Bagaimana hak kita?

Kita selalu beli barang elektrik dan elektronik atau barang2 lain tapi ada tak kita baca warranty card depan2 tauke kedai tu? Kalau beli hp or camera time tu jugak kita boleh baca but what about buying things yang besar gedabak and that tauke says 'barang ada dalam stor'. Memanglah dia kata ada warranty 5 years but what about the conditions? Moreover when we buy 2 products with different maker.



Macam kes di ats ni si apek kata wrty 5 thn. Iye le....tp yg 2nd aje....the 1st one only 3 yrs.

Cuba baca no 2 pulak, tiada bayaran tambahan kecuali caj pengangkutan. Since the manufacturing company dlm 23km away from my residence most probably they will charge me around rm30 in case i need the thing to be repaired. Kenapa aku ckp mcm tu? Last yr i bought something from a hardware ctr which only 800m away and dia mintak 10 inggit.

No 3 pulak, lps setahun ada servis caj 1/10 drpd retail price x berapa thn digunakan + trpt chg.

No 4, if unsanitary dia blh refuse pulak.

No 6, warranty not valid kalau wrty card tak dihantar dlm masa 14 hari (yg atas 7 days) siap dgn cop penjual. Si penjual ni pulak tak cop siap2 sblm hantar, nak kena p balik ke kedai tu yang bukan laluan biasa kita.

Yang ni aku nak gelak nih.......hihihihihhhh....

Walaupun aku lulus English 322 jek tapi i'm sure ada salah kat situ except point no 4, betui dak?

Tips Hartanah 8 - Time sharing

Tips Hartanah 8 - Time sharing | Korang pernah dapat call tak yang dia suruh kita dengar ceramah 90 minit? Tengok….dia psycho ko dengan minit walhalnya 1 jam 30 minit. Takdanya lama tu, mesti 3 jam punya. Depa janji bagi voucher percutian percuma 2h 1m.


1st- time dulu jumpa kat Port Dickson tapi tak dengar pun. Dapat voucher free hotel kat PD jugak. Tak utilize.

2nd- malas nak layan. They call my husband actually then my husband suruh call aku. Kan aku home manager….kikikiii

3rd- kat Mines. Aku dah tau kisah siap tanya dapat pergi hotel/resort tu time cuti sekolah ke tak? Dapat la melepak kat Country Heights tu sekejap.

4th- kat Legend Port Dickson. Dapat feel berada dalam water chalet tu. Cantik ko….voucher tak utilitize, dia bagi lepak kat Legend Cerating ke mana ntah.

5th- kat Seremban. Vouchernya untuk resort ........tak hengat.

Developer ni kan dia appoint satu company lain untuk jual their properties. Kebiasaannya kita kena dengar ceramah ‘mengayat power’, dijanjikan percutian ke luar negara secara percuma, percutian dalam negara di resort/hotel terpilih and a few more benefits la katanya.

Caranya ko kena melabur dalam projek depa tu, belas atau puluh ribu jugak. Kalau korang p dengar ceramah tu JANGAN bawa credit card atau sign apa2 borang melainkan acceptance of the voucher, fikir dulu pro and cons. Kalau ko dah join, bilik-bilik yang ko beli tu ko boleh sewakan kat orang lain. Contohnya hotel kat Mines tu time Formula 1 atau musim pelancong datang penuh la poket ko (kalau dapat disewakan).

Kalau u all jenis duit sentiasa berlebih takpelah, no hal at all. Tapi kalau yang baru mencuba-cuba invest dalam property mungkin tak sesuai. Lagipun the seller tu suruh kita sign aggreement jam tu jugak walhal liabilities tu laaammaaa nak ditanggung. But, maybe kalau property tu di kawasan hot with high occupancy rates mcm Port Dickson boleh dipertimbangkan. PD ni gawat ke tak gawat ke sentiasa ada pengunjung.
 
Aku tak berminat dengan program sebegini dan aku tak pasti la awek-awek manis dan pakwe-pakwe hensem yang dok jual program ni join ke tak. Yang selalu keluar dalam media bos-bos diaorang dok kempen, yang aku nak dengar orang biasa yang melabur dan berjaya willingly share their experience and knowledge. Susah kot nak jumpa, orang kekaya ni mana nak share wehhhh…..

Aku rasa Sommerset Rompin pun ada programme ni. Masa aku pergi dulu somewhere in 2004 banyak villa kosong kat situ. Tak ramai orang ke sana maybe sebab jauh dan takde tempat tumpuan lain yang menarik kat sana but if u wanna go to Tioman okaylah lepak kat sana dulu, dah dekat dengan jeti. The resort lebih kepada eco-tourism and golf so Cik Kiah and Cik Jah kurang minat tempat-tempat cenggini. Aku pergi sana pun time pregnant 3 4 bulan so takde la mencuba ATV tuh. Just lepaking mandi kat swimming pool dalam suasana yang nyaman. And keluar dalam newspaper resort ada masalah hakisan, tak taulah dah settle ke belum. Tak ke naya if u one of the owner?

Yang aku ada nampak kat sokkabar orang nak jual balik program yang depa dah masuk tu huhuhuhu….sedey.

Mama and the boys

 Hari cuti budak2 tak betah duduk sesaja di rumah, awal2 depa dah booking servis mak ayahnya untuk hantar deme ke padang. Kalau ikutkan hati tak koso la den dohh....balik karang mesti letih..lepak2 tgk tv sblh petang sambung latihan swimming utk MSSMNS pulak. Ntah bila le nak belajar si Aiman nih.

Ni depa dah pakat kat sekolah hari Ahad ramai2 menyepak di padang.

Kejar Dam, kejar! laju lagi!

Aku sungguh tak faham dengan orang yang tak reti nak buang sampah dlm tong sampah. Kat tempat mcm ni pun nak kena ada tukang kutip.....tak boleh ke kita berubah? Bosan. Jom ajar anak msg2.
Aku rasa kita kena buat macam kat Jepun la, dalam kelas takde tong sampah. Kalau budak asah pensel depa kena simpan dalam poket dulu baik rumah nanti baru buang. Agak2 ada yang melompat tak dengan cadangan aku ni? Harussssss...........

Nak masuk padang bdk besar tak bagi...kesian..


Buaya bawah umur hehehehhhh.....
Adik heran nengok abang. Nampak macam nak join tapi kaki tangan tak kuat lagi. Main yang biasa2 sudahlah dikkk

Cakkkk!!!


So happy mah!


Nak lawan? Meh la...



Aiman and friends....... Sukanya geng bas sekolah ni...


Yeayyyyy!!!!


Girls, jangan mengalah

Ini ada satu cerita kat kilang, kisah lama dan bukan mengenai aku walaupun aku pernah keje kilang masa tunggu result SPM dulu.

Budak pompuan ni dapat gred SPM ntah apa2  so dapat la jadi pekerja am kat kilang.....kilang apa ek..... kilang A lah kita namakan ye. Alaaa awek tak berapa cun potongan badan pun tak seksi macam Nasha Aziz n Zahnita Wilson tu 35-28-35 dapatlah jawatan tukang sapu. Ehh..halal apa.

Yang tak bestnya ada sorang mamat technician dengan gang dia dok kutuk si awek ni keje tukang sapu. Yang bagusnya pulak si budak pompuan ni lepas puas menangis dan rasa rendah diri akibat dikutuk, amik  exam semula dan passed with flying colours terus ke oversea, Japan if i'm not mistaken. Rezeki orang mana kita nak tau kan.

Dipendekkan cerita after graduate dia apply keje kat kilang lama and ....walla! Mamat tu masih di sana. Si pompuan tak tegur tapi mamat ni kata rasa mcm pernah jumpa la... Si pompuan ni buat2 tak kenal dan tak pekenakan mamat tu pun.

Haaa...itulah, jangan suka ngumpat mengata orang, pandang rendah kat orang.

Kalau aku la jadi pompuan tu aku ngorat mamat tuh sampai dia jatuh cinta rindu dendam angau bagai, mintak belikan Blackberry ke.. Ipad ke... lepas tu dump cam tu jek baru padan dengan muka dia yang tak hensem tu.

Girls, kalau ko kena tinggal dengan boypren ke tunang ke toksah lah heboh2 mcm si polan tu....baru putus tunang je dah heboh seantero Malaysia siap ada batu ronson kasi bakar... siap buat buku la, bukan kena cerai talak 3 yang oooiiii!!!!  Eloklah putus tunang tu drpd kawin setahun dua dan bercerai, kena turun naik mahkamah sampai menopause pun belum tentu selesai. Ramai lagi lelaki hensem dan baik kat luar sana, tak gitu?





Tips Hartanah 7 - Tanah kosong?

Tips Hartanah 7 - Tanah kosong? | Aku belum mampu lagi nak beli tanah kosong. Kalau ada pun yang 6 kaki tu jelah, tu pun tak tau dimana sebab aku tak pergi masjid punya orang. Tengok tak cerita ‘Tanah Kubur’?



Pendapat aku, kalau duit kita tak sebanyak mana elakkan membeli tanah kosong melainkan ko memang time tu jugak nak buat rumah dan duduk kat situ. U can take it or leave it.

Normally bank only finance around 60%-70% kalau kita nak beli tanah. Itupun mesti dah ada plan rumah. Pemahaman aku, if anything goes wrong it would be easier to sell the house and the land together rather than selling the land only.

Aku takde pengalaman la bab tanah ni so aku tak tahu sangat fasal masalah-masalahnya. Yang aku selalu fikir, betul ke tanah yang ditunjukkan dalam geran oleh si penjual sama dengan actual tanah yang kita pergi site visit dengan dia tu?

Tips Hartanah 6 - Mari pilih! Mari Pilih!

Tips Hartanah 6 - Mari pilih! Mari Pilih!



Jangan mengadap matahari terbenam

Paneh wehh! Kalau boleh pilih jangan la amik yang ini. Sengsara ko duduk dalam rumah tu nanti, air-cond pun tak boleh nak menolong.

Rumah kawan aku bebetul mengadap matahari jatuh bukan sipi sipi lagi. Bahang dalam rumah tu jangan citelah and sliding door memanjang bertutup dengan curtain tebal. Kesian dia. Yelah, masa tu takde org bagi nasihat (macam aku buat ni).

Kerja pilih-memilih doesn’t apply kepada orang-orang membeli rumah melalui proses mengundi dari state government. Terima ajelah apa yang dapat daripada takde lansung. Bila rezeki bertambah, cari rumah lain.


Semak Pemaju Hartanah

Ada pemaju seperti Talam and subsidiaries dulunya focusing on low and medium cost houses and this company ada banyak tanah bekas lombong.

Ada jugak pemaju yang berpengalaman membuat rumah belum pernah membuat high rise apartment. Apartment tinggi ni banyak risikonya.

Ingat kisah keluarga yang kehilangan 2 anak dalam kejadian tanah runtuh di Rawang? Aku rasa family ni dah cukup berhati-hati dah tapi terkena jugak. Depa beli tanah daripada well known developer yang develop Taman TAR malangnya projek kat Rawang tu tak menjadi sebegitu berjaya or TAK BERJAYA LANSUNG!

Depa kena cari air sendiri and the best thing is keluarga dema je duduk kat kawasan ‘mewah’ tu. Depa komplen dalam tv and tak lama selepas tu terjadilah malapetaka yang tak diundang.

Bebaru ni that family dapat pampasan – settle luar mahkamah. Kalau dah ajal, tak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat tapi anak-anak mereka tak sepatutnya mati dalam keadaan sebegitu. Ko ada anak? Belum?....Kalau dah beranak nanti ko tahulah macamana perasaan depa.

Moral of the story:

Kejayaan dahulu tidak semestinya mencerminkan kejayaan akan datang.


My experience 1

Aku buat site visit utk 1 flat yang nak kena lelong ni. Jenuh aku cari tempat ni, tanya kat budak 7E dekat situ pun dia tak tahu walhalnya memang dah dekat sangat. Tempatnya cantik, kawasan tinggi sikit.

Ko nak tau flat tu kat mana? waa....bebetul sebelah tebing batu yang maha tinggi! Aku rasa it's an original one. Aku fikir ni kalau tebing runtuh... jiun  le jawabnya manusia yang berada dalam flat tu. Tinggi dan sangat dekat, patut la banyak rumah kosong, ada yang nak jual yang kena lelong pun ada.

Kalau jalan lagi naik ke atas in the same area ada apartment kat atas tebing tinggi. Memang class la duduk kat situ tapi dengan kes Highland Tower yang mana PBT tak boleh dipertanggungjawabkan, pada aku baik lupakan saja.

Kedudukan flat tu aku tak boleh lupakan....kesian orang macam aku. Kalo nak tengok tak silap aku Taman Permai kat Cheras. Hmmmm....


My Experience 2
Ada satu flat ground floor kat PJ nak dilelong 10k. 10K???? Mau penasaran aku kalau tak p tengok. Gigih heret laki mak, nyah.... Kawasan flat....biasa la keadaannya, dinding dalam pun tak berplaster nak save cost la tu kat memana yang patut tapi dekat komuter, boleh melintas ikut jejantas blok yang satu lagi. Bas pun lalu situ. Punya la convenient tempat tuh.

Kat dalam rumah tu ada sorang makcik yang dah berumur, aku nak gather info pun takut takut nak bertanya. Tak sampai hati pun ye. Kesian maaa....

Katanya si pembayar (tak tau la anak dia ke laki dia) bawak teksi income tak tentu, tu yang tertunggak tu. Aku sampai 2 kali tanya kat orang yang bagi info ni betul ke 10k? Iye kakkkk..... fed up kot. Aku rasa harga tu ikut reserved price dalam Sales and Purchase Agreement tapi macam tak mungkin pulak, low benor le pulok. Mungkin jugak bank dan hilangkan file so dia main agak2 je price asal rumah tu....ntah lah. Bila sampai auction date rumah tu tak jadi dilelong but setelah beberapa lama dah naik balik for auction but no more 10k lorrr.....sudah up 60k! Mesti ada orang beli punyalah. Bagus jugak aku tak beli (tak berduit time tu sebenornye, rege sudah naik maaa) sebab aku dok fikir mcm manalah aku nak suruh makcik keluar...hiks.


My Experience 3

Dekat-dekat rumah aku ni ada satu taman lain yang berdekatan dengan 'kolam renang IWK' dan disebelahnya pulak ada kawasan penempatan penduduk. Yang tak bestnya jarak kolam tu dengan deretan rumah terlalu dekat dan lebih tinggi dari rumah 1 tingkat tu. Ko boleh tahan macam tu? nak jual tak boleh, nak duduk memendam rasa, nak makan meloya.

Hang pi check dululah memana tempat yang hang nak beli tapi macam aku cakap sebelum ni, kekadang ada perkara-perkara surprise untuk kita. Tak de pun dalam miniature kat sales office developer tu... tau tau muncul je signboard: Cadangan pembinaan kolam takungan bla bla bla....huwaaaaaa.......!!!

Lets go swimming!

Swimming suit - Speedo
Seriously, aku mamai sat nak sarung ikut mana. Rupa2nya dari atas...ingatkan lepas 'X' tu. Punyala lama tersimpan dalam gobok baju. Nak pinjam baju anak, w/pun saiz bahu lbh kurang tapi yg lain2 lebihhhhhh.......takde kurang, tak muat noks




Goggles - Speedo also

Speedo BioFuse Rift Mask Goggle


Swimming cap - ditaja oleh Speedo


Play dry shirt - Reebok
Kena pakai ni...malu seyyy...dedah belakang w/pun sume pompuan kat situ. Kalau life guard tak sound pakai je terus



Play dry pants - Reebok




Swimmming board - Arena


ring!....ring!....ringgggggggg!....

jom pg swimming petang ni
boleh...
boleh ajar auntie berenang?

hakhakhaahak......baru nak belajar je tu...gaya mcm nak wakil Malaysia ke Sea Games

Ghajo begolek

In 1986 we move back to N9, permanently. One day my uwan says,

ghajo begolek kek Senanti, ekau tak poi nengok ko?

apo ko bondo ea uwan den cakap ni?


pic credit to halym.net

Hari ni 14 januari 2011 ghajo den begolek lagi....tapi yg lain.

Semoga Tuanku Muhriz sekeluarga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. Amin.

psssttt.....bilo la den nak diundang ke istano nih

1st day sekolah day

Esok kakak n abang nak sekolah, meh adik tolong ya



waaa dik, nt buat bisnes laundry lah...senang mama hantar kat ko nanti

Macam biasa, hari2 jadi supir amik budak sekolah

Tunggu-tunggu gurau-gurau jerit-jerit gelak-gelak nangis-nangis

Ohhooo.....duit belanja belum habis lagi...beli ais krim pulak

1st week balik pukul 2 sbb takde KAP. Hmmmm....baju sekolah dah dikeronyok dalam beg. Mana pulak la si Adam nih...menunggu lama2 den tak goma nih

1st week ni kita jemput la kakak balik sekolah, minggu depan ko jalan kaki ye...belajar2 susah sikit.

Bila anak makin besar usia mak pak pun makin tua. Thn depan ada sorang lagi naik seklh menengah so akan bertambah cabaran membesarkan deme semua ni menangkis masalah kebejatan sosial masa kini (cehh...macam phrases shahrizat jalil jek). Kalau dulu omak den membebel kek den sekarang ni aku turn aku pulaklah.

Ehh...bagus apa kalau aku membebel, takdelah sunyi dunia ni




Anakku dah besar

Cepat betullah masa berlalu, diam tak diam dah masuk secondary school anak aku...rasa macam baru je aku teran dia keluar semalam. Makin tua dah aku ni, eh...bukan life begins at 40 ke? Ni belum spai 40 lagi pun ....

Ni cite on the registration day sekolah men keb. Aku serba salah sebenaqnya nak bagi dia ddk asrama 40km away. Kesian tu mmg ada sebab 4 org kawan dia sambung sekolah agama kat sana tapiii.....ada pertimbangan lain yg perlu dibuat. Kalau Maahad tu of course aku bagi pi. Nak kuhantar ke sekolah agama di Kedah nun walaupun yuran okaylah tak sampai 200 sebulan and MIL serta ipar duai boleh jenguk selalu tapi asramanya alahai...penuh mampat sarat. Nak hantar yg kat Jeram tak mampu la pulak dekat 500 hengget sebulan. Tu blm masuk lagi cost we all mak pak ni nak pg jenguk, blm masuk lagi dia call "ma, cikgu nak duit"....susah wehhh kalau purse tak tebal nih.

So we've decided hantar sekolah ni jelah, aplly KAA harap2 dapat. Rasa ralat jugak sampai sekarang sebab dia dah hafaz surah yg panjang2 (yg aku sendiri blm mampu) if dibiarkan takut lupa. Kalau tak dapat jugak KAA tu ko belajar jelah kakak mana2 pun sama je. Rajin2 belajar kat rumah, mak ko ni guna sekehlogi. Lepas PMR sok kita apply lain.

Comey cikgu pengerusi majlis nih, sure bujang trang tang tang lagi

Cikgu bosa...kena dtg sekolah jugak walaupun esoknya kat rumah dia ada kenduri besar. Berkorban apa saja cikgu

Bosan je muka kakak...sambil dengar khutbah kat depan, kena dengar khutbah aku sekali

En suami call suruh beli ayam panggang...suke! Tak payah masak.

Ni gambar aku...takde mcm nak dekat 40 kan? kan? hehheheheh...



Ni versi boarding school dah tak rock n kain tak senteng lagi.
Rasa makin muda remaja pulak....ahaks!


Apalah bengong orang ni

Biasa jumpa orang bengong?

Pagi ni masa merayau2 dalam blog terjumpa la pulak orang marah kat sorang artis sebab join semayang hajat yg dianjurkan parti politik kat Selangor. Ooiiii....nak semayang pun kena ikut parti ke? Habis tu kalau nko ddk kat Kelantan ke kat Kedah ke tak boleh solat kat masjid lah sebab imam dia parti lain? Eiiii.....rasa nak mencarut je aku. Bengong!

Nak solat pun kena ikut telunjuk orang ke....imam yg ni boleh imam yg tu takde tauliah? Asalkan dia tak sesat sudahlah..... Dah sah2 orang tu merendah diri mohon bantuan kat Allah. Nko????



Siap ngutuk cari rezeki kat parti yang satu tu tapi ikut solat hajat bantah perintah manusia (ya manusia yang maha...) lain. Aduhai Melayu..... lupa ke rezeki Allah yang bagi?

Bengong!

Hari-hari terakhir cuti sekolah

Aku nak imbas kembali hari2 yang menggembirakan aku...sekolah nak start dah, aman rumah aku spai petang. Mcm2 lah dia orang ni ramai2 kat rumah..tensen gue!

Lepas beli baju kakak hari tu aku bawak la depa ni pi merendek kat Carrefour. Masa sampai tu time org kat office lagi-sunyi. Tapi bila dah pukul 6 pun sunyi lagi ayoyooo....naya la bisnes camni. Sejak Tesco dibuka kat Seremban ni Carrefour terjejas teruk aku rasa, ndak2 pulak tu Carrefour ni dkt sangat dengan Econsave.

Tak tau la aku dia org ni buat feasibility study ke tak atau data2 yg depa dapat tu tak accurate. Penduduk Seremban ni tak la ramai mana and purchasing power pun tak power sangat bukan mcm KL nun tapi pasaraya ada berbagai-bagai. Carrefour tu big company takde la aku kisah sangat pun yang kesiannya penyewa2 lot kedai. Dah la nak start business berapa riban dah habis dgn renovation, stok baju bla..bla.. bukak sebulan dua orang dah tak mai.

Macamana pulak kalau lot kedai tu dijual? hmmmm....

ishhh...sibuk je lah aku ni amik tau hal orang kan? kesian kat org kita deyyy

Aku belum masuk lagi depa dah berebut2 naik kete tu...yg besar pun sibuk gak


Ko jangan jadi mat rempit pulak besar sok nak


sukanya diaaaa.....punya la mahal 6 mins 3 inggit. Mana tak meraung bila kena turun, tak puas lg pusing2


tekan minyak sendiri... bestnya...

Kan dah meraung!!...huaaaa...!!!!!


Sumbat dia dalam troley ..yey!

Aku kata toksah beli dua nak jugak....buat muka sentap. Sudahnya pagi esok dah kempis kena penyepak


Nyam nyam

Nangis lagi nak chuppa chups pulak....lemas betul aku


Ko nak nangis, nangis la dik...abang naik keta dulu


Upah diam




Amacam, ok?

3 anak bujang. Abang tu dulu masa kecik2 banyak kali jugak pergi audition iklan tapi pemalu. Ada 1 iklan tu dia yang dapat, kakaknya reserve tapi yg keluar muka kakak dia sbb malu, merajuk time shoot.

Dah besar sok ekau jago omak kau ni yo...



Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free