Bali Day 2: Tohpati-Celuk-Batuan-Goa Gajah



Pagi2 lagi dah bersiap, tak le pagi mana sebenarnya sebab pukul 6 dah terang...kami je yang kesiangan bcoz sebelah bilik tu ada tembok tinggi tu yang nampak gelap je dr dalam bilik. 8.30am pak supir called bg tau dia menunggu di pantai, "kami sudah siap menunggu mas..."

Kebetulan 17 Feb tu ada upacara agama sempena bulan purnama so 90% orang2 Bali yang beragama Hindu ni melakukan ritual agama mereka. U all kalau pagi2 tu pandang2 ke bawah jugak bila berjalan sebab disetiap premis tak kira kecik atau besar setiap pagi ada bunga-bungaan nih yang dijadikan persembahan kepada tuhan dia orang...jangan tersepak pulak.

Kebanyakan girls and ladies akan memakai kebaya dengan selendang di pinggang memberi maksud mengikat nafsu yang berpusat di perut. Lawa pulak pakai mcm ni. Kalau dia orang pakai t-shirt sekalipun pinggang mesti diikat. Kebaya depa cantik2 ko....yang bersulam, kain lace, siap pakai korset lagi. Kalau kita tunggu kenduri kahwin la baru nak melaram dengan korset bagai tu pun naik rimas.

1st, pak supir bawak kami ke Batu Bulan menonton Barong/Keris Dance. Lepas customer diturunkan para supir and tourist guides had their breakfast kat sini tapi supir kami tak joint le sbb non-halal i guess. Kami tak masuk pun sebab aku tak kuasa nak nengok orang menari dengan topeng pagi2 hari nih.... skip this one kami terus ke Tohpati tempat proses dan jualan batik.

Dah pernah tengok proses2 mencanting, mewarna, menenun ni semua.....sama je macam yang kat Kelantan n Terengganu tu cuma corak je yang lain.

Kalau gambar2 mcm ni kamera kat perutlah tu. Ada pelbagai corak yang cantik2 lah..yg sangat cantik pun ado tapi harganya....hmmmm....for westerners takdak hai, duit depa nilainya lebih besar kannnn..

Ni pulak di area Celuk tempat buat barangan silver dan emas. Owner kedai ni dapat 3000 pcs order dari Columbia. Untung la dia beli dlm rupiah jual guna dollar.
Di Bali ni pusat kraftangan satu2 jenis barangan tu tak bersepah dan meliputi sampai berkilometer. Setiap rumah memproses dan menjual benda yang sama mostly untuk pasaran eksport.


woitttt...jangan gelak!

Ogoh-ogoh yang masih dalam proses pembangunan untuk hari Nyepi yg jatuh pada 5 Mac thn ni. Hari Nyepi memang sepi betullah ngikut kata pak supir. Lampu pun kena padam except hospital, balai polis, bomba. Boleh kena denda wooo kalau tak ikut arahan but actually depa ni tak perlu arahan bertulis pun sebab sangat patuh dengan agama. Depa akan arak ogoh2 ni (ada pertandingan yang tercantik) dengan barangan penyembahan lain then dibakar di tengah malam.

Start dari sini ada banyak gambar2 aku and en suami, sorry kalau bosan. Ehhh.....blog aku. Aku lupa nak amik gambar yang takde muka aku la tu.... Gambar2 seterusnya oleh aku, en husband aku dan supir aku. Supir ni dah biasa amik gambar customer dia but u have to tell him gambar macam mana yang ko nak kalu tak karang semua gambar ko kat tengah2. Kebanyakan gambar tak di 'edit' dan lagi satu, kualiti gambar kat blog dah kurenggg...

Then kita terus ke Batuan melihat rumah asli Bali. Ramai penduduk Bali yang masih mengekalkan cara hidup asal mereka untuk pelancongan, salah satunya rumah nilah. Dalam satu kawasan yang luas semua anak-anak lelaki duduk sekali dengan parents tapi bilik dibuat berasingan. Kat Malaysia pun asing2 apa?............ kita berasing bilik je tapi satu rumah yang, depa ni asing terus. Disebelah kanan en suami tu ada bilik yang di bawah ni.


Ni dapur masak dia..... terkejut omputih tu. Jangankan si lady mat saleh tu aku pun tensen kalau hari2 masak macam ni sebab dari kecik dah guna dapur gas. Dapur kayu ni diguna bila mak aku nak buat rendang ayam pencen jer. Adik2 manis yang nak kahwin dengan jejaka Lombok tu bersedialah dengan peralatan memasak yang ini ye..... bukan menghina tapi kalau ko jenis yang tak biasa susah, mandi air perigi pun tak pernah bersedialah daripada segi mental dan fizikal. Kalau dah kahwin kena taat dengan suami ye dik. Jangan call putera umno pulak nanti.

Tiga pura bermakna tiga anak lelaki. Dari segi kecantikan, keaslian senibina rumah dan bangunan perniagaan Bali susah nak ditandingi. Walaupun ramai pelancong barat ke sini dan dijajah Belanda selama 500 tahun tapi ciri2 tradisi masih dikekalkan.

Tempat penyembahan

Bunga-bungaan ni lah yang setiap rumah/kedai/pejabat ada. Baunya lembut dan harum je. Orang Bali yang beragama Hindu ni tak menggunakan bunga melur macam kat sini.

Bilik tidur mak ayah tutup dgn tirai kain je...........dangerous nih

Cehhh!!......kena samak blog aku nih, najis mughallazah.
Takdenye aku menjengah, hulur camera tinggi2 je. Ni yang baby mak dia kat kandang sebelah.

After that the Goa Gajah pulak. Kat Bali ni keje ngambik gambar temple after temple je. Tak pergi tempat tu karang orang cerita tempatnya cantik dan berseni, heaven to photographers. Tambahan pulak hari tu depa sembahyang so dapat tengok orangnya, pakaiannya, budayanya bla..bla...bla...................

Orang Hindu percaya air kat temple ni suci. If u are a moslems jangan percaya pulak, syirik tu. Air dari mata air seharusnya bersih dan suci. Ada ikan lagi.


Kalau bawak anak aku tak nak dia bergambar kat sini kot

Dalam gua ni....kecik je. Macamana la orang boleh duduk dalam gua ekk....lembap hangat dan terpengap. Lebih luas daripada Chu Chi Tunnel di Vietnam.

Kat akar pokok pun jadi





Kat belakang aku tu ada kesan temple yang dah runtuh masa gempa bumi tahun....................lu cari sendiri lah wa sudah lupa. Kami naik sampai pondok atas tu.

Nak naik balik perggghhhhhhhhh!!!

Batu-batu kecik temple yang runtuh tu disusun di bahagian depan. Frankly aku rasa pihak pengurusan kuil dan pelancongan Bali tahu macamana nak menarik pelancong. They have the ideas and skills. Aku belum habis menjelajah Bali dan Indonesia tapi aku rasa aku betul.

Nak gambar bogel takkkkk????
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?


But this one expired already..............muahahhahahaha


Post a Comment

4 Comments

  1. best nya gi bali! :)

    ReplyDelete
  2. pergilah tengok tempat orang..... seronok!

    ReplyDelete
  3. bole rekomen supir yg bagus ? ada kontak no tak? sewa berapa jam sehari ? minyak + mobil + supir?

    ReplyDelete
  4. hai anon!

    maaf, saya tak suka rekomen takut tak puas hati. U can google lar sooooo many. I rasa harga dah naik sebab harga minyak di Indo naik.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.