Customer Service



U all pernah tak menerima servis yang menjengkelkan dari mana-mana pihak? Selalunya orang komplen pejabat gomen yang selalu ada masalah macam tu kan? Tak semestinya apa yang orang kabor tu betul……. zaman dah berubah. 

Aku pergi bank X kat Nilai nak collect cheque book. Akak yang bagi nombor tu dengan manisnya suruh aku jumpa Puan A. Besides her ada Encik B dan Encik C. Jap…… apalah bank ni membazir staf assign akak tu bagi no kat customer, baik letak dia kat kaunter ke… buat balancing ke…. customer pandai nak tekan button mana. Ehhh.... suka hati dia lah kannn. Bz body lak aku nih.

Okay okay balik cerita asal. Oleh kerana Puan A dok melayan customer dia on the phone aku ni sebagai Melayu yang beradab takde la duduk selagi tak dipersilakan dan dia pun boleh tak angkat muka lansung pandang aku. Sepatutnya angguk le bagi isyarat duduk atau suruh aku tunggu. Dia Customer Service Executive okay. Dah aku tercangak-cangak berdiri kat situ for a few minutes En B yang kat sisi dia minta aku duduk. Heiii….aku duduk ngadap pompuan tu… itupun dia tak pandang jugak apatah lagi nak senyum. Hampagas sungguh! Yang Encik C pulak dok mengomel depan customer dia fasal pompuan yang depan aku tu tak ready lagi nak ganti dia lunch time tu, “aku nak amik anak balik sekolah ni…”. Haishhh……. Aku duduk 2 meter jauh pun boleh dengar apa lagi customer depan dia tu. Apa daaa………… ko pakai tie company bang. Cuba cover line sket kata ko ada urusan di luar.

Dulu kat bank Y ada staf bertengkar sesama mereka. Officer lak tu……. nasib baik tak main tarik-tarik rambut. Kot iye pun janganlah bertengkar sindir-menyindir depan customer sampai customers senyum sumbing. Aiyolahhaiii………. buat malu company yo.

Ada lagi satu kat bank lain..... keluar masuk bank je keje aku kan......sedekah di awal bulan, bayar bil bayar tu bayar ni......... staf yang di bahagian kaunter tu ntah macam mana layan sorang customer lelaki nih, we named him lelaki Y (uikk.....Y? seperti pernah kudengar ya...tapi di mana?) sampai dia naik angin. Ko tau apa dia cakap, "dia ni ha tak dapat malam tadi agaknya!". Ya Allah punyalah kuat sampai merah muka kawan tu. Angin sungguh la tu.

Post a Comment

1 Comments

  1. Teach them lessons...email kan complaint kepada pengurusan tertinggi diorang. Dalam kes saya, semalam pihak KFC cawangan yang bermasalah tu call dan minta maaf...sebab email saya dah di sampaikan kepada mereka oleh pengurusan tertinggi...

    Just nak diorang tahu bahawa they're not on their own bila buat salah, ada pihak yang judging...

    TQ..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.