Kasut kulit BABI n hasilan babi

Semalam bawak anak2 cari apa yang patut yg belum lengkap. Yg cerewaetnya anak pompuan la kan. Aku pun cerewet gak tak bagi beli yg mahal2. Ye la...kalau dia sgt menghargai apa2 yg kita beli no hal lah ni tak sehari dua sok tercampak la kasut/tudung/baju mahal merata-rata. Tu yg aku cut cost tu. Shopping dgn Finance Minister ssh la skt.



Selalu aku pesan kat anak2, kalau nak beli bag ke kasut ke jacket kulit ke JGN PEGANG! Perati dulu btl2 sbb aku dah tunjukkan rupa kulit babi tu. Kulit babi ni senang nak kenal sbb dia ada 3 titik cuma sometimes keadaannya lain skt mungkin sbb ditarik kuat masa dicanai dgn mesin. And smlm mujurlah aku tak terpegang kasut tu. SA tu siap bukak yg baru saiz kaki anak aku, alhamdullillah.... tapi lemahnya iman aku nak bg tau SA  tu pun tak berani.

Dulu aku dpt jacket Guess ada kulit babi kat kolar, kasut n hand bag Atienne Aigner pun ada, kasut baby brand apa ntah pun terpegang gak tapi bhg luar je. Kulit babi ni biasanya diletak di bhg dalam kasut sbb dia sejuk n selesa. Lama dulu dah dengar brand K****** tapi masa tu tak menyiasat (mcm bagus je kan) lg. Then kat Osama Bundle Nilai 3 dia belah kasut brand mahal gak la dan gantung kat kedai to show and educate muslims (mudah2an rezeki dia bertambah..amin). Sejak tu aku mmg berhati-hati sgt. Dan barangan dr kulit babi ni bukan utk yg mahal2 je yg murah pun banyak. Ni aku tnjuk sample dr en google.



Kalau di beritahu siap2 terang dan jelas ampun gak lagi







Sensitif sikit ye, jgn main bedal je asal sedap. Nak lawan nafsu makan pun tak boleh mcm mana nak pg Gaza? Toksah la memekak suruh restauranteur dptkan sijil Jakim tu..we have THAT POWER! Kalau kita pakat2 takmo makan korang ingat depa tak 'bungkus' ke? Semua nak suruh kerajaan control, sendiri makan pengat sendiri mau ingat lerr..





  Sebab tu la aku tak heran lansung kalo org beli kasut kat obersi..mcm kawan aku dulu beli Mark n Spencer kat UK dah balik sini baru perasan lapisan dalam kulit babi, gigit jari le..nasib baik ada kwn dia nk beli. Kalo tak rugi lorrr...

And aku amatlah hairannya, org2 daerah aku tu main bedal je kedai kuey teow non muslim ni. Sedap sgt ke spai tak sensitif lansung? Bukan babi je haram, bangkai pun haram jugak. Kalau binatang tu halal dimakan, supplier hntar yg halal, tukang masak pun muslim w/pun kedai non-muslim yakinlah jugak nak makan mcm ada satu lagi restaurant tu.

Babi dah diharamkan 1400 thn dulu tanpa diberi sbb-musababnya dan sekarang scientist dah tahu kenapa, mengapa. Sampaikan pastor Christian ni pun mskkan dlm salah 1 ceramah dia

 

Relax jap

Relax jap mau kasi cool gua punya hati. Ada ke cakap House Manager nak di lawan...aku yg uruskan semua msti la aku tau mana patut improve mana patut upgrade...bkn sbb raya pun.

Sementara nak kelentung kelentang kat dapur kejap lg -ikan goreng dgn sayur campur je la n budu/sambal belacan sbb smlm dah berbelanja besarrrr sgt. Kalau hari2 camtu tokey babi pun blh jual kandang.

Apa yg aku beli smlm?

Ayam panggang sekor           RM15.00
Puyuh goreng 2 ekor                     7.00
Pisang & jambu air madu             10.00
Murtabak 2                                   7.00 (kalau kat Baling baru 1.50 je satu)
Air soya                                        2.00
Nasi kerabu  4                             12.00
                                                   -------
Total                                            53.00

Aku rasa ada lagi yg tertinggal sbb smlm kira semua RM70. Haaaa....70 hengget untuk sekali berbuka puasa kat rumah. Lepas tu sebungkus nasi kerabu p hantaq rmh org sbb mmg dah agak takkan habis n lagi 2 bungkus p hantaq tong sampah pagi ni pasai tak bangun sahur. Kalau aku msk sambal udang smlm 20 hengget pun tak habis.

Abang Najib buka puasa kat Serting

Ramai polis kat Jln Seremban-Kuala Pilah ptg smlm. Biasanya kalo polis ramai2 ni ada le sesapa nak mai kan... kalo sbb aku yg nak lalu takdak pasai la depa nak berkawad tgh panas nih. Kesian dia kena berdiri tgh panas terik, bulan posa lak tu. Harap2 dia pun posa


Masa lampu merah. Org dlm keta tu kenal dia kot sempat bertegur-sapa aku tgk.


Ohhh...ada org penting nak mai bukak posa..


Sambil2 jln aku tekan kamera. Yg aku nampak balai polis ni je yg paling meriah dgn bendera. Kat rumah aku pun tak beli lagi untuk ganti yg dah reput tu. Aku fikir gantung bendera ni penting utk anak2 kita. Walau mcm mana pun kita nyampahsss dgn pemimpin kita, ajarlah dia mencintai negara sendiri sebagaimana org Jepun n Korea fikirkan setiap kali bangun tidur, "apa yg boleh aku sumbangkan kepada negara aku hari ini?"






Mcm mana la treler ni boleh tersadai atas divider? Aku tgk driver dia bkn main susah hati mencangkung kat tepi lori. Org penting nak lalu ane...



Polis yg ada paku, takde paku pun ada


Terlebih sudah! Anak aku la punya keja nih. Aku suruh amik gmbr treler tu je.

Anak nak pekse aku lak yang tensen

Minggu2 yang lepas anak2 aku sibuk ujian la, trial exam la, canang la, ntah apa lagi nama tak tau la. Aduhhh....sakit hati sakit kepala betul bila tgk result depa nih. Aku mmg tak blh terima kalau result anak aku teruk sbb masa aku sklh rendah dulu dgn takde buku2 rujukan/latihan, kerusi meja kat rmh aku maintain no 1-3. Masa primary school lah kan...sklh men cite lain.

Masa aku sklh rendah dulu gaji bapak aku ciput jer, buku2 harap yg sklh bg, siap dpt bantuan makanan tambahan lg. Bapak aku tak ngajar kat rmh (elok la tu sbb dia garang). Aku ingat lagi masa aku dpt no 3 dulu-masa tu ddk kat kem askar- mak aku belanja aiskrim Cornetto. Masa tu harganya singgit kot. Dpt ais krim je ko! Anak aku demand bkn2 tiap2 mgu nak mkn fast food, kalau masak sendiri nak ikan bawal, ikan tenggiri...tajam tokak ea. Aku dulu telan je apa yg ada pandai jugak masa tu.

Bila anak kata, "ayah, bilik kakak panas la. Tak best kipas ni". Kami berdua pakat beli kipas siling n en suami psg sendiri, save duit skt. Tak dpt A. Skrg nak air cond pulak dah.....byk cantik!

"Beli meja la ma ltk kat bilik. Adik kacau la bt homework kat luar ni..." Kami beli yg baik punya w/pun takde la mahal mana pun. Tak dpt A.

"Dah lama kita tak tdr hotel" Kami bawa jln2. Tiap2 thn pg Langkawi, balik kg, pg Tganu, Cherating. Thn dpn akan ke Sabah lg. Belum jugak byk A.

Nak apa lgi? Hari2 aku tanya fsl pelajaran, hari2 aku suruh solat n mengaji, hari2 aku doakan yg baik2. Nak apa lagi????

Korang rasa mcm mana agaknya bila baca ni?

Soalan 16 (BM Kertas 1) - Isi tempat kosong

Nasihat-nasihat ibunya itu ___________ kerana dia lansung tidak mematuhinya.

A seperti hujan jatuh ke pasir
B seperti halilintar membelah bumi
C seperti kaca terhempas ke batu
D seperti rumput di tepi jalan

Anak aku yg djh 5 blh jawab B. Mcm mana la suara aku tak memetir? (Dia jwb berdasarkan situasi agaknya).

Start bln ni terutama mgu ni aku bertambah strict bcoz UPSR tak berapa hari je lagi n UPKK (utk bdk djh 5) pun lps raya tapi anak bujang aku tu tak tau pun tarikh peksa UPKK tu spai ke hari ni.

Arghhh!!....Domam den! domam...domam...

Budget raya


Ada org suka hantar emel, kat fb jana2 duit ni. Kalau btl la ddk rumah tak kojo boleh MENJANA duit dah lama dah Syed Mokhtar n Vincent Tan tu terbongkang kat rumah tgu duit masuk. Nak duit kena kerja tak kiralah berpejabat di rumah atau di mana pun. Mcm aku ni dok menganga kat rumah mmg spai kiamat pun duit takkan masuk. Perniagaan dlm Islam melibatkan produk atau perkhimatan yang halal. Taja2 org ni apa bisnesnya?

Duit kat atas tu en suami bg pagi tadi. Ehh...cepat lak menuai bulan ni bang. Patut la aku nmpak dok mengira duit dlm gelap mcm penyamun mlm tadi...sdh gaji ghopenye...

Duit diberi dgn pesanan: Pandai2 lah adjust, rumah tak yah byr bln ni. Mana cukup ni....drvive shaft nak kena tkr, service kete, bla..bla.. Loan rmh tak byr pun takpe sbb dah terlebih byr tiap2 bulan nak cpt settle punya fasal.

Dan kalo ada kawan saya dan en suami yg masih berhutang membaca entry ni TOLONGGGGG lah byr ye. Raya dah nak dekat sklh pun 4 bln je lagi nak bukak. Selalunya time2 bln posa kami shopping kasut baju sklh (baju raya dah beli masa sale bln 5), mana yg patut ditukar kna la beli baru. Baju sklh anak aku bknnya kaler putih lagi...dah kopam! Bln 12 punya bajet utk bayar yuran n buku semata itupun dah mkn ribuan. Mcm thn ni, klr je dari pagar sklh terus hntr msj "Bang, pagi ni je sdh hbs 1200". Thn dpn lg la byk sbb ada yg ke secondary schl.

Hah! Apa lagi? Ada hutang? bayarlah!

Oghe Arab kecek klate

Dulu masa aku keja kat S Alam ada sorang lagi staf org neghoghi kat situ. Aku ni kalo ada org senegeri tak mau lidah aku ni menyebut i, u ..kelu beb! Aku berkomunikasi dialek nogoghi kat sumo staf n staf lain pun balas yg sama spai manager aku oghe klate tu kato "aku ni kat Seremban Br ke kat S Alam Br?" hehehehh...

Spai skrang gitu lah tak kira la ceo ke sapa2 ke...kalo dia org NS tak dapek den nak nolong...even our MB kalo dia ckp BM pun ada bunyi2 nogoghinya. Tak caya cuba dgr nt.

Aku rasa aku sesuai jd customer service exec ni sbb lidah aku ni mudah belajar dialek2 kat Msia ni, Kedah blh..Perak blh..Klate blh..Swak pun blh.. Sampaikan ada lecturer yg diimport dr India n Pakistan tu suka bangat kat aku sbb bila ckp dgn dia org kepala aku tergeleng2 sekali mcm dia buat tu (english lah, aku mana pandai bhsa Tamil nih).

Meh kita tgk mamat ni. Tak menghairankan sbb rasanya tg ramai blaja kat Mesir ni org2 Kelantan, Kedah, Terengganu.

Movie Review: My Girlfriend Is An Agent



 Ni ada lg 1 movie yg aku tgk baru2 ni cite pasal agent gak, action-comedy Korea tp tgk kat rmh je. Aku mmg suka tgk cite2 camni dpt tgk teknologi dia org takde la mcm cite tuttttt tu, pistol pon kontot jer kihkihkih...dah tu polis pun kemain bersopan-santun tanya OKT, "dimana awak berada smlm?" "awak telah menyerang pihak pulis...." and so on... huk ala bersaya awak dgn OKT tak ke kelakar tu. Kalau real life le spai ke sudah la polis tak dpt info. Aku rasa cite2 camni lbh menghina polis drpd menunjukkan real story, betul tak? Hallooo...ini Msia cannot larrrr...kang ada je org yg msk campur.

Best cite ni lelaki yg nerd tu bergf kan secret agt so mstilah byk berahsia kan. Depa break off sbb si gf sgt sibuk takde masa utk dia spai akhirnya dia sndiri yg jd SA. Mmg kelakar hbs! Bdk nerd jd agt mcm2 la jadinya.

Aku rasa byk Korean action movie yg best. Ada lg 1 yg aku tgk dulu fsl polis anti narkotik. Cite ni pun 2,3 kali gak tgk. Huh, mmg takkan dpt buat kat Msia yg byk peraturan nih- rosak imej la apa la...busan! Nt la kalo jmpa vcd tu aku bg tau.




Movie review: SALT & The Expendable



Okaylah kita rehat jap cite psl Yahudi ni nt aku smbg balik beberapa info yg aku tahu yg aku dpt from some readings.

Smlm saja nk memuaskan hati sndiri p jugak tgk Salt kat TGV. Mmg tak membazir la tgk cite ni...best bangat! Ndak2 pulak Angelina Jolie jd hero nye (she is the prime factor yg bt aku ke panggung). Yg sbnarnya aku suke cite2 camni sama mcm cite The Italian Job yg dah aku ulg spai 7 kali. Kalau baca quran 7 kali byk yg blh hafal tu kan....ontahla aku ni...

This is really a nice movie, only suspense n no sex (at least yg kat pgung tu la).  Dlm cite ni dia train kanak2 jd agent KGB/CIA mcm dlm entry aku sblm ni.

Ohh rupa2nya baru ku tahu kalo book before 11am dpt special price 7 hengget je. Aku ingatkan hr Rabu je rege mrh. Tertinggal btl la aku ni kan?....last movie yg aku tgk Spiderman 3/Cicakman 2 dgn anak2. Husband aku takdenya nak ngikut. Tunggulah kalo ada cite yg sesuai utk aku n anak2 blh bwa lg tapi masalahnya ada srg anak aku tu tak reti ckp perlahan tu yg ssh skt tu. Nt kena jeling ngan org sblh mcm dulu.


 Best! best! rasa mcm nak tgk lg sekali. 2 kali, 3 kali.... Nt aku nk cari dvd dia.

Lps tu nmpk poster The Expendable ni pulak. Actually aku dah baca review dlm npaper and i'm not really into it tapi......nt kalo ada kengakawan yg kata best nyesal pulak tak tgk lg pun Jason Statham tu cik jah, tuggu jugaklah show pkl 2.30.

So aku melepak kat Popular- baca sana baca sini belinya dok jugok. Majalah2 hiburan ni aku baca la mana2 artis yg aku berkenan belinya idak ler. GLAM bln ni cover Hans Isaac. Punya la handsome mamat tu dlm suit yg harga ribu2an tuh. Now bila aku menelek mgzines i look at it in a diff way. Dulu2 blh la rasa kagum yg amat nengok muka licin artis skrg tak lg heheheeh...kekadang obvious sgt photo touch up, dah tak real.

Photography/camera mgne diletaknya tinggi2 dan wrapped (amende la dia org ni) puas la aku menjengket nk amik. Nasib baik spai kalo tak aku pijak je mgzne kat bwh tu. Hmmm...tak menarik gak issue bln ni. Mgzne2/buku2 ilmiah kat Msia ni bapak mahal..camana la rakyat nak rajin membaca.  Kalo aku beli mmg tak bg org pinjam la, nak baca beli sndiri but ada jugak org2 tertentu wth certain criteria yg diberi pinjam. Bkn sbb kedekut but ada org yg suka membaca tapi nak klr duit sndiri mak aiii...kedekut! Sokkabar rm2 hr mgu tu pun tak nak beli tgu kita hbs baca pas tu mintak, hampeh! Ada pulak tu pinjam bulan 11 thn lps tak pulangkan lagi w.pun reminder after reminder hint after hint kita bagi. Hancus la mgzine aku tu bt refrence kt customer dia.

Tak berkenan kat Popular p lak ke MPH. Aku tak suka shopping kat MPH bcoz depa guna points unlike Pop terus dpt disc. Tapi ada pulak 2 buku yg sempat dirembat. In order for me tu finish reading it i wl hv to distance myself from fb n blog skjp la kot. 2 perkara ni yg byk mengganggu my life semenjak 2 menjak ni.

Dah dpt buku p tgk cite ni pulak. Mmg tak best lansung la pada aku- sungguh ganas n mcm tak cerdik je cite ni, byk na CGI. Mcm lauk tak bergaram, cerita tanpa emosi. Jet Li, nko org Asia nmpk mcm kena bodoh2kan je. Lagi 1 aku rasa (aku rasa la kan bkn org ln rasa ya) cameraman dia tak creative la masa shoot fighting tu, blur n bergegar2 tak mcm tgk film Jackie Chan.


Tapi kalo minat Stallone blh la g tgk...tak best tak best

MOTIVASI TAUTAN KASIH

Hari ni pg sesi motivasi "Tautan Kasih" kat sklh anak aku. Mtvsi ni utk bdk2 djh 6 yg nak amik UPSR bln dpn, kna dtg dgn mak/pak. Aku share la kat sini skt.

Ada gak benda2 baru yg aku blaja yg sbnarnya kita as a parents rasa mcm tau semua atau sengaja ambil mudah. Yg ramai drpd kita ni tak perasan sklh adalah premis terkawal jd dtglah bila dijemput. Bkn blh suka2 hati nak dok melepak kat tmpt tu kan? Bila ada PTA mtg, gtg-royong, penyampaian hadiah p lah...anak akan rasa bangga kalau kita dtg.

Kata Saidina Ali cakap dgn lemah lmbut
Umur anak sehingga 6 thn- dia adalah RAJA. Ye la kan ada pengawal peribadi, buat hal ikut suka hati dia je nk mengganas ke nak menangis ke nak gelak2 kat dpn org mati ke..ikut kepala dia je.

Umur 7-18 - mereka adalah org tawanan. Btl tak? Bebas tapi ada had dan mereka kna pakai uniform sklh hr2. Ingat suka ke nak pakai baju sama je tp2 hr? Tak belajar kna mrh, balik lmbat kna soal, bla bla bla

Umur 19-21 - mereka menjadi rakan, jgn paksa. Jgn nak memandai tunangkan dia dgn awek cun kat kg anda, tak balik rmh dia nt.

(tapi aku pnh baca stage umo camni 0-7, 8-14, 15-21 blh krg sama jugak la).
1st stage- kalau nak ajar pn cara main2 mcm tadika bt tu sbb dia tak blh bertahan ddk 10 mnt pun. Bt trek kat minda dia. Bila anak pmpuan kita dah umo 6 thn tdk dibenarkan lelaki ajnabi memeluk ciumnya.

2nd stage- bla dah baligh tak perlu dirotan lg. Mmg kna byk sabar le time ni.

3rd stage- dah remaja, cara kita berkomunikasi pn dh lain.

TAPI kna ingat ye dlm Islam tak mengiktiraf umo 21 thn BEBAS mcm yg selalu diwar2kan tu. Bg pmpuan msh dlm tgjawab walinya.

Msk nak ke sklh, lps anak salam dan cium kta kita pulak cium pp knan kiri then baca surah Ar-Rahman ada- 4 ayat mdh- hmbs dan cium dahi anak kita.

Kalau kita ada nak lelaki mta dia jadi imam solat jemaah kat rmh (aku mmg dah lama t p k tapi implementation dok lg).

Conclusion: Solat jemaah, solat hajat, puasa, minum byk air bersih, doa.

Penceramah jugak bg tau di Israel pmpuan yg mengandung anak2 zina ni dpt elaun RM300 tp2 bln, dijaga spai saat melahirkan di tepi kolam khas. Baby yg bergerak2 lps 30 saat akan diambil dan dibesarkan di satu kawasan yg semuanya bercat merah, sklh, lab dll kaler MERAH spai bsr siap dgn sistemnya lah kan... tu yg depa ni hati kering. Kalau tembak org berkali2 pun tak rasa apa2 (as what we've watched in videos).

Lagi 1, jgn kita rasa bila ramainya anak tak sah taraf/anak luar nikah = ANAK ZINA, anak kita takkan buat sbb anak kta masanya byk d luar sklh. Kalau dh masyarakatnya jd mcm tu BIMBANG ank2 kta akan terikut. Bimbang juga anak2 kita terkahwin dgn mereka2 ini yg sgt kurang kasih sayang dan belaian ibu bapa. Betul anak2 zina tu tak mta dilahirkan mcm tu tapi cara dia being raised atau terbiar pasti akan mencorak cara hidup/keputusan dia di masa dpn. Ramai dh sekarang ni..250,000! Larat ke nak buat anak angkat?

--------------------------------------------------------------------------------------------
Dan aku sangat tak bersetuju dgn "baby hatch" sbb itu cuma penyelesaian jangka pndk utk menambah masalah di masa yg lbh panjang. Hukum Tuhan dah ada msh jugak nak guna mazhab duniawi. Sebat je la, rejam ke...hukum Islam ni hukum yg mencegah. Tgk je kes2 jenayah kat negara Arab 10 thn kes jenayah dia sama dgn 1 hr kat Amerika.

Nak bg bdk2 ni kawen cepat punnnnnnn aku sangattttttt tak setuju sbb umur 16 thn bukannya dia org tahu tjwab sgt, tau seronok je lbh kalau tak tak le termengandung awal. Emosi tak stabil lg masa ni. Umur belas2 ni zaman belaja bukan berlaki. Aku yakin kes cerai akan bertambah dan ank2 mereka nt/cucu akan dijaga oleh mak paknya. Dulu tanggung anak now tgung cucu sekali. Pemimpin yg bakal dipangkah TOLONGGGGGGG lah fikir btl2.

Itu jelah nak share dan lepas geram.

Sungai di dalam laut

Video ‘Sungai Di Dalam Laut’ yang di temui oleh seorang ahli oceangrapher, Jacques Yves Costeau. Semua gambar-gambar ini dirakam oleh Anatoly Beloshcin.



"Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu”. (Al-Furqan:53)






  

Teaser: Bandung lagi

Maaflah ye...kena masukkan jugak for someone. Ada lagi yang lain sebenarnya but slow sangat ler nak upload.



A few months lagi kalau diizinkan Allah kita upload gambar n video yang lain pulak.






Oh ya....masa kat sana dia orang akan tanya CT Nurhaliza, Upin & Ipin, Manohara. Tang manohara ni tak tau la dia nak provok aku ke hapa...minta pendapat la kununnnn, aku bilang "mencari uang untuk disuapkan ke mulut anak jauh lebih penting daripada manohara". Padan muko!

Ramadhan ke-5 1431H

Askm.

Sekejap je dh 5 hr posa..pejam celik pejam celik bulan dpn dh nak raya. Pejam lagi celik lg bln Dec dah nak prepare yuran sklh anak pulak. Cepat beno masa berlalu.

U all mkn apa hr ni? I mls mask nasi sbb sejak puasa ni dh 2 kali buang nasi lebihan smlm..membazir! So hari ni aku buat steam boat jer. Beli kue tiaw 1/2 kg kut kut ada yg nak mkn berat skt. Tak lama sblm pkl 6 jiran sblh hantar laksa johor pulak rezeki..rezeki..mmg org posa murah rezeki. Bila my hubby balik dia goreng kue tiaw pulak (masa gmbr ni di capture kue tiaw blm siap lagi).  Tuuuu dia.......yg nk mkn 2d 2k je

Rangka ayam yg dh masak pindahkan pulak dlm rice cooker, senang nak peghangat. Steam boat yg ala kadar je sbb bhn2 lain kena beli sepeket tp2 jenis, confirm akan msk tong sampah kalo tk hbs nt. So....apa yg ada jer lah!



Laksa Johor jiran sblh bagi. Selalunya dia buat time raya je tp hr ni spesel sbb anak dia nk fly balik ke obesi mgu dpn.


Jadi byk le pulak juadah hr ni plus kue tiaw yg tgh dgoreng oleh en. suami. 

Salam Ramadhan Al Mubarak

Askm.

A bit late but still not too late to wish all of u "Selamat Berpuasa". Mudah-mudahan kita semua dilimpahi rahmat hingga ke akhirat.

Aku tang bangun sahur tu memang payah dari dulu tapi dah jadi mak ni kena bangun jugak la kan. Kekadang macam tak ikhlas je bangun walaupun ada barakah di dalamnya.

1st day mmg kn bgn la, 2nd day org rmh aku p kejut pukui 4 pdhal aku knci jam 4.45...umang ai...liat betol nk bongkar dr tmpt tdo sbb dh set kpala 4.45am. Panaskan sup grg telur dadar..begheh! Dulu masa dia keja shift mlm kami anak2 beranak dok peghangat frozen food aje..sosej, daging burger, lasagna...kekadang toast bread ngan  jem/garlic butter. Heyy...omputeh yg islam tu mana ada mkn nasik takde pun lapaq. kita je yg suka kata kena mkn nasik kalau tak nt tak thn spai ptg. Setakat ni kami alhamdulillah..no prob.

Anda bagaimana?

Cerita-ceriti di kampung

Smlm balik kg, kg yg dokek yo kg jauh balik raya nt, mbawa pulang brg dagangan yg dikirim. Camana pulak ada terlebih telekung aku nih? Sah aku tak sdr diri masa kat Pasar Baru hr tu...huhuhu...



Cerita punya cerita tercerita pulak dpn mak aku yg aku pg sensorang..aiiyaaa...Makcik aku kata, "beraninya kau..." "ateh takdo pg smpai ke Kawah tu..takut!" bla..bla.. Tu mak lang aku takde tu..kalo ada leterannya blh spai seminggu.

Aku sangat bersyukur dijodohkan dgn org yg sama minat w/pun tak sama character. Aku bahagia blh melangkah ke mana shj asalkan tmpt tu selamat n tahu bwa diri tk kiralah kat mana pun... Dan aku sdh bosan sbnarnya dgn "tak boleh!" "tak usah" "takde duit" "takde masa" "Jangan" "tak itu..tak ini..jgn itu..jgn ini". Kecut otak aku.

My nx trip wl be ....BALI in Feb. This time wh hubby insyaallah...
Tickets bought cuma nk cari dt belanja je lg...sapa mau ikoottttttt??


Foto credit to dronqiestz.wordpress.com/bali/


Teringin benar aku nak buat camni. Harus smbg blajar swimming lps raya nih

Projek bilik bujang

Anak2 bujang aku sibuk nak bilik sndiri. Mmg my hubby n me dah lama nak pindahkan depa ni but kami blm mampu nak renovate dapur n bt stor baru untuk menempatkan brg2 yg berlambak tu. And the project starts this evening.........



Tu...my laling sdg buat iron rack utk susun brg2 kat bawah ni yg ada antaranya dah berusia 13 thn (hadiah kawen aku dulu la tu, ada lg yg lain kat dlm). Dlm gmbr tu ada desktop aku yg dibeli kali ke2, kdg2 klr gmbr kdg2 tak so simpan kat stor. Ingat nak jual tp tak tanya pulak brapa dia org nak bayor.

Chaffing dish pun ada-dah 2 thn tak digunakan.

Bila aku tgk hadiah2 yg tak tergunakan tu, lama dulu aku dh membuat keputusan utk tdk mmbeli hadiah utk pengantin sbb chances utk tersimpan atau diberi kpd org lain adalah tinggi unless kalau hadiah tu mcm tv ke, mwave ke, peti ais ke, hmpir pastilah akan digunakan. Kalau bg brg kemas lg baik msti tersangkut trs kat leher. My opinion, blh baik bg duit tak kiralah 5 hengget ke , 10 ke, 100 ke, sbb pengantin baru ni mmg perlu duit! Ye la kan dh berabis utk kenduri budget utk pindah rmh pun hangus sekali. Dep 2 bln + sewa + dep api air lg + sewa lori + beli tikar getah, langsir, itu, ini, ...ribu2an jugak tu...

Tak lama sok bini pregnant pulak, nak bt med chk up lg..nk bli katil baby..diapers..tilam bntl baby..dn mcm2 lagilah. Ingat sng ke bila dh kawen? TAPI....Allah dah janjikan rezeki ye..cuma tk bergolek dtgnya.



Smbg balik ksh bilik bujang tu. My sons kata bila dah susun brg2 tu letak langsir kat rak tu bubuh curtain kt tgkap then ltk 2 katil bujang/1 tilam queen - semua dh ada.

Okay sgt la tu...takde le nt dok bergumpal dlm bilik aku lagi.

Menjadi mak semula...

Turun je dari kereta adik aku hari tu aduyaiiii........laman rumah aku penuh dengan daun-daun kering. Pokok-pokok bunga dalam pasu tinggal ranting..arghhh...baru tinggal 6 hari.



Kat pintu masuk dengan selipar bersepah-sepah, lantai tak bersapu..adoiiii...

Masa kat Bandung tu aku dh berkata dlm hati takmo bising-bising bila balik nanti sebab aku dah lama tinggalkan depa lagipun aku dah tinggalkan pesanan rumah mesti bersih macam selalu, kalau nak keluar bermain kemas segala kusyen bantal dulu..

Masuk ke dalam rumah lagi la tensen.. aku letak barang terus ambil penyapu. Tu baru tinggal 6 hari, kalo aku meninggal? Rasa macam confirm je anak aku akan ada mak baru..

Stress tapi tetapi aku mesti menjadi mak semula...

Travelog Bandung | Apa lagi yang u all nak tau?

I try to make my blog as informative as i could ya.



Apa lagi yang tertinggal ek?

If u all nak cari buku-buku terpakai, ada dijual di tepi-tepi jalan di Padjajaran tapi aku tak sempat nak singgah..tu yang buat aku mau kembali ke sana. Kalau kita biasa tengok filem Indonesia seperti Ada Apa Dengan Cinta depa cari buku-buku yang rare di tempat sebegini. Toko buku pun ada tapi tak ingat pulak nama yang disebut supir kami tu.

Aku jugak bukan nak menggalakkan beli dvd cetak rompak tapi sangaaatttttt banyak kat sana pada harga 5k rupiah sekeping (copyright atau right to copy?hmm). Mustahil tak tertawan. Dalam takut takut nak bawa balik tu beli jugak but not Malaysian film lah kan...action movie Korea.

Sesampainya anda di sana belilah prepaid, kesian anje2 yang tinggal kat rumah. Tulis lah kat mana mana no baru tu sebab masa nak top-up nanti tak la tergagau-gagau macam aku hari tu. Kekadang dia orang tak jual kad prepaid yang murah tu. Sudahnya terpaksa beli yang IDR50k, ada banyak lagi balance ni...ingat nak bagi je kat supir tu tapi tak tau lak camana nak transfer. Daripada expired lebih baik bagi kat orang kan? Memberi lebih baik..

Kalau u all nak naik taxi Bluebird/Gemah Ripah kat atas teksi tu ada logo depa. Teksi-teksi ni saja yang guna meter and it's starts at 6k per ride. Kat entry yang aku pergi Kebun Binatang tu yang ada gambar taxi tu...dia dah sembelih aku 25k ke 30k rupiah. Yg lelain pun sama. Aku ni kalu dah taxi tu berhenti malu pulak nak cakap tak jadi sebab aku yang tahan dia minta berhenti.

Kat Bandung Electronic Plaza ada komouter dan handphone macam Low Yat Plaza la kat sini tapi Low Yat is bigger. Penuh student U kat sini. Yang aku gerammm sangat masa aku meronda kat situ ada satu couple kat depan aku berjalan sambil berpeluk melenggang-lenggang...aduyaiii..bonci amek den! Lembap ya amat! Nak potong tak boleh sebab orang ramai terpaksa la ikut bontot dia, nasib baik aku tak amik gambar kalu tak sah muka dia ada kat sini. Aku tak sabar betul la dengan orang yang berjalan macam mengira tapak ni.

Clothings kat Factory Outlet takde la murah mana pun tapi ada banyak FO jadi banyak la choices. Some of the clothings tu barang reject dan sebahagian lagi (termasuk beg) aku rasa imitation. Pilihan memang BANYAK! Dan barang-barang ini dibuat di kilang-kilang dalam Indonesia. Ada 3 tempat FO: Jl Riau, Jl Dago n Jl Sukajadi. FO Jl Riau rasanya lebih mahal.

Bila di sana minimize our conversations especially tempat yang boleh tawar- menawar. Terlebih bercakap nanti mereka bisa tau ketebalan poket hangpa semua.

Tak semua sales assistant/seller tu tau jenis kain yang depa jual main hentam semua telekung cotton je padahal ada kain poliester. Japanese cotton kat sini memang murah bangat dan banyak. Yang harga RM26 p/m kat Jakel jauh murah di sini.

Kalau hangpa nak pi Bandung pi sesenyap jer dah balik baru cerita. Kalu ada orang kirim barang minta duit siap siap kalau tak cukup tambah kendian kalu tak kerja menyoping untuk diri sendiri akan terbantut.

Kalau aku pergi tempat baru aku duduk hotel murah je sebab nak explore tempat tu dari subuh sampai subuh esok heheheheh...kalu aku duduk hotel murah rm30 sehari seorang sebilik sama jugak dengan orang yang duduk hotel rm120 sehari share 3 org sebilik. I have the privacy. But bear in mind quality nya ngak sama donk. Yang sama atau lebih baik hospitality saja. Pada aku janji bersih sudah...senang bawa aku ni tak cerewet. Bawalah aku...

Bawalah ubat-ubatan anda. Aku bawa panadol n pil chi kit tek aun. Pil ni kalu kat rumah mak mertua aku wajib ada time raya..mesti ada penggunanya. Aku terlupa bawa minyak angin hari tu...

Penjaja makanan memang ramai. Bila tengok customer dia makan huiii..macam sedap jek tapi aku tak cuba except tauhu goreng itupun staf hostel tu bagi, "cuba dulu neng.."

Kalau bawa anak-anak bersabor le banyak-banyak bila kena racun dengan para penjual mainan nih...kalau anak aku ikut hari tu mau kelat memanjang muka aku sampai balik..stress..stress...

Apa lagi ek? Kalu ingat nanti aku tambah lagi.

Oh ya, aku suka berjalan kaki seperti masa pergi London dulu. Tu yang jumpa kedai jual barang-barang dan souvenir murah masa kat sana. 1 pound 1 barang murahlah tu...6 hengget Msia. Kat Bandung ni if tour guide tu bagi 4 jam kat Pasar Baru shopping ler cecepat lepas tu pergi tengok kat luar building tu pulak. Terbukak luas mata tu nanti.

Apalagi? Apalagi? Nanti la kalo ingat aku tambah....

Travelog Bandung - Day 5

Hari ni aku sarapan berat sikit teh o dgn roti n telur. Hari ni jugak terbangun lambat sbb capek sangat smlm n baru hari ni aku rasa air kat bilik air takde la sejuk sgt, boleh mandi lama sikit basuh minyak2 yang masih berbaki kat badan aku nih. Kat spa tu semalam aku mandi dah..ehh bila aku masuk bilik air tu air panas dah siap keluar dari shower tapi kejap je...lps tu sejuk semula tu yang mandi kejap je buang minyak urut.



Malam tadi aku dah settle kan room payment sebab tak mo kelam-kabut hari ni. Aku ni kekadang bengong jugak...pagi ni la baru nak cari bag hiking tu bcoz i really need it untuk punggah barang-barang yg dah dibeli and for another trip with my hubby later this year.





Sempat lagi beli ikan masin




Aku pergi balik kedai hari tu kat Pasar Baru masuk ikut pintu barat...ada dalam entry aku sebelum ni...banyak kedai baru bukak so senang la cari sebab org tak ramai। SA tu bagi harga last IDR120k...apalagi senyum la aku terus jadi. Bos dia tak mai lg masa tu, dia "pembuka rejeki pagi....." yo la tu...rejeki aku jugak heheheh....Hari tu bos dia bg 140k aku takmo. Aku senang je, kalo tak dpt beg tu aku minta je kotak kat kdai sebelah hotel॥


2 brg yang aku tak dpt beli:
1) mercun - murah beb!
2) bekas yg boleh tapis beras/letak mi berpenutup 10k je besar pulak tu

Kat Pasar Baru hganya 40k. Camana aku nak bawa?


Lps tu panggil taksi Gemah Ripah...tgu punya tunggu tak sampai aku call Bluebird pulak. Total masa menunggu 45 min, aku dah comeh dah. Flight pukul 12pm, 11.15 tutup dah check-in counter. Bila taksi sampai ja aku bilang,

"saya harus sampai ke bandara sebelum 11।15 pak"

"siap buk". Memang pun 10 min je dah sampai.

Duit rupiah aku tinggal beberapa keping je since drebar taxi tu sanggup terima RM aku bagi je 10 hengget. Aku bilang "terima kasih ya pak, uang ini lebih dari tambangnya..." Aku dah tak dan nak kira sebab nak cepat sedangkan aku suppose bayar dia rm5.50 je. Dah rezeki dia la tu atas kecuaian aku sendiri. Halalllll

Di airport kita wajib bayar airport tax IDR75k dgn wang rupiah ya..itupun aku tukar kat kaunter Air Asia. Since aku tak bayar harga luggage masa booking online hari tu kena la bayar kat sini. Lebih baik anda bayar siap2 masa booking lebih murah. Aku ni bukan apa, aku bukan kaki shopping oleh sebab itulah aku bawa backpack saja....... taklah kusangka trjebak sama huhuhhu.... Ntah berapa hengget aku kena untuk luggage seberat 13.3kg tu main bayor je dah tak boleh nak fikir lagi. Kat kaunter ni boleh bayar dengan ringgit kalo uang rupiah kamu sudah kehabisan macam aku.

Cun betul staf Air Asia tu cakap pun lembut (org kat sini mmg gitu ek?)

Awek ni mula2 malu siap sorok muka lagi tapi aku snap trs। Lepas tu dia pose utk aku tapi aku बिलांग"kamu jangan begitu, nt Tony Fernandez nampak" tu yg duduk elok balik tu....


Abg ni pun malu2 jugak tapi aku snap terus beberapa kpg। Ko encem bang...tu yang bubuh dalam blog aku tuh...


Mamat ni enterfrem aku nak bergambar dengan mak दिया




Indah sungguh...ada banyak lagi, tempek yang ini sudah la. If u all pergi nanti amik sendiri




Bdk sblh aku kata masa dia dtg hr tu stewardess lg cantik n comel




Welcome home to Malaysia। Keluar je dari arrival hall tu ...paneh॥paneh..

Aku sebenarnya takmo menyusahkan sapa2...nak balik naik bas aje tapi dah terlepas bas masa menunggu luggage। Org tu kata last bas ke Somban 3.30pm...sudah miss woooo


Awek sebelah aku yang sama2 menunggu bas pulak kata aku boleh naik bas yang ke KTM Nilai tapi kena tukar dulu kat KLIA, karang akak naik komuter kat Nilai. Dah 2 kali tukar...seksanya nak bawa barang banyak2 tu...

Akhirnya aku tpn adik aku tapi dia habis keje pukul 4 so aku pun mula menunggu.....


Siri Bosan 1




Siri Bosan II




Siri Bosan III




Bag kecik masa pergi, yang besar tu + hand luggage waktu balik


Tips ke Bandung:



  • Pakai kasut yang selesa, bawa light sweater mungkin perlu di malam hari


  • Jangan bawa banyak baju. Laundry ada hantar je lagi pun blouse muslimah sangat banyak di sini even baju renang muslimah mudah didapati walaupun bukan brand yang mahal tapi aku rasa kualitinya sama. Dulu aku beli untuk anak dara aku Arena seratus lebih masa sale, yang baru beli ni jauhhhhhh murah cantik pulak tu


  • Bawa uang yang banyak ya buk! RM500 takde makna walaupun anda bukan kaki shopping. Kat teksi yang mencekik pun banyak gak habis


  • Kalau tak minat dengan barang jualan being offered to u tolak je elok2.


  • Tkr duit kat Msia siap2 tp kalau tk ckp gak kat Lantai 3 Pasar Baru pun ada (hjg nak klr ke parking). Orang kata kalo tukar kat bank lambat, don't know la betul ke tak. If u still have uang Indon yg lama pun boleh tukar kat sini but they'll less 20% from the value


  • Reserve Rp75k for airport tax. Ni fix ye per person n extra baggage too.


  • Plan perjalanan anda. I advice u to go to tempat2 yang menarik dulu macam Mt. Tangkuban Perahu, Sari Ater Hot Springs, dll. Kalau pergi ramai2 set time n tmpat utk berjumpa semula sbb minat kita tak sama. Kalau mengekor je buang masa. And, kalau ikut trip ni be punctual


  • Nilai duit kita dengan dia tak sama so kalo beza stkt 5k toksahlah beria-ia menawar. Kalau nak datang balik kat mana2 kedai ingatkan nama kedai, lantai berapa, dekat lif ke dekat tangga ke...ada baaaanyakkkk kedai dalam Pasar Baru tu


  • Kalo nak senang kira duit buang 3 kosong yang kat belakang deno tu n darab dengan rates cthnya: Harga telekung IDR180,000...jenuh gak nak darab bahagi bagai....kira je 180 x 3.7 =? Kalau nk cpt darabkan aje dgn 4. Kalau darab 3 kita akan ketandusan uang nanti.


  • IDR1,000 = RM0.37


  • IDR10,000 = RM3.70


  • IDR100,000 = RM37.00


  • IDR1,000,000 = RM370.00


  • Cubalah local cuisine memang sedappppp...hari ni Nasi Padang, esok makanan Sunda, lusa ke warung Pak Chi Met, tulat ke sinun


  • Bawa backpack senang nak simpan barang yang dibeli tapi kat tempat yang ramai orang sandang kat depan lebih selamat. Wallet letak poket depan ler...Pakai kasut yg selesa


  • If the time permits u can visit Jakarta as well but please avoid going there on weekend....macet sekali! naik train better sebab boleh tengok pemandangan yang menarik.


  • Kalau nak beli ole-ole buat list nama lebih baik so that u won't overspent

Apa yg aku pelajari :

- orang Indon kat Bandung lebih lemah-lembut esp cewek2nya
- kalau kita dah pilih2 kain tapi tak jadi beli dia tak buat muka ketat dan mengumpat
- negara kita Malaysia lebih bersih
- IDR1k, 5k sangat besar nilainya di sini
- yang aku tau ada 2 brand kek yang utama iaitu Amanda n Kartika Sari dan ia juga dijual oleh penjaja2 jalanan

Semoga apa yang aku tuliskan dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada sesiapa yang mahu ke sana dan info ini serba sedikit dapat membantu perjalanan anda.

Jom! jom!
jom!!!!

Travelog Bandung - Day 4

Pagi ni aku breakfast air teh aje, dah 2 hari minum kopi pekat. Kalau kat rumah kopi pekat ni untuk my hubby je aku punya kopi yang manja manja..asal rasa kopi sudah.


Ni nak sambung Travelog Bandung - Day 4.

Yang baju oren tu staf hotel yang lain-lain tu kengkawan dia dan tourist guide. Biasanya depa guide ke tempat yang jauh je seperti Papandayan atau Jogja. Boleh je get along dengan depa ni, they can speak English but with telo Indo la. Malam depa layan para omputeh tu minum minum. Memula tu aku pun menenggek kat situ but after that duduk kat bangku luar je sebab tak tahan bau bir. Kita manalah biasa kan....


Every morning aku akan baca koran sebab bahasanya lebih kurang je dengan kita so i can easily understood. Memana yang tak faham tu aku tanya kat depa. Yang bagusnya orang Indon ni semangat kebangsaan dia, semua orang menggunakan bahasa yang sama- bahasa Indonesia. Aku dengar satu family Cina tu cakap bahasa kebangsaan dia anak-beranak hampir keseluruhan conversations. Kat tempat kita memang ramai yang nak menggunakan satu bahasa but not Bahasa Melayu, betul tak? Sebab tu lah kalau omputehs yang pandai bahasa Melayu bunyinya telo Indonesia. Shopping complex pun guna bahasa Indo.

Lagi satu, penggunaan baju batik sangat meluas tak payah paksa pakai hari Khamis macam kita. Kalau tak percaya tengok artis-artis mereka bila ada urusan rasmi atau majlis keraian. Melawat jenazah pun pakai baju batik baik bangsa asal Indo baik Cina. Jadi pilihan pakaian batik dia sangat pelbagai.

Nampak tak? Batik seragam jemaah haji

Pelan asalnya aku akan ke Jakarta naik train pada hari Isnin tapi tak jadi. Setelah ditimbang tara kalau setakat nak pergi Mangga 2 dan Tanah Abang tu tak payahlah buat masa ni. Nak ke Ancol anak-anak takde pulak. Tapi aku teringin sangat nak ke kawasan perumahan Pondok Indah yang dikatakan lebih hebat dari Damansara Heights. Berangan le dulu kan?

Ni Holland Bakery yang bukan berada di Holland. Indonesia lama dijajah oleh Belanda jadi rakyatnya ada yang muka berbeza sikit dengan yang lain. Dalam jarak +-100m dari hotel aku tu ada 3 gereja yang berdekatan tapi berlaina mazhab kot.


Ni time sekolah tapi anak-anak muda ni dok melepak. Remaja yang tak bersekolah kat sini ramai jugak atas alasan miskin tapi sangat ramai yang merokok. Adoyaiii.... kalau dah susah janganlah merokok.... sumbat asap dalam badan buat apa? Beli nasi lagi bagus


Hari ni kami ke Gunung Tangkuban Perahu. Di sini ada 12 kawah, yang kat belakang aku tu Kawah Ratu. Tak boleh turun tapi ada laluan nak mengelilinginya. Indah sungguh ciptaan Allah...inilah tujuan utama aku berjalan-jalan untuk cuba memandang, melihat, memahami dan menghargai ciptaan Tuhan. Aku tak keliling kawasan ni sebab orang kata Kawah Domas lebih bagus.

Yang ni Kawah Ratu di Taman Wisata Alam unung Tangkuban Perahu

Kalau takde supir sendiri nak hop on hop off pun boleh. Dr Bandung Indah Plaza naik angkot menghala ke Cicaheum-Ledeng dan turun kat Terminal Ledeng di Jl Setiabudi - IDR3k. Then take a minivan/'Elep' menghala ke Subang dan turun kat Tangkuban Perahu- IDR12k. Lepas tu kena naik lagi 4-5km ke puncak, boleh sewa "teksi motorsikal". Aku tak pernah try tapi ada nampak banyak motor kat situ....betullah kot. Macam susah je kan? Sewa keretalah!

Mak mak orang yang lupa diri sekejap hehehh

If u all datang ke tempat ni dan berhajat nak ke Kawah Domas yang aktif tu, ambil dulu gambar kat puncak tu (yang ada muka2 kami ni). Lepas tu turun ikut laluan di bawah ni (gambar aku yang ada banner tergantung kat belakang- jalan ni selepas kita bayar tiket) so u don't have to pay for tour guide dan hard seller tu pun mungkin tak mengikut. Kalau u all tak merayau keluar dari laluan yang dah ada tu insyaallah tak akan sesat. Dia orang ni pandai psiko kita. Fees nak masuk sini 250k rph sejam untuk 5 orang, lebih masa kena caj lagi (kami dah kena but it's a good experience to share). Everage memang amik masa 2 jam untuk turun naik termasuk rehat dan massage kaki sekejap.


Haa...lepas bergambar kat atas tu (kat signboard) boleh ikut jalan sebelah kiri aku tu turun ke Kawah Domas. Jalannya lebih landai n no need to pay tour guide. Toksah la pakai kasut bertumit ye cik kiah...karang terpelecok satu hal pulak nak dukung sampai ke atas.


Inilah kawah gunung berapi yang masih aktif. Last eruption if i'm not mistaken in 1962/9. Masa tu takde teknologi seismology kat sini agaknya so sekitar 2 ribu orang yang mati. Now every week the seismologist akan check bacaan pada alat yang ditanam dalam tanah tu. Suhu air tu 100c takde sapa berani rendam kaki, nanti jadi sup kaki.
 

Kristal sulfur. Ada beberapa tempat yang jelas kelihatan. Baju pun akan bau sulfur. Pokok-pokok kat sini ada lapisan hitam sulfur.

Boleh rendam n massage kaki kat sini, airnya panas jugak tapi tak menggelegak. Aku pun celup kaki kejap2 je untuk buat bahan bukti hehehh...

Kalau nak urut kaki dengan mud tu pun boleh tapi aku tak buat sebab :
1) Pakai kasut
2) karang nak pegang kamera, tapi seller tu boleh aje tolong urut kalau u all nak-jangan lupa tips ya. Aku tak bagilah dia urut sebab dia tak bayar mas kahwin..... mana boleh pegang-pegang aku.

Yang dok kerumun cik kiah tu orang jual barang- hard seller bermacam dia jual..ada tasbih dari batu gunung ni (recommended kalau nak beli sebab di kota Bandung lebih mahal), fridge magnet, patung samurai, key-chain n so on. Gila punya harga. Kengkawan aku tu terkena la sebab anoyying sangat ....aku ni hati kering sikit, selamat. Depa ikut sampai atas tapi aku kan jalan laju n kurang bercakap so selamatlah. Cakap je ngak mau..if nak beli jugak masa dah sampai atas nanti..nko bargain lah.


*kebanyakkan gambar aku set sendiri- snap terus/letak kamera atas batu/tripod/ Anggak supir kami yang amik (aku dah arahkan dia cenggini cenggitu). Pak guide tu cakap "biar bapak ambilkan bapak sudah biasa..." hmmm yolah tu ...... banyak jugak tak seperti yang aku arahkan. Propa lebih.

Yang kat belakang tu tempat aku bergambar memula tadi. Batu yang aku duduk ni suam je rasanya. Alhamdulillah....dapat aku melihat sendiri keajaiban tuhan nih. Bolehlah aku cerita kat anak-anak aku nanti..... and who knows kot meletus lagi satu hari nanti, aku dah ada kenangan di situ.

Orang kata White Crater (kawah Putih) di selatan lebih menarik tapi amik masa 3 hours to get there. You have to take big bus from Kebon Kelapa terminal (also refered to as Abdul Muis Terminal) to Cidiwey sekitar 25km. Then nak angkot pulak yang mengarah ke Rancabali/Lake Patengan. Naik angkot to 10km to Kawah Putih. Dari situ jalannya 6km ke Kawah Putih....fuhhh!! menaip ni pun dah rasa penat apo lagi nak berjalan 6km. Sewa mobil dengan supir je lah senang!

Farther north of Tangkuban Perahu ada Ciater Hot Springs yang terkenal dan ladang teh. Aiyooo...rugi tak pergi.

Masa turun tu kami ke ladang strawberry pulak. Sangat seronok dapat petik sendiri then timbang. Aku tengok anak tokey tu makan kemain sedap lagik...telan air liur aku. Seperti yg aku jangkakan takdenye manis....except strawberry coklat yang Dato K bagi kat CT tu....



Gambar-gambar kat ladang strawberry last la ni sebab bateri kamera aku dah kong.

Selepas ini kami berhenti makan Nasi Timbel komplit kat Restoran Saung Pandengan yang luas dengan panoramic view. Sedap jugak...siap dengan sup jagung muda + ...apa ntah, ulam dan sambal belacan (tapi tak podeh) kami pilih duduk bawah bersila je sebab nak luruskan kaki aku yang sakit ni. Heyyy...aku jatuh sekali je tau kawan aku tu 4 kali masa turun ke Kawah Domas.

Then kami ke Chihampelas sekali lagi. Tempat ni famous dengan jeans tapi takde lak yang aku berkenan. Selain FO, DO (distribution outlet) pun ada kat sini but haganya sama je mahalnya. DO ni jual stylish products made by local designers yang belum ada marketing label lagi. Antara barangannya buku, indie label records, magazine, fashion n xcessories. Bila produk-produk depa ni dah famous depa akan buat own cloting companies yang mana sekarang ni dah ada 200 local brands. Marvellous! Yang membezakan DO from FO, DO ni datang dari individual designer and young entrepreneur while barangan FO datang dari garment factory.

Enuf cerita disiang hari.

Malam: hati aku berbolak-balik nak pergi....toksah.....nak pergi.....toksah.....akhirnya call teksi suruh hantar ke Everyday Spa di Graha Manggala Siliwangi, Jl Aceh. Actually aku ada 4 pilihan utama: Vintage Chic Spa- Raden Patah St No 6 (belakang Grande Outlet Dago), Rogers Salon Clinic Spa- Jl Ir Hj Juanda dan Ida Salon Spa- Jl Cihampelas but i chose Everyday kali ini.

Dari menu tu aku pilih "Balinese Boreh" yang urutannya kuat sikit. Si tukang urut tu muda lagi tapi jari-jemarinya memang kuat. Untuk pria tak tau la sapa yang mengurut lelaki ke pompuan. Memang best ler....dah penat berjalan kena urut pulak...

"buah dadanya mau buk?" lembut je dia tanya, org sebelah tirai pun tak boleh dengar

"ermmm..." apa nak jwb ek? terkebil-kebil jap

"ngak usah ya?"

"ya" pecah gelak aku hahahah....... tak kuasa mak, nyah!

Memang best lah pijat-pijatannya. Tapi masa dia mengurut tu aku terfikir "Balinese Boreh" tu sama je yang biasa aku buat kat my hubby cuma aku tak tau nama je. Wahh lepas ni boleh la caj dia urut 60 minit tudung Ariani selai, 90 minit english cotton sepasang mwahahhahah.....

Malam ni tak makan dah sebab masih kenyang makan Nasi Timbel siang tadi. Balik ke hotel terus bammmmm!!! tidurrrr............... so why should i pay for expensive room?




Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free