Mencari tempat sambung mengaji



Assalamualaikum.

Orang utara kalau kata sambung mengaji samalah maknanya sambung belajar. La ni aku dok sibuk menggugel sekolah agama dan tahfiz, pi forum sana pi forum sini baca komen mak bapak yang dah ada pengalaman. Ada sorang hamba Allah tu dulu bukan main lagi dok perleceh budak-budak belajar agama ni.... katanya, nak kerja apa belajar agama? Mentang-mentanglah ko pandai sains dan maths kan kan kannnn........ Sekarang bila anak ko masuk sekolah menengah baru ko tau masalahnya. La ni zaman hiburan masuk ke dalam rumah thru internet, handphones, kengkawan. Haaa....... tergagau-gagau mencari sekolah agama yang bagus dengan aku. Macamlah belajar agama tu nak menolak terus sains dan maths, itukan cabang ilmu jugak..... asalkan cemerlang dalam pelajaran adalah rezeki tu insyaallah. Orang kafir tu pun Allah bagi rezeki melimpah-ruah.

Banyak jugak yang aku dapat, teringin benar nak anak jadi hafiz atau sekurang-kurangnya sambung belajar kat sekolah agama. Kat NS ni ada beberapa sekolah agama dan tahfiz yang bagus tapi saingannya pulak alahaiiii.......... memang betul-betul mengharapkan rezeki je lah. Kat ITQAN tu nak upsr sekurang-kurangnya 4a 1b, upkk at least 4a 4b then interview 3h 2m. Sekolah integrasi confirm tak dapat masuk walaupun result UPSR bagus sebab anak aku sekolah agama swasta. MRSM tahfiz saingannya lagilah hebat. So kenalah recce negeri lain...... kat Selangor/WP ada tapi tak mampu pulak rasanya.

Hari tu aku fikir takmo belah pantai timur disebabkan masalah logistik. Ye lah, manalah tahu kalau ada hal-hal emergency kat utara kena pulak tunggu dia sampai sini baru kami boleh bertolak balik. Tapi sekarang ni aku rasa tak kisahlah, asalkan dekat dengan ibu negeri. Aku nak suruh dia balik naik flight je nanti time cuti, mintak takwim sekolah awal-awal. Takkan nak berjemput berhantar pulak.... letih woooo...... mintak tolong ustaz hantar sampai airport boleh kot?

Tinggi harapan kami mak bapaknya nih...... manalah tahu kan sok sok dapat jadi engineer kat signature bolehlah letak nama Ir Aiman Haziq al-hafiz. Mudah-mudahan dia menjadi jurutera yang beriman. Dia ni minat jugak seni dan fotografi so biarlah dia menjadi perakam momen yang baik. Banyak cabang seni yang boleh explore bukan sekadar pompuan tak berpakaian.

Sekiranya dia menjadi Dr Aiman Haziq al-hafiz tidaklah dia membuka klinik yang bukan-bukan semata-mata nak duit. Kalo ko baca entry pengguguran janin aku tu sampai la ada lagi yang bertanya alamat klinik hampagas tuh. Kata kengkawan aku rupa doktor tu pun dah macam hantu. Ehh kawan aku tu pernah jumpa hantu ke... macam tau je rupa hantu.

Ditakdirkan dia menjadi guru agama biarlah dia memahami dan mengamalkan agamanya dengan baik, ikhlas mengembangkan ilmu dan mampu menegur kesilapan umarak. Kira-mengira kena pandai, sok budak-budak bayar duit mengaji salah amaun pulak ko pulangkan. Jangan ko buat MLM pulak. Siang pum pang pum pang ngajar agama memalam ko buat skim piramid pulak. Bukan takde...... tu yang bagi nasihat awal-awal. Yang bergelar ostad/ostazah terlibat riba pun ramai.

Takpun kalau jadi pilot dia bagi tau gini, saya Kapten Aiman Haziq al-hafiz juruterbang anda ingin memaklumkan penerbangan ke Perth  akan mengambil masa selama 6 jam. Kepada penumpang yang beragama Islam marilah bersama-sama saya membaca doa sebelum meneruskan perjalanan ini, mudah-mudahan penerbangan ini dipermudahkan Allah dan selamat tiba. Bismillah.................... . Tak lega perut ko Senah bila pilot baca doa? hahahhaha...... aku ni walaupun dah berkali-kali naik kapa tobang sometimes kecut perut jugak bila lepas take off je kapa tobang tu macam semput, tersedak-sedak. Macam je ..... setakat ni alhamdulillah takde apa-apa.


*Aku kena transform jadi ustazah pilihan le nanti kalau anak sambung sekolah tahfiz heheheh.......

Post a Comment

2 Comments

  1. Cam mana tinggi pn pelajaran seseorg tu....pelajaran agama penting bekal utk kita diakhirat nanti!


    ****K.ani suka part Pilot baca doa tu......betul tu! Pilot baca doa naik kenderaan baru berkat penerbangan nak2 yg jauh.... :))))))

    ReplyDelete
  2. kak, disesetengah bas transnasional ada dilekatkan sticker doa naik kenderaan, dlm kpl terbang belum jumpa lagi.

    Walaupun ada risau sikit2 selalunya saya ingatkan yg ini...accident keto lagi banyak drpd kapa tbg

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.