May 30, 2011

Kasihanilah anak-anak yatim ini...

Assalamualaikum.

Tanah runtuh yang melibatkan anak-anak yatim di Hulu Langat pada 21 Mei 2011 sungguh menghibakan hati aku hingga ke saat ini. Anak-anak yang menumpang kasih sayang orang lain di samping belajar agama di situ menyebakkan hati ramai orang termasuk para penyelamat rasmi dan tak rasmi pada hari tu. Cuba korang tengok air muka depa tu kat newspaper ke youtube ke...... Masa 14 buah banglo runtuh di KL dulu aku simpati jugak. Ye la walaupun mereka tu semua kaya-raya tapi bila semua hasil titik peluh hilang sekelip mata dah tentulah sedih. Silap-silap boleh gila dibuatnya. Bukan sikit duit yang dah lebur untuk membina 'rumahku syurgaku' tapi yang membuatkan ramai orang berasa tidak enak ialah mereka ditawarkan tinggal di hotel buat sementara waktu, sungguh double standard.


Sungguh comel yang kat depan tu......... gambar-gambar ni semua aku google

Bersama-samalah kita menderma sorang sikit kepada mereka yang memerlukan ni. Ishhh...baru je dapat gaji kannn....... . Kalau kita pakat-pakat transfer online paling koman RM10 dapatlah anak-anak tu penempatan baru yang lebih selamat dan selesa, boleh sambung belajar seberapa segera. Dah berapa ringgit ko derma kat GSC/TGV/David Teo/bowling/futsall bulan ni? Oooooo........ ingat aku tak tau ek korang tengok latest movie? Entah-entah anak-anak di madrasah ni jugak yang akan mengajar anak cucu kita nanti, tak rugi ke mana punnnn. Aku cadangkan menderma terus ke akaun Persatuan Anak-Anak Yatim At-Taqwa di Maybank 564137300901. Bagi terus kat depa pandailah mereka uruskan, tak banyak birokrasi. Mereka hidup atas keprihatinan manusia lain. Kalau kita tak mampu atau tak mahu membesarkan mereka biarlah orang yang lebih beramanah uruskan, kita sokong dari belakang je. Setahu aku sekolah-sekolah persendirian ni setiap hari mendoakan kesejahteraan penderma-penderma sama ada sikit ataupun banyak tak kira muslim ataupun tidak. Anak-anak yang suci bersih dan tak berdosa ni doakan hidup kita bahagia dan dimurahkan rezeki, tak nak ke?




Rumah yang penuh kasih sayang sudah tak selamat lagi


Tengok tangan penduduk mengampu kepala mangsa semasa yang membantu mengeluarkan anak-anak ni.










Tak tahan aku tengok anak ni.... sekadar membayangkan kesakitan dia pun alahaiii.....


"Ya Allah, kau ampunkan dosa mereka, dosa penjaga yang mengasihani dan menyayangi mereka, dosa kedua ibu bapa mereka, dosa orang-orang yang membantu mereka selama ini dan hari-hari mendatang dan juga di hari kejadian, jauhilah kami dari azab kubur dan azab api neraka serta masukkanlah kami yang hina ini ke dalam syurgaMu"

Korang perasan tak mangsa-mangsa semua menutup aurat? Takde pun seluar yang tertanggal.

Ingat ye adik abang tolongggggglah bantu sorang sikit. Sila bank in ke Maybank 564137300901.

Masa hangpa bank in tu perati betul-betul no akaun, karang kalau dah termasuk ke akaun aku takde harapan nak dapat balik. Kalau bank mintak aku akan jawab, itu duit downline saya ramai-ramai bagi maaa.........legal business (saja je... aku tak Meniaga Larut Malam).

2 comments:

Kherun said...

huhu... setau den (sobab den ni pun mangsa tanah runtuh tu)tak do lak diberi dudok hotel... memang ditawarkan hotel tp kena bayo sendiri, cuma at discounted rate... diskaun pun, mahal gak... kalau semalam 150, kali 5 mlm dah brape??? Aku nompang rumah sedare je la....

ruggedmom said...

Ooo... yo ko? Aku baca kat sokkabar gitu le ceritanya, takde pulak diberitahu dpt discount. Dari laporan tu mcm dia offer kat penghuni 14 buah banglo tu aje