Malayan raja-raja

Korang sihat? Dah makan?

Belum pernah lagi aku mendengar anak-anak aku order lepat pisang, biasanya nak Mc Donald!... nak Pizza Hut!....nak KFC!.....nak Domino's!..........Krispy Creame depa tak mintak ler sebab takde kat sini. Jadinya......as a first lady aku bawak le bebudak nih pi makan. Bapaknya tak ikut sebab tengah keje lagipun dia tak hingin, nak nasi jugak.


Anak aku lagi tinggi drpada maknya. Aku dulu2 makan ikan kembung dengan selar je...sayur memilih...roti gardenia pun takde.....tu semua faktor penyumbang kot, ditambah pulak dengan baka yang tak tinggi.

Enak bangat weh! Si kecik ni celik mata pagi2 suruh aku goreng kentang. Aku dulu makan lempeng jerrr....

Antara things yang membuat ramai orang selesa ke fast food chain sebab kebersihannya, servisnya yang pantas, resipi yang sama je rasanya di setiap restn and food specialities walhal bukannya bagus dimakan selalu. Hari2 ada iklan makan ayam, burger sebab tu deme berjaya. Pernah ko nampak iklan makan ikan? I guess thats why rest ikan slow sikit peminatnya kecualilah medan ikan bakar. Takde iklan menarik mahhh...

Hohohoooo.....ada lagi sekeping gambar orang tengah promote MLM kat belakang anak aku tuh....cakap punyo la kuek ayolahaiiiii.... appointment lepas sorang..sorang... 

Play area ni jugak yang membuat anak-anak sibuk nak ke mari. Jadi budak apa lagi yang difikir....play.....play.....play....very easy life. Bagus idea dia orang nih, takde la berlari2 dalam restaurant.

Korang perasan tak apa yang aku perasan? Takde staf yang notice ke?

Travelog to Bali: Day 1

Wallaweyyy.....jalan-jalan ke Bali dongggg. Sudah lama mau ke sini pak baru kini berkesempatan liburan ke Bali.

Ni nak cerita sikit2 dan letak gambar jugak sikit2 (ada beribu, tak larat den) buat panduan sesapa yang mau ke sana. Nih perjalanan backpackers style eventhough bukanlah keseluruhannya, sesuai untuk yang sengkek macam aku tapi berselera nak ke luar negara. Mana-mana yang boleh jimat kita cuba jimat walaupun tang shopping payah sikit nak jimat huhuhuhuuu......

Dari rumah kita amik teksi ke komuter. Ada bengong sikit. Hari-hari aku dok menatap travel itinerary AA tu tapi ntah macam nama lah aku boleh set kat wa punya kapla depart time 6.20pm padahalnya 4.25pm, apalagi...kelam kelibut la ku suruh mr. hasben balik keje cepat-cepat. Tu nasib baik aku perasan dalam pukul 10.20am. Dibuatnya 1pm baru perasan naya....naya....naya....!!

Dari stesen komuter Nilai tukar naik bas pulak. Bas internasional sebab ada orang Nepal, Indonesia, Afrika, Vietnam  dll tapi basnya bagus ada air-cond. Tambang rm4 sorang.

Gambar ni kat Bandar Baru Nilai. Banyak rumah baru wehhh...

Bila sampai stesen bas KLIA kena turun pulak tukar bas yang ke LCCT but please keep your ticket kalu tak kena bayar rm2.50 pulak. Kalau nak ke KL/Ipoh and a few more places boleh naik bas dari sini jugak. Tempatnya selesa dan ada dua cafe. Wa tak makan, tak selera dan berdebar-debar takut connecting bus lambat.


Main tangkap-tangkap gambar nak habiskan masa menunggu


tech savvy

Bye !!!.............

Dapat yang cun. Ada sorang stewardess becok sikit bercakap kuat2 (kuat sikit je tak lunak macam biasa). Tak pernah lagi aku experience stewardess yang bersembang sambil menghidang dan cakap kuat macam tu siap cakap kat colleague dia, "tanggeci, itu rate last month lah". Selalunya sopan, seksi, ayu, jelita, cun, hensem, macho, menggoda..... - but they maintain good customer service ya! No doubt.

Macam kapal terbang mainanlah "junior jet club". Pandai betul marketing people depa nih

Aku suka duduk tepi tingkap sebab ini. Ada banyakkkkk gambar2 awan, time balik lagi best masa matahari terbit. Awesome! Tak dapat jadi pilot dapat nengok awan dekat dekat jadi ler

Kat arrival area tempat depa check docs tak boleh ambil gambar so depa create one section for tourist yang giler berfoto. Ada 1 gambar kat light box yang tulis Welcome to Bali tapi muka aku gelap ler pulok, tak seswai nak tempek kat sini.

Our room......boleh la kan. 1 king size bed, foam mattress yang masih sangat elok, selimut, sinki, bathroom with cold water. Towel kena bawa sendiri. RM30 semalam je yang, apa mau komplen?  Takde Melayu lain yang duduk kat sini, omputeh je mostly aussie. Ada banyak room nak yang air-cond pun ada but we choose yg paling murah for two bcoz we just want a place to clean ourselves and sleep. 8am-11pm di diluar and no children some more no need lah buang duit yang memang sedikit itu.

Losmen Arthawan ni ni terletak di Poppies Lane II. Ada banyak hotel and budget hotel sepanjang lorong ni dan depa ni biasanya accept walk in customer je. Nak tulis nama hotel2 ni satu-satu jenuh wehhh.....yang bagus dan boleh kuingat Hotel Barong, Bounty, Ronta Bungalow, Tanjung Bali Inn. RM80 dah bagus sangat dah tu.

Kalau kita ke Bali diluar waktu sibuk (waktu sibuk July-Sept, Dec) mintak driver taxi, supir hantar kat Poppies Lane II tidur semalam dua dulu then kalau tak best pindah je tempat2 lain. Kalau kita sewa lebih daripada 7 hari depa biasanya akan bagi discount. During peak period normally the rate will up by 20%. Di sepanjang jalan pantai Kuta ada Hard Rock Hotel, Mercure, Bali/Kuta Seaview dll. Harga dah tentu lebih tinggi sebab ada bintang. Di area Seminyak pun banyak hotel yang bagus.

haaaa.....apalagi..... letak beg, jalan!

Jalan raya dan lorong di Bali secara keseluruhannya sempit, ngam2 untuk sebuah kereta lalu dan motor overtake je tapi kat pedestrian walk pun motor naik siap lawan arus lagi. That's Bali. Kalau supir sampai awal dia akan tunggu di jalan pantai and bila kita dah siap baru dia masuk jalan tu sebab tak ada ruang untuk menunggu. Banyak jugak jalan yang sehala. Kat belakang aku tu Jalan Poppies II, di depan jalan Legian menuju pantai. Kat tangan aku tu Monumen Bom Bali dan betul2 didepan aku tu kelab Vi Ai Pi yang memang best la lagu2 dia. Tak insaf pun depa nih. Jadinya setiap malam kita akan jalan2 dan melepak di sini dengar lagu dan melihat ragam manusia. Tak payah masuk der...dengo free jer, ramai yang buat mcm tu. Deep in my heart aku cuak jugak melepak kat sini, 2 kali dibom mau tak takut. Paddy's pindah ke depan sikit, Sari Club terus tutup.

Area sini happening gilos! Takde kedai yang kosong, takde night club yang takde orang. Bedengung kelab2 sampai subuh. Kalau nak tengok bule mai la sini.....ada Rusia, Japan, Chile, mostly Aussie.

Butik Uluwatu ni ada banyak branch. Design nya cantik2 bangat tapi aku tak beli satu pun... nak masuk pun tak sempat. Bawak duit je lah datang Bali nih....yg biasa ada designer botique pun ada, mostly at Seminyak. Kaki clubbing heaven la kat sini.

Kita dapat apa yang kita bayar

Ni cerita orang Temasek.

1) Ada jugak aku baca review orang Temasek yang menyewa budget hotel berharga SGD12 per night tapi komplennya macamkan duduk hotel 5 star. Budget hotel ni dah tentulah untuk orang yang berbajet kecik macam aku nih……. They offer very basic facilities but most of it are clean and serve simple breakfast. Pelik aku, kenapa tak sewa je room yang regenya sama dengan SGD100 kalau nak selesa sangat?

2) Ada yang menyewa homestay di kampung tapi air menitik kat luar (luar rumah hokeyyy....) pun dipanggilnya tuan rumah malam-malam buta suruh check (kisah benar nih). Ada lagi cerewet mak neneknya nak itu ini tak padan dengan harga yang dibayarnya. Aku tak kata semua….ramai yang baik dan mulia hatinya. Kat Temasek nun nak tanam serai sebatang dalam apartment pun tak boleh apatah lagi senang-senang petik buah mangga yang PBT depa tanam. Ni nak hot shower bagai....memang tak faham konsep betul la….. Dah namanya homestay kita kena terimalah sepertimana tuan tanah hidup.

Aku pun sejak pi Bandung and Kudat baru belajar duduk kat tempat budget nih. Sebelum ni tak pernah lagi tidur hotel yang terletak di shop lot. Kat Kudat tu sewa yang single tapi dapat katil queen siap air-cond only rm49 per room. Cheap lorrrr………

Hukum alam (eh ye ke?) kita akan dapat apa yang kita bayar. Kalo ko bayar sewa hotel sampai 3, 4 ratus semalam fahamlah aku kalo ko marah if servisnya tak senegheh. Itupun tengok area jugak. Dengan membayar rm300 per night ko hanya dapat tidur kat B&B je di London.

Sama kesnya kalau kita bercuti rehat di hospital gomen, janganlah komplen makanan tak sedap/ramai/ bla bla………... but kalau nurse or doctor berkasar patutlah ko meroyan kat situ. Or kalau nurse tu dah la cun giler cakap manja-manja pulak sampaikan kalau dia tukar shift ko tak lalu makan ubat tu boleh la ko komplen kat Pengarah Hospital hahaa..

Pengalaman berjalan ke tempat orang tak kiralah dalam negeri atau seberang laut dapat meluaskan pandangan dan pemikiran kita. Itu yang lebih utama so janganlah kita mengharapkan makanan sesedap kita masak di rumah ataupun yang mak ko masak memang payahlah nak jumpa. Masuk kandang kambing mengembek masuk kandang ghimau mengucap banyak-banyak. Apa yang kita laburkan selalunya akan sepadan dgn apa yg kita dapat. Contohnya trip 5h 4m ke Bali/Bandung/Jogja biasanya sekitar rm1100 – 1500 dapatlah duduk kat hotel 2 or 3 star (or even takde star but bagus lokasi dan servisnya) dan makan yang termasuk dalam kategori munasabah taste-nya.

Ni tak, kekadang lemas aku dengar kengkawan/cik kiah/cik mat yang komplen memacam serba tak kena. Depa pi rombongan pejabat yang bawak famili sampai satu dua bas memang ler murah tapi azab le ramai bebudak kecik nih……kalau dah jadi mak bapak sendiri faham le kerenah anak-anak bila dah letih dan kepanasan, nak beli ais krim… haus nak air….nak makan nasi sebelum time makan…..nak keropok…nak keropok…nak keropokkkkk!!! sampai hilang mood mak ayahnya. Mood kita pun ter-join sama jadi tak best. Tu belum berguling atas tanah sambil meraung lagi tuuuuu…….. Part menunggu lagi satu hal…yang sorang ni dah sampai yang group lagi satu tu belum keluar kedai..…sudahnya masa habis macam tu aje. Modal dah banyak keluar tapi dapat pi dua tiga tempat je. Rugi beb.

Nak lebih selesa dan makan sedap kenalah tambah ongkosnya buk. Kat Indonesia yang orang sibuk murah tu pun ada mi goreng rege 40 hengget sepiring. Takde bende free la ni, nak kencing pun kena bayar der. Jom jalan2 jom!

Breezzzzzzeeeeeee..............

Kalau sempat nak buat:

Facial & body massage

Surfing.....kalo berani (ada sedikit keyakinan)

Scuba diving...........teringinnnnn sangat tapi macam tak sempat

Nak tengok bilik dan ambil gambar hotel berbintang yang menyeramkan itu.......yg ini perlukan degree keberanian yang paling tinggi


Wajib.....amik gambar '2 pieces' hehehehh.....


ehem..ehem...wait aaaa....

U wear condom?

Scene 1 Kat kedai jual jamu

Aku tengah belek-belek scrub, toner, whitening, ehhh...nak cantik katakan. Yang aku belek tu bukan Simply Siti walaupun aku kagum dengan kulit dia. SS dijual kat Watsons yg aku pergi nih Wak Son.

Masuklah 2 orang mamat Indon berisyarat mata sambil tunjuk2 kat drawer. Aku heran gak kenapa dia tak cakap kuat2 mintak diambilkan barang. Lepas tu si sales assistant yang jantan tu cepat2 bungkus kondom dalam plastik kecik dan bagi kat deme. Bayar ngam2 dan blah. Segan kat aku kot.


Scene 2 Di kaunter sebuah bank komersil

The cashier requested an identification card from a professional but quite old lady. Kat Malaysia ni kalau dipanggil quite old around 50s la kan sebab 58 dah pencen. Kalau umur 65 tu dipanggil jangkahayat premium.

Selongkar punya selongkar - ahh.......handbag pompuan bukannya banyak duit pun selalunya, semua barang ada kat dalam tu - tiba-tiba terjatuh satu peket kecik kondom. oppppsssss! The cashier buat2 tak nampak je la...... Kawan aku kata macam mana nak bersangka baik, dah ada a few high profile case yg mana si pompuan mati dibunuh oleh bukan suaminya.

Scene 3 Kat 7Sebelas

A few customer tgh q. Cashier nya pulak non Malaysian. Customer di depan seorang lelaki muda yang ditemani awek separa cun yang menunggu di luar kedai memuncungkan mulut menunjuk ke belakang kaunter dan cakap perlahan 'kendem'.

Haaa? Kendem

Cashier berkerut dahi. Kendem.

Ishhh...cashier ni tak yo paham laie.

Customer belakang : Dio nak kondom tu haa... nak kaler apa bang?

Heyyy...hari ni 14 feb la...tunggu la lagi 9 bulan ramai la baby yang keluar sebab:
a) kondom bocor
b) kondom terlucut
c) kondom tersalah saiz
d) saiz lubang2 halus di kondom lebih besar daripada saiz sperma
e) tak pakai kondom

Nota:
Kenapa kondom dijual merata-rata? Good bussiness huh?

What is the main reason 'Kempen guna kondom' tu? Adakah untuk mengelakkan si isteri dijangkiti HIV/AIDS atau jangan lupakan kondom anda kalau nak tutttt dengan sesiapa? Kalau yang pertama aku sokong 110%. What about u?

On more serious notes:
Drpd belikan aku bunga (kalau dia ada hajat nak beli) lebih baik bagi aku duittttt.................. dapat gak beli tiket kape teghobang, kalu takpun boleh bayar hutang.

Bertimbang rasalah sikit bang!

Tadi masa tengah tunggu en suami menjemput aku di stesen bas, ada la sorang mat Indon ni tanya aku kat mana nak beli tiket ke JB. Since stesen tu agak baru dan macam padang jarak padang tekukur aku guide le dia. Yang aku perasan muka dia macam sedih je.

Then bila dia duduk sebelah aku (lama jugak dia p beli tiket kat tingkat 1), aku pun break the ice. Katanya dapat tiket 10pm. "Saya sudah ditipu naik taksi".

Mengikut cerita dia, dia dari Perak nak ke JB jumpa adik dia. So masa kat Bukit Jalil dia tanya bas/teksi je sana tapi drebar teksi tu kata takda. Ntah macam mana depa dua orang sembang dia ingatkan tambangnya rm60 sampai Seremban, rupa2nya kawan tu guna meter. Setau akulah teksi bermeter ni kat tengah bandar je, kalau jalan jauh harga dah tetap.

Nak tau berapa dia kena??? 290 sehala! To make things worse teksi tu balik pun dia kena charge lagi so all in all dia kena 580! Ya Allah kesiannya kat dia....... Dia kata nasib baik dia bawa wang lebih (kalau aku tak merasalah drebar teksi tu sebab aku selalu ada 50-100 inggit jer, nak amik tak nak sudah). Kalau dia naik bas ke.. komuter ke...10 hengget pun tak habis. Ko makan la rezeki macam tu drebar teksi ooiiiiii.............. !

Aku memang bengang dengan kebanyakan drebar teksi kat Msia nih. Nak naik siap tanya nak pergi mana, kalau jalan tu jamm haraammmm dia nak lalu. Lepas tu siap letak harga pulak tu padahal kat badan teksi tulis 'teksi bermeter'.

Aku harap mat Indon tu tak kena tipu lagi lepas ni. Oleh sebab dia naik bas pukul 10pm maybe dia akan sampai 2am. Semoga dia dilindungi. Walau siapa pun dia, dia tak patut teraniaya.

Nota:
Dia dari Lombok lah. Tak encem pun...kenapa awek2 kat sini terpikat ek?

Parents i sporting

Aku perhatikan ramai mak bapak sekarang ni lenient betul dengan anak-anak. Kawan2 anak berlainan jantina boleh datang ke rumah sesuka hati. Anak naik motor sapa sambil berpeluk pun tak kisah walhal baru bersunat je tu. Muka mcm budak form 2 tapi berpeluk sakan kat shopping complexs pun ramaiiii.....oooiii dik, nenen pun belum ada.

Yang dah diajar, dinasihat dan dah besar tapi tak mau mengikut kata tu lainlah cerita, yang aku cakap ni budak kecik lepas bersunat yang tak ditegur lansung. Adakah itu pendidikan menggunakan psikologi? Yang aku tahu sekehlogi jer. Takut. Bimbang. Lindungilah keluargaku aku ya Allah.

Dulu bapak aku garangggg....my boypren datang rumah 2 kali je. 1st time masa belum confirm jadi boypren dia datang ke rumah dengan segerombolan kawan2 dia selepas menghadiri kenduri kahwin kawan deme. 2nd time dia datang dengan kawan di musim durian. 3rd time bapak dia datang merisik pastu terus bertunang. 4th time Selamat Pengantin Baru.....(nyanyi mcm Saloma).

Aku bukan baik mana punnnn...biasa2 aje tapi takde la sampai datang rumah pasangan yang belum sah nikah makan minum mandi tidur baring siap bermalam bagai. Dulu tempat keje my boypren ada buat trip ke Genting dan aku diajak sama tapi aku tak join. Nak maut??? Tahu dek abah dengan pakcik2 den kang kok lombik kono bantai.

Walaupun dah bertunang dan diajak ke rumah bakal mak mertua janganlah senang2 nak pergi. Aku fikir kalaupun your parents izinkan (abah aku takkan bagi) selamatkah cik adik manis masa berdua dengan dia? Walaupun dia sembahyang punya olang tapi manalah tahu kan....tengok pompuan cantik  kopiah pun boleh terbang dik. Katalah dibuatnya trick turun kat mana2 pastu ........ kena tutttttttttttttt tak ke menyesal nanti? Takpun katalah selamat sampai ke kg dia naik kete/bas, ntahkan ye ntah tidak rumah mak dia. Ataupun time tu mmg mak dia takde kat rumah, tinggal berdua je...boleh selamat ke? Kena cekup dengan orang kampung kang...... Paranoid. Aku kolotkah?

Kekadang aku heran, bila ditanya bila nak kahwin cik adik manis boleh jawab belum tahu lagi, baru kawan je. Hai dik, baru kawan dah bermalam rumah jantan?

Bila aku baca kes-kes rogol/sex out of a wedlock dalam newspaper aku lebih menyalahkan pompuan termasuk la parents dia (kalau memang mereka tahu) ....w/pun aku jugak pompuan. Bayangkan baru kenal seminggu dah ikut balik rumah. Kucing kalau dah dihidang ikan selar fresh siap goreng dengan kunyit boh garam takkan dia nak pandang jelir2 lidah je kot. Orang putih yang kafir tu pun tak setuju dengan perhubungan luar nikah ni. Korang follow kisah Sarah Palin masa kempen pemilihan presiden dulu?

Budak2 yang ikut pakwe/tunang/abang bangla/Pakistan jual karpet ni tak terfikir mcm aku fikir ke? Tak? Padanlah sampai ke Lombok.




Tugas Wajib Kerajaan Jaga Keselamatan Rakyat

SAYA tidak mahu membuat andaian baik atau buruk membawa balik atau membawa keluar penuntut kita dari Mesir atau mana-mana negara dalam keadaan darurat.


Tetapi saya prihatin terhadap kecemasan dan kegusaran ibu bapa dan ahli keluarga mereka kerana tiga orang anak-anak saya yang sudah dewasa pun belajar di luar negara. Tetapi mereka belajar di negara di mana situasi seperti di Mesir tidak berlaku. Dua belajar di Amerika dan seorang di New Zealand. Kini anak yang keempat baru ke luar negara juga.

Mungkin situasi di Mesir sekarang genting dan unik. Genting kerana kita tidak tahu berapa lama dan apa kesudahannya tunjuk perasaan massa terhadap Presiden Hosni Mubarak dan unik kerana banyak institusi pengajian ditutup sementara.

Adalah menjadi tanggungjawab semua kerajaan di dunia memastikan keselamatan rakyat mereka ketika berada di luar negara. Yang berbeza hanyalah ada negara yang mampu dan banyak pula negara yang tidak mampu.

Jadi bagi saya, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa yang perlu dipuji dan dipuja kerana itulah tugas sebuah kerajaan. Apatah lagi jika kerajaan itu dipilih dan dibiayai oleh rakyat jelata.

Yang penting sekarang ialah sebahagian daripada penuntut kita di Mesir sudah dikeluarkan. Isu seterusnya adalah mendoakan agar keadaan di Mesir menjadi tenang dan selamat semula dan mereka boleh kembali menyambung pengajian. Bagi ibu bapa pula, mereka kenalah berfikir dan mencari jalan mengatasi kemungkinan krisis di Mesir berlarutan dan menyediakan tambang untuk anak-anak mereka balik semula ke Mesir apabila keadaan pulih.

Kita bukan tidak pernah mengalami keadaan begini, tetapi apa yang berlaku di Mesir menjadi begitu mencemaskan kerana kita dapat melihatnya secara langsung dan terus menerus dari kaca TV dan kita pula berhubung dengan anak-anak kita secara ‘virtual’ melalui emel, Skype, Twitter, Facebook dan sistem pesanan ringkas (sms).

Jadi apabila Kerajaan Mesir dalam kepanikan mereka untuk menyekat rakyat jelata berhubung antara satu sama lain dan menyemarakkan lagi protes terhadap Presiden Mubarak itu, telah menutup semua saluran komunikasi.

Ini secara spontan dan menyeluruh menjadikan Mesir ‘lenyap’ dari peta dunia. Dalam situasi itu, tentulah ibu bapa penuntut kita di Mesir sangat bimbang dan tertanya-tanya apa yang berlaku kepada anak-anak mereka. Inilah fungsi dan kesan dunia tanpa sempadan dan komunikasi di hujung jari.

Dulu pun keadaan cemas begini, berlaku. Bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara pun berlaku. Saya ingat lagi bagaimana perhubungan telefon, telegraf dan pos terputus buat beberapa ketika apabila berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Ramai ibu bapa yang anak-anaknya bekerja atau belajar di Kuala Lumpur tidak mendapat khabar berita hingga berminggu-minggu lamanya kerana gangguan sistem perhubungan dan komunikasi.

Daripada pengalaman Mesir ini eloklah diwujudkan pelan kontingensi tetap di Kementerian Luar bagi menangani dan menguruskan kebajikan rakyat jelata Malaysia, khasnya penuntut di luar negara, terutama sekali di negara-negara di mana situasi politik dan bencana alam sering berlaku.

Dengan semakin ramainya penuntut kita belajar di luar negara, sama ada atas tajaan kerajaan, swasta atau perbelanjaan sendiri, dan pergi pula ke tempat-tempat yang kurang selamat dan sering dilanda bencana alam, maka eloklah diwujudkan pelan seperti itu.

Inilah pun tugas asas Kerajaan dalam dunia virtual di mana maklumat mengalir pantas dan berterusan. Dan ini jugalah tanggungjawab baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khasnya Tentera Udara dan Tentera Laut yang mempunyai aset jarak jauh seperti kapal terbang dan kapal laut.

Jadi janganlah kita hilang asas perkiraan kerana menjaga keselamatan rakyat jelata, sama ada di dalam negara atau ketika mereka berada di luar negara, adalah menjadi tanggungjawab asas dan fundamental sesebuah kerajaan yang sah. Yang sepatutnya mendapat pujian dan pengiktirafan adalah elemen-elemen dari sektor swasta yang menyumbangkan aset serta kemudahan milik mereka untuk turut sama membantu penuntut kita itu.
 
by A Kadir Jasin

Gong Xi Fa Chai

Happy New Year to all my Chinese friends and readers (if any).


Semalam aku buat rendang ayam tapi takde jiran Cina pulak nak ku bagi. Tgh sedap2 makan baru teringat kat apek yg hari2 hantar newspaper kat aku. Hmmm....nx time aku buat utk ko la Alex.

Tips Hartanah 9 - Jangan Jatuh Cinta

Tips Hartanah 9 - Jangan Jatuh Cinta | If u buy property(s) for investment jaaaaangannnn la jatuh cinta sampai sayang nak jual. Jangan jadi macam aku.



Ada sekali tu aku rasa terbeban nak membayar bank loan. Ye la, sewakan rumah tapi tak untung-defisit. Kawasan tu lambat bona melotup. Inilah bahananya beli rumah belum naik tiang dan tak melawat kawasan pulak tu. Dalam brochure gambar KLIA bukan main dekat lagi dengan projek tu padahalnya……………

Lepas fikir punya fikir aku pun iklankan ‘untuk dijual’. Kebetulan pulak aku kat NSTP masa tu. Time aku jauh kat Seremban ni rasa dah bosan, jual ajelah. Bila datang dedekat rasa sayang pulak sebab sekolah semua dah siap, sekolah agama rendah pun ada, universiti pun ada, stesen minyak ada, highway ada… Nak jual pun harga tak tinggi mana.

Akhirnya tak jadi jual walaupun masih tak untung. Bilalah value rumah tu nak naik…..merangkak-rangkak. Sabar yo lah jang. Sabar membayar hutang…hiks.

If anyone interested in your property and he is willing to pay at your price tag, let it go! Berlambak lagi rumah kat Malaysia ni.

Setakat ni aku belum pernah menjual harta. Aku jual kereta yang dulu pun sebab dah beberapa kali kena langgar. Rumah yang aku duduk sekarang ni walaupun kecik tapi dibeli dengan susah payah, ada sentimental value oooo. Kalau aku berpindah sekalipun mungkin aku sewakan saja rumah ni mahal sikit daripada market rate. Why?

Privacy wehhhh….I will not just rent out the house but selling the privacy also. Ko nak seksi meksi dalam rumah pun orang tak tahu (sebab takde rumah berhadapan) siap pokok buah-buahan lagi, serai, pandan, ciku, durian, nangka, cempedak, limau purut dan lain lain semua ada. Good neighbourhood pun iye jugak.

Book & movie review - sekali harung

Eh korang perasan tak ada button book for sale kat atas tu? Yeahh...i want to sell my old novel yang aku tak nak baca lagi but still belum upload lagik. Kalau ada peminat buku bawak besoba yo.....nt den update satu-satu.

Ingat tak hari tu aku ada kata nak tengok Faster tapi tak celuih sbb bawak Ali. Hohohho....ganas le cite tu...LPF dah tak strict ke sekarang ni?...pmpuan bogel ada (tutup skt sgt), sembelih ada... Dulu aku ada tgk tv bila sebut bodoh je 'tut'.... w/pun perkataan bodoh tu tak bermaksud orang tu bodoh, ntah apa2. Skt2 tut skt2 tut spai aku tukar channel lain sbb bosan. Berbalik kpd Faster cerita ni memang takkk sesuai utk remaja. Tapi tak mengecewakan la...

Masa aku tgk tu time office hour so tak ramai la penontonnya. Yang hamlaunya ada 2,3 ekor mamat kat belakang dok bagi komen kuat2 pastu sembang sesama dia. Bila pelakon seksi tu klr lagi la jakun. Tapi terpaling hamlau ialah ada orang kentut punya kuat kat dalam panggung tu. Lelaki le tu. Kurang asam. Woiii...ingat kat rumah ke? Nasib baik ddk jauh2 kalau tak naya je kena sembur dgn gas.

                               

Okay enuf tang movie...ni aku nak komen buku pulak.

                               

Semenjak aku ketagih bertenet nih aku rasa buku Rindu Eropah Tawan Damascus  dapat membuat aku membaca sambung-menyambung. Lepas makan- baca, selesai ke toilet- baca, lepas masak- baca dan aku tak berselang-seli dgn buku lain. Buku ni murah je rm18 for 353 pages tulisan dan pengalaman Abd Munir Md Ramli. Bila aku baca kata pengantar oleh Abd Jalil Ali dan Subky Latif aku yakin buku ni sesuai utk aku. Hasil penulisan En Jalil pun aku suka, jenis santai tapi ada unsur nasihat dan sindiran.

Buku ni ttg pengalaman Munir yang berhajat to travel to Europe utk menggapai kejayaan tetapi tak diizinkan Allah sebab his success sebenarnya bermula di Syria kemudian di Saudi. Time aku baca tu aku ddk mengadap map yg ada kat wall rmh (aku macam bersama dia pulak dalam perjalanan tu sbb dok tengok map aje) so bila dia dah spai Bangkok then terpaksa patah balik dan bermukim di Singapore wohooo....jauh tu beb! Dia jenis hitch hike. Buku ni membuka minda aku jugak le to always have plan B.

So guys kalau u all nak travel jauh2 make sure jangan kawen muda2 sangat. Kalau u all study kat overseas, simpan le duit sikit jgn enjoy mcm kwn aku tu, keje part time lps tu beli sunglass sampai 400 pound. Gilo!! Dah ada peluang belajar di tempat org tu pergilah melancong sekali. And to the parents janganlah halang anak2 deme 'merayau'....peluang tu tak datang selalu. Pesan kat dia suruh jaga maruah diri dan agama sudah la (depa kan dah nak masuk umur dewasa time tu). Kawan aku, dia tak bagi anak dara dia jalan2 terutama waktu malam. Satu hari tu time dia melawat anak dia kat oversea dia tanya lah kenapa masa short break anak dara dia tu tak pergi jalan? Anak yang baik jawab balik, "dulu abah tak bagi". Lepas tu si abahnya kata bukan dia tak bagi tapi pergi beramai-ramai takut diapa2kan orang. Laaa...cakap biar terang abah oiiii......

Buku yang ini pun aku suka jugak tapi...................

                               

belum habis baca lagi! hehehheh.......apa taknya, dapat yang baru kat atas tu tinggalkan dulu yang ni.

Buku ni adalah koleksi tulisan Subky Latif dalam Siasah. Dulu ada jugak aku beli sokkabar tu tapi pricey la pulak aku rasa......pages tak byk mcm The Star. Tulisan orang2 berumur dan berpengalaman luas ni lain. Bezanya macam mak aku masak gulai lomak cili api dengan aku masak lomak cili api. Gulai sama tapi rasa tak sama.

Buku ni aku beli masa nak cari kasut kat KL hari tuh...kedai sebelah masjid India bhg blkg tu.  Aku purposely jalan kaki dari Jalan Silang-Masjid India-Pertama-Jalan TAR sbb nak jengah kedai buku. Rindulah kedai buku kat area situ. Harga yg dicetak rm15 tapi aku dpat rm12 je. Wow! Biasanya kalau beli kat Popular dapat 10% disc je. Byk buku2 agama kat situ. Jalan punya jalan punya jalan, masuk jugak Pustaka Mukmin and Minerva. Kat PM aku dah berkenan kat 2 buku-takde dijual di Popular &MPH tapi nak tunggu dics lebeyyy di KLIBF nanti.

Jom baca!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free