New Books

Tags

Deepavali hari tu aku dok merayau kat Bandar Baru Bangi, masuk sana 11.30 keluar kelik jam 3. Lamo den besapau kek situ.

Kat depan Kompleks PKNS tu ada kedai barangan terpakai, barang baru pun ada sikit-sikit tapi wa tak minat. Ada banyak buku dan novel koooo…… teleng kepalo den mencari tajuk yang bekonan kek hati. Letih wooo memilih sebab bercampur-campur. Memula rak atas lepas tu rak tengah sudahnya mencangkung pulak ……. Lepas tu pi rak sebelah pulak…adehhh

Dapat la dua buah buku ni:
1)      Makers of western tradition – volume 1 by J. Kelly Sowards

2)      The world christian starter kit by Glenn Myers

Aku ada baca lompat-lompat page buku yang second tu masa kat kedai. Ia mengisahkan masalah penyebaran agama Kristian, antaranya golongan mubaligh hanya bertumpu di kawasan bandar ataupun yang dah ada ramai pengikut sedangkan banyak lagi kawasan yang patut diterokai.

The first book den bolom baco laie…. simpan dulu buat pekasam.

Last week kat KL Sentral ada books sale pulak, beli lagi 3 buah, boli yolah dulu… sok naik KTM komuter boleh menyambil baca.

The Greenland Seal Hunter- Travel tales from distance places by Tan Wee Cheng

Thais Means Business by Robert Cooper

Jannie Tay’s Journey compiled by Wong Wan Ling. Jannie ni tauke besar, antara bisnes dia and her husband, The Hour Glass. Muka dia ni kat Malaysian Tatler adalah… kalo ko baca URTV nan hado …. ehh aku tak beli pun MT tu... tak berkenaan okay, baca kat kedai sudah. Aku dah tersalah sangka sebenaqnya… ingatkan si Annie yang menang Fiabci Awards tu tapi takpelah still worth reading.

Jiran aku sibuk buat spring cleaning pasai nak kenduri so dihantaqnya 67 buah buku kanak-kanak dan remaja... alhamdulillah..syukran syukran! tapi bergasak nak suruh anak bujangs aku baca.

Ilmuan Islam- Al Khawarizmi 780-850M

Tags
Nama penuhnya ialah Ahmad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12. Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Lomau ...

Tags
osah lomau ehh.... nak update payah bona haa...

Hujan lebat di Kuala Lumpur

Tags
Assalamualaikum.

Bersiaran dari Plaza Kotaraya menunggu someone. Nostalgik weiii tempat ni. Masa aku baru-baru reti naik bas dulu, sinilah laluan aku. Turun bas dari Shah Alam kat bas stand Klang nun terus jalan kaki ke Puduraya. Guna jalan yang sama sebab takut sesat...ngeh ngeh.... budak kampung katanya... Sebelum tu masa form 4 sementara nak naik bas ke Teluk Intan dah berani sket keluar dari Puduraya jalan-jalan kat Kotaraya ni lah. Then ke Metro Jaya di bangunan Cahaya Suria, sekarang dah jadi Mydin.

Kat sini dulunya ada tempat sewa buku so time aku nak balik kampung aku sewalah sebuah buku lagi dua minggu nak balik kampung sekali lagi pulangkan. Iyooo........ 2 minggu sekali den balik kak. Kalau boring tiap2 minggu balik hahaha.... kucing beranak pun balik. Ko boleh? hahaahha.....

Kalau korang feeling nak pergi Filipina mai la sini .... aku rasa macam semua perniagaan di sini to cater for depa punya needs. Speaking London gitewww....

Ilmuan Islam- Al Biruni 973-1050M

Tags
Beliau adalah orang yang pertama meletakkan asas kepada trigonometri moden. Al Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang tersendiri. Al Biruni juga telah menggunakan kaedah matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia.

Nak repeat paper

Tags
Sungguh unsangkarable, tak lama lagi akan menjadi jutawan semula ..... ingatkan tinggal rombongan geng bas sekolah ke Kolumpo je tahun ni hehehhe....

I'll update with cerita kota yang sama tapi places of interest yang berbeza. Mudah-mudahan warga emas tak capek di sana.

Ilmuan Islam- Ibnu Sina 890M

Tags
Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh sarjana barat. Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah tetapi di barat beliau lebih dikenali sebagai Avicenna. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370H bersamaan dengan 980M. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah namun beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan.

Ilmuan Islam- Ibnu Batuttah 1304-1377M

Tags
Terkenal sebagai ahli pelayaran Islam pertama yang mengelilingi dunia. Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Batuttah, seorang pengembara Barber Morocco. Pada umur sekitar 20 tahun Ibnu Batuttah berangkat mengerjakan haji ke Mekah. Setelah selesai, dia melanjutkan perjalanannya merentasi 120,000 km sepanjang dunia Islam (sekitar 44 negara)

Surrogate mother

Tags
Assalamualaikum.

Hari tu aku nonton Womb of the world kat astro, korang pun ada menonton kot? Sebelum ni In the womb memang terbaiklah. Masa tu mak mertuaku ada di sini, dia siap cakap hangpa tengok tu... nak lawan jugak cakap aku noooo . Aku pulak tambah, ingat senang ke nak beranak? tu pun nak lawan cakap bini lagi....... hahahhah.... suko ati den yo nak cakap apo dopan mak mentuo den.

Al quran panduan sepanjang zaman. Kita kena ikut quran bukan quran yang kena sesuaikan dengan nafsu kita. Dalam Islam ada aturan nasab keturunan sebab tu orang berzina kena sebat/rejam dengan batu sampai mati. Kalau tak direjam dia akan menggalakkan yang lain pulak untuk berbuat maksiat. Ada jugak kajian sains yang mengatakan sebatan tu dapat mematikan kuman (hiv?). Kalau dah disebat depan orang ramai agak-agak yang lain nak follow tak buat maksiat secara berjemaah macam sekarang ni? Aku bimbang, takut sebab ada anak. Sangat mencabar membesarkan anak-anak di zaman ini.

Berbalik kepada cerita mak tumpang tu..... boleh pulak main tumpang tumpang perut ek? Manusia sekadar menggunakan logik akal mereka. Bukan agama Islam sahaja melarang even Kristian pun tak benarkan. Mat Aussie tu sendiri cakap sebab tu mereka ke India.

Prosesnya, benih lelaki disenyawakan dengan telur ibu tumpang ni. Setahu aku proses ni haram walaupun tidak berlaku sexual intercourse diantara dua pihak. Hanya benih suami yang sah boleh disenyawakan oleh isteri. Kekurangan program di India ni menurut peserta, mereka tak boleh pilih mak tumpang tu. Kalau dapat yang cun macam Aiswarya Rai dan sihat okaylah. Kelebihannya, di India lebih murah dan undang-undang mereka membenarkan. Wanita-wanita di India sanggup menjadi ibu tumpang sebab kemiskinan. Nauzubillah..... . Apalah lagi yang tinggal pada seseorang manusia kalau tubuh badan sendiri boleh disewakan.

Pasangan dari Kanada tu telah memberi lebih daripada yang sepatutnya sebab gembira sangat dapat twin, dia belikan 'apartment' (depa panggil apartment yang rupanya lagi teruk daripada flat tempat kita). Si mak angkat nampak sangat gembira masa bercerita sampai keluar air mata. I can feel it......  yang ibu tumpang pulak menangis kerana terpaksa melepaskan sesuatu yang sangat berharga. Dah 9 bulan duduk dalam perut siap dengan uwek uwekk uwekkkkkkkkk nya pagi dan petang, perasaan gembira anak menendang dalam perut, anak lahir sihat sempurna akhirnya babai mak! kita dapat daddy baru.... kita nak dok obersi.... boleh mereng dibuatnya wehhhh.... Yang confirm untung orang tengah, doktor tu lah. Agak-agak berapa fee yang dia kenakan kepada calon parents ek? Since the mak tumpang duduk asrama dari start mengandung pastilah si doktor akan caj sewa katil, makan minum segala..... maybe 10 dolar a day? Jual orang lagi untung dari jual untaaa.....!

Ada satu lagi kes yang aku pernah baca tapi tak sure dipanggil apa - penderma sperma. Sekumpulan mak-mak ni melahirkan anak yang bermasalah kesihatan/cacat, rupa-rupanya mereka mendapat benih daripada penderma yang sama tapi tak dapat dipastikan siapakah dia sebab depa guna kod saja.... hmmmmmmm. Jadikan sempadan yek. Setiap peraturan dalam Quran ada sebab-musababnya yang mungkin belum dapat dikaji dek manusia.

Ya, aku simpati kepada pasangan yang telah berkahwin tapi tak dikurniakan anak ni. Ramai jugak yang tak berapa fertile, stress kot keje zaman sekarang ni. Aku ada sorang kenalan yang dah berkahwin lain pun tak dapat anak lagi. Si bekas isteri dah 'berhasil' sedangkan dia masih begitu. Dia lelaki mesti lebih rasa rendah diri kan. Aku rasa dulu dia buat family planning dengan yang lama, dengan yang terkini aku bagi tau kalau nak plan pun anak kedualah, kenapa nak menolak rezeki? Hari tu dia bilang dia nak anak aku eiiiii......... dia ingat aku bersin je budak tu tersembul keluar ke? Putuih ughek tau tak? Mudah-mudahan dia dah beranak-pinak sekarang ni.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free