Ilmuan Islam- Ibn Khaldun 732H

Tags
Nama sebenarnya ialah Wali al_din Abd al-Rahman bin Muhammad bin abu Bakar Muhammad bin al-Hassan lahir di Tunis.  Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-quran, al-hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa dan mantik.

Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam. Karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa. Antaranya beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilah (al adl), berusaha keras, kerjasama, kesederhanaan dan kesamarataan.

Ilmuan Islam- Ibn Haitam 965M

Tags
Nama sebenarnya ialah Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitam. Walaupun beliau lebih dikenali dalam bidang sains dan perubatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah dan seumpamanya.

Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhimat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan untuk merantau ke Ahwaz dan Bahgdad. Di perantauan beliau telah menyambung pengajian dan menumpukan perhatian kepada penulisan. Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.

Bas dah takde weiii

Tags
Masa hu ha hu ha orang sibuk tentang perkhidmatan bas yang dah terhenti kek Nisimlan nih aku tak kisah sangat sebab jaraaaaaanggg naik bas henti-henti, aku cuma naik bas ekspress sajo kalau perlu.

So kisahnya aku balik Kodah dengan abang kononnya ada interview sekolah agama. Aku okay je en husband pun dah tak kisah nak lepaskan aku.... berani giteww. Oleh kerana aku naik kek Somban so kenalah aku turun di Sungai Petani ataupun Butterworth, aku pilih SP. Naik bas malam ni best noks pertamanya sebab kita tak membazir masa tidur di siang hari, keduanya sejuk dan nyaman dan ketiganya bas gerak jam 11.15 pukui 4.30 dah sampai. Kalau siang hmmmm.....

Sampai SP brader yang bawak kete sewa tu kata bas ke Baling pukui 6 takdak, kalu ada pun pukui 8 ka 9 ka...... Wa tak percaye...wa pi tanya kat vendor sokkabar pulak. Dia kata ada cuma bas ke taman-taman je takdak. Camner nih? Confuse sudah. Ku telepon bos pukul 4 setengah tu harammmm tak berjawab. Tengah mimpi Lisa Surihani agaknya. Kalau naik teksi mau 60 hengget ditibainya. Okaylah pi semayang subuh dulu... takda rasa takut pun sebab berjalan berdua dengan abang. Tenang je SP di subuh hari tu, selain gerai nasi lemak berlauk semua kedai lain tutup.

Dekat pukul 6.30 kaunter Transnasional/Cityliner bukak. Sah! Route SP-Baling dah ditutup. Arghhhhh.........!! Terpaksalah naik bas Sik turun di Kuala Ketil then naik bas lain ke Baling pulak. Dah mengundur ke belakang semula kita ni. Ya rabbiiii.... aku ingatkan bas yang tahun 80a dan 90an tu dah takde hahahhaha.... dengan seat yang sempit, aku yang pendek ni pun boleh lutut kena seat depan. But abang enjoy sangat naik bas tu... pengalaman pertama kekdahnya heheehehheh.....ko simpan tiket tu bang.

Aku yang pertama kali naik bas lompat ni setelah berbelas tahun meninggalkannya pun terasa susah inikan pulak orang yang terpaksa naik hari-hari. Memang mencabar sungguh kalau bas lansung tak ada.

Medan revisited...Day 4 di kota Medan

Tags
Pukul 7.30 pagi aku dah terpacak depan masjid raya. Kononnya nak masuk tapi grill berkunci... rupa-rupanya ada hamba Allah dok vakum karpet, tak dengar orang panggil. Hujan renyai pulak time ni. So sementara nak tunggu para tetamu sampai pukul 8 setengah kang aku amik gambar dengan ditemani Pak Abdullah. Dia nak solat dhuha kat sana. Dia dah tolong cerita pandai-pandailah nak hulur ye walaupun dia tak minta.... selain menghulur ke dalam tabung masjid. Takpelah, dia dah tua lagipun baik je pakcik tu.

Mencari rezeki yang halal tak mengira hujan ataupun panas

Masjid dan pintu gerbang ni sudah berusia 105 tahun.

Pintu pejabat di pintu gerbang

Tempat wuduk yang baru 20 tahun (kiri dan tengah) tapi dah retak berbanding dengan bangunan masjid yang masih kukuh berdiri. Ruang dalaman masjid tak besar... ialah kan, dibina untuk masyarakat islam 105 tahun dulu, tapi kawasan luarannya agak luas. Time aidiladha penuhlah kesemua kawasan lapang ni. Masjid raya ni dibina atas idea arkitek Belanda. Yang aku suka tengok kanak-kanak lelaki bermain bola sepak di kawasan masjid di waktu petang. Kan bagus begitu, apa yang penting menjaga aurat bila berada di sini. Di Acheh pun begitu, masjid sebagai pusat komuniti.

Tersenget pulak gambar ni.
Mimbar yang mirip mimbar di Madinah dengan 9 anak tangga. Batu marmar di dalam masjid ni kesemuanya diimpot dari Italy. Di belakang mimbar ni ada jam besar hadiah daripada Queen Elizabeth tapi dah rosak. Yang digunapakai sekarang ni jam hadiah daripada kerajaan Jerman.

Al quran tulisan tangan hadiah kerajaan Pakistan

Pak Abdullah yang masih kuat daya ingatannya. Aku suka berbual dengan golongan veteran yang tahu dengan tepat tentang sejarah ni. Ni di sebelah kiri masjid, ada kawasan perkuburan. Yang hampir dengan masjid untuk raja, di sebelah pagar nun untuk orang biasa. Soalannya tetap sama: maarabbuka?????

Tak tahu nak panggil apa... ukiran dari kayu jati yang sungguh berseni. Menurut Pak Abdullah, kalau tak silap aku la, time solat Jumaat lepas takbir di depan ada yang takbir di sini pulak. Mimbar (betul ke?) ni diletakkan di bahagian muslimat. Tu yang aku tak faham tu.... Yang bagusnya di masjid-masjid di Medan ni kawasan solat muslimat diasingkan dengan papan/tabir seperti di Malaysia maknanya para muslimin tak nampak kita lansung tetapi di Acheh ruang solat muslimat hanya diasingkan dengan pagar rendah tanpa tabir. Alaaa.... macam pagar yang kita pasang kat dalam rumah tak nak bagi baby merayau sampai ke dapur tu.



Cantik ruang dalam masjid ni sayang lampu asal di beranda dah rosak. Tiang marble dari Italy

Salah sebuah daripada 7 pintu yang menandakan 7 hari dalam seminggu

Kaca tingkap dari mana haa...? haiii... lupa le pulak. Belgium kot.

Pintu gerbang yang masih kukuh berdiri. Di belakangnya ialah Hotel Madani. Di belakang hotel tu ada food court.

Selepas selesai melawat dan mendengar sejarah Masjid Raya Medan ni kubawa tetamuku makan pagi di Soto Sinar Pagi. Orang Malaysia bukan main recommend lagi tempat nih... sedap bangat katanya. Aku rasa biasa je sotonya... last month aku buat soto guna rempah Faiza/Adabi cam gitu jugaklah rasanya. Kadang-kadang orang kita berlebihan sangat memuji. Kalau u all datang dengan keluarga with tight budget skip lah kedai makan ni. Aku buat perbandingan dengan Malaysia nih.

Bila aku bilang sama supir saya rasa biasa aja....
Supir pulak balas, iya buk, saya pun heran mengapa ibu mau ke sini. Kan ibu bilang di hotel ibu nginap itu enak.
Saya kan membawa tetamu ....... yo lah kan, takkan nak bawak dia orang makan kat tepi jalan pulak.
I tell u, kalau u jenis tak kisah try breakfast kat sini .

Lepas tu apa lagi, ke Pajak Ikan lah! Aku tak betah berlamaan kat sini weh so aku mintak tolong supir hantarkan ke pasar buku Titi Gantung. Tersilap ler.... sepatutntnya ke Lapangan Merdeka. Dalam pada tersilap tu punggah gak 6 buah buku.
Penghantar lauk

Kalau nak ke Titi gantung kena melintas landasan ni dulu. Kalau supir bilang dari awal aku boleh jalan kaki saja dari Pajak Ikan tu. Dia amanah sebenarnya, disebabkan dah tugas dia so dia hantarlah kemana kita mahu walhal tempat tu dekat je, di sebelah kanan.

Tauke kedai buku di Titi Gantung. Ada buku lama, majalah dan buku sekolah. Dalam pada aku memilih buku sempat lagi aku mengirim kat wife pakcik ni belikan aku kopi dan keropok malinjau (ye ye...sempat mengirim lagi tu hehehheheh..... kebetulan dia nak ke pasar). Dapat jugak buku gratis sebuah hehehh.... terima kasih pak!

Kemudian ke Maha Vihara Maitreya 
A very huge building, bring along your wide angle lens

Aku tak masuk ke dalam pun...

Lepak-lepak sambil melihat burung bangau yang beribu jumlahnya.

Percutian ni 4h 3m tapi dengan solid 4 full days so hotel dan sewa mobil lebihlah. Lebih kurang jam 4 petang kami hantar para pelancong ni ke hotel untuk berehat dan packing tapi aku dan lagi pi massage kat sebelah hotel tu jek. Tak mau recommend lah, tak best. Kat area Vihara ni ada sebuah tapi jauh pulak nak balik ke hotel nanti.

Di airport ada yang kena paw, group yang lagi satu yang dah balik jam 6 petang tu kena paw sampai seratus hengget lebih. Hmmmm....... bilalah nak berubah? Jelek sungguh. Tapi aku masih mau ke sini kerna ada a few places yang masih belum ku lawati. Bilakah?

Kesemua gambar tanpa menggunakan flash light. u yang kelam sket kat dalam masjid.

Medan revisited...Day 3 Berastagi

Tags
Kita breakfast kat luar kemudian terus jalan kaki ke Pasar Buah Berastagi. Ada alpukat, pisang kaki, salak, limau, terung belanda dan lain-lain. Terung belanda bukan yang macam di tempat kita ni... yang merah ni untuk dibuat jus. Sedap gak, rasa macam jambu batu pun ada.

Abang kuda dok mengayat budak-budak

Akhirnya kutemui kembali kapal wap nehh.... masa kat Bandung hari tu aku ada beli 5 buah kapal tapi bila kembali ke Malaysia terlupa pulak aku camana nak bagi dia bergerak. Nasib baik la terserempak yang ini... dah terbukak rahsianya. Syok oooo.... bagi anak-anak main macam real jek. Mudah dan murah, guna minyak masak je.

Pemandangan dari Bukit Gundaling (goodbye darling). Dari atas ni boleh dilihat dua buah gunung berapi Sibayak dan Sinabung.

First time dulu tak sempat ke sini sebab mengejar masa. Kali ni puaslah menjelajah Taman Alam Lumbini tapi tempat ni tersorok sikit dan jalan masuknya tak bertar. Kuil ni adalah tempat pengajian agama Budha yang terbesar di Asia. Tak boleh merokok dan memakai kasut di dalam kawasan kuil.

Sebenarnya malap je kat dalam ni, chek bagi terang noooo.....

Di satu bahagian lain ada kawasan hijau. Lepas melalui jambatan gantung ni kita akan turun ke bawah lepas tu naik balik la. Nyaman je di taman ni. Puaslah bergambar kat sini....

Di depan kuil ni ada ladang carrot. Cantik betul, geram je tengok carrot yang dah besar tu... selalunya nampak kat bugs bunny jek. Kalau terlepas kelinci kat sini kenduri sakan le deme

Kemudian kami ke kaki Gunung Sibayak. Yang aku nampak ada dua je kolam air panas. Jalan masuk ke sini teruk, kalau naik sedan habihlah keto kau jang. Di sini jugak kita boleh lihat rumah penduduk yang berlantaikan tanah isk isk... untungkan hidup di Malaysia. Tapikan bila kita susah macam-macam kita ikhtiarkan untuk menyambung nyawa, yang penting rajin dan tak malu (buat kerja halal sudah). Kalau tak percaya pergilah tengok tempat orang, yang sangat anoyying cara mendapatkan duit dari kita pun ada. Walaupun kekadang bosan kena follow dengan seller jual fridge magnet, toys, mafla dan lain-lain tapi aku kagum dengan kesabaran dan muka tak malu depa tu. Yang pasti pada mereka hidup mesti diteruskan walaupun ko rasa nak melahar je.

Yang ini Sibayak View, yang satu lagi tu lagi kuat bau sulfurnya. Tempat berendam air panas kat sini.... siap ada yang berkaraoke berdangdut di pentas yang bayo bayo omak abah den. Tergolak den menengok ea.... aiyolahaiii..... suko bona diaorang ni berhibur.

Restoran pun ada, halal katanya tapi Bintang pun ada dijual. Aku rasa tak yakin so aku suggest depa makan di Medan nanti. Walaupun lewat tapi ada banyak pilihan di sana. Wahhhh.......... terserlah kepuasan dan kekenyangan mereka makan kat Koki Sunda Restoran. Siap order tomyam lagik, rindu la tu...almaklum, dok pekena nasi padang dan makanan minang sesajor aku pun dah tak lalu ....... tempat pun selesa.
Para pelancong ni kuhantar di Carolina Medan- luas, bersih dan selesa. Melompat keluar je dari pintu hotel terus masuk ke cyber cafe, nak bertenet ke nak main game hilangkan bosan ke.... takde hal. Gerai makan dan kedai baju siap pun berderet kat sini cuma agak jauh dalam 200m dari masjid raya.

Den check in kat Residence sajo...... bilik single siap bilik air.
Kawasan hujung katil tu bolehlah untuk bersolat sensorang. Kat bilik ni ada satu tingkap pecah pulak..adehhh... banyak nyamuk la pulak yang masuk.

Masa aku ke sini bulan 6 dulu kami terpaksa melalui kawasan cafe yang masih under constructions untuk ketingkat atas. Ramai foreigner di sini sebab dekat dengan tourist spot. Kata supir aku ada perisik kat cafe tu. Mungkin jugak kot, dah hujung-hujung tahun ni manalah tahu ada yang nak membuat onar.

Oleh kerana dah nak maghrib bergegaslah aku ke masjid depan nun, menunaikan impian nak berjemaah di sana. Alhamdulillah.

Oleh kerana kami lunch agak lewat so malam ni aku bawak deme gi makan kat Pagar Ruyung, kawasan India Muslim. Punyolah podeh masakannya kalah orang Nisimlan.


Ilmuan Islam- Ibn Qayyim 1292M

Tags
Menghuraikan falsafah ekonomi Islam. Beliau banyak membincangkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba an-nasiiah, dan mekanisma pasaran.

Nama asalnya ialah Shams al_din Abu 'Abd Allah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa'ad. Antara bidang pengajian yang dipelajari daripada mereka ialah tafsir al-quran, hadith, usul fiqh dan fiqh. Kesungguhan dan ketekunan Ibn Qayyim mempelajari ilmu dalam pelbagai bidang akhirnya menjadikan beliau terkenal sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqh, usul fiqh, tafsir, bahasa Arab, ilmu kalam dan hadith.

Medan revisited...Day 2 Pulau Samosir

Tags
Hari ni pun kami breakfast di kedai Islam Murni tapi aku minum je lah sebab tak biasa makan nasi pepagi.


 Then kami ke Ambarita naik van hotel. Aku tak bagi guide tu kacau tetamu aku... aku terangkan sejarahnya serba sedikit lepas tu amik gambar dan shopping souvenir kat sini. Lebih baik u all beli souvenir kat kedai di sebelah luar yang belah dalam nak mengono sesajor.

Ada sorang seller ni dia buka harga rm5 untuk sehelai kain batik tu tapi makcik tetamu aku ni minat kain samarinda tapi harga bukak mulutnya mak aiiii...... lebih seratus ribu so aku tolong tawarkan sampai 60k. Lepas makcik tu agreed nak beli dia tanya balik tentang kain batik 5 hengget tu... si seller tu boleh cakap bukan yang itu, itu yang bagus... lima ringgit yang di sana... hampeh tolll.

Makcik tu cakap iye yang ini awak cakap tadi...

tidak bu, mana bisa yang ini...yang ini kualititas bagus...

memang hampeh! Aku pun dengar. Makcik tu tanyo kek den, makcik salah dengar ke tadi? Takdenya salah dengar makcik .... diaorang suka membelit. Lepas tu kan hehehehheh.... aku ada la tanya harga 2, 3 barang kat situ tak dilayannyo den dohhh.... hahahah..... bengkek la tu kat aku sebab tak dapat makan makcik tu. Bila geng-geng lain beli kain samarinda tu kat kedai sebelah luar dapat 40k rupiah jek. Dah joki dio kan.


Yang warna merah tu dulunya dicat dengan darah, yang ini dengan cat biasa je...

Nampak tak ukiran apa kat tangga tu? Empat di kiri dan kanan yang cicak tongah peteng tu? Orang batak ni kalau nak pilih calon isteri dicarinya barang baikkkk punya.... kalau saiz Dolly Parton tu kira carta terataslah tu kononnya subur. Tak taulah sekarang ni masih diguna pakai lagi ke tak petua tu. Kalau dah tak laku sangat boh silikon je lah takpun pakai push-up bra, settle.

Dalam perjalanan ke Tomok melawat kuburan Raja Sidabutar kami melalui kawasan penanaman padi di kaki bukit. Semuanya secara manual di sini. Cantik sangat pemandangannya.

Ini kuburan waris King Sidabutar berusia sekitar 300 tahun. Kubur raja yang sebenar berusia 600 tahun kat atas lagi tapi kami tak naik sampai sana. Di sepanjang jalan ke atas penuh deretan kedai cenderahati. Lebih banyak pilihan di sini. Kalau nak beli souvenir Lake Toba eloklah beli di sini sebab di kota Medan susah nak dapat.

bye bye Carolina! Kalau ada rezeki nak berehat di sini lagi, lebih cantik penginapannya daripada Yulia's Inn di Iboih, Pulau Weh, Aceh

Di Parapat ada pasar pagi, kira macam pasar tanilah. Aku pun terjebak gak beli barang sebungkus seribu rupiah nih, apa ekk aku beli..... tali kasut, gam gajah, .... 1 lagi tak ingat pulak.
mari pilih... mari pilihhhh!!

Singgah di sini jugak... dulu aku tak turun sebab menjaga anak yang dah tergolek keletihan. Boleh masuk ke dalam mulut ikan tu tau. Lokasi ikan ni di atas bukit yang mana di sekelilingnya ladang kopi. Travel agency lain tak berhenti kat sini aku punya agency jer yang berhenti diluar route hehehhe...

Singgah sebentar di sini berposing

Si piso piso waterfall.... bagaimanalah air tu boleh keluar tanpa henti kan? tak hujan pulak tu.... laju mencurah-curah je turunnya air terjun tu.

Malam ni kami bermalam di Berastagi, di Ginsata Hotel. Aku tak recommend lah hangpa stay kat sini. Selepas dapat late confirmation nak ke Medan aku try book hotel yang harganya sekitar rm150 tapi full so try yang inilah.

 Actually aku booked room tapi bila sampai sana dia kata kamarnya kecil so dia bagi sebuah rumah. Okaylah rumah besar, aku dan supir amik dua bilik di belakang. Yang tak bestnya air ke rumah ni dikontrol dari luar sebab katanya bocor nanti airnya keluar (pelampung tangki rosak kot) so bila time subuh orang nak solat terpaksalah guna air yang sedikit dalam kolah tu. Walaupun kolah ada dua tapi depa ramai kannnn...... kolah pun hukaloh... Sebelum check-in tu aku gi check rumah tu dulu dengan toiletnya dan mintak depa bersihkan lagi toilet tu, mengangguknya bukan main lagi tapi ...maleh den nak sambung, faham sendiri sudah. Bilik aku yang cenonet tu pun harganya lebih mahal dari bilik deluxe Hotel Carolina yang luas, cantik dan bersih. Ehhh... ada lagi, aku mintak towel sampai dua kali tapi towelnya ada kecik ado besor sikit ada yang nipis yang murah punya tu .....hmmmm.... takkan kesini lagilah unless terpaksa.

Kesejukan di Berastagi ni sampai ke tulang!
 .
Lepas check in kami gi makan .......... hazab betul memasak kalau dapur paras lutut. Tak sayang tulang belakang betul taukenya.



Medan revisited...Day 2

Tags
bawak besoba yo..... aku tengah menyiapkan album pengantin nih

Ilmuan Islam- Ibn Bajjah 108M

Tags
Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih terkenal sebagai Ibn Bajjah merupakan seorang sasterawan  dan ahli bahasa yang unggul. Beliau seorang hafiz al-quran. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal. Sungguhpun begitu Ibn Bajjah amat terkenal dalam bidang perubatan dan merupakan salah seorang doktor teragung yang pernah dilahirkan di Andalusia.

Kehebatannya turut terserlah dalam bidang politik sehingga beliau dilantik menjadi menteri semasa Abu Bakr Ibrahim berkuasa si Saragossa. Lebih menakjubkan lagi apabila dapat menguasai ilmu matematik, fizik dan falak.

Medan revisited...Day 1 ke Danau Toba

Tags
Oleh kerana aku ni kalau nak makan kena mengais dulu, kali ni aku mengais jauh sikitlah, sampai obersi. Aku bawa tetamu yang first time ke Indonesia. Turun je dari kapal terbang terus kubawa ke Istana Maimun. Yang buat depa terkejut baru nak naik kereta dah terkena dengan orang sana huhuhuhu..... kerjanya 'tolong' angkat beg ko yang kat bahu letak kat boot kereta yang mana ko berada 3 inci dari boot tu. Dah le mintak ringgit pulak tu.... banyak la ko kan, ingat den nak layan? Duit aku paling kecik pulak 5k rupiah time tu, aku bagi le tapi tak ikhlas sesungguhnya. Mencikkk. Beg hiking aku tu tak sampai suku pun isinya, tak berat mana pun.

Owhh... kat airport Medan pun ada cerita. Bapak kat meja imigresen tu dengan muka belum minum pagi suruh aku baca peringatan no 2 di bahagian belakang passport.

Baca yang no 2
(lepas baca aku pandang muka dia dengan muka seposen)
Sudah baca yang no 2?
(angguk)
Faham?
(angguk lagi macam burung belatuk) Mengapa pak?
hmmm.... kali ini saya bagi masuk (dia cop dan aku cepat-cepat belah)

Passport aku masih berbaki 7 bulan dan aku beli tiket pergi balik. Dah berulang kali aku check sebelum bertolak ke sana. Aku tak faham mengapa dia soal tapi aku diam ajelah sampai kami jejak kaki kat lcct semula dan ada peserta bagi tau kena paw kat airport Medan. Barulah terbukak cerita ni. Mau uang kopi pak? Eden ni luguih pak, kalo mau uang cakap biar terang...... tapi buat apa pulak aku nak bagi bukannya aku salah. Negara Indonesia tu menarik tapi dot dot dot ....

Dulu aku dah show show gambar dari depan kan so kali ni i show show gambar dari bahagian anjung istana pulak. Jangan lupa ziarah tempat ni melihat senibina silam. Pada hari ketiga kami di sini diadakan majlis perkahwinan di kawasan istana ni siap tulis pengantin tu ada degree dalam bidang bla bla.... motip?

Dari sini kami terus menuju ke Parapat tapi sebelum tu bersantap dulu di restoran Simpang Tiga. Nasib baik depa tunjuk bil selepas makan kalau time sedang makan mau tercekik dibuatnya. Lauk yang dihidang penuh semeja.... puaslah makan tapi aku amik 3 jenis je.

Jus alpukat yang sudah pasti ku order.... sudah jatuh chenta

Menuju Parapat. Yang ada dalam gambar ni 4 orang penumpang tapi yang sebenarnya lebih, tersorok kat depan. Kesemuanya termasuk drebar 7 atau 8 orang. Di Indonesia mereka optimize segala ruang jalan. Di antara becak dengan van tu boleh lagi van menyelit. Berdecit mulut orang belakang aku keseriauan ahaahaha... aku dah beberapa kali mengalaminya tapi still tekan brek angin lagi. Gila tol!

Dari kota Medan ke Parapat senang je dan kalau kita drive sendiri lagi murah tapiii....... puaslah orang kete belakang hon aku nanti tak lepas memotong hahahahaa.... aku yang tak guna lesen P pun tak berani weh. Abah den yang jadi pemandu terbaik masa jadi sojar dulu pun tak berani drive kek Indo, terkejut dia bila driver buat u-turn kat jalan dua hala yang sangat sibuk di Bandung dulu. Anyway ko akan kagum jugak melihatnya, toleransinya tinggi di jalanraya.

Hard to see in malaysia..... tak pernah kot

Kalau ko dah nampak banyak monyet kat tepi jalan lepas tu nampak pulak abang sojar nih.... dah sampai Parapat lah tu. 
Kami solat kat Masjid Raya Taqwa Parapat. Masjid ni sedang direnovasi, di tingkat bawah ada kelas KAFA. Ada sorang cikgu tu mengajar sambil ikat anak dia kat badan dengan kain batik lepas. Kagum, sedih, insaf semua ada dalam hati aku. Dalam kotak derma yang kat tangga tu ada gak duit RM aku nampak. Sedekahlah ek, tak dapat banyak sikit pun jadilah, untuk agama kita dan anak-anak kecik tu jugak. Daripada bagi kat budak-budak yang bertindik telinga, hidung, bibir sambil merokok tak henti-henti kat jalanraya Medan tu lebih baik bagi kat masjid.

This time kubawa tetamu naik feri untuk penumpang sahaja maknanya kena naik kat Pelabuhan Tigaraja. Kalau feri yang besar itu kena naik kat Pelabuhan Ajibata. Saja nak bagi rasa pengalaman yang berlainan sikit.
  
Best giler rumah orang ni mengadap Danau Toba

Mula-mula hantar penumpang kat Horas....... cer tengok pompuan-pompuan tu basuh kain, manual lagi... banyak pulak tu.

Dah sampai di Carolina Hotel......... dari sini kita naik ke lobi then turun pulak di sebelah sana untuk ke bilik. Cantikkkk sangat tempat ni, highly recommended lah.  Rasa macam orang kaya dalam filem Hollywood pun ada..... turun dari bot terus ke rumah. Harganya sangat berbaloi dengan kenyamanan yang akan dirasai.

Carolina Hotel, Tuk Tuk, Pulau Samosir 



Tempat lepaking

Masih tak tertawan?

Nak memancing boleh, nak naik jet ski boleh, nak berjemur pun boleh, mau mandi pun bisa buk

Diantara 4 bilik yang disewa...... yang ini ada bath tub. Luas bilik-bilik di sini..... wahhh... dah macam jadi ejen hotel pulak aku nih.

Bilik ni ditingkat atas. Kita masuk dari pintu tu tapi ada lagi satu pintu ke balkoni.

Oleh kerana aku nak yang murah walaupun tak dapat yang termurah jadi aku kena duduk atas langit. Masa mendaki tangga tu terasa semput sama macam trekking kat Kinabalu Park dulu, bahana malas exercise. Walaupun harga bilik ni sangat murah (yang ko takkan jumpa di tanahairku yang terchenta) tapi .............. tengok sendirilah! 


Bersantai di balkoni menunggu sunrise betul-betul mengadap bilik. Tak terkena cahaya pun sebab dilindungi pokok. Aduhaiiiii........... bestnyaaaaaaaaa

Atas bilik aku tu dah ada orang sewa. Yang bule ni pun dah duitnya mahal nak jugak berebut bilik murah dengan orang macam aku ni.

Malamnya kami makan di luar- Kedai makan Islam Murni, kena jalan ke luar hotel dalam 60m. Ada beberapa lagi kedai makanan halal di sana so jangan risau. Sedap tak sedap belakang kira tapi ishhh sedaplah nasi goreng dia. Nasi padang pun ada. Anggap je lah ko berada di Holland.... makanan halal limited.





Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free