Medan Day 3 | Air Terjun Si Piso Piso dan Berastagi

Meninggalkan Danau Toba yang sangat cantik ini.. isk.. isk... bila la nak mai lagi.... seriously sesiapa yang ke Medan tapi tak sampai sini tak cukup syarat.


Lagi gambar dari dalam bilik.

Yang ini kat kg Siallagan tadi. Kuburan Batak Kristian nih

Patut duduk 2,3 hari kat Danau Toba baru puas ronda-ronda naik basikal. Next time nak naik ferry yang ini pulak. Aku bilang sama anak aku, kalo ko belajar kat Medan nih pepagi mama sampai lepas dinner mama balik. Kalau tak banyak duit 6 bulan sekali kalau banyak duit seminggu sekali. Macam bagus je idea tu hehehehh.. 50 minit jer dari KLIA.

Dalam perjalanan menuju air terjun Si Piso Piso kami banyak berhenti ambil gambar sampai anak aku tertidur..... letih gamaknya. Kata pak supir rumah ikan ni dibina sebab ada lagendanya. Tengah-tengah hutan nih. Macam projek gajah putih pun ada gak. Katanya ada orang duduk sini hmmm entahlah......... My hubby je turun aku tengah pangku anak lagipun takkan tiga-tiga sekali turun .... buatnya dilarikan van tu dengan anak-anak tu sekali kemana pulak nak dicari?

Gambar ni dari kawasan air terjun yang tinggi tu. Ko bayangkan selepas 2 jam perjalanan masih boleh nampak DT, betapa ajaibnya ciptaan tuhan. Kalau tengok live laaaaagiiii cantik! Angin menderu-deru kat sini

Tu diaaaa....................


Antara tempat yang wajib dilawati bila berkunjung ke Medan. Selalunya aku tengok air terjun dari bawah but this one dari atas. Dari manalah air yang mencurah-curah tu datang ye...... subhanallah

Lama jugak kita berehat kat air terjun ni, nak turun ke bawah pun boleh tapi aku dok memikir kalaulah anak aku mintak dukung time naik ke parking lot tu ....... eiiii ngeri! Tinggi tu

Anak-anak tak boleh tahan dah......... lapar! Budak-budak ni bawak gi restoran ke gerai ke ikan keli dengan sambal aje dimakannya. Aku pun suka sambal tu. Gerai ni berlatarbelakangkang kebun sayur dan suasana kat sini owhhh....... bestnya.......... 

Teh botol tu sejak tahun lepas lagik aku kepingin nak minum. Malam semalam dah try yang dalam botol plastik jasmine flavour- tak ngam. Kali ni try lagi yang dalam botol kaca pulak, yang ori, confirm tak ngam kat tekak aku. Tu la kan ada hikmahnya tertangguh-tangguh nak dapat merasa..... tak sesuai dengan tekak pun. Poning kepalo den dengan rasa bunga melur tu. Teh o suam jugak sedap.

Then kita sambung perjalanan ke Berastagi. Kat area Kg Tiga Panah jalannya agak teruk. Naik MPV baru ni best lah tak terasa terhenyak kalau naik sedan habislah kereta. Sepanjang-panjang jalan kawasan penanaman sayur, jagung, limau. Ramai yang kata Cameron Highland lagi cantik. Kalau CH masih seperti berbelas tahun dulu memang cantik la berbanding sini.

Lokasi: di Bukit Gundaling, Berastagi. 

Sesiapa yang tak tahan sejuk sila pakai sweater. Dari atas ni boleh nampak Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak, dalam gambar ni tak tahu yang mana satu. Kuat betullah anginnya wehhh........ sojukkkkkkk

Memenuhi permintaan anak-anak. Sukanya diaaaa

Harga dah dipamerkan siap-siap kat situ. Untuk round keliling pasar 15k tapi bila kita nak bayar dimintaknya 20k! Takku bagi punnnnn hatiku dah kering. Memanjang macam tu. Ini bukan masalah kedekut ke berkira ke tapi tak mahu membayar apa yang tidak sepatutnya. Kalau sekadar nak bergambar sahaja without menunggang ya betul kena bayar 5k.

Pasar buah Berastagi. Kami beli apa ekk..... pisang kaki, mangga dan strawberry

Kelinci

Ini kawasan Bukit Kubu Hotel. Kalau nak piknik kat sini pun boleh tapi kena sewa tikar dari deme. Next time... next time .... best woooo... lepaskan anak-anak bermain, mak bapak berehat makan sandwich, angin sepoi-sepoi bahasa, suhu rendah ...............perghhhh

Funland......... kami tak masuk sebab nak cepat sampai Medan kononnnn

Hillpark Sibolangit pun tak masuk gak

Sudah lama terkenang-kenang baru kini aku mendapat. Puas hati dapat makan sebijik hahahah...
Makcik the seller tu cerita fasal durian gincu dengan Rizal nasib baik aku boleh faham, cerita kelakar penjual durian tapi sebenarnya bisnes yang lain. Ada faham ka? kait-mengait dengan gincu merah

Jalan Berastagi ke Medan melalui Sibolangit ni kecik aje dan kami termasuk golongan yang malang tersangkut dalam jamm 3 jam tak bergerak-gerak sebab 2 pokok tumbang. Satu jatuh ke bawah, satu lagi tersangkut kat pokok lain jadinya lori, bas terpaksa guna lorong bertentangan. Mujur flight malam esok kalau malam ni, naya. Sepatutnya 2 jam dah sampai ke kota.

One thing yang aku puji semangat gotong-royong depa nih. Pokok yang jatuh ke jalan tu orang kampung tolong settle-kan and someone tadah bekas duit daripada kereta yang lalu-lalang untuk tampung kos upah dan minyak.  Kes macam ni wa tak berkira, dah dia tolong lancarkan perjalanan kita kan... hulur je lah.

Almost 11pm baru kita sampai Medan. Hari tu masa check out kita angkut semua beg kononnya nak try hotel lain tapi kalau dah time cenggini baru sampai tak kuasa la den. Masuk balik ke Residence. Plan malam ni sepatutnya solat di Masjid Raya then ke shopping mall yang dekat dengan hotel tu... semua cancel. Pak guard je yang tinggal kat shopping mall tu tengah malam buta nih.

owhhhh........ anak-anak nak makan pulak tapi takmo nasik.
Kami belikan murtabak Mesir 3 keping. Aku ingatkan kecik tapi besaq ko..... 14k sekeping. Lokasinya depan hotel Antares sederet dengan Indomart. Jalan Sinsingmaraja kalo tak silap. 

Sedap jugak. Try la

Medan Day 3 | Perkampungan Batak

Pagi yang indah di Samosir Island. Lepas subuh kononnya nak tunggu sunrise tapi punyalah sejuk angin kat sini......pakai sweater pun tak boleh tahan terus masuk bilik sambung tidur.




Anak-anak sibuk bermain maknya sedang dibuai mimpi. Mana nak cari tempat macam ni.......... main lah puas-puas ye nak..... pukul 8 kita jalan.


Di Bukit Beta Kite International, Samosir Island. Tak ada apa-apa kat sini just padang rumput di kawasan tinggi sikit. Ada air terjun di belakang tu dan najis lembu macam kat kampung aku.


Perkampungan Batak - melihat bangku batu yang berusia 300 tahun yang telah dibina oleh kerajaan Raja Siallagan. Nak masuk sini kena bayar 5k kalau tak silap. Itu aku tak kisahlah sebab digunakan untuk maintain tempat ni tapi guide yang unauthorized tu aku kurang gemar.

Ratusan tahun dulu sesiapa yang berzina, merogol, membunuh akan diadili di sini. Kalau bersalah akan dihukum pancung lepas tu raja kendurikan la organ dalaman tu nak bagi kuat kononnya. Kepala si bersalah akan diikat dengan batu lepas tu dicampak ke tasik. Mesti banyak tengkorak kat dalam tasik tu kan?

Ada yang sampai 6 keluarga duduk sekali dalam ni. Tungku memasak seorang 1 keluarga, bilik takde tapi anak ramai....... camno tu? Anak-anak perempuan bila dah capai umur 13 tahun akan dipindahkan ke rumah lain yang mana saudara lelaki atau mana-mana jantan tak boleh naik.

Aku dah tahu fasal stone chair nih dan kita datang cuma nak tengok dan bergambar tapi dia dok ikut kami. Masa beli tiket masuk ada sorang guide dok himpit tapi si Rizal kata biarkan kami jalan tengok-tengok dulu. Ok, selamat. Lepas tu datang pulak mamat nih ....... kami dengar la dia menceceh. Of course ada new info but we don't request for it. Anak-anak aku yang dah bersekolah tu dengar dengan penuh semangat. 

Dah habis bercerita dari body language dia aku faham dia menunggu pitih. Rizal kata bagi 10k, wahhh dia demand 50k nko........ dia kira untuk 5 orang la tu. Hampeh tol. You all kalau ke Bali ke... Bandung ke... mana-mana ke... buat tak reti je dengan guides nih....... unless memang ko perlukan dia orang la. Tak fasal-fasal kena bayar.

Jalan keluarnya one way so kita memang akan lalu gerai-gerai jualan. Terpaksa jugak beli baju sepasang sebab anak aku tu.... tu yang dalam gambar di atas tu takmo lepaskan. Seller tu bukak harga 30k kot mulanya, kirim salamlah aku nak bayar. Last aku dapat 15k katanya nak pecah telor...... suka hati ko lah. Apahal pulak aku nak beli barang yang lebih mahal dari tempat asal aku? Kalau pergi Singapore/Brunei tu lainlah. Sekarang ni kami cuma wajibkan membeli fridge magnet buat kenangan. T-shirt dah tak kuasa, almari tak muat. Key-chain pun tak minat, nanti aku sakit hati kalau terjumpa bawah katil la ... bawah sofa la... dalam bakul sampah la... Gambar-gambar yang kami shoot lebih berharga sebagai kenangan. Yang utama jauh berjalan luas pengalaman.

Kat anak-anak aku dah pesan macam-macam and aku pun tak cakap atau pandang-pandang sangat barangan tu tapi bila barang diletakkan kat tangan mereka tak mahu kita pulangkan balik dengan kata-kata tolonglah.... tolonglah buk...eiii paksa pulak, suara aku yang mulanya lembut macam receptionist hotel 5 star terus bertukar suara mak orang hahaa...nak tolong kau yo lah kojo den!

Masa lalu kat gerai-gerai tu  macam biasalah ajak kita tengok barang dia lepas tu datang sorang nak tukar duit 4 inggit kat my hubby then datang yang lain pulak bawak duit singgit, 5 dan 10 ringgit. Aku bukan buruk sangka tapi aku rasa depa macam yang lain-lain jugak minta duit kat tourist konon nak buat kenangan lepas tu bila dah banyak tukarkan ke rupiah. Duit free tak payah jual barang. Muka aku dah ketat dah bila ramai dok kerumun kami. Bila aku kata rate 2750 makcik yang dua orang tu tak jadi tukar. Aku dah kena setiap kali ke Indonesia, asik mintak singgit. Tak kuasa nak layan.

 

Kami skip Kg Tomok yang ada istana dan kubur Raja Sidabuntar yang berdekatan pelabuhan tu. Hohohooo........ kat situ pun berderet orang berniaga. Lepas Danau Toba ni nak ke Tonging pulak melihat air terjun yang 110m tu then terus ke Berastagi so aku fikir lebih baik berlama-lamaan di sana daripada melawat kuburan. Takpelah, next time. Aku tak rasa terkilan pun.

Supir kita nak bawak juga melawat ke sana tapi bila sampai ke pelabuhan feri dah ada so apalagi.......? chow cin chau........!


Medan Day 2 | Berehat di Lekjon Cottages

Dari pelabuhan kami terus ke Lekjon Cottages di Tuk Tuk. Ada 4 hotel yang aku shortlist and this one comes first. Sebelum confirm nak duduk aku pi tengok dulu... memang mantappppp! Feeling macam orang kaya-kaya je berumah tepi tasik. Kebiasaannya kalau ikut trip ke Danau Toba tourist akan menginap di hotel kat Parapat nun tapi keindahan Danau Toba tu ada di Samosir Island sebab tu kami duduk sini. Makanan halal tak banyak tapi tapau dari Parapat. Kami makan yang ringan-ringan je malam tu di bawah pondok mengadap tasik... aduhaiiiii............ seronok tak terkata! U all kalau ke Danau Toba cuba duduk kat Tuk Tuk ni huiiii...... best! Lain-lain hotel yang nampak bagus dan dekat tasik antaranya Rodeo, Dumasari, Horas, Tabo.


Kalau nak sewa basikal dari 8k sejam atau 35k rupiah per day, motor 70k rupiah rasanya sehari. Plan asalnya nak sewa 2 motor dan anak-anak naik basikal tapi sudah bertukar pulak, angkut sekali van ke sini.

Aku amik bilik standard je without air condition and hot shower cuma 150k per night. Bilik with better facilities around 200-250k. Walaupun takde a/c angin menderu-deru kat luar rasa nyaman je dalam bilik. Bilik dan bilik air pun luas . Tuuuu...... bilik aku yang nampak bangku tu. Kalau u all dah sampai Medan tapi tak pi Samosir Island memang tak lengkap la... . If Indonesian govt buat airport kat sini laaaagiiiiiii bagus, cepat sampai cepat boleh berendam dalam air. Mau lemau kota Medan dan bisnes feri dia orang.

Style kami kalau sewa hotel di bandar tak kiralah kat mana-mana pun kami sewa yang biasa-biasa aje sekadar bersih dan boleh baring 6-7 jam tapi kalau tempat indah sebegini kriteria lain akan digunapakai tapi setakat kemampuanlah kan.

Anak-anak mandi kat Lake Toba. Depa ada buat sekatan/empang sikit untuk kanak-kanak mandi so takde la dalam air tu. Bilik depan hut tu ada a/c and hot shower tapi bilik aku ada kawasan berumput dan kerusi rehat tengah laman. Anak-anak boleh bergolek dan berkejaran dengan riang ria kat sini. Nak berjemur dengan 2 pieces pun boleh hahaa. Ishhh...... aku takde la buat cenggitu, orang Melayu kampung pakai baju kelawar batik jek.

Baring mengadap tasik nkoooo......

Ni bilik mak ayah. Ada 3 buah bilik standard kat sini, yang ini double bed yang dua lagi tu twin so aku pilih yang ini, anak-anak 4 orang tu kat bilik sebelah. Tilam aku tu ntah dah berapa lama tak bertukar sampai spring pun dah lembut. Aku pulak tak test masa gi tengok tu kalau tak boleh pindah bilik lain :-(

Bilik anak-anak

Pemandangan dari dalam bilik. Allahhuakbar.... cantik sangat! Tu sebab la aku nak bermalam di Pulau Samosir ni. Spoil lah langsir tu tak boleh tarik sampai hujung




Berlenggeng je en suami al maklum kita dah conquer tempat ni.......... rasa macam pulau ini ana yang punya

Sebelah malamnya kami anak-beranak jalan kaki melawat kawasan. Ada je restoran kat sini tapi yang halal only a few. Owhh... kalau nak pulsa beli siap-siap kat Parapat ye. Ada 1 kedai je jual kat situ tapi budak tu boleh buat dek je kat kami, sibuk dengan fb. Ko layan la internet tu .... aku pun tak terdesak. Bila kita orang blah je kena jerit budak tu dengan orang kedai depan. Padan muko! Orang depan tu cakap campur campur bahasa Batak dengan English tu yang aku dapat agak tu .......... Kalau dah datang segerabak ko ingat tujuan asal nak beli pulsa tak melarat-larat ke benda lain ke? Kan dah rugi di situ.

Samosir Island. Aman. Damai. Tenteram.
Sorry....... terpos pulak final part, tak siap lagi day 3 and 4 sebenaqnya

Medan Day 2 | Danau Toba

Hari ni plan kita nak gi Danau Toba ikut Permatang Siantar. Lalulah kat Restoran Simpang Tiga dan Pasar Bengkel tapi tak singgah pun sebab tak sabar nak bersantai di tepian tasik gunung berapi yang kedua terbesar di dunia. Kepala terhantuk ke kanan rebah ke kiri tak jugak sampai-sampai lagi.... jauh nkooo..... 4 jam baru sampai Parapat. Jalannya bukan macam Plus atau Lekas, ada yang condition teruk.


Pagi-pagi aku dah terjenguk-jenguk kat depan hotel mencari kedai nak beli bekalan untuk perjalanan ke Danau Toba. Ada la sorang mamat ni katanya jadi jaga malam kat hotel tu tunjukkan jalan ke Indomart. Dari tunjuk ajar dia tu aku yakin boleh pergi sendiri bukannya jauh lagipun aku bukan jenis nak berteman nih. Dia nak jugak hantar aku......sambil mintak singgit buat kenangan tapi aku bo layan je. Bila time nak bayar je dia mintak rokok sekotak. Cisssss........ pagi-pagi lagi dah membuat onar. Si cashier pun tunjukkan muka kurang senang. Aku pulak dengan berat hati lepas timbang kati bagilah....... samdol betul! Kalau dia mintak makanan dengan ikhlas hati aku bagi.... apalah salahnya bagi orang makan pagi-pagi kan? Aku tak bercakap lagi dah dalam perjalanan balik ke hotel tapi dia sempat lagi mintak singgit tu...... dah la dapat rokok nak duit pulak. Dah 14 tahun aku kahwin tak pernah sekalipun aku belikan rokok untuk laki aku tau. Cissss!

Hari-hari seterusnya takde pulak aku nampak muka dia. Ntah-ntah dok melepak je depan hotel tu tunggu mangsa.

Ada beberapa pengusaha iks buat kubah masjid. Banyak jugak aku nampak orang yang buat bisnes barangan besi ni termasuk jalan yang nak ke Residence hotel tu

Yang ni elok lagi, tak padat. Ada tu sampai bergayut kat luar kesian anak-anak sekolah ni. Bila tengok keadaan tu maka bermulalah khutbah aku kat anak-anak ......... korang berhantar berjemput sampai depan pintu bla bla bla .........tak nak belajar bla...bla...bla.... aku kan omak, kat mana-mana tetap jadi omak

orang besar-besar meninggal la ni

Anak-anak sekolah............ ada beberapa jenis uniform sekolah aku nampak. Cuba ko tengok kemeja tu pendek je kan? Kalau tuck in pun kejap je dah keluar balik. Kalau yang bersekolah agama lagi la polik ghoman ea.... Bila tengok skirt deme nih teringat pulak cerita Ada apa dengan cinta (kalau tak silap) yang Dian Sastro berlakon tu.. alaa Cinta dan Rangga tu lah.

Anak-anak aku heran tengok budak-budak kecik ni balik rumah jalan kaki sendiri je. Seronok tengok situasi begini, anak-anak lepas bebas pergi balik sekolah sendiri. Aku rasa kita di Malaysia dah semakin hilang kebebasan yang ini. Perasaan bimbang dan takut sentiasa ada.

Walaupun van Xenia tu bertutup rapat tapi bila dah nampak pokok-pokok semacam ini sahlah kita berada di kawasan tinggi. Sejuk segar udara kat sini

Dah masuk kawasan Parapat. Yang kat bawah ni kubur orang besar-besar kaum Batak kot, siap pintu pagar berkunci dan facing lake lagi. Kubur dia orang ada yang sama besar dengan rumah. Ada yang dok sebelah rumah ada yang kat ladang....... kat Malaysia seiingat aku Jins Samsudin pernah mohon untuk dikebumikan di kawasan rumah dia bila meninggal nanti tapi tak dapat kebenaran. Dah lama aku dengar cerita ni kalau tak betul aku mintak maaf. Eloklah tu ....... toksah la dok kebumi merata-rata...anak cucu sendiri belum tentu nak duduk kat rumah tu nanti, nak dijual pun belum tentu ada orang nak beli. Ko nak beli rumah pakej dengan kubur?

Penternakan ikan dalam sangkar

Dah serabai masing-masing bangun tidur. Lens aku mula buat hal kat sini.. tension aku! Terpaksa la aku mengangkut camera berat tapi tak boleh bergambar huhuhuhu....... so gambar-gambar selepas ini kami bergilir-gilir shoot.

Pak supir kita si Rizal bawa jalan-jalan sekitar kawasan Parapat dulu. Ada ramai orang jual mangga udang di sini tapi Rizal kata harganya mahal.... biasalah di kawasan pelancongan, sembelih selagi boleh.

Rumah Sukarno mengadap tasik ............ dah jadi muzium kot. Kita tak masuklah

si Rizal dok melayan Azmin. Okay servis dia ni tak ralat kalau nak bagi tips, lagipun dia tak mintak. Kalau nak beli apa-apa tepi jalan dia tolong tawarkan harga dulu, dia pun tolong 'selamatkan' kami bila perlu tapi kalau kita dah 'ditawan' dia takkan campur lagi nanti jadi hal lain pulak. Dia kata nanti dibilang menyekat rezeki orang buk.

Dah pukul 2pm waktu Malaysia perut pun dah lapar weh........... jom makan!

Makan yang ini je dah kena 194k gila mahalll! Kat Malaysia pun tak kena macam ni. Laki mak tokleh gi makanan padang ni nyah..... sekali ni aja dia makan. Ada 2 jenis lauk kita tak usik pun tapi dikira jugak. Bukannya bangunan gah pun...... ish. Anak-anak aku pergi restoran mana-mana pun kat Medan ni dok makan ikan sembilang dengan sambal jugak except yang sorang tu makan ayam. Hidangan nasi padang ni biasanya dalam setiap piring ada dua ketul lauk. Kalau kita dah ambil seketul depa akan kira sepiring jugak. En suami dok kata makan kat Bali lagi murah, sedap pulak tu. Yep.... makan nasi padang kat pantai Kuta baru 10k sorang, kat restoran Padang yang dekat monumen tu harga lebih sikit je. 

Feri penumpang di pelabuhan Parapat. Tambangnya 7k sorang tapi kami tak naik yang ini kerana van pun nak naik sama.

Feri besar ni kena naik di pelabuhan Ajibata- van kena 95k. Ada je yang berjualan kat atas ni but for muslims berhati-hati ya sebab orang Batak mostly kristian and they eat B1 (anjing) and B2 (babi).

mee goreng! mee goreng! tulur tulur

intonasi si penjual buat aku teringat kat penjual dalam bas di Teluk Intan in 90s dulu....

ais ais kacang burgerrrrrrr ......... eh Tod and Youne, ko ingat tak? hahahha

Danau Toba yang sangat luas dan indah... subhanallah

Dah sampai pelabuhan Tomok

to be continued...........................





Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free