak perlu tapi lawyer di sebelah sana kata perlu in order to proceed to next step. Mangsanya? Ko jawab sendiri. Tak tahulah tang mana yang jadi lambatnya, lawyer punya part ke bank ke pejabat tanah ke.......... but i think nowadays ada improvement di Pejabat Tanah ndak-ndak dah nak pilihanraya nih. Cuba belek The Sun 5 April "Land offices told to clear backlog by end June". Apakah yang tersirat?

Ada satu kes tu "Deed of Assignment " aku hilang. Aku mana reti hal-hal legal nih cuma bila aku follow-up sebab lama tak dapat surat-menyurat dari lawyer baru tahu duduk perkara. Oh ya, kita client tak boleh berurusan dengan lawyer bank ye adik abang........... itu urusan lawyer to lawyer walaupun poket ko yang kontang bayar lawyer. Disebabkan aku dan lawyer bank seperti berada kat dead end tak boleh proceed so this sweet lady in the legal office bagilah aku contact no person-in-charge bank yang buat auction tu (siap dibagi tau jangan disclose dia yang pecah lobang). Si officer tu kata dulu orang lain in-charge, dia tak tahu kat mana document yang dah aku sign tu. I gave her time untuk uruskan hal-hal tu but after a reasonable time frame yang aku dah bagi dia masih bagi alasan 'dulu orang lain in-charge' berasaplah telinga aku ni. Oh yes, aku hot temper tapi aku masih berbudi bahasa cuma suara aku menggigil je heheheh.......... lebih baik aku letak telefon. Dah awek tu macam takde effort nak selesaikan kes aku yang dah setahun aku pun tulislah email ke bank tu. I wrote twice actually. The 1st one hantar thru website depa....... senyap je. Aku pun takde copy nak refer bcoz takde function printable lepas submit. 2nd one i used my personal address. Ishhhh........ takdenya aku nak terpekik-terlolong macam personaliti yang sorang tu tulis guna huruf besar ....... takdenya aku maki hamun......... kita orang Melayu dik, berbanggalah.

Aku cuma tanya kat orang di sana tu, "ada dokumen yang hilangkah? Nak suruh saya cari sendiri di pejabat anda?".  Wahhh......... 4hb email 6hb dah balas, superb! Hah ko, apa yang susahnya? alasan je lebih. Kat surat balasan tu jugak depa bagi tau lawyer aku tak hantar lagi acct statement untuk maintenance and assessment fee from developer walaupun dah 3 kali request. Lawyer aku pun sama hampeh.

So, nak beli rumah tak? Boli jang....... beli rumah salah satu cara untuk mengeluarkan kita dari kemiskinan. Biar susah dulu, biar pening kepala dulu dapat surat tuntutan cukai dari majlis perbandaran, biar tergagau-gagau dulu cari duit bayar hutang rumah asalkan ada tempat berlindung. Kecik pun tak apa, itu rumah kita. Solid nama kita (bila dah habis bayar). Jangan harapkan pada anak untuk menanggung kita nanti sebab kos hidup makin tinggi... start up salary tak naik banyak... hantaran kahwin pun belas-belas ribu, lagipun............ko tanggung mak ayah ko tak sekarang ni???? Kalau tak jangan berangan yang bukan-bukan.

Nota:
Dengarnya hampir pasti lapangan terbang Sg Besi akan berpindah ke Labu, NS. Hah, apo lagi.... pg la usha tempat tu

April 5, 2011

Musang tak berjanggut

Siapa pernah tengok musang.......mak musang? bapak musang? baby musang? selain di zoo lah.

Tak semena-mena baby ni mancakar-cakar pokok kelapa depan rumah aku. Eiii...comelnya! Kecian dia...... mesti nangis mak dia bila anak dah hilang.



Kesiannya......... mak takde, ayah takde...... ni abang angkat dia bagi susu

Hari tu Ali cakap, kalau mama mati susahlah kita semua kan. Ishhh sedih pulak aku dengar. Kesian anak-anak, kecik lagi. Panjangkanlah umur aku ya tuhan dan berkatilah suluruh kehidupan aku. 
Comelnyaaaa.........


Very rare lah nak jumpa musang kat kawasan perumahan. Hutan habis gondol kah?





Jasa si tukang kasut.... idea bisnes ni!

Dah lama benar aku tak beli kasut..... high heels apatah lagi. Dah tak kojo kek opis takdo pasal la den nak bertumit tinngi, kang terpelecok lak kaki den. Disebabkan aku agak kerap berjalan lately so aku recycle je lah sport shoes yang lama-lama tu. Tak kuasalah aku nak membeli yang baru sebab lebih lama tersimpan dari dipijak. Jogging jauh sekali. Tengok location jugak, kalau aktiviti melancong ke laut or tasik aku pakai sandal Nike tu aje.... tu pun pajak kat adik aku hehehh.... Nak dipulangkan suku thn lagi nak pinjam balik so simpan dululah kat sini.

Aku ni kalau boleh takmo membazir membeli gam kasut yang akan mengeras lepas sekali guna so dengan niat suci (malas) nak membantu ekonomi orang lain aku hantar kasut kat brader nih. A few times jugak aku mengadap dia nih. Lokasinya kat Ampangan, alaa... dekat dengan BSN yang meletup dulu tu...... takde apa-apa perkembangan pun bank tu setakat ni. Biasalah kan bila dah jadi malapetaka macam tu sangkut dengan polis, insurance, adjuster dan lain-lain.

Kasut tu bukan aku yang punya

Brader ni rajin gak bersembang dengan aku kalau aku pun rajin menunggu. Dulu kedai dia kat belakang kedai orang lain, kecik je. Now semakin maju......... dah boleh sewa setengah kedai. Suka tengok dia makin maju.

Kat Seremban ni agak susah jugak nak cari cobbler esspecially Malay. Tukang kasut tak ramai tapi tauke kasut berderet, Cina tentunya. Kat KL ramai Filipino buat kerja ni. Pernah sekali aku hantar tahun 90an dulu adoyaiiii..... teruk dia jahit, macam benang jelujur. Kenapa Filipino tu semua tak kena hambat? Punyalah ramai kat Kotaraya tu.

Jahitan dia boleh dikatakan kemas. Kalau free  memang aku tunggu perhati macam mana dia buat kerja. Kekadang nak kiwi kasut pun aku hantar kat dia. Owhhh.... malas tahap...? Ingat lagi dulu masa aku kat boarding school kena pakai kasut kulit hitam. Bila balik kampung je bapak aku tolong kilatkan. Dio kan bekas sojar..... sakit mato dio tengok kasut kopam den agak eh.

Ramaiiii customer dia wehhh - permintaan melebihi penawaran.

Ni pembantu dia

Boleh tak agaknya kerja-kerja sebegini dianggap fardhu kifayah? Kalau takde dia orang ni susah jugak orang yang sespesis dengan aku ni. Adik-adik yang takde kerja tu apa kata cari pengalaman jadi cobbler.... modal sekali je dik. Nanti aku sokong ko.

April 2, 2011

Akikah si comel

Aku dapat jemputan dari x-client aku tapi tak le aku jawab sampai the very last minute sebab sibuk je aku ni during weekend........ hantar anak ke padanglah ke swimming pool lah.... kekadang ke rumah orang kendurilah....... berkejar ke sana sini

owhhhh.......cantiknya buaian dia....... Masa si mak kahwin adik-beradiknyalah yang menyiapkan hantaran, fuhhh..kelass!!! Fresh rose lagi. And si teruna buat sendiri hantaran untuk daranya.....cantik pulak tu. Jarang pengantin lelaki siapkan hantaran sendiri melainkan pak andam.

alaaa....... tidur le pulak. Dah letih menangis gamaknya

Masa aku sampai majlis berendoinya dah selesai pun.... tetamu tengah ngap-ngap-ngap. Dah si babynya tidur aku pun ngap-ngap-ngap le sekali.

Ni ha orangnya...............
The lovely Qashreena Rose with not so lovely me

rindunya nak dengar suara baby..........................