Best ke gi situ?

Tags
Assalamualaikum.

Oleh kerana bulan depan dah nak cuti panjang aku bukak cerita ni sebab kekadang aku ada menerima soalan..... best ke gi situ? eh ye ke kat tempat tu best ..... si polan kata boring

Kalau adik kakak nak mintak pendapat orang, sila pastikan dulu apa minat orang tu....... adakah dia minat shopping atau dia minat culture atau dia lebih suka ecotourism atau semua boleh? Dalam tanya-bercerita tu observe adakah dia traveller atau tourist? Jawapan kepada soalan tu barulah boleh disuaipadan dengan ko punya minat pulak dan buat keputusan untuk pergi satu-satu tempat.

Aku ada cerita kak makcik yang aku teringin nak gi India and respond dia as expected, eeiiiiii ....!!! kotorlah! tak ingin den dohhh....... hahahahaa..... tapi India cantik dan menarik. Mana ko nak cari kat tempat lain mayat terapung dalam sungai tanpa kereta polis, ambulans dan bomba sibuk sekali? Kat bandar mana lagi ko nak tengok orang racun dinding dan melepas tengah jalan? hahahah....... gilo kau ni haiii.... Kita selalu prejudis padahal ada kawasan yang bersih dan cantik di sana. Bangunannya pun cantik berseni. Dia suruh aku buat trip ke Indonesia tahun depan siap semua.... dia tahu berjalan je (dah sah dia tourist). Masa dia gi Kelantan dan Terengganu bulan 6 hari tu macam-macam barang dia bawak balik, dari makanan sampailah ke tudung. Ada yang tak pakai pun katanya......... (dia kaki shopping).

Ada gi tempat lain tak?
orang pergi K & T nak shopping jer..... dia kurang minat hal-hal lain heheheh....

NS juara Piala Malaysia !!!!

Tags
Osah hebat kau jang, monang laie!! Tak sio2 den besilo atas jalan ngadap skrin bosa macam wayang pacak, kalau tak nayo yo den makan asap rokok kiri kanan dopan belakang, donga orang mencarut dan orang merungut kalah betting. Cayalah jang!

Penyu, kan dah kono hobin........ kekekekekek

Has your money grown smaller?

Tags


Hari Sabtu aku bawak rm50 pi kedai runcit sebab bos nak makan beriyani gam. Aku pun beli la bahan-bahan untuk hari Ahad sekali. Apa yang aku beli adalah ........
ayam seekor......................................11.00 ada berbaki sikit
beras basmathi.....................................6.00 ada lebih
rempah briyani.....................................3.90
ghee....................................................7.90
bawang besar sikit...............................0.95
daun pudina sikit..................................0.40
kiub tomyam yg ada 2 sekotak tu.........
ikan bilis..............................................2.42
musroom sebungkus............................1.60
kobis suku...........................................
kue tiaw 2 bungkus..............................
taugeh ................................................0.30
kapur kasut.........................................2.60

Baki yang kubawa pulang hanyalah rm1. ++. RM50 untuk 2 hari yang tidak termasuk bahan-bahan yang dah sedia ada seperti beras, bawang putih, bawang goreng, papadom dan air minuman. Duit belanja sekolah pun tak keluar sebab hari cuti ehh...... oppssss..... keluar jugak, budak 4 orang tu tengok NS lawan T-Team kat stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Nasib baik monang, hebat kau jang!

Dalam sokkabar kak Ros suruh belanja dengan berhemat, dah berhematlah ni kak, masak sendiri jek.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap bulan aku yang buat kerja-kerja menyoping groceries nih so if ada barang yang naik harga aku bagi tau kat bos. Macam biasalah, ontok yo deh.

Sekali tu aku berpantang jadi dialah yang gi beli barang........... sampai rumah je terus cakap, 80 inggit dapat 3 barang je! hahahha..... baru mu tau nooooo........ nak kelepet duit dia pun tak sampai hati.



Happy Deepavali!!

Tags
Esok penganut hindu sambut raya, budak-budak sekolah semalam lagi dah start cuti. Dari hujung ke hujung 9 hari depa bercuti. Untung la sesapa yang berhijrah ke Malaysia ni.

hmmm..... banyaknya cuti sekolah sekarang ek, rindu pulak kat Dr Mahathir. Tak dilayannya permintaan yang bukan-bukan time dia berkuasa dulu.

The Proposal

Tags
I came accross this ads in The Star 22/10/2011... ada yang perasan tak? Dia letak kat jobs section. soooooo romantic!

Dulu ada seorang customer aku yang anak dara trang tang tang mai kat bank huloq kertas putih kosong,

eh u, u tolong check kat UV lights tu kot ada apa-apa

dia tulis .......... (this kind of thing jugaklah), senyum sampai ke telinga akak pensyarah tu hehehhe....

Seronok jugak ek kalo jumpa idea unik dan berani camni ek. Haa korang yang tak romantik tu belajar2lah jadi romantik ye... luv it!


Mencari tempat sambung mengaji

Tags
Assalamualaikum.

Orang utara kalau kata sambung mengaji samalah maknanya sambung belajar. La ni aku dok sibuk menggugel sekolah agama dan tahfiz, pi forum sana pi forum sini baca komen mak bapak yang dah ada pengalaman. Ada sorang hamba Allah tu dulu bukan main lagi dok perleceh budak-budak belajar agama ni.... katanya, nak kerja apa belajar agama? Mentang-mentanglah ko pandai sains dan maths kan kan kannnn........ Sekarang bila anak ko masuk sekolah menengah baru ko tau masalahnya. La ni zaman hiburan masuk ke dalam rumah thru internet, handphones, kengkawan. Haaa....... tergagau-gagau mencari sekolah agama yang bagus dengan aku. Macamlah belajar agama tu nak menolak terus sains dan maths, itukan cabang ilmu jugak..... asalkan cemerlang dalam pelajaran adalah rezeki tu insyaallah. Orang kafir tu pun Allah bagi rezeki melimpah-ruah.

Banyak jugak yang aku dapat, teringin benar nak anak jadi hafiz atau sekurang-kurangnya sambung belajar kat sekolah agama. Kat NS ni ada beberapa sekolah agama dan tahfiz yang bagus tapi saingannya pulak alahaiiii.......... memang betul-betul mengharapkan rezeki je lah. Kat ITQAN tu nak upsr sekurang-kurangnya 4a 1b, upkk at least 4a 4b then interview 3h 2m. Sekolah integrasi confirm tak dapat masuk walaupun result UPSR bagus sebab anak aku sekolah agama swasta. MRSM tahfiz saingannya lagilah hebat. So kenalah recce negeri lain...... kat Selangor/WP ada tapi tak mampu pulak rasanya.

Hari tu aku fikir takmo belah pantai timur disebabkan masalah logistik. Ye lah, manalah tahu kalau ada hal-hal emergency kat utara kena pulak tunggu dia sampai sini baru kami boleh bertolak balik. Tapi sekarang ni aku rasa tak kisahlah, asalkan dekat dengan ibu negeri. Aku nak suruh dia balik naik flight je nanti time cuti, mintak takwim sekolah awal-awal. Takkan nak berjemput berhantar pulak.... letih woooo...... mintak tolong ustaz hantar sampai airport boleh kot?

Tinggi harapan kami mak bapaknya nih...... manalah tahu kan sok sok dapat jadi engineer kat signature bolehlah letak nama Ir Aiman Haziq al-hafiz. Mudah-mudahan dia menjadi jurutera yang beriman. Dia ni minat jugak seni dan fotografi so biarlah dia menjadi perakam momen yang baik. Banyak cabang seni yang boleh explore bukan sekadar pompuan tak berpakaian.

Sekiranya dia menjadi Dr Aiman Haziq al-hafiz tidaklah dia membuka klinik yang bukan-bukan semata-mata nak duit. Kalo ko baca entry pengguguran janin aku tu sampai la ada lagi yang bertanya alamat klinik hampagas tuh. Kata kengkawan aku rupa doktor tu pun dah macam hantu. Ehh kawan aku tu pernah jumpa hantu ke... macam tau je rupa hantu.

Ditakdirkan dia menjadi guru agama biarlah dia memahami dan mengamalkan agamanya dengan baik, ikhlas mengembangkan ilmu dan mampu menegur kesilapan umarak. Kira-mengira kena pandai, sok budak-budak bayar duit mengaji salah amaun pulak ko pulangkan. Jangan ko buat MLM pulak. Siang pum pang pum pang ngajar agama memalam ko buat skim piramid pulak. Bukan takde...... tu yang bagi nasihat awal-awal. Yang bergelar ostad/ostazah terlibat riba pun ramai.

Takpun kalau jadi pilot dia bagi tau gini, saya Kapten Aiman Haziq al-hafiz juruterbang anda ingin memaklumkan penerbangan ke Perth  akan mengambil masa selama 6 jam. Kepada penumpang yang beragama Islam marilah bersama-sama saya membaca doa sebelum meneruskan perjalanan ini, mudah-mudahan penerbangan ini dipermudahkan Allah dan selamat tiba. Bismillah.................... . Tak lega perut ko Senah bila pilot baca doa? hahahhaha...... aku ni walaupun dah berkali-kali naik kapa tobang sometimes kecut perut jugak bila lepas take off je kapa tobang tu macam semput, tersedak-sedak. Macam je ..... setakat ni alhamdulillah takde apa-apa.


*Aku kena transform jadi ustazah pilihan le nanti kalau anak sambung sekolah tahfiz heheheh.......

Ulasan buku: Hari-hari akhir Ferdinand Marcos

Assalamualaikum.

Hari tu masa ke Bandung aku beli buku yang ini kat pasar kaget…
Editor: Jajak MD dan HG Sudarmin
Penerbit: Metro Pos, Jakarta 1989

Yang muda-muda tu pernah dengar tak nama Ferdinand Marcos? Bininya Imelda sama sekepala dengan dia bertakhta di Istana Malacanang selama dua dekad. Kejam Marcos ni, dia bukan saja dituduh terlibat dalam komplot membunuh Benigno Aquino masa kawan tu baru pulang dari pembuangan – baru jejak kaki kat airport - tapi jugak lawan politik seawal pembabitan dia dulu. Dia ni dek rakus menggelapkan duit negara sampai dibuang di Hawaii. Mengikut cerita dia, dia rela keluar dari istana rasmi Malacanang sebab dia dah sediakan Malacanang North yang lebih va va vooommmmm tapi dah dibelit dek Amerika supaya dihantar ke Hawaii. Amerika tu walaupun penyokong kuat dia dulu tapi bengang jugak sebab bantuan duit yang bermiliyar tu dirembat dek depa dua laki bini beserta kroni.

Kalau kita baca dan ikuti perkembangan para pemimpin yang tak amanah sebegini macamanalah tak kena hambat dek rakyat, dia hidup bermewah-mewah sedangkan rakyat terbanyak mengais tanah nak makan. Yang terkini pemimpin negara Islam di asia barat. Terlampau kaya sampai boleh hantar jet jemput aiskrim kegemaran. Aku suruh anak beli naik basikal jer.

Marcos dan Imelda ni semasa lari ke Honolulu siap bawak 89 orang ahli rombongan termasuk pembantu dan orang gaji sampai poning kepalo gabenor Hawaii pada masa tu. Dah tak macam kena buang, rombongan shopping adalah kalau gini. Di istana Malacanang pula dijumpai segala macam barang berharga (collector items) , ratusan gaun yang mahal-mahal, lima buah rak khas untuk handbags……… aiyyooooo manyak syiokkk okay…., 22 helai gaun ekslusif dan mantel bulu berharga usd13,200 buatan Nina Ricci yang dibeli pada tahun 1970 di Paris. Fuhhh….. tahun 70an lagi dah pakai barang rege belas ribu dollar! Ada jugak 6 keranjang sabun mandi yang diimpot, 68 pasang sarung tangan, 1000 helai underwears dan 3000 pasang kasut wanita yang sebahagian besarnya belum dipakai! Fuhhhhhhh……….!!!!

Kalau sehari pakai 2 helai, setahun= 730 helai. Setahun lebih baru habis semua seluar dalam tu dipakai. Itu yang tinggal, yang dah diangkut ke Hawaii berapa banyak pulak? Osah banyak ea...... Pakai dan buang I guess……. or penyokong dia amik sebab branded punyo? Besar jugak Imelda ni, mau saiz L/XL …… . Untung la sesiapa yang buat bisnes spender dengan dia :-)

Aku suka baca buku tentang orang-orang terkenal dan hebat ni, tak kiralah dia terkenal sebab yang positif atau negatif, ambik yang baik-baik sudah. Setiap orang ada sisi baik dan buruk dia. Baca dan pertimbangkan. Nak baca sokkabar saja pun bosan gak, elok-elok dah senyap dan tenang dah boleh cerita fasal ekonomi dan rakyat ada pulak yang bukak balik cerita cctv tapi scene yang lain. Dah takde modal ke nak buat berita dia orang ni? Bosan tau. Patutlah sokkabar tak laku. Apasal tak ko je yang kena bang! bang! bang! hari tu? Entah apalah faedah kepada dia di dunia dan akhirat upload cerita yang tak pasti dan berprasangka macam tu? Tak ingat mati ke? Bosan!

Sapa pulak nak kena hambat lepas ni?

Aceh Day 4 - Pasar Atjeh

Tags
Balik dari meronda semalam kami ke rumah Indra, yelah kannn tunjuklah budi bahasa sikit gi sembang-sembang sebelum balik. Sudahnya terpaksa tidur kat rumah dia sebab hujan lebat. Nasib baik kami sewa bilik hotel yang murah sajork kalau tak rugi yolah duit den.

Rabu, kami berjalan-jalan menghabiskan masa without our camera kerna hujan masih renyai. Aku kena hujan takpe nyah. Nak masuk Pasar Atjeh awal sangat so kita gi tambah ole-ole. Jangan la ko mengharap ole-ole yang berpuluh ringgit daripada aku .............. thought that counts isn't it? Nasib baik la aku beli lagi makanan tu, anak-anak aku yang kecik dua orang itu suka pulak dodol. Kalau korang ke sana jangan lupa beli dodol, dendeng ikan, keropok malinjau, buah pala anddddd................. kopi aceh.

Di dalam Pasar Atjeh ada baaanyakkkkkkk blouse dan dress muslimah, sila bawa wang berjuta-juta ye puan-puan. Harganya taklah murah sangat sebab kain baju tu pun dari Jakarta/Bandung. Ada satu dress tu aku berkenan sungguh tapi bila difikir-fikir balik bila dah letak ke badan aku sure tak molek macam patung tu. Patung kan 35-25-35, aku er errr..... biaq pi lah, napsu je tu.
aisehmen...... melintang pulak buah pala ni

hahhh!... apa lagi, pulanglah! tet tet tet tet tet.........................kami ke airport naik becak je, terasa jauh pulak tapi scenery nya awesome! lalu kampung kampung ..... akukan orang kampung so sentiasa kekampunganlah aku.

Di Simpang Mesra, dekat bebenor dengan laut. Dulu bukan main deras air laut naik kat sini sampai boleh menghanyutkan kapal besar

Labi-labi


Lorong cacing


Kami dua mak pak ni berhajat nak ke mari lagi dengan anak-anak pulak di suatu masa nanti. Kalau boleh nak duduk sini barang seminggu ke boleh berjalan sampai Meulaboh yang dah lenyap tu. Perjalanan ke Meulaboh akan mengambil masa sekitar 3 1/2 jam lebih kurang je dari Medan ke Parapat. Kalau boleh kami nak buat 'the in thing' yang kubilang hari tu. Paling koman pun nak sampaikan derma daripada para dermawan kat Malaysia ni. Sedikit dari kita besar maknanya pada mereka yang susah tu.

Tamatlah sudah cerita Aceh, hujung tahun aku nak melancong ke Kolumpo pulak. Jauh tuuuuuuuuuuuuuu



Hai orang tua...

Tags
Aku nengok tv3 sat tadi, yang menyoal dan menjawab tak meyakinkan dan aku mau tanya soalan-soalan di bawah ni........

Kenapakah orang-orang yang mempersoalkan dasar atau program kerajaan dilabel pembangkang?

Mengapakah orang-orang tua di Malaya masih berfikiran begitu?

Bukankah secara fitrahnya kalau kita tak bersetuju kita akan bersoal-jawab?

Bukankah soal-jawab itu sesuatu yang sihat?

Orang-orang tua pandai cakap students Malaysia tak sehebat pelajar asing. Abih tu... dah dia bantah je ko hentam kata sokong pembangkang camana depa nak pandai berdebat? Asal ada je yang pandai ko nak cantas.

Sikit-sikit kata rakyat diracuni helah pembangkang. Kita rakyat ni tak boleh guna otak sendiri ke?

Hello.... zaman dah berubah, takde nak main telan je apa yang orang suap ke mulut!

Aceh Day 3 Part 2 - Lampuuk & Lhoknga

Tags
Oleh kerana Muzium Tsunami Aceh tutup di tengahari kami planned pergi sebelah petang sajalah. Muzium rasanya tak pernah termasuk dalam my itinerary hehehh.... kecuali Luvre Muzeum yang kat France nun yang kuteringin benor nak jejak kaki. Muzium ini yang terletak 1 km dari masjid Baiturahman. Ia juga berfungsi sebagai pusat kajian dan pendidikan gempa bumi serta tsunami, selain menjadi escape building in case tsunami strikes again. Direka oleh arkitek tempatan Ridwan Kamil, ideanya sangat hebat, genius! banyak gambar architechure yang kami ambil di sini. Nak tempek bebanyak kang abih pulak limit aku. Yang menjadi bahan kritik, muzium ini dibina dengan restoration fund yang sepatutnya digunakan untuk membantu mangsa dan memperbaiki infrastruktur yang rosak. Yang lebih tak syiok lagi time kami pergi tu bilik simulasi ditutup :(

Di dalam muzium ini dialunkan puji-pujian kepada sang Pencipta. Rare, belum pernah dengar lagi muzium lain pasang bacaan quran, ke aku yang ketinggalan LRT?



Di ruang yang terdapat sebahagian nama mangsa dialunkan ayat-ayat quran. Rasa sebak je. Kalau kami bersama geng Temerloh tu naya la depa kena tunggu sebab kami agak lama dalam muzium ni siap tengok video lagi. Kalau ikut group hos kita pulak tak boleh lelama sebab mereka rasa sedih so keputusan kami untuk split adalah terbaik.

Dalam muzium ni ada miniatur yang menggambarkan kekalutan penduduk semasa ombak besar datang. Ampitheathre pun ada. Kat sebelah muzium ni je terletaknya Kerkhof, sama macam muzium Kuching dok sebelah jirat cina.

Aceh banyak mendapat bantuan antarabangsa ...... masjid dan perumahan di Lampuuk banyak dibantu oleh kerajaan Turki tapi sayang ada banyak bangunan yang tinggal terbiar. Rumah-rumah bantuan yang mudah dikenali sebab sepesen jer .... banyak jugak yang kosong. Rumah tu aku fahamlah kenapa ia kosong, sesetengah mangsa dah tak sanggup nak tinggal di kawasan yang meninggalkan kesan pahit dalam hati mereka. Sumbangan ada dalam bentuk modal dan bangunan, ada dari Coca Cola, Samsung, Red Cross, Ronaldo, Jackie Chan, to name a few. Pernah jugak aku terbaca dalam satu artikel yang mana si penulis mengatakan kita memberi apa yang kita rasa mereka patut ada sedangkan sepatutnya kita memberi apa yang mereka benar-benar perlukan. Ada pro and cons. Betullah tu macam Garuda Theathre, i don't think peoples of Aceh perlukan sangat sebab cara kita berbeza....... bila sedih selalunya kita berserah kepada yang Esa. Sebaliknya walaupun dikritik Aceh Tsunami Museum boleh menjadi salah satu obyek wisata selain pusat kajian. Pelancong yang datang akan meningkatkan ekonomi Aceh.

Kami meneruskan perjalanan ke kawasan pantai yang terjejas teruk dek tsunami sambil berhenti sekejap bergambar di rumah Cut Nyak Dien seorang wirawati di Lampisang. Dah tutup time ni, dijadikan muzium dan library yang menghimpunkan cerita dan fakta tentang CND dan Teuku Umar. Rumah asal dah dibakar dek Belanda pada tahun 1896. Banggakan diaorang dengan penentang Belanda, kita bangga tak dengan penentang British?


Masjid Rahmatullah di Lampuuk- the only building survived from the disaster. Terletak cuma kira-kira 400 meter dari pesisiran pantai. 26 hari selepas tsunami di depan mimbarnya bertimbun 15cm pasir. Daripada 4000 penduduk kawasan ni tinggal sekitar 1000 orang je

Kami sampai dalam pukul 5 anak-anak Lampuuk dah habis mengaji

dulunya ............

Mungkin selepas tsunami dulu bahagian atas masjid ni dijadikan tempat belajar menjahit

Ada laut .... ada bukit

Rasa macam nak panjat tangga tapi takut pulak bila nampak dinding-dinding yang retak

Pokcik ni mintak aku amik gambaq dia, kalau ada sesapa kenai bagi tau dia nooooo

Ke Lhoknga beach pulak. Perniagaan tepi di pantai sehingga jam 7 sahaja... no dating dating hokkkay! Pantai ni dipopularkan sebagai tempat surfing so mungkin ramai orang ke mari during weekend.


Romantik ....... ehem ehem... for photography session only lah.
 Yang sebenarnya aku dok membayangkan masa tsunami dulu ombak dan awan bergulung-gulung macam gambar yang sebelum ni.

Woiitttt....... dah 3 hari dah ni, bila nak shopping?




Aceh Day 3 Part 1 - Menjejak tinggalan tsunami

Tags
Hari ketiga kami sewa kereta sedan sajo 300k... itu the cheapest. Ikutkan hati nak naik becak je tapi kami nak pergi sampai ke Lampuuk dan Lhoknga yang dah dikira keluar kota. Kepala boleh jadi berat oooo kalau sat kena aircond sat keluar kat panas sat lagi kena aircond balik ...............

First, kami kembali ke masjid penuh rahmat ni. Adik Ida kata masa tsunami dulu cina yang kedainya di depan masjid ni nampak seekor burung besar angkat masjid tu dan esoknya dia mengucap syahadah. Betul tidaknya wallahhualam. Tapikan, takkanlah takda lansung diantara ramai-ramai petugas dan sukarelawan asing yang terfikir mengapa kebanyakan masjid tidak runtuh atau terjejas sedangkan bangunan di sekelilingnya punah ranah?


Menara ini saja yang rosak sikit semasa gegaran gempa.



Keadaannya pada 26 Dec 2004 akibat gegaran gempa bumi pada 9 skala richter dan tsunami


............... digulung ombak. Bantuan pulak bukan jam-jam tu sampai


Kapal apung di Kampung Lampulo

Kawasan sekitarnya dah dibeli oleh pemerintah untuk dijadikan kawasan monumen - kejadian yang menggegarkan dunia. 59 orang terselamat termasuk keluarga pakcik rumah sebelah tu. Kata pakcik tu (macam wartawan dah aku ni heheheh...) bila gempa je mereka semua keluar ke jalanraya untuk keselamatan. Bila nampak air datang depa semua berlari naik ke tingkat atas rumah sebelah yang kena hempap kapal tu. Katanya dalam 3 minit je air dah sampai dada so anaknya -seorang penyanyi nasyid di Malaysia- naik dulu then tarik sorang-sorang. Dah ada orang lain dalam kapal tu. Mereka takde ingat lain dah, kiamat je dalam fikiran. Betul-betul macam cerita bahtera Nabi Nuh kan?? Kata makciknya pulak bingkai Allah & Muhammad kat dinding rumah dia tak berubah tempat pun. Allahhuakbar!

Dahulu .........

Makam Syiah Kuala - ulama terkenal di zaman kesultanan. Kita akan disuruh pakai kain sekiranya nak masuk ke makam. Ada bilik pengajian dan surau di sini.

Rumah Aceh
Di depan rumah Aceh ni ada loceng Chakra Donya yang dikirim oleh maharaja cina melalui Laksamana Cheng Ho untuk sapa ntah..... sultan/wife sultan? Jauuuhhh dia mengembara kan. Kat Melaka pun ada cerita Cheng Ho nih. Ko nak ke loceng besar gitu dik? Tak yah lerrrr .... mintak je kat boipren ko loceng dalam 100g ke bubuh kat leher......... 200 ringgit segram sekarang ni.

Geng Temerloh. Kami menolak untuk sevan dengan mereka sebab kitorang berdua ni lama dan lambat di satu-satu tempat sebab leka mengambil gambar dan interview orang. Perasan wartawan hahahah..........

Gunongan - dibina sebagai lambang cinta Sultan Iskandar Muda terhadap isterinya Putroe Phang yang berasal dari Johor. Disebabkan sultan selalu berpergian dibuatkanlah isterinya taman untuk bermain cak-cak (aku tambah sendiri je tu...). Laki ko boleh buat nyahhhhh? Nampak macam mahkota kan? Nampak macam ada pengaruh Hindu pun iye jugak. Tempat ni berkunci tapi aku minta tolong penjaganya bukak sebab aku teringin nak berada di taman di raja. Kalau badan ko lebih gebu daripada aku susah sikit nak naik ke atas sebab ruang tangganya sempit. Yang belakang tu makam menantu sultan kalau tak silap.

Sebelum aku terlupa again, dinasihatkan hangpa semua tukarkan duit kepada small denominations, 5k ke 10k 20 ke....... Kat Aceh ni yang bagusnya tempat wisata tak berbayar kecuali Rumoh Aceh tapi yang lain-lain tu depa minta derma ikhlas kita.

Kerkhof - kuburan Belanda.

Semasa tsunami 50 tiang salib hilang. Kubur putra kesayangan Sultan Iskandar Muda pun ada di sini disebabkan kesalahan maha beratnya. Kerana itulah timbul ucapan kebanggaan orang Aceh:
"Adat bak Po Temeuruhoom, hukum bak Syiah Kuala"
-Adat dipelihara Sultan Iskandar Muda sedang perlaksanaan hukum dan agama diatas pertimbangan Syiah Kuala-

Masih adakah lagikah mereka yang benar-benar memartabatkan agama?

Pesawat Seulawah @ R1 hasil sumbangan wang dan harta peribadi rakyat Aceh. Dulu penuh sampah-sarap dan mayat kat kawasan lapang ni.

Kapal PLTD Apung tersadai 4km dari pesisir pantai melambangkan betapa dasyatnya peristiwa tsunami dulu. Memang kapal ni akan terus tersadai kat sini, dah tak boleh bawak keluar. Selain berat sekeliling kawasan ni ada banyak rumah. Cuma seorang saja yang terselamat atas kapal ni sebab dikatan dia sedang tidur dalam kabin. Kalaulah dapat jumpa orang tu alangkah bagusnya...... Kat bawah ni dulupun ada mayat. Orang tahu sebab anjing dok kerumun kawasan tu.

Dari atas kapal................ kat sebelah kiri tu ada kedai jual souvenir. Banyak design bagus beli kat sini. Fridge magnet susah sket nak dapat so aku beli button badge then mintak bos modify.... jimat! Aku beli vcd tsunami kat kedai jual air tu. Kat sebelah atas yang ada pokok warna kuning adalah Taman Edukasi Tsunami. Banyak gambar-gambar menyayat hati dipamerkan di sini. Aku harap gambar tu semua dapat dipelihara dengan baik, sekarang ni nampak semakin dimakan hari. Lama-kelamaan manusia akan lupa dengan peristiwa penting tu.

Haiiiishh.......... kisah-kisah sedih je kat Aceh ni. Yang ni Massal Grave at Ule Lheue yang dulunya menempatkan Rumah Sakit Mueraxa. Stuktur bangunan tu dah rosak so jadilah kuburan ...........  
Cantik tempatnya cuma Aceh ni macam tak dijaga serta dipelihara dengan baik kawasan wisatanya. Mungkin tak cukup orang atau mungkinkah belum cukup uang?

Mayat terlalu banyak masa tu....... main bungkus dalam plastik dan tolak jatuh je. Yang bertugas pun bukan semua orang Islam, lagipun semua orang belum pernah mengalami musibah yang dikatakan paling teruk dalam sejarah kemausiaan tu. Berhari-hari baru selesai, mayat pun dah pecah perut, risiko penyakit lagi. Ada satu gambar tu mayat kena tolak dengan kaki je dari atas lori. Macam manalah mayat share bilik ramai-ramai tu ye ........... selalunya dapat bilik vip, sorang sebilik. Semoga mereka semua dirahmati Allah .... amin.

Kami lalu di Taman Sari jugak. Actually tempat-tempat wisata ni berdekatan antara satu sama lain kecuali Ulee Lheue jauh sikit berhampiran pantai. Masa terjadinya tsunami di pagi Ahad tu ramai orang di kawasan riadah jadi ramailah yang hanyut. Semasa gempa semua orang keluar ke kawasan lapang termasuklah patients di hospital. Orang yang selamat tolong-menolong mengeluarkan yang dihempap bangunan. Bila dah ramai-ramai keluar arus deras pun mai ..........tak dan nak lari dah.... isk isk.... Sesapa yang kesana belilah vcd yang dirakam semasa gempa sampai tsunami. Syahdu sendu pilu.

Kalau di Bali kita keluar masuk kawasan pura di Aceh lebih bagus lagi kita masuk masjid yang penuh sejarah. Yang ini masjid Baitulrahim di Ulee Lhueu, berdekatan laut. Seluruh kawasan musnah tapi masjid ni rosak sikit je. Masih tak percayakah kepadaNya?

3pm oredi............. lapo wehhh! 
Pak supir bilang kita sudah telat bu, sekiranya lebih awal lagi banyak lauknya........... cukuplah tu Ismail ooiiiii..... yang ini pun tak termakan.

Aceh Day 2 Part 2 - Kembali ke Banda Aceh

Tags
1 malam di Sabang sangatlah tak puasnya ....... at least 3h 2m di sini. Hajat di hati nak naik kapal lambat lagi tapi takdo pulak so kami naik Pulo Rondo. Harganya memang jauh berbeza tapi 45 min dah sampai. On weekdays kapal-kapal ni bergerak sehari sekali je. Kapal lambat tu pun atas bantuan antarangbangsa. Kalau kita berborak dengan orang-orang aceh ni tentang tsunami pasti mereka akan cakap kalau tiada bantuan kak................. betapa bersyukurnya mereka dengan bantuan kita semua. Kat Sabang aku ada nampak pusat kesihatan bantuan kerajaan Malaysia... bangga seyyyy....

Dalam tsunami 2004 123,000 nyawa lenyap, oleh itu Aceh tak sesibuk Jakarta/Bandung, jauhhhhhh bezanya. Time raya sunyi sepi kota ni sebab ramai yang pulang ke kampung halaman yang jauh. Kiranya kota Aceh ni sedang dimajukan oleh orang lain jugaklah. Yelah, kalau tahun 2005 tu lahir 1,000 lagi baby sekarang ni umurnya baru 6 tahun, masih berada di persekitaran sekolah lagi.

Dari pelabuhan kami terus ke hotel naik labi-labi. Mula-mula nak naik becak je tapi dia nak 30k. Kalau naik labi-labi ke kota baru 6k seorang tapi kami minta dihantar ke Hotel Parapat terus so dia caj 10k rupiah. Transport di Aceh ni mahal, main puluh-puluh ribu je untuk pelancong. Makan pun gitu gak, breakfast sampai rm7.50 sorang, biasanya kat Malaysia aku makan dalam 4 hinggit jek.

Masa aku register kat hotel si apek tu mintak surat nikah bila nampak bapaknya di luar. Aku pun ternganga la. Ye, serius aku ternganga. Sejak tahun kedua kahwin aku dah tak pernah bawa kad kahwin ke mana-mana. Bila dia nampak aku macam bingung terus dia tanya, ibu orang Malaysia ya? hahahh...... barulah dia minta passport. Ha ko, jangan mengada-ngada nak honeymoon dengan girlfriend pulak.

Keluar je dari hotel ni di sebelah kanan Hotel Medan, sebelah kiri Hotel Wisata, di depan ada Rex food court, belakang Rex Hotel Palembang. Dekat Hotel Palembang tu ada kedai makan Mujahidin. Try lontong dia pepagi sodappppppp.......

Inilah 1st time sejak aku pandai tidur di hotel dari yang berbintang sampai ke taraf losmen kami diberikan sejadah. Walaupun ini hotel bajet tapi kita akan dapat towel, sabun, sejadah dan dua botol air mineral, arah kiblat pun ada. Hotel cina ni......... tak sangka. Staf hotel tu kata owner ni menghormati agama lain. Indahnya. Tidak seperti di Sabang, bilik ni ada tilam foam saja. Maybe bilik deluxe tilam spring kot.

Time tsunami dulu ground floor tenggelam terus akibat pertembungan air dari dua arah. Staf hotel tu masa bercerita dengan aku meremang bulu roma dia. Kekadang aku rasa macam bersalah pulak mengungkit bertanya kisah sedih dia orang tu tapi aku nak dengar cerita sebenar daripada orang yang mengalami.

Letak je beg terus jalan-jalan...............
Makcik ni jual mi di pasar Peunayong

Masjid Baiturahman di malam hari 

Tempat imam/mimbar dibuat seperti pintu Kaabah. Lepas solat maghrib ada tazkirah

Aku sebenaqnya tak celuih masuk ke kawasan masjid tu, kena tahan dengan polis syariah huhuhuuu............ Al kisahnya aku pakai t-shirt lengan panjang tutup pungkok sajor. Alamakkk.......... macam mana ni? Dengan otak yang kreatif dan muka kesian aku pun berbicara dengan pak polisi tu. Alhamdulillah........ niat yang baik telah dimakbulkan tapi tak dapatlah nak berjemaah sebab dapat kain je telekungnya takdo isk isk... Kalau kita dah pakai baju labuh dan longgar dan lengannya bercekak senang, sarung je stokin terus solat. Peraturan di sini time azan hentikan semua aktiviti lain. Kalau tengah giat membidik, hentikan. Karang kamera ko kena rampas siap dengan denda lagik.

I tell u, jemaahnya ramaiiiii...... time bacaan alfatihah selepas doa tu meremang bulu roma. Sebak pun ye. Tu belum sampai Masjidil Haram lagi tu.

Selepas tu kami makan Ayam Tangkap dan Ayam Lepas di Rex food court. Waduh waduhhhhh............ gwe sudah jatuh chenta sama jus alpukat. Dah beberapa kali ke Indo tak pernah ingin nak mencuba, ha ko..... sekali rasa terus terpikat. Nyesal pulak tak beli bawak balik buah avocado tu. Sehingga hari terakhir aku dah minum 5 gelas jus alpukat hahahahah.... kat airport je 2 1/2 gelas.

 Then aku ke Ocean Spa yang terletak di sebelah kanan hotel kedai paling hujung untuk dipijat, aktiviti wajib setiap kali ke Indonesia. Aku mengada-ngada nak menerai Thai Massage tapi dalam hati berkata betul ke urut Siam nih? Betul koooo........... macam Samantha Brown tu..... patutlah berurut pakai baju, dikepak-kepaknya badan ko. Masa tu aku teringat rancangan masakan yang Chef Wan jadi hos dulu, dikepak-kepak ayam nak bagi lembut. Nyaman.......... tapi aku takmo dah hahahhahahah............

Group yang lagi satu tu duduk di rumah sajor di malam hari ni...........rugiiiiii



Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free