A mother, traveller and photographer.

ruggedmom.com

ruggedmom.com

Bali Day 4 - Kuta, Denpasar

Dari proses planning, cari info, booking bla...bla...bla...aku yang buat. Aku bagi tahu en husband, "bang, amik cuti tarikh ni sampai ni". Ko ingat orang rumah tak power ke? Super power! Lepas tu, "bang, bayor le.........." hehehhehh....

Ikut plan hari  ke-3 kami naik motor je meronda. Normal rate is around 40-50k, kami dapat 40k tapi kalau ko tanya kat area pantai Kuta tu mesti sekitar 60-75k. Aku sewa motor ni di pagi hari selepas jalan-jalan di pantai. Kira 1st customer lah, kasi pecah telur kata mamat tu.

Pagi-pagi hari ramai yang berjualan makanan dan minuman mcm yang kat belakang tu.

 Nampak tailor kat belakang? U all boleh tempah handbag, kasut, jacket kat deme. Kalau kasut dan handbag boleh siap dalam 2-3 hari. Kalau takde design sendiri pilih je dalam katalog dia orang tu. As for me aku tempah handbag Marc Jacob (fuhhh....tak koman) for my aunt and my mum tapi malangnya malam yg ketiga tu dia bagi tau tukang jahitnya balik kg pulak. Takdo joki nak berhandbag MJ mak aku so aku beli yang dah siap aje. Dia orang gunakan kulit kambing dengan pelbagai pilihan warna. Daripada beli beg dari kulit sintetik yang murah sikit tu lebih baik yang authentic kan? Walaupun takde brand. Ko bubuh je brand sendiri. Harga dan kualiti berbeza, takde la murah sangat tapi pilihan warna memang banyak dan ko boleh design sesedap rasa. SO, if u go there for 4 nights, 1st day tu lagi p cari dan tempah.

Sedap jugak makan kat gerai pakcik ni......ada a few seller jual muslim food dari pagi sampai senja di pantai Kuta.

Monumen Bom Bali- mengingati yang meninggal dunia di Paddy's and Sari Club (khabarnya ada tarian bogel masa tu).

Tunjuk-tunjuk tu mintak duit la tu.............dah duit rupiah small deno kat aku

Siput ni hidup lagi tau! kreatif sungguh. Aku jumpa ni kat Pasar Sanglah di Denpasar. Wa belum pernah jumpa.

Drama betul nak ke Pasar Sukawati wehhhhh............aku nak sangat pergi kedai borong blouse, ke depan ke belakang naik motor 2 kali call tapi dia sendiri pun tak boleh nak guide kami. Yang menambah masalah lagi no kedai melompat-lompat, ada no baru ada yg masih gantung no lama...............camno nak jumpa? So aku cancel je ke kedai tu, terus nak ke PS. Dua kali tanya orang dua-dua kata jauh sejam dari Denpasar. The drama starts.

Tak payah pergilah.........jauh
Pergi
Sejam dari sini, jauh tu nak naik motor
Nak pergi ke tak?
Pergi tapi jauh
Takpelah, abang balik saya naik teksi
Nak pergi jugak ke?
Abang balik la........takpun abang balik naik teksi saya bawak motor

Akhirnya pergi jugak. Tak puas hati le tu. Mana ada sejam.....agaknya orang tu belum bawak motor macam kat Malaysia kot tu yang estimate sejam. Setengah jam je. Ada ke pergi Bali tak ke Pasar Sukawati, macam makan lauk tak bergaram. Susah payah aku survey berbulan-bulan. Ishhhhhh......husband aku mesti tak tau aku pernah bawak motor buruk office aku dari Shah Alam ke UM. Aku pun tak ingat exam apa yang pi amik kat UM dulu dan apa kes la pulak dibuat di situ. Motor tu dah la buruk sampai mat despatch kami pun taknak naik, takde side mirror, break kaki nyawa-nyawa ikan, handbrake okay, takde roadtax dan aku pun takde lesen. Gilos. Kalau eksiden bertimpa-timpa saman.

Pasar Sukawati, Gianyar

Lukisan banyak di bahagian luar, kedai berderet setingkat tu. Kat Batuan dan Ubud pun melambak.


'Syurga' kaki shopping. Aku masuk blok A dan B, itupun tak habis meronda. Ko haggle la........tawar sampai 80% kalau dia tak setuju naik sikit2. Masa kat kedai bawah tu aku dok tawar kain batik lepas yg lembut tapi tak dapat harga yg aku hendak so..............next! Ada ke patut letak harga 150k dan yg selai lagi tu 90k walhalnya kat Pasar Sanglah tu depa bukak mulut 45k. Belum tawar lagi tu. Aku tak beli di Pasar Sanglah sebab tak banyak pilihan kat kedai tu.

Ada satu barang lagi dijual dgn harga 60k, aku tawar punya tawar punya tawar dapat 20k. Sukanya hati aku sebab menanggggg........... lepas tu aku jalan ke depan sikit ada mbak tu offer barang yang sama 9k je. Ko bayangkan 9-20-60k berapa byk diff? Terkena jugak.

Singgah kat Matahari semata-mata nak cari handbag kiriman makcik aku. Ada yang aku berkenan tapi bila fikir-fikir balik.......kalau tambah duit dah dapat yang real leather. Cancel.

Owhhh......kat sini ada servis cuci helmet siap 1 jam. Kalau kat Malaysia belum ada, ni peluang bisnes untuk korang nih. Kat pondok kecik yang selalu kita bayar tiket parking tu je premisnya .....ada sinki, berus, sabun, pengering dan ntah apa2 lagi wa tak tau.

Nampak tak Anand Ashram Foundation? Adakah milik bersama Ananda Krishna dan keluarga Rizal Ashram yang kaya raya ittew?

Sunset in Kuta.
Both of us memang menunggu saat ini.....tak berkesempatan masa di mana-mana pura sebab banyak sangat yang nak dikejar dalam masa 2 hari tu. Gambar di depan Hard Rock Hotel. Kalau jalan ke kiri menyusur pantai ni akan sampai ke Discovery Shopping Mall.

Yang ni pulak Kelab Ocean 27 sebelah DSM. Cool place. Yang colour biru tu swimming pool. Slow shutter nih, ada orang dalam kolam takkan nak fire flash pulokkk

Kami ke DSM sebab ada dengar loud music berdentam-dentum dari sana. Ada rakaman apa ntah. Yang hebatnya dia orang rehat sekejap waktu solat maghrib tu, siap bagi tau lagi. Di sini agama rasminya bukan Islam ya walaupun rupa dan warna kulit sama dengan kita. Dia orang break agak lama jugak sempat la solat.


Esoknya kami dah nak balik naik flight 6am so lepas packing aku pi massage and facial muka aku yang hitam berkarat kena jemur atas motor kat Legian St. Nama tempat yang nak dituju tu Natural tapi dah jauh aku berjalan tak jumpa-jumpa jugak so i decided masuk je la kat Anggun Spa. Cik abang aku suruh dia tunggu kat bilik je dengan ucapan sebelum keluar tu, i'll see u at the club". wahhh wahhhh wahhh................. nak meet up kat depan Vi Ai Pi la tu. Dia keluar awal rupanya sambil layan djembe groove nih.

Btw aku lebih suka pijatan Everyday Spa macam kat Bandung tu-service and work ethics lebih baik but unfortunately kena naik motor kalau nak ke sana.

Masa kat Bali ni entah berapa kali aku tukar duit, huru-hara betul bab ni. Kita tak kumpul duit 2 org, keluar duit asing2 sat pakai duit dia sat duit aku sampai aku susah nak keep track duit yang dah terlepas. Dah tu duit aku kat macam2 tempat, sikit kat poket seluar sikit kat purse kecik sikit lagi kat purse lagi satu......bengong, tak tau berapa ringgit yang aku bawak ke sana. Pengajaran untuk aku. Rate nya pulak 2.6, 2.8, 2.86. My advice tukar dulu sikit kat Malaysia cukup untuk bayar taxi dan hotel. Lebih murah tukar di sana. Money changer melambakkk.

ohhhh taxi......always look for Bluebird.

Jam 3.30am berundur ke pantai Kuta

 About 20m before our hotel kereta persendirian, polis, teksi dah tersadai tak bergerak. Aku agak dah lama sebab ada driver yang duduk atas tembok, luar teksi..............jamm sebab orang mabuk kat deretan kelab malam tu la. Kami terpaksa jalan kaki sekitar 100m ke jalan pantai Kuta, suruh supir pick up kat situ. Aku kata dah..........takde pekdahnya arak ni.......... menyusahkan orang adalah.

Matahari mula menyinar

Flight subuh-subuh sepie pun ramai jugak. Yang bagusnya pergi balik kali ini kami dapat duduk sekali. Aku suka tepi tingkap, nak ambil gambar awan.

Tamatlah sudah kembara di bumi Bali. Bestnya bila akak pakai skirt merah kata, "..............to Malaysians, welcome home"- dapat makan sambal belacan balik.





4 Komentar untuk "Bali Day 4 - Kuta, Denpasar"

Reading your blog buat teringin betul nak ke Bali.. sebelum ni kawan2, adik2 pegi rasa tak heran.. now... eeeee

Nurleeta, insyaallah this year i akan buat another entry ttg bali but diff place and itinerary. Kali ni bawa group, kalau nak join boleh lagi setakat 2 3 org

27-30/5/2012. Best woooo...!!!!

Back To Top