Kasihanilah anak-anak yatim ini...

Assalamualaikum.

Tanah runtuh yang melibatkan anak-anak yatim di Hulu Langat pada 21 Mei 2011 sungguh menghibakan hati aku hingga ke saat ini. Anak-anak yang menumpang kasih sayang orang lain di samping belajar agama di situ menyebakkan hati ramai orang termasuk para penyelamat rasmi dan tak rasmi pada hari tu. Cuba korang tengok air muka depa tu kat newspaper ke youtube ke...... Masa 14 buah banglo runtuh di KL dulu aku simpati jugak. Ye la walaupun mereka tu semua kaya-raya tapi bila semua hasil titik peluh hilang sekelip mata dah tentulah sedih. Silap-silap boleh gila dibuatnya. Bukan sikit duit yang dah lebur untuk membina 'rumahku syurgaku' tapi yang membuatkan ramai orang berasa tidak enak ialah mereka ditawarkan tinggal di hotel buat sementara waktu, sungguh double standard.


Sungguh comel yang kat depan tu......... gambar-gambar ni semua aku google

Bersama-samalah kita menderma sorang sikit kepada mereka yang memerlukan ni. Ishhh...baru je dapat gaji kannn....... . Kalau kita pakat-pakat transfer online paling koman RM10 dapatlah anak-anak tu penempatan baru yang lebih selamat dan selesa, boleh sambung belajar seberapa segera. Dah berapa ringgit ko derma kat GSC/TGV/David Teo/bowling/futsall bulan ni? Oooooo........ ingat aku tak tau ek korang tengok latest movie? Entah-entah anak-anak di madrasah ni jugak yang akan mengajar anak cucu kita nanti, tak rugi ke mana punnnn. Aku cadangkan menderma terus ke akaun Persatuan Anak-Anak Yatim At-Taqwa di Maybank 564137300901. Bagi terus kat depa pandailah mereka uruskan, tak banyak birokrasi. Mereka hidup atas keprihatinan manusia lain. Kalau kita tak mampu atau tak mahu membesarkan mereka biarlah orang yang lebih beramanah uruskan, kita sokong dari belakang je. Setahu aku sekolah-sekolah persendirian ni setiap hari mendoakan kesejahteraan penderma-penderma sama ada sikit ataupun banyak tak kira muslim ataupun tidak. Anak-anak yang suci bersih dan tak berdosa ni doakan hidup kita bahagia dan dimurahkan rezeki, tak nak ke?




Rumah yang penuh kasih sayang sudah tak selamat lagi


Tengok tangan penduduk mengampu kepala mangsa semasa yang membantu mengeluarkan anak-anak ni.










Tak tahan aku tengok anak ni.... sekadar membayangkan kesakitan dia pun alahaiii.....


"Ya Allah, kau ampunkan dosa mereka, dosa penjaga yang mengasihani dan menyayangi mereka, dosa kedua ibu bapa mereka, dosa orang-orang yang membantu mereka selama ini dan hari-hari mendatang dan juga di hari kejadian, jauhilah kami dari azab kubur dan azab api neraka serta masukkanlah kami yang hina ini ke dalam syurgaMu"

Korang perasan tak mangsa-mangsa semua menutup aurat? Takde pun seluar yang tertanggal.

Ingat ye adik abang tolongggggglah bantu sorang sikit. Sila bank in ke Maybank 564137300901.

Masa hangpa bank in tu perati betul-betul no akaun, karang kalau dah termasuk ke akaun aku takde harapan nak dapat balik. Kalau bank mintak aku akan jawab, itu duit downline saya ramai-ramai bagi maaa.........legal business (saja je... aku tak Meniaga Larut Malam).

Book review: Interlok

Kepo-kepo, propa-propa, provok-provok, nothing thru unless............................. attention seeker!

Walaupun kisah pariah ni dah basi tapi aku nak jugak bercakap. Suka hati aku la kannnnn........ dah lama aku simpan komen sehinggalah aku khatam membaca buku tu last week. Punyalah susah aku nak membaca buku dengan khusyuk dan tawaduk sekarang ni tak seperti dulu, sebelum zaman internet.

Firstly, kalau betul buku ni akan diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tersebut dan pemimpin kita tiada upaya untuk mempertahankan satu hasil karya seni yang baik, ia adalah satu sejarah hitam dalam bidang kesusteraan Melayu. Macam Dato' A Kadir Jasin katakan kita ni (tak tahulah siapa kita tu) terlalu apologetic.

In page 251- situasinya dalam pelayaran ke Malaya
Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul ialah mereka itu tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak takut mengotori sesiapa kalau bersentuhan dan mereka bebas lepas bergaul............

Penulis tidakpun merendah-rendahkan kasta Pariah tu.

In page 257- setelah sampai di Pulau Pinang
Di Pulau Pinang ini orang-orang dari Kerala hampir sama banyaknya dengan orang India dari daerah lain. Mereka ini masing-masing dengan pekerjaannya. Di sini, Maniam mendapati pekerjaan menurut kasta seperti yang masih berlaku di negerinya tidak ada.

Ada juga dicatatkan di muka surat lain di India, orang berkasta rendah perlu meletakkan duit di dalam satu bekas sebelum diserahkan kepada pekedai ketika membeli barang semata-mata untuk mengelakkan daripada bersentuhan. Kasta Pariah hina di India.

Buku ini menceritakan tentang perhijrahan orang-orang Cina dari tanah besar China ke Malaya akibat kemiskinan. Orang Hokkien dan Hakka yang sememangnya dah tak ngam kat negara sendiri terbawa-bawa ke dalam tongkang tapi berbaik-baik bila sampai ke Tanah Melayu. Datang sini bawa lanca, angkat tong najis (tapi upahnya agak baik), jadi pelombong, pajak kebun orang, jadi peniaga dll. Mereka datang untuk wang besar. Apa saja kerja asal jadi duit yang banyak daripada pekerjaan yang sebelumnya. Halal ke tak halal ke........ ada dia kisah? They aren't muslims anyway.

Orang India pulak jadi pengangkat barang di pelabuhan, buat jalan dan kerja di estet seperti yang kita tengok hingga ke hari ini. Correct? korek..korek...korek....... (seperti pernah kudengar tapi di mana ya??)

Orang Melayu yang ada banyak tanah, kebanyakkannya terlibat dalam bidang pertanian, bukan masyarakat peniaga, kurang modal. Betul? Dulu-dulu orang Melayu tak nampak pentingnya pelajaran sampai guru besar terpaksa heret budak-budak yang cukup umur ni ke sekolah. Dah mak bapaknya tak mau hantar, paksa! Nasib baik kena paksa. Bak kata mufti, biar kena paksa masuk syurga daripada redha masuk neraka.

Dia orang memang pendatang tapi seratus plus plus tahun dahulu. Pendatang ini jugalah yang sama-sama membina ekonomi dan kemajuanTanah Melayu.


Kita ada belajar tentang sistem kasta ni semasa sekolah menengah tapi tak tahulah aku sama ada diamalkan di sini atau tidak. Takkan diamalkan lagi kot..... anak-anak orang berkasta rendah pun ada yang jadi doktor, lawyer, engineer, ahli muzik........(wahhh macam dalam Kassim Selamat pulak).  Lagipun penulis dah mention orang-orang India yang datang ke sini berasa seperti berada di negara sendiri berdasarkan suasana di Pulau Pinang. Orang dari negara dia je yang dok meramaikan pulau tu. Yang lagi best kat sini sama rata. Cuma yang aku heran orang yang dok mengamuk-ngamuk tu tak nak pulak suruh tutup sekolah Tamil sebab pada asalnya sekolah tu dibina di estet untuk anak-anak pekerja ladang.

So apa kes yang dok kepoh-kepoh tu? Nothing. Politik. Dulu kalau tak silap aku Kimma ada mintak perkataan keling dikeluarkan dari kamus DBP. Yang ni lagi satu. Anak-anak zaman sekarang dok cari info daripada wikipedia, kalau dapat daripada wikileaks lagi bagus. Kamus tu tak dijengah hari-hari pun. 

Berhentilah buat kerja-kerja sampingan ni............ letihlah nak dengar. Banyak lagi agenda negara yang ko boleh tolong capai. Ko belajar cakap BM sampai fasih lagi bagus, bolehlah ko baca buku tu dari muka surat pertama hingga yang ke lima ratus tiga.

My travel plan la kununnnnnn...

Gila ah promo Air Asia tahun ni, start 12pm 23 Mei baru petang semalam dapat beli tiket murah. Normally the sales starts at midnight, kalau dah pukul 3 pagi tak celuih jugak aku tidoq dulu then the next morning senang je nak booking. This time tempat-tempat yang aku dah shortlist nak pergi dengan family satu pun tarak yang murahnya baik local baik over the selat. Dah la memanjang masuk waiting room, bila dapat habiskan isi guest list tu which are 9 of us untuk satu page (total 14) dia hang pulak. Kena ulang berkali-kali. Arghhhh.... Bila dah lepas yang tu berpuluh kali pulak dok kat screen verified credit card tu...... tension! Sudahnya tambang sekupang tu gone. Takdo joki.

Semalam aku tengok ada lagi tambang murah ke a few places like Padang tapi tak berminat pulak nak ke sana. Like i said, i'm thinking of going north this time. Tambang murah pun tak murah macam dulu.... dah ada fuel surcharge, convenience fee pun dah naik... kalau nak ke London pulak satu lagi fee apa entah. Saja je tengok bukan nak pergi pun. Belum lagilah melainkan ada orang nak belanja.... rm2k++ tu yang. Bila dapat repeat ke sana nih? Rindunya......................

Beriya-iyalah aku tanya mak aku, omak nak poi Bandung tak? Murah ni... tak sampai seghatuih doh....omak tanyo abah kang omak tipon balik yo....... At last tak dapat. Kesian omak abah den. Memang la tix yang ada pun masih dikira murah tapi kalau dah kami sendiri pun 7 orang, nak bayar airport tax kat sana lagi, tak ke nanti jadi beribu-ribu lemon? Makan kat sana pun tak la murah mana melainkan kita makan apa yang local people makan. Accomodation lagi? Kalau pergi dengan husband aku je takde hal..... backpacking je. Nak bawak gi Langkawi tahun ni mak aku akan kesana. Ke KK dah Kuching pun sudah so nak la ajak dia jenjalan ke tempat lain. Next time la omak yo.....

Bila aku tengok attractions di sesetengah tempat tu kebanyakannya temples aku dah jadi kurang minat pulak. Maybe sebab aku visits banyak temple kat Bali hari tu but i still nak ke Bali lagi. Yeahhh.... aku selesa ke Indonesia. It has a lot to offer in terms of tourism - the landscape, people, watersports, food, handicraft and shopping.  Kira all in one place lah. Dalam satu negara ada pelbagai etnik dan budaya mengikut tempat. Kalau nak dive kat Bali memang berbaloi harganya berbanding Langkawi. Pada aku tentang makan tu takde masalah sangat asal dapat alas perut dengan makanan halal cukuplah tak perlu sampai kenyang.

Aku nak ke India tapi bos tak mau. Okaylah, aku tukar plan ke lain. Ye.... aku yang plan bos ikut je hehehhe.... tapi bila aku survey lagi India .... adoiii.... best ler pulak. Nak buat macam mana, dah terlepas. Dari cerita orang kebanyakan tempat di India kotor, ye la dah penduduknya berbilion orang yang homeless pun ramai.... yang tak bersekolah lagi. What do you expect? Kalau itu budaya mereka just except it. Utara India dengarnya ramai yang handsome dan cun. Hyderabad mudah dapat makanan halal sebab kawasan  muslim. Sebelah selatan pulak ada juga keistimewaannya. Takpelah lain kali je. Takkan lari India dikejar.

Plan aku yang lain-lain:
1) Tokyo (yang ini tetiba je masuk dalam plan sebab murah) so aku sms bos
    Aku: Tokyo? rm25
    Bos : Kos tinggi

Aku accept sebab dia pernah attend course di sana. Bila aku google terjumpa homestay yang 2 jam naik tube ke Tokyo rm187 semalam. Harga hotel 3 star gitu.....

2) KL-Bangkok-Chiengmai-Phuket-KL
Memang murah kalau sorang tapi kalau 2 orang? Duit pulak nak keluar dari 1 poket. Tambang memang murah cuma airport tax tu tak tahan.

3) Kl-Bangkok-Ho Chi Minh-KL
Sama seperti di atas

4) KL-Jakarta-Bandung-KL
Tak dapek....... bermacam date aku try. Kena ambil kira jugak hari persekolahan anak-anak aku tu dan masalah cuti adik-adik, makcik, cousins

5) KL-Hangzhou-Beijing-Tianjin
Mahal wehhh...... berapa kali naik fast train tu. Train biasa pun ada tapi kita nak kejar masa

6) KL-Macau-HK-Shenzhen-KL
Aku nak bergambar kat casino hehehh.... sama jugak keseluruhan perjalanan akan memakan kos yang agak tinggi dengan tambang murah yang dah habis

7) KL-Macau-HK-Guangzhou-Shenzhen-KL
Lagi la jauh...... kena tunggu anak-anak aku masuk kolej baru dapat berjalan lama-lama dan jauh. Takkan nak duduk 1 hari je kat satu-satu tempat lebih-lebih lagi di Guangzhou. Selain kos wang ringgit kos masa pun kena ambil kira

8) KL-Shanghai-Suzhou-Hangzhou-KL
Yang ini la pun yang paling munasabah selain no 5 sebab Suzhou tu in the middle kalau tak nak singgah pun tak apa. Sedihnya takdak tiket murah jugak

Berbanding dengan India, rasanya China lebih maju transportation system nya so nak connect dengan bandar-bandar lain pun senang. Sebagai contoh:
Guangzhou - Zhuhai 99km
Guangzhou - Shenzhen 111km
Shanghai - Hangzhou 120km
Shenzhen - Zhuhai 65km

Itu antara yang aku taulah. Nak shopping pun murah........ China kan world's factory, barangannya dieksport seluruh dunia sebab murah termasuklah amoi-amoinya. Kalau nak beli handbags immitation grade A berhati-hati ya sebab di sana pun ada serbuan pihak berkuasa. Pelik tak? eeiiiiiiiii.... nak pergi jugaklah ke Guangzhou dan Beijing tu, 1 tempat dulu pun okay.

Tiket ke mana yang aku dapat beli dia atas kesabaran aku yang sangat tinggi itu?
Ho Chi Minh je dik, itu pun dapat time senja semalam. Ok la tu alhamdullillah...... sempat la laki aku ngumpul duit nak serah kat aku ;-)








   

Bila ni????

Adoiiii....... dah 7 jam aku duduk depan lappy nih, bila nak dapat nih?

Thinking of going north.

Movie: Trailer KL Gangster

Perasan tak apa yang tak logiknya dalam Fast 5? Salah satunya ialah depa tarik vault atas jalanraya. Gila punya menipu.... nak bukak pintu vault tu pun aku kena tarik dengan dua belah tangan inikan pulak seret atas jalan. Tapi takpelah macam yang aku katakan hari tu takdelah macam kayu yang tiba-tiba ada dalam bilik tidur dalam cerita kita. Ahhh... Nur Kasih, tak sanggup pulak nak tengok takut berjuraian air mata.

Aku baru tengok trailer ni, a film directed by Shamsol Yusof, macam best.



Cerita gini memang nak kena bantai dengan Siti Jarum la nih....

Tapi yang kuheran kenapa dalam kebanyakan cerita Melayu gangster pegang pistol mengiring/menyenget masa berbalas tembak? Walaupun dalam cerita Kantonis pun ada, kita kena follow jugak ek? In real life polis pun macam gitu jugak ke?

Kalau sengetkan kamera still boleh menembak dengan tepat sebab ada viewfinder, kalau pistol macam mana pulak? hmmmmm......aku dok pikiaq nih

Anak aku frust lagilah ni.......

Dah terbalik kot

Bos tanya:

1) Bila nak bawa dia pergi Bandung?
2) Bila nak ke Semporna lagi ni? ......... kita gi Mabul pulak


Aku jawab:

Bak la duit, this weekend pun boleh pergi.


Anak aku nak ke USS so aku ajar:

Nak sampai ke bulan Mac tahun depan ada dalam 7 bulan hari sekolah. 1 bulan = 22 hari sekolah. Kalau korang simpan singgit sehari dah boleh bayar tiket masuk sendiri. Kalau korang simpan sorang rm2 boleh bayar tiket mak ayah sekali ..... supir free .......hehehheh...

Masa ke Tawau hari tu pun aku buat gini. Semua belanja kita tanggung cuma hadiah untuk kawan la.... cikgu la.... hadiah untuk cikgu nak dua - 1) cikgu kelas - amik hati sebab ponteng kelas  2) cikgu kesukaan

Tak dapek den nak nolong, 4 orang sekolah... fengsan!

Movie Review: Fast n Furious 5

Hari tu anak aku gigih ajak aku menonton Hantu kak Limah Balik Rumah huahuahuarghh........... giler ah ajak aku nengok cite camtu. Aku nengok gambar kat sokkabar pun mcm lagi tak best dari Ngangkung. Hmmm...ko tungg je la keluar kat tv3 raya nanti. Tak koso den dohhhh.... not my taste la babeh. Ehh wait, jangan le kata aku tak menyokong filem Melayu pulak... i'm not like that. I'm just being selective. The movie that i watch (or i will) must worth every penny. Akak tak kojo dik. Itupun aku paw duit ikan.

Fast 5, haiyoooo.... must watch lah! Anak aku frust sebab tak boleh nengok, tak cukup umur. Nanti kita carik dvd kat sinun ye... sabar sikit. Dengan Van Diesel nyer....berbaloilah duit yang dipengabihkan kat movie ni. Kalu korang nak tunggu cerita macam ni ada kat Malaysia aku rasa 10 tahun lagi pun takkan ada sebab nanti akan ada komen se-tu-pid macam ni:

1) ia akan menjatuhkan maruah PDRM yang mana HQ boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja
2) PDRM seolah-olah sarat dengan gejala rasuah
3) PDRM telah dikuasai oleh pihak-pihak tertentu
4) bla bla bla... bosan!

hey... what do you expect? cerita separa vogel bolehlah.

Dalam Cicakman kan negaranya bernama Metrofulus, segala-galanya ditukar supaya tak terkait dengan negara sendiri. Cerita fiksyen pun diambil berat sampai macam gitu sekali. Huh! Akhirnya dapatlah kita cerita seram/hantu, lepas hantu yang macam tu then yang macam ni pulak. Bezanya hantu tu pakai syampu apa....... Kalau hantu tu ditaja oleh Sunsilk mengurai ala rebonding lah rambut dia. Kalau dia pakai syampu kedai 2 hengget tu yang kembang serabut tu.... :-)

Dalam siri filem franchise ni Fast 2- Tokyo Drift tu fail. Ada ke orang tua berlakon jadi budak sekolah. Macam cerita apa tu yang Hans Isaac, Erra, Ziana dan sorang lagi pakai baju sekolah. Adoyaiiii............

Bila aku tengok cerita tu yang katanya being shot at Rio de Jeneiro - ntah ye ntah tidak - cannot confirm sebab aku belum sampai lagi, membuatkan aku teringinnnnnnn sangat nak ke sana melihat rumah yang rapat--rapat bertingkat tu. Yang terdekat aku pernah tengok kat Bandung, dari dalam zoo belah hujung kat kandang oink oink...  Berjalan menyelusuri kawasan setempat mesti best. Seriously, aku teringin melancong ke sana kalau ada rezeki. Bilakah?

Bila Toretto ada projek rompakan yang baru dia kumpul orang-orang dia sebijik macam dalam Ocean 11,12 and Italian job, setiap orang ada specific skill. Ehh... partnership sepatutnya memang macam tu kan, we shouldn't have two manager with the same backgound and task. Siapa yang nak handle marketing and lobbying, accounting, sales and so on. Pandaikan aku bab teori ni?

Cerita ni memang la ada bab yang tak logiknya tapi tak la nampak macam movie Bollywood and Malaywood yang tetiba je ada sepotong kayu dalam bilik nak ketuk penjahat. Apo laaa.......
Lagi satu yang best nengok kereta-keretanya, barulah tinggi angan-angan. Scene rompak kereta dalam train tu ishhhh... what an awesome idea. Tengoklah sendiri, kang habis plak exitement nyer.

 

Nasi lemak ko berapa sen?

Meh aku nak sambung cerita cikgu kena check BMI murid-murid. Kesian cikgu....... dok mengesahkan anak orang je.

Lepas tu orang tersebut salahkan nasi lemak pulak. Budak-budak kalaupun dia makan nasi lemak mereka tu aktif berlari melompat ke sana ke mari..... they exercise everyday. Kalau nak haramkan pun kat orang yang macam aku ni yang exercise dalam rumah malas, berjalan kaki pergi kedai pun payah.

Okaylah, nasi lemak dah diharamkan, nak jual apa?
 Mee goreng-berminyak

Nugget - berminyak jugak. Lagipun pihak kantin takkan jual yang branded punya sebab mahal. Yang biasa dijual tu jenis murah berisi lemak dan tepung.

Sosej - sama jugak berlemak dan bergaram

Kenapa pilih nasi lemak untuk diharamkan? Kalau diharamkan nugget dan sosej menggelupur pulak supplier. Aku pun tak setuju anak aku makan nasi lemak hari-hari tapi kenapa tak nak haramkan makanan lain? Makanan yang dijual di luar sekolah pun kuat pengaruhnya. Tak caya cuba jenguk. Kadang-kadang harga makanan di kantin sekolah pun macam harga kat luar... mahal bukan main..... nasi ayam pun dekat 4 ringgit! Mengalahkan harga makanan mak ayah yang bekerja pulak. Alternatifnya anak-anak kita makan yang paling murah (sebab duit tak cukup) yang dah tentu kurang berkhasiat.

Anak aku Adam suka bawa kawan balik rumah masa break hari Jumaat. Aku tak kisah, itu lebih bagus daripada dia yang pergi ke rumah orang lain. Lagipun dapatlah menjamu apa yang ada kat tetamu. Tetamu yang suci bersih macam budak-budak tu mudahan-mudahan membawa rahmat ke dalam rumah aku. Minggu ni dia bawa orang lain dan kebetulan pulak aku masak gulai ikan dan sayur goreng. Adam tak suka ikan tapi depan mak ayahnya dia makan jugak tapi kawan dia tu amik kuah aje. Katanya dia tak suka ikan (tak suka bukan tak boleh makan) so aku offer telur mata kerbau sebab selalunya budak-budak suka. Dia tak nak. So aku tanya, "kat rumah makan spagetti ke?". Senyum je kawan Adam.

Menurut Adam waktu rehat kawan dia tu hari-hari makan nugget/sosej walaupun di kantin ada jual nasi dan makanan lain. Kat rumah dah tentu makan ayam.

Kawan abangnya masa tadika dulu hari-hari bawa drummet Ayamas. Dah anak sorang mak ayah layankan aje kehendaknya. Badan dia sekarang ni pada umur 12 tahun berganda besar dari abang dan lebih besar daripada anak sulung aku. Dah macam ayam KFC, 45 hari dah boleh dituai.

Aku memang ada stok fast food di rumah dengan alasan kalau aku takda atau lambat balik anak-anak yang balik cepat boleh goreng dulu buat alas perut selain roti yang sedia ada setiap hari. Takkan nak biar makan mee segera pulak? Memanglah dia orang suka ........

Sebagai parents kita menunjukkan kasih sayang dengan cara berbeza........ ada orang sayangkan anak dilayan apa sahaja kehendaknya, nak makan fast food seminggu 4 kali pun boleh. Bila sempat dibuatkan pelbagai jenis makanan berselang hari untuk compensate masa-masa yang tak dapat diluangkan bersama anak-anak. Time makan disuruh anak makan sampai kenyang, lepas tu mengantuk terus tidur.

Ada orang sayangkan masa depan anak diberi makan makanan segera sesekali sahaja sebab takut anak dapat penyakit. Bila makan pulak disuruh berhenti sebelum kenyang, cuba mengikuti sunah Rasullullah. Penyediaan makanan berkhasiat di rumah dan luar rumah kena konsisten untuk kesihatan badan, bukan kontrol macam-macam di sini tapi bolos di seberang sana. 

So sekarang ni kalau hari-hari mak masak sedap macam kak Aznym tu.............nasi lemak jugak ke yang salah?

Double celebration

Aku dapat mother's day and birthday wish hari ni and baru malam ni dapat baca kat fb....al maklum esok kan hari sekolah pastilah busy hari ni. Semalam tidur cepat sebelum 11pm sebab aku makan malam tu yang mata tak boleh tahan, sensitif sungguh mata kalau pekena nasi walau sikit. Aku agak lepas Majalah 3 dah tak sedar dah.... kalau tak semalam lagi dah beres iron 27 pasang kain baju sekolah+ baju seluar bapaknya. Fuhhh.... 2 jam tu!

I received 2 cards from my lovely children. The 1st one is from abang tapi kakak yang deliver. Abang ni pemalu sikit and sensitive. Dulu pun aku ada terjumpa luahan perasaan dia dalam note book, written after 'kena' dengan aku. Kesian ada terharu lagiiiiii la banyak masa tu. Tak sangka...... dia kata dia nak berjaya macam yang aku mahukan, nak jadi anak yang baik dan tolong doakan dia.

The yellow one from abang........ creative kan tulisan dia
The pink karer one from kakak....... let me keep it for myself

Let me read it for u

Ucapan:
Selamat hari ibu ma. Ma abang minta maaf kalau abang buat silap kat mama. Abang harap mama panjang umur dan murah rezeki. Abang harap mama sihatlah. Abang takde hadiah nak bagi mama tak cukup bajet. Sorrylah!!! Abang harap mama doakanlah abang dapat keputusan yang elok & UPSR 5A. Itu jelah & abang ucapkan selamat hari ibu.

Isk.....

Dalam pada aku rasa sebak tu nak tergelak jugak part tak cukup bajet- macam mengulang kata-kata aku je hehehehh...... Abang kata dia prepare semalam (masa aku tanya ni pun air mata dia dah bergenang). Bakal menantu aku di luar sana hang janganlah buat hati anak aku ni sedih ye... . Aku nak cakap panjang lebar dengan dia pun dah tak boleh, aku cuma cakap aku tak nak hadiah cuma nak dia belajar aje and hugged him.

And kepada kakak tq also for the card and don't play play ya! Luv u all hingga ke hujung nyawa ......

Cikgu kena check BMI pulak dah

Sebelum aku menulis lebih panjang lagi aku nak minta maaf siap-siap kat sesiapa yang mungkin akan terasa dengan apa yang akan dibaca di sini. Ini semua adalah pendapat peribadi aku dan beberapa orang kenalan.

Aku ada jugak baca komplen dari cikgu-cikgi tentang apa yang dikatakan banyak membuat kerja yang bukan hakiki iaitu mengajar. Suratkhabar yang rajin melayan luahan para guru ni selalunya BH. Macam-macamlah luahan hatinya..... some memang betul, patutpun dia orang tulis dalam ruangan pembaca tu sebab takde pihak yang nak amik pot dengan masalah mereka. Thats the last resort i believe supaya semua orang tahu dan memahaminya. Ramai cikgu stress... ada anak murid nakal tapi tak boleh dijentik, abih camno?

Tapi kadang-kadang aku rasa permintaan dia orang macam over ler pulak. Contohnya lah kan: dia orang komplen kena berada di sekolah sampai petang, anak sendiri tak terurus. Dengan scale gaji yang sama atau kurang ramai orang yang bekerja hingga lewat petang demi sesuap nasi. Depa kerja je macam biasa.... dah nak duit kena buat macam tu. Rumahtangga dan anak-anak tetap boleh diurus macam biasa sama ada hantar kepada baby sitter, nursery atau ada orang gaji. Orang yang masuk kerja pukul 8 pagi di KL kena bangun sebelum subuh, uruskan anak ke sekolah then bersiap pulak ke tempat kerja menghadap jamm yang tak pernah sudah. So, apa bezanya?

Then govt sediakan kuarters untuk cikgu-cikgu untuk mengurangkan beban mencari dan menyewa rumah terutama di bandar-bandar besar. Lepas tu ada komplen rumah orang lain dapat perabut, rumah dia takde. Laaa.........apa nak susah beli je almari plastik macam aku dulu..... tak cukup 1 beli 2, nak pindah pun senang. Bila aku tanya pendapat cikgu veteran dia kata, "huh, saya dulu duduk bujang satu rumah 9 orang. Bila malam penuh ruang tamu dengan kelambu. Boleh je hidup dan mengajar". Ye.... dulu barang murah tapi gaji pun tak tinggi mana. Aku setuju dengan cikgu veteran ni.

Ada komplen cikgu yang aku sokong seperti cikgu kena datang sekolah hari Sabtu. Selalunya tak produktif lansung hari Sabtu tu lebih baik duduk rumah bergolek dengan anak-anak. Kadang-kadang nak buat mesyuaratlah....latihan sukan lah.... Dari pengalaman kerja aku yang sikit ni -aku rasa orang lain pun sama- mesyuarat tu kalau dibuat sungguh-sungguh maksudnya ketepatan masa dijaga, isi yang nak diperbincangkan dah tahu, takda melalut cerita hal lain..... boleh aje diselesaikan dalam dua jam pada hari persekolahan biasa so cikgu akan happy dapat cuti dua hari macam pekerja-perja lain. Takkan hari-hari dan setiap minggu nak mesyuarat kot? Macam aku dulu kena attend 5 jam kelas pemanduan sebelum ambil lesen memandu, aku rasa kelas tu boleh dibuat dalam masa 3-4 jam aje. Punya la bosan aku duduk dalam kelas tu...dok fikir bila nak sudah ni? Ada yang bagi ceramah slow....lotih acik!

Bila Menteri Kesihatan suruh cikgu check BMI anak murid aku sendiri kata ntah apa-apa lah idea dia orang ni. Kot iye pun nak nampak buat kerja kenapa tak suruh nurse yang under kementerian dia aje yang check. Dulu masa ada penyakit apa entah yang melanda cikgu jugak disuruh periksa murid. Kalau dah 1 kelas sampai 45 orang bila masa pulak nak mengajar? Dia tahu ke ada 1500-2000 orang murid dalam satu sekolah sekarang ni?

Anak-anak tu tanggungjawab siapa sebenarnya? Kalau anak-anak kita obes dan berisiko dihinggapi penyakit cikgu jugak ke yang kena tanggung 'sektor hilirannya'? Nasihatkan je lah mak ayahnya bawa anak-anak ke klinik. Guru-guru kan hanya ibu bapa kedua....there are not babysitter.


Osama dah mati katanya...

Ramai yang bergembira hari ni sebab katanya Osama ben Laden dah meninggal dunia. Aku pun tak sure nak percaya ke tak sebab dulu Nordin Mat Top 'mati dua kali'. News yang kita dapat ni semuanya dari satu pihak aje so bias mesti ada. Lagipun selama ni dah disumbatkan dalam telinga kita dia tu pengganas..... orang Islam pengganas..... berjanggut ganas..... eee macamlah orang Islam ni takde kerja lain nak mengganas je. Aku rasa kita sedekahkan Al Fatihah ajelah tak kisah dia hidup ataupun mati sebab dia Muslim.

Lepas ni orang putih tu pulaklah yang ketakutan. Siaplah nanti ada peraturan baru kat airport ataupun nak masuk negara dia orang. Korang yang berjanggut baik cukur siap-siap sebelum masuk negara Uncle Sam tu. Dia orang tu kan takut bayang-bayang sendiri, bila bercakap dengan pegawai imigresen kat sana mata tu jangan meliar ke lain macam takut-takut, karang kot kena interview sampai berejam. Silap-silap kang kena vogel pulak kat bilik tu....eeeiiiii !

Moralnya:
 Orang Islam kalau kuat dan bersatu akan ditakuti oleh al kafirun. Orang Islam kalau mencari yang halal semua pengeluar produk dan perkhidmatan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan yang halal sebab penduduk Islam berbillion orang di dunia ini. Orang Islam kalau mempertahankan solatnya insyaalllah akan disediakan ruang solat di tempat kerja. Orang Islam kalau tak 'terlalu berani' berpakaian orang kafir pun malu nak menyeksi. Orang Islam kalau tak banyak berpolitik kehidupan akan lebih baik. Orang Islam kalau tak tengok video seks budak-budak mungkin tak kena rogol.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free