Baaaang......bila nak beli tv baru?

Tadi aku bukak tv terang-benderang rupa hero korea nih


Masa Malaysia vs Indonesia tv aku cam nih! Nampak bayang2 jer


Mcm mana la anak aku tak merungut?

Islam itu indah


Sesungguhnya Islam itu luas dan mudah, bukan sempit dan jumud

Jalan-jalan cari makan di Seremban

Malam ni Malaysia vs Indonesia di sana. Setakat aku menaip ni dah Indon dah golkan 2-1 bravo! bravo! Kita menang yeyyy!!!

Esok pagi ko bacalah kat sokkabar melimpah2 pujian players kita dapat. Kalau berderet kalah nak turun kapal terbang pun seram sejuk, kalau boleh nak tutup muka. Kita ni pun kalau mengutuk melebih2 sangat kekadang players tu berbulan-bulan tak dapat gaji so ko ingat boleh menang ke? Perut anak bini dok berkeroncong, mak pun menunggu durian runtuh setiap hujung bulan tak kunjung tiba mcm mana nak menang? Fikiran players terganggu gimana sih? But setahu aku players NS takde masalah gaji....tepukan gemuruh utk management N9 football clap! clap! clap!

Ni aktiviti makan2 kami 4 beranak. 4 aje sbb yang lain2 dah balik kg sekejap. Kat Seremban ni aku tak tahu sangat tempat makan yang sedap lagi halal. Kami tak suka sangat mencuba2 sbb dah beberapa kali terkena yang tak sedap.

This time kami makan kat food court Ampangan, as usual gerai no 45 - jual produk roti and fast food. Kalau sebut pergi makan kat Ampangan semua dah faham dah mana nak tuju.


Gerai waffle ni pun under the same towkay. Meja kami sebelahhhh je harum semerbak baunya.....waffle 1 bang, toppings cekelat!



Yang tengah memasak tu la taukenya...telur2 ayam kat depan dia tu semua dibasuh tau. Aku particular tang ni, kalau telur tak basuh pastu dia pegang roti dll pastu ko sumbat dalam mulut pulak....hmmmm...sodapnya......perencah taik ayam.

Gerai ni bukak dari petang lagi dan ko jgn terkejut kalau sepanjang ko makan kat sini dia dgn seluruh staf dia tak senyum. Aku dah warning jgn heran! Aku pun tak faham kenapa susah benor nak senyum tapi takla bermakna dia sombong. Kedai ni mmg laris sungguh padahal jual roti, burger, nugget jek. Dah lama aku mengulang makan kat sini, masa preggy aku siap mintak telur 3/4 masak 2 bijik lagi + roti kentang. Makan tak hengat! Ehh...masa petang tu si bos yg serve aku siap senyum manis lagi.

Staf dia dah byk kali bertukar. Penat ko keje mcm ni...start dr ptg tak dapat duduk lansung sbb customer tak putus2. They deserves a good pay. Kalau aku dtg sini sambil menunggu roti siap aku dok mengira untung yg dia dapat je hehhehhh....aku ni dok memikir duit org je la kan?... Boleh agak2 dr balance roti dia yg tinggal kat rak belakang tu.


Malam tu orang ramai, bila aku nampak je ada org tgh membayar terus berdiri kat meja tu. Anak aku dah bosan la tu menunggu lama.


Kalau klr makan dgn aku anak2 tak blh order air sejuk. Letih yang oooiiiii....baru nak menyuap, mama nak air. Nak suap sekali lagi yg lain pulak, mama nak air. Sejak beberapa lama aku order air panas, selain lebih baik drpd air batu (dah la makan yg berminyak bermarjerin tuh) kami semua (aku n en suami) dapat makan dgn lebih tenang. Ye la kan dah airnya panas, makan le sampai habis dulu...sementara tu air pun dah suam, boleh telan tak payah nak tiup2. Kawan aku pun dah mengikut cara yg aku praktikkan nih, "habis nasik dia kak sbb nak tunggu air sejuk". Sharing is caring kan katanyaaaa........


Otak-otak pun adooo...


Kerang rebus, shoot dr tepi je malas nak bangun.


Anak aku ni kat rumah dok goreng nugget kat sini pun dok order benda tu la jugak mcm takde mende lain nak dihadapnya


Ni roti telur goreng kentang - depa punya trademark. Kalau nak tambah red beans pun boleh. Biasa je...buat sendiri kat rumah pun boleh tapi kalau nak makan yg agak ringan (yg selalunya akan berakhir dgn berat) we all akan dtg ke gerai ni, gerai lain rasanya tak sama lorr... harga sekarang i think rm1.80 lagi kot sepinggan.


Dulu susah nak jumpa orang buta jual tisu malam2 kat Seremban ni...seingat aku tak pernah tapi dah ada pulak sekarang. Bukan tak simpati dan bersangka buruk tapi dah banyak cerita tak baik digeledah orang kan, cuak la jugak.

Kat lain2 tempat yang aku pernah try dan termasuk kategori sedap ialah Man Tom Yam, Ayam Panggang Kenyalang, Charlie Tom Yam selain mamak- Iqbal, Azhar Maju, Syed Maju.

Moh makan!


Tips Hartanah 3 - Type of property

Tips Hartanah 3 - Type of property | Hang suka landed property ke apartment?


1) Setinggan termasuk kategori landed

Haa…jangan ingat aku perli pulak. Memang ada tokey rumah setinggan and if u wish to buy u can find one. But if u takut kena hambat dengan PBT lebih baik lupakan.

Arwah datuk sedara aku pernah mengajak my father untuk menjadi peneroka bandar way back in 1970’s/80’s but my father wasn’t interested. I guess he’s not a risk taker unlike that atuk. About 5 years ago he told me dia ada tanah di Gombak and showed me tanah sekangkang kera depan rumah dia di Ampang yang bernilai 40k. Syiok tak? Gila tak syok.

Setahu aku lah dalam Islam kalau seseorang tu dah menetap di sesuatu kawasan yang tak bertuan more than 20 years takda sesiapa boleh senang-senang halau depa keluar (please check again but aku yakin betul). Lebih-lebih lagi rakyat sendiri. Kalau rakyat negara lain yang jadi setinggan tu suruhlah dia balik kampung dia. Keutamaan kena bagi kat rakyat sendiri.

Malangnya baru je aku nak pandai drive ke rumah dia di Ampang tu that atuk passed away. Takdo joki nak belajar.


2) Rumah kos rendah

Rumah jenis ni boleh bagi high return tapi mungkin banyak masalah yang akan muncul maybe bcoz penghuni rumah jenis ini kebiasaannya orang yang dipindahkan dari kawasan setinggan/ladang. Kebersihannya, manners nya boleh bikin kepala pusing. Bukan semua….kat mana-mana pun mesti ada segelintir yang tak reti bahasa. But don’t be surprise if u see Volvo, Supra and Honda parking kat sana.

Talk about parking space, selalunya tak mencukupi kat area sebegini so they double park and tak tarik hand brake. Sapa sapa yang nak keluar awal pagi tu cabut la high heels hang and tolak kete belakang.

Untuk melayakkan awak semua beli rumah jenis ni joint income mestilah max RM2,500. Kalau hang layak boleh try beli Kondo Rakyat (menyampah aku nama ni) di Pantai Dalam atau flat yang kat Abdullah Hukum tu. Kawasannya tengah bandar siap dengan public transport lagi. Tapi toksah la beli yang tinggi melangit, the most pun level 4. Dibuatnya lif rosak kena tidur kat hotel le ko. Takpun time air takde main lap dengan tisu je.


3) Rumah Teres

Alangkah bertuah kalau mampu beli rumah sebegini di KL/Shah Alam/Penang/JB. Rumah teres 2 tingkat cecah 850k atau lebih sekarang ni. Mampu? Alhamdulillah…… Alaa..ko beli je kek Seghomban ni tak sampai 200k pun ada (update 2015: rm200k untuk rumah teres setingkat terbaru). PLUS ada LEKAS pun ada. Takpun naik Transnasional atau Komuter ke KL, ko tidur je tau tau dah sampai tempat yang nak dituju. Kawasan yang menarik untuk tinggal di Seremban ni like Lavender Heights, Taman Bandar Senawang and Seremban 2.

Rumah teres boleh bagi pulangan modal yang tinggi kalo dijual in certain area. Kek Seghomban ni veryyyy sloowwww nak naik. Beli untuk duduk sendiri memang berbaloi.

Kalau keje dgn gomen takde masalah sangat kot. If you are an officer and your housing loan limit 500k then ko boleh amik semua kalau nak. But if you are trying to get a bank loan depa akan bagi only 1/3 from your income excluding overtime pay. And if so happened you don’t have fixed income i.e commission base income, some of the banks only consider half of it. Very little huh? Takpe takpe cari rumah lain ikut kemampuan ko.



4) Apartment n condominium

Rental return dari apartment adalah sama atau lebih baik daripada rumah teres. Sewa rumah teres 2 tingkat di Shah Alam sekitar 800-1500 and medium cost apartment yang bersaiz lebih kecil pun sekitar itu jugak.

Apartment and condo ni ada maintenance charges jugak, lain bintang lain la jumlah kena bayar, normally not less than rm50 p/m.

Kalau u target expatriate, u should consider to purchase a condo in Bangsar or Mont Kiara. Kat Hyatt Subang tu pun best, sunyi dan sejuk. Kereta hebat-hebat je parking kat situ. Teringin bangat nak ada rumah with address Damansara or Bangsar... ohhh..bilakah? or tidak akan merasakah?


5) Service apartment

Para pemaju yang cerdik di Malaysia ni membina hartanah kediaman di kawasan komersil. As far as I’m concerned service apartment does not covered in the Akta Perumahan so if ada masalah kena jumpa hakim yang adil kat mahkamah. Kalau yang sewaktu dengan “correct correct correct” tu…….

Aku tak pernah memiliki dan tak pernah berangan memiliki melainkan dalam pillow case aku penuh dengan duit di hari bertuah itu nanti.


6) Town house

Kepada yang belum tahu rumah jenis ni berada dalam satu bangunan tapi lelain tuan sebab pintu pun lelain. Aku pernah masuk di Sri Mahligai, Shah Alam, but I don’t like it. Aku jugak pernah tengok di Ampang. Lagilah aku tak suka. 1 pagar untuk 2 tuan rumah..urghh tak suke! Kalau dibuat pagar berasingan pulak jadi kecik rumah kita. No..no..no..

Ada jugak yang plan baikkkk punya dibelinya rumah ni terus dua dua tingkat. Katanya masa muda ni dia duduk di atas, tenant kat bawah. Dah tua sok dia pulak duduk di bawah bahagian atas disewakan. Bijak…bijak…mesti minum Nespray.


7) Bungalow

Takkkan tak tahu kot? Aku masih berangan, ntah merasa ntahkan tidak. Kalau aku tak dapat beli harap-harap ada antara anak-anak aku yang beli.

Teringin nak tidur semalam dua. Aku tak sepatutnya duduk kat rumah teres setingkat ni sampai tua sebab anak aku ada 5. Kalau dah besar nanti kat mana depa nak parking kereta bila cuti-cuti Malaysia? Then semua berkahwin, + lagi 5 org + cucu 15 org (max 3 aje sebab susu dah naik harga lagi). Umangaiii…sosak rumah den! Kat mana la adik ipar, abang ipar, kakak ipar nak berlunjur? Kat mana pulak cucu-cucu aku nak bergolek-gelantang? Kalau besar macam rumah our parents tak mengapalah.

I think setiap orang patut berangan nak memiliki banglo. Apa-apa hal pun berangan dulu, dapat ke tidak tu lain cerita.

Jalan-jalan cari air

Cari air? Kemarau ke?

Ishhh.....idak le...cuma nak cari air yang lebih bersih dan sedap untuk diminum. Orang dulu2 mana ada minum air paip nih...elok je sihatnya , semua dari mata air tak campur klorin bagai. Aku ada jugak pengalaman mandi/minum air perigi kek rumah uwan den dulu tapi pigi tu dah sobun. Ada sampah dan daun kering je dalam perigi tu sekarang.

Masa rumah my parent still under construction kami mandi kat perigi jugak...tapi perigi wakaf, jernih sangat airnya but bila dibina toilet kat surau sebelah atas tu kami semua tak mandi/minum lagi kat situ. Karang terlebih sihat pulak badan dapat baja percuma.

Bila dah tinggal kat pekan dan bergantung hidup dengan air paip gomen ada masanya darah boleh naik membuak-buak dan telinga boleh berasap sebab dapat air lumpur...habis kotor baju putih! Baju yg warnanya manja2 pun terlibat gak. Kita kena bayar rm5 for a minimum fee monthly (selagi tak kena potong ko kena bayar) then dpt air lumpur mau tak hangin.

Dulu my hubby ambil air kat Jalan Seremban-Jelebu but now air yang keluar semakin halus, berjanggut nak penuh tong. Kalau ramai pulak yg q? urghhhhhh...

So bila jalan baru Seremban-Kuala Pilah dah siap ada pulak punca air kat tepi jalan tu...berderet org isi air. I think ada 2 tmpt lagi but since Bukit Putus dah jarang kete lalu tak berani la pulak nak menadah air kat situ, sunyi beb! Manusia sekarang ni macam2 peel, ada yang terlebih jahat ada yang malaun merompak je kerjanya, kojo halal maleh!



Kalau nak ke Kuala Pilah, Bahau, Kuantan n byk lagi boleh ikut jalan ni tu yg kalau cuti 3 hari je pun jamm nye tak boleh tahan. Ko nampak tak muka MB aku..Dato Seri Mohamad Hj Hassan? Nun di kejauhan.

Nampak sign board Bukit Putus tu tak? Ada lagi muka YB kat sini pulak (salah eja hijriyah tu bang)...

Dulu itulah laluan rasmi tak kira raja ke vip ke rakyat marhaen ke semua kena lalu kat situ. Bas United yg aku naik pernah nak terjun gaung sbb mengelak mat motor bengong... yg overtake kete kat selekoh tajam. Hampeh tolll...nasib baik tak jadi arwah aku. Time treler lalu naik bukit fuhhhh...berasap kete ko mengikut. Tapi aku sangat suka jalan tu bcoz sentiasa sejuk dan nyaman siap ada monyet2 tepi jalan lagi - unofficial mini zoo. Sekarang ni kalau byk kete yg lalu aku pun join sama. Nostalgia beb, dari kecik lagi aku dah lalu kat situ. That day ada org drifting kat situ but i do not know the schedule, kena tunggu kwn2 roger dulu. Bagus jugak kalau buat sukan extreme kat situ then promote kaw kaw. More tourist attraction more interesting more money will come.


Banyaknyaaaa tong........ bukan semua kami punya ya. Tong kami yg besar2 jek ada 4 buah. Aku angkat tong minyak masak 4 buah jugak, takdo kojo den nak angkek boghek2 doh. 'Jejambat' kat longkang ni ada org volunteer buat. May god bless u man.



Airnya jernih dah sejuk. Kalau ko simpan sebulan pun tak berkeladak unlike the paid one. Dah terbalik kot.



"ambik air free, buang sampah merata-rata, otak takde"


Yang aku menyampah Malaysians ni kat mana2 sempat je nak buang sampah. Tak boleh ke simpan dulu plastik jajan anak tu dlm kete then buang bila dah sampai rumah? Tak sayang negara sendiri ke? Aku mmg anti betul org org mcm ni. Not patriotic.


Sampah ni ada hamba Allah yang prihatin tolong bawa plastik hitam pastu kutip n longgok kat sini. May god bless u also. MDKP/MPS pulak bila nak kutip?


Waaaa.....berderet tunggu turn. Mula2 tadi ada sorang pakcik tu dtg bawak 1 tong, kesian nengok dia kami bagi laluan, yg lain2 ni tunggu la ye. Gua pun mau cepat juga maaa.... Toksah gundah-gulana air besar dan laju sekejap je tong dah penuh. Malam2 pun ada yang singgah ko...tak kira hujan panas.


Tak nak try air ni ke geng?
 

Jom balik!



Sekolah nak bukak dah....

Cuti panjang kali ni kami tak balik rmh maktok bcoz budget dah lari baaanyakkkk.... tu yg bawak ke Port Dickson jer hari tu. Kalau balik sana 500 tak larilah termasuk minyak tol segala bagai blm masuk shopping yg remeh-temeh lagi.

Semalam aku dok menguruskan bayaran yuran and buku2 sekolah anak2. Sebelum duit lenyap ditelan supermarket lbh baik aku settle yg penting2 dulu, itupun tak settle jugak.


Ini front page je, utk darjah 6 kat blkg ada tambahan lagi.

"Yuran Aiman dgn Adam rm1070" uhukkk! tersodak laki den maso tgh menyuap nasi mlm tadi.

Lepas tu pergi beli buku kat koperasi kena lagi 182.00 tapi blm lengkap lagi sbb ada buku yang blm sampai. Kakak hari tu rm63 utk buku dan segala mak nenek. Dah masuk sekolah gomen ni dapatlah pinjam buku teks...lega sikit. Yuran dia tak boleh bayar pulak masa tu kena bayar on 31st Dec hmmmm..kena pergi lagi..lotih acik.

Kami tak membiasakan membeli segala yang baru setiap kali sekolah bukak tapi yang perlu diganti kita gantilah. Kita cuba berlaku adil kat depa semua...mcm abang dia 2 psg pakaian sklh baru (sbb seluar dah singkat dan baju dah lebam) tapi tak dpt beg, Adam pulak dpt beg (sbb beg dulu dah koyak) dan dpt 2 helai baju baru, seluar dapat harta warisan abang.

Kakak? Dia baru dpt sehelai kain sklh yg dibeli sblm ke ujian kelayakan ke sklh agama hari tu. Actually dah dpt 1 sklh tapi tak dapt asrama pulak-sdh full so minta jugak sklh lain and now masih menunggu jawapan from that school. Ntah lepas ke idak ujian yg dia amik last Friday idak le teman tau. Tapi bila aku tanya soalan BA senang ke tak dia kata mcm soalan darjah 1, bunyi mcm senang jer....iyolah kau ni kak?

Kat sklh tu pulak banyak sangat colour baju, yg set coklat utk aliran agama, pustakawan lain colour, pengawas lain colour, student yg lain2 mcm biasalah baju putih kain biru. Karang kalau aku beli yg putih-biru tapi dpt pulak offer ke aliran agama dah membazir. Dah la sama besar dgn aku, kain sekolah rendah tu pun tak tau nak bagi kat siapa..bdk2 sini kecik2 je aku tgk. Kain jenis elok pulak tu sayang kalau terbuang mcm tu je.

Owhhhh lupa pulak aku si mat jambu tu.....kami hantar dia kat Tadika Abim for the 2nd yr sbb dia suka belajar kat situ. Itu pun nak 400 hengget jugak! Adoiiiii !


Ulangkaji dvd

A few days ago aku dgn my anak dara dok mengulangkaji vcd/dvd lama. Punya la byk kooo…aku rasa beribu duit hbs beli vcd/dvd tu.

Mlm tu kami tgk Foolproof dgn Paparazzi. Foolproof ni ttg 3 close friends yg berkawan sejak di U merancang a perfect heists then being blackmailed by one gangster named Leo. Best! Best! Aku suka cerita cerdik mcm ni, cite tipu yg tak nampak menipu mcm cite Hindustan tu.

Paparazzi pulak ttg 4 paparazzi yg melampau. Masa 1st aku tgk cite ni dulu barulah aku nmpak dgn jelas kerja2 tak bermoral dia org ni and bila tgk cite ni jugak aku mesti terbayang kereta Lady Diana yg remuk tu. Most propably puncanya dia org ni jugak katanya. Masa aku tgk hero tu…spt pernah kulihat tapi di mana ya?...jenuh gak la aku scan kepala otak aku ni baru teringat cerita 2 Fast 2 Furious 2.


Then tengok Pearl Harbour pulak. Aku rasa dulu aku tgk kat panggung, best punya pasal then beli pulak dvd. Ceghita perang ni actually bukan taste aku but this one exceptional lah. Dengan sound effects yg gempak and props yg malatops...tak sia2 aku ulangkaji.

Cite ni pun best - perang Balkan. Biasa la Amerika mesti hero. I think Owen Wilson too cute to be a leutenant dgn gigi comey dia tuh...

Cerita ni pun bagus cumanya aku tak blh nak ulangkaji sbb dvd tu dah melekat segala habuk.

BSN meletopppp!

Korang ada terbaca tak fasal BSN yang meletup dan terbakar hari tu? Kat newspaper ada sekeping je gambarnya kan...ni aku tempek sikit lagi biar jelas terang korang pandang. Baru je malam sabtu minggu lepas aku nampak kontraktor dok buat renovation sampai pukul 9 mlm tak balik2 lagi tup tup keluar news dah terbakar pulak.


Aku tak tau lah sama ada ATM operating ke tak time tu tapi yang pastinya ada orang tgh tidur kat tingkat atas. Naya betul....nasib baik dapat diselamatkan. Kalau merebak kat restoran sebelah lagi haru biru, mau 2 3 kali meletup lagi sbb ada tong gas.
Eh eh...duit dalam ATM tu tak bertaburan ke?


Masa tempat keje aku dulu under renovations kitorang keje macam biasa dengan takde aircond nyer...masyaallah panas tak boleh nak ceritalah. Badan masam dah tentu, lps tu ruang kat operation dept makin sempit sbb tengah buat kaunter baru, yang lebih menghangatkan hati lagi dlm sempit2 tu ada mangkuk hayon dok lalu-lalang menggesel kat tempat kitorang yang maha sempit tu...grrrrrr!!!!


Ada sekali tu our GM datang buat site visit and dia boleh kata, "kesian customer kena berdiri kat luar" (padahal cust berdiri siap dapat angin sepoi2 lagik).
Itulah nasib pekerja bawahan.....mekap dah cair pun bos tak nampak sedangkan customer pun simpati kat we all yg kena bekerja dalam keadaan sebegitu, nak harapkan bos? huh


Aku jarang pergi cawangan BSN yang ini sbb aku kena tempuh 5 traffic lights kalau nak ke sini lagipun if wrong timing berjanggut la nak menunggu turn sbb pakcik2 nak keluar duit pencen. Lagipun staf kat sini kurang mengancam. hehehehheh...

Tips hartanah 2 - Location! Location! Location!

Tips hartanah 2 - Location! Location! Location! | Tanyalah sesapa pun, perkara ini sangattttt perlu diambil berat. Kalau nak duduk sendiri macam yang aku dah bagi tau lah but if u wanna make it as a money machine, at least enough to pay the bank, lihat rumah tu daripada kacamata org lain.


Lagi satu, kalau nak disewakan belilah hartanah yang jaraknya dalam 1-1 1/2 jam perjalanan dari tempat tinggal ko. Kalau ko duduk kat Langkawi ke Sabah ke camana ko nak jenguk rumah tu or bila ada masalah (harapnya tidaklah)? Aku boleh je tolong........tapi $$$$$$$$$$$$$$$ hehhhehheh...

Kalau dah berkenan dgn satu-satu property tu kalau ada masa dan kerajinan pergi jenguk di 3 masa yang berlainan seperti pagi, petang dan malam (kalau takda masa boleh upah aku). Kekadang kawasan perumahan ni sunyi macam kubur waktu siang tapi gegak-gempita waktu malam. Again, kalau tempat tu ada beribu orang ndak walaupun sesak, ko beli ajelah, nanti nak jual balik pun senang (kalau takde masalah-masalah yang tak dijangka). Bukannya ko yang nak duduk pun. Macam flat Kg Baru tu....tengah2 kota kosmopolitan lagi!


My experience 1

Ada sekali tu aku tengok iklan flat lelong kat Cheras murah giler....! Aku ni pun menggatal nak tau kat mana sampai sosek baghek den mencaghik eh. Lagi satu tips, kalau ko tak jumpa mana-mana bangunan yang ko nak tuju toksah la tanya kat Cik Kiah ke Cik Jah ke...hmmmm...buek ponek den turun naik keto yo. Semuanya tak tahu. Nak tanya kat org lelaki cuak pulak aku dengan kes ragut yang bermaharajalela. Aku tanya kat drebar teksi dia tunjuk salah tempat, abang posmen pun sama padahal aku dah sampai ke simpang tempat tu dah.

Harga dalam RM20k lebih je. Aku pergi time tengah hari Jumaat, kawasan boleh tahan bersih, ada cleaner sedang bertugas. Rumah tu kat underground floor. Bukan ground ye, underground! Aku skodeng la....bila ko bukak tingkap je ko akan nampak tanah. Kiranya ko praktis duduk dalam kuburlah hahhaa.... Suweyyyyy…. Dibuatnya hujan lebat dan tebing tanah tu runtuh dah tentu masuk dalam rumah ko, confirm terus dikuburkan. Lagipun hari-hari ko takkan dapat cahaya matahari, not good for your health. Penyewa pun kalau berpeluang pindah dia akan pindah.

Then aku sembang dengan brader jual pisang goreng kat situ. Dia kata penghuni kat blok tu okay, kalau blok yang lagi 2 tu ada gangster. Aku tanya kat dia kenapa agaknya dijual murah? Ada hantu ke? Dia kata kat KL ni hantu yang takut kat orang. Betul jugak ek. Hantu dah nak tidur orang KL baru balik keje. Ko pun sama eh?

Lepas tu aku rasa menyesal pulak beli pisang goreng kat dia sebab dia tak pergi sembahyang Jumaat. Dia la hantu tu…...kot?


My experience 2

Aku cari flat yang nak dilelong kat area Selayang, murah! murah! murah! Cehhhh...macam iklan sale hujung tahun pulak. Hairan wehhh…semua owner flat yang nak auction tu adalah Malay.

My 1st impression and thought masa memanjat tangga adalah, “sapalah arkitek yg design building ni”. Mereng betullah orang-orang yg terlibat- design and approve, memang masa dia design tu dia tak fikir lansung kalau kaum kerabat atau anak dia kena duduk kat situ. Flat 5 tingkat dibina mengadap satu sama lain dgn ruang kosong di tengah. Tangga pun ada brick yg disusun berlubang2 (takut orang terjun agaknya). Korang bayangkanlah betapa gelapnya  dan tak masuk anginnya flat tu. Penghuninya pulak 95% orang-orang yg kurang cerah. Dengan bau yang semerbak dan bunyi muzik yang kuat…ya rabbiiii….poning kepalo den. No wonder bangsa lain tak tahan duduk kat situ. Aku rasa depa ni dipindahkan dari kawasan setinggan takpun estet tempat keje depa dulu kena amik dek pemaju.

Masa kat car park sempatlah aku sembang dengan brother India nih, dia kata "dekat ini blok selalu ada gadoh". Ayoyooooo....

Nasib baik aku pi tengok sendiri, kalau tak…tensen! i tell u ......

If u want my service to choose, check, visit and bid for your future property di sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan sebahagian Selangor, you may e-mail me at ruggedmom@gmail.com

Nanti sambung lagi ye....ado kojo lah!

Rumah Api Tanjung Tuan

Askm.
Entry Port Dickson hari tu aku lupa masukkan gambar ni. Ini ialah entrance ke rumah api yang dibina in the 16th century. It's located next to Ilham Resort.Klik sini


Oleh kerana we all ada bawak disable people so we skip this place. Camana dia nak jalan jauh2 tu...tak blh bawak kete naik atas.


I believe this place very beautiful based on comments that i read and very educational too. Bagus bawa anak2 ke sini. We'll go one day in 2011 insyaallah.

Tips Hartanah 1- Nak duduk sendiri ke nak disewakan?

Tips Hartanah 1- Nak duduk sendiri ke nak disewakan? Ada perbezaan dalam kedua-dua hal ni. Kalau kita nak menetap di situ kena ambil kira jenis rumah macam mana yang ko suka- landed ke apartment, lokasinya sibuk ke tidak, kebersihan, tahap kebisingan, perlu public transport ke tak, jarak ke tempat kerja, jarak ke sekolah anak, design rumah tu dan lain-lain hal yang berkaitan dengan jiwa korang. Again, i'm sharing this diatas pengalaman aku yang tak seberapa itu so that you'll get a clear picture and guidelines into buying a property(s).


Kena tengok gak sebelah rumah ko ada awek cun ke ada foreigners yang rajin 'tonggang' dan kemudian bergaduh dan mungkin berbunuh. Huiii…seram, seram.

Kalau tuan-tuan dah berkahwin make sure masa survey tu bawak orang rumah sekali. Kalau dia tak suka bahagian dapur tapi ko rasa bagus ko kena la bagi logiknya. Kalau dia tak suka jugak ko jgn paksa, nanti terseksa jiwa raga dia duduk kat dapur tu. Kalau ko yang jadi tukang masak secara tetap takpe la kot (kirim salam……). Nanti dia sentiasa tak puas hati dan stress ko jugak yang jadi mangsa.


My experience 1

Aku terbaca dalam sokkabar ada town house yg nak dilelong di Seremban ni dengan harga yang sangatttt murah, belas2 ribu je…kalau beli 2 buah kira sama harga dengan Iswara lah. Since aku tak berminat sangat area sini so I buat donno je.

Sekali tu atas urusan kerja dapat lah peluang masuk dalam rumah tu. Aku rasa arkitek, developer dan yang sewaktu dengannya kira ringgit dan sen aje masa plan nak buat rumah tu. Tak munasabah lansung saiznya. Kalau ko duduk sorang boleh tahan lagi…kalau dah kawen dan beranak-pinak, tensen bini ko duduk kat situ.

Punyalah kecik sampaikan nak parking motor pun ngam ngam je bila diletak depan kereta. Mana nak letak ampaian kain lagi.. rak kasut....basikal anak ko nanti kena parking kat dalam rumah. Kitchen dengan living room searah je takde cover lansung. Flat low cost pun tak macam tu.

Akai takdak, pikir duit je.


My experience 2

Ada flat kat Pandan Jaya yang designnya teruk jugak. Kalau my husband baring kat situ, bertentangan dengan tingkap, aku kena langkah dia kalau nak lalu.

Rental kat situ bagus tapi takmo lah aku…sama besar dengan katil queen size ruang tamunya cuma panjang skt.

Ada lagi 1 flat kat area situ jugak, design menarik tapi rentalwise tak memenuhi selera aku la pulak.

Takpe takpe…cari lagi….


My experience 3

Masa aku duduk kat Shah Alam dulu ada sorang makcik ni or best described as nenek dok sapu sampah and daun kering kat rumah dia then pi longgok pastu bakar kat rumah bujang di sebelah. Mau tak hangin kawan tu. Nak dimarah, orang tua. Tak ditegur ishhh…kurang ajar weh.

Kalau tak tahan memang ko akan cari rumah lain.


My experience 4

Ada sorang kawan ni minta tolong aku carikan rumah kat area Shah Alam for investment. Bila jumpa yang aku berkenan (I’ve good taste in property and food u know) dan sangatttttt sesuai with good rental income dia pun pergi la tengok dengan kawan and her husband. Dapat tengok dari luar aje. Kebetulan dia ada urusan di sana and at that time aku bagi free service je.

U know what happened? The guy yang ikut dia tu kata, ”kalau aku tak beli rumah mcm ni” dan my friend to ntah kena ayat macam mana tak jadi beli. So dipendekkan cerita rupanya si mamat ni nak jual barang kat dia yang harganya ribuan jugak lah and my friend tu akhirnya menyesal. Menyesal kemudian dah tak guno apartment tu dah pun kena rembat in 1st auction. After that incident i still help people in purchasing properties but with a fee, a little bit lower than the agent. Tangki kete aku tak boleh diisi dengan air kan?

Please remember one thing, if u want to stay there pilihlah ikut tekak korang but if u want to let someone else stay there, belilah property yang beribu-ribu orang inginkan walaupun sosak bukan main tempat tu.


My experience 5…eh eh not me, my friend’s one lah!

Dia heran kenapa penyewa dia selalu pindah. Duduk 6 bulan ke setahun ke pastu blah. Rupa-rupanya jiran bermasalah. I do not know in detail masalah si jiran tu. Suka cari pasal kot. Kalau aku yang sewa pun aku akan blah. Wa tak suka busy body tak tentu fasal punya olang.

Nanti sambung lagi kay.....geng ngumpat aku dah balik ni...nak proses budu.

Port Dickson lagi

Tags
Wahhh....muko aku intro eh

Ni la PD yang baru ermm berwajah baru lbh luas kwsn melepak n lbh selesa. Kat sini pun aku tak mandi gak leceh la nak tukar baju...
Kat hujung sana ada banyak gerai jual mcm2 dgn harga yang mcm2 almaklum tumpuan org ramai. Yg tak tahan jual org jual aiskrim bersilih ganti kat tmpt ramai budak, puas aku buntangkan mata kat anak2 aku. Tak kuasa aku nak melayan harga mahal tu bukannya sedap pun.

Kawasan ni blh masuk ikut simpang di TM Resort, Batu 8 Teluk Kemang.


Ramainya......5 orang takde dlm gambar, 2 org lagi tak join dah balik. Jenuh la pergi kenduri kahwin nanti ni...umur lbh kurang je

Jejaka idaman Malaya

Mandi puas2 nak......

Dari bilik air-cond pindah ke kawasan panas ni buat kepala pusing. Kalau tak pergi kesian anak2 bila pergi pulak letihnyaaaa......

Apa2 pun tak rugi ke PD, cepat dan murah!

2D 1N @ Permaisuri Resort, Port Dickson- Day 2

Tags

Haaa.....baru jelas dipandang mata. Gambar ni dirakam dari seminar room selang 2 apartment kami. Mengancam sungguh swimming pool itu



If participant sikit blh buat seminar kat sini

The registration counter Permaisuri Resort, Port Dickson

The lobby 

Sebelah kiri tu function hall nyer...kalau korang nak buat wedding reception pun best jugak kat sini...sebelah petangg boleh golek-golek tepi pantai amik gambar

Yang besarrrr tu rumah persendirian, bila lah nak merasa ni....? Ada kawasan berumput yang luas lagi kat depan tu

Budak-budak ni dah turun awal lagi, suka tak hengat!


Ni area KM 16 Tanjung Tuan. Nun dihujung yang kuning oren tu Casa Rachado, sebelahnya yang nampak bumbung sikit tu Ilham Resort, kat sebelahnya resort apa entah. Ada banyak resort kat sini tapi yang baru Permaisuri inilah.

Walaupun aku suka bangat tapi mana ada aku mandi. Leceh la pulak mana nak shoot mana nak berendam, tak koso den.


Lepas SPM dulu aku pernah berkayak dgn classmate aku S kat Teluk Batik. Punyalah lama kisah tu...nasib baik naik berdua dengan dia, kalau sorang mau hanyut aku ke tengah laut. Nampak macam senang tapi sekejapan je dah lenguh tangan berdayung. Aku ajak en. suami berkayak dia tak nak pulak, aiseyy.....

Bapa mithali. Adik suka main air tapi takut dengan laut

Macam iklan Calvin Klein kids-iklan spenda hahaa...

Gang ni yang bagi kami salad semalam. Apa la motip 'adik-adik' ni pakai cardigan pink....breast cancer awareness campaign ke?

Ni rumah tadi tu...cantik u! Tanah dan rumah tepi pantai ni main juta juta je kalau diiklankan, berapa kerat je la yang mampu. Kalau setakat makan gaji biasa biasa susah nak capai impian berumah di tepi pantai melainkan kampung ko memang kat situ.

Budak 2 orang ni main kat gigi air je...bunyi ombak pun seghiau


Breakfast voucher ada 6 je so kami ni je yang dapat try kat sini. Hmmm kurengg, tak variety. Yang ada roti n margerin, conflakes n susu, bubur, kuey tiaw, sosej, telur

Ayah melayan Adik

Budak sorang ni mengekor je kemana aku pergi. Celup badan lebih kurang lepas tu basahkan kepala kat paip-penakut.

Sukanya dia.....

Gang ni main air kat tepi2 jer siap pelampung sorang satu.





Yang enjoy sakan Adam dgn Aiman...ada pulak yang sanggup jadi papan anjal

Yiiii.....hhaaaaa!!

Lagi sekali


Splashhhhhh !!!.................



Aiman terjun tiruk


Cerita ni balum habis lagi......Oleh sebab kita kena check-out pukul 12 dari Permaisuri Resort, Port Dickson ni we all pun angkut kain baju berpindah pulak ke Teluk Kemang mandi laut.

Actually aku nak ambil gambar vvip room (sure gah punya) lps penyewa tu check out tapi bila kecoh dengan bnebudak yag ramai ni terlupa la pulak. Lagi mahal lagi best la kot, tak gitu?

Jom ke Batu 8 Teluk Kemang!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free