Salam Eidulfitri

Assalamualaikum.

Hampir berakhir Ramadan kali ini mudah-mudahan kita semua dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk menyambut Ramadan yang akan datang. Sekejap benar puasa kali ni.

Ramadan dah nak habis, limpahan pahala berganda pun akan tamat, apa yang dah kita buat? Aku, baca quran pun tak khatam sama macam tahun lepas tapi ada improvement sikit. Teringin pulak nak berpuasa di Mekah entah bilalah pulak turn aku agaknya?

Lain-lain perkara yang meningkat baik, aku telah memasak juadah berbuka puasa setiap hari siap kuih lagi..... aku jugak buat biskut raya sampai 6 jenis. Motif rajin buat biskut raya? Sebab nak rasa suasana raya. Selain daripada tu, kalau beli biskut sebalang petang ni petang esok dah tinggal balang... tak larat nak beli berbalang-balang...... mahai weh! Sekarang aku tak control anak-anak aku dah.... kalau teringin nak makan, makan je lah. Kalau habis kita buat lagi. Tak koso den nak menyorokkan macam dulu.

Owhh... alhamdulillah puasa kali ni badan aku tak naik tapi confirm akan naik 7 hari berhari raya nanti. Lupakan diet tu, makanan yang best tu cuma ada setahun sekali jek (alasan logik).

Eidulfitri ni adalah hari kemenangan melawan nafsu setan so jangan jadi macam setan time raya nanti. Jangan main salam je dengan semua orang, ada yang boleh ada yang tidak. Jangan jugak menyetan di jalan raya. Kesian mak ayah yang menunggu di kampung, walaupun ko duduk di Kg Baru atau Kg Pandan.

"Selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir dan batin"

Aku semakin rajin memasak

Rajin untuk bulan ni je la kot.

Ramadhan kali ni almost everyday aku buat juadah berbuka selain nasi dan lauk-pauk. Kiranya ini tahun anak aku boleh orderlah hari ni nak makan apa.... tapi so far aku masak yang manis je lah macam pengat pisang, buah melaka, kuih keria dan sewaktu dengannya.

Nak tahu macam mana aku boleh jadi rajin? Ni ha sebabnya ...........................
Dah dimamah dek lipeh pun buku ni.

Ni buku resipi jaman aku form 1 dulu, dijumpai semula masa kemas stor rumah mak aku time nak kenduri hari tu. Lama sudah aku mencari tau. Yang bestnya setiap resipi untuk 4-5 orang makan, yelah kita belajar SRT time tu. Resipi pun mudah nak dibuat, semudah aku melihat Nigella memasak. Aku rasa inilah kali pertama aku buat buah melaka tu sejak habis sekolah. Epik sungguh. Ya, dulu aku belajar untuk lulus exam. Nasib baik kahwin kalau tak dok bersantap kat section 2 tu ler siang malam.

Ramadhan pun nak watammat tak tahulah samada aku masih akan meneruskan usaha gigih ni. Yang pastinya kalau aku on diet semua pakat-pakat kena diet. Nasiblah kannn........

Nota: Semalam aku try buat kuih seri muka, rupanya menjadi tapi macam untuk pesakit diabetes, tak manis

Menyiapkan resume

Dah lama betul aku tak bekerja 9-5 apatah lagi berlumba-lumba dengan orang lain submit resume. Sekarang rasa teringin pulak... anak-anak dah besar kot. Dalam pada tu dalam hati ada berbalik-balik nak apply ke tak?...........nak ke tak? hmmmm....... as a new staff nanti susah nak cuti pada date yang sepatutnya aku cuti. Camno...camno? hahahah.... belum dapek kojo dah nak cuti. Ye lah, planning dah cantik tiket pun dah beli nanti tak jadi pulak. Lagi satu hal, macam dulu, esok nak raya malam ni aku ada kat opis lagik...dah la nak bertolak balik ke Kedah pulak tu. Pikiaq dulu.

Selain masalah cuti tu ada jugak hal-hal lain yang sekarang ni run smoothly bimbang jadi macam dulu, terkejar-kejar. Insyaallah aku boleh uruskan house chores seperti biasa sebab aku tak pernah ada maid, aku balik jam 6 ke.... jam 8 ke..........or jam 12 tengah malam ke...... aku tetap buat sendiri dengan bantuan en suami. Kalau diingatkan kisah dulu kesian kat anak-anak. Tiga anak aku dulu duduk kat nursery, bila kawan-kawan dia semua dah balik, anak sulung aku berdiri je kat tingkap tunggu mak dia. Sedeyyyyy

Aku tunjukkan iklan kerja tu kat Adam, then dia pun menanyakan soalan-soalan yang meruntun perasaan.. hik hik....... antaranya:
- kerja ni kat KL kan, nanti mama balik lambat ek? (omak ea selalu ada di rumah)
- siapa nak ambik kita, abang, kakak balik sekolah? (balik berjemput)
- kalau mama kena kerja jauh mama tak balik tiap-tiap hari kan? (muka dan suara sedih)
- nak makan macam mana? iskkk......

Dah tiga hari dah ni aku simpan iklan ni, dah 50 kali fikir....... ishhh.... susah bona la pulak.

Oleh kerana takde age limit untuk apply (macam executive secretary yang nak tua-tua sikit gitew) dan armed with experience aku yang berkaitan dengan job tu membuak-buak pulak keinginan nak mencuba jugak so aku tunjukkan iklan tu kat husband... jeng jeng jeng...!!!

mengado-ngado! hahhaaha......agak dah! Tapi aku nak cuba jugak.

Shopping dengan si bujang

Assalamualaikum........

Sekejap sangat puasa ni rasanya dah nak raya. Aku ni dok melayan 2 anak bujang mencari kasut. Wahhhh sabar sungguh mak ko ni kan? Dari Al Ikhsan Seremban 2 bawak ke Bangi, tak berkenan jugak balik semula ke Seremban 2. Kalo dengan ayahmu belum tentu dapat layanan macam tu lagik.



Shopping dengan si bujang. Depa berdua ni beriya-iya nak beli kasut kat situ sebab kat Medan hari tu hajat tak sampai sedangkan duit dah terlonggok so bapaknya top-up la sikit. Yang susahnya nak kasut orang tua tapi saiz tak ada, camno tu? Tu yang ulang-alik jadinya. T-shirt pun sama, nak design orang tua punya tapi badan kocik. Dah bujang tak main la O'Dear.... malu kat kengkawan konon.

Layan je lah untuk 1432H ni...... tahun depan jangan mengada.

Bandung - Hampir tewas di Pasar Baru

Seperti dijangka hahahaa........... dengan alasan nak raya. eh eh.... hari ni 1st poso tau!



Hari ni dah nak balik. Sekojap bona di Bandung ni. Antara sebab aku sewa by Moritz sebab cuma 5 minit ke Pasar Baru. Ada tempat lain yang lebih molek tapi memandangkan hari ni puasa aku nak yang terdekat dan senang nak dihantar pulang barang dagangan kalau jari-jemari dah naik lenguh menyangkut beg plastik. Makcik aku puas hati benar membeli-belah nampaknya.... sampai yang tak masuk dek akal pun dibawa pulang hehehhheh.......

the kerepeks

Baju dari kain stretch ni kalu mu ada klepets baik toksah pakai, buruk! Dalam pada aku dok fikir gitu sekali tu ada makcik.... ya makcik okay- pakai kayak gini tapi jenis ketat punya..... adoyaiiiiii

Kat lantai 2- Kain cotton viscose dah naik harga

Ko tengok, depa dok bentang tikar atas jalan raya, tu yang bertambah macet tu

Makcik aku kata adventure betul jalan dengan ko ni.

Ini jalan belakang pasar yang kami lalu untuk pulang ke hotel. Tersangkut sampai pejalan kaki pun tak boleh lalu. Aku rasa jalan ni sehala tapi jadi 2 hala lepas tu ada gerai di tepi, ada pulak lori buat kerja-kerja loading unloading....... sudahnya pejalan kaki ikut lori ni sebab belah tepi memang dah tak boleh lalu.

Handbags and clutch ni kalau dah masuk Tangs @ Mid valley harussss harganya bermula rm89.90. Kat sini dijual kat kaki lima je yang. Tahan betul kaki pakcik tu mencangkung jahit manik.

Aku beli tudung kat sini, tempat jualan borong. Kalau nak tahu tempatnya kena bawak aku ke sinilah. Budak pompuan tu tak mau bagi kurang tapi cowok tu bagi. Dia supervisor agaknya.

Aku memang fokus membeli kali ni cuma yang bersangkut-paut dengan Aidilfitri aje. Baju anak dah dapat kat Factory Outlet dan Paris Van Java. Kat Pasar Baru ni aku beli kebaya sulam tangan sebab ada yang mengirim......... kirim air liur. Untuk aku, nak cari selendang je. Rata-rata orang jual 35k, lebih murah dari Medan. Kat Medan tu ada ke nak dijualnya sampai rm16, kat KL pun boleh dapat 10-12 ringgit. Aku beli yang murah-murah jek janji tutup. Dah jadi mak orang ni priority dah ke lain. Akhirnya dapat jugak selendang tu laaaagiii murah daripada jangkaan tapi bukan di Pasar Baru lah. Makcik aku menyesal tak ikut. Nak bagi tau tempat pun aku tak reti, aku jalan sorang-sorang jek lepas hantar makcik aku balik hotel. Dalam masa sejam sebelum bertolak ke airport tu dan sedang berpuasa lagi, jauh jugak aku menapak mencari tudung, button bagde dan Justin Bieber (dvd der). Singgit lapan kupang je dvd nyer. Naik bosan aku tengok JB hari-hari kat rumah ni.......... selagi tak calar kena hadaplah nampaknya.


Di mana-man pun ada orang berjualan. Langsir yang warna kuning tu dari kain cotton yang elok, tak panas tapi tak pulak aku tanyakan harganya. Takde intention nak membeli. Inner tudung pun singgit lapan kupang jek= 5k rph

Sungguh bermakna

eh eh abah den mano? Dia dah balik awal ke hotel dengan alasan kakinya sakit. Takdenya lelaki nak bersidai kat tempat jual kain lelama. ermm dah takde cerita lagi rasanya, dah habis dah kot? Gambar banyak tapi nak upload banyak-banyak huiiyaii.... nangis den.




Bandung - Sari Ater Hot Spring Resorts

Oke kita sambung lagi sementara aku tengah rajin ni.

Turun ke ari Tangkuban Perahu kami ambil simpang kiri untuk ke Sari Ater Hot Spring di daerah Ciater sambil menikmati keindahan ladang teh ni. Sebelum ni aku confius gak Sari Ater ke Ciater? ehh...minggu lepas mak aku ada ajak ke Cameron Highlands, eeeiiii......... best nya kalau jadi pi.

Ini masih di daerah utara, kalau nak ke Kawah Putih di daerah selatan.

Then barulah sampai ke tempat yang dihajati. Kita bayar tiket siap insurans, manalah tahu ada yang kena serangan jantung pulak masa berendam air panas. Lama jugak kami di sini dok merendam kaki dalam air sehangat 42c tu. Di sebelah atas ada swimming pool tapi kena bayar asing. Memang syioklah..... semua air panas. 

hahh, kena skodeng

cemolot

Air ni mengalir dari gunung berapi le gamaknya sebab tu lah panas

turun ke sini pulak

seterusnya ke sini.......... . Kat depan sana ada lagi.

Kat sini ada hotel yang sewanya bermula daripada 435k rph semalam. Surau pun ada kat dalam area ni. Sesiapa yang bercuti lama di Bandung highly recommended bermalam di sini. Kawasan ni jauh lebih menarik daripada yang di Baling tu sebab di sini lebih luas dan tak rata jadi takdelah crowded sangat. Lagipun airnya mengalir dan persekitarannya nampak natural.

Mau ka??? Nak biawak ke kelinci?

Late 80s or early 90s dulu sibuk la kita semua nak bela arnab untuk dibuat burger dll. Agaknya pak menteri baru balik dari Indo kot tu yang dicadangkan buat projek kelinci tapi akhirnya senyap je. Arnab kuat makan, sekejap je dah besar. Nak makan arnab? eeiiiii.......macam kucing jer!

Apakah itu ngabuburit? burit aku tau la. Wali band ni boleh je aku layan

Nasi padang lagi....abah den suko.
Yang depan ni pak supir kita, pak Supri. Dari perbualan dari mula tu aku dah agak dia ni bukan sembarangan, pengalaman kerja dan pergaulannnya pasti luas. Rupa-rupanya dulu dia terlibat dalam marketing/sales, tiga bulan baru balik rumah. Sopan tapi cakapnya perlahan- volume rendah.

Kami naik Avanza je. FIY avanza/xenia/apv sama rate. Kalau sanggup drive sendiri sewanya 250k saja untuk 12 jam sekitar Bandung. My 2 cents advice, kalau setakat nak pi shopping kat Pasar baru yang ko masuk pagi dan keluar bila nak senja lebih baik naik teksi Bluebird 02 27561234 atau Gemah Ripah 02 24217070. Takpun naik becak. Ojek takde di sini.

Bandung | Tahu Lembang dan Gunung Tangkuban Perahu

Meneruskan perjalanan ke daerah Subang melalui Lembang. Sebelum tu singgah beli kek and brownies kat Amanda dulu takut esoknya tak sempat pulak. Aku beli sikit je sebab bulan puasa takde siapa yang nak makan, siang hari tak boleh nak mengulang meghosit sambil tengok tv.



Aku nak singgah di Bosscha Observatory (the oldest observatory in Indonesia) tapi pak supir bilang sekarang kena buat booking at least seminggu sebelum datang, dah tak boleh main terjah je. Tak dapek lah dohhhh so kami terus ke Gunung Tangkuban Perahu yang last eruption in 1969 dengan 2000 orang terbunuh. Masa tu belum ada alat untuk mengesan keaktifan gunung berapi ni. Sekarang depa check once in a week. Jangan ko melahar masa aku ada kat sana pulak.

Opss......... kami singgah sebentar kat Tahu susu Lembang drive thru yang macam Mc Donald tu. Kelas kooo..... Kononnya nak beli ikut tingkap kereta je tapi nampak menarik pulak kat sebelah dalamnya. Semua makanan yang dijual berasaskan tahu.

Beraktiviti di tengahari pun tak terasa bahang. Teringinnnnnnn sangat nak bawa anak-anak ke sini.

Targetnya anak patung comel kat atas tiang

Bos kilang tahu susu sedang mendemontrasikan cara buat tauhu. Nak lebih real kat bawah ni. Sedap tahunya lembut je, makan pulak time panas umangaiiiiiii........... lupo mak bapak kojap.


Sesiapa nak try buat tauhu sendiri sila salin resipi kat belakang i tu

Diantara end products 


ya Allah... lembut, halus, mulus....... semua sedap

Bermula dari sini kami berjalan sampai atas nun tapi itu pun baru sekerat jalan je. Syok berjalan di sini walaupun penat tapi suasana dan suhu dinginnya tu buat kita rasa seronok nak explore lagi dan lagi

Kalau last year aku turun ke Kawah Domas this time ke Kawah Ratu je, tak payah bayar guide cuma yang dok mengikut para penjuallah. Ada ke dia nak jual 2 keping fridge magnet sampai 250k rph, gilo apo? Aku bilang elok-elok aku ngak mau. Dia ikut jugak sudahnya dia yang turunkan harga so aku belilah 2 keping 20k. Kan jauhhhhhhhh beza tu. Untuk makluman aku punya pertuturan adalah dalam bahasa indonesia. Idgham dan tajwidnya dah betul cuma sangat kurang vocab sebab tu aku cakap yang perlu je. Jenuh weiii nak memikir nak membalas balik dengan rentak dan ayat yang betul. Aku tahu cakap aku tu dah betul sejak di Medan hari tu sebab ada yang kata, saya mikirin ibu orang sini. Yang spoil nya bila elok aku tawar menawar makcik dengan adik enterfrem cakap nogori pulak. Hancus.


Aku bercadang nak berjalan sampai ke Kawah Upas nun di kejauhan. Abah den dah surrender takmo ikut sebab kaki dia dah sakit. Owh.... sebelum pergi anak dara den dah warning dia, kalau atuk ikut mama letih tuk......... mama jalan aje. hahhahha........ yang abah den pun pergi melancong macam nak poi kojo smart berkasut kilat. Kami jalan jauh jugak tapi tak sampai ke tempat tu memikirkan nanti abah den lama pulak menunggu. Sejuk kat situ seronok je berjalan. Salute pada guide dan seller yang boleh turun naik gunung beberapa kali dalam sehari.

Dulu boleh turun ke bawah tapi sekarang sejak asap belerang tu keluar makin banyak dah tak dibenarkan lagi. Nampak tak kawasan atas asap tu? Di sebelah bawahnya Kawah Upas dan Kawah Baru. Boleh berjalan sampai sana kalau larat. Kalau ada rezeki next time lah pulak.

Tapau satu bang!

Gambar ni diambil dari atas management office. Surau pun ada kat sini, untuk muslimat di bahagian dalam office siap telekung sekali. Kalau nak guna tandas yang bersih tu kena bayar 2k rupiah.

Yang aku beli kat sini selain fridge magnet adalah frame set alat muzik, angklung dan seruling. Aku rasa harga angklung yang aku dapat tu murah dah sebab kat Jl Riau depa jual 250k rph. Jangan tak tahu, aku beli guna RM sebab uang rupiah sudah kehabisan. Gila ah pergi Bandung ni bawak berjuta-juta pun habis gak.

Bandung- ke pasar kaget @ gasibu

Hotel yang kami sewa ni beberapa ratus meter dari bekas kawasan saritem yang wujud sejak kurun ke-19 tapi saritem dah officially closed on April 18th 2007. Atas kertasnya dah tutuplah tapi pekerjaan tertua tu kat Mesir pun ada. Di kawasan perkampungan itu pun dah didirikan pesantren yang diyakini untuk mengubah keadaan dan imej kawasan tersebut. Kat situ siap bertanda 'rumah keluarga' lagi supaya orang tak tersalah sangka. Kat pintu masuk kawasan ni ada balai polis. Aku dah ceritakan dulu kalau nak tau kisah dulu pi kat search button nun. Ko bayangkanlah Indonesia yang agama rasminya Islam boleh letak signboard saritem siap gambar (sebelum saritem ditutup), kat Amsterdam pun belum tentu jumpa macam tu. Maju ke depan. Syukur alhamdulillah dah berubah.
Sebelah kiri ialah Kings Garden Hotel, ke kiri lagi Hotel Trio. Kalau ke kanan Paskal Hyper Sq- jalan lagi boleh sampai Mutiara Hotel, Hotel Unik.

This time aku sendiri yang prepare the itinerary so memang packed. Bukan senang nak mai sini kan so jangan buang banyak masa nak terjah kesemua FO tu.... semput nanti. Oleh kerana kita hire driver hari ni so ekau bawaklah ke mano den nak poie yo........jangan ngelat pulak. Kalau nasib kita kurang baik kekadang kita boleh dapat driver yang akan bagi alasan kalau kita nak pergi ke sesuatu tempat. Tak ke frust tu? Kalau alasan dia logik ampun lagik.

Kami bercadang nak ke Gedung Sate sebelum ke Pasar Kosambi.


Di pagi Ahad ni ada kempen berbasikal agaknya tapi lupa dah aku nama kawasan tu. Semua orang naik basikallah kat sini.


AA ads strategically located, sebagai penghadang jalan. Merah mengancam.

Oppsss... ada baca fasal Mas & AA swap shares tak? Very verrryyyy interesting kan? Menariknya macam cerita bank kecik makan bank besar. Indirect bail out? AA bayar from his own pocket and Khazanah from ........... Who will win? Tony lah, both morally and kuasa. Cuba korang tengok senyuman siapa paling lebar di newspaper. Ontah lah jang....


Ini Gedung Sate yang menempatkan pejabat gabenor. Bangunan yang bercirikan Indo-Eropah yang mula dibina pada tahun 1920. Rupa-rupanya yang buat namanya jadi sate sebab ada 'sate' yang tercacak kat atas bumbung tu.
 
Kalau nak ambil gambar macam kat atas tu sila panjat pagar ye. Kami tak jadi ke Pasar Kosambi sebab pasar kaget di gasibu ni lebih besar kata pak supir. So menjelajahlah kami asing-asing dengan peruntukkan masa 1 1/2 jam terlajak sampai 2 jam. Itupun tak cukup, tak habis cover. Berbaloilah beli barang kat sini macam-macam ada kecuali kain pasang dan telekung. Adik aku beli jaket 40k je....... mana nak dapat kat Malaysia yang ooooiiiiiiiii. Kat Indo jugak takdenya motorist pakai jaket terbalik macam kat tempat kita.
 

Tahun ni adalah tahun Naruto, samurai dah kena simpan. Tauke tu tak bagi kurang sekupang pun so aku tak belilah, dah lah nak kena beli sampai 4 ketul.

Ada beberapa orang menjual buku terpakai. Tercapailah hajat aku dulu..... tak dapat ke Jl Padjajaran pun ok dah buat kali ni. Aku berkenan dan beli Hari-hari Akhir F. Marcos. Tahu tak sapa dia? Alaaa....... yang bini dia ada beribu pasang kasut tu. Hangpa kalu pi Filipines jangan lupa tempah kasut kat sana. Marcos ni ada lagi tau, bini dia dok awet tak bagi simpan.

Selain kelinci dan hamster ular ni pun untuk dijual jugak. erkkkk........ geli aku lalu kat sebelah

Geram sungguh aku nengoknya tapi tak boleh bawa pulang........ karang kena caj Akta Senjata Api pulak aku

A unique souvenir.............. aku tak beli sebab aku takut anak aku test kat tangan dia pulak, haru. Nampak tak kaki baby kat atas tu? anu pun ada

Alahai kereta siput ................ bila nak sampai? Sungguh kreatif mereka ni. Selain kereta siput ni ada jugak cengkerang yang diwarnakan macam kat Bali tu.

Monyet bijak ke tuan dia bijak? Monyet tu pakai sendiri wig dia. Banyak aksi dia buat siap dengan live music lagi. Nampak sejadah tu? Ada masa dia solat. Lepas tu hulurlah uang kat dia.

I see someone........... mana... mana? Cer tengok arrow tu. Jom ikut ke mana dia pergi.

Kotak apakah itu? Jom follow!

Ke mana dia nak pergi ni.................. dah macam paparazi lak aku nih. Akak tu jalan tak seksilah.

Hukaloh! bergelek ghupenye .......... hahahhaha!!! Akak, kalu mu mengandam lagi baik lah.
Yang aku jumpa dulu lagi seksi gilos... ermmm.....vulgar actually, sampai gempar kawasan tu dengan pekik sorak.













Bandung Revisited

Tags
Assalamualaikum.

Ya Allah seksa betul nak upload gambar, dari siang bawak ke malam berejam nak upload 5 keping punnnn....berukband sungguh!

Kalau ikutkan my personal travel plan i don't want to visit the same place twice selagi tak habis yang dalam wish list but this time i jadi guide to some peoples. Nak jalan-jalan sambil shopping raya katanya since dapat tambang murah bulan April hari tu. But going to Bandung ni memang tak menjemukan asalkan tak mengulang ke FO dan Pasar Baru tu aje..... pada aku lah. Ramai orang ke Bandung niatnya memang nak melontar duit hehehheehe...... Dengan suhu yang nyaman sekitar 20-25c selesa je nak berjalan-jalan dan shopping. Nak makan pun senang.

Dari bandara kami terus ke tempat shopping . Owh di bandara masa nak amik teksi aku saja2 la tanya kat pakcik tu rental van untuk 1 hari walhal aku dah pun booking. Dah kita ni ghoman pelancong....600k rph buk... dah agak dah, mesti nak kono cokik. Nak ke tempat di bawah ni pun drebar tu dok mengomel macet walhal kita kena charge sampai 55k. Pakcik kat airport tu siap cadangkan kami check-in kat hotel dulu then keluar tapi tak koso la den nak ikut cakap dio doh.... beg kami bukan berat pun. Time-time ginilah aku dok teringat kat Bali, rata-rata semua caj sewa van 350k rph, 300k rph pun ada.
1st sekali kita gi Cibaduyut, pusat barangan kulit. Oleh kerana sebelum ni aku tak ke sini jadi teruja sungguh melihat banyakkkknya kasut dan beg. Tu sandal yang aku dok try tu.... sangatlah berbaloi kalau nak dijadikan souvenir yang penting tahu saiz sebenar. Kalau aku kirim kat orang soheh tak muat sebab aku akan kirim saiz 36 sedangkan kat sini aku muat saiz 38. Daripada dok beli key chain cer tukar dengan sandal lak, kulit tu.... bhgn talinyalah.

Then kami ke FO Jalan Riau naik teksi jugak. Ternampaklah diantaranya yang di bawah ini.
Tempat buat rumah Barbie. Kecik je tempatnya. Yang dah siap tu bila masuk ke shopping mall or butik barbie sure harganya melambung. Anak aku dah besar kalau tak mau memunggah jugak.

Kutip derma

Mencuba segala jenis bau. Nampak tak arrow tu? Cousin aku ada parfume bosa degabak cenggitu....tak tau brand apa, aku panggil perfume bacang sebab bulat besar buah bacang. Bau pun kuat macam bacang heheheh... marah dia kang.

Sebelum ke Oasis ni kami gi makan dulu di restoran dekat dengan FO Secret. Aku rasa di situlah kami mendapat cherry berry sebab sebelah malam aku dah tak makan apa-apa lagi. Mungkin sebab ada bahan yang perut kita tak boleh terima, tak semestinya penyediaan makanan tu tak bersih. Lagi satu, kalau ke Indo lebih baik minum minuman panas. Aku dan my roomate ok je lepas makan ubat yang kesiannya adik akulah sampai demam. Naya betul.

Pilih je brand apa yang u nak. Ada botol 45k, 60k dan besar sikit lagi ntah berapa ntah. Kalau bawak botol sendiri kuranglah harganya. Aku cari Beautiful by Cristian Dior tapi takde pulak. Selain di sini ada jugak di tempat lain macam dekat Hotel Rinjani, menyusur jalan selepas Paskal Hyper Sqr pun ada.

Apalah nasib anak ni bila besar nanti ye? Kecik-kecik dah mengemis. kat Bali susah nak jumpa tau.... ahhhh Bali lagi, rindu.

 Menurut orang disini di zaman pemerintahan saudara Susilo Bambang Yudhoyono ni semua anak-anak berumur di bawah 12 tahun diwajibkan bersekolah dan ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah; yang mana tidak pernah dibuat oleh pemerintah sebelum ni. Baguslah tu...  Mesir yang miskin tu pun boleh bagi free education to foreign students.

Sekarang ni pun orang Indo hanya digalakkan untuk beranak 2 kali jek, dah 230 juta rakyatnya, jalan-jalan kat Bandung ni tak pernah lengang dek ramainya manusia. Kalau kita rasa KL tu sesak kat bandar-bandar utama di Indonesia laaagiiiiii la sesak tapi susah nak jumpa kemalangan. Sesiapa yang tak pernah ke sini upahlah supir sebab singboard tak banyak macam tempat kita lagipun best wooo ada supir sendiri... rasa macam bos besar pulak. Dengan cara pemanduan yang bahaya tapi macam best jugak la.... apa taknya, siap boleh u-turn kat tengah jalan yang sibuk! Ko boleh? hahhahah......... Tu belum lagi memotong kat selekoh, aku ni dok tekan brek kosong je lah. Masa nak melintas jalan makcik aku kata kocut poghut den!

Then barulah kita pergi ke hotel, alaaa.... yang dulu jek. Masa aku booking hari tu staff tu boleh ingat lagi kat aku padahal dah setahun dah. Kali ni aku amik katil twin, boleh lah tapi aku tak check yang toilet nya tak boleh digunakan sebab lepas letak beg je kami keluar balik pergi Paskal Hyper- ada FO Blossom kat situ. Dah tengah malam badan pun dah letih tak kuasa la pulak aku nak memanggil staf tu so aku gi common bathroom kat 1st floor, takpun aku gi kat bilik adik aku. Tak ramai pun time tu... backpackers yang ada pun semua omputeh sonyap yo lah. Kalau bawak cik kiah takleh sewa sini, tanggal cuping telinga aku kena bebel nanti huhuhuhu...... nasib baik omak den tak ikut.


 


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free